Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.

"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.

Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.

Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.

Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.

Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.

Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.


Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya.

Anak Kedua Anwar Mungkin Tanding Di Nibong Tebal

SHAH ALAM 5 SEPTEMBER : Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.

"Namanya muncul sebulan lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Semuanya akan diumumkan sebelum pilihan raya umum," Mansor dipetik sebagai berkata oleh China Press.

Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.

Anwar bagaimanapun menulis di Twitter pagi ini bahawa Nuha tidak berminat menggalas tanggungjawab itu.

Wawasan 2020 semakin jauh meninggalkan kita

Senarionya seolah-olah kembali semula kepada keadaan sebagaimana yang berlaku dalam krisis ekonomi global tahun 2008. Dalam keadaan di mana permintaan luar semakin menurun, negara Asia hanya boleh bergantung kepada permintaan dalaman untuk menyokong pertumbuhan ekonominya. Seandainya negara Amerika-Eropah, dan ekonomi dunia mengalami kemelesetan sekali lagi, maka negara-negara Asia terpaksa menjana semula dasar pengembangan fiskal untuk menstabilkan permintaan dalam dan langkah pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Agak sukar untuk ekonomi negara kita mengelakkan diri daripada malapetaka ini, lantaran daripada krisis ekonomi global yang mungkin berlaku. Berdepan dengan ribut ekonomi yang bakal melanda, Kerajaan Najib Razak menaruh harapan terakhirnya pada Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk merangsang pasaran dan pelaburan, agar negara kita kembali kepada landasan menuju ke Wawasan 2020.

Namun demikian, nampaknya Najib terlupa bahawa krisis global bukanlah punca masalah struktur ekonomi negara kita, paling banyak ia sebagai pemangkin yang menyebabkan masalah semakin ketara. Untuk jangka pendek, belum pasti lagi sama ada ETP mampu menyelamatkan Malaysia dari ribut ini.

Cuma, apa yang pasti, jikapun ekonomi negara kita mampu terselamat daripada krisis kemelesetan dalam tempoh dua tahun ini (seandainya krisis ekonomi global berlaku untuk kali kedua) - dari segi jangka sederhana dan jangka panjang, wawasan Najib untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, akan ditundakan, malah mungkin untuk had tempoh yang tiada penghujungnya.

Terdapat beberapa rasional untuk kita percaya bahawa "Mitos Najib" mungkin perlu dibubuhkan noktah. Mungkin sudah tiba masanya mereka yang yakin bahawa "ETP mampu mengubah masa depan" terjaga dari khayalan ini untuk berdepan dengan realiti.

Krisis global perlahankan langkah pertumbuhan

Pertama, krisis ekonomi global pada tahun 2008/09 telah memperlahankan langkah kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Menurut maklumat dari EPU (Unit Perancang Ekonomi), krisis ekonomi global ini telah mengheret paras Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) kita sebanyak 26% lebih rendah daripada sasaran Wawasan 2020.

Negara
Musim pertama 2011
Musim kedua 2011
Amerika Sykt
2.2%
1.6%
Europah
2.5%
1.7%
Britain
1.6%
0.7%
Jepun
-3.6%
-1.3%
China
9.7%
9.5%
Indonesia
6.5%
6.5%
Hong Kong
7.5%
5.1%
Taiwan
6.5%
4.9%
Korea
4.2%
3.4%
Singapura
9.3%
0.9%
Malaysia
4.9%
4.0%

Selain itu, maklumat rasmi menunjukkan bahawa ekonomi negara kita mencatat pertumbuhan 5.5% setahun secara puratanya, antara tahun 2000 hingga 2008. Namun seandainya kita memanjangkan setahun lagi, iaitu memasukkan tahun 2009 (tahun di mana ekonomi kita menyusut) dalam perhitungan, maka kita hanya mendapati pertumbuhan ekonomi kita pada purata 4.3% setahun, antara 2001 hingga 2009.

Menurut matlamat ETP yang disasarkan kerajaan Najib, Malaysia perlu mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya pada 6% setahun, dan pertumbuhan pelaburan swasta pada 12.8% setahun secara puratanya - agar Malaysia mencapai status sebagai negara berpendapatan tinggi, dengan purata pendapatan tahunan perkapita sejumlah USD 15,341.

Seandainya negara kita terjerat semula ke dalam kemelesetan ekonomi, yang seterusnya mengakibatkan kita gagal mencapai matlamat dalam dua tahun ini - maka ia akan memperlebarkan jurang antara matlamat GDP dengan GDP yang sebenarnya. Dengan kata lain, ekonomi kita perlu bertumbuh dengan kadar berlipat ganda untuk menghambat langkah wawasan 2020, dalam masa 10 tahun ini.

Ekonomi kita yang kurang kental

Lebih penting, seandainya dibanding dengan negara maju atau negara Asia Tenggara yang lain, kita memerlukan lebih masa untuk meleraikan Contagion Effects yang disebabkan krisis global, lantas langkah pemulihan kita lebih perlahan daripada negara lain.

Misalnya, pertumbuhan ekonomi negara kita memperlihatkan penyusutan pada musim pertama 2009, setelah krisis global tercetus pada tahun 2008. Kemelesetan ekonomi yang disebabkan penyusutan nilai eksport bukan sahaja memberi kesan terhadap bidang industri yang berorientasikan eksport, malah juga memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap bidang pembuatan, perkhidmatan lain yang memenuhi permintaan dalaman.

Malah, momentum pemulihan ekonomi Malaysia pada tahun 2010 (+7.2%) jauh ketinggalan berbanding dengan negara kecil-kecilan lain yang berorientasikan eksport, misalnya Singapura (+14.5%) dan Taiwan (+10.8%).

Pada dasarnya, ia mencerminkan masalah struktur ekonomi kita yang kurang kental dan kurang fleksibel. Untuk sekian lama ekonomi negara kita berada pada peringkat rantaian nilai rendah - dengan kebanyakan daripada bidang kita, sama ada pembuatan, pertanian mahupun perkhidmatan, ditunjangi buruh kurang mahir (atau bergaji rendah), yang akhirnya menjejaskan produktiviti dan daya saing negara kita.

Maklumat Rancangan Malaysia ke-10 menunjukkan bahawa produktiviti buruh negara kita hanya berada pada paras 2.4% secara puratanya, antara tahun 2000 hingga 2009 - lebih rendah daripada China (9.1%), India (5%) dan Indonesia (3.4%) pada tempoh yang sama. Di samping itu, Overall Productivity kita pada tahun 2009 hanya mencecah 12.8%, jauh ketinggalan di belakang Singapura (45.3%), Taiwan (39.2%) dan Korea (32.1%).

Akhirnya, negara kita terperangkap dalam satu dilema, di mana kita gagal bersaing dengan negara ketiga yang lebih rendah kos pembuatannya dari segi rantaian nilai rendah. Dari segi rantaian nilai tinggi pula, kita ketinggalan di belakang negara seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan Taiwan. Oleh itu, bukan sahaja ekonomi negara kita berada pada tahap yang lembap dalam tempoh 10 tahun ini (dengan purata 4.3%), malah memperlihatkan kurangnya kekentalan dan fleksibeliti sebelum dan selepas krisis ekonomi.

Pertumbuhan nilai tambahan semakin perlahan

Dalam satu laporan berjudul The Global Financial Crisis and the Malaysian Economy: Impact and Responses, yang ditulis bersama pakar ekonomi tempatan Mahani Zainal Abidin dan Rajah Rasiah (gambar bawah), bidang pembuatan negara kita telah memperlihatkan pola menurun sejak zaman 1990-an. Manufacturing value-added growth telah diperlahankan dari 11.6% pada tahun 1990-1995, kepada 5.8% pada tahun 1995-2000, malah menyusut kepada 4.9% pada tahun 2000-2005.

Antaranya, pertumbuhan sektor bukan elektrik dan elektronik, dan sektor jahitan menunjukkan penurunan mendadak antara tahun 2000-2005, malah, sektor elektronik yang merupakan sektor terbesar dalam bidang pembuatan, memperlahankan manufacturing value-added growth-nya dari 26.8% antara tahun 1990-1995 kepada 0.5% dari tahun 2000-2005.

Ketika krisis ekonomi global pada 2008/09, manufacturing value-added growth bidang pembuatan terperangkap dalam penyusutan, dari -7% pada musim pertama 2008, kepada -14.5% pada musim kedua 2009. Mahani Zainal Abidin dan Rajah Rasiah menganggap krisis ekonomi global bukan punca utama penyusutan ini, tetapi hanya mempercepatkan penyusutan bidang pembuatan.

Mereka menambah, kita terlalu awal untuk memasuki fasa "deindustrialisation" sebelum bidang pembuatan negara kita memasuki pembuatan bernilai tinggi.

