KENYATAAN MEDIA DSAI

11 Jun 2020
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima banyak persoalan berkenaan jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat di pihak Pakatan Harapan, Warisan, dan kumpulan Bersatu yang bersama Tun Mahathir.
Ingin dimaklumkan bahawa jumlah 107 Ahli Parlimen seperti yang diperjelas sewaktu sesi Facebook Live beliau pada 10 Jun 2020 adalah berdasarkan jumlah yang diwakili setiap parti yang hadir sewaktu mesyuarat Pakatan Harapan (PH) bersama Bersatu dan Warisan pada 9 Jun 2020, dan belum mengambil kira Ahli Parlimen Bebas ataupun mana-mana pihak lain yang tidak hadir di dalam mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM



KAMILAH PENYAMON....


Beraninya MCA cadang buka masuk pelancong dari China Siapa boleh pastikan pelancong China sedia ada akan pulang?






Siapa boleh pastikan pelancong China sedia ada akan pulang?


BANGI, 17 Syawal 1441H, Selasa – Tatkala rakyat runsing dan sangsi dengan masalah ratusan ribu pelancong asing yang tidak pulang ke negara mereka, pemimpin MCA dengan berani menggesa penggalakan perniagaan pelancongan dengan China dan ASEAN terutamanya Vietnam serta Thailand.
Tidak berpuas hati dengan gesaan itu, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menyifatkan, ia sebagai amat tidak wajar memandangkan ratusan ribu warga asing terutama dari China dan India masih tidak dapat dikesan keberadaan mereka ketika ini.
Bahkan, katanya, tiada rekod keluar sebanyak 95 peratus daripada pelancong asing setelah mereka masuk ke negara ini bermula 2016 hingga 2018. 
“Siapakah yang akan pastikan ratusan ribu pelancong China yang sedia ada di Malaysia pulang ke China sebelum puluhan atau ratusan ribu yang lain berkunjung ke Malaysia?
“Itu belum lagi diambil kira masalah wabak COVID-19 yang belum pulih ke tahap yang lebih selamat di seluruh negara.
“Di manakah tahap pemikiran dan fokus perjuangan politik di kalangan pemimpin Melayu hari ini?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin, Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia, Datuk Seri Chuah Poh Khiang menggesa kerajaan membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara jalur dan laluan dengan syarat keselamatan tertentu.
Pada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia bagi menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara.
Mengulas lanjut, Prof Zainur menggesa pemimpin politik terutamanya orang Melayu agar berpolitik secara profesional dan mendahului agenda agama, bangsa dan negara serta menilai kembali kerjasama dengan parti-parti Cina.
“MCA, Gerakan dan DAP adalah parti politik yang berbeza tetapi mempunyai kesamaan terhadap agenda bangsa, bahasa, ekonomi dan masa depan politik bangsa Cina di Malaysia.
“Walau pun MCA hanya mempunyai dua orang Ahli Parlimen dalam kerajaan PN sekarang, namun suaranya vokal dan sentiasa memperjuangkan agenda yang menguntungkan mereka bersama,” katanya.

AKMAL NASIR: Apa yang kita boleh buat susulan pengguguran pertuduhan 46 kes Musa Aman?




Kita tidak mahu pertuduhan rasuah dan penyelewengan melibatkan orang politik tiada kesudahan.

Paling mudah, beranikah setiap Ahli Parlimen Perikatan Nasional isytihar harta?

Hakikatnya, akauntabiliti MP perlu kepada rakyat.

Kemudiannya, kita perlu adakan Akta ‘Kemewahan Melampaui Kemampuan’ atau ‘Living Beyond Means’ iaitu mereka yang didapati hidup mewah melampaui kemampuan perlu menjelaskan sumber pendapatan.

Bila ada kemewahan melampaui kemampuan, maknanya ada pendapatan secara haram. 

Mana kamu dapat duit sebanyak itu?

Jika tidak dapat terangkan sumbernya, itu sudah menjadi satu kesalahan.

Ini akan mengurangkan kes-kes salah laku terlepas begitu sahaja atas alasan teknikal atau tidak cukup bukti.

Kenyataan Terbuka 11 Jun 2020-Fatamorgana Peralihan Kuasa

Kenyataan Terbuka
11 Jun 2020
Fatamorgana Peralihan Kuasa

1. Selasa lalu sekitar jam 3 petang, satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan Tambahan (PH Plus) telah berlangsung di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat.
2. Mesyuarat yang berdurasi 3 jam itu telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan panel utama terdiri daripada YB Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Lim Guan Eng, YB Mat Sabu dan YAB DS Shafie Apdal, selain kepimpinan tertinggi setiap parti.
3. Perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dalam soal mendapatkan semula Mandat Rakyat menjadi agenda utama. Dilaporkan perbincangan tersebut menampakkan kemajuan yang amat positif.
4. Namun tiada kata putus yang diumumkan setelah tamatnya mesyuarat. Segala keputusan hanya akan dimuktamadkan dalam masa seminggu. Samada pengumuman yang tiada keputusan ini satu strategi atau satu kebuntuan, ia subjektif kepada siapa yang menafsirnya.
5. Secara jujurnya ada dua perkiraan dalam dua situasi. Perkiraan siapakah yang akan menjadi PM, samada Anwar Ibrahim atau masih Tun Mahathir, dan situasi apakah perlu kebangkitan semula Kerajaan PH secara segera dengan majoriti yang mungkin setara kerajaan sedia ada, atau memilih untuk terus menjadi pembangkang sehingga PRU-15 dengan memantapkan gerakan.
6. Ada pro dan kontra dari setiap perkiraan dan situasi, yang dipercayai kalau terus dibahaskan mungkin akhirnya akan menemui jalan buntu.
7. Peralihan kuasa adalah antara soal pokok untuk memecah kebuntuan. Tetapi bagaimana hendak menamakan Tun Mahathir sebagai PM ke-9 sedangkan ketika berkuasa, Tun telah gagal melaksanakan janji serah kuasa sehingga kuasanya terbubar dengan perletakan jawatan tanpa perbincangan bersama.
8. Malah apabila dicadangkan Anwar ke dalam kabinet, ditolak mentah. Pelan Peralihan Kuasa juga tidak mahu dibincangkan dan tarikh serah kuasa pula tidak mampu ditetapkan. Terimalah hakikat, menyaksikan peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Anwar adalah umpama mengejar fatamorgana.
9. Janganlah dirosakkan buku sejarah anak-anak kita dengan ketandusan politik apabila meletakkan Tun Mahathir PM ke 9. Apa justifikasi kita untuk menceritakan kisah sejarah Perdana Menteri tiga kali?
10. Kononnya semua pihak mahukan Tun sebagai PM-9 menjadi umpan yang begitu laris, padahal menamakan Tun sebagai PM-9 adalah satu keputusan yang lemau dan lapuk, sepertimana lemaunya idea 'revival' PPSMI dan sebagaimana lapuknya idea perusahaan otomobil ketiga.
11. Mengapa tidak diumumkan sahaja Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya? Ia mungkin satu keputusan yang agak skeptikal jika sekadar khabar angin, tetapi jika Anwar benar-benar diumumkan oleh PH Plus sebagai PM kali ini, seluruh negara akan terasa auranya, seantero dunia akan merasa bahangnya.
12. Menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu adalah sangat bugar dan segar di perdu jiwa masyarakat. Percayalah, di saat Anwar Ibrahim diumum sebagai Perdana Menteri, ia mampu mencetus motivasi lebih ramai ahli parlimen untuk bersama Pakatan Harapan. Ketika itu, nombor bukan lagi satu perkiraan.
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

TIPU ISTANA, CURI AYAM SEMBELIH BACA "BISMILLAH"


Pertama, tipu istana kononnya cukup jumlah sokong dia PM. Walhal dia masukkan nama Tun, Mukhriz, Syed Sadiq, dan beberapa lagi penyokong Tun. Kedua, tipu lagi bagitahu kononnya istana tidak suka Anwar.
Boleh berbangga rakyat Msia ada PM seperti ini hanya kerana pandai baca doa dalam bahasa Melayu? Umpama pencuri yang curi ayam kemudian sembelih baca "Bismillah".

WFAUZDIN NS


4 MP BERSATU SABAH SOKONG TUN?

TINDAKAN MUHYIDDIN DALAM BERSATU TAK SAH?

Anwar dakwa PH, Warisan dan pasukan Dr Mahathir ada 107 sokongan


Anwar dakwa PH, Warisan dan pasukan Dr Mahathir ada 107 sokongan
Pada Selasa, pemimpin PH bermesyuarat bersama Dr Mahathir dan Mohd Shafie. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) bersama sekutunya kini mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Selain kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, PH turut mendapat sokongan wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan), dakwa Anwar.

Beliau mendedahkan jumlah sokongan yang diperolehi gabungan yang media namakan Pakatan Harapan (PH) Plus itu ketika sesi secara langsung di Facebooknya pada Rabu.

"Kita berkumpul dan kita capai satu persetujuan. Apa pun strategi harus bersama. Pembangkang harus teguh dengan pendirian mereka.
“Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

“Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya.

Pada Selasa, pemimpin PH bermesyuarat bersama Dr Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selepas mesyuarat yang berlangsung selama empat jam itu, hanya kenyataan ringkas dikeluarkan memaklumkan satu keputusan akan dimuktamadkan dalam masa seminggu.

Ada pemerhati dan penganalisis politik yang berpendapat PH Plus gagal mencapai apa-apa persetujuan selepas mesyuarat berkenaan sekali gus memberi bayangan hasrat PH kembali membentuk kerajaan menemui jalan buntu.

MUSA BEBAS JANGAN BUAT TERKEJUT….

Goldman Sachs tawar 5 kali ganda ditolak, Riza Aziz tawar 1/3 diterima


Goldman Sachs tawar 5 kali ganda ditolak, Riza Aziz tawar 1/3 diterima
Layanan berbeza untuk anak tiri Najib dan Goldman 



Tindakan kerajaan menolak tawaran syarikat pengurusan kewangan Amerika, Goldman Sachs yang menawarkan lima kali ganda (5 x) jumlah fi yang diambilnya, tetapi dalam masa yang sama menerima tawaran satu per tiga (1/3) dari yang diambil Riza Aziz memeranjatkan banyak pihak.
Bagi Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, beliau pelik dan terperanjat dengan tindakan kerajaan yang berbeza-beza itu.

KHALID ABD SAMAD
“Goldman Sachs tawar 5 kali ganda jumlah fi yang diambilnnya iaitu USD3 bilion untuk fi USD 600 juta, tetapi dikatakan tak cukup.
“Reza Aziz bayar hanya 1/3 dari yang digunanya dikatakan OK!” tulis Khalid, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam twitternya.
Bagi beliau, kerajaan harus meneruskan samannya terhadap kedua-dua pihakd an menolak tawaran mereka.
“Setuju teruskan dakwaan terhadap Goldman Sachs. Setuju tuntut 5 kali ganda dari Reza Aziz,” tulis beliau.
Anak tiri Datuk Seri Najib Razak,   Riza Shahril Aziz yang dituduh dengan lima pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), dilepaskan oleh Hakim Azman Ahmad.
Beliau dibebaskan melalui proses tawar menawar di mana mahkamah membenarkan pelucutan hak dari Reza hampir RM600,000.
Ia adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai oleh Riza dengan pihak pendakwaan bagi membolehkan dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ketika menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad berharap akan dapat capai suatu penyelesaian luar mahkamah dengan Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB tidak lama lagi, tetapi berkata pampasan lebih 1 bilion dolar yang ditawarkan bank itu terlalu kecil.
Malaysia mendakwa Goldman dan 17 bekas pengarah dan semasa di unit-unitnya mengelirukan pelabur mengenai jualan bon berjumlah AS$6.5 billion yang bank US itu bantu untuk 1MDB.
Mahathir berkata Malaysia menuntut AS$7.5 bilion daripada Goldman dan rundingan sedang berjalan.
“Kami mahu elak pergi ke mahkamah, tetapi kalau mereka boleh tawarkan jumlah yang munasabah saya fikir kami akan setuju,” katanya dalam temubual dengan Reuters 10 Disember 2019 lalu.
Namun cadangan Dr Mahathir itu ditolak oleh pembangkang ketika itu.

VIDEO : ABANG MAT KISAH JUAL PETAI DAN 46 PERTUDUHAN

SUARA MUHYIDDIN PETIK NAMA AGONG


SUARA MUHYIDDIN PETIK NAMA AGONG







0:00 / 3:41


Salam Mamu

PM PNitu Belakang petik nama Agong dan Istana dalam Mesyuarat Parti untuk halalkan pengkhianatan dia.

Bocor satu rakaman suara PM Pntu Belakang dalam mesyuarat MPT Bersatu 23 Feb lalu. Nampaknya Muhyiddin dah gunakan nama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dikasihi Rakyat Malaysia untuk 'menghalalkan' pengkhianatannya.

Kenapa nak petik Agong ya Muhyiddin? Cuba nak salahkan Agong ke tu?

Diri sendiri hati busuk, jangan nak palitkan Agong pula. Ingat sikit, Agong adalah pembela dan benteng rakyat. Jangan main petik je demi nak selamatkan diri sendiri.

Mohon share agar Rakyat Malaysia tahu bahawa Abah yang disayangi ni sebenarnya sengaja merancang dengan menjual nama YDPA.

TAHNIAH PAS KERANA BERJAYA ...


HAMSINA HAMZAH

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦.. dengan pelantikan peguam baru kleptokrat Musa Aman akhirnya dapat dibebaskan 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 ‼

Inilah yg dinanti-nantikan sebilangan besar golongan kleptokrat VIP yg sedang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan ubah wang haram sekarang ini utk mereka juga bakal mahu dibebaskan.

#PNyangak
#PNyamun
#PNipu

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

PUNYA LAH PENAKUT NAK MASUK PARLIMEN





Punyalah penakut nak masuk Parlimen macam nak jumpa Malaikat Maut. Agaknya dalam waktu senggang tak bersidang, sempat lagi kalau nak lepaskan penyangak agaknya.

Dengan izin Allah jua, namun adakah Allah redha perbuatan kalian?

Rakyat Malaysia sedang dipertontonkan dengan kisah pengkhianatan yang sangat memalukan ketika awal pertarungan petugas kerajaan melawan Covid19. Pihak PH sangat menghormati turunnya bala, dan tidak bertindak di luar batasan demokrasi.

Apa yang kami rakyat dapat belajar dari peristiwa ini ialah, golongan yang berakal mencari jalan terbaik supaya keamanan terpelihara, dan peluang untuk petugas barisan hadapan melawan wabak terus utuh tanpa terganggu dengan krisis politik.

Namun apakan daya, puak yang khianat merampas kuasa dan memperlekehkan mandat rakyat terus rakus menjalankan jentera kerajaan sesuka hati, penggunaan dana awam tanpa periksa dan imbang, mengumumkan kedudukan kewangan yang mengelirukan dan akhirnya kini, kedudukan kewangan negara menuju jalan kelabu!

Adakah parlimen Malaysia sudah cacat? Tidak! Parlimen tetap ada tapi perampas kuasa nampaknya tidak berani berhadapan secara anak jantan di gelanggang perbahasan.

Mereka di pihak pemerintah seolah-olah menarik masa supaya gelembung kuasa boleh diperluaskan dengan permainan politik kotor, lalu mereka terpaksa membebaskan dakwaan terhadap elit politik yang terlibat rasuah dalam skala besar demi mengekalkan sokongan.

Apa lagi yang kami rakyat boleh lakukan? Teruskan kerja kotor kalian. Dunia sedang perhatikan pergolakan ini. Rakib dan Atib sedang mencatat salah laku kalian yang terlibat kerja mungkar untuk secebis kuasa di dunia.

Namun, untuk mengharap kami rakyat berputih mata tidak sekali!

Kami akan lawan secara anak jantan di pentas demokrasi ini demi memperbetulkan kembali negara tercinta ini dari kembali ke tangan kleptokrasi!

Sekian, selamat berperang melawak pandemik gila kuasa Pengkhianat Nasional!

Abg Aim 😎





MENJELASKAN HUJAH HADI AGAR TIDAK TERSESAT



Tidak perlu ulamak besar untuk menjawab hujah Hadi ini.  Aku yang jahil ini pun boleh jawab hujah Hadi dan aku anggap ini hujah paling low class dari seorang Presiden Pas.

Sekali baca, memang ada benarnya hujah Hadi ini, iaitu orang beriman, walaupun sejahat mana, perasuah mana pun akan diterima taubatnya oleh Allah dan akhirnya ke syurga juga.  Orang tidak beriman yakni orang kafir tetap akan ke neraka walaupun di dunia ini banyak melakukan amalan kebaikan.

Namun, di dunia ini Allah menyeru kita untuk menyokong orang yang melakukan kebaikan dan menolak orang yang melakukan kejahatan, tidak kira apa jua agama mereka.  Muslim yang baik wajib kita sokong, muslim yang jahat atau perasuah wajib kita tolak.  Jangan sesekali bersekongkol dengan kezaliman, kelak dibakar api neraka.  Itu pesanan Allah.  Apakah boleh kita sokong perasuah dan pengkhianat walaupun mereka Islam?  Apakah boleh kita membantu dan bersekongkol dengan puak2 ini hanya kerana mereka itu Islam?  Ini bukan ajaran Islam.

Sekiranya kita menolak seseorang yang bukan Islam walaupun mereka berbuat baik dan menyokong seseorang muslim yang jahat dan mungkar, itu adalah ajaran sesat.  Seorang muslim mengajak kita minum arak, dan seorang kafir mengajak kita minum teh, wajarkah kita mengikut muslim itu tadi?

Orang tidak beriman memang tempatnya di Neraka.  Tetapi tidak boleh kita menghukumnya akan masuk neraka selagi seseorang itu masih hidup.  Berapa ramai orang kafir asalnya tetapi mendapat hidayah di  hujung nyawanya?  Ada juga orang Islam asalnya tetapi di akhir hidupnya telah murtad.

Jangan kerana termakan dengan hujah dangkal Hadi ini, maka kita beranggapan tidak kisah menyokong pemimpin rasuah dan pengkhianat asalkan mereka Islam kerana mereka boleh bertaubat dan taubat mereka Allah akan terima.  Jika di hadapan kita telah ada dua pilihan, satu pemimpin Islam yang tidak rasuah dan bersungguh2 melawan perasuah, dan satu lagi pemimpin Islam yang bukan sahaja perasuah, tetapi melepaskan perasuah yang lain, mana satu pilihan kita?

Ulamak yang menggunakan agama untuk politik wajib ditolak, dan pilihlah pemimpin yang walaupun bukan ulamak tetapi menggunakan politik untuk agama.  Ada bezanya.

WFAUZDIN NS


PN Perlu Akui Kemelesetan Ekonomi, Tangani Pengangguran Parah






DS Anwar Ibrahim mengulas isu mengurus pandemik ekonomi susulan wabak Covid 19. Perdana menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PENJANA. Namun tidak boleh dibahaskan di parlimen. Pembentangan ratusan bilion ringgit tanpa disoal dari mana sumber dan ke manakah bantuan tersebut akan disalurkan. Dalam soal pertumbuhan ekonomi, Singapura lebih realistik, akui pertumbuhan tahun 2020 negatif 8%. Di Malaysia, bulan Jun pun negara belum buka ekonomi sepenuhnya. Unjuran Malaysia perlulah realistik. Jika tidak masalah pengangguran yang parah akan berlaku. Masalah pandemik ekonomi bukan sahaja melibatkan rantaian bekalan tetapi juga permintaan pengguna berikutan peluang kerja terbatas dan pengangguran tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi. Anwar juga menegur polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) melantik ahli-ahli parlimen menerajui GLC secara sewenang-wenangnya. Menurut beliau, tidak semua ahli parlimen mampu melaksanakan tanggungjawab jadi pengerusi GLC. Ahli parlimen dipilih mewakili rakyat di kawasan dan bukan semua mampu mengawal GLC. Keadaan itu berlaku, kata Anwar, kerana pemerintahan PN sangat lemah dan mereka terpaksa berpaut kepada sokongan ahli parlimen yang disogok jawatan dan kewangan lumayan. Mengenai pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Anwar mempertikaikan moral pembebasan itu, kerana rakyat yang mencuri beberapa ratus ringgit dihukum penjara. Negara tidak boleh ada perundangan dua darjat. Biarpun Peguam Negara yang lalu Gani Patail memberi afidavit alasan perlepasan, tidak bolehkah dipersoalkan oleh kerajaan sekarang, bukti-bukti di Sabah perlu disiasat secara teliti. Oleh itu, menurut Anwar, Pakatan Harapan (PH) perlu menggandingkan kekuatan. Mesyuarat PH 9 Jun 2020, kata Anwar telah mencapai persetujuan, apa pun strategi harus bersama. Pembangkang dengan 107 ahli parlimen akan mara sebagai satu pasukan agar mandat rakyat dihormati. Mengenai pendidikan pula, isu penjarakkan sosial masih belum diselesaikan setelah beberapa bulan sekolah ditutup. Anwar mencadangkan masalah tersebut perlu dihalusi dan mengambil semua pendapat daripada guru, pensyarah, pelajar serta mahasiswa untuk mengutarakan pandangan mereka. Hal tersebut penting kerana keputusan di peringkat atasan biasanya berbeza dengan komuniti pendidikan di bawah.