RELEVAN LAGI KAH DARURAT

 

Di zaman PN, soalan kena tanya berulang kali.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum berita gembira iaitu Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri boleh beroperasi di seluruh negara. Solat terawih juga dibenarkan.

Kalau begitu relevan lagikah darurat?

Kalau semua sudah boleh, kerajaan sepatutnya beri tarikh kepada YDP Agong bila Parlimen boleh bersidang.

Ini alasan yang kerap kita dengar kenapa “Darurat” diistihar dan “Parlimen digantung”;

1. Untuk memerangi Covid-19

2. Mengurangkan politiking

3. Ramai ahli Parlimen sudah tua

4. Faktor sains dan data.

Alasan ramai ahli Parlimen sudah tua paling tidak logik. Sudah tentu ramai warga emas akan pergi Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan solat tarawih. Alasan jangan melucukan.

Sidang parlimen penting supaya eksekutif tidak melakukan kemungkaran tersembunyi kerana ketiadaan “semak dan imbang”.

Ini soalan untuk PM. Angka yang menurun sekarang ini adakah kerana PKP atau kerana darurat?

Hadapilah realiti dengan berani.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

17 Mac 2021.


RENTASAN 847 | LANGGAR SOP: RAKYAT DIMANGSAKAN, PEMIMPIN PAS CAKAP TAK S...

'Bukan Datuk Seri datang rumah saya' - Natrah

 



Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail yang didakwa dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditawarkan RM10 juta menafikan beberapa perkara yang tidak tepat mengenai kenyataannya.



Menurut Natrah, kebanyakan isu yang tular mengenai cubaan memujuk beliau menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan datang dari beliau sendiri, tetapi direkayasa di Facebook dan sebagainya.



"Berita yang menyatakan ada orang datang rumah saya buat tawaran dan sebagainya itu tak betul.



"Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada orang datang rumah saya. Kawan baik saya tetapi tak ada kaitan dengan apa yang saya buat dalam press statement dulu pada 4 Mac.



"Ramai orang menghantar kepada saya, mungkin diambil dari FB dan sebagainya. Seorang Datuk, dia hanya Datuk, bukan Datuk Seri," katanya seusai sidang media di Hotel Eastin, Petaling Jaya semalam.



Oleh itu, beliau berharap SPRM akan menjalankan tugasnya menyiasat dengan sebaik-baiknya tanpa mengambil kira kenyataan-kenyataan yang tidak benar di sekeliling kesnya.



"Saya rasa, saya tidak perlu ulas panjang-panjang perkara ini sebab saya pun telah beri kenyataan di SPRM Segamat dan segalanya sudah lengkap.



"Percakapan itu telah saya berikan kepada SPRM dan saya tidak mahu lagi ada spekulasi. SPRM saya percaya akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa prejudis," katanya lagi.

 

Menteri Haji Arab Saudi dipecat Raja Salman, Najib dedah kisah disebaliknya yang mengejutkan

 Menteri Haji Arab Saudi dipecat Raja Salman, Najib dedah kisah disebaliknya yang mengejutkan


Rupanya tiada kaitan seperti dilapor Sinar Harian yang memetik laporan portal The Star yang memetik sumber terdekat.

Tapi berita Menteri Umrah dan Haji kerajaan Arab Saudi tiba-tiba dipecat Raja Salman sebaik sahaja PM8 umum Malaysia mendapat tambahan 10,000 kuota haji memang menimbulkan pelbagai spekulasi dari orang ramai.

Pengalaman saya masa dahulu ialah pada tahun 2009, Raja Arab Saudi pernah suruh saya merahsiakan pemberian tambahan kuota 10,000 umat setahun oleh baginda sebab tidak mahu negara-negara lain mengetahui dan turut meminta.

Sebab itu, saya tak dedahkan tetapi pengerusi Tabung Haji masa itu pula asyik membongkarkannya pula!

“Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, secara tradisinya Arab Saudi akan memberikan tambahan jemaah sebanyak 10,000 orang berikutan hubungan baik antara kedua-dua negara.”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/06/145727/th-yakin-arab-saudi-tambah-kuota-jemaah-haji

“Tahun lalu, kita dapat lebih 15,000 (penambahan) atas hasil perbincangan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Raja Salman Abdulaziz.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penambahan-kuota-haji-pada-saat-akhir-abdul-azeez-171820




Keputusan tubuh Majlis Penatua KEADILAN Sarawak secara konsensus, persiapan menuju PRN

 


Majlis Penatua (Council of Elders) KEADILAN Sarawak menolak pendapat Profesor James Chin yang disiarkan Borneo Post baru-baru ini kononnya parti itu menubuhkan Council of Elders (COE) kerana tidak dapat mencari pengganti bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Larry Sng yang telah melompat.



Menurut kenyataan Majlis Penatua, keputusan menubuhkan majlis tersebut dibuat secara konsensus dan praktikal memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semakin hampir dan tiada kena mengena dengan kegagalan mencari pengganti Larry.



"KEADILAN Sarawak menyangkal dapatan James Chin mengatakan kami tidak dapat mencari pengganti Larry Sng kerana keputusan untuk menubuhkan COE adalah secara konsensus. Bermakna KEADILAN Sarawak tidak mementingkan individu tetapi kumpulan atau team yang akan bekerja berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif.



"Malah, semasa YB Larry Sng mengetuai, keputusan yang dibuat pun adalah secara kolektif. Maka ini diteruskan sahaja oleh Majlis Penatua.



"Walau bagaimanapun, James Chin mengakui KEADILAN Sarawak tidak mempunyai cukup masa membina parti sebelum PRN Sarawak. Justeru itu KEADILAN tidak mahu membuang masa dengan mengadakan pemilihan dan perlantikan Penerusi MPN tetapi terus bergerak dengan komposisi yang sedia ada tanpa wujudnya individu pemimpin dilantik sebagai Pengerusi MPN.



"Cukup dengan kepimpinan pemimpin-pemimpin senior dalam COE yang diketuai Timbalan Pengerusi MPN dan ahli-ahli yang lain untuk memimpin KEADILAN Sarawak. Apa yang penting adalah KEADILAN terus bergerak sebagai satu pasukan," kata Majlis Penatua dalam satu kenyataan.



Menurut majlis itu lagi, KEADILAN Sarawak juga menyangkal dapatan bahawa parti itu berada di dalam kemelut politik baru-baru ini. Sangkalan ini adalah berlandaskan pemimpin yang keluar parti mempunyai alasan peribadi tersendiri. Sedangkan di dalam organisasi tidak ada apa-apa pertengkaran atau perselisihan yangh berlaku sepanjang kepimpinan Larry Sng.



"Malah keputusan beliau untuk meninggalkan parti pun dibawa berbincang dengan agak panjang lebar sebelum beliau keluar pada 28 Februari 2021," kata kenyataan itu.



Mengenai tempoh berkuatkuasa Majlis Penatua, kenyataan itu membayangkan hayatnya tidak lama. Majlis ditubuhkan sebagai pentadbir sementara dan akan dibubarkan pada masa yang sesuai selepas pilihan raya atau pemilihan parti KEADILAN akan datang. Selepas itu, Pengerusi MPN baharu akan dilantik.



Bagi persiapan PRN pula, KEADILAN Sarawak yakin akan mempertahankan kerusi-kerusi sedia ada dan mengintai peluang untuk menang beberapa kerusi baharu.



"Kerusi-kerusi yang telah dimenangi selama ini akan dipertahankan. Keyakinan ini berlandaskan kepada sokongan rakyat yang bencikan pengkhianatan dan politik pentingkan diri. Malah KEADILAN Sarawak yakin menambah kerusi pada PRN akan datang.



"Untuk komen James Chin mengatakan KEADILAN Sarawak tidak dapat mengalahkan atau “membunuh” (secara politik) pengkhianat, hal itu adalah terlalu awal.



"Tetapi KEADILAN Sarawak percaya kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai sama ada pengundi bersetuju dengan perbuatan pengkianatan atau lompat parti? Masa akan menentukan. KEADILAN Sarawak menyerahkannya kepada pengundi.



"Apa yang menjadi tumpuan KEADILAN Sarawak dan COE adalah terus memperjuangkan rakyat Sarawak. Di mana semua Cabang KEADILAN sedang sedaya upaya membela dan bekerja kuat untuk rakyat yang tertindas selama ini," kata kenyataan itu lagi.



Buat masa ini, KEADILAN Sarawak giat membantu mangsa-mangsa banjir, kesukaran penghuni rumah panjang akibat Covid 19 dan musim menyediakan air minum untuk rakyat menghadapi musim kemarau.

 


Ada gerakan sulit dalam UMNO cuba batal keputusan putus hubungan dengan Bersatu?

 


Ada gerakan sulit dalam UMNO cuba batal keputusan putus hubungan dengan Bersatu?


Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang, FMT difahamkan.

Menurut sumber, beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu akan langkah itu.

Ada yang diminta menandatangani dokumen yang meminta kepemimpinan parti mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Ahli Parlimen itu, yang identitinya masih dirahsiakan FMT sementara menanti komen beliau, dikatakan meminta banyak pemimpin bahagian untuk mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk berunding semula hubungan dengan PPBM.

“Hujah beliau ialah Umno akan kalah jika tidak berganding bahu dengan PPBM,” kata sumber itu.

Pemimpin parti itu dipercayai akan membangkitkan perkara itu pada perhimpunan agung Umno yang akan diadakan akhir bulan ini.


“Tetapi, usaha beliau ini tidak mendapat sambutan daripada ketua bahagian. Mereka melihat usaha pemimpin itu hanya memenuhi agenda musuh memecah belahkan Umno dari dalam.”

Awal bulan ini, Zahid dilaporkan mengirim sepucuk surat kepada Perdana Menteri dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Umno juga berkata parti itu hanya akan bekerjasama dengan kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Semasa pemilihan bahagian parti tahun lalu, 147 daripada 191 bahagian Umno meminta parti itu menarik balik kerjasama dengan PPBM. 





Tidak beradap: Kita sokong kerajaan lawan Covid, mereka 'beli' Ahli Parlimen KEADILAN - Johari

 





Tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang terus-menerus cuba memujuk Ahli Parlimen KEADILAN menyokong Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tidak beradap oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.



Apatah lagi, katanya ketika parti pembangkang memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha melawan Covid 19 dan mengurangkan penderitaan rakyat.



"Beberapa Ahli Parlimen telah dihubungi orang tertentu yang mengaku diri mereka bercakap bagi pihak PM atau menteri kanan atau bagi pihak pemerintah memujuk supaya meninggalkan KEADILAN dan memberikan sokongan kepada PM Muhyiddin serta tawaran wang ringgit.



"Ini kita kira tidak beradap, pada waktu kita cuba memberikan sokongan kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan masalah Covid 19 tetapi kerajaan sendiri mengambil sikap membiarkan keadaan mengugut dan memujuk Ahli Parlimen KEADILAN berterusan.



"Dilaporkan 4 Ahli Parlimen dipujuk dan diugut seperti Padang Serai, Sekijang, Putatan dan juga Sungai Siput. Saya difahamkan ada beberapa orang lain. Ini tindakan biadap ketika rakyat menderita, Parlimen tidak bersidang tetapi kerajaan membiarkan benda ini.



"Kalau sekiranya hal ini berterusan ia membuktikan kerajaan desperate, tidak mempunyai jumlah yang cukup untuk memerintah negara," katanya selepas pertemuan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN di Hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam.



Menurut Johari lagi, pertemuan tersebut jelas memperlihatkan kepada seluruh negara sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berlakunya pengkhianatan 3 Ahli Parlimen sebelum ini.



Selain itu, kata Johari, Anwar dalam pertemuan itu juga memberi penerangan mengenai hubungan semasa KEADILAN dan parti-parti lain menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.



"Kami Ahli Parlimen memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan parti dan kami memberi sokongan kepada presiden Datuk Seri Anwar untuk terus berusaha bagi memastikan bukan sahaja KEADILAN mantap tetapi berikan sokongan agar beliau terus berusaha untuk mendapatkan balik kerajaan ini di samping kita membuat persiapan mengahadapi PRU akan datang.



"Kedua, beliau memberi penerangan kepada kami tentang perbincangan yang lakukan bersama-sama pimpinan, termasuk pimpinan Umno bagi melihat apakah kerjasama yang boleh kita buat bagi membangunkan negara ini.



"Sebab itu beliau menjelaskan bahawa perkara yang dipersetujui pada peringkat awal ini bagaimana kita dapat kembalikan kedudukan ekonomi, terus membina kekuatan agar rakyat mendapat hak mereka dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan didukungi bersama," katanya

Mengapa Parlimen kekal ditutup walaupun Agong benarkan sidang? - Shamsul Iskandar

 




Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menutup Parlimen terus dipersoalkan.

Terbaharu, dalam forum Sinar Harian malam tadi, Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjawab pertanyaan moderator mengenai isu darurat dan penutupan Parlimen dengan satu pantun sinis.



"Saya nak jawab dengan pantun. Saya Ahli Parlimen dari Melaka (yang terkenal dengan budaya pantun).



'Giat membeli pimpinan parti,

Disogok jawatan tindakan keparat,

Kalau yakin punyai majoriti,

Mengapa berselindung di sebalik darurat'



"Saya tujukan kepada kerajaan PN kerana darurat ini digunakan sebagai smoke screen dan seperti mana kita tahu komen netizen dan sebagainya di media sosial, semua sektor telah dibuka tetapi Parlimen yang nama lainnya Dewan Rakyat tidak dibuka.

"Ini merupakan satu perkara yang amat pelik dan jelek. Mengapa Parlimen tempat kita membahaskan isu-isu rakyat masih ditutup?" katanya dalam forum Wacana Sinar bertajuk Dakwaan Sogok Ahli Parlimen: Strategi Atau Terdesak?.

Bagi Shamsul, fungsi Parlimen jelas untuk wakil rakyat membahaskan isu-isu terkait kepentingan rakyat dan boleh juga menentukan keabsahan kerajaan memerintah.

Katanya, sekiranya Ahli Parlimen telah diberi vaksin maka tidak timbul lagi isu berkumpul di dalam Dewan Rakyat akan menyebabkan jangkitan Covid 19.

"Ahli-ahli Parlimen dianggap barisan hadapan kerana kita hampir setiap minggu bertemu rakyat dan kesemua akan mendapat vaksin. Dan kita boleh bahas di Parlimen (selepas itu), Parlimen boleh dibuka. Saya mendapat maklumat secara jelas dari menteri menjaga Parlimen bahawa Parlimen itu akan kekal ditutup walaupun Yang di-Pertuan Agong menyatakan dalam masa darurat Parlimen boleh bersidang.

"Berbalik kepada persoalan tadi, ini (tutup Parlimen) dianggap sebagai satu strategi untuk kerajaan kekal berkuasa menggunakan alasan darurat menutup Dewan Rakyat untuk tidak membolehkan anggota dewan menggunakan kesempatan yang absah menyuarakan pendapat, dan kalau perlu dijadikan tempat untuk menguji keabsahan kerajaan. Itulah tempatnya.

"Saya ingin tegaskan, sewajarnya institusi demokrasi itu mesti dipertahankan," katanya lagi.

Untuk rekod, sehingga hari ini hampir 3 bulan Parlimen ditutup sejak 11 Januari lalu berikutan perisytiharan darurat. Sepanjang tempoh itu pelbagai pihak, termasuk parti politik dan NGO telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan darurat atau membenarkan sidang Parlimen dilaksanakan bagi meluluskan undang-undang secara bahas.




Sidang Media Anwar Ibrahim | Apa yang boleh dijangka?

Kedah dapat pelaburan RM68 bilion sejak PN memerintah? Berita palsu

 




Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nurul Amin Hamid yang mengatakan kerajaan negeri Kedah meraih nilai pelaburan sekitar RM68 bilion sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih daripada Pakatan Harapan (PH) sebenarnya adalah berita palsu.



Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah pun mengenal pasti jumlah pelaburan yang diperoleh di setiap negeri dan mendapati Kedah tidak tersenarai dalam lima negeri yang mendapat pelaburan tertinggi.



Bukan itu sahaja, Kedah langsung tidak meraih RM68 bilion seperti yang diuar-uarkan oleh ketua pemuda PAS itu.



"Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yang masuk ke Kedah sebesar RM68 bilion? Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid.



"Sumber rasmi yang sering dirujuk jika berkait pelaburan ialah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ini perkara asas untuk siapa sahaja yang ingin tahu tentang info pelaburan.



"Pelaburan asing, pelaburan domestik, pelaburan mengikut sektor, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain. Jumlah projek dan peluang kerja yang diwujudkan. Prestasi pelaburan mengikut negeri pun ada. Pendek kata info di hujung jari," katanya.



Justeru, Saifuddin menyemak laporan MIDA 2021 dan ia sekali gus menyangkal dakwaan Nurul Amin.



"Prestasi pelaburan Malaysia untuk 2020 jumlahnya RM164 bilion. 5 negeri tertinggi menarik pelaburan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.



"Selangor mencatat RM38.7bilion dan Pulau Pinang RM16 bilion. Kedah tidak tercatat 5 negeri teratas. Apalagi RM68bilion!" katanya.

 

[[LIVE]] 16.3.2021 Press Conference DSAI.



 [[LIVE]] 16.3.2021 Press Conference DSAI. Terlalu awal untuk bertanya tentang isu bergabung dengan UMNO. Persoalan lebih utama, Muhyiddin ada berapa majoriti? Hanay 90 menyokong Muhyidin seperti yang saya kata, tapi berani Yidin nafikan? Kenapa darurat kalau bukan utk kekal berkuasa. PKPD sarawak mengapa tiada berita. Buka sekolah mengundang bahaya. 10k saman rakyat dah kenapa kerajaan ni? dak2 kartel gelabah sakan tadi.

Tempah Topi keadilan di sini: bit.ly/2NqgC6U