DUA WAJAH "MEWA" TUAN IBRAHIM
Ketika kerajaan PH melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China pada 2018, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik lantikan itu dengan mengatakan ia sebagai mengulangi langkah BN sebelum ini, selain menyifatkannya suatu pembaziran.
Katanya, perlantikan itu menyebabkan rakyat rasa dipermainkan di sebalik gambaran kerajaan ketiadaan wang untuk melaksanakan janji-janji PRU14.
“Jangan ulangi kesilapan BN yang suka memutarbelitkan fakta dan menipu rakyat,” tambah beliau.
Tetapi, itu dulu. Lain hulu, lain parang.

Sekarang, setelah berada dalam kerajaan dan Presiden Pas, Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri, bukan main lagi sanjungan dan pujiannya atas keputusan Muhyiddn Yassin itu.
Walhal, berbeza dengan Hadi Awang yang bertaraf menteri, Tan Kok Wai sebaliknya tidak pun diberikan taraf menteri.
Dalam pujian dan sanjungannya terhadap jawatan yang diberikan kepada Hadi Awang, Tuan Ibrahim berkata, perlantikan itu penting untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan meneruskan agenda kesatuan ummah di peringkat antarabangsa.
Tegas beliau lagi, Hadi Awang telah memainkan banyak peranan dalam menyuarakan pandangan politik dalam kalangan negara-negara Islam.
Hmmm…langsung Tuan Ibrahim tak mengaitkan atau tidak melihat lagi perlantikan Hadi Awang itu sebagai meniru BN atau menyifatkannya sebagai pembaziran wang negara.

Apakah Tuan Ibrahim tidak sedar negara lebih perlu berjimat sekarang ini dalam keadaan negara dan dunia dicengkam wabak Covid-19 berbanding pada 2018 dahulu?
Adakah sejak dilantik jadi menteri dalam kerajaan tebuk atap ini, Tuan Ibrahim sudah kebingungan tentang jati diri dan pendiriannya sendiri?
Agaknya, sebab itulah apabila nama Kementerian Alam Sekitar yang diterajuinya dijenamakan semula dengan nama Kementerian Alam Sekitar dan Air, beliau terus saja bangga mengumumkan nama singkatannya ialah MEWA iaitu ambilan daripada Bahasa Inggeris – Ministry of Enviroment and Water.
Sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, apakah beliau tidak sedar “mewa” itu bermaksud “bingung atau bodoh” dalam dialek Kelantan?
Lagi pula, kalau pun tidak sedar maksud perkataan itu dalam dialek Kelantan, sejak bila Tuan Ibrahim sebagai pemimpin nombor dua Pas sudah beralih kiblat daripada mendaulatkan Bahasa Kebangsaan kepada mengagungkan Bahasa Inggeris?
(ShahbudinHusin 03/04/2020)
TERKANTOINYA SEEKOR PECACAI- CABARAN DEBAT - MP INDERA MAHKOTA BOLEH HANTAR WAKIL TETAPI...
Mamat Sdr Razali Alias ni mungkin tuju kat aku kot walaupun dia tak mention nama aku. Takpelah, aku mention nama dia agar lebih jelas.
Aku bersedia untuk berdebat dengan Sdr Razali Alias atas isu yang sama melibatkan MP Indera Mahkota samada benar beliau khianat atau tidak kepada pengundi2 di IM. Paling penting, MP Indera Mahkota turut hadir pada debat itu nanti walaupun hanya memegang "remote control" . Kita tidak mahu MP Indera Mahkota berlepas tangan.
Soal layak atau tidak saya berdebat dengan MP Indera Mahkota, bak kata Sdr Razali Alias beliau pernah berdebat dgn MP Temerloh Nasruddin Tontowi, saya rasa jawapan saya sama juga seperti jawapan Sdr Razali Alias sewaktu mencabar Tontowi berdebat dulu.
Saya akan utus surat secara resmi kepada MP Indera Mahkota selepas ini. Saya harap beliau sendiri akan setuju untuk berdebat, atau hantar Sdr Razali Alias sebagai jurucakapnya dan beliau hanya akan HADIR sewaktu perdebatan itu nanti. Jika beliau langsung tidak mahu terlibat, saya cadangkan beliau letak jawatan sebagai MP Indera Mahkota dan beri laluan kepada Sdr Razali Alias untuk bertanding.
WFAUZDIN NS
Setelah penat ‘tebuk atap’ Hadi dapat habuan – Mujahid

KUALA LUMPUR – Pelantikan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah disifatkan tidak wajar ketika negara kini sedang dilanda krisis penularan wabak Covid-19.
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mengkritik pelantikan tersebut menambah, lagipun Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut mendakwa pelantikan politik itu adalah habuan selepas penubuhan kerajaan terbaru hasil kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas, selain beberapa parti lain lagi.
“Tahniah! setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri.
“PM-8 tidak habis lagi bagi ‘ghanimah’ pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid.
“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun! Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” katanya di Twitter.
Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Hadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Untuk rekod, Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, juga tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.
JANGAN HAIRAN KALAU PAS JILAT LUDAH SENDIRI..TAK CAYA DENGAR SAJA SALAH SATU VIDEO INI..

"Tahniah! Setelah penat 'menebuk atap' dapatlah habuan jadi duta khas taraf menteri. PH ke 8 tak habis lagi bagi 'ghanimah' pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid-19," kata Mujahid Yusof menerusi twitter.
Perlantikan Hadi: Pas jilat ludah sendiri, tidak kena pada masanya
Ada yang menyifatkan Pas menjilat balik ludahnya sendiri berikutan apa yang telah dikatakan sebelum ini dan ada juga yang menyifatkan ianya adalah habuan selepas penat menebuk atap.
Ada juga yang menyifatkan perlantikan ini tidak ada masalah dengan kebolehannya tetapi tidak kena pada masanya kerana ia bukan keperluan sekarang ini,
Lagipun, dia bukan boleh menjalankan tugas lagi kerana tidak boleh lagi ke Timur Tengah dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.
Itulah reaksi para pengkritik terhadap perlantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah bertaraf menteri.
Bagi bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, perlantikan Hadi adalah habuan untuk beliau selepas bersama-sama membentuk kerajaan melalui pintu belakang bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.
“Tahniah! Setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi duta khas taraf menteri. PH ke 8 tak habis lagi bagi ‘ghanimah’ pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid-19,” katanya menerusi twitter.
Bagi Naib Presiden AMANAH itu, Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara.
“Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” tulis Mujahid lagi.
Bagi rakan beliau, Khalid Abdul Samad pula, perlantikan Hadi tidak menjadi keutamaan ketika ini.
Ini kerana negara sudah berbelanja terlalu besar untuk 70 Kabinet yang ada ketika negara perlu memberikan keutamaan kepada menyelamatkan ekonomi rakyat akibat wabak Covid-19.
“Sudahlah Kabinet terlebih saiz, tambah kagi satu menteri,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH itu dalam wawancara dengan Jom Chanel, sebuah stesen TV Internet.
Bagi netizen pula, perlantikan Hadi umpama menjilat ludah sendiri oleh Pas.
Ini kerana, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah membantah perlantikan Tan Kok Wai sebagai Duta Khas Malaysia ke China sebelum ini.
Padahal beliau bukannya bertaraf menteri pun.
“Pas Pusat kena jilat balik ludah yang mereka buat dua tahun lepas.
“Kalau tak nak jilat ludah sendiri, tolong hirup air kumbahan najis kat loji IWK agar kembali siuman seperti sedia kala…”tulis netizen #Farid Ibrahim melalui twitternya.
Di laman twitter Konfem sahih kelihatan satu ciapan yang ‘ditujukan’ khas kepada Pas itu sendiri, walhal sebelum ini umum mengetahui parti berkenaan pernah membangkitkan isu yang sama berkaitan pelantik Duta Khas.
Dalam ciapan itu ditulis “Dulu Pas pertikai bila Tan Kok Wai dilantik sebagai Duta Khas ke China. Kononnya amalan BN. Tapi jelas berbeza, sebab lantikan itu TIDAK bertaraf Menteri.
“Kini Presiden Pas Abdul Hadi Awang dilantik Duta Khas ke Timur Tengah, dengan taraf Menteri. Sebijik macam BN. Mana Pas?”
Twitter Konfem sahih turut memuat naik tangkap layar hantaran Facebook Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 14 Ogos 2018.
Dalam Facebooknya pada ketika itu, Tuan Ibrahim menulis pihaknya kesal kerajaan Pakatan Harapan mengikut jejak langkah kerajaan BN dengan melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.
Katanya, di era kerajaan lalu (BN), pembangkang mengkritik tindakan kerajaan BN melantik Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri, ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
LIHAT BAGAIMANA DUTA KHAS PM KE TIMUR TENGAH MENIPU GERAKAN ISLAM
Gambar di bawah adalah petikan dari Surat Duta Khas PM Malaysia ke Timur Tengah (Presiden Pas) kepada gerakan Islam bertarikh 22 Mac 2020, surat tersebut bertujuan untuk mempertahankan tindakan partinya menebuk atap bersama Azmin dan Muhyiddin, tindakan itu dinamakan - kononnya - حركة الإصلاح gerakan reformasi, bukannya الإنقلاب - kudeta.
Cuma, dalam ruang ini, saya ingin fokus kepada dua pembohongan dan tuduhan besar oleh penulis surat.
1. Beliau berBOHONG apabila menyatakan bahawa proses menamakan Dato' Sri Anwar sebagai PM8 adalah gerakan 'pintu belakang' yang digerakkan dalam PH selepas pilihanraya. [Faktanya menamakan DSAI sebagai PM8 adalah perjanjian antara sesama parti PH yang diumumkan oleh Saifuddin Abdullah - salah seorang pengkhianat].
2. Beliau MEMFITNAH / MENUDUH bahawa usaha menamakan DSAI sebagai PM adalah dengan sokongan/bantuan بمساندة dari pihak Amerika Syarikat, Eropah, Singgapore dan Zionis [ini adalah tuduhan yang jahat bukan hanya kepada PKR, DAP dan Amanah, bahkan terhadap Negara jiran dan pihak antarabangsa yang lain. Sebagai tokoh sepatutnya beliau tidak hanya MENUDUH tanpa bukti !].
Apalagi bahasa yang boleh kita gunakan melainkan dari MEWA ! betul² MEWA !
INFO YANG BERGUNA ELOK JIKA DI KETAHUI
Mohd Nizam
Maklumat dari pesakit yang telah pulih dari Hospital ...
Setiap hari kami berada di sana:
1. Ambil Vit C-1000
2. Vitamin E
3. 10:00 - 11:00 berjemur selama 15-20 minit.
4. Telur satu item
5. Rehat / dapatkan min yang cukup min 7-8 jam
6. Minum 1.5 ml min air setiap hari dan setiap hidangan perlu minum hangat (tidak sejuk).
Itulah yang kita lakukan di hospital.
Ini untuk memberitahu kita semua bahawa pH untuk virus korona berbeza dari 5.5 hingga 8.5
Apa yang perlu kita lakukan, untuk mengalahkan virus korona, adalah untuk mengambil lebih banyak makanan alkali di atas tahap pH virus.
Sebahagian daripada mereka adalah:
* Lemon - 9.9 pH
* Kapur - 8.2 pH
* Avocados - 15,6 pH
* Bawang putih - 13,2 pH *
* Mangga - 8.7pH
* Tangerine - 8.5pH
* Nanas - 12,7 pH
* Dandelion - 22,7 pH
* Orange - 9.2 pH
Bagaimana anda tahu bahawa anda mempunyai coronavirus?
1. gatal-gatal di tekak
2. Tekak kering
3. Batuk kering
4. Suhu yang tinggi
5. Sesak nafas
6. Kehilangan bau dan rasa
Maka apabila anda memberi perhatian kepada perkara-perkara ini dengan cepat mengambil air hangat dengan lemon dan minuman.
Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Beri kepada semua keluarga dan rakan anda. Berhati-hati
Maklumat dari pesakit yang telah pulih dari Hospital ...
Setiap hari kami berada di sana:
1. Ambil Vit C-1000
2. Vitamin E
3. 10:00 - 11:00 berjemur selama 15-20 minit.
4. Telur satu item
5. Rehat / dapatkan min yang cukup min 7-8 jam
6. Minum 1.5 ml min air setiap hari dan setiap hidangan perlu minum hangat (tidak sejuk).
Itulah yang kita lakukan di hospital.
Ini untuk memberitahu kita semua bahawa pH untuk virus korona berbeza dari 5.5 hingga 8.5
Apa yang perlu kita lakukan, untuk mengalahkan virus korona, adalah untuk mengambil lebih banyak makanan alkali di atas tahap pH virus.
Sebahagian daripada mereka adalah:
* Lemon - 9.9 pH
* Kapur - 8.2 pH
* Avocados - 15,6 pH
* Bawang putih - 13,2 pH *
* Mangga - 8.7pH
* Tangerine - 8.5pH
* Nanas - 12,7 pH
* Dandelion - 22,7 pH
* Orange - 9.2 pH
Bagaimana anda tahu bahawa anda mempunyai coronavirus?
1. gatal-gatal di tekak
2. Tekak kering
3. Batuk kering
4. Suhu yang tinggi
5. Sesak nafas
6. Kehilangan bau dan rasa
Maka apabila anda memberi perhatian kepada perkara-perkara ini dengan cepat mengambil air hangat dengan lemon dan minuman.
Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Beri kepada semua keluarga dan rakan anda. Berhati-hati
HARGA SAWIT DAN BARANGAN LADANG AKAN MENCANAK NAIK
Md Zulaimi Kazin
Saya yakin Menteri Komuditi dan Perladangan mampu menaikkan lagi harga getsh dan kelapa sawit bila tengok pada gaya dia.
Bersungguh sengoti dia buat kerja, masa chair mesyuarat pun pakai sarung tangan getah mungkin ketika itu juga beliau menyemak sendiri kualiti sawit dan getah negara yg dibawa masuk ke bilik mesyuarat.
Satu perkara yg paling hebat yg ada pada beliau, kalau ikut pekeliling kerajaan, tamda nama hanya tulis nama sahaja tanpa dimasukkan apa2 gelaran pangkat atau profesional. Sebagai pemegang PhD (pengkhususan apa tak tahu) beliau letakkan "DR" mungkin beliau satu2nya menteri yg ada PhD.
Jadi, bila tgk gambar ini saya berkeyakinan harga getah dan sawit kita akan meningkat dan memberi nafas lega kpd pekebun kecil. Selamat maju jaya sahabatku YBM Dato Dr Ustaz Khairuddin, ente adalah harapan pekebun melayu Islam di Malaysia.
COVID 19 KLUSTER KWSP?
Covid 19 kluster KWSP?
Tadi sahabat Tag screenshot katanya LHDN kata tak perlu daftar, Mohon.. jadi bagaimana ? katanya hari ini web KWSP dan LHDN hang.. betul tak aku kata sebelum, Tak perlu mohon pun, Peruntukan yang disebut Muhyidin dengan anggaran 4 Juta isi rumah hanya cukup untuk penerima BSH dan BRIM..
Bila jadi macam ni..nanti rakyat akan serbu KWSP..serbu LHDN.. Makcik pakcik kat kampung ni bukan tahu apa.. nak isi online..nak hantar dokumen…apa kan jadi pulak lepas ni ? Mau lepas ni ada pulak pesakit COVID-19 Kluster KWSP..Kluster LHDN..
Aku dah kata akan ada paling kurang 3 juta isi rumah yang layak dan terkesan takkan dapat BPN… Benda mudah jer nak congak.. Tak perlu jadi Menteri Kewangan, tak perlu jadi accountant bertauliah..
bagaimana depa tak dapat jangka semua ini, Tak reti buat unjuran dan data… tu sebab orang suruh buat sidang parlimen.. kalau nak tambah pemohon,Kena tambah peruntukan dan ubah unjuran kewangan..
Akhirnya yang dah dapat gaji mcm kakitangan Kerajaan , depa Dapat lagi Bonus dan BPN.. Yang terjejas teruk terus terpinggir dan tertinggal seperti penjaja dan bekerja sendiri.. Kalau nak faham bagaimana Muhyidin jenis kaki sembang, jenis tak tahu apa.. Tengok dalam hal Topeng muka(facemask) cukup lah..
Sembang lah 10 Juta unit nak diagih percuma..dok kata toksah bimbang..toksah Bimbang semua cukup.. dah habis 2 Minggu tempoh PKP.. Cari facemask nak beli pun masih tak jumpa.. ,kalau ada RM 2..takdanya RM 1.50.. Sembang kami tentukan RM 1.50..
Stesen minyak kononnya kena ada sanitizer.. Bank kena buat itu dan ini.. berapa kali singgah stesen minyak..,Bank..,Apa pun takda.. Yang depa buat, Sekat jalan situ, sekat jalan sini..Lepas tu ada alasan salahkan rakyat balik rakyat sebab kononnya rakyat degil…
Depa bukan buat kerja selesaikan masalah..Tapi buat kerja tunjuk kuasa.. nak cari salah rakyat.. kalau mcm ni lah gaya, tak tau lah apa jadi pada ekonomi.. Urus benda simple mcm tu pun fail..!
KALAULAH TH MASIH OPERASIKAN HOTEL….
Kalaulah TH masih operasikan hotel….
Oleh: Pentadbir
Kredit: Ipohmali
Hari ini kerajaan Arab Saudi meminta seluruh dunia menghentikan persiapan untuk Haji dan Umrah buat tahun ini.. dan kemungkinan besar tidak ada ibadah Haji untuk tahun ini.. Dan doa lah semoga ianya tak berlaku..
Tapi itu bukan persoalannya.. Apa kesan rantaiannya ? Sudah pasti yang paling terjejas adalah Institusi seperti Tabung Haji yang menjadikan perniagaan berasaskan Haji Umrah adalah teras perniagaan dan pendapatan mereka..
Jika Haji dibatalkan, Sudah pasti..giliran menunggu akan lebih panjang.. Bukan hanya menyentuh Soal Ibadah Haji Umrah..Kemungkinan besar, Pelaburan Tabung Haji dalam sektor Hartanah, Perladangan, Pasaran Saham , Perhotelan dan Perniagaan juga akan tetap terjejas..
Dari kes Tabung Haji ini sahaja kita akan merasa kesan rantaianya yang besar.. Jadi Bagaimana ? boleh jadi ada anak syarikat yang terpaksa membuang pekerja.. bayangkan dari institusi Tabung Haji ini pun kesan rantaiannya besar..bagaimana agaknya kesan kepada sektor Oil & Gas, Perhotelan dan Penerbangan..
Benda seperti ini makcik kiah tak mampu berfikir.. yang depa tahu RM 1600 itu kerajaan perlu bayar.. kalau makcik kiah tak faham, kita tak heran, Menteri Ekonomi dan Kewangan pun tidak fahaman gelombang besar yang akan melanda negara kita tidak dapat diselamatkan dengan hanya memberikan Cik Kiah Duit..,,
Dalam keadaan ekonomi hari ini..Apakah Tabung Haji masih mahu mengambil alih aset saham dan Hartanah yang diletakkan dibawah Kementerian kewangan dan UJSB.. Tabung Haji nak ambil semula pengurusan Perhotelan Tabung Haji dari kementerian kewangan ?
INI BARU NAMANYA DAPAT JAWATAN IKUT TEBUK ATAP, TAPI TIADAKAH PEMIMPIN UMNO DILANTIK SAMA?
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.
Ini bermakna, lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah bertambah menjadi 71 orang ramainya.
Dengan jawatan bertaraf menteri, Hadi Awang berhak mendapat segala segala gaji, elaun dan kemudahan sebagaimana menteri-menteri yang dilantik Muhyiddin sebelum ini.
Makna kata, kalau menteri-menteri biasanya mendapat gaji dan elaun sekitar RM60 ribu hingga RM70 ribu sebulan, selain kemudahan kereta, pemandu dan sebagainya, itulah juga nikmat yang dijangka akan diperolehi oleh Hadi Awang.
Cuma, kelebihan Hadi Awang sebagai Duta Khas bertaraf menteri, beliau tidak perlu menghadiri mesyuarat kabinet pada setiap Rabu sebagaimana wajib dihadiri oleh menteri-menteri yang lain.
Beliau juga tidak perlu mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Yang Dipertuan Agong.
Tugasnya hanyalah berkaitan negara-negara Timur Tengah, termasuk melakukan lawatan, memastikan hubungan Malaysia terus baik atau mengiringi Muhyiddin jika beliau berkunjung ke negara-negara tersebut.
Selebihnya bolehlah beliau terus memberi kuliah atau mengajar agama seperti biasa, hanya barangkali sebutan namanya saja akan diperindahkan selepas ini menjadi TUAN GURU DATUK SERI HAJI HADI AWANG, DUTA KHAS KERAJAAN MALAYSIA KE TIMUR TENGAH BERTARAF MENTERI.
Dengan perlantikan ini, terjawablah sudah tanda tanya mengapa Hadi Awang tidak dilantik dalam sususan kabinet yang diumumkan Muhyiddin awal bulan lalu.
Ketika ditanya sebelum ini, Hadi Awang berkata, tiadanya nama beliau dalam kabinet adalah bagi membolehkannya memantau prestasi menteri-menteri Pas dalam kerajaan.
Agaknya Hadi Awang memang tidak mahu dilantik sebagai menteri, sebaliknya hanya sedia diberikan apa-apa jawatan lain yang bersesuaian dengan kedudukannya selaku Presiden Pas.
Melalui pembentukan kerajaan baru PN yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kerana dianggap kerajaan pintu belakang lantaran ditubuhkan bukan berdasarkan kemenangan melalui mandat rakyat dalam pilihanraya, Hadi Awang berkata, kerajaan bukan saja boleh ditubuhkan melalui pintu belakang atau tingkap, bahkan boleh juga dibentuk melalui tebuk atap.
Dengan terbentuknya kerajaan tebuk atap pimpinan Muhyiddin sebagaimana disebut Hadi itu, selaku Presiden Pas, beliau sepatutnya menjadi salah seorang anggota kanan dalam kabinet.
Tetapi agaknya kerana tugas sebagai menteri itu lebih membebankan, banyak kerja perlu dilakukan, mesyuarat pula kerap perlu dihadiri, hadir sidang media atau dikejar wartawan lagi, kalau sikap cakap pula boleh jadi isu lawak atau kecaman ramai, termasuk juga tidak boleh lagi ponteng Parlimen, maka menjadi duta adalah pilihan yang lebih baik dan menyenangkan bagi Ahli Parlimen Marang itu.
Menjadi Duta Khas ke Timur Tengah, lebih-lebih lagi dapat sama gaji, elaun dan kemudahan seperti menteri, keistimewaan lain ialah kalau Hadi Awang lebih kerap tidak hadir ke Parlimen pun tidak ada siapa akan mencarinya.
Ketiadaannya di Parlimen selepas ini akan lebih mudah difahami bahawa beliau mungkin sedang melawat mana-mana negara Timur Tengah atas ada urusan rasmi yang tak dapat dielakkan dengan mana-mana Pak Arab.
Pendeknya, menjadi Duta Khas bertaraf menteri ini macam Hadi Awang dapat habuan ikut lubang atap yang sudah siap ditebuknya sebelum ini.
Yang menjadi persoalan ialah apakah hanya Hadi Awang saja dilantik sebagai duta bertaraf menteri dalam kerajaan ikut tebuk atap ini?
Bagaimana dengan ramai barisan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang lain yang tidak dapat jawatan?
Apakah selepas lantikan Hadi Awang ini, Muhyiddin akan melantik beberapa pemimpin UMNO, sekurang-kurangnya seperti Mohamad Hassan, Timbalan Presiden parti itu serta dua Naib Presidennya, Khaled Nordin dan Mahadzir Khalid sebagai Duta Khas atau Penasihat Khas bertaraf menteri juga?
(ShahbudinHusin 02/04/2020)
DSAI Sebagai Trendsetter Politik
@RaheemArshavin
Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sememangnya seperti sebuah medan magnet. Apa sahaja yang dia lakukan pasti akan diambil oleh media menjadi bahan berita dan diangkat sebagai inspirasi oleh banyak pihak. DSAI merupakan trendsetter dalam lapangan politik.
Ini termasuklah dua perkara yang akhir-akhir ini menjadi seperti virus. Pertama, kuliah politik DSAI menerusi media sosial. Kedua, aksi membeli-belah DSAI untuk keperluan dapur di sebuah kedai runcit.
Kedua-dua aksi itu akhirnya dicontohi oleh Tun Mahathir dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Kedua-duanya kemudiannya meniru apa yang dilakukan oleh DSAI.
Walau bagaimanapun, sebagai trendsetter DSAI tidak semata-mata hadir hanya untuk mencipta satu trend. Sebagai trendsetter politik, DSAI muncul natural dari idea-idea yang asli diiringi tingkah lakunya. Kenapa demikian, kerana DSAI apabila melakukan sesuatu tidak pernah berpura-pura.
Apa pun aksinya, samada DSAI sedang berlari atau bersenam, DSAI sedang bermain dengan cucu-cucu, DSAI sedang menikmati hidangan Kak Wan, DSAI berbelanja untuk keperluan asas, semuanya adalah aktiviti yang biasa dilakukannya. Bukan sesuatu yang dibuat untuk mendapatkan tindak balas media atau membina imej.
