

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN
MOHD SHAH RIM
22 tahun tak cukup ke..??Isu kemiskinan ini dah lama dibawa Anwar Ibrahim sejak diUniversiti..serah pada yang pakar untuk selesaikan..


Persaingan dalam Pemilihan KEADILAN 2022 seharusnya tidak menimbulkan perpecahan kerana parti diibaratkan satu keluarga besar yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam satu siaran video yang dimuat naik sejak kelmarin.
Menurut mantan Presiden KEADILAN selama 18 tahun itu, pertandingan seharusnya jangan mengkesampingkan akal budi dan akhlak dalam berkempen, perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain.
“Ini yang saya nak pesan dalam pemilihan kali ini, kita satu wadah rakyat.
“Kita nak bina parti balik (lepas pengkhianatan), kita nak kuatkan selepas kita lalui pilihan raya, kita menang, namun ujian getir apabila ramai yang menyimpang
“Jadi bila kita ada pemilihan biarlah kita buat dalam kekeluargaan. Biarlah kita sama sama dalam keluarga ini membina, memperkuatkan kerana ini parti kita.
“Jadi Kak Wan pesan. Bertanding, kita mesti ada semangat tanding. Kita nak cabaran untuk dapatkan yang terbaik antara kita namun kita semua keluarga. Kita semua bersama sama dalam susah. Dalam susah itu lebih tabah. Lebih hebat menghadapi ujian dan dugaan,” katanya dalam chanel Youtube Mengakar Merimbun.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menyeru agar calon pemilihan tidak membangkitkan apa yang disumbangkan atau tidak kepada parti bagi mengurangkan suhu ‘hangat’ berkempen.
“Dalam pertandingan ini kita kelaurga. Nak ungkit, kau tak buat ni aku buat ini. Jangan.
“Kita semua menyumbang, ada yang menyumbang cara lain, kita tak tahu. Doa pun sumbangan juga.
“Kita jangan jatuhkan satu sama lain. Kita nak bertanding jangan gores hati, jatuhkan maruah. Biar kita ada piawaian untuk parti kita. Akhlahnya mulia, insan kamil, itu yang penting,” katanya.
Beliau juga berpesan agar sesiapa yang menang atau dilantik selepas ini akan membentuk satu pasukan presiden yang mantap.
Dr Wan Azizah melarang perbuatan lampau apabila berlaku keputusan parti tidak dilaksanakan oleh satu fraksi sedangkan telah dibahas dan dipersetujui majoriti pimpinan parti.
“Kita dalam ini kita satu pasukan. Kita bermesyuarat. Kita buat keputusan dan kita tawakal. Tak perlu nak check and balance, tak perlu.
“Masa dalam mesyuarat ya, masa itu kita check and balance. Tetapi bila kita sama sama dalam satu pasukan presiden keputusan dibuat, dia presiden maka kita mesti ikut. Itu tatakelola bagaimana satu organisasi berjalan.
“Mesyuarat kita lawan, dah buat keputusan, masa itu kita taat dan setia kepada keputusan. Semua adalah pasukan presiden,” katanya lagi.
Pemilihan KEADILAN 2022 berlangsung sejak 13 Mei lalu sehingga 22 Mei ini dan selepas itu jawatan untuk Majlis Pimpinan Pusat pula dipilih sebelum berakhir dengan kongres tahunan pada Jun 2022.
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan rakyat sebagai raja atau ‘king’ menerusi pendekatan cash is king.
Bahkan, Ahli Parlimen Langkawi dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga mendakwa, Najib yang sinonim dengan gelaran ‘Bossku’ itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat.
“Saya hairan kenapa Najib diberi tempat untuk dia bercakap bohong, macam tak siuman (dia bercakap)… kononnya cash is king, king itu rakyat, jadi sekarang bila kita jumpa rakyat, kita (kena panggil) Duli Yang Maha Mulia rakyat. Bukan macam itu… itu cakap bohong.
LIYANA MARZUKI
Ada ex-PM dok canang zaman
dialah ekonomi Malaysia paling baik. “Kek” ekonomi negara paling besar
dibuatnya.
Dengan tak malunya,dia angkat bakul sendiri seolah2 nak
tunjukkan dialah PM paling bagus yang kita ada.
Eloklah kita tengok fakta dan data ekonomi, daripada terus
percaya auta dia.
(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara
Zaman dia memerintah purata pertumbuhan KDNK hanya 5.4% untuk
2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).
(ii) Ranking Eksport dan import global
- Tahun terteruk eksport dan import Malaysia ialah pada tahun
2009 dan 2010. Masa dia memerintah.
- Ranking Elsport Global Malaysia dari tangga ke-18 dalam dunia
(2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).
- Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang
telah mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga
ke-25.
(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
- Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada
awal tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi FDI.
- Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Pada
tahun 2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak
FDInya mengalahkan Malaysia. Ini semua berlaku masa dia memerintah Malaysia.
(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna
- Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut
16.7% berbanding 10 tahun lepas. Maknanya harga barang banyak meningkat sejak
zaman dia.
(v) Ekuiti korporat warga tempatan
- Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada
16.2% (2015).
- Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada
30.7% dalam tempoh yang sama.
- Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat
dari 37.2% kepada 45.3%.
Maknanya, masa dia memerintahlah ekuiti asing bertambah dalam
negara. Orang tempatan pula makin hilang harta.
(vi) Laporan tahun 2018 menyatakan Tanah Rezab Melayu hanya
tinggal 12% sahaja.
Ini semua cerita “zaman kegemilangan” dia yang Kerajaan baru
kena warisi.
Belum lagi cerita dia kena scam dengan Jho Low sampai negara
berhutang berpuluh bilion. Sampai nama Malaysia busuk satu dunia.
Yang herannya, ada juga pentaksub masih percaya GEBANG seorang
“mangsa scam”, mengajar orang lain uruskan ekonomi negara.
Doakan mereka ini terbuka hati dan minda untuk lihat fakta, dan
tak hanyut dengan mainan cytro dan propaganda berbayar.

PETALING JAYA: Laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut dan pembinaan 30 masjid, antara tawaran manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu jika kerajaan PAS negeri itu ditumbangkan.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad, berkata manifesto itu akan dilakukan dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di negeri tersebut.
“Saya telah hadir dalam satu perjumpaan bersama Ketua Umno Terengganu Ahmad Said pada Isnin. Antara janji kita, kalau BN menang pada PRU15 (pilihan raya umum ke-15), kita nak teruskan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut.
“Selain itu, kalau menang di Terengganu juga, kita akan membina 30 masjid dalam masa lima tahun.
“Kita nak menjadikan Terengganu sebagai negeri maju dan menjana pendapatan orang Terengganu menerusi pelancongan. Jalan empat lorong juga akan dibuat dari Kemaman ke Besut tanpa tol dan secara percuma melalui jalan pantai.
“Jalan itu juga akan melalui Kampung Fikri, Setiu. Datuk Ahmad Said akan buat satu jambatan dan akan ada restoran tengah laut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, Tasik Kenyir juga akan terus dimajukan dalam usaha memastikan lebih ramai pelancong hadir ke negeri tersebut.
Hari ini, Bersatu Terengganu mengumumkan akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri disandang BN selepas mendapat persetujuan PAS, pada PRU15.
Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, berkata PAS melalui perbincangan pengagihan kerusi sudah bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu untuk meletakkan calon.
Pada PRU14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal.