SPRM DITANYA – MENGAPA TAK KEDENGARAN SIASAT KES PEMBELIAN KAPAL PERANG LCS?

 



LCS SCANDAL


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC) semalam telah membentangkan laporan mengenai Perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) kepada Dewan Rakyat.

Amat menyedihkan untuk melihat bagaimana Kerajaan sekali lagi gagal terhadap rakyat Malaysia, dengan satu lagi skandal mega yang mendedahkan kerugian sebanyak RM6 billion.

Skandal ini telah membuktikan Azam Bak salahi – dia sebelum ini mengetepikan penerbitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) dengan mengatakan yang indeks ini hanyalah persepsi dan bukannya fakta.

Walaupun bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz bin Jaafar, telah menggambarkan proses membuat keputusan dalam projek LCS ini sebagai “sangat salah”, laporan PAC memberitahu kita bahawa “semuanya salah” dalam projek LCS yang bernilai RM9 billion ini – dari pelantikan kontraktor, pilihan reka bentuk kapal, sehinggalah kepada bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, dibakar, dan dibazirkan.

Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan ketika itu, telah memilih untuk berdiam diri dalam 24 jam yang lepas walaupun dia dinamakan dalam Laporan PAC ini atas keputusannya untuk memilih reka bentuk GOWIND dari French Naval Group untuk kapal LCS, bertentangan hasrat pihak Tentera Laut sebagai pengguna yang mahu reka bentuk SIGMA dari pihak Belanda.

Zahid perlu menjelaskan kepada seluruh negara mengapa dia membuat keputusan sebegini yang memberikan kelebihan kepada Kontraktor tersebut.

Perkara ini adalah isu yang melibatkan keselamatan negara dan pihak Tentera Laut yang akan perlu berperang menggunakan LCS ini.

Apakah perkara yang telah mendorong Zahid untuk mengabaikan surat bantahan yang dihantarkan oleh Dr Abdul Aziz Jaafar yang telah menjejaskan kepentingan pihak Tentera Laut dan negara?

Ini adalah kes di mana Menteri Pertahanan bersalah mengabaikan kepentingan pertahanan negara!

Lebih banyak keraguan timbul apabila kita menyedari yang pengeluar GOWIND adalah pembekal yang sama yang membekalkan kapal selama Scorpene yang terkenal sebelum ini.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, pada tahun 2020 telah menggesa Kerajaan untuk menyiasat RM1 billion yang hilang yang berkaitan dengan projek LCS.

Kita tidak melihat apa-apa penyiasatan diumumkan oleh Kerajaan mahupun apa-apa tindakan yang diambil SPRM sejak dari gesaan ini.

Laporan PAC ini mungkin telah memberikan sedikit petunjuk kepada SPRM sekiranya SPRM tidak tahu mengenai wang yang hilang ini.

Amat mengejutkan apabila Laporan PAC mendedahkan bukan hanya RM1 billion yang telah hilang, tetapi sebanyak RM1.4 billion telah hilang.

Sejumlah RM400 juta telah digunakan oleh Kontraktor untuk membayar hutang lamanya, RM305 juta digunakan untuk membina sebuah pusat di Cyberjaya, yang agak tidak berkaitan dengan pembinaan kapal, dan RM700 juta diklasifikasikan sebagai kos berlebihan oleh pihak Kontraktor.

Kini tanggungjawabnya terletak kepada SPRM untuk menyiasat setiap aspek perbelanjaan dan memberitahu rakyat sama ada wang ini telah disedut keluar dan siapa yang telah menerima manfaat darinya.

Bolehkah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, memberitahu rakyat Malaysia, apa yang sedang dilakukan SPRM mengenai Laporan PAC ini dan juga menjelaskan mengapa badan tersebut tidak bertindak awal lagi?

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.

 

 

MACAI KUAT TU DENGARNYA...SIKAP PUN SAMA LA KAN....

 


Panas! Ajak Shiro dedah tembelang Shahrol, kaki ‘tikam belakang?

Panas! Ajak Shiro dedah tembelang Shahrol, kaki ‘tikam belakang?

Sedia maklum, penyampai radio, Fizi Ali kini telah meninggalkan radio Suria FM dan hal itu telah menarik perhatian pelawak, Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya.

Menurut Shahrol, pihak pengurusan radio terbabit memang sudah lama tidak bersikap professional dan itu sudah terjadi sejak dirinya menjadi penyampai radio di saluran terbabit.

Susulan perkongsian yang panjang di laman Instagram mengenai hal itu, salah seorang Team Pagi Suria iaitu Ajak berasa kurang senang melihat Shahrol berkongsikan hal yang didakwa hanya sebelah pihak sahaja.

Sebelum ini, Shahrol yang pernah menjadi penyampai radio Suria FM di berhentikan kerana mempunyai masalah disiplin dan menjawab kata-kata yang dikeluarkan oleh Ajak itu, Shahrol berkata pengundurannya telah membuka rezeki kepada Ajak untuk menjadi penyampai radio di Suria FM setelah berkhidmat di Hot FM.

Tidak mendiamkan diri, Ajak membalas dengan mendedahkan dirinya pernah menangguhkan tawaran di Suria FM kerana memikirkan persabahatan bersama Shahrol serta tidak meminta pihak pengurusan radio itu meneruskan saman terhadap pelawak terbabit.

Dalam pada itu, tindakan baik Ajak terhadap Shahrol tidak berbalas kerana sewaktu awal karier mereka, Shahrol difahamkan telah menerima tawaran penyampai radio tanpa pengetahuan Ajak.

Awak kata jangan terima. Saya tolak tawaran radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain.

Sekadar info, Fizi sebelum ini bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan Team Pagi Suria umum undur diri dan memulakan kerjaya penyampai radio di stesen Hot FM bersama Fad di segmen Sembang Squad.

WOIIII...RAKYAT KELAPARAN...HANGPA NAK BEREBUT JAWATAN KA WOIII.....TU NAK MERINTAH NEGARA ???

 

Pemimpin Bersatu nafi laporan PN tarik sokongan terhadap Ismail





Faiz Na’aman menafikan laporan Perikatan Nasional sedia menarik
 sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. (Gambar
 Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menafikan laporan mendakwa Perikatan Nasional (PN) akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas enggan melantik timbalan perdana menteri daripada parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman, menolak laporan The Star sebagai “tidak betul” dan “provokatif”, sambil menegaskan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail.

“Majlis Pimpinan Tertinggi tidak pernah membuat keputusan itu,” katanya ringkas kepada FMT.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, mendedahkan Ismail membatalkan pertemuan dengan Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin, pada saat-saat akhir.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pertemuan itu yang dijadual semalam, dimaklumkan berhubung perjanjian ditandatangani antara PN dan naib presiden Umno itu sebelum pelantikan Ismail sebagai perdana menteri.

Wan Saiful menyatakan kekecewaannya berhubung pembatalan pertemuan itu dengan berkata, Bersatu hanya mahu perdana menteri “menghormati PN sebagai mana beliau menghormati Pakatan Harapan”.

Pada 28 Julai, PN mengutarakan kekecewaan terhadap Ismail susulan kegagalan memenuhi janji dibuat kepada gabungan berkenaan. Menurut terma perjanjian yang bocor, jawatan timbalan perdana menteri dijanji diberikan kepada parti teras PN, Bersatu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, menafikan kewujudan perjanjian diperkatakan itu antara PN dan Ismail, namun setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, kemudian mengakui mendraf “memorandum persefahaman” antara dua pihak berkenaan, pada Ogos 2021.

Menurut The Star, hari ini, laporan itu menyatakan kepimpinan PN kecewa dengan Ismail dan “hilang sabar” selepas pertemuan antara perdana menteri dan Hamzah dibatalkan.

Memetik pimpinan PN Sabah, laporan itu menyebut bahawa pilihan untuk menarik sokongan terhadap Ismail dibincangkan dalam mesyuarat gabungan itu, minggu lalu.

Bagaimanapun, pemimpin itu berkata, ia akan menjadi langkah terakhir sekiranya perdana menteri berterusan tidak mahu menunaikan janjinya dengan PN.

KONG KALI KONG


HAMDAN TAHA


Jika Pas dan Bersatu tarik sokongan kepada YAB PM kerana tak dapat jawatan TPM

Maka modal besar buat musuh PN dalam berdepan PRU

Umno tarik sokongan kepada Muhidden tak gunakan alasan jawatan TPM tapi kegagalan Muhidden sebagai PM dan di sokong pulak oleh PH

Tapi kali ini PN tarik sokongan kerana TPM dan jawatan Pengerusi GLC bukan kerana kepentingan rakyat sedap betul membahan Pas dan Bersatu dalam kempen

PH pulak bijak nampak mereka tak ikut rentak nak PRU cepat yang mereka tuntut supaya kerajaan selesaikan masalah rakyat dan ekonomi negara dan masukkan cepat cepat

Najib dan Zahid

Ke Sg Buluh

Mudah je kehendak mereka

Dr M pula tengah sibuk nak selamatkan Melayu yang dia sendiri jahanamkan tapi ada lagi umat yang percaya ke dia tu...dia nak selamatkan anak dia jer dari dulu,tapi anak dia melayu lah,kira betui dah tu selamatkan melayu


Kerajaan tambah elaun penjawat awam kuasai bahasa asing..DALAM NEGARA KALU MACAMANA ?

 


Pada 2009 kerajaan memperkenalkan elaun khas untuk kemahiran
 bahasa asing bagi penjawat awam bertugas di luar negara.

PETALING JAYA: Kerajaan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

Bagaimanapun, dasar untuk tidak membayar sebarang elaun bagi mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris kekal.

Penjawat awam yang layak dibenarkan menuntut elaun bagi maksimum dua bahasa asing.

Dalam surat edaran bertarikh 28 Julai dilihat FMT, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shafiq Abdullah, berkata elaun bulanan bagi penjawat awam dengan kemahiran asas dan pertengahan akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagi penjawat awam dengan kemahiran lanjutan, bayaran dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Elaun khas untuk kemahiran bahasa asing ini diperkenalkan pada 2009.

Bahasa yang layak bagi elaun ini termasuk bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Rusia, Sepanyol dan mana-mana bahasa rasmi lain di negara tempat penjawat awam terbabit bertugas.

“Selaras dengan perkembangan perhubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar, kemahiran berkomunikasi dengan penggunaan bahasa asing adalah penting dewasa ini bagi membantu memudahkan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan,” menurut JPA dalam pekeliling pada 2009.

Mereka yang layak menerima elaun ini ialah pegawai berkhidmat di luar negara dan menggunakan kemahiran bahasa asing semasa menjalankan tugas atau pegawai berkhidmat di Malaysia yang diarah melaksanakan tugas rundingan di peringkat antarabangsa.

Pada Februari Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata wakil Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu pada setiap majlis rasmi, termasuk mesyuarat antarabangsa, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Katanya, beliau menggunakan bahasa Melayu ketika mengadakan mesyuarat dua hala dan sidang media bersama.

KEH..KEH..KEH....

 


Setelah 65 tahun tahun merdeka, orang Melayu masih lagi perlukan sebuah gagasan bagi membela nasib mereka. Apa maknanya itu?

Maknanya kerajaan selama ini yang ditadbir oleh UMNO dan BN telah gagal membela nasib orang Melayu. Malangnya, hampir 24 tahun daripada 65 tahun itu, Mahathirlah yang memimpin negara ini.

Dia nak tubuhkan gagasan baru berteraskan Melayu kononnya untuk membela nasib Melayu. Tapi kalau Mahathir betul jaga Melayu selama dia memerintah, Melayu dan tak perlukan gagasan begitu waktu ini.

Hari ini, sepatutnya kita bicara soal pembangunan. Tidak lagi isu kaum. Selama 65 tahun, negara ini sepatutnya sudah kukuh berdiri sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, yang saling hormat dan saling bekerjasama.

Tetapi selama 65 tahun, terutama ketika Mahathir menjadi kepala kerajaan, orang Melayu dipupuk dengan sikap prejudis terhadap kaum lain. Semua demi politik dengan DAP menjadi kambing hitam.

Malaysia tak akan ke mana selagi isu kaum masih menjadi modal politik. Kalau mahu negara ini terus makmur, maka semua ahli politik yang tunggang sentimen kaum dan agama perlu disingkirkan.

Singkirkan mereka bukan bererti menolak agenda Melayu dan Islam. Tetapi menolak sikap hipokrasi mereka. Kerana mereka bukanlah orang yang benar memperjuangkan Melayu dan Islam. Sebaliknya hanya menunggang demi mendapatkan pengaruh.

Rakyat Malaysia hari ini mesti bijak. Mereka yang sebegini jangan lagi diberi ruang dalam peluang dalam negara. Kita langkah bersama sebagai satu bangsa - Bangsa Malaysia. Guane boh?

Raja Gelap

 

LAPORAN SEKANDEL LCS

 #Artikel -  Laporan PAC kapal tempur pesisir: MINDEF tidak endah permintaan TLDM




PINDA PERLEMBAGAAN PKR SELARAS RUU ANTI LOMPAT


SISTEM KESAN PRODUK TEMBAKAU, KENAPA TIADA TENDER TERBUKA?


