VIDEO : MINIT AKHIR, LEBAI MINTA GELARAN DATO...KAH......


 

PERANGAI LEBAI, MINTA PINGAT TAPI MALU, AKHIRNYA HARAKAHDELETE ...

Image may contain: 1 person, text that says "MALAYSIA MD dateline MUKTAMAR TAHUN SKE-66 ANTAN KEL Harakahdaily padam syor beri gelaran, pangkat dapat tarik 241 SHARES f"

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily hari ini dikesan memadam cadangan Pas Wilayah Persekutuan supaya kerajaan negeri yang dipimpin parti itu menganugerahkan pangkat atau gelaran Datuk kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Yang Di-Pertua Kawasan.

Perwakilan Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud kelmarin berkata, penganugerahan itu juga termasuk kepada Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bagi menarik sokongan rakyat.

Pemerhatian hari ini mendapati sebahagian besar laporan asal bertajuk “PAS Wilayah Persekutuan seru jadi Sukarelawan YADIM” sudah ‘hilang’ hanya tinggal lima perenggan terawal sahaja.

W. FAUDZIN

SELAGI RAKYAT MASIH SOKONG KONGKANG AKAN BEBAS SAPU KEKAYAAN

 

Image may contain: text that says "SURGA HARAM UNTUK PEMIMPIN YANG MATI DALAM KEADAAN MENIPU RAKYATNYA Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa yang dibebankan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah akan mengharamkan ke atasnya Surga." (HR. Bukhari & Muslim Sahih"


HAMDAN TAHA


Pagi ni baca pendedahan shafie ada pimpinan ambil kesempatan ambil beri ribu hektar tanah dan di bagi pada diri sendiri dan keluarga amat lah tidak wajar...

Agaknya jika pendedahan macam ni di lakukan di semua negeri rakyat pasti terkejut beruk bukan saja pemimpin termasuk keluarga di raja...boleh menangis rakyat tengok pembahagian harta negeri ni...

Baca lah setiap hari kes IMDB dengan kenyataan bekas bekas CEO mereka lagi kita terkejut tapi rakyat malaysia ni ramai jenis ambil tak tahu jadi apa pun rompakan tidak akan memberi kesan...

Saya sebenarnya kenal rapat rakan niaga Shafie Afdal masa dia menteri luar bandar....dia pun kokang projek projek boleh tahan juga...selagi rakyat tidak menghukum pada parti dan ahli politik yang terlibat rasuah....tak ada apa lah kita ni

Musa Aman dan Anifah aman perlu saman shafie tu....jika fitnah ambil tindakan....keluarga Khan di sabah ni asal pakistan memang luar biasa kekayaannya

 

INILAH POSTER YANG DIEDARKAN OLEH WALAUNCAI YANG DIREKA SENDIRI

 Image may contain: 1 person, text that says "MOHAMAD SEBALIKNYA DILIHAT LEBIH SENANG MERUJUK KEPADA DAP UNTUK BERKONGSI MASALAH DAN A MEMBUAT KEPUTUSAN PARTI Husam Musa " Naib Presiden Amanah LKP HUSAM RIMAS, MAT SABU TERLALU TUNDUK PADA DAP"

𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 ??!

 

RINA HAMZAH

Perwakilan PAS cadang supaya pemimpin² PAS di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah diberi darjah kebesaran 'Dato' ATAS ALASAN menarik sokongan kepada PAS ??!

Lupakah PAS bahawa negeri² ada Raja-Raja Melayu, yang berkuasa menurut budi bicara memberikan darjah kebesaran dan gelaran itu kepada sesiapa yang layak?.. 𝗣𝗔𝗦 𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔-𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗞𝗔 !!

KENAPA PAS NI BAHALOL SANGAT..

PAS ni kerja Tuhan dia nak buat..

Sekarang sibuk nak buat kerja Raja pulak..


No photo description available.

MENIPU JUGA YA

 

Tak ada bezanya muhyiddin Yasin dgn najib razak, tunggulah rakyat sekalian akan ada lebih banyak lagi siri-siri penipuan.

Syaitan Tak mungkin bertukar jadi malaikat fikir-fikirkan lah itu.


Image may contain: text that says "Dalam proses pendaftaran.. Lulus 18 OGOS 2020 LOG MASUK Utusan Malaysia LANGGAN 70GOS2020? OGOS BERITA NASIONAL POLITIK TERKINI Perikatan Nasional dalam proses pendaftaran BHONLINE Oleh HADI AB MANA Ogos 1:25 pm Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos ByOlh Muhammad Yusri Muzamir September 2020 PM SR suara akyat Back Dated? Why?? Tiru macam kes Khairuddin jer.."

[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato’

 

[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato’



00:03
01:1


[Video] Pas cadang YDP Pas kawasan-kawasan diberi gelaran Dato

Pas Wilayah Persekutuan mecadangkan supaya kerajaan negeri yang dipimpin Pas menganugerahkan pangkat atau gelaran Dato’ kepada Yang Dipertua Pas Kawasan-kawasan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Wilayah, Abdul Rani Mohamad Daud, berkata, gelaran Dato’ itu turut dicadangkan diberi kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada Pas.

Katanya, cadangan tersebut diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan kepada masyarakat setempat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki pangkat.


CYBERTROOPER ROSMAH BUAT PEMIMPIN PAS TERKEDU


 Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution menciap di Twitter bahawa perbelanjaan ini lebih daripada pendapatan tahunan banyak isi rumah.

"Soal saya, dari mana datangnya duit itu? Gaji Najib sebagai Perdana Menteri masa itu hanya RM 22 ribu sebulan.





"PRN SABAH CERMINAN PRU15"


TAJUK : "PRN SABAH CERMINAN PRU15" TARIKH : 14.09.2020 (ISNIN) MASA : 9.30 MALAM MODERATOR : NOOR ZAWAZI YUSOF PANEL : YB DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN AYUB KEPADA SESIAPA (INDIVIDU/SYARIKAT) YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAU TAJAAN ATAU INGIN MENGIKLANKAN PRODUK DAN/ATAU PERKHIDMATAN ANDA, SILA HUBUNGI HOTLINE JOM CHANNEL 019-4567998



 

MENARIK DALAM RENTASAN 741

 



1. APA YANG KARAM DI PERAK, YEOP? 2. PRN SABAH: SIAPA PIKUL BIAWAK HIDUP? 3. SETELAH DIKETEPIKAN, PEMIMPIN PAS PUJI DIRI SENDIRI 4. AMANAH PENERUS LEGASI TUAN GURU

RAFIZI SEMPAT BERKEMPEN UNTUK RAYMOND DI DUN SOOK - ADAKAH ITU LANGKAH PERTAMANYA?

Beliau hadir ke Sabah atas urusan mahkamah.  Namun sebagai tanda sokongannya kepada anak muda hebat dari Sabah, Sdr Raymond Ahuar yang akan bertanding di Dun Sook, maka kesempatan ini diambil oleh Sdr Rafizi untuk menyatakan sokongannya.  
Ramai sebenarnya yang mahu pengasas Invoke ini untuk kembali ke persada politik secara aktif.  Tidak pelik jika disebut-sebut bahawa Sdr Rafizi wajar dilantik memangku jawatan Timbalan Presiden Keadilan.  Bukan di kalangan ahli parti sahaja, bahkan ianya turut dinyatakan oleh Gerak98 melalui pengerusinya Sdr Ezam Mohd Noor.  Ini adalah kerana ketokohannya dan prinsipnya menentang rasuah dan komitmen beliau terhadap agenda reformasi. 
Kajian Invoke bukan sahaja mampu meramalkan kejatuhan kerajaan kleptokrasi sebelum PRU14 yang lalu, namun Sdr Rafizi mampu membaca gerak langkah dan strategi Azmin Ali yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden Keadilan.  Rafizi berulangkali menyatakan Azmin akan menjadi perosak dan pengkhianat parti sekiranya masih diberi tempat di dalam Keadilan.  Waktu itu, ramai merasakan Rafizi cuba untuk mencemar imej Azmin.  Rafizi dituduh cemburu dan iri hati dengan kedudukan Azmin waktu itu.
Atas keyakinan itulah Rafizi berani mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden.  Beliau sedar beliau mengambil risiko besar untuk berdepan dengan Azmin yang waktu itu adalah penyandang jawatan Timbalan Presiden dan Menteri Ekonomi.  Segala-galanya ada pada Azmin, bukan sahaja wang ringgit bahkan dengan kuasa dan pengaruhnya selaku Timbalan Presiden dan Menteri Ekonomi iaitu salah satu jawatan kanan dalam kerajaan. 
Akhirnya, terbukti telahan dan bacaan politik Rafizi tepat.  Azmin telah mengkhianati partinya sendiri dan lebih dahsyat lagi tokoh yang kontroversi dalam isu video Sandakan ini tergamak menjatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu. 
Itulah hebatnya Rafizi.  Tidak pelik kemunculannya di arena politik secara aktif ditagih oleh rakyat.  Beliau mampu mencuri perhatian rakyat berbilang kaum yang sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin kecuali Anwar Ibrahim.  Kita mendoakan kemunculannya seberapa segera.  Adakah di Sabah langkah pertamanya? 

WFAUZDIN NS

Penyelewengan SRC kes Najib yang paling memalukan - Hakim Mohd Nazlan


KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk.

Mohd Nazlan yang mensabitkan Najib terhadap semua tujuh tuduhan dan memerintahkan bekas perdana menteri itu dipenjara 12 tahun, dan didenda RM210 juta, berkata ia bukan sahaja disebabkan oleh alasan bagaimana jenayah itu dilakukan, malah kes berprofil tinggi berkenaan turut membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.

Melalui alasan penghakiman penuh setebal 801 muka surat, Mohd Nazlan berkata, kes terbabit mempunyai elemen yang memberikan kesan ke atas kepentingan awam kerana dana RM42 juta itu adalah milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berkemungkinan berasal daripada dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM4 bilion.

"...dan yang paling penting ia membabitkan seseorang individu yang pada ketika itu berada dalam pada tertinggi dalam kerajaan," katanya.

Pada 28 Julai lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC.

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Sementara itu Mohd Nazlan berkata, Najib selaku tertuduh tidak menunjukkan penyesalan, malah mempertahankan pembelaan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC itu dalam rayuannya bagi diringankan hukuman.

"Tetapi saya tidak boleh menafikan beliau adalah Perdana Menteri negara ini dan tidak boleh mempersoalkan sumbangannya untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai cara kerana beliau adalah Perdana Menteri selama sembilan tahun.

"Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada dari segi keseimbangan, beliau melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

"Walau apa pun, ia adalah tidak selari dengan idea sesebuah pentadbiran negara yang bersih daripada rasuah yang tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan kuasa," katanya.

Mahkamah Rayuan menetapkan pada 15 Oktober ini bagi pengurusan kes rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.

Menurut Mohd Nazlan, sabitan ke atas kesalahan menyalahgunakan kedudukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pelanggaran yang paling serius di antara ketiga-tiga tuduhan yang dikenakan.

Beliau berkata, ia adalah kerana berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kesalahan itu dilakukan.

Kedudukan tertuduh ke puncak kepimpinan tertinggi negara dan cengkamannya terhadap kekuasaan politik disebabkan oleh rakyat yang memberikannya amanah dan kepercayaan menegakkan sistem demokrasi berperlembagaan.

"Sabitan terhadap semua tujuh tuduhan berkaitan menyalahgunakan kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan," katanya.

Mohd Nazlan berkata, tiada sebarang merit bagi mahkamah untuk meragui mengapa tertuduh melakukan apa yang dilakukannya walaupun kedudukan beliau di puncak kekayaan dan kekuasaan tidak dapat dipertikaikan lagi.

Najib seorang individu yang mempunyai tahap intelek yang tinggi dan sudah pasti memiliki pandangan tegas dalam membezakan antara yang betul dan salah.

"Saya hanya perlu menekankan tiga perkara, ...pertama, tertuduh disabitkan dengan tujuh tuduhan jenayah ketika menjadi Perdana Menteri, dengan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

"Kedua, sebagai akibatnya beliau harus dihukum berdasarkan kepada peruntukan undang-undang.

"Ketiga, kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan sumpah kehakiman iaitu memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan dalam menjatuhkan hukuman dengan memastikan peruntukan Artikel 8 bahawa semua orang sama di sisi undang-undang, ditegakkan," katanya.

Hakim itu berkata, sama ada kompas moral negara perlu ditentu ukur secara berbeza wajar dibahaskan dalam forum lain kerana apa yang ingin ditegaskan mahkamah adalah kesucian peraturan undang-undang dan ketuanan perlembagaan.

Tegasnya, tiada seorang pun malah tokoh politik yang paling berkuasa serta pemimpin negara menikmati keistimewaan bahawa mereka tidak boleh dikalahkan oleh undang-undang.


Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...

Nozam Aka

Dulu puas Pas tuduh DAP besar kepala, nak jadi tuan. Padahal hubungan Pas-DAP adalah dalam bentuk kerjasama.

Sebagai ahli Pas ketika itu aku dapat merasakan rasa hormat DAP terhadap Pas. Dalam pilihanraya pun boleh nampak ahli dan pemimpin DAP sama-sama kibarkan bendera Pas.

Tapi Pas fitnah tuduh DAP nak jadi tuan. Akhirnya hari ini terbukti Umno/BN telah menjadi tuan Pas. Pemimpin Pas kehilangan suara, hanya patuh kepada segala suruhan Umno/BN.

Bendera Pas sendiri semakin menghilang. Tak terlihat ahli atau pemimpin Umno kibar bendera Pas. Yang ada ahli dan pemimpin Pas tergila-gila kibar bendera BN.

Pas juga dulu saban hari meratib Amanah khadam DAP. Sedangkan jelas DAP dan Amanah adalah bersahabat. Istilah khadam itu dicipta untuk timbulkan persepsi buruk terhadap Amanah.

Dan sekarang, nampaknya Amanah yang dikatakan khadam itu dapat juga bertanding di Sabah. Sebaliknya Pas yang terpaksa menelan aib kerana terhalang dari meletakkan calon.

Bayangkan, parti yang dah berusia lebih 60 tahun tak mampu meletakkan calon. Sedangkan parti nyamuk yang baru berusia 5 tahun pun mampu letakkan calon dan tampak lebih gagah.

Nyatalah Pas khadam kepada BN. Hingga tak berani bersuara untuk kepentingan parti sendiri.Tak malukah ahli Pas semua? Sekarang semua tohmahan dan fitnah jahat kamu telah terjawab.

Begitulah bila Allah sendiri yang menjawab...



DEWAN ULAMAK PAS BERSYUKUR DAPAT BANTU RAMPAS MANDAT RAKYAT?*

Merompak dan menyamun gunakan nama Allah ...pelampau ugama

Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari Ustaz Nik Zawawi di muktamar kat TV tadi. Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan.  

Jual nama Allah. Maha suci Allah tidak akan menghalalkan kerja khianat jauh sekali Allah ciptakan pengkhianatan itu. Apakah kamu patut bersyukur berada bawah kerajaan tanpa mandat rakyat yg menaikkan kembali puak kleptokrasi serta sekutunya?  

Jika itu adalah kerja Allah, mengapakah kamu melaknat kerajaan Zamri (UMNO) di Perak pada tahun 2009 yang merampas kuasa dari Nizar (PAS) dulu? Kenapa mengharamkan kerajaan rampasan kuasa waktu itu sehingga beberapa orang lebai berbaring di tgh jalan depan istana membantah pelantikan Zamri sebagai MB Perak? Apa beza rampasan itu dengan rampasan di Pusat sekarang?

Bezanya, rampasan di Perak itu kamu maki hamun kerana parti kamu hilang kuasa. Manakala rampasan kuasa di Pusat ini kamu dapat kuasa jadi Menteri. Bukan?

Kenapa kamu babitkan nama Allah di dalam kerja jahat dan kotor kamu? Tidak malukah kamu yg berserban besar dan berjubah labuh itu dilihat oleh orang2 bukan Islam betapa seolah2 Islam ini mudah menukar hukum ikut kepentingan perut masing2.


*WFAUZDIN NS*

Diantara penyelewengan di dalam memahami agama ialah:




1. Mengambil nas tentang perang dan mengaplikasikannya dalam suasana aman.

2. Mengambil nas tentang aqidah dan ibadah, lalu mengaplikasikannya dalam urusan muamalah. 

3. Mengambil sesuatu nas dan menafsirkannya secara eksklusif berpihak kepada kelompok mereka dan mencemuh kelompok lain.

4. Mengambil sesuatu nas tetapi applikasinya tidak relevan dengan realiti sebenar. 

5. Mereka-reka dalil agama untuk menutup keburukan dan kesalahan sendiri.

6. Menggunakan dalil agama untuk memanipulasikan manusia lain untuk kepentingan diri dan kelompok sendiri.

7.  Membawa dalil agama untuk menyebarkan kebencian, permusuhan, dan perbalahan di kalangan manusia.


HUSAM SAH LETAK JAWATAN


Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) yang diadakan pada 6hb September lepas telah meluluskan permohonan Datuk Husam Musa untuk melepaskan jawatan Naib Presiden AMANAH.
Permohonan perletakan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk AMANAH di Kelantan, khasnya di kawasan Parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai.
Memandangkan kebolehan dan kemampuan beliau masih diperlukan di peringkat nasional, JK Nasional AMANAH telah mengambil keputusan untuk meminta beliau berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro AMANAH dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15.
Tiga Biro ini adalah Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi. Kertas cadangan berhubung peranan baharunya sedang disediakan untuk persetujuannya.
Apa jua gambaran bahawa beliau meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Presiden atau mana-mana pimpinan AMANAH adalah tidak berasas. Sebaliknya ianya dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan AMANAH di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.
Sekian, terima kasih.
KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi AMANAH
14 September 2020

ULAMA PAS KETERLALUAN



Saya menonton klip video ucapan seorang perwakilan Pas (Hassan Muhammad) dalam muktamar Pas yang berkata:

"… bila kita di Sabah, kita tidak bertanding. Untuk melahirkan rasa kecewa, boleh. Tapi rasa untuk menentang, tidak boleh. Nabi SAW sebut, sapa-sapa (sesiapa) yang cuba-cuba nak memecahbelahkan perpaduan kita, Nabi SAW sebut, faqtuluh, bunuh dia…"

Saya sempat meninjau hadith Nabi SAW yang ada ungkapan "faqtuluh (bunuh dia)". Ada banyak hadith yang ada ungkapan itu termasuk hadith bunuh orang murtad.

Saya berjumpa sebuah hadith riwayat Muslim yang mungkin dirujuk oleh pembahas berkenaan.
Nabi SAW sebut, "Akan berlaku bencana besar. Sesiapa yang mahu memecahbelahkan urusan umat ini dalam keadaan mereka bersatu-padu, maka pukullah (bunuhlah) dia dengan pedang, biar siapa sekalipun dia." (Muslim: 3442).

Memang ada riwayat yang lain yang menggunakan lafaz "faqtuluh (bunuhlah dia)", ganti kepada "pukullah dia dengan pedang", juga riwayat Muslim tetapi melalui jalur sanad yang lain.

Allah lebih tahu. Bagi saya, menggunakan hadith ini untuk menjustifikasikan kewajipan taat kepada pemimpin Pas dalam isu PRN Sabah agak keterlaluan dan janggal.