Keadaan ini menyebabkan nisbah bidang pembuatan dalam GDP memperlihatkan trend berkurang, malah purata produktiviti sektor-sektor, termasuk makanan, jahitan, kasut, kayu, perabot, pencetakan, getah, kertas, mineral semula jadi bukan logam, mesin dan peralatan pengangkutan menunjukkan penurunan antara tahun 2000 hingga 2005. Misalnya, produktiviti buruh sektor elektrik dan elektronik diperlahankan dari 12.4% antara tahun 1990-1995 kepada 1.4% antara tahun 2000-2005.

Pada hakikatnya, terdapat hubungan positif antara nilai tambahan tinggi dengan produktiviti buruh. Produktiviti negara kita yang rendah mencerminkan realiti bahawa negara kita kekurangan "kekreatifan". Ia memerlukan kordinasi dari bidang pendidikan. Namun demikian, ETP yang digerakkan kerajaan Najib lebih memberi tumpuan kepada infrastruktur, daripada latihan dan pembangunan modal insan.

Di samping itu, kekurangan sektor nilai tambahan dan produktiviti yang rendah turut memberi kesan kepada pelaburan swasta. Selain dipengaruhi economic cycle, pelaburan domestik dan pelaburan asing (FDI) agak merudum untuk tahun-tahun kebelakangan ini, dan ia disebabkan;-

Pertama, pasaran dalam negara menjadi tepu (sama ada terlebih atau terkurang pelaburan), ditambah pula kurangnya nilai tambahan dan produktiviti yang rendah, ekonomi negara terperangkap dalam rantaian nilai rendah, sehingga gagal menerokai bidang baru. Dalam keadaan ini, pelabur sama ada tempatan mahupun asing mengalih tumpuan mereka ke pasaran lain dalam rantau ini.

Keduanya, bidang ekonomi dimonopoli dan didominasi pelaburan awam dan GLC, sehingga tiada ruang untuk sektor swasta. Maka mereka yang berdepan dengan fenomena "crowding out", terpaksa memilih untuk meninggalkan pasaran tempatan.

Pelaburan: Lebih banyak mengalir keluar


Misalnya, ketika zaman kegemilangan ekonomi Malaysia antara tahun 1990-1997, kita mencatat purata pertumbuhan ekonomi 9.1% setiap tahun. Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) pelaburan swasta mencatat 16.2% secara purata; sebaliknya, ketika ekonomi kita jatuh merudum, pertumbuhan ekonomi kita hanya mencatat purata pertumbuhan 5.5% setahun antara tahun 2000 hingga 2008, dengan purata pertumbuhan pelaburan swasta 1%, dan purata pertumbuhan pelaburan awam pada 4.9%

Begitu juga dengan FDI antara tahun 2000 hingga 2007, hanya mencatat purata pertumbuhan 1%. Maklumat UNCTAD menunjukkan bahawa hanya 2.6% pelaburan asing yang masuk ke Malaysia, daripada kesemua pelaburan asing yang masuk ke negara Asia pada tahun 2007. Pada zaman tahun 1990-an, negara kita pernah mencatat 8%.

Secara perbandingan, negara Asia yang lain mencatat pelaburan asing yang lebih tinggi, misalnya China, India, Taiwan, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan sebagainya, dengan peratusan antara 8% hingga 30% dalam tahun 2000-2007.

Pada masa yang sama, antara tahun 2000 hingga September 2009, pengaliran pelaburan tempatan ke luar negeri bertumbuh pada purata kadar 28% setiap tahun. Dalam tempoh ini, sebanyak RM110.2 bilion pelaburan dialir keluar, 1.7 kali lebih tinggi daripada FDI yang mengalir masuk ke negara kita.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 2 September 2011.

KHAIRY...MAT SABU BUKAN BACUL..TAPI TAK DAK STANDARD NAK BAHAS DENGAN PEMUDA Umno


Aku terpanggil untuk memberikan komen berhubung dengan tindakan siKhairy ini untuk berdebat dengan Mat Sabu.Siapa Khairy jamaluddin nak berdebat dengan Mat sabu yang merupakan Tim Presiden PAS.SedangkanKhary belum tentu layak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi.


Khairy bukan sahaja tidak akan dicalonkan oleh Umno pada masa akan datang, namun kedudukan beliau juga tidak jelas.Pertama kali dalam sejarah Umno ketua Pemuda Umno tidak diberi sebarang jawatan.Khairy perlu menonjolkan diri beliau pada masa ini untuk membolehkn beliau diteriama sebagai calon.

Adalah amat menjatuhan maruah seorang timbalan presidien PAS untuk berdebat dengan ketua pemuda umno yang masih dianggap ingusan dan naik disebabkan bekas Perdana Menteri adalah bapa mertua beliau.

Ketika Mat Sabu berceramah dan melibatkan diri dengan politik.......Khairy masih lagi budak ingusan...maka oleh sebab yang demikian..adalah selayaknya lah perdebatan ini di lakukan bersama dengan ketua pemuda Umno dan ketua Pemuda PAS....


AKU MEMANG SUKA KALAU DISIARKAN SECARA LANGSUNG DALAM SIARAN TV3 SUKU..ATAU TV1 SUKU ATAU TV 2 SUKU....




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain. NONE"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. "Tewas sebelum tempur," katanya. Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy (kiri) berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian. Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak". Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".

Sejarah bagai gadis disolek sesuka hati

Sejarah bagai gadis disolek sesuka hati

Tongkat Bahaman | Sep 05

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"

1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat - imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal", dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshall yang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama' telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama' seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang sosialisme yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu takhta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.

34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989. Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.

39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO - apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah - tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah - kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah? Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO?

53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?


APA TUNGGU LAGI UMNO??CUBA JADI JANTAN-SIARKAN SIARAN LANGSUNG

Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno

September 04, 2011



KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.

Selain itu, tegas Tuan Ibrahim, serangan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia membuktikan parti Melayu terbesar itu kehilangan modal untuk menyerang PAS terutamanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

“Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama sembilan hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah.

“Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis,” katanya.

Tambah beliau, waris Muhammad yang ditemui pihaknya juga kesal dengan laporan media yang mengaitkan pemimpin Melayu itu dengan komunis.

“Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN (Barisan Nasional) barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan,” katanya.

Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya bersedia berdebat secara terbuka dengan Umno bagi menghurai kontroversi yang berlaku.

“Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lajnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

“Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang,” katanya.

Mohamad, Timbalan Presiden PAS dan lebih dikenali “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

KES BUKIT KEPONG-ANTARA FAKTA SEJARAH DAN KELENTONGAN Umno

Harakahdaily - Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Mat Sabu: Perjuangan menuntut merdeka bukan hanya dipelopori UMNO

1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China





KUALA LUMPUR, :
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

“Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

“Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sikap Hipokrasi Umno-BN Dalam Isu Mat Sabu, Uighur Dikecam

SHAH ALAM 4 SEPTEMBER : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) terus-menerus menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong selain disifatkan sebagai simpatisan komunis sedangkan Putrajaya telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke negara komunis China.

Malah Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PKR secara keras mengutuk sifat hipokrit Umno-BN dan pelanggaran hak asasi manusia.

“Ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Utusan Malaysia-milik Umno menyerang Mohamad Sabu sebagai simpatisan-komunis berikutan kenyataannya tentang insiden Bukit Kepong, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke China,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Nazmi, Etnik Uighur adalah orang Islam dari wilayah Xinjiang di China, katanya sambil menambah, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang itu terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

“Agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut.

“Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan kerajaan Malaysia tersebut,” katanya.

Ujar Nik Nazmi, Human Right Watch (HRW)juga telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan lima orang yang masih lagi ditahan di Malaysia. “Memulangkan mereka kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa.

“Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. OIC yang turut dianggotai Malaysia telah menyeru agar China mengatasi masalah asas penindasan masyarakat Uighur,” katanya.

HRW telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur.

“Trend ini bermula di Kemboja pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China.

“Di Amerika Syarikat, Perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut,” katanya.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. mendakwa bahawa pelarian Uighur itu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

“Namun mengapakah mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi dipulangkan ke China?

“Mengapakah Malaysia membenarkan campur. tangan kerajaan komunis China di dalam isu yang bukan sahaja melibatkan hak asasi manusia tetapi nasib umat Islam yang kononnya diperjuangkan Umno selama ini?” Kata Nik Nazmi sambil berkata, “malang sekali bukti terbaru kelemahan pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak berlaku bukan sahaja ketika umat Islam sedunia sedang meraikan Hari Raya tetapi ketika rakyat Malaysia meraikan Kemerdekaan negara.”

Justeru Nik Nazmi berkata, pihaknya mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menjelaskan dengan serta-merta serta menjamin bahawa lima orang pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia dilayan sebagai pelarian sah mengikut undang-undang dan amalan antarabangsa.

Serangan Bertubi-tubi Umno Terhadap Mat Sabu Hanya Untuk Lindungi Sejarah Sendiri

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER : Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong disifatkan sebagai bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu sahaja, kata penganalisis politik.

Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee berkata, tindakan Umno itu hanya mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee dipetik The Malaysian Insider.

