TASEK CHINI YANG ROSAK KERANA KETAMAKKAN MANUSIA . BIJIH BESI DAN PENCEMARAN DARI KEM LATIHAN KHIDMATAN NEGARA SUATU KETIKA DULU MENCEMARKAN DAN ALIRAN SG PAHANG YANG DISEKAT MELALUI PINTU AIR.

 



Suara Keadilan pernah menyiarkan kemusnahan Tasek Chini beberapa tahun dulu.Namun tiada tindskan diambil pihak berwajib.



Hijaukan Tasik Chini tak mampu kembalikan biodiversiti, ekologi asal, kata NGO




Proses pemulihan saja tidak akan menjamin kemusnahan sama tidak berulang di Tasik Chini, kata Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia, Damien Thanam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan NGO alam sekitar memuji usaha serius kerajaan Pahang memulihkan kemusnahan di Tasik Chini, selepas dikatakan tidak lagi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Damien Thanam bagaimanapun berkata, walaupun usaha pemulihan itu terpuji, ia tidak mampu mengembalikan kehilangan flora, biodiversiti dan ekologi asal alam sekitar kawasan tersebut.

“Apa yang akan terhasil sekarang adalah daripada rehabilitasi manusia saja…ini amat menyedihkan,” katanya kepada FMT.

Beliau juga bimbang kemusnahan sama akan berulang selepas Tasik Chini dipulihkan, sekiranya mereka yang menjadi punca kerosakan di situ tidak diheret ke muka pengadilan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Proses pemulihan saja tidak akan menjamin kemusnahan sama tidak berulang. Tindakan sepatutnya diambil ke atas tangan-tangan yang menjadi punca utama kemusnahan Tasik Chini.”

Katanya, isu kemusnahan Tasik Chini sepatutnya dibendung dari awal, termasuk menghalang aktiviti pembalakan dan perlombongan berdekatan tapak Rizab Biosfera Unesco itu.

“Bagaimana agensi penguatkuasaan negeri dan pusat gagal memantau dan menghentikan aktiviti-aktiviti sehingga diancam penarikan balik status Tasik Chini oleh Unesco? Kemusnahan Tasik Chini bukan bermula dan dikesan dalam seminggu dua, tetapi berlaku sekian lama, malah salah satu lombong di situ berada betul-betul di hadapan Pusat Penyelidikan Tasik Chini yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.”

Pihaknya mencadangkan keseluruhan kawasan Tasik Chini dijadikan khazanah alam negara di bawah perlindungan kerajaan pusat untuk menjamin keselamatannya serta mengelak risiko kemusnahan berulang.

“Peka mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Pahang atas campur tangan baginda untuk memaksa kerajaan mempergiatkan lagi rehabilitasi Tasik Chini,” katanya.

Beliau menegaskan Tasik Chini bukan saja perlu dilindungi, sebaliknya kawasan hutan lain di seluruh negara juga hendaklah dibaik pulih kerana nyawa, cara hidup dan masa depan manusia bergantung kepada cara khazanah alam negara dilindungi dan disayangi.

“Malaysia sudah pun membentuk komuniti pelarian pemanasan global dan perubahan cuaca dalam kalangan rakyat kita. Ramai yang meninggal dunia secara langsung dan tidak langsung akibat dua fenomena itu.

“Masihkah kita tidak dapat mengawal nafsu untuk mengejar kekayaan dan kuasa dengan menggondol sumber khazanah alam kita dengan rakus, walaupun berlaku banyak bencana alam akibat aktiviti manusia?” soalnya.

Terbaharu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja pemulihan Tasik Chini di Pekan berjalan lancar dengan 80% daripada kawasan terjejas telah dipulihkan, manakala kerajaan negeri komited serta berusaha sehabis baik bagi memastikan status Rizab Biosfera Unesco yang diperoleh pada 2009 dikekalkan.

Sebelum ini, sebuah portal tempatan mendedahkan tinjauan berkala pertama Unesco mendapati Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.

No comments: