TERIMA SEMULA BERSATU - DAH HABIS FIKIR?



BERSATU juga diingatkan tidak lagi mengulangi pengkhianatan dahulu. Kenyataan Anwar itu sebagai mengulas seruan Dato' Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menyeru BERSATU agar kembali kepada PAKATAN HARAPAN. Kata Mukhriz, BERSATU hanya ada satu pilihan jika ingin melestarikan parti itu. Jika tidak BERSATU akan musnah pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Kenyataan Anwar itu selari dengan pandangan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayob yang juga bersedia menerima kembali BERSATU.








BICARA SANTAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERSAMA YB KHALID SAMAD





BICARA SANTAI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BICARA SANTAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERSAMA YB KHALID SAMAD "SIDANG PARLIMEN SEHARI - PN TAKUT?" MASA: 10.00 MALAM TARIKH: 6 MEI 2020 (RABU) MODERATOR : MOHD SHAIFUL ROSEMAN






Asyraf Wajdi yang meroyan dan gila talak

Asyraf Wajdi yang meroyan dan gila talak

Asyraf Wajdi yang meroyan dan gila talak

KEDUDUKAN MUHYIDDIN MAKIN TIDAK MENENTU. BILA BILA MASA BOLEH DIJATUHKAN



Kedudukan PN sebagai kerajaan yang meletakkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, dari sehari ke sehari, jelas menunjukkan ia semakin kucar-kacir dan tidak menentu.
Berbeza dengan mana-mana kerajaan sebelum ini yang biasanya diasak oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkannya, sebaliknya PN tidak henti-henti digugat oleh UMNO yang merupakan blok terbesar dalam gabungan itu sendiri.
Tidakkah ini sebenarnya amat menghairankan, UMNO yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, tetapi kerjanya lebih banyak mahu mengkucar-kacirkan kerajaan daripada mengukuhkannya?
Bermula dengan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sususan kabinet, menuntut lebih kedudukan dalam GLC, menyerang secara terbuka menteri yang banyak dimanjakan Muhyiddin iaitu Azmin Ali dan seterusnya memaklumkan parti itu hanya akan bekerjsama dengan Pas dalam MN dalam PRU15 akan datang, tetapi tidak dengan Bersatu, parti yang Presidennya adalah Perdana Menteri.
Adakah pemakluman itu bertujuan mahu memberitahu bahawa hayat PN, paling panjang pun hanya sehingga PRU15 saja?
Tidak cukup dengan itu, ada pula Ahli Parlimen UMNO yang baru dilantik sebagai Pengerusi GLC dengan tidak malu-malu menyatakan lantikannya itu tidak bermakna akan mengikatnya dalam pendirian politik untuk sentiasa menyokong Perdana Menteri.
Apakah Ahli Parlimen berkenaan tidak sedar lantikannya itu sebenarnya adalah bertujuan untuk Muhyiddin mengikat beliau dan agar sentiasa memberi sokongan kepada kedudukan Perdana Menteri?
Kalau bukan untuk mengikat dan tiada maksud politik, tentulah lebih baik Muhyiddin membuat lantikan daripada kalangan profesional yang tentunya lebih memungkinkan dapat memajukan lagi GLC berkenaan.
Terbaru, dalam mesyuarat MT UMNO Isnin lalu, parti itu juga telah membuat keputusan menolak secara rasmi untuk menyertai PN.
Walaupun PN belum didaftarkan secara rasmi, penolakan awal ini dengan sendirinya menghalang usaha Muhyiddin untuk mendaftarkan gabungan tersebut sebagai sebuah entiti yang sah seperti BN dan PH.
Keadaan ini bermakna, UMNO hanya ingin berada dalam kerajaan PN secara tidak rasmi dan enggan bekerjasama secara sah dengan Muhyiddin melalui PN.
Dalam hal ini, ada kemungkinan Pas juga akan bersama dengan UMNO tidak mahu menyertai PN secara rasmi.
Jika PN tidak didaftarkan sampai bila-bila, apakah status kerajaan ini?
Sampai bilakah ia mampu bertahan dengan hanya status “bersekedudukan tanpa ikatan yang sah” saja?
Yang nyata, perkembangan terbaru ini memperlihatkan UMNO semakin memperhebatkan tekanannya terhadap Muhyiddin untuk menuntut lebih banyak kedudulan dan keistimewaan buat mereka dalam kerajaan bagi memudahkan lagi laluan memenangi PRU15 nanti.
Tidak mustahil tekanan ini juga berkaitan dengan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin UMNO ketika ini.
Kiranya Muhyiddin terus tidak memberi perhatian terhadap semua tekanan ini, langkah terakhir UMNO ialah mungkin menarik sokongan terhadap Muhyiddin atau menawarkan sokongan kepada pihak yang ingin menumbangkan kerajaan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Melalui sokongan itu, UMNO akhirnya berharap sama ada kes-kes mahkamah melibatkan beberapa pemimpinnya dapat dilambat-lambatkan atau dengan tujuan agar Muhyiddin akan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan lebih awal.
Bagi UMNO, jika pilihanraya diadakan sekarang atau pada tahun 2023 sekalipun, melalui kerjasama dengan Pas, mereka berkeyakinan penuh dapat membentuk kerajaan baru yang sekaligus menjadikan mereka benar-benar ketua dalam kerajaan tersebut.
Berbanding sekarang, meskipun memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam PN, kedudukan UMNO dari segi keutamaan dalam kerajaan adalah di nombor tiga di belakang Bersatu yang pro Muhyiddin dan kumpulan Azmin.
Inilah yang membuatkan UMNO tidak senang duduk dan meroyan setiap hari dalam kerajaan.
Yang jelas, UMNO mahu kuasa mutlak dalam kerajaan dikembalikan kepada mereka sebagaimana selama 61 tahun era BN berkuasa sebelum ini.
Berapa lamakah Muhyiddin mampu bertahan dengan tekanan berterusan dan makin menggila daripada UMNO ini? (ShahbudinHusin 07/05/2020)




RENTASAN 675 | PANAS!!! PH TERIMA KEMBALI BERSATU DENGAN DUA SYARAT UTAMA?



MENARIK DALAM RENTASAN 675
1. TERIMA SEMULA BERSATU - DAH HABIS FIKIR? 2. PN GAGAL UJIAN PERTAMA DAPATKAN SOKONGAN 3. PULAU PINANG TIDAK GENTAR ANCAMAN AZMIN 4. BELUM TIGA BULAN KERAJAAN PN SUDAH TERPALIT RASUAH



TIADA SIAPA DESAK MAHATHIR LETAK JAWATAN. CUMA ADA USAHA KHIANATI JANJI


ibrahim mat isa


Tidak ada siapa yang mendesak Mahathir letak jawatan. Yang kami mahukan ialah buat ketetapan tarikh penyerahan kuasa itu sahaja. Itu pun Mahathir tak boleh faham bermaksud memang beliau ada hati mahu khianati janji.

Dalam ucapan-ucapan pasca Langkah Sheraton beliau kerap menyebut tak mahu Anwar sebagai PM8. Tak payah pusing cakap, semua penyokong makan nasi, kami bukan makan taik sampai tak boleh fikir.

Mana-mana saki baki DNA UMNO dalam PH sila keluar dengan hormatnya. Tak payah bergaduh. Kita bukan berebut puki, pentadbiran negara mesti diuruskan oleh orang yang jujur, amanah dan berpegang janji...!

Tiada penerangan foto disediakan.


Kenyataan Media Bersama Ketua Armada Bersatu Perak dan Ketua-Ketua Armada Bersatu Bahagian Perak.
Armada Bersatu Perak menyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional. Armada Bersatu Perak juga menyokong atas segala usaha YAB Tan Sri Presiden Bersatu dalam memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.
Armada Bersatu Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah bila mana ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama dalam gabungan Pakatan Harapan, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini terutamanya DAP dan PKR tidak berhenti-henti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya ketika itu.
Pakatan Harapan juga diperingkat awalnya mencalonkan Anwar bin Ibrahim selaku calon Perdana Menteri namun membuat ‘U Turn’ menyokong kembali Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah.
Antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen Pakatan Harapan terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang ADUN DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak semasa Kerajaan Pakatan Harapan Perak memerintah.
Jesteru itu, Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk mengadakan kerjasama semula bersama Pakatan Harapan. Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk BERSATU dan Kerajaan Perikatan Nasional.
Mohd Hafez Mubin b. Mohd Salleh
Ketua Armada Bersatu
Perak Darul Ridzuan


Kematian Adib menjadi isu besar kepada PH di kalangan keluarga macai dan walaun.



Adib's assaulters must be punished

Wirid kematian Adib berbulan-bulan dilakukan oleh pemimpin PAS dan walaun bawahan. Sebaik sahaja mereka menjadi kerajaan tebuk atap @ Kerajaan PN,tak berbunyi lagi isu pembelaan kematian Adib di kalangan macai & walaun.

Bukti jelas betapa mereka hanya bermain politik dan sentimen perkauman serta menjadikannya ianya sensasi demi menjatuhkan untuk PH melalui khianat dan tebuk atap.

Terkini dan sangat baru, kematian koperal Safwan Mohammad Ismail, di mana perginya pejuang melayu di kalangan macai dan walaun?

Tak wirid pulak kes langgar mati walhal kematian semasa menjalankan tugas juga sama macam Arwah Adib.
Menteri-menteri PN pun senyap, maklumlah sedang menikmati ghanimah yg penuh kenikmatan sementara hasil bersekutu dengan geng pengkhianat dan rompakan kerajaan  malah tebuk atap lagi.

PN cybertroopers hilang dari radar berdepan isu kematian Adib dan Koperal Safwan sejak PN menjadi kerajaan Kerajaan Tebuk Atap.

Pergeseran sesama sendiri UMNOBN+PAS vs BERSATU dalam masa 2 bulan pertama menjadi kerajaan Yang dikenali PN (juga dikenali kerajaan pintu belakang  & kerajaan tebuk atap) mungkin mengakhiri riwayat politik Muhyiddin & AZMIN juga para sekutu tidak lama lagi atau di PRU15.

Tak kurang 4 agamawan PAS jadi Menteri, Timbalan  Menteri dan duta khas bertataf Menteri tetapi senyap membisu isu kematian Koperal Safwan umpama syaitan bisu yang terkurung di bulan Ramadhan.

- Johar Ismail-



BERSATU TIADA PILIHAN, KATA MUKHRIZ







Menurut beliau Ahli Majlis dan MPKK yang dianggotai BERSATU telah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. "Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi BERSATU diperkudakan dan diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad bin Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO bahawa PERIKATAN NASIONAL tidak wujud sebenarnya.

TAUKE DIARAH HENTI AMBIL WARGA ASING









Menurut laporan, PKPD mengakibatkan sebilangan peniaga tidak dapat meneruskan operasi atau beroperasi dalam skala yang lebih kecil ketika pasar borong dibuka kembali pada 25 April, kerana pekerja imigran pasar borong terkurung di rumah mereka. Menteri Wilayah Persekutuan sudah bercakap bahawa ada orang tempatan yang sanggup bekerja di pasar borong. Justeru, jangan lagi ada yang beralasan kononnya sangat sukar bagi peniaga menggaji pekerja tempatan kerana mereka tidak mahu bekerja dalam pekerjaan 3D (berbahaya, kotor dan sukar). Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid Samad

MELAMPAU BETUL LA DAP NI...KEJAM PADA ORANG MELAYU DAN PENDUDUKNYA



YUSOFF ISMAIL

George Town, Pulau Pinang - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia ...


Rakyat Pulau Pinang Terima Insentif Khas Kerajaan Negeri
1. Rebat bagi cukai taksiran tahun 2020 bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT).
2. Bantuan RM500 (one-off) kepada penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/ kedai persendirian (shoplot) kepada 3,103 peniaga.
3. Bantuan RM500 (one-off) kepada penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT melibatkan seramai 5,666 peniaga.
4. Bantuan RM300 (one-off) kepada kakitangan barisan hadapan (senarai tambahan) yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 melibatkan 6,099 keanggotaan.
5. Bantuan RM300 (one-off) kepada ahli MPKK dan JPWK yang layak (barisan hadapan) membabitkan 6,050 ahli.
6. Bantuan RM500 (one-off) kepada pemandu bas/van persiaran, kereta sewa/limosin pelancongan seramai 321 individu.
7. Bantuan RM300 (one-off) kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) dan aktiviti pantai di Batu Feringghi membabitkan seramai 39 orang.
8. Peruntukan RM200,000 untuk pelaksanaan Show Penang, sebuah projek bagi membangunkan kandungan digital sektor seni, budaya dan warisan.
9. Bantuan RM500 (one-off) kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sebanyak 645 buah.
10. Peruntukan RM100,000 kepada NGO dan individu yang membantu masyarakat Pulau Pinang menangani masalah keganasan rumah tangga.
11. Bantuan RM400 (one-off) kepada Nelayan Pesisir Pantai (Zon A) membaitkan seramai 5,814 orang.
12. Bantuan kotak insulasi bernilai RM180 kepada 250 nelayan darat/sungai.
13. Insentif makanan ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi unggas, ruminan dan khinzir yang bakal memanfaatkan seramai 988 orang.
14. Bantuan khas dari Zakat Pulau Pinang (ZPP).
15. Pengecualian kadar sewaan dan pajakan bagi projek-projek CMI dan SSI yang berkaitan bagi bulan April dan Mei melibatkan 33 pengusaha/syarikat.
16. Diskaun kadar sewa dan pengecualian sewa bagi syarikat/peniaga/penghuni di bawah pengurusan/kawasan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melibatkan 387 syarikat/premis/penghuni.
17. Konsesi sewa kepada 24 lot-lot komersial di bawah Perbadanan Bukit Bendera untuk setengah bulan pada bulan Januari dan Februari dan sepenuhnya untuk bulan Mac, April dan Mei 2020. Bayaran RM500 (one-off) seorang kepada 13 orang pengendali servis jip Bukit Bendera.
18. Pinjaman di bawah Skim PEKA (di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC) khusus untuk sektor pelancongan.
19. Pengecualian bayaran sewa bagi rumah sewa dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kerajaan Negeri bagi tempoh tambahan dua (2) bulan lagi kepada 2,911 unit.
20. Pengecualian bayaran sewa bagi unit kedai di bawah pengurusan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Negeri bagi tempoh tambahan tiga bulan lagi melibatkan 122 unit.


BAGAIMANA CINA DAP BANTU BANGSA MELAYU BERDIKARI MENCARI DUIT

Korang...korang nak tahu ? Berita PANAS derr!

DAP kesal PTPTN jadikan pelajar mangsa hutang | roketkini.com



Ada MP cina dari DAP sorang ni kan, alaaa...yang korang suka panggil cina DAP KOMUNIS lah, cina TONGSAN lah....

ahhhhh...cina DAP tu lah....korang tahu apa dia buat ? ishhhhh...tak tahu nak bagi tahu macam mana...eemm.

Dia ni MP kat Bukit Mertajam, dia baru buat satu program ni.....pilih 30 orang dari kawasan parlimen dia untuk buat kuih raya, dia siap bagi modal rm500 setiap seorang dan dia bayar rm20 untuk setiap satu balang kuih dengan sasaran 100 balang setiap seorang...

30 orang yang akan diberi peluang untuk program ni adalah dari kalangan keluarga melayu yg susah dikawasan parlimen Bukit Mertajam dan ibu2 tunggal...jadi, setiap seorang akan dapat rm2500 untuk persiapan aidilfitri...Kuih raya tu nanti akan diagihkan kepada frontliners, hospital BM, POLIS, RELA, JKM dan sebagainya untuk menghargai pengorbanan mereka sepanjang PKP ni

Ishhh...korang tak marah kewww dengan cina DAP ni ?  ada ke patut dia buat macam tu...ishhh ishhh ishhh...memang tak patut kan....

Kepada yb Steven Sim dan team parlimen Bukit Mertajam....RESPEK!!!...pemikiran diluar kotak, program yang benar2 membantu rakyat....TERBAIK!

SABAR...SABAR...JANGAN KENTUT LAGI....HOLD DULU SAT...



KU AZNI

NAK TERKENTUT PUN ADA
NAK TERBERAK PUN ADA
BERSATU YG HILANG ARAH
MINTA NYAWA DAN OKSIGEN PADA PH YG DIKHIANATI NYA SENDIRI
AKU MASIH INGAT APA YG "SAKA TUA" KATA PADA ANWAR IBRAHIM...
MACAM MANA NAK JADI PM KALAU PARTI PUN TAK BOLEH HANDLE DAN BERPECAH?
SEKARANGKAN DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...
TUN. M BUKAN SAJA GAGAL HANDEL PARTINYA SENDIRI TAPI PARTINYA SENDIRI TERUS KHIANAT PADA TUN. M🤣
DIDUNIA DAPAT CASHHH!!!
JADI KETAWAKAN JE LAH YA🤣🤣🤣



KERIAU TAK DAPAT GLC KA MAMAT NI????HANG SUMBANG APA KAT UMAT MELAYU ISLAM?


best la cerita ni

DAP BAKAL KEMBALI PERINTAH NEGARA DAN BERKUASA SEMULA DALAM NEGARA
- PUNCA SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO

BARU berusia lebih 2 bulan, Kerajaan Perikatan Nasional sudah mula nampak
goyah dalam 'ikatan' mereka dan menunggu masa untuk terlerai.
Jika ikatan ini terlerai, maka bersiap sedialah orang Melayu bahawa kita sekali lagi akan diperintah oleh Bangsa DAP!
Mana tidaknya, kepercayaan yang sudah diberikan majoriti rakyat kepada
Perikatan Nasional untu menyelamatkan negara daripada dirosakkan Bangsa DAP kini sudah mula dikhianati.
Ini kerana ada pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab cuba
mengkhianati perikatan ini hanya kerana tidak mendapat kedudukan atau diberikan jawatan.
Lebih menjijikkan lagi, pengkhianatan ini berlaku dalam kalangan segelintir pemimpin UMNO sendiri antara puak tidak berjawatan dan mereka yang berjawatan.
Jika dibiarkan berlarutan, situasi ini akhirnya akan merugikan kepada oranag melayu dan Perikatan Nasional itu sendiri yang sudah mendapat momentum baik dan mula diterima kebanyakan rakyat.
Rakyat sanggup menerima Perikatan Nasional kerana sebelum ini UMNO Dan PAS sering bercakap untuk menyatukan orang Melayu dan menolak DAP!
Malah dengan langkah yang mapan menangani Covid-19 juga berjaya mencuit hati rakyat Malaysia untuk terus menerima kerajaan yang kononya digelar Kerajaan Pintu Belakang ini.
Tetapi akhirnya apa yang sudah jadi? Kalangan UMNO ini sendiri yang
berperangai lebih khianat daripada Bangsa DAP kerana tamakkan Jawatan dan kedudukan.
Apakah UMNO sudah lupa bagaimana mereka dimalukan pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14)?
Apakah UMNO lupa bahawa mereka berada dalam Perikatan Nasional
bukannya menerusi PRU, tetapi atas ihsan majoriti rakyat yang sudah serik
dengan pentabdiran DAP selama 22 bulan.
Tetapi suara-suara sumbang semakin rancak mengatur gerakan sama ada
secara terang-terangan atau bergerak di belakang tadbir untuk mendapatkan
kuasa, sekali gus mengkhianati kerjasama politik Islam-Melayu dalam Perikatan Nasional!
Tidak perlu saya sebutkan nama pemimpin-pemimpin ini tatapi ia kan saya lakukan jika mereka terus khianat kepada umat islam dan orang melayu, kerana rakyat sendiri boleh menilai situasi politik semasa negara walaupun kita sibuk berjuang menentang Covid-19.
Mungkin mereka fikir rakyat alpa dengan Covid-19 dan tidak sedar tentang percaturan jijik beberapa pemimpin umno sedang mengerakan untuk mengkhianati bangsa sendiri!
Oleh itu, saya mahu mengingatkan pemimpin Perikatan Nasional terutamanya UMNO supaya berpegang kepada amanah dan tanggungjawab yang sudah diberikan rakyat.
Renung kembali saat bagaimana UMNO dihukum oleh rakyat pada PRU14.
Kembalilah kepada perjuangan asal iaitu mahu menyatukan pemimpin melayu dan memperkasakan orang Melayu Islam, dan usah berlaku khianat lagi hanya kerana jawatan.
Ingatlah, jika sekali lagi rakyat menolak anda, maka tiada lagi peluang yang akan diberikan untuk kali kedua Dan kamu pernah kalah Kerana rakyat menolak tidak mustahil akan ditolak sekali lagi itu lebih mudah kepada rakyat
Bangsa DAP yang kan tersenyum akhirnya kerana tidak perlu membazir tenaga dan masa memecahbelahkan orang Melayu kerana sifat khianat segelintir pemimpin kita ada dalam bangsa kita sendiri.
Jadikanlah bulan Ramadan yang mulia ini untuk kita muhasabah diri dan menahan diri daripada dahagakan kuasa yang hanya bersifat sementara.
Jujur dan Amanah Satu Perjuangan.
DATO' AZWANDDIN HAMZAH,
PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA.
2 MEI 2020/10 RAMADAN 1441H