BODOHNYA MAHATHIR

 

Razeff Rakimin


Muhyiddin dah berkali hilang majoriti, tapi sebab beliau tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, kerajaan Perikatan Nasional masih kekal..


Berbeza dengan Atok Saka bodoh tua tu orang baru berjumpa dekat hotel terus dia pegi letak jawatan.. Last2 merempat parti pun tidak diluluskan..


Sebab apa dia letak jawatan..? Sebab memang beliau rancang bersama para pengkhianat untuk membentuk kerajaan baru asal Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.. Last dia terbuang..


Dah diberi peluang terakhir untuk bersihkan nama, dia sendiri palit tahi dekat nama dan legasi dia sebelum dia mati..


Dan paling bodoh masih ada 2-3 budak bebal pegi sembah dia seminggu dua kali datang menyembah konon tanya khabar macam orang hutan dekat Amazon takda Whatsapp..



PH JANGAN HARAP SOKONGAN UMNO..UMNO HADAP PILIHANRAYA...KITA TENGOK PULAK PAS UMNO BEREBUT KAWASAN MANA.

 


Nazri dedah rundingan dengan Pas dah selesai, Umno dapat 96 kerusi parlimen

Nazri dedah rundingan dengan Pas dah selesai, Umno dapat 96 kerusi parlimen

UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Perkara itu dimaklumkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas di sini, hari ini.

“Rundingan kita… pertama dengan Pas di bawah Muafakat Nasional (MN)… kita dah ‘settle‘ rundingan kerusi, lepas itu kita berunding dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan UMNO akan bertanding sebanyak 96 kerusi pada PRU15.

Nazri berkata, UMNO tidak akan memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding di kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU14 lalu.

“Tidak ada ruang, rundingan kalau sekiranya UMNO bertanding kurang daripada kerusi itu… kita mahukan dalam 95 hingga 96 (kerusi Parlimen)… itu yang Tok Mat (Mohamad) kata, dia jawatankuasa Muafakat Nasional (MN).

“Tidak kurang daripada 96 kerusi Parlimen, tidak ada Bersatu,” katanya lagi.

Mengenai rundingan dengan PN atau lebih tepat Bersatu, beliau berkata sukar untuk UMNO mengalah.

“Kalau rundingan dengan PN dia (Bersatu) hendak 16 kerusi… itu kerusi dia… itu susah sikit.

“Membujur lalu melintang patah, demi perpaduan Melayu kita kena korbankan kerusi kita (UMNO) dekat dia (Bersatu)? Apa benda ini?. Kalau dia fikir betul-betul, dia kena korban, dia kena bagi balik kerusi Parlimen itu, that’s our right and seat,” kata Nazri.

Mengulas mengenai kerusi Parlimen Pagoh yang disandang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu ketika ini, Nazri berkata, itu terpulang kepada Badan Perhubungan UMNO Johor dan UMNO Bahagian Pagoh untuk memberi laluan atau sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis perjumpaan bersama media di ibu negara pada Sabtu.

Sementara itu, Nazri menyifatkan tindakan beberapa pemimpin mengeluarkan kenyataan atau teguran terhadap parti adalah demi memperkuatkan parti itu sendiri.

Ujarnya, perbezaan pendapat diraikan dalam UMNO yang mengamalkan prinsip demokrasi dalam parti.

“Saya tidak suka kepada ‘window dressing’… pada saya lebih penting di hati, apa yang kita nampak pemimpin itu cakap macam ini dan macam itu, saya tahu bahawa UMNO, apabila sampai masa pilihan raya, setiap pemimpin tetap ikut keputusan parti begitu juga Pas.

“Sebab itu, saya tidak hirau sangat ‘friendly fire‘, tiada masalah. Hipokrit sahaja kita tunjuk dekat orang (rakyat) kita bersatu tetapi di dalam (parti) pecah belah.

“Yang penting UMNO itu kuat… kita boleh berbeda pendapat tapi apabila semboyan itu berbunyi UMNO akan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati pemimpin lain di dalam parti itu.




KAH...HARI HARI KENA TROLL..,.AKHBAR SAMPAH...










