Kerajaan AS jual apartmen mewah Riza Aziz pada nilai AS$16.8 juta - NYT


Astro Awani
Kerajaan AS jual apartmen mewah Riza Aziz pada nilai AS$16.8 juta - NYT
Apartmen elit yang terletak di tengah kota New York itu adalah sebagai pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya. - Foto Astro AWANI
KERAJAAN Amerika Syarikat menjual pangsapuri milik Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, pada nilai AS$16.8 juta.
Pangsapuri elit yang terletak di tengah kota New York itu adalah sebagai pertukaran untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya.
New York Times (NYT) pada Jumaat melaporkan kediaman di 15 West 63rd Street itu dipercayai merupakan antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan
Pada tahun 2012, Riza yang juga penerbit filem The Wolf of Wall Street itu dilaporkan membayar harga AS$33.5 juta untuk pembelian hartanah itu, dipercayai menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam laporan itu, NYT turut menyenaraikan beberapa unit hartanah, termasuk sebuah pangsapuri tiga bilik dekat 220 South Central Park iaitu bangunan kediaman paling mahal di New York, dijual semula pada harga AS$33 juta Mei lalu.
Hartanah tiga bilik tidur merangkumi separuh tingkat 55 itu ditutup pada harga permintaan penuh sebanyak AS$33 juta, iaitu 23 peratus lebih tinggi daripada hampir AS$26.8 juta yang dibayar oleh penjual pada akhir 2019.
WSJ pula memaklumkan bahawa perjanjian itu dapat berfungsi sebagai penentu untuk menentukan sama ada pangsapuri lain di kompleks kondominium sekitarnya akan meningkat.
Pada 14 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Riza Aziz berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

WALAUNS...NI KEDAI ARAK BUKA NIH...JIHAD KA..DEMONTRASI KA....HAI..TAK KAN TENGOK SAJA?...LAAA.....HARI TU CLAIM KATA DESAKAN...NI TAK MO DESAK KAH?

 

Terkini! DBKL benarkan penjualan arak di kedai serbaneka dan pasaraya sepanjang total lockdown

Terkini! DBKL benarkan penjualan arak di kedai serbaneka dan pasaraya sepanjang total lockdown

Penjualan minuman keras masih dibenarkan di kedai serbaneka dan pasar raya sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan hari ini, DBKL berkata, hanya premis khusus menjual minuman keras tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini.

DBKL berkata, menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), premis yang terlibat dengan penjualan makanan hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam dengan konsep bawa pulang sahaja.

“Kebenaran ini termasuk premis kedai runcit dan kedai serbaneka,” katanya.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid memberitahu The Vibes bahawa semua premis perniagaan dilarang menjual minuman keras sewaktu sekatan pergerakan penuh.

“Ini kerana minuman keras dikategorikan MKN sebagai barangan tidak perlu,” katanya.

Beberapa peniaga runcit memberitahu FMT mereka tidak dimaklumkan mengenai sebarang pengumuman oleh kementerian berkenaan, walaupun Rosol berkata demikian.

Jurucakap Lotus Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia, berkata kepada FMT, mereka sedang menunggu pengesahan lanjut daripada kementerian sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, minuman keras masih tersedia di beberapa premis kami dan kami akan melakukan yang sewajarnya untuk mematuhi keputusan kementerian setelah kami mendapat arahan lebih jelas,” katanya.

“Kami akan mengambil pendekatan seperti kawasan-kawasan lain di premis kami yang dikenal pasti sebagai tidak perlu, mengikut SOP semasa,” tambahnya apabila ditanya bagaimana pasar raya berkenaan merancang untuk mematuhi peraturan ini.

Jurucakap sebuah lagi rangkaian pasar raya turut memberitahu FMT, mereka belum menerima sebarang makluman daripada kementerian untuk menghentikan penjualan minuman keras setakat ini.

