ALHAMDULILLAH! TABUNG HAJI BERJAYA DISELAMATKAN.



Ketika TH mahu distrukturkan semula di bawah pentadbiran baharu, pelbagai andaian dan cemuhan yang dibuat oleh pembangkang. Mereka lupa, pemimpin rejim kleptokrat lah yang selama ini telah menyamun duit TH dan kemudian cuba menutup kebusukan tersebut dengan memberikan dividen ala Pak Man Telo kepada para pendeposit sehingga TH rugi RM4 bilion.

Tiga langkah penting yang dilakukan oleh Dr Mujahid untuk menyelamat Tabung Haji. Pertama, beliau melantik pasukan professional yang berkemampuan dan berintegriti untuk menerajui Tabung Haji tanpa campurtangan politik didalam membuat keputusan berhubung perniagaan dan pelaburan.  Ini bagi memastikan Tabung Haji tidak lagi mengulangi kesilapan lampau membiarkan pemimpin politik menjarah kekayaannya secara berleluasa.  

Rakyat sedang menunggu perbicaraan penuh kes rasuah melibatkan mantan Pengerusi Tabung Haji untuk mengetahui perincian tindakan curang pentadbir Tabung Haji sebelum ini.

Kedua, Dr Mujahid berjaya meyakinkan Menteri Kewangan untuk menyuntik dana sekitar RM10 bilion untuk Tabung Haji menstrukturkan semula kedudukan aset-asetnya yang mengalami kerugian. Dana ini bukan terus diberikan kepada TH begitu sahaja, tetapi digunakan bagi membentuk SPV yang mengambil-alih sebahagian aset-aset TH yang tidak berdaya maju (non performing assets) dengan harga yang tinggi dari harga pasaran, kemudian menguruskan aset-aset ini dalam tempoh tertentu dengan menjanjikan keuntungan yang munasabah kepada TH dalam tempoh tersebut. Perjanjian pula dibuat dengan klausa yang memihak serta menjaga kepentingan TH di mana TH berhak untuk mengambil semula aset-aset tersebut sekiranya penilaian komersial mendapati ianya menguntungkan TH.

Pembangkang menyebar fitnah kononnya Tabung Haji telah dijual kepada orang kafir sehingga menimbulkan andaian dan persepsi yang buruk kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.  Akhirnya terbukti, fitnah mereka adalah batil dan kebatilan itu akan lenyap juga akhirnya ibarat buih di lautan.

Ketiga,  Dr Mujahid berjaya meyakinkan para pendeposit dan pelabur bahawa penstrukturan semula ini adalah baik untuk Tabung Haji pada jangka masa panjang. Walaupun di atas dasar pertanggungjawaban, TH terpaksa mengumumkan dividen yang sandat rendah selepas penstrukturan semula, para pendeposit dan pelabur kekal bersama TH. Deposit TH tetap meningkat dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan sebarang 'hilang percaya' ke atas pengurusan Tabung Haji.

Hasilnya jelas kelihatan. Tabung Haji mula mencatatkan keuntungan. Kedudukan kewangan TH kembali kukuh dan aset-aset TH mula menjana keuntungan untuk para pendeposit dan pelabur.

Tahniah Tabung Haji. Tahniah Dr Mujahid. Tahniah Rakyat Malaysia!

Tarikh keramat 9hb Mei 2018 telah menyelamatkan Tabung Haji, sebuah institusi kewangan yang penting dan menjadi kebanggaan buat umat Islam di negara ini.

Kredit : Jamzuri Ardani

GAMBAR PERKAHWINAN ANAK MENTERI EKONOMI



OLEH:  Zulimran Nasution Abdullah Omar

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, perkahwinan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang duduk, meja, dalaman dan makanan
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, luaran
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, perkahwinan dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, teks dan makanan

DARI MANA DATANGNYA?
Malam tadi berlangsunglah majlis persandingan anak perempuan kepada seekor menteri yang terpalit dengan skandal video semburit di Sandakan, Sabah sekitar awal bulan puasa tahun ini.

Dapat diperhatikan apabila masuk saja ke lobi sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu, majlis yang dianggap serba sederhana rupanya terlalu sukar untuk disangkal kemewahannya.
Apatah lagi, anak perempuan yang kononnya hasil hubungan terlarang itu sememangnya fitnah belaka apabila bapa kandungnya sendiri mewalikan pernikahan anaknya beberapa hari sebelum kejadian malam ini disaksikan para ternakannya nun serata dunia.
Syahdan, bila beberapa pemimpin parti bunga yang hadir mengambil foto dan merakam video sekitar majlis yang turut dihadiri memanda si tua yang baru sampai dari luar negeri, rasa mual lagi jijik mula terkeluar satu-persatu.
Nampaknya budaya Umno feudal cukup meresap dalam majlis gilang-gemilang berkenaan tambahan lagi dikhabarkan ramai ternakan si kitol itu tidak dibenarkan hadir atas sebab yang entah siapa boleh ketepikan.
Yang dapat hadir seakan tercengang melihat betapa mewahnya majlis yang dihadiri pelbagai lapisan kenamaan dan tidak lupa pengkhianat setianya dari negeri Hang Tuah turut terkantoi sama.
Persoalan mula timbul terutama membabitkan aspek sumber kewangan untuk membiayai majlis persandingan ala-ala Wedding of The Year buat anak si semburit kerana majlis serupa untuk anak lelakinya turut disulami dengan sejuta tanda tanya.
Dari manakah datangnya wang sebegitu banyak menjayakan majlis serupa kurang dari dua tahun antara satu sama lain?
Adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM berani arahkan para pegawainya menyiasat atau hanya tunggu saja laporan dari rakyat dulu baru hendak bertindak?
Jangan ulangi kebobrokan @NajibRazak dan Rosmah Mansor sebelum mereka berdua ditendang dari Putrajaya!
- Admin



Oleh: senyum selalu senyum selalu


PAS PIS FUSSSSS
Manifesto PAS pun byk tak ditunaikan noo.. Takkan LEBAI pun munafik jugak.. KENA tang ORANG depa kata munafik.. KENA kat DEPA mcm macam alasan dijaja.. Mencari ALASAN UNTUK tidak menunaikan JANJI tu munafik ke TAK ? Konpiusss
80 % JANJI MANIFESTO PAS Di SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK* DILAKSANAKAN !!!*
Di Antaranya...

1. JIKA menang PRU14 di Terenggnu AKAN
laksana Hukum Hudud
2. Pemberian TANAH sebanyak 2 EKAR
seorang kepada Persara Tentera.
(Kelantan dan Terengganu)
3. Pemberian RUMAH mampu MILIK
kepada rakyat MISKIN tegar. (Kelantan
Dan Terengganu)
4. Menyediakan banyak PELUANG
pekerjaan KEPADA Rakyat NEGERI.
5. Bantuan RM100 SEBULAN KEPADA
warga emas.
6. Menghapuskan CUKAI pintu RAKYAT
Kelantan.
7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 RIBU
kepada keluarga YANG ditimpa
musibah
8. Pendidikan PERCUMA kepada rakyat
Kelantan
9. WiFi percuma kepada RAKYAT Kelantan
10. Penghapusan bayaran caj LETAK
kereta di seluruh Majlis Perbandaran
di Kelantan. Malah pada 25hb Julai
2019 MPKB-BRI telah laksanakan
kaedah Kepit Tayar dimana projek
tersebut diberikan kepada pihak
swasta Syarikat Vista Summerose
Sdn. Bhd
11. Air paip yang bersih DAN terawat.
(Majoriti penduduk Kelantan YANG
putus harapan DENGAN Air Kelantan
telah menggunakan kaedah 'AIR
tebuk' / telaga tiub) semenjak TAHUN
2000.) Isu ini juga menjadi penghalang
kepada pelabur luar dan
perlancongan, terutama sektor
perhotelan & pelbagai Taman Tema
untuk melabur di Kelantan.
Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan
12. Tambatan Banjir Kota Bharu -
sehingga KINI masih BELUM
dilaksanakan
13. Stadium negeri yang baru dan
canggih. Belum ditunaikan OLEH
KERAJAAN Pas
14. Pelabuhan TOK Bali.
15. AFTA City di Rantau PANJANG
16. Pelabuhan Pantai Seri TUJUH Tumpat
17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu
di Kubang Kerian
18. Projek Agro Tourism DiPergau JELI
19. Pusat BANDAR Baru Pengkalan Kubor
20. Pelabuhan Darat diKuala KRAI
21. Petrokimia City di Bachok
22. Eco - Tourism City di Danau TOK
Uban, Pasir Mas.
23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu
Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan
dari tahun 1996 lagi. Batu asas
sahaja yang terbina
24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota
Bharu. Dimana kerajaan Pas telah
serahkan tanah seluas 1,000 hektar
bersamaan dengan 2, 471 ekar
kepada sebuah syarikat pada tahun
2003
25. Masjid Baru di Kampung Sireh
26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh
27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota
Bharu
28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor
Sungai Golok
29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala
Krai sejauh 30km yang bernilai
RM550 juta yang gagal dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh
Raya Rakyat tersebut telah
dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas
pada Mac 2018 dan kutipan
sumbangan rakyat Kelantan
sebanyak RM3.2 juta tidak tahu
kemana
30. Pembangunan Bandar Baru Islam di
Tok Bali seluas 140 hektar diberikan
kepada syarikat swasta, Aimfora
Holdings Sdn Bhd.
31. Masjid Baru di Tok Bali
32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali
33. Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan
Pas Kelantan gagal selesai isu
pengambilan tanah penduduk
tempatan
34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban
seluas 80 hektar yang kerajaan Pas
berikan tanah KEPADA syarikat
swasta
35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK
seluas 10 hektar diberikan KEPADA
syarikat swasta UNTUK dimajukan
pada tahun 2013
36. Kegagalan menangani hakisan pantai
di Pantai Cinta Berahi ATAU PANTAI
Cahaya Bulan. (PCB)
37. MPKB - BRI DAN kerajaan negeri YANG
gagal tangani kebersihan BANDAR.
38. Kegagalan Kerajaan Negeri
menyediakan 5, 000 rumah MAMPU
milik kepada rakyat Kelantan.
39. Projek Kelantan Biotech Corporation
Sdn Bhd di Lojing
40. Kegagalan kerajaan NEGERI
mengekalkan pelbagai kilang ASING
supaya KEKAL di Kelantan. AKIBAT
kekurangan pelbagai kemajuan
infrastruktur SERTA insentif menarik
daripada kerajaan NEGERI dan DASAR
TIDAK mesra pelabur parti PAS .
Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan HILANG akibat KESAN penutupan KILANG tersebut.
41. Projek Pembangunan Jalan Gajah
Mati
42. Projek pembangunan Lundang
43. Projek Pembangunan WAKAF Mek
Zainab
44. Projek Bandar BARU Tunjong. Tanah
milik kerajaan negeri seluas 2,000
ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan
negeri. Kini kes saman OLEH PIHAK
Bank menanti
45. Projek Batutta Ville diatas TANAH MILIK
MPKB - BRI dijalan Telipot ( kawasan
Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010.
MOU disaksikan OLEH Exco Yb
Takiyuddin
46. Projek BANDAR Satelit ISLAM PASIR
Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama
syarikat swasta. Pembangunan
sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5
terbengkalai
47. Projek Madinatur Raudhah diatas
tanah milik kerajaan NEGERI sebelah di
Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu.
Tanah secara Kontra basis.
48. Projek MPKB - BRI Highrise Tower
diatas tapak pasar lama Arked MPKB
di Kota Bharu
49. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu
Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal
dimajukan serta gagal juga menjadi
tempat yang popular diKota Bharu
berbanding di tempat lama Arked
MPKB. Tingkat 1 SAHAJA dipenuhi
peniaga. Tingkat 2 dan 3 KOSONG.
Peniaga banyak yang rugi dan
bungkuss. Pelan layout PUN .
hancusss..Aduhaii
50. Projek Airport City di Pengkalan
Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200
ekar. Kegagalan kerajaan Pas
Kelantan
51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok
seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan
oleh kerajaan Pas KELANTAN.
Lebai Oh LEBAI...
Tak NAMPAK Janji Manifesto SENDIRI Berserabai..

PH, pulanglah ke pangkal jalan - Rafizi



Image result for rafizi ramli





Oleh Veena Babulal dan Luqman Arif Abdul Karim
 

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) harus kembali ke ‘pangkal jalan’ dengan berusaha melunaskan pelbagai janji pilihan raya, berbanding sibuk memperkukuhkan cengkaman penguasaan kerusi di Parlimen.
Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mengutarakan perkara itu mendakwa masyarakat ketika ini ‘menyampah’ dengan siri gelombang Ahli Parlimen UMNO bertindak ‘lompat’ parti untuk menyertai blok kerajaan.
Katanya, menerusi kaca mata pengundi yang ‘beralih arah’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan sedemikian bukti pentadbiran PH lebih menekankan kepentingan memperkukuhkan dinamik penguasaan dalaman, bukan membanting tulang mengotakan janji tatkala berkempen sebelum ini.
“Kita juga kehilangan nadi reformasi di mata penyokong tegar PH, malah tiada petunjuk bahawa penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen UMNO berupaya memperkukuhkan cengkaman PH terhadap pengundi Melayu.
“Sebaliknya, ia menyuntik sentimen kemarahan meluap-luap dalam kalangan penyokong UMNO dan PAS terhadap PH, berbanding cuba untuk menawan hati melalui wadah ekonomi serta penyampaian khidmat berkualiti, kita sebenarnya menolak mereka (pengundi dan masyarakat) semakin jauh saban hari.
“Natijah sama yang bakal kita saksikan menerusi cubaan menumbangkan Kerajaan Perak dulu,” katanya menerusi warkah panjang lebar yang dimuat naik menerusi blog rasminya, hari ini.
Rafizi berkata, isu ‘pokok’ yang perlu diberi perhatian oleh PH ketika ini ialah penghijrahan Ahli Parlimen UMNO bagi menyertai parti blok kerajaan hanya bakal memperkasa pengaruh PAS sebagai entiti politik terbesar orang Melayu.
Berikutan badai melanda UMNO sehingga menyaksikan ia semakin lemah, katanya, lebih ramai pengundi Melayu ‘atas pagar’ dijangka bersedia memberikan mandat kepercayaan kepada PAS pada PRU seterusnya susulan kegagalan PH memenuhi janji berkaitan pengutuhan aspek ekonomi negara.
“Oleh itu, satu-satunya jalan untuk menyatukan perpaduan masyarakat dan membawa imej Malaysia yang sederhana ialah menumpukan wadah ekonomi dengan kembali kepada janji pilihan raya.
“Kita perlu serius dalam perihal memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat di negara ini, bukan terjerumus dalam kancah muslihat politik yang bertali arus oleh Malaysia lama.
“Tekad untuk meneliti semula usaha ke arah pembangunan negara harus dirintis daripada Majlis Presiden PH dengan memberi isyarat jelas bahawa gerakan membawa masuk bekas Ahli Parlimen UMNO perlu dihentikan,” katanya.
Sinonim imej pengulas sarat dengan fakta, Rafizi menjelaskan, penelitian semula tumpuan pentadbiran PH wajar dilaksana secara tuntas kerana nadi sentimen masyarakat sejak mutakhir ini menyaksikan perubahan mendadak terhadap kerajaan baharu.
Bersandarkan jutaan maklum balas menerusi ruangan komen dalam talian di pelbagai portal berita, katanya, Malaysia ternyata berdepan kadar perpecahan yang amat tinggi, malah setiap komuniti seakan hidup dalam dunia sendiri kerana mereka kurang berhubung.
“Menerusi kaji selidik, penarafan Kerajaan Persekutuan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei lalu menjunam secara mendadak. Ketika ditanya penarafan terhadap prestasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Jun lalu, 72 peratus rakyat Malaysia memperakui pencapaiannya.
“Ia didahului oleh masyarakat Cina yang memberikan penarafan tertinggi iaitu 87 peratus, disusuli India sebanyak 84 peratus, malah responden dalam kalangan Melayu merekodkan kadar 66 peratus walaupun prestasi PH pada PRU-14 untuk meraih sokongan mereka menyaksikan keputusan hambar.
“Bersandarkan kaji selidik sama yang dikendalikan dua minggu lalu, penarafan terhadap Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri oleh rakyat Malaysia menyusut kepada 53 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 20 peratus daripada semua kaum.
“Melayu umpamanya menyaksikan penyusutan penarafan daripada 66 peratus kepada 45 peratus, Cina (87 peratus kepada 65 peratus) dan India (84 peratus kepada 64 peratus).
“Di sesetengah negeri, Menteri Besar baharu yang ejaan namanya salah menerusi maklum balas kaji selidik memperoleh penarafan lebih tinggi daripada Perdana Menteri,” katanya tanpa memperincikan jumlah responden terbabit bagi kedua-dua kajian berkenaan.

PERJUANGAN KOMUNIS TELAH LAMA BERKUBUR DAN JANGAN CUBA CIPTA ISU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK


Semlm, sekitar 50 org je hadir himpunan bantah penerapan fahaman komunis, dianjurkan oleh sebuah NGO veteren tentera di KL.
Ada yang tanya aku, "Kenapa seramai itu sahaja yg hadir? Kenapa hang tak hadir? Tak berasa sensitif ke?" Tanya seorang kawan.
Aku kata, kalau kita nak buat bantahan kita mesti ada asas dulu. Apa yang kita mahu bantah itu? Wujud ke tidak isu tersebut atau kita bantah kerana semata-mata persepsi? Atau, kita sendiri atau orang lain yang reka cerita, create isu, kemudian kita pelawa orang ramai berhimpun? Jangan sedangkal itu.
Takkan hanya melihat ada bendera jalur gemilang terbalik dan ada bendera bintang bucu lima yang bukan sekarang sahaja pernah berlaku, maka kita pun buat dalil terdapatnya fahaman komunis? Isu tersebut pernah berlaku sejak bertahun dahulu, sampai kan ke dalam penganjuran sukan sea yang kita anjurkan dulu, ada negara jiran kita yang menunjukkan protes kepada kita kerana dikatakan kita menghina bendera mereka di dalam buku aturcara perasmian sukan sea, maka mereka lakukan kempen terbalikkan jalur gemilang. Itu fahaman komuniskah atau satu protes? Bendera bucu lima diviralkan setelah sekarang baru disedari di dalam satu program sukan, sedangkan bertahun dahulu ianya berlaku tanpa disedari kononnya, adakah itu dalil ada fahaman komunis?
Isu abu Chin Peng pun mahu dikaitkan dengan fahaman komunis? Bagaimana dengan jasad Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin serta ramai lagi yang dulu "orang kuat Komunis" di negara kita? Ada yang masih hidup dan ada yang telah disemadikan di negara kita berpuluh tahun dahulu. Adakah kerana itu, maka sekarang kita telah diserapi fahaman komunis? Aku tertarik dengan penjelasan bekas KPN, Rahim Nor yang jujur mengungkap sejarah tentang perjanjian damai dengan PKM. Apa yang penting di sini, kerajaan PH pun tidak pernah memberi kebenaran untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke tanahair meskipun mengikut kata Rahim Nor jika pun dibenarkan, ianya tidak memberi kesan kepada negara ini bahkan itu bertepatan dengan semangat persefahaman di dalam rundingan damai tersebut. Apa yang perlu disekat adalah fahaman komunis itu. Jika ada mana-mana pihak terbukti cuba atau telah menanamkan fahaman itu, tindakan tegas wajib diambil.
Pada aku, jangan melatah tidak tentu pasal. Hadapi isu dengan waras dan berfakta bukan dengan sentimen. Fakta yang ada dan jelas adalah di era kerajaan Bn dahulu, terdapatnya satu perjumpaan atau mesyuarat dengan kerajaan yang berfahaman komunis. Adakah selepas itu kita telah mengikuti fahaman komunis?
Kenanglah jasa dan pengorbanan perajurit kita terdahulu yang menentang komunis dan jangan kita wujudkan cerita atau persepsi yang menunjukkan seolah-olah perjuangan mereka sia-sia kerana fahaman komunis yang mereka tentang itu masih wujud. Hakikatnya, fahaman komunis itu telah lama dikuburkan oleh para pejuang kita terdahulu. Jika ada yang cuba hidupkan kembali atau mencipta isu untuk kepentingan politik, mereka adalah pengkhianat dan wajib diambil tindakan.
WFAUZDIN NS

KENAPA DIKATAKAN PENGKHIANAT

Oleh:Mohd Affendi Abas.


AZMIN ALI KANTOI !
AZMIN ALI NAK JADI PENGKHIANAT PH KE ?
AZMIN ALI NAK JADI BARUAH SIAPA ?

PUTAR BELIT AZMIN SEMAKIN HODOH DAN BURUK PERANGAI !!!

Semalam azmin ali dalam kenyataan nya di parlimen memberitahu 3 perkara.

1. TIADA PERJANJIAN BERTULIS PERALIHAN KUASA DARIPADA TUN M KE DSAI

2. MENCABAR KELUARKAN PERJANJIAN BERTULIS WUJUD PERJANJIAN SEUMPAMA ITU.

3. AZMIN BAGITAU PELABOR RESAH KALAU PERALIHAN SELALU DIPERKATAKAN.

Jelas azmin ali sedang melakukan perkara bertentangan dengan perjanjian PH.

Berdasarkan kepada video yang admin keluarkan jelas azmin wajib digelar pembohong dan dilihat punyai motif untuk rosakkan kepercayaan dan sentimen penyokong PH terhadap kredibiliti PH.

Abdullah Sani ahli parlimen kapar dari PKR sudah menjelaskan perkara sebenar .

1. Memang wujud perjanjian peralihan kuasa PM dari Tun ke DSAI.

2. Perjanjian ini dimeterai oleh Tun, Kak Wan selaku presiden pkr waktu itu, LKS dan Mat Sabu.

3. Perjanjian ini bertulis pada 7 januari 2018 iaitu 5 bulan sebelum pru 14.

4. Dalam perjanjian itu dinyatakan bahawa Tun M akan menjadi PM sementara selama 2 tahun. Kak wan akan menjadi TPM. Selepas pru 14 DSAI akan memohon pengampunan Di raja dan menjadi calon prk  dan seterusnya akan menjadi PM selepas selesai tempoh Tun.

Azmin semalam berkata yang isu ini menyebabkan ekonomi tak stabil.

Kepala otak dia. Sebenarnya kamulah yang menjadi punca pelabor tak konsisten masuk kerana jenis2 lahabau macam kamu yang suka MELANGGAR JANJI punca kredibel PH boleh merosot !

Minggu ini kalau semua perasan dalam perbahasan parlimen DSAI ada menyebut usaha semberong iaitu hishamudin untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang tanpa DAP dan amanah.

Korang semua tahukan hishamudin dan najib sepupu ?

Korang semua tahukan hishamudin dan azmin berbesan ?

Korang semua tahukan najib ada kes rasuah ?

Nampak tak kaitan2 di atas. Tiap 3 manusia ni ada motif nak selamatkan diri.

TAPI DSAI selepas sebut pasal usaha hisham ini bagi sebijik lagi kat dia. Jangan takut penjara kalau tak buat rasuah !!!

Selepas keluar kenyataan inilah tiba2 selepas sehari azmin ali kata tiada peralihan kuasa !

Dia nak selamatkan siapa ya ? 

Rakyat bagi undi kepada PH pasal PH NAK HAPUSKAN RASUAH. Tapi nampak gaya macam ada orang nak selamatkan perasuah ?!

Semalam admin keluarkan posting DSAI pernah pangku jawatan PM selama 3 bulan pada tahun 1997. Pada waktu itu DSAI ambil peluang untuk kuatkan kuasa BPR badan pencegah rasuah yang boleh mendakwa kes2 lama.

Sekarang kalau DSAI jadi PM mei 2020 sudah pasti rasuah ke tidak dia akan lanyak tak kira kawan atau lawan.

Mengapa nak halang DSAI jadi PM ?

Takut masuk dalam ke ?
Nak selamatkan besan ke ?

Azmin tolong jadi barua merosakkan PH dengan cuba nak melanggar perjanjian peralihan. 

Azmin jangan jadi pencacai umnopas yang selama ini tak bukak mulut pun pasal rasuah yang hampir menjahanamkan negara !

Nak selamatkan umno ke pas ke sedara ke elok azmin buat parti baru dan join muafakat perasuah !

Azmin jangan jadi pengkhianat janji . Jangan jadi baruah untuk selamatkan sesiapa pun !

#SiKitol

KENAKAN TINDAKAN MP TAK ISYTIHAR HARTA – C4

KABINET MUNGKIN BINCANG AMBIL ALIH KONSESI TOL PLUS TAHUN HADAPAN

MANA DIA LETAK ISLAM DIDEPAN DALAM PINDAAN UMNO.


Oleh:Wan Bina


Celah Mana yg Bahlol-bahlol Pas Kata Umno Pinda Perlembagaan dengan Letak kan Islam di Depan? Ada 6 Perkara yang di luluskan untuk di Pinda Masa PAU baru-baru ni dan Takde Satu pun Fasa Berkaitan Islam. Bodo Dah  Pas ni...

KERAJAAN KELANTAN BANGRAP?





"Mereka tidak dibayar kerana ketidakcekapan ekonomi mereka (Kelantan), tetapi saya segera meluluskan pinjaman berjumlah RM192 juta supaya penjawat awam di Kelantan akan terus mendapat gaji mereka,"

- LGE -

Bkn sekali, tapi 2X lebai menyembah mintak kat krjn PH bantuan kewangan sbb tak cukup duit nak bayar gaji kakitangan.?! Dah tuu..masih lagi memfitnah memburukkan kerajaan.??!! Akhlak apakah ini.??!!

Pada krjn PH..lain kali kalau nak bagi, buat laa dlm satu majlis keraian..buat mock cheque besar2 biar walaontolol & macaibodo tengok & nilai kehitaman hati2 depa yg jahat gigit tangan org yg dah membantu..biar depa sedar sikittt..

MPN PAHANG DESAK MAJLIS PRESIDEN PH TETAPKAN TARIKH BAGI PERALIHAN KUASA PM



Di dalam mesyuarat MPN KEADILAN Negeri Pahang yang telah diadakan di Raub hari ini sebulat suara memutuskan untuk mendesak Majlis Presiden PH agar dapat mengumumkan tarikh peralihan kuasa PM sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini.

MPN juga menggesa agar pengumuman itu dapat dilakukan pada awal tahun depan di mana peralihan kuasa akan berlaku sebelum Mei 2020.  Pengumuman ini penting bagi mengelakkan kesenjangan politik serta persepsi negatif terhadap kerajaan PH.  Dato' Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan haknya seperti yang telah dijanjikan tanpa usaha dari mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan proses ini.  

MPN Pahang akan membawa usul ini ke dalam mesyuarat MPP untuk dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH.  

Di dalam mesyuarat hari ini juga turut dibincangkan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli parti yang membuat kenyataan terbuka menentang keputusan yang telah ditetapkan oleh parti.  

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

15 Disember 2019

TUN PANDAI BERMAIN LIDAH



Oleh:Musafir minda

Tun akan sentiasa bersilat lidah utk terus menerajui kerajaan. Ia jugak utk melengah lengahkan kemaraaan rakyat utk melihat DSAI menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun tau semakin ramai yg menyukai DSAI. langkah dan tindakan DSAI selama ini selayaknya sebagai seorang Perdana Menteri. Dunia menerimanya dan menghormati serta kagum kepadanya, rakyat semakin tak sabar menantinya.

Ini menjadi ketakutan dan kerisauan di pihak Tun dan “kaum kerabatnya”. Akan ada lagi usaha usaha utk menidakkan hak DSAI dan rakyat.

Namun sebaik perancangan adalah Allah swt. Sehebat mana pun fitnah yg menimba DSAI, akan tiba saatnya ketika Allah swt menghendaki sesuatu itu berlaku maka ia akan berlaku.

DSAI konsisten dlm ucapan dan tindakannya. Beliau selayaknya dan menjadi kemestian bagi kita sekarang ini utk memastikan DSAI menerajui kerajaan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE8. 

Reformasi!! Lawan tetap lawan!! Lawan utk tawan!!!

MAT HASSAN YANG PUTAR BELIT.



Betul ker era PH lebih ramai yang hilang pekerjaan berbanding BN seperti yang didakwa Timbalan Presiden UMNO,  Tok Mat Hasan..?? AUTA...Pasal tu kena cerdik...jgn terus percaya propaganda pembangkang.. Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh SOSCO dan JTKM, bilangan mereka yang hilang pekerjaan adalah 37,699 ketika BN dan 35,097 di era PH bagi tempoh sama iatu dari Jan - Nov 2018 dan Jan - Nov 2019.

PRESTASI EXPORT SAWIT MALAYSIA



1. Memang ada penurunan pembelian minyak sawit daripada negara India seperti yang Najib laporkan. Aku dah semak memang angka-angka ini betul.

2. Tetapi Najib macam biasa dia tak cerita penuh prestasi export minyak sawit Malaysia. Bukan Najib yang update semua benda ini, aku yakin admin dia LSS. Najib bila ditanya kat mahkamah semua benda dia jawab tak tahu. 

3. Penurunan kadar export ke India ini sebenarnya ditampung dengan peningkatan kembali export ke negara-negara lain antaranya China. 

4. Jumlah export ke China kembali meningkat setelah menurun pada awal tahun 80 ribu tan kepada 340 ribu tan pada Nov 2019. 

5. Kalau kita nak selektif pilih data, negara Ghana catat peningkatan apabila import minyak sawit Malaysia daripada 13 ribu tan (Jan 2019) kepada 39 ribu tan (Nov 2019).

6. Aku semak jumlah export minyak sawit dan aku dapati tak ada penurunan yang signifikan. Masih berlegar sekitar 1.3 juta ke 1.6 juta tan minyak sawit. 

7. Jika kita bandingkan prestasi export sawit 2019 vs 2018 secara bulanan, ke semua nilai export meningkat pada tahun 2019. Hanya export pada bulan september 2019 lebih rendah daripada september 2018. 

8. Najib juga terlupa nak sebut, harga minyak sawit kini mencapai harga tertinggi dua tahun, iaitu RM2,777. 

9. Harga sawit tandan segar juga dilaporkan semakin naik, lebih RM500 per tan. Ada juga laporan yang menyebut ia telah cecah lebih RM610 per tan seperti yang tular baru-baru ini. 

Ikhlas,
#KANS

KENAPA PAS TAKUT SANGAT?



Adakah PAS rasa kurang 'terjamin keselamatan' jika ada pihak yang mereka 'tak kenal', memantau kegiatan sehari-harian mereka? 

PAS risau pegawai SPRM yang bukan mereka lantik sendiri akan bersikap adil, amanah dan bersih?

Kita nak tahu sebab Kelantan banjir setiap tahun dan tidak pernah ada laporan lengkap dan terperinci berkenaan kegiatan pembalakan di Kelantan dibuka untuk orang awam meneliti. Kalau ada, admin mohon ditunjukkan. 

Tapi kalau PAS tetap berkeras untuk menolak penempatan pegawai bebas dari SPRM, dan menggunakan BAHAGIAN INTEGRITI untuk memantau aktiviti rasuah dan sogokan, apa kata PAS dedahkan nama-nama dalam BAHAGIAN INTEGRITI tersebut. Bagaimana dilantik, perlu melaporkan kepada siapa dan apakah bidang kuasa mereka di bawah undang-undang persekutuan.

Dalam kata lain, GANG UTARA cabar kerajaan negeri Kelantan untuk ini.

#balak
#lombong
#gondol_hutan
#banjir_kelantan

CERITALAH JIKA NAK JADI PM LAMA LAGI..





Credit Hamdan Taha

Setelah saya menulis bahawa Anwar insyaAllah akan mengantikan Tun Dr M,ada tiga kelompok pm tepi kepada saya dan hubungi saya

1. Saya yakin kelompok pertama adalah penyokong pkr dan penyokong Anwar...mereka memgucapkan terima kasih atas tulisan saya. Mereka merasakan tulisan saya itu tepat dengan selera mereka. Ada yang saya sangat kenal rakan lama saya tetapi kebanyakannya saya tak kenal. Sebenarnya saya menulis sebagai kepercayaan dan analisis saya berdasarkan maklumat yang ada pada saya sahaja.

2. Kelompok ini adalah orang yang sangat tabsub pada Tun Dr M , mereka agak marah dengan tulisan saya tentang Tun M dan Anwar. Mereka cuba menyakinkan saya anwar adalah manusia gila kuasa,tidak sabar dan tamak...saya ingin menjawap bagi pihak semua yang pm dan berhubung dengan saya termasuk yang beri komen di wall saya. PERKATAAN TAMAK,GILA KUASA DAN GELOJOH JUGA TIDAK SABAR INI HANYA TERPAKAI KEPADA ORANG YANG SEDANG BERKUASA,KEPADA ORANG YANG BELUM DAPAT JAWATAN PM ITU KITA TAK BOLEH KATA DIA TAMAK,DAN GILA KUASA KERANA DIA BELUM PUN DAPAT JADI PM.

TETAPI ITU SEMUA BOLEH SAYA KATAKAN SEBENARNYA TUN DR M....DIA NAK TERUS KEKAL  MENJADI PM....ITU NAMANYA TAMAK DAN GILA KUASA....Gelojoh juga sesuia pada Tun M sahaja,sebab bila dia letak jawatan PM tahun 2003 lepas tu dia meleleh air liur tengok pak lah dan najib jadi PM....Bukti kenyataan saya ialah apabila dia di calunkan semula oleh PH Tun Dr m dan Tun Hasmah menangis tersedu sedu dan berpelukan...baru di calunkan tu belum dapat lagi....tu tanda dia gelojoh...bila dia dapat saya dengar pun dia menangis teresak esak....apa tanda tu....

3. Rakan rakan dan penyokong umno juga hubungi saya. Mereka pula bila saya tulis tentang Anwar bakal PM semua mereka kata saya dah tukar arah dan sokong anwar. Mereka kata tak sepatutnya saya tulis bahawa anwar akan jadi PM. Di sini saya nak nyatakan bila saya tulis anwar akan jadi PM bukan bermakna saya dah sokong beliau dan telah berubah pemikiran. Jadilah penyokong matang...saya bukan orang yang menentukan Anwar tu PM,tetapi rakyat yang nak dan ketentuan Allah swt..jika dia dah di tentukan jadi PM tulisan saya tak ada kena mengena dengan perkara itu...

Cuma sercara peribadi saya mahukan Perdana Menteri Yang bukan sementara sifatnya. Jika Tun M nak kekal sampai pru ke 15,silakan tapi umum lah kepada rakyat dan dunia bahawa dia nak jawatan tu sampai pru 15. Jika nak  berikan pada Anwar silakan buat peralihan kuasa dengan baik dan umum dengan segera bila tarikhnya supaya rakyat dan pelabur yakin semula kepada Malaysia. Bila pru 15 kita serahkan semula kepada pengundi dia nak siapa....itu sahaja...

KALAU ANAKNYA PUN TIDAK BERJAYA DIBENTUK JADI PEMIMPIN TERBAIK, APAKAH TUGAS MAHATHIR MENILAI KEDUDUKAN ANWAR?



Kenyataan Tun Mahathir Mohamad di Qatar semalam bahawa beliau tidak dapat menjamin penggantinya, Anwar Ibrahim mampu menjadi Perdana Menteri yang terbaik untuk masa akan datang, bukan saja mengelirukan, malah seperti bercampur sedikit niat jahat.

“Saya tidak dapat menjamin apa yang akan jadi, (atau) siapa orang terbaik untuk mengambil alih, kerana saya pernah mempunyai pengalaman buruk.

"(Pada masa lalu) saya telah menamakan pengganti saya dan kemudian mereka mengambil alih dan melakukan perkara yang berbeza," katanya yang merujuk kepada penyerahan jawatan Perdana Menteri yang pernah dilakukannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawo pada 2003 dahulu.

Dengan itu, kenyataan Tun Mahathir tersebut seolah-olah mahu mengajak rakyat berfikir semula mengenai kedudukan Anwar sebagai bakal penggantinya.

Dalam kedudukannya yang sudah terikat dengan janji serta konsensus menyerahkan jawatan kepada Anwar, Tun Mahathir sebenarnya tidak berhak lagi memberi gambaran yang negatif terhadap penggantinya itu.

Tugas dan tanggungjawab utama Tun Mahathir ketika ini bukanlah untuk menilai atau meramal kedudukan Anwar bila menjadi Perdana Menteri nanti sama ada mampu menjadi yang terbaik untuk negara atau sebaliknya.

Tetapi, tugas dan tanggungjawab yang lebih penting yang mesti dilakukannya adalah mematuhi perjanjian dan tidak cuba berbelit-belit ke arah memungkiri perjanjian yang sudah dipersetujui itu.

Lagi pula, kalau beliau ada keraguan mengenai Anwar, perkara itu patut diputuskannya sebelum PRU14 lagi, bukannya sekarang.

Mengapa sebelum PRU14 dulu Tun Mahathir tidak pernah ada keraguan mengenai kedudukan Anwar, malah meyakininya untuk menjadi Perdana Menteri selepasnya?

Lebih daripada itu, adalah membuang masa, tenaga dan fikiran saja bagi Tun Mahathir jika mahu terus memikirkan sama ada Anwar mampu menjadi peneraju negara yang terbaik atau tidak bagi negara ini.

Ini kerana, jika beliau sendiri tidak dapat membentuk dan menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai pemimpin pelapis yang terbaik dalam Bersatu dan juga negara, apakah lebih mungkin kedudukan Anwar dapat ditentukannya?

Untuk kali yang seterusnya - cukup-cukuplah tu Tun dan ingat-ingatlah sikit tentang hari mati!!! (ShahbudinHusin 15/12/2019)

*Dipetik dari FB Izlin Idris*

*Dipetik dari FB Izlin Idris*

Saya tidak peduli apa orang nak kata tentang dia..Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...!!
..
Saya hanya bangga dengan orang yg saya tahu dan kenali..
...
Semalam...
Dari airport..saya menyambutnya...!
Dia bersalam dgn saya, dato dan sesiapa yg menyambutnya..
Dia..sudah bersedia dgn sarung tangan bagi memudahkan beliau bersalam dgn lelaki..
...
Masuk di dalam bilik VVIP..
Kami berbual sebentar..
Bertanya beliau mahu minum apa...
Dia tanya..apa yg ada..
Kami ofer jus buah, .minuman panas..
Rasa dia mahu minum air mineral saja...
Kami keluar kan mineral water botol kecil..
Kemudian dia kata..
Ehh..tak perlu bukak..
Dalam hand bag saya..
Saya ada mineral water...yg belum.lagi habes di minum...
Dia meminta pembantu beliau mengambilnya..
Allahu..
Begitu lah dia...
Langsung tidak mahu membazir..biar air mineral water saja...
Dan saya melihat handbag beliau...
Tak pasti jenama apa..
Yg pasti..bukan LV  bukan Chanel, bukan ternama..tidak juga bergaya..
..
Saya renung lagi pakainya...
Bukan batik sutera..hanya biasa2 saja..
Tudung beliau..
Dari zaman sy tengok beliau di surat khabar
Itu lah juga...
Tiada jenama juga..
Bukan duck..bukan Ariani dan sebagainya..
...
Petang selepas sy dan PERWAKILAN Paris buat kunjungan hormat..
Saya , dato dan bbrp pegawainya menemani beliau membeli sedikit cenderahati buat cucu2 nya ...dan sedikit barang utk beliau..
..
Sampai satu kedai..
Kami tersalah kedai sebenarnya..
Kami sangka beliau mahu membeli perfume atau handbag ternama...
Salah rupanya..
Dia kata..sy takmahu perfume..
Sy hanya pakai jenama cap pasar malam," saja..
Sambil dia buka handbag beliau dan keluarkan perfume beliau..
Saya lihat dan cium baunya..
Betul..kecil saja botolnya..spt yg di jual di pasar atau kedai biasa..
Bukan j'adore , bkn lancome,  bkn kenzo dsb...
...
Akhirnya..
Dia beli cenderahati...
Sy tanya dato seri nak yg macamana..?
Rupanya..fridge magnet saja..
Cucu sy pesan itu saja....
...
Kami bawa dia ke Galeries Lafayette..!
Fikirkan dia mahu membeli sehelai saja baju spt cardigan/ jaket...
Tahu apa dia kata..
Yg dia ada..sudah berusia 20 thn lebih dah..
Masih elok lagi...
Cuma nak beli sehelai saja..
Nak pakai masuk parlimen..
Allahu..
...
Akhirnya..
Sy sudah siap 2kan bbrp byk cth baju utk di pilih di bilik vvip...
Pilih2..tak menepati pilihanya..
Akhirnya kami bawa beliau ke ruang pakaian wanita di Galerie Lafayette tu...
Ronda2...pusing 2....lama juga..
Tak satu pun sesuai dgn pilihannya..
Bila suka...tengok harga..mahal sangat..dia letak balik..
Akhirnya...kami balik ke hotel..
Penat kami semua...bagai nak patah pinggang saya rasa..
Bukan penat bawa barang berkotak...
Tiada satu pun barangnya..hihihi
Penat meronda..
Rupanya...dia tengok harga..mahal dia takmahu beli..
Dulu saya rasa susah cari duit..bila suami di Penjara..
Saya sentiasa ingat..orang taktahu..
Takpa lah...
Nanti saya beli di kedai biasa..
...
Saya berbual2 dgn dia lagi..
Dia tunjuk dekat saya..
Katanya: datin, kasut jenama " bata" saja..
Siap bkk..betul bata"
Pembantu dia kata..dato seri tempah 4 pasang...jenama bata, leper je, 
Tidak ada gaya juga kasutnya..
Saya hanya mampu berkata..takpa.. asal selesa Sato seri..
Ni pun..klu dato Seri tak kata..sy tak tau juga kasut dato seri jenama bata..