“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata pihaknya mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara dan dipanggil Pentas Patriot untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Malah, pemimpin Umno juga mendakwa Mat Sabu sebagai membela komunis yang turut disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun beliau menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Justeru, tindakan Umno ini dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mat Sabu, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Sementara itu,penganalisis politik dari Universiti Monash, James Chin berkata, “sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri.”

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

“Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu,” katanya.

“Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat),” katanya.

Serangan Bertubi-tubi Umno Terhadap Mat Sabu Hanya Untuk Lindungi Sejarah Sendiri


KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER : Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong disifatkan sebagai bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu sahaja, kata penganalisis politik.

Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee berkata, tindakan Umno itu hanya mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee dipetik The Malaysian Insider.

“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata pihaknya mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara dan dipanggil Pentas Patriot untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Malah, pemimpin Umno juga mendakwa Mat Sabu sebagai membela komunis yang turut disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun beliau menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Justeru, tindakan Umno ini dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mat Sabu, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Sementara itu,penganalisis politik dari Universiti Monash, James Chin berkata, “sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri.”

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

“Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu,” katanya.

“Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat),” katanya.

CHIN PENG IKON KEBENCIAN YANG DI REKA

TEKS 2009 DI SIARKAN SEMULA UNTUKBACAAN UMUM

CHIN PENG IKON KEBENCIAN YANG DI REKA

Ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, hanya terdapat sebuah kedai buku di dalam kampus di mana saya dan mahasiswa-mahasiswa lain boleh mendapatkan buku teks dan bahan bacaan lain dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa, iaitu di Pekan Buku. Oleh itu, saya sentiasa pergi ke situ sekurang-kurangnya seminggu sekali - bukan sahaja untuk mendapatkan buku teks, tetapi juga bahan bacaan lain yang menarik minat saya.

Suatu hari, saya ternampak barisan buku tebal berwarna putih dan biru berjudul "My Side of History" diletakkan di bahagian rak yang paling atas. Buku tersebut ialah memoir yang ditulis oleh Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. Waktu itu, buku tersebut berharga RM60.00. Disebabkan kekurangan wang, saya telah meminta seorang pekerja Pekan Buku supaya menyimpan senaskhah buku tersebut untuk saya selama seminggu sementara saya mendapatkan wang.

Buku habis dijual?

Apabila saya kembali semula ke Pekan Buku pada minggu yang berikutnya, saya mendapati buku tersebut tidak lagi berada di atas rak. Sangka saya, buku tersebut sudah habis dijual. Walau bagaimanapun, saya kemudiannya telah diberitahu oleh penjual buku bahawa buku tersebut telah dilarang penjualannya oleh pihak kerajaan persekutuan "sehingga waktu yang akan diberitahu kelak", kerana buku itu ditulis oleh Chin Peng dan mengandungi unsur-unsur komunisme.

Reaksi spontan saya selepas diberitahu oleh penjual buku tersebut ialah, ketawa.

Sehingga kini, setiap kali isu Chin Peng dibangkitkan, akan ada suara-suara marah yang melaungkan betapa kejamnya komunis, kejamnya Chin Peng, dan beliau seharusnya diharamkan untuk menjejakkan kakinya di tanah air kita sehingga mati.

Maafkan saya, kerana saya tidak dapat berkongsi perasaan yang sama.

Semasa kecil, saya diajar oleh media arus perdana bahawa komunis dan Chin Peng adalah orang jahat dan pengganas. Tetapi, apabila semakin mendewasa, perasaan itu makin lama makin hilang, dan diganti dengan perasaan ingin tahu dan keliru dengan penentangan komunis di negara kita. Mengapa?

Kerana sikap "double-standard" kerajaan.

Benci Chin Peng lebih daripada penjajah?

Minda rasional saya mengingatkan bahawa era PKM dulu ialah era perang - pergeseran politik, penangkapan musuh, malah pembunuhan juga adalah sebahagian daripada perang. Saya selalu tertanya-tanya kenapa kita membenci Chin Peng dan komunisme, lebih daripada penjajah-penjajah dan penceroboh negara kita yang lain, seperti negara Jepun dan British? Walhal, negara-negara itu terutamanya Jepun juga melakukan kekejaman fizikal terhadap rakyat negara kita.

Walaupun negara kita mempunyai sejarah "berperang" dengan PKM dan sejak itu komunisme selalu dikaitkan dengan keganasan, tetapi nampaknya dari sudut lain, pemimpin-pemimpin negara kita seolah-olah sudah tidak kisah lagi dengan ancaman komunisme, apabila kita berbaik-baik serta menandatangan berbagai-bagai perjanjian perniagaan dengan negara-negara komunis. Negara-negara lain yang pernah "mengganas" dan bertindak kejam terhadap rakyat negara kita seperti Jepun juga sudah lama dimaafkan. Malah, teknologi mereka digunakan secara meluas oleh kita.

Selain daripada itu, mantan ahli PKM yang lain, ramai yang telah diampunkan dan dibenarkan menetap dan menghembuskan nafas terakhir di sini.

Maka saya membuat kesimpulan bahawa Chin Peng hanyalah satu simbol kebencian yang direka oleh orang-orang tertentu.

Tugu Negara

Beberapa bulan lepas saya pernah menulis tentang Tugu Negara. Saya mempersoalkan dan mengajak para pembaca untuk menilai sendiri rasional di sebalik wajah-wajah yang dibentuk di Tugu Negara. Jika diamati betul-betul, wajah-wajah yang berdiri hampir kesemuanya berwajah Mat Salleh atau kacukan, sehingga menimbulkan persoalan samada mereka berbangsa Malaysia atau tidak. Manakala, yang berbaring atau "mati" pula kesemuanya berwajah Asia.

Saya cuba membangkitkan isu semangat bangsa Malaysia di dalam cerita saya. Tidak kiralah samada mereka komunis atau sebaliknya, mereka adalah rakyat Malaysia yang sedang "dipijak" oleh bangsa asing. Saya minta pembaca tolak ke tepi ideologi politik masing-masing, dan tumpukan kepada wajah-wajah yang sedang dipijak dan yang sedang memijak itu.

Selepas tulisan tersebut diterbitkan, saya menerima banyak reaksi daripada pembaca. Ada yang bersetuju dengan saya, tetapi ada juga yang marah-marah. Mereka menyoal saya kembali - jika Chin Peng bukan pengkhianat, maka adakah keturunan mereka yang berjuang menentang komunis, adalah pengkhianat?

Saya berpendapat bahawa soalan itu adalah soalan yang salah. Soalan yang patut kita tanya sekarang ialah, perjuangan menentang komunis untuk siapa? Adakah perjuangan menentang komunis adalah perjuangan kita atau sekadar berjuang atas desakan orang luar? Tugu Negara dicipta untuk siapa? Siapa wira sebenar dalam cerita ini?

Kita jangan lupa, PKM pernah membantu kerajaan menentang Jepun. Malah, PKM berganding bahu dengan kerajaan dan British untuk memerangi Jepun di negara kita. Hanya selepas PKM menunjukkan penentangan terhadap British, PKM dianggap sebagai antagonis di dalam cerita.

Kami sudah letih menunggu

Di samping itu, sikap kerajaan yang selalu berdolak dalih dalam membincangkan isu kepulangan Chin Peng ini menimbulkan keraguan di hati saya dan rakan-rakan yang sebaya dengan saya. Kami sudah letih menunggu. Ini adalah kerana sehingga kini, kerajaan tidak pernah memberikan sebab yang konkrit mengapakah Chin Peng dilarang kembali ke Malaysia walaupun perjanjian Haadyai dikatakan telah ditandatangan 20 tahun dulu? Maka, kami mengalu-alukan kepulangan Chin Peng ke Malaysia supaya beliau boleh menceritakan apakah yang sebenarnya yang berlaku, memandangkan kerajaan kita enggan berbuat demikian.

Lagipun, kini Chin Peng sudah berusia 85 tahun. Sudah tua dan uzur. Harapannya hanyalah untuk kembali ke Malaysia, melawat kampung halaman, saudara mara dan kubur kedua-dua ibubapanya. Kalau boleh, beliau juga mahu menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Sukar sangatkah untuk membenarkan permintaan itu?

Pada pendapat saya, kerajaan kita dan sebilangan rakyat kita tidak perlu takut dan marah-marah lagi dengan Chin Peng. Mungkin sukar untuk warga emas di negara kita melupakan era darurat dan saudara mara yang telah terkorban akibat perang itu, tetapi bagi generasi baru, kami perlu bergerak ke hadapan, dan kami tidak mahu memulakan langkah kami dengan perasaan benci dan dendam.

Bak kata orang-orang tua, "sedangkan Nabi juga mengampunkan umatnya, inikan pula manusia biasa".

*Puspawati Rosman ialah seorang peguam, juga Ketua Projek Jawatankuasa Kesedaran Undang-undang Pusat Bantuan Guaman (PBG).

RAMPASAN KUASA ADALAH BENAR

INI TEKS UCAPAN SEMASA RANCANGAN 16 SEPTEMBER DI PERMATANG PAUH...DSAI MENUGUMKAN HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER KETIKA ITU DAN DI TIRU KERAJAAN BN HARI INI.

