DAH TAK ADA ORANG LAIN LAGI KAH?


MOHD BAZLI



Saya berpendirian untuk tidak mahu komen apa-apa berkenaan perlantikan Mahadzir Khalid, Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Padang Terap sebagai Pengerusi TNB yang akan berkuatkuasa pada 12 Mei 2020.
Saya juga tidak mahu sentuh berkenaan elaun dan gaji yang kemungkinan akan diterima beliau berdasarkan laporan Annual Report TNB yang berjumlah sekitar RM30 ribu sebulan tak termasuk elaun-elaun lain.
Ini termasuk jugalah dengan tidak memberi komen berkenaan dakwaan peguam DS Rosmah Mansor yang mengatakan beliau seorang yang korup dengan menerima suapan berjumlah RM60 juta ketika menjadi Menteri Pendidikan dengan meluluskan projek solar hibrid untuk sekolah pedalaman Sarawak .
Maaf, saya tak mahu komen apa-apa.
Hanya ucapan tahniah sudah memadai.




KERAJAAN SETANG




IBRAHIM MAT ISA

Betul lah tu. Persoalannya ialah kenapa masa sebelum menempek jadi kerajaan tebuk atap, Pas bermati-matian melawan isu arak? Sampai ada Ustad dari Terengganu sebut kerajaang yang bersekongkol membenarkan arok itu kerajaang setang?





PENGERUSI BARU DAN LAMA


W.FAUDZIN

Kumpulan Prasarana merupakan syarikat operasi pengangkutan awam milik kerajaan yang paling besar dan penting dalam negara kita. Semua operasi MRT, LRT, Monorel dan perkhidmatan bas Rapid adalah di bawah Prasarana.
Pengerusi yang dilantik untuk menerajui syarikat ini mesti mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi.
Saya memaparkan sedikit maklumat latarbelakang pengerusi yang dilantik sebelum ini dan pengerusi yang baru dilantik.
Terpulanglah kepada penguna-pengguna pengangkutan awam dan stakeholders yang terlibat untuk membuat kesimpulan masing-masing.
- ANTHONY LOKE ( Bekas Menteri Pengangkutan )
Ahli Parlimen Seremban


Imej mungkin mengandungi: 2 orang


PH tidak pernah khianati Tun M sejak dulu hingga sekarang

PH tidak pernah khianati Tun M sejak dulu hingga sekarang


Demikian dizahirkan oleh Ketua Penerangan PKR cabang Gerik, Muhd Amrun Hafifi Md Yunus.
Beliau juga menyanggah kenyataan Armada negeri Perak yang disifatkan seolah-olah menuding jari kepada PH.
“Desakan yang dibuat oleh pimpinan PKR, Dap dan AMANAH supaya Tun Mahathir berundur setelah sampai waktu yang ditetapkan sebelum ini adalah selaras dengan manifesto dan konsensus perjanjian yang telah disepakati sebelum pilihan raya umum ke 14 lagi.
“Sebenarnya PH telah bersetuju dengan proposal Tun M yang berhasrat untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas sidang APEC dan tidak dapat dinafikan termasuk Armada Perak juga sedia maklum mengenai kedudukan tersebut termasuklah perjanjian dan persetujuan Majlis Presiden PH tatkala itu.
“Walau bagaimana pun tuduhan bahawa PH punca kepada kejatuhan kerajaan adalah tidak benar dan menyimpang dari hakikat yang sebenarnya,” ujar beliau.
Tambah Muhd Amrun lagi, langkah Sheraton yang direncanakan bukanlah rancangan dalam tempoh singkat satu atau dua hari, sebaliknya ia merupakan pengkhianatan terancang sejak
 berbulan lamanya sebelum tumbangnya kerajaan pusat maupun kerajaan negeri yang diterajui oleh PH.
Sehubungan itu tegas beliau, Armada negeri Perak disarankan supaya menyemak semula bagaimana bermulanya episod pengkhianatan tersebut, siapa pengkhianatnya dan siapa pula yang menjadi dalang sehinggakan kerajaan PH negeri Perak maupun kerajaan pusat kecundang.
Yang jelas kata Muhd Amrun, Armada negeri Perak sendiri harus membuktikan bahawa mereka seiring dan sehaluan dengan Armada Pusat ingin bersama PH yang menolak gabungan bersama Umno dan BN.
Lebih parah katanya, Armada sendiri mempunyai dua kumpulan iaitu kumpulan yang pro Tun M dan satu lagi ialah kumpulan yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seolah-olah berada dalam sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda serta perlu cermin-cermin diri mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan PH.

USUL UNTUK MENGESAHKAN KEDUDUKAN PERDANA MENTERI LEBIH PENTING DARIPADA LAIN2 USUL



Apa pun hujah serta alasan kerajaan, mereka sebenarnya tidak boleh sama sekali menangguhkan lagi usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin lebih daripada tarikh sidang Parlimen pada 18 Mei.

Ini kerana, usul tidak percaya itu adalah sangat penting untuk mengesahkan kesahihan sokongan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Sejak mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, kedudukan majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terus menjadi pertikaian ramai dan ia diperkuatkan lagi apabila beliau membuat keputusan menangguhkan sidang Parlimen yang sepatutnya pada 9 Mac kepada 18 Mei.

Sudah tentu, jika sahih Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti yang benar-benar mantap, tidak ada sebab untuk beliau menangguhkan sidang Parlimen yang telah dijadualkan pada 9 Mac lalu.

Menangguhkan sidang Parlimen itu bermakna beliau tidak yakin dengan apa yang dimilikinya dan dengan itu memerlukan lebih banyak masa untuk menambahkan lagi sokongan.

Untuk itu, meskipun difahami bahawa meluluskan usul dan rang undang-undang kerajaan adalah keutamaan pada 18 Mei nanti, tetapi mengesahkan bahawa Muhyiddin betul-betul mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga adalah perkara penting untuk dimuktamadkan.

Malah, ia boleh dianggap sangat penting untuk mengelakkan Muhyiddin terus dipertikaikan, bahkan kadangkala dijadikan bahan persendaan.

Selepas kedudukannya disahkan dan tidak lagi dipertikaikan, apa usul dan rang undang-undang pun mudah diluluskan kemudiannya.

Dengan yang demikian, usul undi tidak percaya oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah diterima oleh Speaker itu mesti diberi ruang untuk dibahas dan diundi pada 18 Mei nanti demi menjaga kewibawaan serta nama baik Perdana Menteri.

Jika sidang selama sehari itu tidak mencukupi, tempohnya wajar disemak atau ditambah kepada beberapa hari.

Bersekali dengan hal ini, Ahli-Ahli Parlimen turut wajar memberi sokongan kepada usul Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong yang juga diterima Speaker yang mana beliau telah mengemukakan usul menuntut sidang Dewan Rakyat 8 Mei nanti dilanjutkan selama 8 hari.

Setidak-tidaknya dengan Parlmen bersidang lebih daripada sehari atau sehingga 8 hari saja yang membolehkan lebih banyak rang undang-undang dan usul kerajaan, tidak terkecuali usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dapat diselesaikan.

Alasan Covid-19 untuk mewajarkan perlunya sidang Parlimen hanya diadakan selama sehari sudah tidak terpakai lagi sebenarnya berikutan keputusan kerajaan sekarang telah melonggarkan PKP dengan membenarkan banyak sektor ekonomi beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Lagi pula, Ahli Parlimen hanya berjumlah 222 orang saja dan jumlah itu lebih sedikit daripada mereka yang bekerja di kilang-kilang, tapak pembinaan, pusat membeli belah atau di dalam gerabak keretapi atau LRT.

Ini bermakna, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang seolah-olah enggan memberi ruang kepada usul Tun Mahathir dibahaskan dan mengatakan sidang sehari itu hanya untuk usul-usul kerajaan saja adalah tidak relevan sama sekali.

Beliau berkata, urusan lain yang tertunggak seperti usul anggota Parlimen yang tidak sempat dibahas kali ini akan dibawa ke sidang seterusnya pada 13 Julai akan datang.

Dalam hal ini, harus difahami jika usul undi tidak percaya ini ditangguhkan lagi kepada Julai, kedudukan Muhyiddin akan terus menjadi pertikaian ramai dan akhirnya akan menyusahkan beliau sendiri dalam menjalankan tugasnya.

Malah, harus juga diingat bahawa sesuatu usul itu apabila diluluskan adalah berdasarkan tiga faktor iaitu perkara tertentu, untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Maka, jika sesuatu usul yang telah diterima oleh Speaker untuk dibahaskan, tetapi ditangguhkan lagi sehingga dua bulan, bermakna ia tidak lagi menepati syarat ia dilulus untuk dibahaskan.

Kepada Takiyuddin yang suka-suka mengatakan usul yang tidak sempat dibentangkan pada 18 Mei ini akan dibawa kepada sidang Parlimen Julai akan datang, beliau mesti sedar bahawa usul undi tidak percaya ini bukan macam usul RUU355 yang sekadar usul geli-geli saja. 

(ShahbudinHusin 08/05/2020)

‪Implikasi Jika Usul Undi Tidak Percaya Efektif‬

Oleh : Abd Malek Hussin

‪

‪Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020.‬

‪Berbagai negara demokrasi berparlimen pernah mengalami usul undi tidak percaya. Ada negara kerajaan tumbang dengan usul spesifik Usul Undi Tidak Percaya, dan ada yang tumbang kerana Belanjawan ditolak dalam pengundian Parlimen. Kebanyakannya mengadakan pilihanraya umum baru selepas itu bagi membentuk kerajaan yang baru.‬

‪Di Australia, Kerajaan minoriti PM Arthur Fadden letak jawatan setelah Belanjawan ditolak oleh Parlimen pada Oktober 1941.‬

‪Canada kali terakhir mengalami undi tidak percaya pada 25 Mac 2011. PM Stephen Harper letak jawatan apabila diundi 156-145 menolak kepimpinannya.‬

‪PM Atal Bihari Vajpayee letak jawatan apabila kalah dengan majoriti 1 undi (269-270) dalam undi tidak percaya Parlimen India pada April 1999.‬

‪PM UK, James Callaghan letak jawatan apabila dikalahkan dalam undi tidak percaya dengan majoriti 1 undi (311-310) dalam House of Commons pada 28 Mac 1979.‬

‪Parlimen Malaysia belum pernah meluluskan Usul Undi Tidak Percaya.‬

‪Apakah akan jadi jika Usul Undi Tidak Percaya terhadap PM Muhyiddin Yassin diluluskan pada 18 Mei 2020?‬

‪Pertamanya, Muhyiddin kena meletakkan jawatan Jemaah Menteri. Ini selaras dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪PM mempunyai pilihan untuk meminta Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.‬

‪Dalam situasi demikian, terserah kepada Agong untuk memutuskannya. Menurut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Agong boleh bertindak menurut budibicaranya tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen. ‬

‪Jika Agong mempersetujui membubarkan Parlimen, maka suatu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu, dan Parlimen hendaklah dipanggil bersidang dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubarannya, sepertimana menurut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.‬

‪Jika Agong tidak mempersetujui membubarkan Parlimen, Agong perlu menjalankan fungsinya menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bagi melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.‬

‪Agong boleh melantik sebagai Perdana Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.‬

‪Aku cenderung berpendapat bahawa:‬

‪◾️Parlimen lebih wajar dibubarkan jika Usul Undi Tidak Percaya diluluskan kerana dalam senario politik terkini, tiada parti atau gabungan parti-parti boleh mendabik dada mempunyai majoriti mutlak yang stabil.‬

‪◾️Dengan mengambil kira wabak COVID-19 kini, pilihanraya umum boleh diadakan dalam tempoh paling maksimum yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan ini, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) wajar melihat contoh bagaimana Korea Selatan berjaya mengadakan pilihanraya umum Parlimen semasa penularan wabak COVID-19 pada 15 April 2020.‬

‪Sekian.‬

SOKONGAN KEPADA UMNO, PAS KIAN MEROSOT

TIADA KETETAPAN BERSATU KELUAR PH MESYUARAT 23, 24 FEB – MARZUKI

EZAM TOLAK KEMBALIKAN TUN M SEBAGAI PM

VIDEO SK: SAIFUDDIN ,Setia Pada Parti atau Setia Pada Azmin dan Zuraida?






Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar sikap sesetengah ahli yang lebih setia kepada pengkhianat seperti Azmin Ali dan Zuraida berbanding parti. Katanya, setiap ahli harus sedar bahawa mereka perlu membezakan antara perjuangan individu dengan perjuangan parti.

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas