Game changer? Are you serious YAB MB? DO YOU REALLY & ACTUALLY KNOW WHAT YOU'RE TALKING ABOUT?

 

SAIFUL IZHAM RAMLI


May be an image of map and text that says "RISE OF THE AIRPORT CITY: A CITY BUILT AROUND RUNWAYS Much more than aviation infrastructure and Induatrial Park Multimodal, multifunctional enterprises considerable commercial development within and well beyond airport boundaries Residential echnology Camdo SCH0EL Bonded Warshouse District City Airport → Airport City Residential "Ressarchi Technologs IE and Logislica Park Free tade Lone"


Impian KXP mau pun Aerotropolis hanyalah sekadar suatu impian (kalau pun bukan sekadar ilusi), pembangunan prasarana atau infrastruktur fizikal mega, dan bukannya penjana sebenar ekonomi.
Dengan Bajet tahunan yg hampir statik sejak bbrpa tahun ke belakang an ini, iaitu sekitar kurang lebih RM1billion, dengan kadar purata Kemiskinan penduduk yg antara tertinggi dalam negara, dan antara pendapatan purata penduduk yg terendah di dalam negara, serta antara nisbah jurang pendapatan antara glgn pendapatan rendah & tinggi yg terlebar di Malaysia, Kedah sewajarnya lebih menumpukan kpd penambahan dan Pemantapan sektor2 Penjana Ekonomi, dan bukannya pembinaan lebih byk prasarana Mega, yg akhirnya akan sekadar tinggal sebagai Struktur Mega yg sepi, tanpa penjana ekonomi yg betul.
Keutamaan yg sepatutnya diberikan tumpuan oleh mana2 pemerintah dalam mana2 negeri, pasca pandemik Covid-19 ini ialah, PEMULIHAN, PEMANTAPAN & MERANCAKKAN kembali sektor ekonomi sesebuah negeri tersebut, melalui pelan tindakan pemulihan yg REAL & PRAKTIKAL, di ke semua sektor2 Penjana Ekonomi tempatan sedia ada, serta pencetusan sektor2 penjana ekonomi baru, dan bukannya terus berilusi dengan kerangka pemikiran MEGALOMANIA!!!
Fikir2kanlah
Wallahualam..
###########################
Dari FB page YAB Menteri Besar Kedah.
Bahasa mudah untuk menjelaskan kekaburan DAP dan MCA di Parlimen.
Kami sedang membangunkan Kedah Aerotropolis yang pertama di Asean, sebuah perbandaran moden berasaskan penerbangan di atas sebidang tanah lapang seluas mata memandang (green field) yang kami boleh petakan tataletak, komponen dan sempadannya di mana saja kami mahukan.
Kulim Airport (KXP) hanyalah salah satu komponen daripada ratusan komponen lain dalam Aerotropolis yang akan menjadi 'game changer' pembangunan ekonomi negeri kami Kedah Darul Aman.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Berkebun & lakukan kerja rumah bantu elak dapat kanser!


Aktiviti fizikal seperti senaman dan berkebun merupakan salah satu langkah alternatif bagi setiap individu untuk elak kanser dan mencapai kelanjutan usia. (Gambar Rawpixel)

Senaman merupakan salah satu elemen kelanjutan usia yang penting. Kebaikan bersenam boleh mempengaruhi tahap kelangsungan hidup terutamanya buat mereka yang menghidap penyakit kanser.

Di seluruh dunia, lebih daripada 10 juta individu telah disahkan menghidap kanser dan jumlah tersebut meningkat setiap tahun.

Meskipun begitu, teknologi perubatan yang maju membolehkan penghidap memperolehi potensi kesembuhan (prognosis) yang baik dalam jangka masa 5 tahun selepas didiagnosis dengan barah.

Peningkatan pada jumlah mereka yang sembuh daripada kanser dianggarkan setinggi 25 juta atau lebih.

Namun, prognosis tersebut berubah mengikut faktor tertentu. Salah satu daripadanya adalah perubahan gaya hidup seperti pemakanan, kekerapan bersenam dan jumlah jam tidur.

Artikel ini akan menerangkan perihal senaman sebagai senjata untuk memerangi kanser dan mencapai kelanjutan usia.

Senaman boleh bantu turunkan risiko kanser payudara

Gaya hidup aktif bukan sahaja boleh menyeimbangkan jumlah kalori keluar dan masuk, ia juga boleh mempengaruhi aktiviti hormon di dalam badan.

Hormon merupakan pengisyaratan kimia yang boleh mempengaruhi aktiviti sel di seluruh badan.

Sebagai contoh, hormon estrogen. Estrogen boleh menggalakkan pembahagian sel di organ payudara untuk berlaku dengan lebih kerap.

Keadaan ini boleh menyebabkan pembahagian sel berlaku secara tidak terkawal sehingga boleh membentuk sel kanser.

Namun, mereka yang menjalani kehidupan aktif seringkali dikaitkan dengan paras estrogen yang rendah.

Situasi ini membantu anda untuk menurunkan risiko kanser payudara.

Hormon lain seperti insulin juga boleh mempengaruhi cara sel membahagi.

Individu yang menjalani kehidupan aktif mempunyai paras insulin rendah justeru ia boleh membantu mencegah kanser.

Kebaikan bersenam: Risiko kanser usus turun

Aktiviti fizikal boleh mempengaruhi kadar pergerakan bahan makanan di dalam sistem gastrousus manusia.

Perkara ini penting berikutan pergerakan yang perlahan boleh mendedahkan toksin berbahaya yang terkandung di dalam sisa makanan terhadap sel usus besar sehingga boleh menyebabkan terjadinya kanser.

Mereka yang aktif bersenam boleh membantu sistem gastrousus untuk memproses makanan sehingga terbentuknya tinja dan ia akan dikumuhkan melalui saluran rektum.

Keadaan ini menurunkan risiko anda untuk mendapat masalah kanser usus.

Selain itu, senaman juga boleh membantu mengawal proses keradangan di dalam usus besar.

Radang adalah satu tindak balas badan terhadap proses patologi seperti jangkitan.

Walaupun ia dianggap sebagai satu proses fisiologi yang baik untuk badan, namun jika tindak balas tersebut berlaku di luar kawalan, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk didiagnosis dengan masalah kanser.

Oleh itu, senaman merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk hindar kanser.

Pelbagai jenis aktiviti fizikal boleh dilakukan untuk kekal aktif

Secara umumnya, sudah tentu anda faham, aktiviti fizikal merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha untuk memerangi kanser.

Untuk kekal aktif, anda tidak perlu untuk menyertai mana-mana kelas senaman atau membeli keahlian bulanan gim.

Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah dan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti harian turut dianggap sebagai aktiviti fizikal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan setiap individu untuk melakukan aktiviti senaman berintensiti sederhana (jogging, berenang) selama 150 minit seminggu.

Secara amnya, aktiviti fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis:

  • Senaman aerobik: Aktiviti fizikal yang menggunakan sejumlah oksigen yang banyak. Ia boleh memperbaiki fungsi sistem kardiovaskular. Contoh senaman seperti berlari dan berenang.
  • Senaman anaerobik: Aktiviti fizikal yang dilakukan bagi meningkatkan kekuatan dan intensiti otot badan. Contohnya adalah senaman angkat berat.

Aktiviti fizikal juga mempunyai intensiti yang berbeza. Bukan semuanya boleh menyebabkan anda berpeluh.

  • Intensiti sederhana: Senaman yang membuatkan anda berasa panas dan bernafas laju namun anda masih lagi boleh bercakap semasa melakukannya. Sebagai contoh, berjalan laju, berbasikal, berkebun dan melakukan kerja rumah.
  • Intensiti tinggi: Aktiviti senaman yang meningkatkan kadar degupan jantung anda, membuatkan anda berpeluh dan sukar untuk bernafas. Sebagai contoh berlari, senaman aerobik, permainan bola sepak dan memecut ketika berbasikal.

Kenapa penting buat anda untuk kekal aktif setiap hari?

Kajian menunjukkan aktiviti sukan sama ada berintensiti sederhana atau tinggi boleh mengurangkan risiko kanser usus besar, payudara dan rahim.

Selain itu, senaman juga merupakan elemen penting dalam memastikan kita berada dalam lingkungan berat ideal.

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko bagi 13 jenis kanser.

Berdasarkan kepada fakta tersebut, Dana Kajian Kanser Sedunia (WCRF) telah menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil bagi menghindari kanser.

Antaranya adalah:

  • Aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 150 minit dalam masa seminggu, sebagai contoh 30 minit 5 kali sehari.
  • Aktiviti fizikal berintensiti berat, 75 minit dalam masa seminggu.

Kesimpulan

Aktiviti fizikal merupakan salah satu langkah alternatif bagi setiap individu untuk elak kanser dan mencapai kelanjutan usia.

Telah terbukti melalui beberapa kajian lepas, kebaikan bersenam berupaya untuk menurunkan risiko berlakunya kanser tertentu melalui kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya seperti penurunan berat badan dan sebagainya.

Oleh itu, WHO dan beberapa badan kesihatan global telah menyarankan setiap individu untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana pada kekerapan 150 minit seminggu (75 minit jika intensiti berat).

Jika anda risau akan risiko untuk mendapat kanser, buat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran sekarang.

Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

DIA NI LAMA DAH GINI : TUKANG BUAT LAWAK DALAM UMNO Shahidan cakap tak fikir, akhirnya hangat-hangat tahi ayam


MALAYSIA DATELINE
Tokoh wartawan negara menyifatkan sikap dan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ‘cakap tak fikir’ dan ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Ini berikutan tindakan beliau tidak mahu menjawab panggilan telefon apabila ratusan panggilan telefon diterima selepas beliau memaparkan nombor telefonnya dan meminta orang ramai menghantar SMS pula.
“Cakap tak fikir. Mula-mula suruh telefon. Bila dibanjiri panggilan minta hantar pesanan teks pula. Kesudahannya hangat-hangat tahi ayam,” tulis Datuk A Kadir Jasin menerusi facebook beliau mengulas olah Shahidan itu.
Kelmarin, Shahidan berjanji akan menyelesaikan segala aduan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.
Dia turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.
Nombor telefon yang dipaparkan Shahidan adalah 0194545111 manakala timbalannya Jalaluddin 0196524444.
Namun selepas nombor itu dipaparkan, beliau mengeluh kerana tidak sempat menjawab semua panggilan itu.
“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu.
“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

KAH..KAH...INGAT BIJAK-RUPANYA BANGGANG _SYABAS KERAJAAN MELAYU ISLE... GAJI MINIMA DILONGGARKAN DARI RM1500 KE RM1200..!!

 

BOB KELANANG


SYABAS KERAJAAN MELAYU ISLE... GAJI MINIMA DILONGGARKAN DARI RM1500 KE RM1200..!!

Ingatkan bila nak buang pekerja asing diganti dengan rakyat Malaysia dapatlah warga Malaysia menikmati gaji minima RM1500... Namun dok bagi kelonggaran pulak kepada majikan pi turunkan gaji minima ke RM1200...
Ni bukan nak bagi senang rakyat... kata kerajaan Melayu Isle nak bantu rakyat... last pi tolong bantu majikan...



May be an image of text that says "Mungkin dia lupa 1200 tolak epf SOcso tinggal 1059. Pastu kata by 2030 rumah boleh capai 10k. Dari tahun 2013 2021 avg minimum wage naik 900-1200 Dah 8tahun tapi peningkatan cuma beza 300 Rasa dah 2030 minimum wage takat 1500 je"


MELAYU MUDAH DIJAJAH KERANA MINDA LEMAH



NORMAN RADUAN


Jika bukan kerana Dap sudah lama org Melayu senang. Dah lama Malaysia ini semaju Singapura atau sekaya Jepun. Candu kebodohan org Melayu terletak kpd namanya Dap.
Sebenarnya jika belajar sejarah... byk perkara yg pemimpin Melayu lakukan mengikuti apa yg dilakukan penjajahan British. Mereka mencari kelemahan org Melayu.
British tahu org Melayu benci Cina komunis. Sdgkan waktu Jepun menjajah Malaya, Inggeris salurkan senjata kpd komunis utk menyerang Jepun.
Begitulah juga di era ini dijajah minda Melayu... Cina Dap tidak boleh dipercayai. Sedangkan di Perak UMNO bekerjasama dgn Dap utk jatuhkan MB Peja. Kerajaan Malaysia skg pun tandatangani MoU dgn Dap malah jatuhnya Muhyiddin kerana kerjasama UMNO dan DAP. Terkini UMNO minta pertolongan DAP utk selamatkan UMNO di Melaka.
Dulu British buat jalan keretapi dan jalanraya, berbillion hasil bumi kita di bawa keluar. Skg BN tuduh Anwar dan DAP macam2, trillion wang negara hilang dibawa keluar.
Ada dua sebab ia terjadi, pertama kerana minda org Melayu mudah diperbodohkan dan kedua sb org Melayu tidak takutkan Tuhan dlm erti kata sebenarnya. Org yg takut Tuhan tak akan berani curi duit rakyat.


May be an image of text that says "Southern Troll Dalam politik, UMNO dan PAS tidak akan membunuh DAP. Sebab? Watak DAP mesti terus dihidupkan sebagai modal penting dalam politik mereka! Jika haramkan DAP habislah modal."




DEKAT NAK PRN ISU ADIB DIBANGKITKAN KONONNYA UNTUK DISELESAIKAN...KAH....KAH...

 

MUHD MUFIZ II


MODAL POLITIK UNTUK PRN MELAKA

🤣🤣🤣 ....DAH 60 TAHUN UMNO GUNA HELAH DAN PENIPUAN INI, ADER LAGI KE ORANG MELAYU NAK PERCAYA DENGAN PENIPUAN DAN HELAH POLITIK KOTOR UMNO INI 🤣🤣🤣🤣
ORANG MELAYU BODOR JE MASUK PERANGKAP BODOR UMNO INI DLM PRN MELAKA 🤣🤣🤣
DEKAT PRN MELAKA BARU NAK TIMBUL KES ADIB INI....SEJAK KERAJAAN DIN PAGOH DULU LAGI DOK BUAT APA 🤣🤣🤣🤣


Kabinet memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhamad Adib Mohd Kassim Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam kenyataanya berkata, jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (parlimen dan undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut … Jawatankuasa khas siasat kematian Allahyarham Adib ditubuhkan.


Jawatankuasa khas siasat kematian Allahyarham Adib ditubuhkan

OOWHHH - FAHAM FAHAM SEBAB LEBBAI SELALU BUAT DULU BARU FIKIR....


JAMZURI ARDANI


Maksudnya ... masa hangpa berhimpun di Padang Merbok dulu ... hangpa cuma sokong buta ... sebelum bentang tak teliti dulu ... main bentang ikut dan.

Pastu bila ada yang tak sokong, suka-suka nak tanam kat jirat Cina.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Kerajaan masih dalam proses meneliti RUU355, kata Idris 09/10/2021 3:45 PM (فَليِس) ليÛ PARTI ISLAM SEMALAY وان Kerajaan masih dalam peringkat melihat dari pelbagai aspek,‎"‎‎


RENTASAN 984 | PANAS!!! AGENDA PERTEMUAN KETUA PEMBANGKANG DENGAN 4 ADUN...






MENARIK DALAM RENTASAN 984
1. PANDORA PAPERS - INIKAH NEGARAKU? 2. UMNO GAGAL DAPAT NYAWA DARI DAP 3. BUSUK IKAN MULA DI KEPALA 4. PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA - SIAPA INGKAR MOU?




PENGERUSI PEMBELA : JANGAN SEGERA PUAS HATI DENGAN ADANYA J/KUASA ADIB, JALAN PENYELESAIAN MASIH JAUH

 

Selepas didesak akhirnya Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan suatu jawatankuasa bagi menyiasat Kes Kematian Allahyarham Adib.

Ini sekaligus menolak kenyataan YB Zuraida Kamaruddin yang sewenang-wenangnya mengumumkan bahawa kes ditutup.

Namun, rakyat tidak harus segera berpuas hati kerana kes ini masih jauh dari mencapai penyelesaiaannya. Selagi Allahyarham dan keluarga tidak mendapat sebarang keadilan, selagi itu kita desak dan tuntut ianya disiasat dan pembunuh dibawa ke muka pengadilan.

Bukan apa, kita tidak mahu melihat keputusan inkues yang dibuat di Mahkamah Koroner yang jelas terdapat bukti Allahyarham di pukul diambil enteng sahaja. Apa makna penubuhan jawatankuasa jika sekadar hanya untuk ‘mengambil hati’ rakyat

Sebelum ini sudah ada jawatankuasa telah dibentuk untuk kes ini. Kali terakhir kita dengar darinya ialah “kita sudah hampir di akhir siasatan”. Lepas itu hilang, dan tiba-tiba tubuh jawatankuasa lain pula. Sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya, apa hasil siasatan tersebut?

Jadi rakyat ingin tahu, apa sebenarnya fungsi jawatankuasa ini? Apa Terma Rujukannya? Mengapakah ianya dianggotai oleh orang-orang politik belaka? Bagaimana integriti dan ketelusannya dijamin?

Jika kerajaan benar- benar serius serta telus dan menjaga intergriti jawatankuasa ini kita menuntut agar wakil-wakil NGO dan individu-individu yang dipercayai dimasukkan sebagai anggota ke dalam jawatankuasa ini.

Rakyat sangat berharap jawatankuasa ini bukan hanya untuk membendung gelombang kemarahan rakyat tetapi benar-benar untuk memberikan keadilan kepada seorang penjawat awam.

Saya nyatakan sebegini bukan apa, kita sebenarnya sudah penat melihat perasaan keluarga Allahyarham dipermain-mainkan. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan berlaku ‘Trust Deficit’ yang teruk oleh rakyat terhadap pihak penguatkuasa.

Kita semua perlu ingat bahawa perkara paling asas di sini ialah KEADILAN KEPADA PENJAWAT AWAM.

Apakah kalau ada yang mati nanti ketika sedang bertugas akan terima nasib seperti Allahyarham Adib juga?

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

9 Oktober 2021



((PANAS)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR/PH BATALKAN MOU DENGAN KERAJAAN ISMA...



((PANAS)) DATO KAMAL BONGKAR: ANWAR/PH BATALKAN MOU DENGAN KERAJAAN ISMAIL SABRI? SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH https://bit.ly/2R38Uhk

((GEMPAR-MELAKA)) DATO ZAHARIN BONGKAR MASAALAH NELAYAN AKIBAT PROJEK PA...

Audio Dr T, Dakwa Hadi Tak Boleh Dipercayai?



NAMPAKNYA ADA KUMPULAN YANG MAHUKAN HADI DICABAR DALAM PEMILIHAN PAS.

HIPOKRASI UMNO DAN PERJUANGAN TIPU MELAYU

 

Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain menggambarkan hipokrasinya perjuangan parti Melayu itu.

Ab Rauf yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi BN Melaka dan Speaker kerajaan negeri itu mengakui adanya cubaan menyelamatkan nyawa itu berikutan tindakan empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, baru-baru ini.

Katanya, beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri, sambil menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru itu.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP dan saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya tumbangnya kerajaan negeri ini tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang kerana ia tidak diterima pimpinan DAP,” katanya lagi.

Selain tindakan berunding dan cubaan bekerjasama dengan DAP itu menggambarkan hipokrasi UMNO berikutan parti itu masih terikat dengan ketetapan NO Anwar No DAP, ini juga memperlihatkan betapa UMNO begitu ghairah untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup melakukan apa saja.

Di manakah pegangan UMNO sendiri terhadap ketetapan sendiri?

Tidakkah tindakan Ab Rauf itu suatu kesalahan kerana melanggar ketetapan parti dan wajar diambil tindakan?

Kalau Ab Rauf berkata adalah malang kerana tawarannya itu ditolak oleh DAP, yang lebih malang lagi sebenarnya ialah kerana UMNO memiliki pemimpin sepertinya.

Pemimpin yang sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kuasa, termasuk menggadai prinsip dan ketetapan parti adalah jenis yang tidak berguna sama sekali kepada rakyat dan perjuangan UMNO.

Kalau untuk menyelamatkan nyawa, mereka sanggup menggadai prinsip, melanggar ketetapan sendiri dan nenipu penyokong bawahan yang disuruh berpegang kepada ketetapan No Anwar No DAP, sudah tentu ketika berkuasa, lebih banyak lagi perkara-perkara yang lebih besar sanggup dilanggari.

Adakah jenis pemimpin begini yang dimahukan oleh sebuah perjuangan dan parti seperti UMNO?

Dalam hal ini, tindakan DAP menolak tawaran kerjasama itu amat terpuji dan menggambarkan bagaimana mereka bukan saja berpegang kepada prinsip, malah memberi pengajaran kepada UMNO tentang menghargai ketetapan yang telah diputuskan.

Begitu pun, yang agak menghairankan, kenapa kepimpinan kerajaan negeri Melaka tidak berunding dengan empat Adun yang mengunumkan menarik sokongan itu untuk menyelamatkan kerajaan negeri, sebaliknya memilih DAP untuk memberi nyawa kepada mereka?

Apakah empat Adun berkenaan sudah tidak boleh dirundingi atau sebarang perundingan enggan dilakukan kerana mereka lebih banyak tahu mengenai kepincangan yang sudah lama berlarutan dalam kerajaan negeri?

Sepatutnya, tindakan paling bermoral jika sudah hilang sokongan ialah Ketua Menteri mesti meletak jawatan dan bukannya cuba meminta nyawa daripada musuh yang telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sendiri sebagai musuh yang tidak boleh dijalin sebarang kerjasama dengan mereka.

Ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat negeri itu wajar berasa malu dengan perlakuan Ab Rauf yang tidak segan-segan merangkak kepada DAP yang ianya jelas memberi kehinaan paling besar kepada UMNO dan BN sebagai sebuah parti dan entiti perjuangan.

Tolak Ab Rauf, tolak UMNO dan tolak BN adalah jawapan serta balasan yang tiada kompromi jika ada PRN tidak lama lagi. – ShahbudinHusin 09/10/2021.

Gempar! Tular audio mirip suara Khairuddin perleceh Presiden Pas

 

VIDEO DI BAWAH....



Audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tular di media sosial semalam.

Rakaman audio itu didedahkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ahmad Rizqi Khairuddin.

Menerusi hantaran di media sosial tersebut, individu yang menggunakan nama Ahmad Rizqi itu memberi amaran akan terus mendedahkan audio pemimpin Pas itu.

Rakaman audio itu antara lain mendedahkan, pemimpin Pas yang dinamakan Dr T itu mendakwa, Abdul Hadi percaya bahawa Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).

“Tok Guru ini berpegang pada pandangan survey (kaji selidik) yang menunjukkan PN naik, BN turun. Tetapi, dia kata, kita kena raikan juga, UMNO masih ada akar umbi.

“Ayat itu Tok Guru ulang selalu. Ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” menurut audio yang didakwa suara pemimpin Pas itu.

Pendedahan audio ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan pimpinan Pas yang akan diadakan November ini.

Pada 2019, Pas bersama UMNO membentuk satu kerjasama yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN).

Ketika berlaku krisis politik negara pada 2020, Pas bersama BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain, membentuk kerajaan.

Gabungan baru ini akhirnya didaftarkan secara rasmi sebagai Perikatan Nasional dan Pas menyertai gabungan ini secara rasmi biarpun UMNO dan BN tidak bersama.



AUDIO WALAUN DAN YB LEBAI SUSAH HATI DENGAN HADI...

 



KEH..KEH BIASA LA ORANG BONGKAK NI DILAKNAT ALLAH....PARTI DIA PUN BUKAN MENANG WALAU SATU KERUSI PUN...MELALAK SAJA ITU INI...HAPA PUN TAK BOLEH BUAT...GAYUT PADA PARTI YANG DIA DOK MAKI DULU SAJA.

 


Bongkak! Idris kata Pas akan pastikan PH tidak kembali berkuasa di Melaka


Bongkak! Idris kata Pas akan pastikan PH tidak kembali berkuasa di Melaka



PAS akan pastikan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hak Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Justeru, beliau berkata, Pas kini menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya itu nanti.

Katanya, jawatankuasa itu dipengerusikan Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dibantu Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat serta Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka untuk merangka pelan strategik sekiranya PRN dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

“Matlamat Pas di dalam PRN Melaka yang bakal diadakan itu sangat jelas iaitu untuk memastikan PH tidak lagi berkuasa di negeri itu.

“Mengenai jumlah kerusi yang Pas akan bertanding pula, ia sedang dibincangkan termasuk perbincangan dengan rakan parti lain secara bersama bagi mengukuhkan perpaduan memastikan PH tidak lagi berkuasa.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian Musa’adah Banjir kepada Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan di Jalan Kuala Sepetang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, pegawai yang didapati melakukan penyelewengan di 14 agensi di bawah Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri akan diambil tindakan tegas termasuk dipecat serta-merta.

Beliau berkata, kementeriannya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sebegitu kerana tidak mahu berkompromi dengan mereka yang tidak amanah dan tiada integriti dalam menjalankan tugas.

“Sekiranya ada penyelewengan berlaku, kita tidak teragak-agak untuk memecat pegawai yang terbabit dan orang seperti itu tidak perlu di simpan.

“Semua 14 agensi di bawah saya akan bertemu pada setiap Isnin bagi melaporkan apa yang mereka laksanakan dan saya sudah melantik seorang pegawai untuk mengendalikan pemantauan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap agensi dan KPI 100 hari kementerian,” katanya.

Risaukan kemarahan rakyat, PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib

 


Risaukan kemarahan rakyat, PM umum penubuhan jawatankuasa khas siasat kematian Adib


Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam.

Menurutnya, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Adib, mengalami kecederaan parah semasa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018.

Inkues ditubuhkan berikutan perselisihan pendapat mengenai punca kematiannya, sama ada disebabkan oleh kemalangan atau serangan yang disengajakan.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib disebabkan oleh perlakuan jenayah oleh lebih daripada dua atau tiga orang yang tidak dikenali.

Teliti kes Batu Puteh, dakwaan Tommy Thomas

Selain itu Ismail Sabri berkata jemaah menteri juga bersetuju agar pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak semula berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran dalam kes Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

“Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh,” katanya.

Pada masa yang sama, katanya, jemaah Mmnteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes berkenaan.

Untuk rekod pada 2018, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan untuk berpihak kepada Singapura dalam isu perselisihan wilayah di pulau itu.

Pada penghujung Mei 2018, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kerajaan PH pimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan ICJ berkenaan.

Sementara itu, Ismail berkata kabinet turut bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan diambil terhadap dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas di dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness

“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,”katanya.

NAK LEBIH MASA ???? AMBIK LA BERAPA TAHUN PUN

 

BOB KELANANG


AIKK... mintak lebih masa la plak, pakai xjadi la jawabnya... kehkehkehkehkehhh

Hari tu kata, beri 5 hari jer ke Pas, pasti akan berlaku perubahan... rupa2nya perubahan itu ialah tak jadi laksana...
KOH KOH KOH... jilaker punya osetad dhuha!!


May be an image of 1 person, sitting and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Mahukan lebih masa, Idris enggan gelojoh laksanakan RUU 355 October 6, 2021 3:28 pm MalaysiaGazette® HAZROL AINAL"

Jawatankuasa khas perlu umum hasil siasatan kematian Adib, kata CUEPACS

 

CUEPACS berharap kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu hasil siasatan jawatankuasa khas ke atas kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diumumkan bagi menjamin ketelusan siasatan.

Presidennya, Adnan Mat berkata, CUEPACS menaruh harapan tinggi agar keadilan untuk Allahyarham dituntut kerana ia penting bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang, terutamanya melibatkan penjawat awam yang bertugas demi kepentingan rakyat dan negara.“CUEPACS juga berharap isu ini tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak.

“Sebaliknya, fokus utama yang perlu diberikan perhatian adalah mencari pesalah terlibat, menuntut keadilan serta memberi jaminan perkara sama tidak berulang kepada mana-mana penjawat awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, CUEPACS mewakili semua penjawat awam, khasnya anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes Adib.

“Keputusan kerajaan sejajar hasrat CUEPACS dan JBPM sendiri serta keseluruhan rakyat Malaysia agar kematian Adib dapat diberikan keadilan sewajarnya mengikut lunas undang-undang negara.”

Beliau berkata, CUEPACS menghargai dan berterima kasih atas keputusan kerajaan dalam meneruskan siasatan kes kematian Adib.

Katanya, kes itu tidak boleh dipandang remeh dan pesalah harus dicari dan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya ke atas kematian Adib.

Jawatankuasa khas itu yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar diberi enam bulan memperoleh dapatan dan cadangan untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi tindakan susulan.

Adnan berharap anggota jawatankuasa khas itu akan menggunakan sepenuhnya enam bulan itu untuk menyelesaikan segala persoalan yang timbul di sebalik kematian Adib.