Pada tahun 2017 TLDM dah lancarkan LCS1 yang mereka namakan KD
Maharaja Lela, siap tulis yang akan di lancarkan ke perairan pada hari itu
juga.
LCS1 ini patut di serahkan ke TLDM pada tahun 2019.
Lihat gambar perlancaran di bawah.
https://peraktoday.com.my/.../kd-maharaja-lela-sempurna.../
Tapi bila di tanya pasal pelancaran LCS1 dalam PAC, mereka kata
perlancaran tersebut bukan bermaksud kapal tersebut telah siap di bina.
Jadi kapal yang beramai-ramai duduk ambil tu gambar apa?
Nampaknya ia hanyalah dummy ship yang mast (pole) dia sahaja berharga
400K
Dari rancangan asal nak lancarkan pada 2017, boleh pula simpan
mast dalam store.
400K bazir macam itu sahaja; hampir 1 billion dah bayar tak
dapat apa-apa.
Tapi baca apa yang Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat: kata
"Akan tetapi, dengan perubahan landskap politik kita pada
tahun
2018, mungkin itu ada hikmahnya. Ini telah berjaya mengubah
dan memberi ruang kepada saya untuk meneruskan usaha untuk
cuba mencari root cause kepada isu semasalah.
Sebagai hasilnya, adalah kita telah membuat, melaksanakan position
dan juga forensic audit kepada program ataupun projek
ini. Hasil daripada ataupun findings of the forensic audit
tersebut, telah memberi asas yang kukuh kepada kami untuk vmembuat laporan
kepada MACC. Laporan tersebut telah dibuat dan kami mahu ia dilaksanakan
sebagai satu due process yang adillah dilaksanakan untuk memastikan satu
siasatan yang menyeluruh dilaksanakan terhadap projek ini. "
Jadi kita ingat, kalau tak ada perubahan kerajaan tempoh hari
kepada PH, jangan mimpi rakyat nak tahu tentang hal ini. Ini bukti undi ada
tidak sia-sia walaupun PH di khianati lepas 22 bulan.
Laporan PAC ada disini
https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-312.pdf...