Kerajaan tambah elaun penjawat awam kuasai bahasa asing..DALAM NEGARA KALU MACAMANA ?

 


Pada 2009 kerajaan memperkenalkan elaun khas untuk kemahiran
 bahasa asing bagi penjawat awam bertugas di luar negara.

PETALING JAYA: Kerajaan menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka.

Bagaimanapun, dasar untuk tidak membayar sebarang elaun bagi mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris kekal.

Penjawat awam yang layak dibenarkan menuntut elaun bagi maksimum dua bahasa asing.

Dalam surat edaran bertarikh 28 Julai dilihat FMT, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shafiq Abdullah, berkata elaun bulanan bagi penjawat awam dengan kemahiran asas dan pertengahan akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagi penjawat awam dengan kemahiran lanjutan, bayaran dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Elaun khas untuk kemahiran bahasa asing ini diperkenalkan pada 2009.

Bahasa yang layak bagi elaun ini termasuk bahasa Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Rusia, Sepanyol dan mana-mana bahasa rasmi lain di negara tempat penjawat awam terbabit bertugas.

“Selaras dengan perkembangan perhubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara luar, kemahiran berkomunikasi dengan penggunaan bahasa asing adalah penting dewasa ini bagi membantu memudahkan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan,” menurut JPA dalam pekeliling pada 2009.

Mereka yang layak menerima elaun ini ialah pegawai berkhidmat di luar negara dan menggunakan kemahiran bahasa asing semasa menjalankan tugas atau pegawai berkhidmat di Malaysia yang diarah melaksanakan tugas rundingan di peringkat antarabangsa.

Pada Februari Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata wakil Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu pada setiap majlis rasmi, termasuk mesyuarat antarabangsa, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Katanya, beliau menggunakan bahasa Melayu ketika mengadakan mesyuarat dua hala dan sidang media bersama.

No comments: