APA LAH NAK DIHARAPKAN KEPADA MENTERI AGAMA...DIA DIAM MEMBISU SAJA...SILAP CAKAP RAKYAT BEDAL. SEBAB DIA SUKA SANGAT BEDAL ORANG DULU DULU...

Khairy pertahan keputusan kerajaan tangguh umrah, Menteri Agama masih berdiam diri
Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan umrah ke Arab Saudi dibuat berdasarkan kepada data dan statistik kes semasa semata-mata, demi melindungi nyawa rakyat Malaysia.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data terkini diperoleh oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang telah menjalankan ujian ke atas 1,077 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 hingga 29 Disember 2021.
Katanya, hasilnya sebanyak 966 daripadanya menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan genom penuh (whole genomic sequencing).
“Daripada sampel tersebut, 750 atau 78 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi. Sebab itu, kerajaan bersetuju menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah seperti mana saya umumkan bermula 8 Januari.
“Jadi, apabila dikemukakan data tersebut, saya minta adakan mesyuarat kuartet khas tergempar semalam, sebab bila berdepan maklumat seperti ini, kita tidak boleh duduk diam, kita kena melaksanakan sesuatu dengan pantas, saya mesti melaksanakan tugas berdasarkan pada statistik dan data yang dikemukakan.
“Tidak ada mana-mana menteri beragama Islam yang nak tangguhkan ibadah umrah, tetapi ini perkara serius, ini bukan ciapan di media sosial, ini bukan video di TikTok, ini melibatkan nyawa anda,” katanya.
Justeru, katanya, penilaian risiko situasi Covid-19 varian Omicron dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala sebelum membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.
“Penangguhan sementara aktiviti umrah ini dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes Covid-19, ini adalah langkah pencegahan.
“Apa yang kita tahu, akan datang gelombang Omicron, di Amerika Syarikat hampir setengah juta kes harian, di United Kingdom hampir 200,000 kes harian dan gelombang ini satu perkara yang nyata, yang akan tiba di semua negara. Apa yang kita dapat buat adalah langkah pencegahan bagi memperlahankan gelombang ini daripada melanda negara kita,” katanya.
MEMANG LAH...TU PUN JANGAN...ADA LAGI YANG NAK HARAP SI SAKA SUPAYA KEMBALI MENERAJUI KEMBALI. DAH KENA KENCING DENGAN SI TUA ITU, MASIH JUGAK LAGI NAK HARAP.

Terkini! Kit Siang akhirnya dedah PH ada masalah komunikasi yang serius
Pakatan Harapan (PH) perlu menyelesaikan isu kegagalan berkomunikasi sebelum pilihan raya umum ke-15 atau bakal berdepan salah anggap di kalangan pengundi, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Dia berkata empat isu yang melanda PH ialah persepsi yang bercanggah bahawa DAP adalah anti-Melayu dan juga telah menjual kepentingan orang bukan Melayu, di mana gabungan itu juga dianggap gagal menunaikan janji ketika menjadi kerajaan, serta gagal menjelaskan kepentingan keputusan pilihan raya umum 2018.
Lim menyatakan bahawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengakui bagaimana Umno telah memberi gambaran bahawa DAP mahu “memusnahkan orang Melayu” dan kerajaan Melayu-Islam diperlukan untuk menggantikan kerajaan PH.
“Tetapi Mahathir hanya menunjukkan separuh daripada gambaran itu. Di kalangan orang bukan Melayu, khususnya orang Cina, terdapat dakwaan di sebaliknya bahawa PH merupakan kerajaan Melayu atau Mahathir, dan DAP telah menjual hak dan kepentingan orang bukan Melayu secara umumnya dan khususnya terhadap kaum Cina.
“Ini adalah kegagalan komunikasi pertama kerajaan PH, di mana Mahathir mengakui kerajaan PH gagal menangkis dakwaan tidak berasas ini,” katanya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata PH juga tidak dapat menjelaskan dakwaan bahawa gabungan itu gagal melaksanakan manifesto selama 22 bulan mentadbir sehingga ia ditumbangkan melalui pengkhianatan.
“Ada sebab yang wajar untuk rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan perkembangan pembaharuan institusi atau perkembangan pelaksanaan janji-janji pilihan raya, dan inilah sebabnya saya bertemu Mahathir pada pertengahan 2019 dan menyatakan kebimbangan saya tentang perkembangan berkenaan dalam mengotakan manifesto pilihan raya PH.
“Saya berhasrat untuk bertemu perdana menteri selepas penggal pertengahan kerajaan PH tetapi ia telah ditumbangkan selepas 22 bulan.
“Mandat PH untuk mengotakan manifesto pilihan raya adalah selama lima tahun. Jika pada separuh penggal pertama, pelaksanaan manifesto pilihan raya lambat atas sebab apa pun, ini boleh dipulihkan pada separuh kedua penggal dalam lima tahun tersebut dengan mempercepatkan pelaksanaan manifesto pilihan raya itu.
“Tetapi ia dijadikan sesatu yang mustahil oleh konspirasi Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan mentadbir,” katanya.
Rampasan kuasa terhadap kerajaan PH digelar sebagai Langkah Sheraton kerana kumpulan di sebalik konspirasi tersebut telah berkumpul di Hotel Sheraton di Petaling Jaya pada akhir Februari 2020 sebelum berlakunya pembelotan besar-besaran yang telah dirancang.
“Kegagalan komunikasi PH ketiga ialah kegagalan untuk memberi perhatian kepada rakyat tentang kepentingan keputusan pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dalam menamatkan hegemoni politik Umno,” kata Lim.
Katanya, kesannya dapat dilihat apabila Malaysia kini berada dalam senario politik baru yang sedang mencari keseimbangan, dengan menyaksikan empat perdana menteri dalam tempoh lima tahun.
“Pengajaran untuk rakyat Malaysia adalah untuk menyedari bahawa perjuangan politik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara besar bertaraf dunia adalah satu perjuangan yang lama dan sukar serta memerlukan ketabahan dan stamina untuk jangka masa panjang.
“Ia mengambil masa setengah abad untuk memecahkan hegemoni politik Umno.
“Kita mungkin memerlukan setengah abad lagi untuk mencapai impian Malaysia untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia – kerana ia tidak boleh dilakukan dalam satu atau dua tahun, atau dalam satu atau dua dekad,” katanya.
Lim berkata negara itu telah kebelakang selama setengah abad, ketinggalan di belakang Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Vietnam.
“Rakyat Malaysia harus menamatkan trajektori ini dan berusaha untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia dalam pelbagai bidang,” katanya.
Lim berkata PH juga gagal menyampaikan memorandum persefahaman (MOU) tentang transformasi dan kestabilan politik dengan PH yang ditandatanganinya dengan kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Melalui perjanjian itu kerajaan menjanjikan senarai panjang pembaharuan yang merangkumi pembaharuan parlimen, menurunkan had usia mengundi, meluluskan rang undang-undang antilompat parti, menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memberi fokus kepada Covid-19, memastikan kebebasan kehakiman dan memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.
Pelaksanaan pembaharuan ini akan dipantau oleh 10 Ahli jawatan orang anggota yang bersifat bipartisan dan akan bermesyuarat dua minggu sekali.
“PH telah gagal untuk menangkis dakwaan bahawa PH telah mengikut serta dalam kerajaan Ismail Sabri dan bukan lagi (blok) pembangkang,” katanya.
Lim berkata MOU itu hanya dapat dilaksanakan dengan berakhirnya hegemoni Umno.
“MOU itu adalah untuk menyatukan usaha semua rakyat Malaysia untuk menamatkan peningkatan kes dan kematian Covid-19,” katanya.
Di bawah MOU itu juga, Lim berkata PH telah mendesak kerajaan Ismail Sabri memperuntukkan RM45 bilion untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
HAH...NAK JUGA MAIN DUA KOLAM...TAKUT TUMBANG KE DI TERENGGANU DAN KEDAH SILAP SILAP KELANTAN PUN QUYUB....

Walaupun didesak Umno, Pas tetap akan pertahan ‘main dua kolam’
Pas berpegang dengan keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional (MN) dan meneruskan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk sejak merdeka dengan pembaharuan melalui penubuhan Perikatan Nasional (PN).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.
Bahkan menurutnya, bagi meneruskan kelangsungan perubahan dalam politik, semua parti wajib bersama gabungan PN yang mengumpulkan parti menerima asas penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak mana-mana parti yang bertujuan selain daripada itu.
“Pas pernah bersama UMNO menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak berfungsi secara berasingan dan memerlukan tajdid (pembaharuan) terhadap parti tersebut yang telah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Maka, PN ialah pembaharuannya dalam bentuk yang lebih besar.
“Pas tidak boleh dikongkong dengan hanya bersama UMNO sahaja. Kita telah memulakan langkah dengan menubuhkan kerajaan bersama dalam gagasan PN yang berada di peringkat permulaan,” katanya dalam tulisan Minda Presiden Pas yang disiarkan di Facebooknya pada Ahad.
Abdul Hadi berkata, perjuangan Pas bukanlah atas dasar nasionalisme yang sempit sebaliknya aqidah perjuangan parti itu adalah berlandaskan Islam.
Tambah beliau, masyarakat Malaysia yang didominasi bangsa Melayu yang beragama Islam berusaha menyatukan bangsa itu bermula dengan penyatuan tiga parti besar iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama Pas dalam gabungan MN.
“Seterusnya bagi mengumpulkan bangsa lain dalam masyarakat majmuk, Pas bertindak secara bersama menubuhkan PN bagi memecahkan asabiyah kaum yang ditentang oleh Pas.
“Pas tidak boleh diheret ke dalam lingkungan perkauman yang sempit. Pas wajib memecahkan tembok yang cuba mempertahankan elemen perkauman dan PN merupakan pemecahnya,” katanya.
Katanya, dalam sifir politik, untuk melakukan perubahan, perkara tersebut tidak akan dapat dicapai jika hanya melalui platform MN yang melibatkan Pas dan UMNO semata-mata.
“Sehinggakan, dipersetujui bersama supaya satu perubahan atau reformasi politik dilakukan akibat keputusan PRU14 yang meletakkan dominasi bukan Islam dan Muslim yang tidak Islamik,” jelasnya.
Awal tahun yang kurang menyenangkan buat Najib. Saya tak pernah fitnah Dzul, kata Najib ekoran saman bekas menteri

PETALING JAYA: Najib Razak menafikan beliau memfitnah Dr Dzulkefly Ahmad dalam catatannya di Facebook tahun lepas selepas bekas Menteri Kesihatan itu memfailkan saman terhadapnya pada Jumaat.
Pernyataan tuntutan yang difailkan pada malam tahun baharu itu membabitkan catatan yang mengaitkan pemimpin Amanah itu dan anak perempuannya, Nurul Iman.
Dzulkefly dilaporkan menyifatkan hantaran Facebook itu sebagai “sinis”.
Najib berkata, beliau tidak pernah menuduh Pengarah Strategi Amanah itu mengamalkan nepotisme atau kronisme dalam catatan itu tetapi hanya bersuara mengenai pelantikan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika ia memerintah.
Ini termasuk pelantikan Nurul Iman sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
“Bagaimanapun, beliau nampaknya berasa terhina dengan komen warganet di catatan saya. Jadi, dari satu segi, beliau mahu menyaman saya kerana tidak berpuas hati dengan komen warganet,” katanya kepada FMT.
Najib berkata, catatan berkenaan dimuat naik ketika PH melemparkan “segala jenis tuduhan” terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu berhubung banyak pelantikan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dalam catatan itu, beliau dalam nada menyindir berkata, nepotisme, kronisme dan pelantikan politik hanya berlaku dalam kerajaan PN.
“Ia tidak pernah berlaku dengan kerajaan PH yang gagal sebelum ini, walaupun isteri setiausaha politik Perdana Menteri ketujuh dilantik sebagai Pengerusi AIM, manakala anak perempuan menteri dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.
“Jika PH buat, tak mengapa. Orang lain tak patut ikut,” katanya dalam catatan Facebook pada 24 Ogos 2020.
Najib menegaskan bahawa catatan itu tidak mungkin memfitnah Dzulkefly memandangkan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesahkan pelantikan anak perempuannya dalam AIM pada 2019.
Dzulkelfy menuntut permohonan maaf secara rasmi daripada bekas Perdana Menteri itu dan ganti rugi sebanyak RM5 juta, serta injuksi mahkamah untuk menghalangnya daripada membuat tuduhan fitnah selanjutnya.
BANJIR BESAR PAHANG RCI - TUNGGU APA LAGI ?
BANJIR BESAR PAHANG
RCI - TUNGGU APA LAGI ?
Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 03/01/2022
( 1 - 20 )
1. Mengikut bukti dan kajian
Banjir Besar Pahang BERPUNCA dari PENGGONDOLAN Hutan Simpan di
beberapa Daerah di sana khususnya di Raub
2. Bak kata pepatah :
DAH TERANG LAGI
BERSULUH
rakyat Malaysia pasti tahu siapa
SEBENAR NYA kalprit atau mereka yang terlibat dengan PEMBALAKAN
tersebut
3. BERANIKAH Menteri Besar
, EXCO dan Pengarah Hutan Negeri MELULUSKAN nya TANPA arahan
Perdana Menteri yang kebetulan Ahli Parlimen Bera , walaupun beliau dilahir dan
dibesar di Kelantan
4. Di Pahang sudah menjadi perkara
biasa PENJUALAN Pingat Datuk secara terang - terangan seperti kacang
puteh , TAK KIRA sape saja samada bapak gangster atau kaki pukul boleh
dapat ASAL BAYAR , Penerokaan Tanah , dan Perladangan Durian
seperti yang berlaku di Raub tidak lama dulu , Permit Boxit yang heboh
diperkatanan , Perlombongan dan Pengelibatan dalam beberapa perniagaan
5. Mana mungkin dengan
SELURUH Istana di Pahang dan di Kuala Lumpur TERMASUK Istana Negara dan
Pegawai - Pegawai Istana , tukang masak , kereta - kereta mewah seperti
Roll Royce dan pemandu dan lain - lain semuanya disediakan TANPA
sesen pun diminta bayar semula , maka cakap - cakap konon nya Agong ,
Isteri dan anak - anak TERLIBAT adalah FITNAH
6. Bukan itu sahaja , malah mereka
TERMASUK Permaisuri , Tengku Mahkota dan ahli keluarga dibayar gaji
dan allowance yang AMAT MENCUKUPI jika dibandingkan dengan rakyat
khasnya MANGSA BANJIR DAN RAKYAT MARHAEN - dalam lain perkataan apa
yang rakyat beri selama ini kepada mereka SUDAH LEBIH
MENCUKUPI
7. Lagi pun Agong , Permaisuri
dan sebahagian adik beradik SEDAR bahawa TANPA bekerja dan berusaha
seperti rakyat biasa kedudukan mereka sebagai Sultan dan Agong yang
ASALNYA diberi rakyat MEMBOLEHKAN mereka hidup lebih mewah dan
bergaya
8. Yang TERLIBAT mungkin
Ismail Sabri , MB dan EXCO Pahang dan Ketua Pengarah Hutan atau
'HANTU RAYA' yang senantiasa 'LAPAR' dan 'TAMAK' , tak puas - puas
dengan apa yang ALLAH SWT sudah berikan ; mereka gunakan
kedudukan untuk ROMPAK , ROMPAK dan ROMPAK !! -
mereka TIDAK PEDULI JASA DAN SANGSARA RAKYAT ; yang penting
bagi mereka 'ENJOY'
9. Berapa kawasan perumahan lagi
nak ditenggelam dan dimusnahkan dan berapa banyak nyawa lagi akan
hilang SEBELUM Pembalakan di hentikan dan RCI ini ditubuhkan
10. JIKA TIDAK
TERLIBAT mengapa Ismail Sabri tidak bertindak - apa dan siapa yang
hendak ditakutkan ?
11. TAKKAN Agong yang kebetulan juga
dari Pahang, TUNGGAK DAN PAYUNG RAKYAT SANGGUP peluk tubuh
BERDIAM DIRI tidak mengarahkan sebuah SIASATAN BEBAS DI RAJA
atau Royal Commission of Inquiry atau RCI ditubuhkan SERTA MERTA ;
MENGAPA ?
12. Seperti cadangan RESET
oleh Marzuki Yahya , Timbalan Presiden PEJUANG dan kini
seorang Peguam Muda , Muhammad Rafique Rashid ALI atau lebih dikenali dengan
panggilan Rafique yang kebetulan Timbalan Pengurusi PEJUANG WP
boleh mencadangkan penubuhan RCI ini , mana mungkin Ismail dengan
jumlah Ahli Kabinet TERBESAR di dunia TIDAK boleh
BERFIKIR dan BERTINDAK SEGERA
13. Oleh kerana ia MUNGKIN
MELIBATKAN 'orang - orang tertentu atau VVIP' maka pemilihan dan
perlantikan Ahli RCI ini ELOK dipilih oleh Parlimen
- ini bagi mengelakkan
Lapuran BERAT SEBELAH berlaku
14. SEBELUM LEBIH
BANYAK LAGI BALA DITURUNKAN ADA LAH BAIK
RCI DI TUBUH SERTA MERTA
15. RCI BOLEH juga
menasihat cara Pembalakan yang lebih teratur
16. 'SULTAN BUKAN
TUHAN YANG HENDAK DI TAKUTKAN '
17. 'TANPA RAKYAT
TIADA RAJA , DAN TANPA RAJA TIADA
AGONG'
18. Ingat pesan terakhir Megat
Seri Rama SEBELUM menikam mati dalam peristiwa SULTAN
MAHMMUD MANGKAT DI JULANG:
'RAJA ADIL
RAJA DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DI
SANGGAH
19. Pesan orang - orang tua
:
'BUAT BAIK
BERPADA - PADA
BUAT JAHAT
JANGAN SEKALI
20. Kita doakan agar ALLAH
SWT Memberkati segala TIDAKAN Agong membetul kan
keadaan TANPA punyai perasaan was - was seperti mana SUMPAH yang
dilafazkan
Wassalam
Terima Kasih
By Tamrin Tun
Ghafar Tamrin Ghafar at January 02, 2022 2 comments:
TUUU DIIAAAAA...MANGSA BANJIR DAPAT SEHINGGA 61K BANTUAN...NAJIB KATA MAIL NAK BAGI...KAYA..KA..YA KA...YA.....
Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam adalah
inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀
Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima
bantuan sehingga RM61,000.
Terbaik
Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam, berikut
adalah inisiatif-inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa
banjir:⠀
⠀
Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk
setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris
mangsa⠀
⠀
Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah
RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat
kediaman ditenggelami air.
Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi
membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan
bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀
⠀
Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi
menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir⠀
⠀
Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember
⠀
Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis
tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh
Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih
percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan
berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun
sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀
⠀
Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih /
penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir⠀
⠀
Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima
bantuan sehingga RM61,000.
Terbaik.
LAAAA...NAK LAGI KE SAKA TUA TU ? DARI DIA BAIK HANGPA PAKAT DENGAN UMNO ?
Aku ingat PN & BN je yang kemaruk cerita
politik musim bencana ni. Rupanya dalam PH pun ada juga yang sama perangai.
Kena buat khemah besar sebab kalah di Melaka dan
Sarawak? Dia tak tahu ke sebab isu khemah besarlah PH kalah. Sebab ketika sang
diktator mengepalai pentadbiran PH selama 22 bulan, tak sedikit perbuatannya
yang merosakkan jenama PH.
Manifesto bukan kitab suci, buat janji sebab tak
sangka menang, Melayu malas, hadiri Kongres Melayu, lantik orang seperti Waytha
(bukan ahli PH pun) sebagai menteri dan banyak lagi. Hingga kini kita berdepan
dengan ejekan musuh akibat tingkah lakunya dulu. Dia jugalah yang serahkan
kerajaan kepada pengkhianat.
Sekarang nak buat khemah besar lagi? Nak cemar nama
PH dengan bawa masuk makhluk yang rosakkan nama PH? Takkan tak belajar sedikit
pun daripada kesilapan dulu? Hati kau keras, Roy...
Untuk mangkuk-mangkuk ni, sila layari media sosial
dan lihat sendiri sentimen penyokong. Jangan syok sendiri sangat. Majoriti
penyokong menolak untuk bersama sang diktator, si perasan bagus dan juga di
budak mentah tu. Jangan ingat korang je yang pandai.
ADA ADENGAN BERKARAOKE KETIKA RAKYAT DITIMPA BENCANA , SPEAKER MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA.APA PUNYA TAK GUNA

Lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon ke luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru dipersoal.
Kartunis Zunar berkata, lawatan Rashid atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.
Rashid didakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan.
“Lawatan kerja ke Vienna masa Krismas? Masa semua orang cuti di sana? Itu belum saya dedah sesi karaoke di sana lagi.
“Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya dipetik FMT.
Terdahulu, Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.
Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.
Namun Rashid menegaskan beliau berada di Vienna dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai sebagai ahli Parlimen serta melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan sebagai Timbalan Speaker.
Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.
“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.
Zunar turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.
Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai.
ISMAIL SABRI HINAKAN RAKYAT YANG TERSEPIT! LINGKUPKAN DIA DI PRU15!
‘Ini menteri dari planet mana?’ Puad selar Zafrul berhubung pengeluaran ...
AWAT HANG KALUT SANGAT. ADA MASAALAH DALAM PAS KAH ? KAKI BODEK BETOI

Cantas saya tak apa, tetapi jangan langgar presiden, kata ulama Pas
AJK Dewan Ulamak Pas, Mokhtar Senik memberikan amaran, beliau tidak pernah risau mana-mana pihak mahu mencantas beliau tetapi jangan sesekali melanggar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kamu nak cantas saya, saya tak pernah risau dan resah. Kerana saya bukan org penting dalam parti.
“Lagi pun saya tiada apa-apa kepentingan pribadi. Sebab itu saya tak pernah “playsafe” seperti kamu.
“Yang tak kena saya tegur je walau merugikan perjalanan politik saya. Apa saya kesah. Saya bukan makan gaji dengan parti jauh sekali dengan kamu,” kata Mokhtar menerusi facebook beliau yang dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas yang lain.
Menurut Mokhtar, beliau naik pun bukan kerana pengaruh ayah beliau.
“Bukan kerana ditaja oleh team saya. Saya naik kerana ahli kat bawah lonjak saya. Sebahagian mereka itu rakan-rakan,teman-teman dan anak-anak murid saya yang mengenali saya,” kata Mokhtar.
Tetapi Mokhtar menegaskan, jika pihak berkenaan mahu melnggar Presiden, beliau akan ambil berat.
“Tapi kalau kamu berhasrat nak langgar presiden maka saya akan “kesah”. Saya percaya saya masih ada teman-teman untuk bersama mempertahankan presiden.
“Beliau GURU dan MURABBI kami. Jangan galak sangat sebab kami sedang memerhati. Pegang teguh pendirian parti dan walak kepada pimpinan,” kata beliau.
Bagi Mokhtar, walaupun tiada kenyataan jelas sesetengah pihak cuba memusnahkan parti, tetapi bersama dengan musuh boleh menyusahkan parti itu.
“Tiada statment jelas bahawa kamu suruh kambing makan pokok-pokok sayur, tapi perbuatan kamu melepaskan kambing dan meruntuhkan pagar bermakna kamu sedang membinasakan kebun sayuran,” kata beliau.


