Ada perkara yang kelakar bila dengar hujah Mopti.


MOHD MUKLIS






Mod tanya soalan tentang kalau pilih antara muslim yang korup dan non-muslim yang jujur; yang mana lebih adfal.
Boleh pula dia jadi emotional sampai marah orang tanya soalan macam itu, siap tanya siapa yang taja soalan macam itu. Well awak kan ada PHD, tunjuk la kebijaksanaan sarjana kedoktoran awak tu menjawap soalan yang sukar. Kalau semua soalan nak mudah, semua orang boleh ada PHD kan? Lepas tu boleh pula main falasi strawman, twist soalan.
Soalan yang kedua dia kata mana-mana parti politik kalau naik pun sama tetap akan jatuh satu sama lain, rasuah dia jadikan agenda untuk raih modal sokongan. Jawapan macam orang putus asa. Tapi yang pelik bukan dia ke yang jamin kerajaan PN dulu bebas rasuah? Bila PN bebaskan perasuah mana janji dia nak kritik?
Eh sebijik la macam argument perempuan yang selalu kena tipu dengan lelaki buaya, lepas tu main pukul rata kata lelaki semua sama. tapi part dia nak lelaki jahat , lelaki kaya ( tak cakna latar belakang kewangan) , dan handsome ( tak kisah akhlak buruk). You pray for the rain, you gotta deal with the mud too.
Ingat dulu di pernah tuduh kata Anwar rakus, dalam masa yang sama dia boleh sertu Muhyidin padahal tak ada nama dalam perjanjian. Padahal Anwar yang nama dia ada dalam perjanjian PH, kalau nak ikutkan memang dia patut dapat baiah. Tapi Mopti hasut Mahathir supaya khianat perjaniian sampai tunggang istikharah, kata jawatan itu bukan hak individu kononnya. Sekali Allah SWT tunjuk akibat dan ibrah dari mereka yang berkhianat pada perjanjian, sampai huru-hara satu negara.
Ingat nak buat reform ini bukan kerja mudah. Dan DS Anwar telah buktikan dengan suri teladan yang baik yang dia tak sanggup bersetongkol demi dapat kuasa, dia juga tidak rakus macam yang di tajassus oleh SSST. At least Anwar tahu politik kita tak betul dan di berani masuk dalam arena politik. Ini suruh cabut jubah mopti tak mahu, tapi sibuk sertu kiri kanan, depan belakang. Kalau sertu betul takpa juga, macam joki main kuda, main tak reti tapi sibuk duk bet pakai duit orang. Bila kalah tak dapat cuci, duk persalah DAP.
Demikianlah TokPeti.
Bayangkan ahli panel sendiri kata dia tak profesional, tapi tak hairanlah. Dengan Puan Mona dulupun dia main ad-hominem, attack peribadi. Kalau orang ajak forum panggil orang PHD, dia expect akan dapat jawatan level sarjana kedoktoran. Tapi takat main attack peribadi, tak ada beza lah mereka dengan orang yang sekolah atap. At least orang yang sekolah atap tak reti nak tunggang jawatan demi kepentingan diri sendiri.

Thailand uji cuba alat pengesan COVID-19 guna sampel peluh ketiak

 


Agensi
Thailand uji cuba alat pengesan COVID-19 guna sampel peluh ketiak
Ujian daripada peluh itu amat disenangi para pekerja di pasar Bangkok berkenaan, yang mendakwa kaedahnya lebih 'mesra' berbanding ujian calitan menerusi lubang hidung. - Unsplash
BANGKOK: Bagi golongan penjual dan penjaja di pasar Bangkok, peluh dari ketiak yang membasahi baju mereka sewaktu musim tengkujuh yang lembap berkemungkinan mengandungi tanda jangkitan COVID-19, ujar saintis tempatan.
Agensi berita AFP melaporkan, pasukan penyelidik Thailand sedang membangunkan alat pengesan virus mudah alih yang berpandukan titisan peluh, dan minggu ini sedang diuji cuba dalam kalangan pekerja di pasar Bangkok.
"Daripada sampel itu, kami mendapati bahawa orang yang dijangkiti COVID-19 mengeluarkan sejenis kimia yang khusus.
“Kami menggunakan penemuan ini untuk mencipta alat bagi mengesan bau badan khusus yang dihasilkan dalam peluh mereka yang positif COVID-19,” ujar Chadin Kulsing dari Ubniversiti Chulalangkorn.
Chadin, yang mendakwa ujian itu mempunyai ketepatan 95 peratus, berharap ia akan diguna pakai sebagai alternatif pada harga berpatutan, berbanding ujian calitan mahal yang memerlukan pemprosesan di makmal.
Alat itu bagaimanapun masih dalam peringkat pembangunan, dan kerja penyelidikannya masih belum diterbitkan atau dinilai.
Kumpulan saintis berkenaan menggunakan sejenis alat yang lazimnya digunakan untuk mengesan bahan kimia toksik dalam persekitaran.
Subjek ujian akan meletakkan calitan kapas di ketiak mereka selama 15 minit, sebelum calitan itu dimasukkan ke dalam tiub kaca dan disteril engan sinaran ultra ungu.
"Juruteknik pula akan mendapatkan sejumlah sampel dengan tiub sedutan dan kemudian memampatkannya di dalam mesin analisis untuk memeriksa hasilnya,” jelas Chadin.
Pengambilan sampel memerlukan masa selama 15 minit, sementara hasil ujian boleh didapati dalam masa 30 saat.
Ujian daripada peluh itu amat disenangi para pekerja di pasar Bangkok berkenaan, yang mendakwa kaedahnya lebih 'mesra' berbanding ujian calitan menerusi lubang hidung.
"Ujian menggunakan peluh ini lebih selesa dan mudah kerana saya boleh meneruskan kerja sementara menunggu hasilnya," kata seorang penjual.

BILA KUASA DITANGAN, APA PAS BUAT?

OWHHHH...



AHMAD SHAHRIL SHAHRIL


Rupanya itu semua bukan masalah bagi PAS yang penting dapat

 ghanimah....pemimpin mereka lekat sagon anak buah makan assp.

 No photo description available.

UNDI PERCAYA: ISMAIL TAKUT APA JIKA ADA 114 SOKONGAN?


ISU UNDI PERCAYA: JANGAN SALAHGUNA NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG



“Kenapakah tidak ada lagi mana-mana Kenyataan Rasmi Istana Negara yang dikeluarkan berkaitan perkara ini, walhal isu Usul Undi Percaya telah disentuh dengan jelas dalam TITAH KeBawah Duli Yang di-Pertuan Agong melalui Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021 itu?” soal Haniff. Beliau menasihatkan ISMAIL SABRI dan Kerajaannya agar menampilkan ADAT yang SOPAN dalam menangani isu berkaitan TITAH Yang di-Pertuan Agong dan tidak secara semberono menyalahgunakan nama dan kedudukan baginda sehingga boleh mencetuskan persepsi bahawa ISMAIL SABRI dan Kerajaannya sudah memulakan sandiwara dalam amalan "SALAHGUNA NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG.”


RENTASAN 964 | GEMPAR!!! KINI KLUSTER MAHKAMAH DILANTIK JADI TIMBALAN SP...







MENARIK DALAM RENTASAN 964

1. KLUSTER MAHKAMAH JADI TIMBALAN SPEAKER PARLIMEN? 2. ISU UNDI PERCAYA: JANGAN SALAHGUNA NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG 3. DI MANAKAH SUARA MELAYU ISLAM DALAM KES 1BESTARINET? 4. HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA DIWARTAKAN SEMULA




BELUM 100 HARI RINA HARUN TELAH GAGAL?


Kerajaan Amerika bakal kehabisan duit menjelang Oktober

 

Kerajaan Amerika bakal kehabisan duit menjelang Oktober

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan mengalami masalah wang tunai pada Oktober ini kecuali Kongres meluluskan peningkatan had pinjaman persekutuan.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen, semalam berkata kesimpulan itu dicapai berasaskan perbelanjaan semasa dan maklumat terkini yang sedia ada.

“Berdasarkan keadaan semasa, sumber kewangan sekarang dan langkah bagi menambah dana akan habis digunakan pada bulan depan,” katanya.

Kerajaan Amerika bakal kehabisan duit menjelang Oktober

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen, dengan Naib Presiden AS, Kamala Harris, berdiri di belakangnya.

Kongres menangguhkan peningkatan had hutang sejak 2019 dan tempoh itu menjadikan kadar keberhutangan negara mencecah AS$28 trilion (RM116.23 trilion).

Ia memaksa Perbendaharaan AS mengambil ‘langkah luar biasa’ untuk terus membiayai operasi kerajaan tanpa melanggar had ditetapkan.

Dalam surat kepada Speaker Kongres, Nancy Pelosi, Yellen memberi amaran bahawa jika siling tidak dinaikkan, AS tidak akan dapat memenuhi kewajipannya untuk pertama kali dalam sejarah negara.

Hutang dan defisit negara meningkat ketika pandemik COVID-19 selepas Washington meluluskan tiga rang undang-undang perbelanjaan besar bertujuan mengurangkan kerosakan akibat kesannya terhadap ekonomi.

Menaikkan had hutang tidak meningkatkan perbelanjaan tetapi hanya membenarkan Perbendaharaan AS membiayai projek yang sudah diluluskan oleh Kongres.

Tanpa kenaikan, AS boleh menghadapi masalah tunai yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Kongres kini sedang mempertimbangkan rancangan infrastruktur bernilai AS$1.2 trilion (RM4.99 trilion) selain rancangan perbelanjaan sosial besar-besaran bernilai AS$3.5 trilion (RM14.5 trilion), yang akan mendorong perbelanjaan lebih tinggi.

Ketika ini kedua-dua Dewan iaitu Kongres dan Senat dikuasai Parti Demokrat diketuai Presiden AS, Joe Biden, namun masih memerlukan sokongan anggota Parlimen Republik untuk menaikkan had pinjaman itu.

Setakat ini, parti pembangkang menyatakan mereka menentang cadangan itu.

Pada satu sidang media, Pelosi memberikan sedikit butiran bagaimana Demokrat merancang mendapatkan sokongan untuk kenaikan kadar siling itu dan menegaskan ‘ia harus terjadi’ walau apa pun berlaku.

Menaikkan had hutang menjadi isu bagi Kongres sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kebuntuan berlaku pada 2011 apabila S&P Global Ratings menurunkan kadar hutang negara AS lebih rendah daripada penarafan AAA.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/09/861660/akan-kehabisan-dana-menjelang-oktober

KEADILAN PUJI KEPUTUSAN WARTAKAN SEMULA HUTAN SIMPAN


‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar

 ‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar


‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar.


Pakar kesihatan Indonesia menyeru agar rakyat negara itu tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kaedah pelik untuk menyembuhkan Covid-19 seperti yang sering tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.

Terbaharu, satu kaedah tular yang kononnya mampu membunuh virus Covid-19 adalah dengan mencuci lubang hidung menggunakan garam kasar.

'Basuh' hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar

Satu kaedah menggosok hidung menggunakan larutan garam kasar didakwa mampu membunuh virus Covid-19 tular di aplikasi Whatsapp Indonesia.

Kaedah itu dilaporkan mula tular menerusi aplikasi WhatsApp yang didakwa mampu menghilangkan kesan virus Covid-19 di hidung pesakit.

“Air larutan garam memang boleh digunakan untuk mencuci kotoran di hidung namun ia tidak berkesan untuk membunuh virus Covid-19.

“Rakyat diminta agar tidak mudah percaya dengan kaedah-kaedah tular tanpa penjelasan saintifik serta sokongan pakar kesihatan kerana bimbang akan memudaratkan diri,” demikian penjelasan Ahli Patologi Universiti Sebelas Maret, Tonang Dwi Adryanyo.

Tambahnya, penggunaan larutan garam kasar yang berlebihan dan tanpa sukatan betul boleh merosakkan mukus hidung dan menjejaskan fungsi sedia ada anggota badan itu.

MENGARUT LAH KAJIAN NI- NAK JADI GURU DULU PUN SEKURANG KURANGNYA GRED 2 SPM 5 A BAIKALIRAN SASTERA ATAU SAINS DAN TAMBAHAN STPM 3-4 PRINSOPLE

 

70% guru punyai kelulusan tak lebih 3A dalam SPM




Pendidikan sepatutnya menjadi profesion pilihan, bukan sekadar pilihan akhir bagi calon yang mendapat keputusan akademik cemerlang, kata seorang aktivis.

GEORGE TOWN: Satu kumpulan pendidikan menggesa lebih banyak diusahakan untuk meningkatkan tahap latihan profesional pendidik di negara ini, susulan sekurang-kurangnya 70% guru dikesan mendapat tidak lebih daripada 3A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Chen Li-Kai dari Teach For Malaysia berkata, walaupun keputusan akademik bukanlah penanda aras utama dalam pengajaran berkualiti, sasaran untuk mengambil guru dengan sekurang-kurangnya 7A dalam SPM patut menjadi sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Katanya, walaupun negara ini mempunyai ramai guru dan pembantu pengajar yang hebat, syarat kemasukan ke institut latihan perguruan sepatutnya mematuhi aspirasi dalam Pelan itu.

“Satu daripada anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan adalah supaya 70% kemasukan ke institut latihan perguruan memiliki sekurang-kurangnya 7A dalam SPM. Langkah itu mampu meningkatkan kualiti pengajaran kita.

“Wujud keperluan untuk memperkembangkan tahap profesional serta latihan pedagogi (kaedah pengajaran), selain memastikan konsistensi dalam pengajaran. Perkara ini penting untuk difokuskan.

“Kita perlu mengubah pendidikan supaya menjadi profesion pilihan, bukan sekadar pilihan akhir,” katanya dalam forum G25 bertajuk “Reflections on the Malaysian Education Blueprint.”

Chen berkata, dengan sekurang-kurangnya 50% daripada sekitar 400,000 guru dan pembantu pengajar menggalas tanggungjawab mendidik untuk 20 tahun akan datang, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk membantu mereka memperbaiki kaedah penyampaian.

“Ini cabaran besar. Paling penting adalah untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan melabur dalam sistem pendidikan,” katanya.

Sementara itu, bekas menteri dan teknokrat, Idris Jala berkata walaupun ada kekurangan, masih terdapat guru yang baik yang dihasilkan.

Katanya, kaedah pemikiran adalah perkara yang membezakan antara guru baik atau sebaliknya. Susulan itu kerajaan perlu menemui guru-guru yang terbaik bagi menggunakan pendekatan mereka di tempat lain.

“Kita boleh mendapatkan guru yang terbaik dalam bidang geografi, sejarah dan matematik, sebagai contoh, dan temu bual mereka.

“Minta mereka dedahkan kaedah pengajaran dan selaraskannya. Ini kemudian boleh digunakan untuk kira-kira 400,000 guru yang lain.

“Dengan cara ini kita boleh mencapai peningkatan. Apa yang penting bukan kurikulum tetapi bagaimana matapelajaran diajar,” katanya.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, calon yang terpilih untuk institut latihan perguruan dinilai berdasarkan pelbagai faktor termasuk sikap, kebolehan mengajar dan perwatakan.

Ia menyatakan, calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya tiga markah cemerlang dan tiga kredit dalam SPM untuk menjadi guru pelatih.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan berkata ia kini akan memberi keutamaan kepada calon yang memiliki minimum tujuh markah cemerlang.

Perubahan budaya politik harus bermula dengan pengundi, kata penganalisis

 

Penganalisis berkata budaya politik semasa ini diamalkan sejak dulu lagi apabila ahli-ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh mereka.

PETALING JAYA: Pengundi perlu memainkan peranan yang besar bagi membolehkan ahli-ahli politik melakukan perubahan diperlukan terhadap budaya politik di Malaysia, kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata perilaku seseorang ahli politik sering ditentukan oleh kepercayaan mereka yang membawa suara akar umbi.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang mengatakan pembaharuan sebenar tidak boleh dicapai selagi politik dianggap sebagai gelanggang untuk pihak yang menang dan kalah.

Pandikar mengeluarkan kenyataan itu dalam satu forum secara maya, Selasa lalu.

Oh Ei Sun.

“Ahli-ahli politik hanya cerminan kepada apa yang kita kehendaki. Mereka memanfaatkan persepsi dan budaya kita sendiri sebagai pengundi,” katanya kepada FMT.

“Jadi, jika kita sebagai pengundi ingin melihat lebih banyak budaya politik yang berdiri di atas kesepakatan, ia perlu ditunjukkan kepada ahli-ahli politik ini.”

Bagaimanapun, Oh berkata perubahan terhadap institusi untuk mengurangkan ketetapan semasa untuk menang dilihat sebagai perkara yang rumit.

Katanya, perubahan mungkin diperlukan untuk meningkatkan lagi kerjasama secara bipartisan tetapi ia sememangnya perlu dimulakan dengan kerjasama itu sendiri.

“Ini umpama situasi ‘ayam dan telur’,” katanya.

Azmi Hassan.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, budaya politik semasa ini diamalkan sejak dulu lagi apabila ahli-ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh mereka.

“Mungkin pada satu tahap, ini adalah kesalahan pihak pembangkang. Mereka sering mengkritik dan bukannya cuba memperbaiki dasar,” katanya.

Azmi berkata, pengundi harus menunjukkan keinginan mereka terhadap integriti, tatacara yang baik dan kerjasama selain media.

“Peranan media amat kritikal dalam mengutarakan ketidakpuashatian rakyat terhadap budaya semasa, di mana ideologi boleh berubah secara tiba-tiba,” katanya.

UMNO NAK CARI PENYAKIT GABUNG DENGAN PAS..PAKATAN RAKYAT DAH KENA KENCING DI BEBERAPA DUN...UMNO NAK KENA BUAT LAH....

 


Pembahagian kerusi Pas-Umno: Mohd Amar tempelak Tok Mat

Pembahagian kerusi Pas-Umno: Mohd Amar tempelak Tok Mat

Pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) melibatkan UMNO dan Pas dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) masih belum dimuktamadkan walaupun secara dasarnya sudah mencapai tahap 70 peratus selesai.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jumlah 70 peratus tersebut hanyalah melibatkan beberapa dasar sahaja, namun masih ada beberapa skop yang masih belum diselesaikan secara keseluruhannya.

“Secara dasarnya, mana-mana kerusi yang Pas menang, Pas akan bertanding manakala kerusi dimenangi UMNO maka UMNO bertanding, dari segi itu semua dah selesai. Cuma secara rasminya, berapa kerusi dan kerusi mana yang masih kosong itu masih belum diptusakan.

“Itu belum lagi melibatkan kerusi yang UMNO dan Pas yang tidak menang, belum selesai lagi. Ada lagi beberapa perkara yang perlu kita putuskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Suri Mithali di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, Pas masih berharap wujud keserasian antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memastikan pembahagian kerusi dan persediaan untuk berdepan PRU15 kali ini lebih mantap.

Katanya, UMNO seharusnya melihat perkara ini dengan lebih jauh malah beberapa kajian yang dibuat juga telah membuktikan mereka tidak boleh menubuhkan satu kerajaan yang ‘gagah’ jika hanya melibatkan Pas dan UMNO semata-mata.

Beliau juga memberitahu, demi bangsa Melayu, ketiga-tiga parti itu perlu berjuang bersama dan semua pihak perlu ambil kira perkara tersebut memandangkan Pas, UMNO dan Bersatu sebenarnya mempunyai kelemahan serta kelebihan yang masing-masing akan kuat apabila bergabung.

“Kita semua ada kelemahan, kalau duduk sekali, kelemahan ini boleh ditampung masing-masing. Apa yang penting kita bekerja untuk rakyat,” katanya.

Panas! Ahli Parlimen kerajaan dakwa akan halang cadangan Timbalan Menteri Pas

 


Panas! Ahli Parlimen kerajaan dakwa akan halang cadangan Timbalan Menteri Pas


Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak senada dengan pemimpin Pas yang berhasrat membentangkan Rang Undang-undang (RUU) yang akan menghalang kebebasan beragama di negara ini.

Dalam gambar tular Roadmap Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah peringkat Persekutuan itu mencadangkan empat akta baharu iaitu RUU Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, sekiranya gambar tular itu sahih, RUU yang dicadangkan ini tidak pernah dibincangkan di Kabinet.

"Kami akan halang cadangan Timbalan Menteri Pas", kata ahli parlimen kerajaan

Roadmap Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah yang tular dalam media sosial.

“Setakat ini, RUU yang dicadangkan berkaitan agama Islam yang disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary tidak pernah dibawa ke Kabinet, sama ada untuk perbincangan atau persetujuan.

“Kemungkinan perkara ini masih di peringkat awal dan perbincangan dalaman di Bahagian Hal Ehwal Agama.

“Namun, sekiranya ia dibangkitkan, saya yakin rakan-rakan dalam kerajaan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), MCA, MIC dan parti politik lain pasti akan menentang kerana undang-undang ini akan memberi kesan atau menjejaskan kebebasan beragama bagi masyarakat bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) ini berkata, PBS akan kekal teguh bersama rakyat bagi mempertahankan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagaimanapun katanya, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghormati kebebasan yang diamalkan sejak penubuhan Persekutuan Malaysia. Apatah lagi, ia selari dengan visi Perdana Menteri untuk membina Keluarga Malaysia.

“Kami (PBS) akan tetap berdiri teguh bersama rakyat untuk memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan beragama seperti yang kita nikmati selama ini, kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

“PBS memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, bahawa kami akan sentiasa setia dan kekal pada perjuangan dan matlamat politik, termasuk mempertahankan hak kebebasan beragama,” katanya.

MALAYSIA DARUL MEMBAZIR


 ELAUN PARKIR vs GAJI DOKTOR!

Please Share.

More @ www.zunar.my


*TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA*


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:

Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%).

Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?

Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:

1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.

2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.

3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.

4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.

5. Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.

6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.

7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.

8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.

9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.

10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.

11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.

12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.

Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.

Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...



ADAKAH KAJIAN TELAH DIJALANKAN TENTANG PEMBERIAN VAKSIN KEPADA PELAJAR

 

Ibrahim Mat Isa






Ada dua hal yang boleh kita fikirkan bersama bila mereka mula menyentuh anak dan remaja bawah 18 tahun iaitu:


Pertama: KKM tidak mempunyai pakar pun. Kalau ada pun, sekadar menjadi tukang baca apa maklumat yang disampaikan terus kepada mereka oleh taikun ubat tu. Mungkin alasannya, Malaysia mempunyai ramai bahan atau nyawa untuk tujuan ujikaji, ataupun hanya pengeluar ubat sahaja yang tahu apa perlu buat.


Kedua: dan ini mungkin boleh menyebabkan akaun FB aku kena blok - ialah KKM telah menjadi jurujual bek seen kepada taikun buat ubat peringkat antarabangsa tu kerana gitu bersungguh-sungguh mempromosi.


Sekarang dah tak timbul dah dakwaan kononnya ia telah diluluskan selepas kami buktikan bahawa ia adalah di peringkat percubaan untuk tujuan kecemasan!


* Kalau tidak, bukan main pegawai PPD duk pembohong cikgu-cikgu kononnya ia diluluskan. Mana dia dapat info tak tahulah.. auta tahap karat hijau!


Ok takat tu dulu...


Kalau FB aku kena, harap sahabat semua faham bahawa aku menulis bukan untuk seronok². Aku bersimpati sangat dengan kematian demi kematian susulan cucuk tu.


Anda yang tak ada hati dan perut, sila diam!



RAKYAT MELIHAT KEADILAN DITEGAKKAN

 

Hamzah Rie Na.

Kita tunggu dan lihat adakah keadilan akan diberikan kepada mendiang yang menjadi mangsa samseng ini.


MELAYU TIPU MELAYU DAP DISALAHKAN LAGI

 

Bikir Perak


Kwang kwang kwang 

Melayu TIPU Melayu.

Ape Pun HIDUP MELAYU..  


#takziahrakyatmarhaen




VAKSIN DAN ANTI VAKSIN

 

Norshidah Mohd Daud


Kelako lak aku tgk kawan2 fb dok gadoh pasal vaksin ni

Smpai nk salahkan PH especially DSAI bila DSAI x bawak isu vaksin utk diketengahkan, siap lambung Lokman Adam coz up isu effect vaksin tu


Sejujurnya, aku sendiri nmpk ada benda x kena dlm isu vaksin ni

Tp xde la smpai nk p salahkan DSAI, siap bgtau xkan undi pro vaksin next PRU

Tu mmg kelako


Sedangkan Lobakman tu sah2 UMNO, Menteri jaga vaksin pun UMNO

Menteri jaga vaksin tetap x berubah walau PM berubah

Tu patut kita pikirkan

Nape?

Ada something yg nk disembunyikan?


Kita diberitahu ada negara luar "sedekah" vaksin pd negara kita

Kita juga diberitahu peruntukan utk beli vaksin smpai guna dana dari KWAN

Tp xtau nape vaksin2 tu semua x cukup2

Korang x pelik?


Lagi pelik, dulu dijanjikan pampasan pd sape2 yg terkesan lepas ambik vaksin

X lama pastu viral surat yg KKM bgtau fake, berkenaan consent form sblm divaksin

Ehhh rupanya form tu mmg sahih, antara isi dalamnya, yg sign tu bertanggungjawab atas effect dari vaksin coz kononnya kesan positif vaksin lg byk dari negatif

So logiknya, pampasan yg dijanjikan dulu terbatal bila dah sign form tu


Korang x rase pape ke?


Ntahla... Aku xnak kait ngan cite Yahudi Nasrani Dajjal semua ni

Bukan ilmu aku pun


Pastu dengan isu data backlog pulak

Dengan dulu tiba2 kes turun naik bergantung pada "move DSAI" & "pembukaan Parlimen"

Mmg mampos la aku x pecaya data2 KKM ni


Belum lg sembang pasal kawan2 yg up post berkenaan keburukan vaksin ni terus fb delete post diorang

Siap ada kena kuarantin dgn fb lg

Amboiii...

Fb punya sensitif kemahen 😏



Anwar Ibrahim: UNDI 18 Mesti Dijalankan, Kalau SPR Tak Sanggup, Tukarlah...

KARTEL DIPECAT!! - YUSUF TAPAR - Ketua Penerangan PKR N9 | Patut Dah Lam...

[TERKINI] Perbicaraan kes Ahmad Zahid bersambung

SIDANG MEDIA TERKINI DS ANWAR & MB NEGERI SEMBILAN /ISU PANAS PERTUKARAN...

UMNO BERSATU PAS Bergabung Hadapi PH Dalam PRU Ke-14?

Tuntutan LHDN: Najib, anak gagal batalkan keputusan mahkamah tinggi

 

Malaysiakini





Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan 
Dikemaskini 9 Sep 2021, 2

Bekas perdana menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin gagal membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuntutan saman cukai yang dibuat ke atas mereka.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan anak beranak itu untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas ahli parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Agensi itu bergantung kepada ringkasan keputusan berkenaan untuk proses tersebut.

JAGA JAGA EJEN CIA INI SERU KEPADA KEJATUHAN PAS MELANGGAR AMANAT TOL GURU, DALAM MASA SAMA PAS MAIN DUA KOLAM

 


Nik Abduh mahu Umno-Pas bersama walau akui SPRM masih terima tekanan politik