 

LEBAI NAK SERANG.TAPI FAKTA TAK MAJU WALAU DUDUK DI NEGERI MAJU.....


Haji Nusi


 

Bukan niat untuk bela kerajaan Penang tapi nak tunjukkan kemunafikan Pas , Penang beli mers untuk ketua menteri sahaja sedangkan kelantan untuk MB dan exco juga . harga yang di beli oleh kelantan bernilai 700 ribu untuk MB sedangkan Penang hanya 420 ribu lebeh .

Banding kan pula FDI yang pinang dapat 16 billiun sedangkan kelantan kelantan hanya 18 juta   incom Penang berapa dan incom kelantan berapa ? 


Semua tu jelas kalau walaun ada pemikiran  kltn pula termasuk dlm negeri yg terpelusut kemiskinan sedangkan  pinang salah satu negeri terkaya di malaysia .



Zahid dedah keputusan MKT adalah tolak kerjasama dengan Bersatu

 


Zahid dedah keputusan MKT adalah tolak kerjasama dengan Bersatu

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menolak kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan keabsahan keputusan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, pendirian parti itu adalah tertakluk kepada keputusan MKT yang diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu.

Menurutnya, perkara itu juga akan dijadikan agenda dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU nanti.

“Setakat ini, keputusan MKT adalah menolak kerjasama dengan Bersatu, namun keputusan terakhir atau keabsahan mengenai perkara itu dibuat pada 31 Januari ini,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Biro Politik Bahagian UMNO Kedah di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya berhubung usul akar umbi yang mahu parti memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, beliau berkata, usul berkenaan dibawa ke mesyuarat MKT pada Rabu dan pihaknya memutuskan untuk menerima usul tersebut dan akan melakukan keabsahan pada PAU.

Pada Rabu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkenaan mengumumkan, tiga usul utama dibangkitkan UMNO bahagian adalah mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga PRU15 dan menggesa PRU dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid senada dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu pemimpin UMNO tidak menggunakan platform media untuk mengeluarkan kenyataan secara terbuka terutama menghentam antara satu sama lain.

Ia susulan kebelakangan ini, beberapa pimpinan tertinggi UMNO, menteri daripada UMNO serta bekas pimpinan tertinggi UMNO bertindak demikian dan ia tidak sesuai dilakukan ketika ini.

“Ia seharusnya menjadi pegangan semua kepimpinan UMNO. Tindakan sedemikian boleh jejas hubungan sesama ahli.

“Sebagai organisasi politik, tentunya pemikiran yang senada dan satu suara adalah perkara penting. UMNO harus berpegang pada prinsip itu,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan taklimat bersama Jawatankuasa Biro Politik Bahagian UMNO Kedah menggantikan konvensyen tahunan yang diadakan di setiap negeri sebelum PAU.

“Saya rancang untuk adakan taklimat ini di setiap negeri. Kedah adalah negeri pertama untuk saya bertemu kepimpinan peringkat bahagian dan menyampaikan amanat,” katanya.

Menurutnya, semua ahli parti diminta mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di mana akar umbi perlu eratkan kerjasama UMNO-Pas.

“Saya mohon mereka beri jaminan, hubungan yang baik antara dua parti itu di semua peringkat agar dapat bergerak sebagai satu wadah menghadapi kemungkinan PRU15,” katanya.



Muhyiddin Sudah Hilang Majoriti...Letak Jawatan Lah

EDISI KHAS MINGGUAN 003 | KECOH!! PERIKATAN NASIONAL BAKAL TERKUBUR!

