ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA : PERSAMAAN MALAYSIA, AS: ORANG MELAYU MAHUKAN PENYAMUN PERINTAH?


27 POSTING SEHINGGA KINI. TERUS LAYARI BLOG WRLR UNTUK BERITA SEMASA.

 


BERITA AKAN DI UPDATES DALAM BEBERAPA JAM LAGI...ADMIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN RAKYAT RAMAI MEMBACA BERITA SAHIH DARI BLOG INI.


HITS TERTINGGI IALAH SEBANYAK 126, 796 DALAM SEHARI DUA INI , IANYA MENCECAH 100K SEHARI  . TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.



Kuatkan semangat, bersatu lawan wabak COVID-19 - Anwar

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan semua peraturan sedia ada dalam memerangi wabak COVID-19.

 Presiden KEADILAN itu berpandangan hanya dengan pematuhan berterusan dan menyeluruh dapat membantu petugas barisan hadapan mengekang wabak COVID-19 daripada terus berleluasa.

 "Situasi semasa pandemik COVID-19 ternyata membimbangkan. Saya amat berharap dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan tingkatkan disiplin serta amalan kebersihan.

 "Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan sedari awal. Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini," katanya.

 Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut meluahkan rasa simpatinya terhadap rakyat yang kehilangan ahli keluarga kerana menjadi mangsa korban COVID-19.

 "Saya terkesan dengan mangsa korban COVID-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun. Ini sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir.

 "Takziah saya kepada keluarga semua mangsa korban COVID-19. Saya berharap kita akan terus kuat semangat dan bersatu melawan wabak ini," katanya.

 

Perutusan yang terburuk sejak Muhyiddin jadi PM





Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan perutusan Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam adalah perutusan terburuk yang pernah disampaikan sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.

 Beliau menganggap perutusan Muhyiddin kurang sensitif terhadap rakyat, malah nasihat yang diberikan seolah-olah 'cakap tidak serupa bikin'.

 "Muhyiddin pastinya berjaya menarik jumlah penonton tertinggi dalam Perutusan Khas melalui Facebook beliau semalam, tetapi perutusan beliau semalam adalah perutusan terburuk yang pernah beliau buat sejak menjadi Perdana Menteri “pintu belakang”.

 "Reaksi negatif, cemas, dan marah membanjiri media sosial selepas beliau menggelarkan diri beliau sebagai “Abah” dan secara berseloroh mengugut untuk “menggunakan rotan” jika rakyat tidak mematuhi SOP kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

 "Kemarahan rakyat ini dapat difahami, memandangkan seorang kanak-kanak yang berusia setahun baru sahaja dilaporkan menjadi korban terkini wabak ini, mangsa termuda Covid-19 dalam negara kita.

 "Rakyat dapat melihat dengan jelas, layanan berbeza yang diamalkan kerajaan beliau dalam melaksanakan SOP ini sedangkan beliau baru sahaja mendakwa yang kerajaan tidak memberikan layanan berbeza kepada mana-mana orang," katanya dalam kenyataan.'

 Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut meluahkan rasa terkilannya terhadap cara kerajaan menangani COVID-19.

 "Saya bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, yang rakyat Malaysia tidak boleh mensia-siakan usaha para petugas barisan hadapan dan kita semua harus bersatu padu untuk melawan wabak ini dan tidak terus “menangisi nasi yang telah menjadi bubur”.

 "Tetapi apa yang dilakukan terhadap “bubur” ini akan menjadi kayu ukur terhadap kesediaan kerajaan untuk belajar daripada kesilapannya dan mula menguruskan defisit kepercayaan yang dihadapi mereka dalam negara serta menjadi tauladan yang baik untuk menyatupadukan rakyat dalam melawan wabak Covid-19.