Apatah lagi, mewajarkan bunuh kepada mana-mana ahli Pas yang menentang keputusan pemimpin Pas dalam kes berkenaan. Ini sudut pandang saya:

1. Nabi SAW sebut, "memecah belahkan urusan umat ini" merujuk kepada umat Islam yang berada di bawah satu kepimpinan, bukan merujuk kepada Pas. Ungkapan "umat ini" tidak merujuk kepada Pas dan kepada mana-mana parti politik.

2. Lawan keputusan pemimpin dalam isu PRN Sabah adalah persoalan politik bukan persoalan aqidah (murtad), atau jenayah nyawa (bunuh), atau jenayah maruah (penzina sudah berkahwin) yang layak ditumpahkan darah.

3. Kedudukan pemimpin Pas tidaklah setaraf khalifah yang dibai'ah seperti Khulafa' Rasyidin sehingga layak dibunuh jika ditentang. Para Khulafa' Rasyidin sendiri tidak sewenang-wenang menghukum bunuh kepada penentang mereka.

4. Menentang pemimpin Pas tak sama dengan menentang kepimpinan umat kerana Pas hanya sebuah parti politik sama seperti parti politik yang lain. Kedudukan seseorang sebagai ahli parti politik tak sama dengan kedudukan seseorang di bawah kepimpinan umat.

5. Kegagalan Pas menyertai PRN Sabah kerana disailang oleh rakan politik parti itu. Namun pemimpin Pas tak membantahnya kerana menjaga beberapa kepentingan politik parti berkenaan. Wajarkah ahli yang membantah dibunuh?

Saya fikir pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan hadith untuk menjustifikasikan kekecewaan mereka dalam politik. Jangan sampai dilabel penjual hadith pula selepas beberapa kali menjual ayat al-Quran.

ZOLA
Perak Darul Ridzuan
13 Sept 2020

KEADILAN CABAR MUHYIDDIN TUNJUK PN SUDAH DIDAFTAR


Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badlishah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Sehubungan itu, saya mencabar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran Perikatan Nasional yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.
Seandainya Perikatan Nasional masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta dengan membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional.
Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat untuk menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak untuk memilih calon dari parti yang sah disisi undang-undang untuk menjadi wakil seterusnya membentuk kerajaan negeri.
Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan untuk bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat khususnya warga Sabah.
YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
14 SEPTEMBER 2020.

27 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL



SILA TEKAN BUTANG 
> UNTUK BACA BERITA AWAL 


PRN Sabah: Calon DUN Tamparuli 'underdog', tapi yakin boleh ambil hati pengundi

 

KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

 Calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi, Jahid Jahim yang bertanding sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Denis George Kian Fah @ Denis Gimpah selaku calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan Dr Raymond Alfred @ Jenry sebagai calon Parti Liberal Demokratik (LDP).

 Malah, Alijus merupakan salah satu calon yang baru pertama kali bertanding dalam pilihan raya berbanding Jahid yang sudah mempertahankan kerusi itu selama empat penggal.

Namun, di sebalik statusnya selaku calon underdog, Alijus yakin beliau mempunyai tarikan tersendiri untuk mendapatkan sokongan pengundi di Tamparuli.

 “Orang kata calon baru ini sekilas pandang adalah underdog, tapi dalam hati ini, saya yakin saya boleh ambil hati pengundi.

 “Penyandang kerusi sudah menjadi Yang Berhormat Tamparuli sebanyak empat kali dan sudah membuat pelbagai perkara tetapi saya rasa saya boleh buat lebih banyak dan lebih baik daripadanya.

 “Saya tidak mahu cakap negatif kepada calon lain, Cuma kalau dipilih, insya-Allah saya akan buat lebih baik,” katanya kepada Suara KEADILAN.

Kempen Alijus pada hari pertama di Tamparuli diperkasakan dengan kehadiran Nurul Izzah Anwar yang turut serta menyantuni rakyat dan berkempen di sekitar pekan, kedai-kedai dan pasaraya bagi memastikan penduduk kawasan itu mengundi KEADILAN pada hari mengundi nanti.

 “Rata-rata penduduk mengenali saya, mereka bersikap positif dan gembira apabila berjumpa saya.

 “Saya membesar di Tamparuli dan ibu saya merupakan penjaja di pasar dulu menjual beras. Jadi sebab itu apabila saya memperkenalkan diri sebagai anak kepada penjaja, mereka positif dan ini memberikan saya semangat untuk meneruskan kempen.

 “Banyak juga yang mahu mengundi dan saya mendapat sambutan yang baik. Ada dari golongan berumur ada juga belia.

 “Ini menunjukkan mereka perlukan pemimpin yang mereka kenal dan mereka beri sokongan dan mahukan pimpinan baru di Tamparuli,” katanya.

Dalam pada itu, Alijus mengingatkan kepada semua calon KEADILAN bahawa mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi membantu Warisan Plus memenangi PRN Sabah.

 “Sebagai satu pasukan, kita mempunyai keyakinan untuk memenangi semua kawasan, PRN kali inilah kita boleh perbaiki keputusan yang diperoleh sebelum ini dan insya-Allah KEADILAN boleh ambil semua kawasan.

 “Kita bukan hanya ketengahkan calon lama dan berpengalaman tetapi juga calon baru seperti saya dan calon DUN Inanam, Peto Galim yang datang dari golongan profesional.

 “Jadi saya yakin calon yang diketengahkan boleh mendapat kemenangan di seluruh kawasan. Apa jua kemenangan akan membawa impak kepada gabungan Warisan Plus,” katanya.

Pada masa sama, Alijus berpandangan KEADILAN tetap perlu membuktikan keupayaan untuk memenangi kerusi DUN di PRN Sabah.

 “Apa yang penting, kalau mahu beri sumbanagn, kita kena menangkan parti dulu, kalau 7 kerusi menang semua besarlah sumbangan kepada Warisan Plus, tapi kalau kurang makin kuranglah sumbangan.

 “Apabila ramai calon KEADILAN menang, bolehlah kita dapat jawatan penting dalam cabinet dan boleh buat keputusan di peringkat negeri, bukan hanya mendengar tetapi kita juga boleh membantu rakyat secara langsung.

 “Dalam soal pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), saya cukup arif selaku bekas presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), jadi portfolio kerajaan tempatan ini satu perkara yang saya boleh bantu rakyat Sabah,” katanya.

 

63 tahun mundur, mana agenda bela Melayu PN?

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbangga kononnya telah menyelamatkan Melayu dari DAP dan berjanji untuk memajukan kaum itu lebih daripada mana-mana kerajaan yang pernah memerintah Malaysia.

 Bagi Koordinator Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Mustaffa Kamil Ayub, PN tidak harus beretorik tetapi perlu segera membuktikan pembelaan mereka ke atas Melayu dengan mewujudkan beberapa skim atau program khas untuk membantu kaum tersebut.

 "Setelah lebih 63 tahun merdeka, kelihatannya kedudukan orang Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai sektor, walaupun adanya hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputra serta Dasar Ekonomi Baru (DEB). Di mana silapnya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini?

 "Justeru, GRM menyeru agar Kerajaan Persekutuan di bawah PN yang melaungkan slogan membela Melayu mesti segera mengemukakan pelan-pelan konkrit serta agenda-agenda sistematik dalam perkara ini," kata Mustaffa dalam satu kenyataan.

 Menurut beliau lagi, agenda Melayu tidak sewajarnya dijadikan mainan politik atau propaganda menyokong sesuatu pemerintahan. Sedangkan majoriti kaum itu kesempitan hidup sejak era BN.

 Katanya, PN mesti membuktikan perjuangan 'menaikkan martabat Melayu' bukan untuk agenda politik perkauman seperti yang dilakukan BN sebelum ini

 "Orang Melayu majoriti atau lebih 60% serta merupakan penduduk asal negara ini. Kestabilan sosio-ekonomi-politik kelompok ini akan menjamin kestabilan keseluruhan rakyat Malaysia.