RAMAI YANG ULAS ISU INI SELEPAS RAFIZI RAMLI MEMBUAT KENYATAN MEDIA






PERWIRA

Ayah saya merupakan pesara tentera. Code name saya panggil dia ialah “Kolonel”. Itu jawatan terakhir beliau sebelum bersara.

Sejak kecil, saya dibesarkan dalam kem tentera. Isu perajurit ini cukup dekat di hati saya.

Baru-baru ini, terdapat 2 skandal besar melibatkan Kerajaan BN terdahulu dan menjejaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Skandal ini rakyat terutamanya veteran ATM kena faham dan hadam.

Dua isu ini telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen. Dan sekarang dispin2 oleh team spinner Najib Razak.

1. Isu LCS

- kapal tempur TLDM kita bayar dah RM6 bilion sejak tahun 2011, namun selepas sepuluh tahun sebutir pun kita tak terima. Patutnya dah terima 6 buah kapal kesemuanya.

- Bukan setakat tak deliver, siap ada mark up harga lagi RM3B. Tambah kos pula. PAC dapati ada ketirisan sampai RM1.4B.

- Yang jadi PM masa tu ialah Najib Razak. MENHAN pula ialah Zahid Hamidi. Geng Klepto juga punya angkara.

2. Isu AES LTAT

- LTAT diminta ambil alih program gagal AES daripada syarikat kroni. Patutnya nilaian take over hanya RM280 juta. LTAT dipaksa beli sampai RM555 juta. Nampak sgt ada kickbacks di situ. Siapa yang dapat cuba bagitau?

- Najib kata LTAT patutnya buat untung drpd projek ni. Boleh collect saman dan sebagainya. Masalahnya AES ni projek fail dari mula. Dengan banyak rosak nya mesin AES ni. Dan samannya pula AGC sendiri tak persetujui. Mana datangnya LTAT boleh buat duit?

MO Geng Klepto ni sama tuan puan. Diaorg rompak Tabung Haji, KWAP dan LTAT. Keluarkan duit untuk bagi kroni, pastu claim ditipu lagi.

Nak cover, mereka bake the account untuk bagi dividen tinggi. Cer check Laporan Audit Tabung Haji. Sekarang boleh juga check audit report LTAT. Sama saja MO rompakan mereka. Melayu tertipu jua.

Apa impak LTAT makin tenat? Tengokkan nasib veteran kita. Jurang pencen antara yang lebih senior dan junior. Mereka hanya dapat RM1500 sebulan sahaja. Ada OKU dan orang2 tua.

Kalau betul Najib hero rakyat masa itu, kenapa veteran kita banyak yang merempat. Sampai mereka kena buat demonstrasi aman?

Mereka perwira kita. Berjuang habis2an untuk negara. Jagalah mereka…

Dapat politikus musang berbulu ayam, merompak harta negara dan mengayakan diri sendiri. Sekarang tangan pula dia nak cuci…

Nauzubillah… Janganlah di angkat lagi pemimpin sebegini…

Salam hormat,

Liyana Marzuki

#mangsascamJhoLow #kebengongan #berpisahtiada

 

#Artikel - Laporan PAC kapal tempur pesisir: MINDEF tidak endah permintaan TLDM

 #Artikel -  Laporan PAC kapal tempur pesisir: MINDEF tidak endah permintaan TLDM


KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini merumuskan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) tidak mengendahkan permintaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pelaksanaan projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).


PAC menyatakan perkara tersebut dalam Jilid 1 Laporan Berhubung Perolehan Kapal LCS, hari ini.


“Pandangan TLDM selaku end user tidak diendahkan oleh MINDEF dan syarikat BNS dalam pelaksanaan projek LCS,


“Pada asalnya, reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM telah dipersetujui oleh Menteri Pertahanan,


“Keputusan tersebut telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND pada 11 Julai 2011 atas cadangan syarikat BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011,” kata laporan itu.


Menurut PAC, perubahan dilakukan semasa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memegang portfolio Menteri Pertahanan.


Jelasnya, insiden sebegini perlu diambil pengajaran untuk perolehan masa hadapan.


” Insiden perubahan pemilihan reka bentuk kapal LCS daripada SIGMA kepada GOWIND harus dijadikan pengajaran bagi

perolehan pada masa hadapan,


“Perolehan peralatan dan kelengkapan pertahanan negara harus mengutamakan keperluan end user iaitu TLDM dalam kes ini,


” Secara amnya bagi segala projek dan perolehan di masa hadapan selari dengan Kertas Putih Pertahanan 2020 – 2030,” jelas PAC.


Perolehan LCS menjadi tumpuan kerana lewat siap.


“Projek LCS diberikan oleh Kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus,


” Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan,


“Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan,” kata PAC.


Sumber: Air Times


TASEK CHINI YANG ROSAK KERANA KETAMAKKAN MANUSIA . BIJIH BESI DAN PENCEMARAN DARI KEM LATIHAN KHIDMATAN NEGARA SUATU KETIKA DULU MENCEMARKAN DAN ALIRAN SG PAHANG YANG DISEKAT MELALUI PINTU AIR.

 



Suara Keadilan pernah menyiarkan kemusnahan Tasek Chini beberapa tahun dulu.Namun tiada tindskan diambil pihak berwajib.



Hijaukan Tasik Chini tak mampu kembalikan biodiversiti, ekologi asal, kata NGO




Proses pemulihan saja tidak akan menjamin kemusnahan sama tidak berulang di Tasik Chini, kata Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Damien Thanam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO alam sekitar memuji usaha serius kerajaan Pahang memulihkan kemusnahan di Tasik Chini, selepas dikatakan tidak lagi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Damien Thanam bagaimanapun berkata, walaupun usaha pemulihan itu terpuji, ia tidak mampu mengembalikan kehilangan flora, biodiversiti dan ekologi asal alam sekitar kawasan tersebut.

“Apa yang akan terhasil sekarang adalah daripada rehabilitasi manusia saja…ini amat menyedihkan,” katanya kepada FMT.

Beliau juga bimbang kemusnahan sama akan berulang selepas Tasik Chini dipulihkan, sekiranya mereka yang menjadi punca kerosakan di situ tidak diheret ke muka pengadilan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Proses pemulihan saja tidak akan menjamin kemusnahan sama tidak berulang. Tindakan sepatutnya diambil ke atas tangan-tangan yang menjadi punca utama kemusnahan Tasik Chini.”

Katanya, isu kemusnahan Tasik Chini sepatutnya dibendung dari awal, termasuk menghalang aktiviti pembalakan dan perlombongan berdekatan tapak Rizab Biosfera Unesco itu.

“Bagaimana agensi penguatkuasaan negeri dan pusat gagal memantau dan menghentikan aktiviti-aktiviti sehingga diancam penarikan balik status Tasik Chini oleh Unesco? Kemusnahan Tasik Chini bukan bermula dan dikesan dalam seminggu dua, tetapi berlaku sekian lama, malah salah satu lombong di situ berada betul-betul di hadapan Pusat Penyelidikan Tasik Chini yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.”

Pihaknya mencadangkan keseluruhan kawasan Tasik Chini dijadikan khazanah alam negara di bawah perlindungan kerajaan pusat untuk menjamin keselamatannya serta mengelak risiko kemusnahan berulang.

“Peka mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Pahang atas campur tangan baginda untuk memaksa kerajaan mempergiatkan lagi rehabilitasi Tasik Chini,” katanya.

Beliau menegaskan Tasik Chini bukan saja perlu dilindungi, sebaliknya kawasan hutan lain di seluruh negara juga hendaklah dibaik pulih kerana nyawa, cara hidup dan masa depan manusia bergantung kepada cara khazanah alam negara dilindungi dan disayangi.

“Malaysia sudah pun membentuk komuniti pelarian pemanasan global dan perubahan cuaca dalam kalangan rakyat kita. Ramai yang meninggal dunia secara langsung dan tidak langsung akibat dua fenomena itu.

“Masihkah kita tidak dapat mengawal nafsu untuk mengejar kekayaan dan kuasa dengan menggondol sumber khazanah alam kita dengan rakus, walaupun berlaku banyak bencana alam akibat aktiviti manusia?” soalnya.

Terbaharu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja pemulihan Tasik Chini di Pekan berjalan lancar dengan 80% daripada kawasan terjejas telah dipulihkan, manakala kerajaan negeri komited serta berusaha sehabis baik bagi memastikan status Rizab Biosfera Unesco yang diperoleh pada 2009 dikekalkan.

Sebelum ini, sebuah portal tempatan mendedahkan tinjauan berkala pertama Unesco mendapati Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.