 "Agak tragik apabila satu-satunya orang yang dipercayai ramai dalam kerajaan berkenaan dengan isu Covid-19 ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan, yang terpaksa menjalankan tugas beliau dan melakukan sidang media secara langsung daripada rumah beliau semasa menjalani kuarantin memandangkan Menteri Kesihatan kita telah memusnahkan kredibiliti beliau sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai menteri pada bulan Mac lalu," katanya.

 Justeru, Kit Siang menggesa kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat dalam soal menangani COVID-19 dan berhenti mengamalkan sikap 'double standard'.

 "Rakyat Malaysia berhak untuk menuntut prestasi yang lebih baik daripada para menteri kita, walaupun kabinet kini telah dilumpuhkan oleh wabak ini.

 "Muhyiddin harus menggerakkan menteri beliau untuk segera mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan untuk melawan virus Covid-19 dan pemimpin kerajaan harus berhenti berhenti mengamalkan sikap menasihati rakyat mematuhi SOP Covid-19 sambil melanggarinya.

 "Sebagai langkah pertama, Muhyiddin perlu memastikan Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar daripada negeri-negeri Pakatan Harapan, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan tidak dikecualikan lagi dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 yang akan datang!" katanya.

 

Abah nak rotan rakyat? Rotan dulu menteri yang langgar SOP

 


Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu menggunakan rotan kepada individu yang melanggar tempoh kuarantin dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani COVID-19 mengundang kritikan pelbagai pihak.

 Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga berjanji tidak ada 'double standard' dan akan mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira pangkat dan darjat.

 Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir tampil menempelak kenyataan Muhyiddin.

 "Abah kata nak merotan rakyat. Apa kata mulakan dekat menteri-menteri abah dulu?Rakyat okay, kamu yang degil.

 "Kerajaan tidak double standard? Biar betul bah. Lebih tepat menteri-menteri tak ada standard!" katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

 Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jayakumar tampil mempersoalkan sama ada Muhyiddin akan menghukum menteri yang positif COVID-19 seperti Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad.

 "Tidak ada 'double standard'? Walaupun ada ahli kabinet yang positif COVID-19? Jadi adakah kamu akan merotan mereka?" soalnya.

 Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang turut mempersoalkan bilakah Muhyiddin akan menghukum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar tempoh kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki.

 "Abah guna rotan? Gunakan atas ahli jemaah menteri dulu. Menteri yang jelas langgar SOP selepas pulang dari Turki pun belum didakwa!" katanya.

 

BARU EMPAT JAM POLL INI DIBUKA, LEBIH SERIBU ORANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DAN 93% MINTA MUHYUDIN LETAK JAWATAN


W.FAUDZIN

Muhyiddin tunggu apa lagi? Tidakkah beliau merasa malu untuk terus menjadi PM sedangkan ternyata beliau gagal dan setiap hari menjadi bahan lucuan dan kutukan?
Jika anda turut merasakan sedemikian, ayuh, sertai Poll yang diwujudkan bagi menggambarkan sokongan terhadap Muhyiddin merudum teruk. Ikuti Poll kami di sini

UMNO PERLU UBAH ATAU DITELAN BERSATU


SEBAHAGIAN RAKYAT BENCI DAN MARAH


Apabila PM nasihat jangan politikkan isu COVID-19 tapi hakikat sebaliknya...

1. Muhyidin kata jangan politikkan isu Covid-19. Kepala hotak dia. Azmin yang pergi kempen merata bagitau kalau PH masih memerintah, rakyat Malaysia ramai yang akan mati. Bukan itu mempolitikkan isu Covid-19 ke?

2. Muhyidin kata tak ada 'double standard'. Kepala hotak dia. Kenapa Takiri masih tidak di dakwa?

3. Muhyidin kata dia nak mula guna rotan. Kepala hotak dia. Ko ingat rakyat nie budak-budak ke? Yang ko kena rotan tu menteri-menteri ko, bukan rakyat. Menteri-menteri ko yang langgar SOP. Menteri-menteri ko yang tak kuarantin diri.

Jamzuri Ardani

 Image may contain: text that says "Tweet ADIBAH NOOR @adibahnoor "tak de double standard" hahahahahaahahahahahahahahaha hahahahahahahahahahahahahahah ahahahahahahahahahahahahahaha haha Translate Tweet 6:23 PM 06/10/2020 Twitter for Android 18.3K Retweets 338 Quote Tweets 16K Likes"


BILA MUSUH ANWAR DAKWA ANWAR PUNYA CUKUP SOKONGAN


 

Kerajaan PN retorik, tidak ada jaminan Melayu terbela


Setelah 7 bulan kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) mengambilalih pemerintahan, masih belum dilihat tanda-tanda pembelaan ke atas kaum Melayu berjaya dilakukan.

 Bagi Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, kerajaan PN kelihatannya tidak mengotakan janji yang dibuat ketika sebahagian menteri yang ada pada hari ini masih sebagai pembangkang.

 Seusai Pilihan Raya Umum ke 14, katanya, mereka memburuk-burukkan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya pro DAP dan anti Melayu, namun selepas berjaya memerintah tiada pun polisi khas ekonomi, pendidikan atau sosial Melayu yang boleh dibanggakan.

 "PN kerajaan status quo. Mereka tidak ada dasar-dasar baru lebih baik daripada PH.

 "Dalam keadaan sekarang kepimpinan PN langsung tidak stabil, tidak ada jaminan bahawa Melayu akan lebih baik di bawah mereka.

 "Sebaliknya, kita dalam PH konsisten (memperjuangkan) keadilan kepada semua pihak. Inilah komitmen yang kita putuskan bersama

 "Itulah beza PH berbanding PN. Kerana proses rundingan komitmen ini kita bina sejak bertahun-tahun. Bukan kerana keputusan politik, semata-mata untuk mendapatkan kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.

 Oleh itu, Fadhlina menyifatkan retorik memartabatkan Melayu yang dihamburkan Umno dan Pas sebelum ini adalah hipokrit dan bertujuan hanya untuk menjatuhkan PH.

 Sedangkan, ahli-ahli politik kedua-dua parti tersebut tidak berminat pun untuk menangkat Melayu ke satu tahap yang lebih baik.

 "Itulah namanya politik (hipokrit), semua benda yang ada nilai atau faktor yang boleh memperlihatkan sesuatu pihak itu tidak mampu untuk tangani isu, maka dipolitikkan isu tersebut," katanya lagi.

 Menurut Fadhlina yang menyertai KEADILAN beberapa bulan lalu, beliau lebih teruja dengan perjuangan parti itu yang kelihatan majmuk. Tidak menyebut pembelaan kepada satu-satu kaum namun di negeri yang ditadbir PH misalnya, banyak skim-skim bantuan berjaya diwujudkan dan membantu mengangkat kualiti hidup rakyat.

 "Untuk ke hadapan, isu yang menguji perpaduan kita mesti tegas. Ambil pendekatan tegas (ke atas) faktor yang boleh menggugat kestabilan keseluruhan masyarakat dan negara.

 "Saya yakin dengan KEADILAN kerana ia parti merentas kaum, ras bangsa dan agama. Yang kita percaya secara idealnya parti yang boleh menerajui dan boleh membawa isu perpaduan secara real.

 "Cuma kita kena ambil maklum kalau betul (sesuatu) isu (kaum) itu menggangu kita dari segi kuasa, pembuat dasar atau pembahagian ekonomi adil.

 "Kena ada kesediaan untuk berbincang dengan jiwa besar dan terbuka. Namun (hal utama) kita jangan tunduk kepada provokasi," katanya.

 Menurut Fadhlina lagi, perkauman sewajarnya tidak menjadi isu besar dalam masyarakat yang telah bersama sejak merdeka pada 1957.

 Malah, katanya kebanyakan isu-isu di Malaysia melibatkan jenayah, sosial dan pekerjaan tidak bertitik-tolak kepada perkauman tetapi sering disalah tafsir oleh pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kepentingan.

 

 

KALAU....

 

KALAU ..

Oleh CnP

Hari nie, bukan Dato Seri Dzulkifli Ahmad, tapi Dato Sri Mujahid yang didapati positif Covid19, rasa-rasa dah bergegar bumi Malaysia ini dengan laungan anjing DAP, PH Babi, tukar kerajaan

Hari nie, Tun M yang cakap, x perlu kuarantin pas balik dr Sabah, rasa-rasa laungan Mahafiraun, Orang Tua degil x nak mampos, Pengkhianat semua dah jadi trending kat FB

Hari nie, Lim Guan Eng yang main golf kat JB, rasa-rasa kawasan depan SOGO dan Jln Tuanku Abdul Rahman dah jadi lautan baju merah serupa kat Thailand

Hari nie, Mazlee yang mintak maaf isu pendaftaran pelajar U, lagi terok dia kena kecam dan troll berbanding penyokong Liverpul dan Munyet

Hari nie, Teresa Kok yang gi bercuti, tapi x nak kuarantin diri tapi bayar 4 bulan gaji, rasa-rasa babi hutan akan kena maki sampai dia lari berenang melalui selat Melaka ke Indonesia balik.

Waktu tu, Cina, DAP, kafir, Islam, Kristian, Hindu, Melayu, India, babi, monyet, firaun semua akan diungkit tak pasal-pasal, pelbagai konvensyen akan dianjurkan, macam-macam muafakat dan perjanjian akan ditandatangani, berkobar-kobar laungan dan teriakan akan kedengaran.

Allah atur semua dah cantik. Apa jua nak buat kena niat dengan ikhlas. Setakat laung tuk agama dan bangsa kat mulut, tapi dalam hati, kerana kuasa, pangkat dan duit, Allah bagi sekejap tapi Allah tarik balik dengan terlondeh aib dan niat yang sebenar.


 KALAU MACAM  TU YANG CAKAP MESTI BABI JUGA....



Apa Disebalik Sidang Media Anwar Mengikut Bahasa Badan? Oleh Shahrom Hassan

PERUTUSAN KHAS PM BANYAK PEMBOHONGAN, DIKECAM DAN RAMAI MAHU BELIAU DIHUMBAN

 

Walaupun Muhyiddin Yassin sedang dikuarantin di kediamannya selama 14 hari buat kali kedua ketika ini, perutusan khas secara langsung yang disampaikannya petang semalam tetap dikecam ramai, malah ditolak oleh majoriti rakyat.

Rata-rata rakyat bersuara memperlekeh tindakan Muhyiddin yang asyik melakukan perutusan khas, sedangkan isi yang disampaikannya bukan perkara baru, sudah diketahui umum, tidak penting, mengarut, hanya untuk membela diri sendiri serta terselit beberapa pembohongan.

Kalau sekadar mahu menyampaikan isi-isi yang begitu, lebih baiklah Muhyiddin berehat dan bermain dengan cucu-cucu saja dalam tempoh kuarantin ini.

Kata mereka, mesej dalam perutusan khas sepatutnya melibatkan perkara penting untuk rakyat dan sebab itu perutusan khas bukan boleh dilakukan terlalu kerap, misalnya setahun sekali atau ketika hari-hari kebesaran tertentu saja.

Ini perutusan khas apa namanya kalau ia dilakukan hampir setiap bulan dan sejak memegang jawatan PM sejak Mac saja hampir 10 kali perutusan khas telah disampaikan oleh Muhyiddin.

Ramai yang berharap agar tiada lagi perutusan khas disampaikan Muhyiddin selepas ini, sebaliknya lebih wajar beliau menunjukkan keberaniannya dengan mengadakan sidang media dengan para wartawan bebas bertanyakan soalan kepadanya.

Dengan asyik mengadakan perutusan khas dan takut berdepan secara terbuka dengan media, Muhyiddin kini adalah satu-satunya Perdana Menteri yang paling lekeh dan berjiwa kecil berbanding semua Perdana Menteri sebelum ini.

Yang paling membuatkan rakyat meluat dan menyampah ialah kata-katanya mahu merotan mereka yang enggan mematuhi SOP untuk mencegah penularan Covid-19.

Kata-kata itu tidak lebih hanya merupakan suatu retorik untuk menunjukkan ketegasannya sedangkan Khairuddin Attakiri yang melanggar perintah kuarantin dan Zulkifli Albakri yang didapati selalu tidak memakai pelitup muka dalam beberapa program sekembalinya dari Sabah sehingga akhirnya disahkan positif Covid-19, tidak pun berani dijentiknya.

Kalau betul nak merotan, rotanlah dulu Attakiri dan Albakri, dua menterinya itu terlebih dahulu.

Muhyiddin seterusnya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bersikap “double standard” dalam bertindak terhadap mereka yang melanggar arahan dalam mengawal penularan Covid-19.

Heyyy…janganlah temberang kuat sangat, kalau tiada “double standard”, mengapa kes Attakiri yang sudah begitu lama berlalu, tetapi masih belum ada apa-apa tindakan?

Kalau rakyat biasa tidak memakai pelitup muka didenda RM1000, mengapa menteri yang tidak memakainya tidak dikenakan apa-apa denda?

Selain itu, dalam usahanya membela diri konon beliau sentiasa mematuhi SOP ketika berkempen dalam PRN Sabah, Muhyiddin mengatakan, selepas saja berceramah, beliau akan terus pulang dan tidak melibatkan diri dalam sebarang perkumpulan dengan orangramai.

Namun, berdasarkan beberapa keping gambar yang didedahkan di media sosial, banyak sekali terdapat beliau bersama dengan orangramai selepas berkempen dan dalam keadaan penjarakan fizikal tidak dijaga.

Tidakkah dalam hal ini Muhyiddin sebenarnya telah berbohong?

Muhyiddin juga cuba meletakkan kesalahan berkenaan pembubaran DUN Sabah kepada TYT negeri itu sehingga PRN terpaksa diadakan dan seterusnya menyebabkan Covid-19 menular semula.

Katanya, oleh kerana pembubaran dilakukan oleh TYT Sabah, maka tidak dapat dielak daripada diadakan pilihanraya.

Sekali lagi, Muhyiddin cuba berbohong sambil tidak menghormati kedudukan TYT Sabah selaku ketua negeri tersebut.

Dalam hal tersebut, siapakah yang membuat kacau dan cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal?

Bukankah ia dilakukan oleh Musa Aman yang melakukannya setelah 46 kes rasuah dan penggubahan haram melibatkannya digugurkan secara tiba-tiba oleh Jabatan Peguam Negara?

Berkaitan hal yang sama, siapa pula yang menghantar Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Nardin Awang ke Sabah untuk membantu Musa Aman dalam usahanya menumbangkan Shafie Apdal?

Kalau kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal tidak diganggu dan Hamzah serta Nardin tidak terlibat membantu Musa, apakah mungkin DUN Sabah dibubarkan?

Siapa yang Muhyiddin cuba bohongi dalam perutusan khasnya kali ini?

Yang nyata, perutusan khas semalam lebih menyerlahkan penolakan rakyat yang semakin melebar terhadap Muhyiddin.

Ternampak begitu ramai yang mengecam, meluahkan rasa marah, benci dan ingin menolaknya daripada terus menerajui negara ini.

Ia kemudian disusuli dengan tanda pagar #MuhyiddinOut, #AbahResign dan #NotMyPM yang semakin sarat dan meluas di media sosial.