Ex finance minister seeks to lead Malaysia ruling ...
KERAJAAN BARU SEDANG DIBENTUK
BAKAL PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN DI PERMATANG PA...
MERDEKA 31 OGOS KE 16 SEPTEMBER

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 mempunyai asasnya.

september 16 political party jumpCatatan yang dimuat-naik oleh portal pembocor maklumat, Wikileaks menunjukkan bahawa sekumpulan ahli-ahli politik dari Sabah dan Sarawak telah merancang untuk berpaling tadah daripada BN.

Wikileaks, mendakwa bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 ahli parlimen Sabah telah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.

Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.

Jangan Halang Kaum Lain Bantu Umat Islam, Kata Anwar



PETALING JAYA 29 OGOS : Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan umat Islam agar tidak menghalang mana-mana kaum di negara ini daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana ia menjadi kewajiban kepada semua untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Kita tidak harus menghalang mereka... sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, semalam.

Jelasnya, ini kerana pihak gereja sendiri diminta agar diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan.

Awal bulan ini, Jabatan Agama Islam Selangor memeriksa satu majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ekoran aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan umat Islam.

Semalam, Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah yang akan bertindak sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Hasan, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata, penubuhan unit itu diwujudkan berikutan masalah umat Islam terutamanya berhubung “dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum.”

“Orang-orang Islam yang dihimpit oleh kesusahan dan kesempitan hidup didapati terdedah kepada risiko meggadaikan akidah mereka demi menyambung kehidupan yang lebih baik bersama ahli keluarga.

“Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri, badan-badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini,” katanya.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Pembangkang Malaysia berkata, usaha untuk memudahkan penggunaan wang zakat tidak seharusnya dilihat sebagai reaksi kepada usaha pihak Kristian yang banyak diperkatakan.

“Kita ada saluran, kita ada sumber. Lakukan sahaja,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, zakat negeri seharusnya diurus dengan telus bagi memastikan bantuan bagi golongan miskin sampai di tangan mereka yang memerlukan berbanding kerugian berbilion ringgit ekoran rasuah dalam sistem pentadbiran.

"Dari sudut prinsipnya agihan wang zakat seharusnya telus dan bertanggungjawab. Masalah seperti ini bukan sahaja berlaku di Selangor, tetapi juga berlaku di Johor sebelum ini, dan seingat saya terdapat sebuah lagi negeri dimana mereka telah menyalahgunakan wang zakat. Jadi perlu ada ketelusan dalam pengurusan wang zakat," tambahnya.


Penjualan Esso Malaysia Kepada Firma Filipina Bukti Kegagalan BN



KUALA LUMPUR 29 OGOS : Cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation yang merupakan sebuah syarikat dari Filipina dipandang serius Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika urusan jualan itu diteruskan ia akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara sekali gus memperlihatkan satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.

Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia ialah anak syarikat ExxonMobil International.

San Miguel berkata syarikat itu juga merancang membuat penawaran pengambilalihan mandatori untuk memperoleh baki saham yang tidak dimiliki oleh syarikat selepas cadangan pengambilalihan itu.

Serentak dengan tawaran pengambilalihan Esso Malaysia, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan ExxonMobil International untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo pada paras AS$403.979 (RM1.2 billion) juta.

Cadangan pengambilan alihan itu akan menyediakan San Miguel dengan peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran minyak di luar Filipina.

Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara," Kata Anwar.

Tegas Hadi, pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tambah Hadi lagi, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China atas kepentingan strategik.

“Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

“Sekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Katanya, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

“Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex.

“Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih Esso sekali gus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus,” katanya.

Beliau menambah PAS percaya bahawa masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambil alih Esso.

“PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula penstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

“Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis,” katanya lagi.

Malah kata beliau, PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar.

Didakwa Hina Pejuang, Mat Sabu Mahu Teliti Rakaman Ceramah



KUALA LUMPUR 28 OGOS : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan akhbar Utusan Malayisa apabila mengatakan beliau menghina pejuang kemerdekaan dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Sebaliknya, Mohamad Sabu menegaskan, beliau mahu melihat kembali rakaman video berhubung ceramah itu sebelum memberikan sebarang komen.

“Saya berucap pada 21 Ogos tapi keluar dalam Utusan Malaysia 27 Ogos, saya tidak mahu beri apa-apa komen lagi... saya nak dengar dan lihat balik rakaman video itu dulu.