*SURAT TERBUKA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG*

 *SURAT TERBUKA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG*

*_PATIK MOHON DAN RAYU DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIBERI PELUANG MEMIMPIN MALAYSIA BAHARU_*
*09 Januari 2020*
Salam Sejahtera,
_Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong_
Ampun Tuanku,
1) Dengan segala hormat, patik berdoa agar Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan dan perlindungan dari Tuhan.
2) Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini ingin memohon dan merafakkan sembah agar Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan dari kalangan majoriti Ahli Parlimen diberi peluang untuk membentuk kerajaan baharu.
3) Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, Tuanku merupakan payung kepada negara Malaysia dan patik yakin Tuanku amat adil dalam membuat sesuatu keputusan.
4) Seperti yang diketahui umum, hari ini, Ahli Parlimen Machang iaitu YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
5) Sesebuah kerajaan yang tidak memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen wajar diganti dengan kerajaan yang mempunyai sokongan menyakinkan atau kembalikan semula mandat kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Patik yakin buat masa ini tidak sesuai PRU diadakan.
6) Patik juga hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan ini yang mempunyai lebih dari 70 Menteri dan Timbalan Menteri untuk menangani pandemik Covid-19 yang setakat ini sudah mencecah jumlah keseluruhan 133,559 kes dengan jumlah kematian 542. Angka-angka ini merisaukan rakyat Malaysia.
7) Dalam keadaaan ekonomi baru mula untuk pulih, rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda dalam segmen ekonomi Gig dan peniaga-peniaga kecil sudah mula merungut mengenai desas desus berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin akan dilaksanakan kelak.
8) Dikala krisis ekonomi akibat Pandemik Covid-19, negara memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berperingkat. Kewibawaan ini dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan.
9) Berlandaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan;
_"Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong"._
Demi kesejahteraan rakyat dan proses demokrasi berparlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
10) Akhir kata, Patik berharap Tuanku Baginda akan menggunakan segala kebijaksanaan untuk mengambil keputusan
terbaik
demi rakyat Malaysia dan negara tercinta. Patik pohon ampun atas apa jua kekhilafan dalam warkah ini. Semoga rakyat dan negara Malaysia akan selamat daripada pandemik Covid-19 dan bencana banjir.
*Daulat Tuanku.*
_Patik dengan segala hormat takzimnya;_
*PRASANTH KUMAR BRAKASAM*
*_RAKYAT MALAYSIA_*
*_KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI MELAKA_*

VIDEO SEMBANG POLITIK : Isu semasa: PN sudah tumbang?

MP MACHANG MP PERTAMA TARIK SOKONGAN

 

Image may contain: 1 person, text that says "Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh? UTAMA By Editor 09/01/2021 163 0 SIDANG MEDIA PENGERUSI ERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan Kerajaan PN Bakal BakalJatuh? Jatuh? 09/01/2021 KOTA BHARU Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini."







MP Machang dah tunjuk contoh kpd Ahli-ahli Parlimen dari UMNO BN supaya bertindak sebelum terlambat. JIKA ada "batu" sila tarik diri dari sokong TSMY dan KERAMITA PN. Rasanya UMNO dah baca taktik KERAMITA PN ni nak halang PAU macam spekulasi yg bertiup kencang kot?

Tak perlu ramai pun sebenarnya. Pakat 3 4 org lagi umum, tersembamlah KERAMITA PN ni. Selepas itu, serahkan kpd kebijaksanaan Ke Bawah DYMM SPD YDPA menentukan mengikut apa yg diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Saya pernah berkali-kali provoke bab ini. JIKA dilihat semula artikel-artikel yg lalu saya menyebut sekitar 4 5 org MP UMNO akan tarik diri jika B2021 diluluskan. Meskipun saya sendiri kurang yakin, adakah mereka benar-benar ada "TULUR"?? Kita nantikan.

JIKA jatuh, pastinya TSMY akan memohon Parlimen dibubarkan. Tapi dalam keadaan pandemik sebegini, faham-faham shjlah. Apapun kita serah pada YDPA utk buat keputusan terbaik dan berdoa pada Allah semoga diberikan hidayah.

Wallahualam

- Zus Din

09 Januari 2021

***********************************

Ahmad Jazlan Umum Tarik Sokongan, Kerajaan PN Bakal Jatuh?

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, mengumumkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO negeri kelantan mengumumkan perkara demikian dalam sidang media sebentar tadi. Penarikan sokongan ini bermakna kerajaan PN kini hanya mempunyai 110 kerusi dan akan hilang sokongan majoriti dalam masa terdekat.

Gagasan politik yang membabitkan tiga gabungan parti besar dalam kerajaan, iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini mempunyai 112 kerusi pada Disember lalu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaliegh Hamzah telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin menjadikan sokongan kepada Perdana Menteri hanya 111 orang.