Baru lapan bukan menduduki pejabat di Perdana Putra, Muhyiddin nampaknya lebih cepat dikecam, ditolak dan ingin dihumban berbanding Najib Razak dahulu.(Shahbudindotcom 07/10/2020)

KEMASKINI: Gabungan Parti Sarawak, PBS ‘king maker’ jika dakwaan Anwar benar, kata penganalisis

Willie Jude

 -
Seorang penganalisis tidak nampak kegunaan Anwar Ibrahim dalam usaha Umno untuk kembali menjadi parti dominan.

KOTA KINABALU: Gabungan Sarawak dan sebuah parti Sabah sekali lagi bakal jadi penentu atau “king maker” sekiranya benar Anwar Ibrahim mendapat sokongan secukupnya untuk mengambil alih kerajaan, kata seorang penganalisis walaupun meragui kebenaran dakwaan itu.

Lee Kok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata apatah lagi selepas melihat nama wakil-wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan itu, seperti yang tersebar baru-baru ini.

“Kita tahu pendirian politik mereka,” katanya kepada FMT. “Bagaimanapun, jika ia berlaku, Gabungan Parti Sarawak dan PBS akan sekali lagi menjadi ‘kingmaker’.”

Jelasnya, GPS dan PBS boleh jadi penentu kerana “sokongan antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan terbahagi hampir sama, dan GPS dan PBS bukan sebahagian daripada PN.”

Tambahnya, GPS dan PBS ragu-ragu tentang menyertai PN dan mahu lebih bebas dalam berpolitik.

Lee juga tidak meyakini dakwaan Umno akan menyokong presiden PKR itu, mengatakan beliau tidak nampak kegunaan Anwar dalam usaha Umno untuk kembali menjadi parti dominan, seperti yang orang ramai sedia maklum.

Beliau menambah kesetiaan sebenar ahli-ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong ahli Parlimen Port Dickson itu bukanlah rahsia.

Lee Kok Tiung.

“Apa ertinya mereka tiba-tiba menyokong Anwar daripada Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri sehinggalah pilihan raya umum ke-15? Jika ia benar, pasti ada udang sebalik batu,” katanya.

Baru-baru ini, Anwar mengumumkan mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen pelbagai parti, termasuk daripada pihak pemerintah.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara pula berkata tidak menghairankan ada pihak akan mengambil kesempatan ke atas keadaan politik yang agak bercelaru ketika ini.

Sehingga kini, katanya, dakwaan Anwar masih belum terbukti dan “ia membuatkan rakyat semakin hilang keyakinan”.

“Tambahan pula peningkatan kes Covid-19 menyebabkan isu politik atau persaingan kuasa menjadi perkara kurang penting tetapi lebih menjurus kepada pentadbiran negara dalam menangani hal berkenaan.”

PBS, atau Parti Bersatu Sabah, mempunyai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat, manakala GPS mempunyai 18 wakil rakyat.

PKR pula mempunyai 38 ahli Parlimen, dengan sokongan 42 wakil rakyat DAP dan 11 wakil rakyat Amanah.



TOKOH TASAWUF KATA ANWAR JADI PM?


BAGI AKAL SURUH GUNA DAN FIKIR.

 

Norshidah Mohd Daud.

Dulu seronok dok hentam dok maki hamun pelancong dari China

Abis p dedah cara hidup diorang kat sana, konon pengotor, makan babi makan kelawar bagai

Ni virus merebak semula, malah virus sekarang ni lagi agresif berbanding dulu

Korang nak salahkan sape?

Belajar agama, tapi x abis-abis nak prejudis disebabkan perbezaan bangsa & agama

X rase malu ke?atau tak faham sejarah islam dan dan ketamadunnan berbagai bangsa dan dan agama.

Covid bukan isu politik.  Tapi cuba bayangkan kalau yang positif akibat tidak mematuhi SOP kemudian tidak kuarintin diri itu berlaku kepada YB PH atau menteri di era kerajaan PH dulu ?

 Kamu rampas kerajaan pusat waktu Covid.  Kamu rancang untuk rampas Sabah pun waktu Covid.  Nah, sekarang rakyat terima akibatnya.  Menteri boleh minum air suam