HENTIKANLAH SIKAP DENGKI BUSUK PERUT TU

Oleh:Mat Zahari Ali


Hentikanlah dengki dan sakit hati tu !!!!

Rasa marah, sakit hati, geram, dendam, bebal dan tak puas hati adalah sifat mazmumah yg tercela. semua org faham bila kita kalah dan gagal untuk pertahan parti  setelah 61 tahun kuasai politik negara. Kini segala jadi tak kena dan serba tak betul,

Ahli Umno perlu terima hakikat bahawa rakyat telah menolak mereka serta pemimpin mereka disebabkan kegagalan mengurus tadbir negara sehingga rakyat menjadi celik dan bertindak meminggirkan parti tersebut dari menerajui kepimpinan negara.

Ahli Umno perlu sedar bahawa tindakan menyalahkan org lain disebabkan kegagalan mereka adalah tindakan bodoh yg sememangnya disukai oleh musuh politik mereka. Sikap pemimpin2 umno yang mendakwa rakyat di tipu oleh PH semasa PRU14 adalah tindakan untuk melepaskn diri untuk menutup kelemahan mereka.

Pemimpin umno terlalu takut akan dpersalahkan oleh ahli parti sendiri maka tidak ada jln lain selain menggunakan helah ' ditipu". Ternyata helah itu mengena krn sememangnya ahli Umno mmg senang untuk di tipu.. hahaha.

Realitinya, masakan lbh 16 juta rakyat yang layak mengundi tertipu oleh gerakan pembangkang ketika itu sedangkan semua 27 saluran media cetak dan eletronik dikuasai oleh umno/bn ketika itu. Pembangkang (PH) hanya mempunyai 3 saluran media berupa lidah rasmi parti sahaja.

Ahli Umno yang menyatakan mereka menyesal kerana memangkah pembangkang ketika pru14 adalah kenyataan bohong krn tidak akan ada ahli umno yang akan menyokong pembangkang. Semuanya pangkah Umno belaka.

Kemenangan pru14 oleh PH adalah dari gerakan dari 42% pengundi atas pagar yang menyokong PH. Ini adalah fakta.Dari sudut politiknya, musuh politik mereka lebih senang dgn tindakan salah tafsir tersebut . Ini disebabkan tindakan yg tidk tepat akan diambil untuk mengatasi realiti sebenarnya.

Kemerdekaan ke 62 negara baru kita raikn dan sempena awal Muharram yg di sambut ini sewajarnya kita muhasabah diri dan tinggalkan segala sifat Mazmumah yg ada dlm diri dan terima hakikat kekalahan yg ada.

Insafi diri bahawa nilai perpaduan dan keharmonian yg di kecapi adalah nikmat Allah yg tidak terhingga untuk rakyat negara ini. Jgn dicemari dengan sifat kedengkian atas kejayaan org lain. Pelajari kesilapan dan kelemahan diri adalah sebesar2 rahmat dari Ilahi.

Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1441 ... wassalam

.

62 TAHUN MERDEKA, HENTIKAN BUDAYA FITNAH

PH MASIH MENANG JIKA PRU 15 SEKARANG – TUN M

REVOLUSI INDUSTRI 4.0: MALAYSIA DITINGGALKAN JIKA AMAL PERKAUMAN

PERUTUSAN MAAL HIJRAH DARI ANWAR IBRAHIM



PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1441H

Peristiwa Hijrah ternyata membawa makna yang cukup besar buat umat. Tatkala kita mengimbau dan menulusuri sejarah terkait hari besar ini, kita juga menginsafi bahawa tekad dan perjuangan untuk mempasakkan sistem pemerintahan yang meletakkan “al-adli wal ihsan” memerlukan komitmen yang jitu dan tegas. 

Perpindahan umat Islam Mekah ke Madinah ternyata membuka lembaran baru dalam sejarah pengembangan agama Islam. Baginda Rasulullah SAW menjadi tonggak kepada penyatuan agung yang membawa kepada penyatuan antara kedua-dua kaum Ansar dan Muhajirin yang akhirnya menjadi titik tolak kepada suatu sistem masyarakat yang berpaksikan keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman. 

Falsafah yang maha agung ini sewajarnya menjadi asas kepada hukum kenegaraan dan tata masyarakat kita, dan mesti didukung dan disemat di dada semua bahawa tidak ada yang lebih mulia dari yang lain, malah yang membedakan adalah tahap taqwa dan amalan kita. Oleh yang demikian segala momokan atau hasutan atau penyeruan kepada semangat kabilah dan faham perkauman sempit wajar segera ditundukkan. 

Negara ini tidak akan bergerak jauh jika hanya sesetengah kelompok dimuliakan, dan jika falsafah yang digagaskan Nabi ini tidak dikembang dan dihayati semua. 

Tatkala Baginda Rasulullah SAW istiqomah menyeru kepada perubahan, pembaharuan, dan sebuah sistem baharu yang memanfaat semua, ada beberapa kelompok di dalam negara ini yang sedang giat menyemai kebencian dan kecurigaan antara kaum. Apakah sebenarnya yang kita hajati dari perseteruan dan adu domba? Apakah kehancuran atau keamanan? Apakah kemakmuran atau kebinasaan? Dengan semangat Maal Hijrah ini, wajar untuk direnung kembali persoalan-persoalan ini. 

Justeru dengan semangat baharu, tekad baharu dan iltizam yang jitu, saya menyeru kepada umat agar pelihara dan lindungi negarabangsa ini dari sebarang cubaan untuk memecahbelah dan mengeruhkan hubungan antara kaum. Negara ini perlu lekas kebah dari barah perkauman dan segera memungkinkan sebuah tatakelola yang bermaruah dan yang tidak menyisihkan sesiapa.

Mewakili keluarga majmuk KEADILAN, saya ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1441H kepada seluruh umat Islam di Malaysia. 

ANWAR IBRAHIM
31 Ogos 2019.

ASAL WALAUN PASTI BODO

TIADA PILIHAN. TUN M JANJI SERAH KUASA



Menjawab kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar Ibrahim dalam kabinet, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, akan ada kekosongan kalau Perdana Menteri meletakkan jawatannya.
Kata-kata Dr Wan Azizah itu secara tidak langsung memperjelaskan lagi hakikat bahawa tempat yang selayaknya untuk Anwar ialah Perdana Menteri, bukannya menteri.
Maksud Tun Mahathir pun apabila beliau mengatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk Anwar adalah kerana beliau memang telah memperuntukkan kerusi Perdana Menteri untuk penggantinya itu.
Kenyataan tentang kedudukan Anwar ini bukan saja kerana janji yang sudah dikonsensuskan sedemikian rupa untuk beliau, malah dalam PH sekarang juga tiada yang lebih layak selain Presiden PKR itu untuk menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Lebih dari itu, oleh kerana sudah ada perjanjian tersebut, Anwar sendiri tidak pernah berniat atau ada meminta untuk menjadi menteri dalam kabinet Tun Mahathir.
Umpama kata, kalau sudah diperuntukkan kerusi CEO buatnya, buat apa Anwar mahu jadi Pengurus Besar buat sementara.
Lebih baik beliau menunggu janji yang sudah dipersetujui itu ditunaikan kepadanya.
Dalam hal ini, Tun Mahathir juga kemudiannya, buat kesekian kalinya, sekali lagi mengikrarkan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri apabila beliau meletakkan jawatan nanti.
Kata Tun Mahathir, beliau terikat dengan janji itu dan akan tetap menunaikannya seperti yang telah dipersetujui.
Beliau juga mengulangi tidak akan berkhidmat sehingga PRU15 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2023 akan datang.
Makna kata, sama ada menjelang dua tahun atau melewati sedikit daripada tempoh itu, Tun Mahathir tetap akan melepaskan jawatannya serta akur dengan kedudukan Anwar sebagai penggantinya.
Tiada pilihan, itulah yang sebaik-baiknya untuk Tun Mahathir, PH dan kepimpinan Anwar sebagai nafas baru dipercayai mampu mengemudi parti untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU15 seterusnya. (ShahbudinHusin 31/08/2019)

AKAN TEPATI JANJI SERAH JAWATAN KEPADA ANWAR – TUN M

KERJASAMA UMNO – PAS RAPUH DI TANGAN MIC, MCA?

BUKAN BAS MINI ‘MERAH JAMBU’ KEMBALI KE KL

MELAKA BINA RUMAH MAMPU MILIK RM100,000

TIADA JAWATAN KOSONG BERMAKNA ANWAR AKAN DILANTIK PM



Realitinya tidaklah sukar memahami kenyataan Tun Mahathir Mohamamd apabila beliau menyatakan tiada kekosongan jawatan menteri untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim.
Kenyataan itu adalah sebagai penjelasan bahawa rombakan kabinet yang bakal dilakukannya tidak lama lagi hanyalah bertujuan menukar portfolio menteri-menteri tertentu saja.
Oleh kerana ia hanya menukar portfolio, bermakna tiada pengguguran atau perlantikan orang baru sebagai menteri.
Sebab itu, kata Tun Mahathir, oleh kerana tiada sesiapa mahu meletak jawatan dan tiada kekosongan, maka tiadalah ruang untuk Anwar dilantik sebagi menteri.
Itulah logiknya.
Jawapan Tun Mahathir bagaimanapun tidak lebih sekadar menjawab soalan wartawan yang bertanya tentang kedudukan Anwar sama ada akan dilantik sebagai menteri atau tidak dalam rombakan kabinet yang bakal dilakukannya.
Ia tidak bermaksud Tun Mahathir menolak untuk Anwar berada dalam kabinet atau memberi gambaran ada ura-ura mahu membawa Presiden PKR itu menjadi menteri.
Perkara itu sudah pun dijelaskan oleh Anwar bahawa beliau tidak pernah berniat sama sekali untuk berada dalam kabinet yang ada sekarang.
Kedudukan Anwar sebenarnya bukanlah untuk menjadi menteri, tetapi sebagai pengganti yang telah dipersetujui kepada Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Untuk itu, kenyataan Tun Mahathir semalam lebih mengesahkan bahawa beliau tidak bersedia melantik Anwar dalam kabinetnya kerana beliau memang telah menyediakan ruang untuk Anwar menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri.
Tempat Anwar sebagai bakal Perdana Menteri secara tidak langsung telah disahkan oleh Tun Mahathir dan bukannya untuk mengisi mana-mana jawatan menteri.
Hanya waktu dan masa saja lagi yang akan menentukan bila penyerahan jawatan itu akan dilaksanakan.
Bagi Anwar pula, tidak berniatnya beliau berada dalam kabinet Tun Mahathir adalah disebabkan sudah ada konsensus mengenai kedudukannya sebagai pengganti Perdana Menteri.
Lagi pula, isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri ketika ini dan sedang bersama-sama dengan Tun Mahathir menguruskan kerajaan.
Maka, sudah tentu tidak molek jika dalam keadaan isterinya sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau yang sudah dipersetujui sebagai pengganti Tun Mahathir mahu turut sama juga berada dalam kabinet sebagai menteri.
Pilihan Anwar untuk tidak berada dalam kabinet dan tidak mahu mengganggu pentadbiran Tun Mahathir – Dr Wan Azizah adalah keputusan yang tepat dan wajar.
Ia adalah demi keharmonian PH itu sendiri dan agar Anwar dan Dr Wan Azizah tidak ditohmah dengan pelbagai dakwaan kerana suami isteri berada dalam kerajaan secara serentak.
Apabila tiba waktunya Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir nanti, Dr. Wan Azizah secara automatik akan turut berundur sama.
Tidak akan berlaku keadaan di mana Anwar dan Dr Wan Azizah sebagai suami isteri akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada waktu yang sama.
Pengunduran Dr Wan Azizah adalah bertujuan memberi laluan kepada Anwar menyusun kabinetnya sendiri dan melantik Timbalan Perdana Menteri baru yang dipersetujui secara konsensus oleh PH.
Oleh itu, tiada apa-apa sebenarnya yang perlu digegak-gempitakan atau cuba diselewengkan fakta berhubung kedudukan Anwar dalam kabinet dan masa depannya sebagai pengganti Perdana Menteri daripada apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir semalam.
Kedudukan beliau adalah janji yang telah dikonsensus dan dipersetujui dan cubaan mengingkarinya tidak lain adalah tindakan mahu menghancurkan PH sebagai kerajaan yang telah dipilih rakyat pada PRU14 lalu. (ShahbudinHusin 30/08/2019)


ERA PH: KRITIKAN BERFAKTA PERLU KUKUHKAN KERAJAAN

JANGAN BIAR KEMERDEKAAN DIRAMPAS GOLONGAN PELAMPAU

INGAT SENANG KE KALAU PERANG SAUDARA?