Dengan pengumuman Ahmad Jazlan ini, kedudukan terkini Kerajaan Perikatan Nasional adalah 110 orang dan yang tidak menyokong juga 110 orang. Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah 220 orang setelah Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia.

Dipercayai beberapa Ahli Parlimen UMNO lain akan membuat kenyataan media yang sama menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sr, Muhyiddin Yassin sekaligus menyebakan Muhyiddin hilang sokongan majoriti Dewan Rakyat dan perlu meletak jawatan.

Berita lanjut menyusul....

 

UMNO KENA BULI OLEH PARTI SEPIHANNYA

 Image may contain: 1 person, text that says "Shahbudin Husin 1h UMNO MESTI DIELAK DARIPADA 'DIMAMPUSKAN', JANGAN SAMPAI SEJARAH UMNO DIMATIKAN BERULANG LAGI Walaupun desakan UMNO ketika ini mahu PRU segera seolah-olah menggambarkan parti itu tidak sabar dan begitu yakin mampu berkuasa semula, tujuan sebenarnya lebih daripada itu. Tujuan utama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan keluar daripada kerajaan PN ialah lebih untuk mengelakkan parti itu daripada "dimampuskan" secara perlahan-lahan. Selama 10 bulan berada dalam kerajaan PN dan berkubang dengan Bersatu, UMNO akhirnya sedar mereka banyak dibuli dan dilemahkan oleh parti serpihannya sendiri."

VIDEO SEMBANG POLITIK : [[LIVE]] 9.1.2021 MP BN istihar keluar PN. Kenapa PN tak jatuh lagi? 110...

INDONESIAN MENERIMA BERBILLION PELABURAN, MALAYSIA PM PUN TAK PERNAH JUMPA MANA MANA PELABUR

 Image may contain: 1 person, text that says "REUTERS Toyota inwest $2 biltioni developing electric vehicies Indonesia INDONESIA TIESTRAISTIMES REUTERS Amazon plans 14 trillion- rupiah investment in Indonesia indonesia, UAE sign business deals worth about 21 billionm Widede amazon MALAYSIA MANA Harakahdaity TG Abdul Hadi bawa misi penting ke Timur Tengah"

CUBA KIPAS SENDIRI, TAPI AKHIRNYA MENTERI KEWANGAN DITEMPELAK PARA CEO




ADRIAN LIM CHEE

1. Menteri Kewangan cuba tunjuk betapa ‘berjayanya’ Malaysia di bawah pengendalian PN.

2. Dekat FB, ramai komen pujian. Rara-ratanya komen komen ini dari macai macai upahan yang tidak seberapa berpelajaran. Tugas mereka puji kerajaan sahaja.

3. Tapi dekat LinkedIn, iaitu platform golongan profesional dan platform yang belum dibanjiri pembawang, posting Menteri Kewangan dijadikan lauk.

Siapa kritik kerajaan hari ini?

Di antaranya......

A. Sven Schneider

CEO EUROCHAM (Dewan Perniagaan Dan Industri Malaysia - Kesatuan Eropah).

EUROCHAM mewakili para pelabur dari Eropah ke Malaysia.

B. Dato’ Thiwakkaran

Setiausaha Agung Persekutuan Pembangunan Perdagangan Dan Pelaburan Asia - Afrika.

Persekutuan Pembangunan Perdagangan Dan Pelaburan Asia mewakili sebilangan masyarakat pelabur di peringkat Afrika dan Asia.

C. Christian Angell Isaksen

CEO Collectr.

Collectr adalah sebuah platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

D. Hilmi Saifullah

Pengurus Jualan Peringkat Asia untuk Thomas International.

Thomas International adalah syarikat yang membuat sistem penilaian dan ‘profiling’ untuk membantu syarikat-syarikat besar lebih mengenali potensi, kekuatan dan kelemahan pekerja-pekerja mereka.

———

Yang kritik betapa teruknya ekonomi Malaysia berbanding negara-negara jiran bukan macai PH. Mereka adalah pemimpin-pemimpin industri yang menggerakkan ekonomi negara, rantau dan dunia.

Pendek kata.

Yang puji kerajaan sekarang cuma orang bodoh, orang kurang berpelajaran, orang IQnya mandul dan orang yang disumbat dedak sahaja.

Orang bijak, orang berpelajaran, orang IQnya tinggi dan orang tidak berkepentingan politik semuanya nampak kegagalan kerajaan hari ini.

 

PARTI KECIL TIDAK BERDAFTAR TAPI LAGAK MENGALAHKAN UMNO

 

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Amanah offer Pejuang, jika parti mahathir ini tidak dapat bertanding dalam PRU nanti kerana partinya tidak lulus pendaftaran, Pejuang boleh guna logo Amanah.

Patutnya, Mukhriz ucap terima kasih.

Tapi Mukhriz masih berlagak, dia letak syarat bahawa Amanah mesti tidak bersama parti kleptokrasi, katanya.

Wah...macam la parti dia tu lebih besar dari Amanah atau berharga sangat. Semenjak bila pula parti dalam PH bersama kleptokrasi?

Apa yang kita tahu, parti yang kutip kleptokrasi masuk dalam partinya sewaktu kerajaan PH jadi kerajaan, parti itu adalah parti Mahathir sendiri. Berbelas MP dari Umno dikutip masuk Bersatu ketika itu, termasuk yang ada kes skandal 1MDB. Masuk Bersatu je, tutup kes. Contohnya seorang MP wanita dari Melaka. Bagaimana dengan mustapha mohamad? Itu belum kira S/Usaha politik mahathir sendiri, Zahid Md Arip yang terang-terang mengaku dalam mahkamah bawa beg berisi duit untuk Isa Samad sewaktu beliau jadi pegawai kepada Isa Samad, Pengerusi Felda ketika itu. Semua kes diselamatkan oleh bapak Mukhriz, Mahathir. Kamu mahu berlagak mahu tunjuk Pejuang tu bersih dan suci?

Lagi satu, usah mimpilah PH mahu kutip bapak kamu selagi Keadilan berada dalam PH. Bertanding atas logo 'hidung besar' pun kami akan lawan kamu.

WFAUZDIN NS

 

MENUNGGU KENYATAAN MENTERI KESIHATAN AYAQ SUAM

 Image may contain: 1 person, text that says "Menteri PN Gagal Kawal COVID-19 Kerajaan PN gagal mengawal & lambat membeli vaksin tidak dapat dimaafkan & boleh mengakibatkan kehilangan lebih banyak nyawa secara sia-sia. LIM GUAN ENG Setiausaha Agung DAP"

GEMPAR!! | PAS MULA PERTIKAI PENANG BELI 'SEBUAH' KERETA MERCEDES

Bob Kelanang

Adun Penaga, YB Yusni Mat Piah semalam mendakwa beliau terkejut apabila membaca laporan berita mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membeli kereta baharu untuk kegunaan Ketua Menteri yang dikatakan bernilai RM458,122.78. Model kereta baharu yang dimaksudkan adalah Mercedes S560e menurut lidah rasmi Pas, Harakah Daily.


Yusni Mat Piah juga mempertikaikan tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta baharu ketika rakyat sedang berhadapan dengan penularan pandemic COVID-19.


Beliau juga menyatakan bahawa, nilai tersebut boleh membeli bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di Pulau Pinang.


Sikap kerajaan Pulau Pinang juga dikatakan berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dikatakan lebih mengutamakan rakyat dan golongan yang memerlukan.


Mungkin Adun Penaga itu terlupa atau sengaja tidak mahu bercakap benar kepada rakyat dan cuba memusingkan fakta yang berlaku sebenarnya.


Pada Januari 2020 tahun lalu kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas telah berbelanja mewah dengan membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bukan sebuah seperti kerajaan Pulau Pinang.


14 buah Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Kelantan pada awal tahun lalu dianggarkan bernilai hampir RM700,000 sebuah seperti yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Januari 2020. Jika harga RM700,000 sebuah, kerajaan Kelantan telah membelanjakan RM9.8 juta untuk membeli kereta mewah tersebut.


Namun, Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1 Februari 2020 telah menyatakan bahawa hanya RM3.5 juta sahaja digunakan untuk membeli 14 buah kereta mewah tersebut.


Sejauh mana keprihatinan kerajaan Kelantan, negeri TERMISKIN di Semenanjung berbelanja mewah membeli 14 buah kereta dengan harga RM3.5 juta. Nilai tersebut sepatutnya boleh membeli bakul makanan RM50 kepada 70,000 keluarga miskin di Kelantan.


Terbukti Pas jauh lebih tidak prihatin kepada rakyat di Kelantan. Malah sanggup menaikkan gaji setiap ADUN di saat rakyat Kelantan terus merana dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan.



Muhyiddin nak tunggu apa lagi?

Shahbudin


Esok mungkin ada MP lain menyusul menarik sokongan yang sama.

Eloklah mula berkemas barang-arang di pejabat....



PENGKHIANAT & UMNO


1. Satu ketika dulu, sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Bunga. Lalu mereka sertai PRU bersama Pakatan Harapan dengan niat kuburkan UMNO. Pada waktu itu, naratif yang mereka jaja adalah Bunga sebagai parti alternatif orang melayu yang baharu menggantikan UMNO. 


2. Pada UMNO tindakan ini satu pengkhianatan.


3. Tidak cukup dengan itu, selepas 22 bulan memerintah negara. Bunga telah merancang satu lagi langkah pengkhianatan di Hotel Sheraton untuk menumbangkan kerajaan PH. Melalui langkah ini bukan kerajaan pusat PH saja yang tumbang tetapi negeri-negeri yang diperintah PH seperti Johor, Kedah, Perak dan Melaka turut jatuh.


4. Sekali lagi Bunga khianat. 


5. Tidak kurang hebatnya cerita Bulan ketika bersama Pakatan Rakyat. Sebelum berlangsungnya PRU-13, pembahagian kerusi antara 3 parti dalam PR dianggap selesai. Keadilan, DAP dan Bulan telah diperuntukan kawasan masing-masing. Jadi sepatutnya tidak berlaku pertindihan. Tetapi sebaik saja tiba masa penamaan calon, senyap-senyap Presiden Bulan menandatangani watikah kepada calon bulan supaya tanding di beberapa kerusi yang sepatutnya Keadilan tanding sehingga berlaku tiga penjuru sekaligus menyebabkan undi PR pecah. Tindakan bodoh Bulan ini telah memberi laluan kemenangan kepada BN. 


6. Hari ini Bulan bersama UMNO atas nama Muafakat Nasional. Dalam masa yang sama Bulan bersama Bunga dalam Perikatan Nasional. Namun apa yang berlaku adalah Bulan tidak mahu daftarkan MN sebaliknya mendaftarkan PN secara rasmi. 


7. Selain itu, beberapa minggu lepas, pemimpin Bulan pernah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding menggunakan lambang sendiri ketika PRU15. Jadi apa gunanya Bulan bersama PN atau MN? 


8. Tidakkah tindak tanduk Bulan ini juga boleh ditafsirkan sebagai perbuatan khianat?


9. Demikian juga dengan kisah mamat kabur Four Points dan rakan-rakannya. Mereka keluar daripada Keadilan dan bersekongkol dengan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan PH. Sekarang mamat kabur dan rakan-rakan telah pun menyertai Bunga sebagai wadah baru mereka.


10. Kesimpulannya, kesemua; Bulan, Bunga dan mamat kabur Four Points yang kini berada bersama UMNO di dalam kerajaan ada sejarah melakukan khianat kepada rakan baik sendiri.


11. Adakah pemimpin UMNO masih lagi boleh mempercayai pengkhianat sebagai rakan sekutu di dalam sebuah gabungan untuk menghadapi PRU15 nanti? Sebuah gabungan yang tiada kejujuran politik. 


12. Elok jika UMNO bertindak segera keluar daripada kerajaan sebelum dikhianati. Tarik semula sokongan kepada PN. Selepas itu UMNO tidak perlu berunding dengan sesiapa pun berkaitan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU-15. Semua kerusi majoriti Melayu, UMNO boleh bolot. 


13. Itupun jika UMNO bijak. Terserahlah kepada UMNO, pilihan ditangan mereka.  


Sekian terima kasih.



KERAJAAN MUHYIDDIN DIAMBANG KEJATUHAN

 

Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional

Fareez Azman
Ahmad Jazlan  tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada kerajaan PN. - Gambar fail
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub hari ini menarik balik sokongannya kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.
“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Pendirian Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menyaksikan kerajaan PN ketika ini memiliki sokongan 110 daripada 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Machang tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional

MACAM YAKIN MENANG LA KONONNYA

 


Umno, Bersatu, Pas hanya akan runding kerusi dimenangi PH, kata MB Kedah

Umno, Bersatu, Pas hanya akan runding kerusi dimenangi PH, kata MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata PAS, Umno dan Bersatu hanya akan berunding di kerusi yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) .

Jelasnya, tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana masing-masing sudah mencapai persetujuan untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu.

“Tempat PH menang baru kita runding, tempat tak berlaga (bertembung) tak perlu runding,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Hubungan Umno dengan parti serpihannya Bersatu – yang merupakan sekutu di peringkat Pusat –  kini retak dengan Umno dijangka akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan parti itu atau sebaliknya pada perhimpunan agung mereka, hujung bulan ini.

Konflik antara Umno dan Bersatu menjadikan PAS sebagai tumpuan, sama ada parti itu akan setia bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN) atau kekal bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

PAS bagaimanapun berulang kali menegaskan bahawa Umno dan Bersatu perlu kekal menjadi rakan sekutu.

Mei lalu PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan baru selepas mereka mendapat sokongan 23 ahli dewan undangan negeri (Adun) termasuk dari Bersatu.

Dua puluh tiga Adun terbabit adalah 15 daripada PAS, Bersatu (empat), Umno (dua) dan Bebas (dua) yang juga bekas ADUN PKR.

Secara keseluhan DUN Kedah mempunyai 36 kerusi.

Dalam pada itu, Sanusi berkata hubungan antara tiga parti membabitkan Umno, PAS dan Bersatu tidak bermasalah di negeri itu.

“Kita di Kedah tidak ada masalah dengan Umno, Bersatu. Semua OK.

“Saya rasa tidak ada (pertembungan), saya jaga parti saya dan kita jadi ejen kepada perpaduan ummah?

“Kita pertahan semuanya (kerusi dimenangi), tiga (kerusi) parlimen dan 15 DUN. Malah seluruh negara (kerusi) kita menang, kita kekal bertanding,” katanya lagi.



PARTI PEJUANG MENGEMIS GUNA AMANAH DALAM PRU MENDATANG

 


Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Pejuang pertimbang bertanding atas tiket Amanah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket parti itu.

Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pelawaan itu boleh ditimbang tara sekiranya parti itu tidak meletakkan syarat tertentu.

Katanya, apa yang penting adalah matlamat serta wadah perjuangan perlu selari untuk membangunkan negara serta menunaikan amanah rakyat.

Jelas beliau, sekiranya Amanah tidak meletakkan syarat tiada kerjasama dengan kelompok menyokong kepemimpinan kleptokrat, beliau akan memikirkan perkara itu.

Beliau berkata, kepemimpinan Pejuang terbuka untuk bekerjasama namun syarat berkenaan mesti dipatuhi terlebih dahulu.

“Sepertimana yang kita semua ingat, pada PRU14 hari itu kami semua bertanding di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat. Mungkin itu satu kaedah, iaitu calon-calon daripada Pejuang ini bertanding menggunakan lambang daripada parti lain tapi perlu ada persetujuan dengan tuan punya parti itu.

“Satu lagi yang biasa dibuat, ketua parti iaitu presiden parti biasanya yang akan menandatangani watikah calon sebelum itu boleh berlaku rundingan kerusi (tapi) belum sampai tahap tu lagi.

“Namun demikian apabila ada ura-ura pilihan raya akan berlaku tidak lama lagi, maka saya ingat kita dah kena segerakanlah,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Parlimen Jerlun, hari ini.

Selasa lalu Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, menpelawa Pejuang untuk menyertai parti itu dalam PRU15 ini sekiranya penubuhan parti itu gagal dalam permohonan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).