BERSATU DAN PAS HANYA SEMBANG KARI. MUSTAHIL BETANI TUMBANGKAN ISMAIL SABRI.

 

Dengan mengingatkan tentang sokongan bersyaratnya kepada Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri, Bersatu dan Pas secara jelas sedang memberi ugutan mahu menjatuhkan kerajaan.

Ugutan itu dibuat ketika rasa tidak senang kedua-dua parti bukan lagi rahsia lantaran tidak setuju atas perlakuan UMNO-BN bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan sebelum tempoh matang yang sepatutnya.

“Mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu kepada kerajaan adalah bersyarat yang mana ia perlu dihormati dan dirundingi atas nilai integriti, anti rasuah dan berkebajikan,” kata Mahiaddin Md Yasin dalam sidang media selepas Muzakarah PAS- Bersatu di Shah Alam semalam.

Peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri adalah antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam muzakarah antara kedua-dua parti tersebut.

Tetapi, beranikah Bersatu dan Pas menarik sokongan, seterusnya menjatuhkan kerajaan yang mereka sendiri ada di dalamnya serta meraih gaji lumayan daripadanya?

Berdasarkan beberapa faktor, adalah diyakini ugutan tersebut hanya sekadar gertakan dan sembang kari semata-mata kerana Bersatu dan Pas pada hakikatnya tidak mungkin berani berbuat demikian.

Faktor pertama, jika Bersatu dan Pas menarik sokongan, ia belum tentu akan menyebabkan kerajaan Keluarga Malaysia ini tumbang berikutan MOU yang dimetrai antara Ismail Sabri dengan PH mungkin mampu menjadi penahan kejatuhan tersebut.

Dengan gabungan Bersatu dan Pas hanya mempunyai 49 Ahli Parlimen, manakala PH memiliki 93 Ahli Parlimen, penggantian sokongan antara dua kelompok tersebut akan menyebabkan Ismail Sabri terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Akhirnya, Bersatu dan Pas sendiri yang akan melopong rugi.

Faktor kedua, jika pun penarikan sokongan Bersatu dan Pas itu akan menyebabkan kerajaan tiada lagi sokongan majoriti, ia lebih mungkin menyebabkan Perdana Menteri memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU15 diadakan.

Apabila PRU15 diadakan yang disebabkan oleh tindakan Bersatu dan Pas menarik sokongan, sebenarnya itulah kehendak serta keinginan UMNO, terutama kem Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Bermakna, penarikan sokongan itu secara tidak langsung membuatkan Mahiaddin Md Yasin dan Hadi Awang telah menyumbang lebih awal untuk menjayakan agenda yang ingin dilaksanakan oleh UMNO iaitu menyegerakan PRU15.

Faktor ketiga, ugutan Bersatu dan Pas serta peringatan tentang sokongan bersyarat kepada Ismail Sabri adalah berasaskan mereka tidak setuju PRN Johor diadakan.

Sebab utama tidak setujunya itu adalah kerana Bersatu dan Pas tidak yakin mampu menang dalam PRN tersebut.

Jika mereka yakin untuk menang, tentulah tiada sebab untuk mereka membantah PRN Johor itu.

Ertinya, kalau PRN Johor pun Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.

 Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.

Dengan demikian, adalah mustahil Bersatu dan Pas mahu berbuat sesuatu yang hanya akan mendorong PRU15 diadakan lebih awal, sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO dan menyebabkan mereka sendiri kecundang.

Faktor keempat, Bersatu dan Pas sedang seronok maraih pelbagai habuan dan nikmat atas kedudukan masing-masing secara bersama sebagai kerajaan, malah ada yang menerima gaji puluhan ribu setiap bulan tanpa berbuat apa-apa pun.

Jika sokongan ditarik dan kerajaan jatuh, semua nikmat itu akan berakhir serta-merta bagai daun-daun layu yang berguguran, sedangkan kalau Ismail Sabri terus dipertahankan, segala-galanya boleh terus dikaut sehingga habis penggal Parlimen pada Jun 2023 akan datang.


Jika mereka yakin untuk menang, tentulah tiada sebab untuk mereka membantah PRN Johor itu.

Ertinya, kalau PRN Johor pun Bersatu dan Pas tidak yakin menghadapinya sekarang, pastilah mereka lebih tidak yakin untuk menghadapi PRU15 dalam situasi yang sama.

Dengan demikian, adalah mustahil Bersatu dan Pas mahu berbuat sesuatu yang hanya akan mendorong PRU15 diadakan lebih awal, sekaligus memberi kelebihan kepada UMNO dan menyebabkan mereka sendiri kecundang.

Faktor keempat, Bersatu dan Pas sedang seronok maraih pelbagai habuan dan nikmat atas kedudukan masing-masing secara bersama sebagai kerajaan, malah ada yang menerima gaji puluhan ribu setiap bulan tanpa berbuat apa-apa pun.

Jika sokongan ditarik dan kerajaan jatuh, semua nikmat itu akan berakhir serta-merta bagai daun-daun layu yang berguguran, sedangkan kalau Ismail Sabri terus dipertahankan, segala-galanya boleh terus dikaut sehingga habis penggal Parlimen pada Jun 2023 akan datang.

Di kalangan Ahli Parlimen Bersatu sendiri khususnya, dikhabarkan ada yang mungkin tidak bersama jika tindakan menarik sokongan itu diputuskan.

Faktor kelima, satu-satunya cara untuk Bersatu dan Pas masih ada peluang untuk terus mengekalkan kedudukan dalam kerajaan selepas PRU15 akan datang ialah dengan berusaha melewatkan lagi pembubaran Parlimen seboleh yang mungkin.

Ia bukan saja memberi banyak ruang untuk mereka mengukuhkan kedudukan, bahkan Parlimen yang lewat dibubarkan itu lebih membantu Bersatu dan Pas jika pemilihan UMNO akhirnya diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan.

Pemilihan UMNO yang diadakan lebih dulu sebelum PRU15 akan memungkinkan kepimpinan parti bertukar tangan kepada Ismail Sabri, seterusnya membuka ruang semula untuk Bersatu dan Pas menjalin kerjasama sebagaimana yang terbentuk dalam kerajaan.

Pendeknya, menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan sekarang lebih merugikan Bersatu dan Pas berbanding jika mereka terus sedaya upaya mengekalkan Ismail Sabri sehingga ke hujung penggal pada 2023. ShahbudinHusin 30/01/2022.


LICIKNYA UMNO PUTAR BELIT SUASANA

 

Licik permainan UMNO. Mereka yakin mereka dalam keadaan

terbaik

untuk menang pilihanraya waktu ini walaupun mereka bukanlah begitu kuat.

UMNO sekarang hanya mengambil kesempatan daripada kelemahan PH. Apa kelemahan PH? Iaitu idea khemah besar.

Cuba lihat cara UMNO membuat serangan ke atas PH saban hari. Mereka menyerang PH dengan ayat-ayat dungu yang dihamburkan oleh Mahathir seperti manifesto bukan kitab suci. Malah Najib juga bangkitkan soal hutang 1 trillion.

Kerana mereka tahu, saat terlemah PH adalah ketika Mahathir menjadi ketua. Logo PH sudah begitu sinonim dengan nama Mahathir.

Walaupun PH kini dipimpin oleh DS Anwar, namun kegilaan pemimpin PH terhadap idea khemah besar buatkan PH terus terkait dengan Mahathir.

Dan itu membuatkan kerja UMNO lebih mudah. Marah rakyat kepada Mahathir akan buatkan ramai penyokong PH yang akan boikot mengundi. Malah ada pengundi atas pagar yang akan terus tolak PH.

Dari kelemahan PH yang itulah UMNO ambil cuba kesempatan untuk menangi pilihanraya. Taktik ini berjaya di Melaka dengan cemerlang.

Juga akan berjaya di Johor nanti kerana pemimpin PH masih tak mahu dengar dan faham suara rakyat. UMNO memang cekap menghidu peluang.

Jika berjaya di Johor, maka UMNO pasti merancang untuk mengawal pusat pula. UMNO perlu bertindak cepat sebelum PH perbetulkan kesilapan mereka dan mula mendapat sokongan semula.

Tapi UMNO tak berani bubarkan parlimen kerana kemarahan rakyat akan memuncak. Jadi apa yang UMNO buat, usahakan supaya PAS dan PPBM tarik balik sokongan terhadap Isnail Sabri.

Bila itu berlaku dan parlimen terbubar, maka PAS dan PPBM akan dijadikan kambing hitam kerana menjadi punca PRU di waktu ini. Sementara UMNO kekal suci.

Sebab itu kebelakangan ini pemimpin UMNO begitu aktif menyerang PAS. Kerana itu adalah perangkap yang mereka pasang dalam usaha untuk buat PAS dan PPBM tarik balik sokongan mereka.

Dan nampaknya PAS dan PPBM sudah mula termakan umpan yang UMNO hulur.

Tapi jika UMNO tewas dalam PRN ini, aku percaya UMNO akan melutut semula kepada PAS. Malah mungkin juga akan menyembah PPBM.

Nampaknya permainan UMNO semakin

hebat

. Sudah semakin berstrategi. Manakala PH masih lagi dengan idea kolot khemah besar.

Dalam situasi sekarang, aku nampak UMNO ada peluang untuk menang di Johor. Bukan kerana UMNO kuat tapi kerana semakin ramai penyokong PH yang enggan mengundi.

Dan jika betul UMNO menang, bersedialah kita untuk PRU15.

Raja Gelap

 

BAIKPULIH SURAU


Menyampaikan sumbangan kepada pihak Surau Raudhotul 'Ulum Port Dickson bagi tujuan baikpulih.
Mendoakan agar surau terus diimarahkan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat setempat.

LEBAI KETAYAP...



SKANDAL JUDI HONGKONG ULANGAN KISAH BANK BUMIPUTRA YANG LINGKUP










ABDULLAH MAT ISA

Ini satu artikel dari The Professor menceritakan semula kisah Bank Bumiputera Malaysia Finance (BBMB) yang lingkup pada tahun 1983 setelah meminjamkan 2.5 billion ringgit kepada Carrian Group Hong Kong atas dasar pelaburan tanpa collateral.

Jalil Ibrahim Penolong Pengurus Besar BBMB telah dibunuh di Hong Kong apabila beliau sedang menyiasat dan membuat audit kes pinjaman pada Carrian Group.

Kes beliau sehingga kini tidak selesai dan kes Genting HK sama seperti kes BBMB.

https://www.malaysianbar.org.my/.../lorrain-breaks-his...

****************

Selepas Malay National Bank (1947) terkubur, muncul sebuah lagi bank yang berfungsi untuk membantu kaum bumiputera memiliki pinjaman dengan mudah.

Bank itu diberi nama Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB) dan menerima RM50 juta sebulan daripada Petronas menerusi satu perjanjian untuk menambah dana.

Tujuan perjanjian itu dibuat adalah untuk memperkukuhkan tabung BBMB selain menjamin kepentingan pemohon bumiputera merancakkan ekonomi tanah air.

Dengan cadangan untuk memperkuatkan BBMB, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) ditubuhkan di Hong Kong kononnya untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Maka menerusi BMF tersebut, sejumlah wang bernilai RM2.5 bilion telah diberikan kepada Carrian Group atas dasar pelaburan.

Carrian Group pada ketika itu menguasai pasaran hartanah di wilayah itu dan pinjaman dibuat serta dibenarkan tanpa kolateral.

Namun bagi berbeza dengan layanan yang diterima oleh kaum bumiputera yang ingin membuat pinjaman, banyak perkara diperlukan.

Dalam erti kata lain, kaum bumiputera yang ingin membuat pinjaman pada ketika itu terpaksa berdepan dengan layanan pilih bulu daripada pekerja BBMB sendiri.

Menjangkau beberapa tahun selepas itu, 1983 menjadi saksi Carrian Group gagal meneruskan bayaran setelah diberi pinjaman bernilai RM2.5 bilion.

Sehubungan itu, Penolong Pengurus Besar BBMB, Jalil Ibrahim ditugaskan untuk ke Hong Kong bagi menjalankan siasatan dan audit.

Pada 17 Julai 1983, Jalil memberitahu kakitangannya bahawa dia akan pergi untuk bertemu dengan seorang ‘Datuk’.

Malangnya pada keesokan hari, Jalil ditemui meninggal dunia juga akibat dibunuh dan dicampak dalam sebuah ladang pisang di luar Hong Kong.

Selepas berpuluh-puluh tahun, Malaysia dikejutkan dengan laporan media Genting Hong Kong muflis dan juga meminjam sebanyak US$600 juta (RM2.5 bilion).

Media juga mendedahkan tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong.

Antaranya Maybank yang dimiliki 47% PNB, 14% KWSP dan 5% KWAP, CIMB yang dimiliki 25% Khazanah, 15% KWSP, 10% PNB dan 15% KWSP, serta RHB yang dimiliki 42% KWSP, 7% KWSP dan 5% KWAP.

Sudahlah beri pinjam tidak bercagar, menggunakan duit rakyat Malaysia, adakah ini antara sebab mengapa KWSP diam sampai ke sudah enggan beri peluang rakyat keluarkan duit sendiri?

Sejarah buktikan bukan syarikat orang bumiputera yang buat masalah namun mengapa orang bumiputera bagai terus ditindas bank tempatan semasa ingin membuat pinjaman? Ingat orang bumiputera ini sengkek? Fikir-fikirkanlah!

Oleh abg Zainuddin.

 

INGAT PESAN TOK GURU


 

PERANTIS LEGISLATIF ANWAR IBRAHIM





Yusmadi Yusoff 

3a3S11n57ft9o54egd0h10  · 

PERANTIS LEGISLATIF ANWAR IBRAHIM

Program Perantis Legislatif Anwar Ibrahim direka khas untuk pemimpin masa depan yang tekad menzahirkan keadilan sosial, tatakelola yang baik dan kesuburan demokrasi.

Program ini merangkumi tiga sesi pengambilan setahun. Perantis akan mengikuti sidang sepanjang tempoh Mesyuarat Dewan Rakyat dan boleh melibatkan diri dalam kerja legislatif pra- dan pasca-sidang.

Perantis juga berpeluang menyertai kursus, libat urus bersama pemegang taruh dan program lapangan mengenai politik dan dasar awam.

Program ini sesuai untuk individu dinamik yang mempunyai minat kepada dasar awam dan politik, daya kepimpinan, intelek dan etika yang tinggi, keperibadian yang inklusif dan kemahiran berkomunikasi dan berorganisasi yang cemerlang.

Tempoh program pertama bermula daripada 15hb Februrari hingga 15 April 2022.

Permohonan untuk tempoh ini boleh dihantar kepada Yusmadi Yusoff, Pengarah Program, di yusmadi@yusmadi.my.

#AILI Anwar Ibrahim #AnwarIbrahim

 

HIKAYAT ITIK KAKI PATAH




 

MELAYU ISLE BERKUASA MELINGKUP JUGA NEGARA


Sejak PRU14, habis dicanang dan dijual retorik Kerajaan Melayu Islam. Untuk kesatuan ummah dan kekuatan bangsa, kata mereka. Semualah perkara dijadikan modal Islam terancam.

Kemuncaknya, berlakukah Langkah Sheraton, maka tertubuhlah Kerajaan Idaman Semalaya.

Dah dapat kuasa, fast forward 18 bulan, jatuh tersaduk jualah Kerajaan tersebut. Kononnya sebab derhaka Raja. Padahal Kluster Mahkamah punya angkara.

Diganti pula dengan Kerajaan Melayu Islam kedua. Dijenamakan semula menjadi Kerajaan “Keluarga Malaysia”Description: 😊

Tak sampai setahun, ada ura2 hampir tumbang lagi Kerajaan Melayu Islam 2.0 ini.

PPBM katanya dah tak sabar nak tekan butang.

PAS pula tempelak rakan satu Kerajaan, itik tempang, tak kenang budi.

UMNO pula menganjing geng satu kolam. Dari “pelacur politik”, sekarang dah upgrade jadi “bohsia mat rempit”.

Ini lah namanya politik orang kita. Mana boleh berkongsi kuasa…

Apapun, pada mereka, mereka tak salah.

Yang salah tetap DAP Description: 😂

#ohmalaysiaku

 LIYANA MARZUKI

BETUL KE ZAFRUL ? ATAU KERAJAAN MELAYU ISLE NI SEKONGKOL DENGAN JUDI ?

 



Bank beri pinjaman tanpa cagaran itu perkara biasa kata Zafrul. Betul ke? Tentulah betul sebab mamat ni pun banker juga dulu. Cuma aku heran dengan 2 perkara je.

Pertama, kalau boleh beri pinjaman berbilion ringgit kepada syarikat judi yang beroperasi di luar negara, kenapa dengan rakyat sendiri sangat berkira?

Rakyat kalau nak mulakan perniagaan, kena cagar tanah, kena cari penjamin dan banyak lagi. Padahal nak pinjam sikit je. Tiba syarikat judi, senang hati bagi lulus.

Kedua, senang hati bagi syarikat judi pinjam duit tanpa cagaran, tapi kenapa kedekut sengat dengan rakyat yang mahukan duit sendiri dalam KWSP kerana kesusahan?

Duit rakyat sendiri tu woi!

KWSP miliki 42% pegangan dalam RHB. Banyak juga duit rakyat yang dilebur ke kapal judi. Senang senang je bagi tapi bila rakyat, sampai menangis pun korang tak pandang.

Ini dua perkara je yang aku herankan. Tapi dua perkara ini cukup untuk aku buktikan kerajaan yang ada ini memang tak pedulikan kebajikan rakyat.

Raja Gelap

 

MUHYIDDIN ORANG YANG MENJATUHKAN PH BERSAMA ATOK

 




Herry Kokor

l7lS71mt18lmo8r8eh1g  · 

Muhyiddin dah serah segala-galanya kpd pihak musuh yg dah kita kalahkan dlm PRU lepas.

Semata-mata nak berkuasa,nak jd PM,sanggup dia bersama UMNO & PAS..dia serah Johor,Bersatu hilang jawatan MB,dia serah Melaka kpd UMNO & dia serah Kedah tempat Timbalannya sendiri kpd PAS..

Puas lah dia dpt jd PM..dapatlah gelaran Abah..

Lepas tu dia pulak yg dijatuhkan oleh UMNO itu sendiri...Rebah.

Kini utk PRN Johor,dia lari awal2 lg dr peperangan..Tak mau bertanding..Bacul.

Dan terkini dia serah pulak jawatan Ketua Pemuda PN kpd PAS..

Apa punya jenis manusia lah dia ni…Haprak sungguh..

Jijik kalau ada pemimpin mcm ni..

Tak guna sekupang!

Elok bubar je Munger masuk Pas...Parti yg dia pernah kabor Parti Ajaran Sesat...

 

Pilu! 3 beradik anak yatim piatu terpaksa berjuang sendiri demi untuk bertahan hidup

 


Pilu! 3 beradik anak yatim piatu terpaksa berjuang sendiri demi untuk bertahan hidup


Ya Allah mereka membuat penyapu lidi untuk dijual dengan hrga RM0.30 sen satu ikat penyapu lidi supaya mereka dapat membeli makanan.

Tidak mempumyai Ayah dan Ibu, 3 anak ʏᴀᴛɪᴍ ᴘɪᴀᴛᴜ ini terpaksa berjuang sendiri demi untuk terus bertahan hidup.

Dalam seminggu mereka hanya mampu membuat 20 ikat saja. Artinya dalam seminggu mereka hanya dapat mengumpulkan duit sebanyak RM6 sahaja.

Ayah mereka telah meninggl dunia 2 tahun yang lalu, manakala Ibu mereka sudah lebih lama meninggl dunia.

Adik beradik bertiga saat ini tinggal disebuah rumah peninggalan orang tua mereka yang kini sudah mulai hampir rosak dan tidak akan bertahan lama.

“Begitu pilu, saya sampai terdiam melihat keadaan 3 ʏᴀᴛɪᴍ ᴘɪᴀᴛᴜ ini, tidak terbayang dengan keadaan mereka harus bertahan hidup sendiri, sedihnya mereka selalunya makan hanya sekali sehari, kerana itu saja kemampuan mereka.” kata penjaga Rumah ʏᴀᴛɪᴍ ᴘɪᴀᴛᴜ.

Fatmawati, adalah anak sulung dari 3 orang ʏᴀᴛɪᴍ ᴘɪᴀᴛᴜ ini, terkadang ketika Fatmawati pergi sekolah dia sanggup membawag adiknya pergi ke sekolah kerana tidak ada orang yang akan mengurus Aizil dirumah kerana Aeni juga pergi sekolah.

Ketiga beradik itu selalu pergi ke hutan dengan jalan yang sangat curam, untuk mengambil daun sawit untuk dijadikan penyapu.

Tiga beradik ini berada di Indonesia.. Doakan semoga anak-anak ini diberikan perlindungan Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Amin2

Rebut 10 Pahala Besar Menyantuni Anak-anak Yatim

Cuba bayangkan tiba-tiba anak-anak kita jadi anak yatim piatu. Tentu mereka berasa satu kehilangan teramat besar. Kehilangan yang mengundang kejutan buat anak-anak yatim (anak-anak kecil belum baligh yang kematian ayah).

Tiada lagi tempat bergantung hidup, mengadu dan mendapat kasih sayang sejati orang tua. Jika ada pengganti sekalipun, ia tidak sama seperti kesaratan kasih sayang ibu dan ayah kandung. Hati terusik, kenangan bertandang apabila melihatkan kanak-kanak lain gembira bersama ibu dan ayah.

Lantas kita sebagai orang dewasa, sanggupkah membiarkan mereka terkapai begitu sahaja. Bagi yang beriman, anak-anak ini lah lubuk berharga untuk merebut ganjaran pahala besar daripada Allah SWT. Malah Nabi SAW turut berpesan agar kita menjaga baik kebajikan mereka. Mencukupi keperluan mereka; makan, pakai, pendidikan, kesihatan, tempat berlindung dan sebagainya.

Sejumlah 23 kali perkatan yatim disebut dalam al-Quran. Dalam al-Quran jelas menegaskan akan betapa pentingnya anak-anak yatim dipelihara.

“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah “Memperbaiki keadaan mereka adalah baik,” (al-Baqarah: 220)

Betapa peri pentingnya melindungi dan menjaga kebajikan mereka, maka Allah memberi ganjaran amat besar kepada sesiapa sahaja yang menyantuni mereka dengan baik:

Pahala Setanding Dengan Berjihad
Rasulullah SAW sudah memberi jaminan bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah standing dengan pahala orang yang berjihad; disamakan dengan bangun pada waktu malam dan berpuasa di siang hari kemudian dilanjutkan dengan keluar untuk jihad di jalan Allah SWT.

Mendapat Perlindungan Hari Kiamat
Pahala lain yang akan diperolehi kerana menyantuni anak-anak ini adalah terselamat dari mendapat azab Allah SWT dan juga dihindari dari ancaman yang akan terjadi pada hari kiamat. Hendak dapatkan ganjaran ini, kasihi lah anak yatim dan selalu berkata baik.

Dipermudahkan Masuk Surga
Mustahil ada manusia yang tidak mahu masuk syurga dan bersama Rasulullah SAW. Pada sebuah hadits sudah dijelaskan jika orang yang menyantuni anak yatim dengan cara memberi makan, minum dan sebagainya, maka akan mendapat jaminan dari Allah SWT untuk masuk ke dalam syurga kecuali orang yang pernah melakukan Dosa Besar Dan Tidak Bertaubat.

Pahala Berlipat Kali Ganda
Semua orang yang selalu berbuat kebaikan dengan cara menyantuni anak yatim, maka dia akan mendapat pahala yang sangat besar tidak hanya saat hidup di bumi, namun juga saat di akhirat nanti.

“Dan jika ada kebijakan sebesar zarah nescaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar.” [An-Nisaa:40]

Dimuliakan Dan Dilimpahi Rezeki
Allah SWT juga akan memberikan kelimpahan rezeki dan juga kemuliaan selain daripada berzikir pembuka rezeki. Hal ini juga berlaku sebaliknya di mana Allah SWT juga akan menyempitkan rezeki seseorang apabila tidak menyantuni dan memuliakan anak yatim.

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” [surat Al-Fajr ayat 15-17].

Masuk Dalam Golongan Orang Beriman
Jika kita menyayangi sekaligus menyantuni mereka, InsyaAllah kita termasuk dalam golongan orang beriman dan bertakwa oleh Allah SWT.

“Dan memberikan hanya yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” [Al Baqarah: 177].

Minum Mata Air Surga
Beruntunglah sesiapa yang selalu berbuat baik dan menyantuni anak-anak ini kerana akan mendapat kenikmatan daripada Allah SWT berupa air minuman berasal dari mata air syurga.

Bersama Rasulullah Di Syurga
Pahala berikutnya yang akan kita peroleh apabila menyantuni mereka adalah kita akan berada hampir dengan Rasulullah SAW di syurga bahkan jaraknya hanya sebatas antara jari telunjuk dengan jari tengah saja.

Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy: 5304].

Dapat Penuhi Keperluan Hidup
Allah telah berjanji untuk memenuhi apa sahaja keperluan hidup orang yang menyantuni anak-anak yatim. Saat menyantuni mereka, maka ini diibaratkan seperti berinfak di jalan Allah SWT sehingga akan diperbanyak harta dalam Islam untuk orang tersebut.

Mengundang Keberkatan ke Rumah
Memelihara dan menyantuni anak yatim juga akan memberikan banyak keberkatan ke rumah orang yang menyantuni anak-anak tersebut. Sebab, sebaik baiknya rumah dari seorang muslim merupakan rumah orang yang selalu sayang terhadap mereka sehingga menjadi rumah ideal dalam Islam.

Sungguh besar ganjaran pahala yang Allah berikan kepada kita yang menyantuni anak-anak yatim. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan Allah SWT.



Bayi kembar 9 pecah rekod dunia semakin sihat, siap sedia untuk pulang ke rumah

 Bayi kembar 9 pecah rekod dunia semakin sihat, siap sedia untuk pulang ke rumah


Seorang wanita dari Mali, Halima Cisse,26 yang memecahkan rekod dunia baru-baru ini dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet secara pramatang pada Mei lalu, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.

Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 9 sekaligus? Memang tak dapat dibayangkan situasinya.

Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Cisse bergambar bersama suaminya, Abdelkader Arby, 35 dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.

Pecah Rekod Dunia

Kehamilan isteri kepada tentera laut ini menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.

Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak kembar, 2009.

“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.

“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.

Nama-Nama Bayi

Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki. Empat bayi lelaki tersebut dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.

Manakala lima bayi perempuan tersebut pula diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.

Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram (kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.

Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50. Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.

Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.

Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.

Hamil Tanpa Rawatan Kesuburan

Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.

Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja. Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.

Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.

Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.

Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.

Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.

Kebesaran tuhan. Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 9. Semoga ibunya anak-anak kembar yang dilahirkan membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat pulang ke rumah!

DULU APU-ANGKATAN PERPADUAN UMMAH- SEKARANG KERAJAAN ISLE- DUA DUA LINGKUP JIKA BERKAWAN DENGAN PAS YANG GILA BERKUASA.

 

Melihat reaksi tindak balas pimpinan UMNO terhadap gelaran itik patah kaki yang diberi Presiden Pas, Hadi Awang kepada parti itu, satu perkara yang nyata ialah tiada langsung tanda keinginan untuk menjernihkan suasana.

Malah, serangan balas UMNO terhadap kenyataan Hadi itu lebih keras dan menyakitkan lagi.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak kisah walau digelar apa sekali pun.

“Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya – gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.

“Tetapi, UMNO masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia,” ujarnya seperti menyindir Pas.

Malah, Mohamad yang juga popular dengan gelaran Tok Mat berkata, UMNO mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU14 bukanlah kerana ‘ubatan mujarab’ daripada PAS.

“UMNO bukan seperti parti lain. Tiada wala’ kepada presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya.

“UMNO adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja,” tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi.

Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula berkata, walaupun Pas sebuah parti yang kuat dan hebat, tetapi UMNO tidak mahu menumpang kekuatan dan kehebatan tersebut.

Khaled juga mengingatkan Hadi dan PAS bahawa “kluster mahkamah” tidak ada kena-mengena dengan PRN Johor.

Bahkan katanya, beliau sendiri berpendirian isu mahkamah membabitkan pemimpin UMNO wajar diselesaikan melalui proses perundangan.

Bagaimanapun, tegas Khaled, dalam keseriusan Hadi mahu menyatukan semua pihak di bawah kemajmukan PN dan MN, diharapkan Presiden Pas itu tidak lupa untuk turut menjemput Amanah dan DAP bersama sekali.

“Barulah benar-benar majmuk,” sindirnya.

Sementara itu, ahli MT UMNO, Shabery Chik secara sinis menempelak Pas yang disifatkannya suka bermain banyak kolam dalam politik.

Beliau berkata, mereka yang suka bermain banyak kolam umpama “berudu” yang bergantung kepada air sebagai punca kuasa.

“Bagi yang suka bermain di banyak kolam sepatutnya kenal apa itu berudu. Hidup berudu terlalu bergantung kepada air kerana banyak makanan di situ.

“Air itu seperti kuasa, kering air akan menyebabkan berudu mati.

“Berudu dalam masa beberapa minggu tumbuh kaki dan menjadi katak.

“Katak akan terus melompat dan mencari air untuk melahirkan lebih banyak berudu,” ujarnya lagi.

Dengan respon sedemikian rupa, malah reaksi pimpinan UMNO di pelbagai peringkat yang lain tentu lebih kurang saja nadanya, berbaik semula dengan Pas sudah seperti jauhnya panggang dengan api saja layaknya.

Dalam erti kata lain, laungan penyatuan ummah dan perpaduan Melayu yang didendangkan ketika berbaik sebelum ini sudah tidak bermakna lagi.

Ia umpama sudah hancur dan punah, walaupun tidak diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua parti.

Barangkali, kalah dan hilang kuasa sekali lagi pun belum tentu mereka mahu berbaik kembali.

Setelah puluhan tahun bermusuhan, kemudian berbaik semula, akhirnya ternyata berbalah dan bergaduh lebih menyeronokkan buat UMNO dan Pas. – ShahbudinHusin 29/01/2022.