Oleh itu, tidak begitu tepat rasanya untuk merujuk DSAI sebagai trendsetter politik. Dia lebih hebat dari itu, dia adalah contoh buat seluruh rakyat Malaysia. Dia adalah seorang pejuang politik Malaysia yang selaras dengan sikap anti-rasuah dan anti diskriminasi terhadap sesiapa. Respect DSAI!
***
Dasar Perjuangan dan Perlembagaan Parti Pas :
Riana Ariana
Sejak dahulu lagi ahli pas dimomokan dengan perjuangan Pas adalah menegakkan hukum Islam diMalaysia. Sehingga didoktrinkan oleh pemimpin Pas jika ahli Pas mati melawan kerajaan Malaysia, mati ahli Pas adalah syahid. Malah jika ahli Pas mati semasa menghadiri mesyuarat parti Pas pun sekalipun sudah dikira syahid jika dibandingkan mati ketika dalam sujud semasa solat. Hebat bukan....😅.
Jika diperhatikan perlembagaan parti Pas..dari fasal 2,3,4,5 dan 6 jelas parti Pas atau pemimpin Pas yang ada sekarang telah menyimpang jauh daripada perlembagaan parti Pas sendiri.
Ini diakui sendiri oleh Presiden Pas bahawa amat mustahil untuk melaksanakan hukum Hudud diMalaysia dan diKelantan disebabkan faktor masyarakat yang majmuk. Faktor masyarakat yang majmuk ni dizaman kejadian Memali pun dah wujud lama.
Dengan penjelasan tersebut maka amat malang bagi pejuang pas yang bermatian mempertahankan Pas..kerana Presiden Pas sendiri tidak akan melaksanakan hukum Hudud jika menjadi kerajaan.
Ditakdirkan Allah..Pas sekarang sudahpun menjadi kerajaan Pusat. Allah sekarang sedang membuka pembohongan dan penipuan Parti Pas diatas dosa dosa lampau mengkafirkan sesama Islam.
Sudah pasti hukum Hudud akan terkubur walaupun Pas sudah menjadi kerajaan pusat.
Sesungguhnya Pas sanggup menghina serta melacurkan agama Islam demi Perut, Nafsu, Mercedes-Benz dan Seks semata mata.
PPBM SEDANG SEKAT KEMARAAN PAS DLM PN SECARA LICIK.
MOd Zulaimi kazin
Menyedari PPBM asalnya hanya ada 12 MP shj sblm ditambah dgn migrate UMNO dan Kartel PKR menampakkan mereka lebih MP dari Pas yg ada 18 MP.
Bila mengatur kabinet, kita menjangkalan Pas akan dapat 5 Menteri sama dgn Amanah dapat dlm PH tapi sedihnya hanya 3 Kementerian shj utk Pas sedangkan jumlah Kementerian bertambah.
Semua orang menjangkakan Menteri Agama (JPM) sudah tentu milik Pas sbb dalam Pas ramai ulamak yg berpengalaman tetapi Muhyiddin bertindak bijak dengan memberi jawatan itu kpd bekas Mufti WP yg dilantik jd YB Senator.
Apakah MP Pas tiada yg layak? Dari Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Dewan Ulamak semuanya layak dan setanding dgn DS Dr Zulkifli Al Bakri. Saya tak pertikaikan kelayakan DS Dr Zul tapi saya nak sama2 kita perhalusi kenapa tidak dilantik MP Pas? Dr Zul pun fikrahnya juga Pas dan rapat dgn pimpinan Pas tp dia tidak pernah bersama dgn Pas dalam organisasi Pas jd dia tidak boleh memberi manfaat kpd Pas.
Kenapa tidak lantik MP Pas?... sekali lagi kita tanya.
Kalau Pas yg pegang Menteri Agama, ianya amat2 strategi kpd Pas utk terus bina pengaruh khusus dikalangan orang melayu melalui mimbar2 masjid dan struktur agensi di bawah Menteri Agama... cukup besar dan inilah yg membimbangkan PPBM dan Umno. Mereka takut Pas akan jd parti dominan dalam PN dan mengawal PN utk jangka panjang. Umno dan PPBM tidak blh duduk bawah Pas, mereka hanya perlukan Pas utk dijadikan tangga utk naik ikut bumbung saja.
Langkah 2, PPBM dan Umno nak lemahkan PAS adalah dengan melantik TGHH sebagai Duta PM ke Negara Timur Tengah bertaraf menteri. Apakah ini benar2 satu keperluan selain dr untuk melemahkan Pas secara organisasi. Alasan sebagai bekas Naik Ketua Ulamak Dunia itu sbg kipas utk menyalakan semangat TGHH seolah2 sbg penghormatan tp sebenarnya ia akan menjadi asebab Pas akan jadi makin lemah. Kekuatan Pas sekarang ini terletak kpd Tok Guru, dia penentu hala tuju Pas hari ini. Bila dah berada luar negara, ramai kalangan pemimpin kanan Pas akan sibuk berulang ke Timur Tengah dan tinggalah TITM utk uruskan Pas. Bila mula2 masuk Kementerian, sibuknya sehingga terlepas pandang ttg urusan parti dan inilah yg PPBM dan Umno mahukan.
Saya faham kalau ada sahabat agak tidak setuju dgn pandangan naif ini dan saya blh agak ramai yg akan mengutuk pandangan ini, itu biasa sbb gaya pemikiran mereka mmg mcm tu, cuma kalau ada sorang dua yg blh menyingkap minda agar dpt lihat dari luar kotak mereka hari ini akan nampak jelas apa yg sdg dirancang oleh PPBM dan Umno agar Pas terus lemah sbb mereka takut Pas terus mara.
Nama baru kementerian Tuan Ibrahim bermaksud bingung, bodoh


Gara-gara mahukan singkatan kementerian daripada bahasa Inggeris, tanpa disedari nama baharu itu membawa maksud buruk pula dalam bahasa Melayu.
Kementerian Alam Sekitar dan Air yang diterajui Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengumumkan menggunakan nama baharu MEWA.
Akronim atau kependekan MEWA diambil daripada nama kementerian itu dalam bahasa Inggeris iaitu Ministry of Environment and Water.
Walau bagaimanapun semakan di laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) mendapati perkataan “mewa” bermaksud bingung atau bodoh.
Singkatan ‘Kl’ pada padanan kata tersebut merujuk kepada dialek Kelantan.
Laman Kamus Dewan dalam talian itu di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kamus Dewan dengan yang terkini Edisi Keempat merupakan rujukan utama dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tepat dan betul.
Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media memberitahu penjenamaan MEWA dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung, semalam.
Menurut Timbalan Presiden Pas itu, penjenamaan tersebut selaras dengan keputusan kerajaan memberi tanggungjawab pengurusan air negara kepada MEWA disamping berperanan dalam pelestarian alam sekitar.
Jelasnya, kementerian terbabit akan mengitegrasikan sektor alam sekitar dan air.

SETUJU - MEMANG KENA DAN TEPAT DENGAN MENTERI DAN KERAJAAN PINTU BELAKANG
Gara-gara mahukan singkatan kementerian daripada bahasa Inggeris, tanpa disedari nama baharu itu membawa maksud buruk pula.
Kementerian Alam Sekitar dan Air yang diterajui Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengumumkan menggunakan nama baharu MEWA.
Singkatan MEWA diambil daripada nama kementerian itu dalam bahasa Inggeris iaitu Ministry of Environment and Water.
Walau bagaimanapun semakan di laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) mendapati perkataan “mewa” bermaksud bingung atau bodoh.
NAK SANGAT TUNJUK PANDAI, BAHASA INGGERIS KONON...HAHAHA..
SAYONARA AYAH CHIK
Miqdad Zakaria
Arwah Dato' Bakar Daud kena hantar jadi Duta Malaysia di Mesir..
Tan Seri Wan Mokhtar kena hantar jadi Duta Malaysia di Arab Saudi..
Abdul Hadi Awang kena hantar jadi Duta mewakili PM untuk Asia Barat..
Nampaknya sejarah tidak menipu kita.. Pejuang terkenal bertaraf ulamak seperti Abdul Rahman Limbong juga menerima nasib yang sama.. Pernah dibuang negeri lalu dihantar ke Mekah..
" Oh baiknya Penjajah hantar Tuan Guru kita ke Mekah.. "
Semua berlaku demi kuasa politik..
Sayonara Ayah Chik..!
😕😕
KENYATAAN MEDIA
SELANGOR TASK FORCE FOR COVID-19 (STFC)
2 April 2020
1. Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor atau Selangor Task Force for Covid-19 (STFC) mengambil maklum bidang Kesihatan adalah di bawah jurisdiksi Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri bertindak dalam rangka untuk membantu (complement) usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai ‘Custodian of Health’ – ‘Penjaga Kesihatan’ untuk seluruh Persekutan Malaysia.
2. Dengan berbekalkan sedikit kepakaran dan pengalaman Ahli-Ahli STFC, kami komited untuk meningkatkan keupayaan Kerajaan Negeri Selangor, antara lainnya, mengemukakan cadangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk menangani penularan virus SARS CoV-2 serta mengurangkan pesakit COVID-19 di negeri Selangor khasnya.
3. Objektif strategi menangani Epidemik COVID-19 ini adalah mempastikan ‘kemampuan fasiliti-fasiliti kesihatan di negeri Selangor terutama wad ICU dan kelengkapan seperti ventilator, sentiasa mampu menangani peningkatan kes’. Oleh itu sangat penting untuk sentiasa ‘melandaikan keluk epidemik’ atau ‘flattening the epidemic curve’ di negeri Selangor.
4. Ini menjadi lebih kritikal dalam fasa penularan agresif (acceleration phase), sebelum Vaksin atau ubat ‘Anti-Viral’ yang khusus untuk membenteras virus SARS CoV-2 dihasilkan oleh mana-mana Negara di dunia ini. Hanya Vaksin dan Ubat ‘Anti-viral’ ini sahaja yang dapat membenteras virus SARS C0V-2 ini!
5. Bagi mempastikan ‘strategic objective’ ini tercapai, beberapa ‘Terma Rujukan’ (TOR) telah ditetapkan sebagai bidang tugas STFC. Antara lainnya ialah:
i) ‘Meningkatkan Pendidikan dan Pemahaman’ warga Selangor tentang virus dan penyakit baru ini, supaya semua pihak supaya tahu kepentingan untuk melaksanakan langkah-langkah seperti penjagaan kebersihan diri seperti cuci tangan dengan sabun dan sanitizers serta memakai topeng muka ketika perlu termasuk kalau kerap batuk dan bersin.
ii) Mendidik warga Selangor akan kepentingan untuk sentiasa mengamalkan ‘menjauhkan jarak sosial (fizikal)’ atau ‘sosial distancing’ buat ‘memutuskan rantaian transmisi’ dalam komuniti.
iii) Menghasilkan ‘guidelines’ atau garis-panduan untuk kegunaan dan perlaksanaan pelbagai pihak; sekolah, kolej dan universiti, fasiliti-fasiliti penjagaan kanak-kanak, di tempat-tempat membeli-belah, mall, kedai runcit serta tempat makan awam. Bahan-bahan ini telah pun dihasilkan.
iv) Menasihatkan semua penguasa agama dari segi input kesihatan dalam menangani penularan virus SARS CoV-2 ini, di bangunan-bangunan ibadat seperi masjid, surau serta juga kereja, kuil dan lain lain.
v) Membangunkan keupayaan Kerajaan Negeri di segi penggunaan ‘Big Data Analytics’ serta ‘Machine Learning’ bagi memandu arah kegiatan perlaksanaan seperti ‘saringan dalam komuniti’, ‘pengesanan rapat’ atau ‘contact tracing’, agar lebih terarah dan bersasar, di dalam fasa “Perintah Kawalan Pergerakan” atau PKP.
6. Statistik terkini yang mencatatkan 142 kes baharu pada 1 April 2020 telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2908 kes dengan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes.
7. Menurut laporan ini, Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah penurunan kes selama dua hari berturut-turut iaitu daripada 60 kes baru pada 30 Mac 2020, kepada 32 kes baru pada 31 Mac 2020, manakala pada 1 April 2020, 22 kes baru telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Selangor adalah sebanyak 726 kes sehingga 1 April 2020.
8. STFC memandang serius situasi terkini penyakit COVID-19 di Selangor kerana merupakan tertinggi dalam carta jumlah kes positif COVID-19. Statistik ini adalah sejajaran dengan faktor kepadatan penduduk Selangor, yang mewakili lebih 20% daripada populasi kependudukan Malaysia.
9. STFC juga ingin memaklumkan, sehingga 1 April 2020, 4 daerah di Selangor telah dikategorikan di dalam “Zon Merah” iaitu Daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak.
STFC ingin mengingatkan kepada semua penduduk dalam daerah-daerah ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan disiplin yang tinggi.
10. STFC akan sentiasa melaksanakan langkah intervensi setempat bagi mengupayakan seluruh jentera lokal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dengan menggunakan sumber dan pasukan sokongan Kerajaan Negeri Selangor termasuk keterlibatan sokongan sukarelawan atau ‘Civil Society Organisations’ (CSOs). Ini merupakan pendekatan ‘Whole of Society’ yang dianjurkan WHO.
11. Sebagai panduan buat YAB Menteri Besar Selangor memandu arah jentera negeri dalam melaksanakan langkah-langkah intervensi setempat, STFC beriltizam untuk mengemukakan setiap rekomendasi dan tindakan perlu sejajar dengan bukti saintifik, dan data mutakhir.
12. Bagi mencapai tujuan ini, sebuah platform analitikal dengan keupayaan Big Data Analytics dan Kepintaran Mesin telah dibangunkan agar rekomendasi-rekomendasi STFC boleh disandarkan kepada kajian-kajian saintifk terkini yang berubah secara pantas di dalam tempoh epidemik ini.
13. Ia juga bagi membolehkan ahli-ahli STFC tidak hanya tertumpu kepada isu beban kes covid19, malahan turut mengambil kira beban populasi, taburan populasi terpinggir seperti ibu tunggal, warga emas, warga berpendapatan rendah, dan faktor sosioekonomi dalam menyusun perancangan prioriti dan cadangan tindakan.
14. STFC amat mengharapkan perkongsian data dari pihak KKM agar kami dapat melengkapkan analitik yang dibangunkan. Data ini tidak bermaksud data pesakit atau ‘patient identity’, yang mesti kekal rahsia di bawah Akta Perubatan. Analitik Data ini, akan dapat membantu memacu tindakan kawalan penyakit, saringan komuniti bersasar secara lebih mikro, dan juga menggerakkan saluran bantuan dan kebajikan, termasuk menjaga kesihatan mental warga Selangor.
15. STFC sekali lagi ingin menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Selangor khasnya, untuk mematuhi segala Perintah Kawalan Pergerakan (kini di Fasa 2), terus mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau sanitizers. Semoga kita dapat sama-sama ‘melandaikan keluk epidemik’ COVID-19 ini dengan kadar yang segera, demi kesejahteraan Negeri dan Negara yang tercinta.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Pengerusi
Selangor Task Force for COVID-19
(STFC)
#StayHome
#SelangorGempurCovid19
Subscribe to:
Posts (Atom)