 "GRM dalam hal ini berpandangan proses (memartabatkan Melayu) ini mestilah tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak atau diekploitasi menjadi isu perkauman sama ada dalam kalangan orang Melayu atau bukan Melayu," katanya lagi.

 Namun menurut Mustaffa, sekiranya agenda membela Melayu mahu dipolitikkan atau menemui kegagalan sebagaimana DEB yang diperkenalkan pada era 1970an lalu maka lebih baik dilaksanakan dasar yang lebih menyeluruh.

 Katanya, agenda ekonomi untuk semua tetapi tidak meminggirkan Melayu sebagaimana yang dicadangkan oleh KEADILAN adalah lebih sesuai diamalkan dalam era globalisasi bagi menjadikan Melayu kaum yang ampuh bersaing di pentas dunia.

 "GRM berpandangan membela kelompok tertinggal sama ada orang Melayu, Kadazan, Dayak, Cina, India dan seumpamanya mesti dibuat secara adil tanpa ketirisan, tiada penyelewengan, rasuah, pembaziran atau pembolotan.

 "Untuk itu GRM menyeru kepada pembinaan Malaysia Baharu tanpa mencabut akar dan asas yang ada. Malaysia Baharu juga sewajarnya terbina sebagaimana asas dalam pembinaan Masyarakat Madani Madinah iaitu aqidah, ilmu, akhlak, adab, kerohanian dan dakwah.

 "Membina Malaysia Baharu juga serentak memakmurkan serantau serta model globalisasi manusiawi yang pernah dilakukan dalam pengalaman pembinaan insan dalam tamadun Islam," katanya.

 GRM merupakan gabungan 10 pertubuhan reformasi untuk menggerakkan perubahan total ke atas masyarakat Malaysia.

 

KEADILAN cabar Muhyididn buktikan pendaftaran PN



KEADILAN mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan gabungan Perikatan Nasional (PN) telah didaftarkan sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 12 September lalu.

 Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, hal itu sangat penting kerana tanpa pendaftaran yang sah maka pencalonan calon-calon PN adalah terbatal dan tidak layak bertanding sama sekali.

 "Saya merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Saudara Syed Badli Shah Syed Osman berhubung ketiadaan maklumat pendaftaran Perikatan Nasional di dalam rekod di laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

 "Sehubungan itu, saya mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk menunjukkan bukti kelulusan pendaftaran PN yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kepada umum.

 "Seandainya PN masih belum didaftarkan secara rasmi, saya mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan serta merta membatalkan pencalonan semua calon-calon yang bertanding di bawah tiket PN," kata Shamsul dalam satu kenyataan.

 Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, sekiranya calon-calon PN dibenarkan bertanding tanpa pendaftaran yang sah maka sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan ditertawakan di seluruh dunia.

 Rakyat Sabah juga, katanya, tidak lagi akan memandang tinggi wakil-wakil rakyat di dalam Kerajaan Negeri dan kerajaan Malaysia.

 "Pilihan raya adalah platform penting buat rakyat menggunakan hak mereka sebagai warganegara. Mereka berhak memilih calon dari parti yang sah di sisi undang-undang untuk menjadi wakil, seterusnya membentuk Kerajaan Negeri.

 "Sekiranya calon-calon yang mewakili sebuah pertubuhan haram dibenarkan bertanding, ini merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga buat rakyat, khususnya warga Sabah," katanya lagi.

 Sebelum ini, Syed Badli telah melakukan semakan di pangkalan data ROS dan tidak menemui nama PN dalam senarai pertubuhan politik yang telah didaftarakan.

 

PAS BOLEH JADI MANGSA PENGAGIHAN KERUSI PRU 15?


NI NAK LANCAR JENTERA PILIHANRAYA KA ATAU JENTERA PAJAK BENDERA BN/PN ???


 

DULU TOLAK HUDUD KE NERAKA, SEKARANG HUDUD TAK BOLEH TANYA?

KESIAN, YB MELOMPAT JADI CALON BEBAS