TAZKIRAH RANI KULUP























 

FAHMI REZA- 24 SOLAN CEPUMAS

 24 SOALAN SOAL SIASAT PDRM


Pada 14 April 2022 aku ditangkap polis kerana grafik satira beruk Mojo Jojo dalam gambar di bawah. Ini senarai 24 soalan yang ditanya oleh polis semasa sesi soal siasat bawah Akta Hasutan & #AktaSakitHati di IPD Dang Wangi semasa aku dalam tahanan.
SOALAN 1
Boleh ceritakan latar belakang diri kamu?
SOALAN 2
Adakah kamu terlibat dalam mana-mana parti politik atau NGO?
SOALAN 3
Adakah kamu mempunyai apa-apa sejarah kesihatan?
SOALAN 4
Berapa lama kamu sudah bergiat dalam media sosial?
SOALAN 5
Apakah akaun-akaun media sosial yang kamu ada?
SOALAN 6
Bilakah akaun Facebook kamu dibuka?
SOALAN 7
Berapa banyak akaun Facebook kamu?
SOALAN 8
Adakah kamu admin akaun Facebook "Fahmi Reza"?
SOALAN 9
Apakah username dan password akaun Facebook kamu?
SOALAN 10
Apakah username dan password akaun email kamu?
SOALAN 11
Apakah gajet yang kamu gunakan untuk melayari dan membuat posting di Facebook?
SOALAN 12
Apakah perkara-perkara yang kamu sering kongsikan di akaun media sosial kamu?
SOALAN 13
Melalui penelitian akaun media sosial kamu, didapati kamu sering berkongsi kenyataan dan posting yang mengkritik kerajaan. Apakah tujuan kamu?
SOALAN 14
Adakah kamu diarahkan oleh sesiapa untuk buat posting-posting mengkritik kerajaan?
SOALAN 15
Adakah kamu mengenali posting dalam gambar ini?
[Polis tunjuk printout screenshot posting grafik satira beruk Mojo Jojo dari FB aku]
SOALAN 16
Adakah kamu yang memuatnaik posting ini?
SOALAN 17
Bilakah posting ini dimuatnaik?
SOALAN 18
Apakah gajet yang kamu gunakan untuk memuatnaik posting ini?
SOALAN 19
Apakah tujuan kamu memuatnaik posting ini?
SOALAN 20
Dari manakah kamu memperolehi gambar kartun beruk itu?
SOALAN 21
Apakah maksud gambar dan posting berkenaan?
SOALAN 22
Kepada siapa posting ini ditujukan?
SOALAN 23
Adakah kamu sendiri yang memuatnaik posting ini, atau atas arahan sesiapa?
SOALAN 24
Adakah kamu bercakap benar semasa memberi keterangan ini?
TAMAT SESI SOAL SIASAT
May be a cartoon of ‎text that says "‎בבועעום 24 24SOALAN SOAL SIASAT PDRM SOALAN‎"‎

BANGSA SENDIRI YANG TERUK

 

UDALAM MATAK

Bangsa lain di Malaysia dah maju..lihat lah bangsa sendiri.anak² yang perlukan didikan.di biar bebas siang dan malam,tanpa pengawalan.

Jalan yang sepatutnya untuk kenderaan yang bercukai.dia pergi rempuh dengan basikal lajak nya.yang di persalahkan amoi yang setiap tahun membayar cukai jalan.si basikal lajak yang menceroboh itu.di bela oleh para rasis golongan VIP.
Karma yang Allah perlihatkan.bangsa yang gemar memainkan isu bangsa,kaum.sebenarnya anak sendiri dan bangsa ku lagi teruk perangai.
May be an image of 1 person, sitting, bicycle, motorcycle and outdoors

KEH..KEH...MALU JA HADI...ZAMAN TOK GURU DULU DULU TAK KENA KUTUK CAM GINI


 

FIKIR BANYAK KALI TU.....TU LAMBAT DEDAH NAK LOMPAT....

 

Aktivis bidas ahli Parlimen lambat dedah tawaran berpaling tadah





P Prabakaran dan Rusnah Aluai baru-baru ini memberitahu Dewan
 Rakyat mengenai tawaran yang diterima untuk berpaling tadah
 daripada parti mereka.

PETALING JAYA: Dua badan anti-rasuah berkata, adalah “mengejutkan dan pelik” apabila dua ahli Parlimen hanya membuat pendedahan baru-baru ini bahawa mereka diberi tawaran untuk berpaling tadah daripada Pakatan Harapan (PH) ketika perintah sekatan pada 2020.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata, apabila rasuah ditawarkan, ahli politik sepatutnya membuat laporan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini selepas ahli PKR P Prabakaran yang merupakan ahli Parlimen Batu mendakwa ramai ahli politik kanan termasuk ketua parti politik serta menteri menghampirinya dengan tawaran supaya berpaling tadah daripada PH pada 2020.

Ketika di Dewan Rakyat, beliau memberitahu bahawa segelintir ahli politik menawarkannya projek manakala ada yang berkata mereka boleh “memberi” jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai turut mendakwa beliau diajak untuk melompat parti pada 2020, dengan memberitahu Dewan Rakyat, ia berlaku melalui pesanan teks dalam aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun Rusnah berkata, beliau tidak membuat laporan kerana pihak berkuasa dilihat seolah-olah lebih berminat menyiasat pengadu, bukannya orang yang membuat tawaran sedemikian, merujuk kepada kurangnya kepercayaan terhadap SPRM.

Mohan berkata, sekiranya benar, ini bermakna kedua-dua mereka gagal melaporkan kesalahan selain menambah bahawa adalah tidak adil untuk mengandaikan bahawa SPRM hanya akan menyiasat orang yang melaporkan, bukan yang menawarkan rasuah.

“Dalam mana-mana kes, SPRM hanya boleh menyiasat sekiranya laporan dibuat. Tidak adil untuk menyalahkan SPRM jika laporan pun tidak dibuat,” katanya kepada FMT.

Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) Cynthia Gabriel mempersoalkan tindakan Prabakaran dan Rusnah yang berdiam diri mengenai perkara itu ketika kali pertama tawaran itu dibuat.

“Walaupun benar terdapat defisit kepercayaan yang serius terhadap institusi kita seperti SPRM pada masa ini, namun tidak ada alasan untuk berdiam diri sehingga sekarang. Itu tidak bertanggungjawab memandangkan keadaan politik negara yang tidak menentu. SPRM harus menyiasat dakwaan itu,” katanya.

Gabriel berkata, kedua-dua ahli politik itu harus segera melaporkannya, jika tidak, akan ada “defisit kepercayaan yang teruk” terhadap ahli Parlimen terbabit.

Manakala itu ketua pertubuhan Rasuah Busters Nurhayati Nordin turut bersetuju bahawa dakwaan yang dibuat oleh dua Ahli Parlimen itu harus disiasat dan mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dengan melaporkannya segera kepada SPRM.

“Selain itu, setiap individu yang berdepan situasi sama harus berani dan jujur untuk tampil dan bersedia untuk disiasat oleh SPRM,” katanya.

MoU dibuat untuk pulihkan ekonomi, Umno jangan ganggu usaha baiki kehidupan rakyat


 

Isu memorandum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) dipanaskan oleh Umno sejak seminggu lalu.

Timbul kenyataan Umno tidak mengiktiraf MoU dan kemungkinan mendesak Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen lebih awal sebelum tamat perjanjian pada 31 Julai 2022.

Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, sikap Umno yang ketagih masuk camur isu kerajaan yang ditandbir oleh PM itu amat dikesalkan.

Katanya, MoU adalah atas semangat nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi menghindari konflik politik berterusan dan tidak boleh ditentukan hidup matinya oleh Umno.

"Umno kena rujuk perjanjian, MoU itu di antara kerajaan dengan pembangkang bukannya Umno dengan pembangkang, mereka kena faham itu dulu. Kita mengikut perintah Tuanku nak stabilkan ekonomi.

"Ini perjanjian di antara kerajaan (termasuk PN dan GPS) bukannya mewakili Umno sahaja. Kalau dia tak nak sambung itu ikut dialah nak buat dasar apa sekalipun, kita (pembangkang) tak masuk campur urusan dia.

"Kalau ekonomi stabil, peluang pekerjaan ada dan sebagainya barulah kita akan ok (buat pilihan raya)," katanya ketika dihubungi.

Tambah calon Naib Presiden KEADILAN itu, kekalutan Umno menolak MoU lebih kepada mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) awal bagi menyelamatkan kluster mahkamah dan tidak ada kena mengena dengan rakyat.

Sedangkan, kata Abdullah, PH lebih mengutamakan pemulihan kehidupan rakyat pasca pandemik Covid 19 sebelum diadakan PRU.

"Umno sebenarnya bimbang pasal pilihan raya, kita pula risau apa dah jadi pada negara kita. Bagaimana nak bangunkan negara kita? Itu yang penting, rakyat mahu lepas dari belenggu endemik dan nak ekonomi stabil.

"Saya nak tegaskan bahawa MoU itu dengan kerajaan bukan dengan Umno. Kenapa Umno nak kelam kabut sangat," katanya lagi.

Tegas Abdullah, Umno tidak perlu campurtangan mendesak PM Ismail menamatkan awal MoU kerana hal itu bukan urusan mereka.

Tiba masanya Umno membezakan urusan kerajaan dan urusan parti. Katanya, Umno tidak boleh mentadbir negara dengan terus menerus memaksa rakyat mengikut agenda parti mereka sahaja.

 

DENGAN ATOK MACAMANA GUAN ENG- NAK HARAP GAYUT TU JADI KETUA LAGI KAH ?

 

‘Tutup pintu,’ kata Guan Eng berhubung kerjasama dengan Bersatu, PAS





Lim Guan Eng berkata selain Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

PETALING JAYA: DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata beliau menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi.

“Kalau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu bagi kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila Bersatu keluar dan menarik sokongan terhadap gabungan itu susulan Langkah Sheraton yang turut mendapat sokongan PAS dan Umno.

Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan Muhyiddin ada berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri ke-10.

Mengulas lanjut, Lim berkata, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rak­yat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.

“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada satu defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama de­ngan PAS sekarang,” katanya.


Lim Guan Eng berkata selain Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, DAP
 juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana
 tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

PETALING JAYA: DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata beliau menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi.

“Kalau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu bagi kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila Bersatu keluar dan menarik sokongan terhadap gabungan itu susulan Langkah Sheraton yang turut mendapat sokongan PAS dan Umno.

Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan Muhyiddin ada berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri ke-10.

Mengulas lanjut, Lim berkata, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rak­yat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.

“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada satu defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama de­ngan PAS sekarang,” katanya.

PKR Perlu menang PRU15, bukan sekadar jadi pembangkang ‘bermaruah’, kata Saifuddin






Saifuddin Nasution berkata, menanamkan suasana keyakinan dan
 kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang “dengan apa-apa cara yang perlu” dan bukan sekadar menjadi pembangkang “bermaruah”.

Beliau meluahkan kekecewaan kenyataan anggota parti bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak harus terlalu yakin akan memenangi PRU15, sebaliknya perlu bersedia menunggu pilihan raya seterusnya.

“Tahukah kita lima tahun Barisan Nasional (BN) dan kleptokrat kalau memerintah negara, siapa boleh jamin tata kelolanya, rasuah, kebocoran, penyelewengan, penindasan, salah guna institusi kerajaan ke atas pembangkang siapa boleh jamin?

“Sebab itu kita kena ambil kuasa politik kuasa pemerintahan seawal PRU15 walau apa cara sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa semalam.

Kenyataan Saifuddin itu dibuat susulan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas naib presiden, Nurul Izzah Anwar mengenai prospek PRU PKR dan PH.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk PKR memikat penyokong pada PRU jika parti itu tidak menyasarkan kemenangan dan sebaliknya hanya berkempen untuk menjadi pembangkang “bermaruah”, frasa yang digunakan oleh Rafizi dalam ucapannya baru-baru ini.

Saifuddin berkata: “Pengundi atas pagar hanya akan menyokong mereka yang berpeluang memenangi pilihan raya. Jika parti itu berpeluang menang dan membentuk kerajaan, maka mereka akan beralih kepada PKR.

“Sebab itu, tidak kira apa yang kita rasa dan analisa (tentang prospek memenangi PRU), kita perlu simpan dalam parti supaya kita akan bekerja lebih keras.

“Di luar sana, kita sepatutnya menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi. Itu adalah strategi yang tepat.”

Terdahulu Rafizi dilaporkan berkata, pakatan pembangkang harus realistik tentang peluangnya dan tidak perlu terlalu yakin dengan kemenangan. Adalah lebih baik untuk PKR dan PH berpuas hati untuk kekal sebagai pembangkang “bermaruah”.

Pada majlis berasingan, Nurul Izzah berkata, PH memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi atau dua pilihan raya umum sebelum boleh menawan semula Putrajaya.

Saifuddin dan Rafizi adalah pesaing yang mencabar jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR bulan depan.

DIA PANDANG HINA KEPADA NEGARA SEBAB APA ? KALAU DIA HORMAT , SEBA APA ?

 


Warga asing tidak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah diburu.




Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah, berkata insiden itu dikesan
 selepas video berdurasi 18 saat dimuat naik dua pemilik akaun TikTok.

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Jalan Ampang, dekat sini yang tular hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata insiden itu dikesan selepas video berdurasi 18 saat dimuat naik dua pemilik akaun TikTok.

Berikutan itu, Ashari berkata satu laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu.

“Menerusi video itu, ia memaparkan seorang lelaki warga asing bukan sahaja tidak memakai pelitup muka sebaliknya turut mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan bertugas di pasar raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

KERJA KERJA CYTRO BURUKKAN SAIFUDDIN NASUTION

 

HAMZAH RIE NA

Mencari didalam carian engine tak jumpa satu pun tajuk ini, dimana mana portal. Kalau ya pun nak buat kerja edit mcm umno lawan kita, beranilah letak nama portal.

Kenapa tak berani letak nama portal atau blogs? Sebab tak ada siapa pun nak keluar statement bodoh mcm tu. SUA bukan president boleh nak Komen benda2 besar mcm ni dalam medsos.
Siapa percaya kalian memang tak guna akal tapi guna tumit berfikir. Sebagai cybertrooper lama saya dah jumpa mcm2 edit, hatta letter head company pun ada yg edit. Caitro UMPAS edit mereka sebar, lepas tu kita ambil news tu shared dan tak lama kena tindakkan SKMM dan MCMC.
Sebab company tak keluar kenyataan tersebut, caitro UMPAS padam posting mereka. Kitalah kena sorang2 mengadap denda rm50k. Tak bayar penjara boleh up to 2yrs,nak tak nak bayar jugalah.
So setakat gambar no headline, no portal's name just date mcm tu saya boleh keluarkan berpuluh edit semua benda.
Kita ni bertanding sesama kita, rasanya eloklah bertanding bersifat keluargaan.
May be an image of 1 person and text that says "Saifuddin Beri Bayangan PH Akan Terima Kembali PPBM April 11, 2022 Last Updated: April 11, 2022 HAR PAN Saifuddin Beri Bayangan PH Akan Terima Kembali PPBM Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saiduddin Nasution, memberi bayangan kesediaar PH untuk menerima kembali PPBM"