Satu-satunya maklumat relevan diterima berkenaan hal ini, katanya, adalah senarai MKN bagi SOP sekatan pergerakan penuh bertarikh 2 Jun, yang menyatakan larangan terhadap “kedai dan kilang minuman keras”.

Tidak dinyatakan tentang penjualan minuman keras di premis seperti kedai serbaneka dan pasar raya.

Semalam, sebuah pasar raya di Bangsar diarah menutup operasi jualan minuman keras selepas didapati menyalahgunakan surat kebenaran operasi dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar, polis menjalankan pemeriksaan ke atas pasar raya itu pada 2 Jun, susulan aduan seorang lelaki berhubung perkara berkenaan.

Ahad lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pasar raya boleh dibuka sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa lalu, namun terhad kepada penjualan makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

AKTIVITI HARIAN SEPERTI BIASA, LOCKDOWN APAKAH INI?


Terkini! Total lockdown dijangka akan gagal, kluster baru tempat kerja terus bertambah

 


Terkini! Total lockdown dijangka akan gagal, kluster baru tempat kerja terus bertambah

[INFOGRAFIK] Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 43 kluster baharu melibatkan tempat kerja direkodkan dalam tempoh tiga hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama dilaksanakan.

Daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan sebanyak 19 kluster baharu manakala perkhidmatan (16), pembinaan (5) dan pentadbiran awam (3).

Kluster tersebut turut mencatatkan sebanyak 1,130 kes positif Covid-19 hasil daripada 6,830 saringan yang dibuat.

Data yang dikutip dari 1 hingga 3 Jun itu menunjukkan sektor pembuatan mencatatkan jumlah kluster baharu yang tinggi.

Sektor yang merangkumi aktiviti perkilangan itu menyumbang sebanyak 44.1 peratus kepada kluster baharu tempat kerja.

Sementara sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 37.2 peratus, pembinaan (11 peratus) dan pentadbiran awam (6.9 peratus).

Bagi negeri pula, Johor mencatatkan sebanyak 11 kluster baharu tempat kerja, paling banyak berbanding negeri lain.

Daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan jumlah kluster baharu terbanyak iaitu enam.

Sementara itu, Selangor mencatatkan sebanyak 10 kluster baharu, diikuti, Pulau Pinang (5), Kelantan (4), Sarawak (4), Perak (3) dan Kuala Lumpur (2).

Negeri Sembilan, Pahang, Sabah serta Putrajaya pula, masing-masing mencatatkan satu kluster baharu tempat kerja.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja menunjukkan peningkatan lewat kebelakangan ini dan situasi itu dilihat cukup membimbangkan.

Bermula 1 April sehingga 27 Mei lepas, sebanyak 287 kluster tempat kerja dikesan dengan 17,087 kes, katanya.

Menurutnya, daripada jumlah kluster tempat kerja yang dikesan, kini terdapat 233 kluster yang masih aktif dengan 16,785 kes.

Beliau berkata, sektor pembuatan mencatatkan bilangan kluster tertinggi iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) manakala sektor perkhidmatan pula mencatatkan 57 kluster (20 peratus).

AZMIN TUNGGU APA LAGI, LETAK SAJA JAWATAN


TINGGALKAN SAHAJA. PAS HANYA MENANGGOK DI AIR KEROH...TIDAK PUNYA KEKUATAN SENDIRI UNTUK MENTADBIR NEGARA...

 


Nur Jazlan gesa UMNO tinggalkan PAS, parti yang hanya pentingkan kuasa, kedudukan dan wang sahaja

Nur Jazlan gesa UMNO tinggalkan PAS, parti yang hanya pentingkan kuasa, kedudukan dan wang sahaja

Seorang pemimpin Umno menggesa partinya menamatkan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disebabkan kecenderungan parti Islam itu terhadap kuasa, kedudukan dan wang.

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, Umno tidak lagi boleh mengharapkan PAS bersikap ikhlas dalam mendukung tanggungjawabnya sebagai rakan sekutu dalam MN.

“Umno telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS…akhir-akhir ini, mereka kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan, malah dalam keadaan tertentu, wang (juga menjadi keutamaan).

“Dalam kes melibatkan (tanah) Lembaga Getah Malaysia (LGM), ternyata ada beberapa dakwaan yang cukup serius,” kata beliau kepada FMT.

Nur Jazlan merujuk kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah bernilai tinggi milik LGM yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang juga pengarah strategi PAS.

Bekas pengerusi LGM, Ahmad Nazlan Idris menuduh Khairuddin campur tangan dalam isu itu, namun pemimpin PAS itu menyifatkan serangan terhadapnya sebagai fitnah didalangi pihak yang mesra dengan sebahagian pimpinan Umno.

Khairuddin berkata, beliau tetap komited untuk memperkukuhkan MN yang diasaskan Umno-PAS dalam menghadapi PRU15, khususnya untuk mengelakkan pertembungan sesama mereka dalam menentang Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Nur Jazlan menolak MN dan menuduh PAS sebagai parti yang gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya dari dahulu hingga sekarang.

“Kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 adalah contoh urus tadbir lemah yang saya maksudkan.”

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, lebih memihak kepada PAS berbanding Umno, malah enggan mengambil tindakan terhadap menteri PAS yang cuai.

Beliau berkata, sikap Muhyiddin itu bertujuan memecahbelahkan hubungan PAS-Umno.

PAS dilihat sebagai sekutu utama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). Umno bukan parti komponen PN, tetapi menyertai kerajaan pimpinan Muhyiddin Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, hubungan renggang antara Umno-Bersatu menyebabkan Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menjelang PRU15 atau lebih awal.

Selama ini, PAS mendakwa komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dalam PN dan Umno menerusi MN.

Bagaimanapun, desakan di dalam Umno semakin lantang supaya parti itu memberi kata dua kepada PAS untuk memilih Umno atau Bersatu sebagai rakan sekutunya pada PRU15.

PAS dilihat tidak membuat ketetapan jelas, namun beberapa pemimpinnya bingkas mengkritik pimpinan Umno dari semasa ke semasa.

Kalangan pemimpin Umno juga mula “mengasak” pucuk pimpinan PAS, sekali gus memberi tekanan kepada hubungan dua parti itu.

Hadi sebelum ini memutuskan PAS tidak akan mengadakan rundingan pengagihan kerusi dengan Umno atas alasan parti itu perlu menyelesaikan masalah kepimpinan dalamannya.

Bagaimanapun, PAS bersetuju mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kelangsungan MN

BOLEHKAH PERUBAHAN NADA TAKIYUDDIN DIPERCAYAI SEDANGKAN ORANG KANAN MAHIADDIN SENDIRI BERKERAS TIDAK MAHU PARLIMEN BERSIDANG?

 Sebelum ini iaitu pada 3 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan secara tegas berkata, kerajaan telah memutuskan menolak sidang Parlimen daripada diadakan ketika tempoh darurat.

Kata beliau, ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data untuk menangguhkan dahulu persidangan Parlimen.

Takiyuddin menambah, antara alasan bagi menangguhkan persidangan Parlimen dari aspek perundangan kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan ketika tempoh darurat, Agong boleh membuat ordinan.

“Jadi bila Agong sudah boleh buat undang-undang, maka keperluan untuk Parlimen bersidang dan buat undang-undang sudah tidak ada.



“Kedua, kita melihat tumpuan dan fokus kerajaan sekarang ini adalah untuk memerangi Covid19, termasuk Ahli Parlimen itu sendiri yang mana mereka juga dikira petugas barisan hadapan,” tegasnya.

Selain itu, tegas beliau, kerajaan bukan sahaja mahu membendung penularan wabak Covid19 dalam kalangan rakyat, sebaliknya turut ingin melindungi 220 Ahli Parlimen.

“Saya hendak nyatakan di Parlimen kita sekarang ada 220 Ahli Parlimen (dua meninggal dunia) dan daripada jumlah tersebut, seramai 77 orang adalah individu berumur 61 tahun hingga 69 tahun.

“Yang berumur 70 tahun hingga 79 tahun pula ada 19 orang, manakala yang berusia 80 tahun ke atas ada seramai empat orang.

“Jadi, hampir sebahagian Ahli Parlimen kita termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus Covid19. Kita tidak mahu Ahli Parlimen turut terdedah dengan wabak ini,” katanya lagi.





Tetapi, hari ini beliau berubah nada dengan berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan sidang Parlimen secara hibrid iaitu sebahagian Ahli Parlimen hadir secara fizikal dan sebahagian lagi secara maya.

“Langkah ini diambil bagi memastikan Parlimen dapat berperanan sebagaimana sewajarnya walaupun negara masih berdepan dengan pandemik Covid19 serta program pemulihan masih berjalan di semua peringkat,” tambah Takiyuddin lagi.

Boleh percaya ke cakap Takiyuddin ini?

Adakah kenyataan terbaru ini hanya untuk meredakan kemarahan ramai?

Persoalan lain pula, mahu mengkaji itu akan mengambil masa berapa lama – sebulan, tiga bulan, enam bulan, setahun atau tiada tempoh masa tertentu?

Jika begitu, bilakah sidang Parlimen secara hibrid itu bakal diadakan?




Begitu pun, di sebalik Takiyuddin dilihat berubah nada, orang paling kanan kepada Mahiaddin selain Azmin Ali iaitu Hamzah Zainuddin, tetap berkeras menolak sidang Parlimen daripada diadakan sekarang ini.

Kata beliau, sidang Parlimen hanya boleh diadakan semula selepas negara berjaya mencapai imuniti kelompok untuk menangani virus Covid19.

Jika tidak, tambau beliau, tindakan membenarkan sidang Parlimen hanya mendedahkan kepada wujudnya lebih banyak kluster jangkitan.

“Contohnya jika Parlimen buka selama sebulan…Isnin sampai Khamis empat hari berturut-turut.

“Berapa orang ada di Parlimen tu? Setiap Ahli Parlimen ada pegawai-pegawainya, pegawai-pegawai kerajaan juga ada situ, pegawai dan kakitangan Parlimen di kafeteria, kantin, driver dan lain-lain semuanya akan melebihi seribu orang.

“Duduk dari pagi hingga pukul lima atau enam petang, bukankah ini akan jadi titik panas Covid19,” ujarnya berhujah.

Di samping itu, Speaker Parlimen lantikan Mahiaddin, Azhar Azizan Harun juga beberapa kali menolak sebarang desakan untuk memanggil sidang Parlimen ketika tempoh darurat.

Bahkan, Azhar juga menolak sidang Parlimen daripada diadakan secara maya kerana menurutnya, peruntukan undang-undang mengatakan ia mesti diadakan di Bangunan Parlimen secara fizikal.

Seterusnya, beliau berkata, banyak undang-undang yang perlu dipinda terlebih dahulu untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak.

Mengambil kira semua rentetan perkembangan yang ada ini, bolehkah dipercayai serta diyakini kata-kata Takiyuddin yang mengatakan kerajaan sedang mengkaji untuk mengadakan Parlimen secara hibrid itu?




Dengan keyakinan bahawa Mahiaddin pasti akan merujuk atau meminta pandangan daripada Hamzah dan Azmin sebagai orang-orang kanannya terlebih dahulu, tidak terkecuali tentunya Azhar juga, sebenarnya adalah sia-sia saja berharap yang positif daripada kenyataan Takiyuddin itu.

Ini kerana ketiga-tiga mereka itu tidak mahu sama sekali sidang Parlimen daripada diadakan lantaran jika berlaku usul undi tidak percaya dan Mahiaddin kecundang, mereka juga akan sama hilang jawatan.

Sebagaimana disebut pada awal tadi, sementara masa berlalu, Takiyuddin barangkali sengaja berbuat demikian semata-mata untuk meredakan kemarahan ramai saja.

Akhirnya, dengan masa terus berlalu bersama PKP yang bersambung-sambung, disertai tidak mustahil darurat juga mungkin dipanjangkan lagi, sudah tiada apa-apa yang akan berlaku.

Mahiaddin terus kekal, kerajaan PN juga kekal, menteri-menteri turut kekal dan yang berubah hanyalah angka kes dan jumlah kematian yang meningkat akibat Covid19.

Tiada cara lain untuk melihat sidang Parlimen dapat diadakan melainkan UMNO yang turut kuat mendesak perkara tersebut agar berani bertindak menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan menjatuhkan PN daripada menjadi kerajaan.

Sudah tidak boleh ditangguh lagi keperluan UMNO, BN dan PH untuk saling bekerjasama menyelamatkan negara ini daripada kekacauan, huru-hara dan lintang-pukang selagi Mahiaddin tidak ditarik keluar daripada jawatannya. 

(ShahbudinHusin 04/06/2021)



SUMBANGAN AYAM DI SETIAP DUN DAN PENYELARAS DUN DI PD

 


May be an image of 2 people and people standingMay be an image of 1 person, standing and outdoors



Pejabat Parlimen Port Dickson menyerahkan sumbangan ayam segar kepada setiap ADUN & Penyelaras DUN dalam Parlimen Port Dickson untuk diagihkan kepada warga PD yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui MPKK masing-masing.

Sumbangan ayam segar daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini juga disampaikan kepada para pemandu teksi PD.

Terima kasih kepada pihak semua DUN, YB Dato’ YEK Diew Ching 叶朝政, ADUN Chuah, YB Dato' YbRavi Munusamy, ADUN Sri Tanjung, YB Choo Ken Hwa, ADUN Lukut, Tuan Rusli Abdullah, Penyelaras DUN Linggi dan Tuan Nasir Raman, Penyelaras DUN Bagan Pinang atas kerjasama yang diberikan demi manfaat warga PD serta Sukarelawan PD yang turut serta membantu Pejabat Parlimen dalam edaran ayam segar hari ini.

#ParlimenPD

 

KAU SAMPAHKAN RAKYAT, JATUHNYA KERAJAAN PN NI KAU TAHULAH SIAPA BAPA KAU NANTI

 

MOHD MUKHLIS


Anak MB yang gelar #rakyatsampah berdoalah banyak-banyak yang PN ini tak jatuh, kalau jatuhlah kerajaan al-ghadr ini, dia akan tahu bapa dia sebenarnya lebai lori sampah yang selama ini pelahap duit UMNO.

#90juta #anakklustermahkamah #KhadamMCA

 





MAHATAHIR JUGA GAGAL MELALUI ENDOSE MUHYIDDIN SELEPAS NAJIB DAN PAK LAH

 






MOHD MUKHLIS


Dari awal lagi saya persoalkan apa sebenar matlamat utama penubuhan Pejuang lepas gagal dengan UMNO baru dan Bersatu. Mahathir kata Muhyidin sama dengan Najib tapi yang peliknya waktu dia jadi chairman Bersatu dulu yang mana lagi power dari Presiden, takkan dia tak nampak yang Muhyidin ini gagal?

Lepas tu admit yang protoge dia Muhyidin gagal sama seperti admit yang dia sendiri gagal sebab Muhyidin adalah orang yang dia sendiri endorse. Tak lupa juga Najib pun dia endorse, Paklah pun dia endorse tapi gagal. Maknanya semua apa yang dia endorse gagal. Tapi macam saya tulis dulu, Mahathir ini dia suka kalau orang yes man, sebab itu dia tak kisah pun Muhyidin gagal waktu dia jadi pengerusi, as long as mereka continue sokong dia.

Tu sebab tiada tindakan di ambil pada lebai-lebai PAS, sebab lebai PAS pandai bodek dan jilat dia. Ingat bila di ada kuasa, dia sibuk buat benda untuk bagi dia berkuasa selamanya. Cadangan PH dalam manifesto pasal IPCMC , pasal SPRM kena report direct pada parlimen, semua di bakul sampahkan, hangpa ingat apa dia kata?

Manifesto bukan kitab suci. Last-last sekali lepas busukkan nama PH, dia kata PH ada baggage. Punyalah isim yang dia lupa dia dulu jadi PM tapi tak buat apa-apa improvementpun selain dari cuba berkuasa selamanya dan duk perjatuh orang yang dia ada personal vendetta.

Lepas tu siapa ingat quote dia sendiri pasal orang melayu sibuk nak jadi presiden lepas tu buat parti sendiri yang kini berbalik pada diri dia sendiri?

Ini Allah tunjuk depan matapun masih ramai yang taksub tak nampak. Saya tegur ini sama macam saya tegur walaun PAS pra PRU14 yang saya kata perjuangan PAS adalah sia-sia sebab masuk bertanding nak jadi king maker dan bukan nak menang PRU sangat pun. Time tu saya kata PAS makan duit UMNO, berapa banyak makian dan cacian yang saya dapat

Kini yang maki saya semuanya pakat malu. Lepas lebai PAS jual diri pada MCA-UMNO dengan segala dalil dan ayat quran, kini mereka sanggup menjadi balaci Bersatu pula.

Sama juga dengan Pejuang, pastu acah-acah suci kononnya tak nak bekerjasama dengan kleptokrat; tapi time mereka semua ini dalam Bersatu, depa dengan open arms terima MP UMNO yang ada sangkut dengan 1MDB masuk parti depa. Time tu takde pulak cerita pasal kluster Mahkamah.

I know dalam friend list saya ada few people yang fond dengan Mahathir; yang percaya hanya Mahathir sahaja yang boleh baiki Malaysia despite dia masih tersangkut dengan idea 80-an dengan kereta nasional no 3 etc. That is fine, it's a personal choice eventhough i dont understand on the part of doing the same thing all over again and expect different result.

Tapi in term of me as a technical person, kalau nak buat sesuatu benda baharu sebab benda lama rosak atau tak jadi, kita kena kenal pasti dulu apa beza benda lama dengan baru supaya yang baru kita buat tadi tak akan gagal macam benda lama.

Tapi kalau soalan macam:

1) Kenapa Dr Mazlee Malik di pecat dari jadi Menteri padahal dia perform? Adakah kerana desakkan dari cukong?

2) Kenapa kes 90juta lebai PAS di senyapkan padahal bukti sudah jelas?

3) Kenapa TT, Yeo, hampir hendak di pecat padahal mereka perform?

4) Kenapa Menteri yang bodoh macam kereta terbang, Waytha tak di pecat selain dari hendak bagi buruk nama PH?

Itu baru 4, kalau nak listkan lagi banyak. Tapi yang peliknya bila dia cerita pasal baggage yang PH ada, dia sendiri adalah kepalanya. Kiranya macam mengata pada diri sendiri tapi macam saya kata dia ini jenis sama dengan Hadi Awang, nasisistik dan tak akan minta maaf. Padahal kita semua in this hot mess because of him trying to cling to the power forever. Cumanya dia di khianati waktu cuba berkhianat ( should i sympatize to that? )

Lagi best nak bekerjasama dengan Muda dan Warisan, Muda dari segi public perseption is okay tapi kalau bekerjasama dengan Pejuang, Pejuang akan drag depa down. Warisan tak payah nak cerita la, Parti kenegerian bukan Parti nasional, siap kena tolak dengan rakyat Sabah di label parti PTI, lagi itupun masih tak nampak dan sombong. Tapi since muda dan pejuang tak di luluskan, maybe depa akan tumpang bendera Warisan untuk bertanding di semenanjung.

Anyhow, this is good. Bagi jelas pendirian supaya pentaksub Mahathir dalam PH ( baca Amanah) nampak. Kalau takde yang taksub dalam PH, i wont bother to write this pieces, Bila perbezaan itu sangat jelas you need to take sides. Jadi berani macam mana "jebon" berani keluar dari PAS dulu. Jangan jadi macam lebai, PN pun nak, MN pun nak. Rakyat tak suka parti yang tak ada pendirian dan makan dua kolam.

Best of luck la kalau PRU15 nanti especially kalau niat dari awal untuk jadi King Maker ( PRU15 dulu saya kata king maker hanya mahu jadi penjual kerusi pada parti yang menang) , kalau 4 penjuru lagi best, yang pasti PN pasti kalah, hopefully it will drag any parti yang cuba jadi king maker, Kalau PH menang hopefully kita boleh campak jauh2 parti based on kaum yang lagi banyak menipu dari menolong orang melayu.

As usual, my comment is open to any public, kut-kut la ada yang boleh bagi jawapan tuntas kenapa Pejuang masih lagi relevent untuk PRU15.

WAllhualam.

PS: My friend list is almost full, if you find this writing offensive, please make room so i can add people which is more open minded and critical.

 

NAK KERJA KERAJAAN ATAU SWASTA?

 


                                                GAMBAR SEKADAR HIASAN


NORMAN RADZUAN



Baru bicara dgn pelajar2 UMS dan Uitm di group Whatsapp. Pilihan pekerjaan yg mana lebih baik utk mereka. Bekerja dgn kerajaan atau swasta? Saya beritahu cuba bekerja dgn kerajaan. Lalu mereka tanya kenapa? Saya beritahu...

KERAJAAN

Pertama... Gaji pekerja kerajaan bukan macam dulu. Gaji mereka kini lebih tinggi berbanding swasta secara keseluruhannya.

Kedua... Pekerja kerajaan makin lama kau bekerja makin dihormati kerana pangkat atau seniority

Ketiga... Buat pinjaman mudah tanpa penjamin. Loan mudah diluluskan tanpa banyak soal. Malah interest rendah.

Empat... Ada pencen. Kawan saya tunjuk pay slip pencen gaji Sarjan dia lebih RM 2k. Duduk kampung pencen RM 2k rumah dah kira enjoy sgt la.

Lima...Nak cuti atau MC mudah. Tak ada siapa nak marah.

Enam... Nak ambil file boleh singgah kantin. Boleh berbual bual lama. Jalan boleh lenggang kangkung.

SWASTA...

Pertama...Bila dah berusia pengurusan tidak berapa berkenan. Faktor utama kerana bila berusia susah ditegur, tidak produktif dan gaji tinggi. Ia hanya merugikan syarikat. Dgn gaji kita itu syarikat boleh gajikan 2 staff baru yg muda dan bertenaga. Maklumlah dan tua ini byk MC sb banyak penyakit dan komitmen.

Kedua...Nak buat loan susah. Kalau nak diluluskan pun kena ada penjamin.

Ketiga... Tiada pencen, jadi sampai tua la kena kerja dan kena ada simpanan cukup.

Empat... Kalau nak cuti bukan main susah. Kalau MC bos atau pengurusan buat muka menyampah dkt kitaDescription: 😂

Lima... semua kena pantas. Hari ini meeting dua tiga hari dah kena present dan selesaikan. Jgn harap nak pergi kantin borak lama2.

Enam... Kerja swasta mudah hilang pekerjaan. Samada diberhentikan kerana sedikit masalah disiplin, syarikat kita ditutup atau mahu mengurangkan kos pengurusan. Biasanya bila kita berusia 45 tahun ke atas bos Sdn Bhd ini mulalah rasa tak berkenan dgn kita. Jadi yg kerja swasta umur 45 tahun kenalah bersedia utk diberhentikan.

Saya berniaga sendiri.. tak salah swasta buat begitu. Kalau nak tahu buka perniagaan sendiri. Tentang politik di tempat kerja sama sahaja kerajaan dan swasta. Byk lagi tapi yg ni la sempat berbual dgn mereka.

MELIHAT NEGARA ISLAM DI NEGARA LAIN

 


NORMAN RADZUAN


Jika Muhammad Abduh ke Jepun dia akn berkata...

" KU LIHAT ISLAM DI JEPUN.."

“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam.." kata2 Sheikh Muhammad Abduh ketika dibawa melihat negara barat.

Bagi pandangan saya jika Sheikh Muhammad Abduh mengenali rakyat Jepun barangkali dia akan berkata, "Tinggal lagi iman saja yg mereka tiada yg lain semua ada pada bangsa Jepun. Jika mereka diperkenalkan iman pasti mereka merupakan umat Islam yg terbaik dan menjadi contoh kpd seluruh manusia di muka bumi ini."

Siapa pernah ke Jepun? Pasti ramai yg bersetuju bangsa ini sgt terpuji dgn nilai budaya kesopanan mereka dan kebersihan. Pernah lihat bagaimana air longkang mereka begitu jernih hingga boleh pelihara ikan?

Berbanding 20 tahun dahulu Jepun jauh berubah. Saya ingin kongsi tentang keterbukaan mereka terhadap Islam. Makanan halal mudah dapat, nak solat mudah kerana byk juga tempat solat. Dlm shopping mall pun dah ada tempat solat. Surau Airport mereka terletak betul2 tepi main entrance. Compare dgn kita nama jer negara Islam kalau di KLIA surau cerok belakang.. what a shame.

Beberapa tahun dahulu kita ada melihat gambar penyokong pasukan bolasepak Jepun membersihkan tempat duduk stadium selepas perlawanan berakhir. Tahukah kalian mengapa mereka tidak kekok berbuat demikian?

Ini kerana budaya bersih ini telah diajar dari bangku sekolah lagi. Setiap hari mereka mencuci kelas sendiri dan seminggu sekali mencuci bilik air. Malah dikantin mereka juga menjadi 'makcik' kantin memberikan makanan kpd rakan2 yg lain.

Kita kalau disuruh buat begitu berhimpunlah ibu bapa depan pagar sekolah. Anak kami dtg nak belajar bukan mahu jadi cleaner. Anak2 org Jepun dari umur 8-9 tahun lagi telah diajar berdikari pergi ke sekolah naik train or LRT tanpa ditemani ibu bapa.

Saya paling suka melihat budaya mereka tunduk kpd tetamu. Pernah lihat anak2 kecil diajar tunduk tanda terima kasih apabila kenderaan memberikan laluan... menarikkan budaya tu. Kemudian jika kita memberi laluan kpd kenderaan ... mereka akn berikan hazard lights sebagai tanda ucapan terima kasih... cute tgk budaya tu.

Kita nama saja Islam.. pergilah ke bilik air masjid... jarang kita dpt yg selesa terutama di luar bandar. Kadang2 kena intai dulu... baunya jgn cakap la. Bendahari Masjid hanya sibuk berbangga dgn saving Tabung Masjid. Tak ada niat nak bikin bilik air yg bersih dan selesa utk makmum.

Nilai2 murni seperti kebersihan, sopan santun, disiplin hidup, kuat bekerja adalah kekuatan bangsa Jepun yg sukar ditandingi. Malah tanpa Islam sekalipun, bangsa ini paling takut dan berasa hina jika makan rasuah. Faktor2 inilah yg membuatkan bangsa ini hebat dan negara Jepun menjadi negara maju dan kaya.

Alangkah hebatnya Islam jika bangsa ini menguasainya. Sebab itu kita selalu diberitahu jauh perjalanan luas pandangan... pandanglah ke Timur.