“Saya tidak mahu nafi atau apa, saya nak tengok balik... saya tak tahu apa yang dilaporkan (dalam Utusan Malaysia) sama ada ia betul atau tidak,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Akhbar milik Umno itu sejak semalam terus menyerang Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana menghina perjuang kemerdekaan dengan menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Mohamad itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya.

Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Hari ini akhbar Kumpulan Utusan, Mingguan Malaysia memperuntukan enam halaman termasuk muka depan mengecam Mat Sabu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut didakwa menggambarkan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Bagaimanapun dalam rakaman video ceramah itu, The Malaysian Insider mendapati Mohamad langsung tidak menyebut apa-apa tentang Goh sebaliknya hanya menegaskan Muhhammad Indera adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya.

“Cerita sejarah kita banyak yang tidak kena, bukan kepung polis itu polis British, askar Bukit Kepong itu pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat (Muhammad) Indera, Melayu tetapi semua sejarah ditutup.

“Jins Shamsuddin buat filem, dia tu Umno, cerita Bukit Kepong, askar Bukit Kepong ditahan polis British sebab sebelum kemerdekaan negara diperintah oleh British,” katanya.

Tambah beliau: “Tapi dalam filem askar itu pengganas, padahal Mat Indera ketua balai polis dan akhirnya dia dihukum gantung.”

Jelas Mohamad, peristiwa sama turut berulang kepada Tok Janggut di Kelantan yang dianggap pengganas kerana menentang British.

“Tok Janggut lawan British tapi sebelum British nak bunuh dia, dia (British) hasut Sultan Kelantan untuk isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka.

“Bila isytihar Tok Janggut penderhaka barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan,” katanya.

Dalam ceramahnya itu beliau menyifatkan semua sejarah tentang kemerdekaan negara adalah bohong.

“British dikatakan pejuang kemerdekaan, siapa pegawai British? Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman.

“Yang lawan British jadi pengganas,” katanya.

Bajet 2012 : Pakatan Kaji Tingkat Gaji Minimum

PETALING JAYA 27 OGOS : Pakatan Rakyat komited dalam memelihara kebajikan golongan pekerja menerusi penetapan jumlah gaji minimum kepada semua golongan pekerja di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diambil bagi menyelaraskan produktiviti yang disumbangkan golongan pekerja dengan pulangan yang diterima oleh mereka.

"Kita mengambil kira satu kajian yang diperkukuhkan oleh Bank Negara dimana wujud peningkatan dalam produktiviti dalam negara tetapi tidak selari dengan upah atau gaji,"katanya dalam sidang media selepas siri rundingan gagasan itu dengan Kesatuan Sekerja dan beberapa wakil daripada syarikat ekonomi di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Bagaimanapun Anwar berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara berasingan dan ia perlu dijalankan serentak dengan dasar untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan kecekapan, khususnya dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami kesal kerana walaupun GLC seperti Proton dan Perodua membayar gaji asas di bawah garis kemiskinan pada RM650 sebulan.

"Dengan dasar alternatif untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan kecekapan, tidak rasuah dan mengurangkan kos melalui tender dan rundingan semula tawaran yang tidak adil seperti tol lebuh raya, kami berharap untuk mempunyai lebih banyak penjimatan dan peningkatan hasil ... yang membolehkan kita boleh untuk membantu pekerja dengan perjanjian yang lebih baik dan lebih adil, "katanya.

Selain itu, siri rundingan ini juga mendedahkan bahawa Barisan Nasional selama ini cuba berdolak dalih dan tidak mahu membuat satu penetapan jumlah gaji minimum kepada golongan pekerja di seluruh negara.

"Kita telah memutuskan supaya hal ini diberikan perhatian dan kita akan adakan beberapa rundingan tambahan bagi membincangkan hal ini agar ia selari dengan pendirian kita dalam buku jinga."ujarnya.

Merujuk muka surat 23 dalam Buku Jingga, Anwar berkata, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat, antara lain berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

Jelasnya lagi, ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memaklumkan bahawa Buku Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga mampu memberi tamparan hebat dalam kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak apabila satu persatu perubahan dilakukan sebagai respon kepada isi kandungan buku tersebut termasuk isu gaji minima yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

"Kejayaan buku jingga ini berjaya memaksa kerajaan dan Dato Seri Najib Razak untuk membuat beberapa perubahan termasuk pindaan undang-undang bagi memperkenalkan majlis perundingan yang khusus membincangkan soal gaji minima."

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.




PRU-13 : Hanya Doa Senjata Terakhir Hadapi BN, Kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR 27 OGOS : PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya,” kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi.