Isu Agama : Jangan Keruhkan Keadaan, Kata Harussani


KUALA LUMPUR 11 OGOS: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan agar jangan ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan menabur sentimen agama bagi mewujudkan pertelagahan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas hasil kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang merumuskan Malaysia antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan beragama.

"Kalau (bercakap tentang) kebebasan agama, kita tidak pernah melarang, perarakan Thaipusam kita bagi kemudahan, perakan Cina pun kita bagi kemudahan, Kristian punya sambutan Christmas pun diberi kemudahan, semua kita bagi kemudahan, kita tidak pernah sekat," katanya.

Terdahulu, gempar apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dikatakan menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama apabila mendapat maklumat majlis makan malam yang diadakan di gereja itu dihadiri penganut agama Islam.

Hal itu kemudiannya menimbulkan pelbagai pertikaian sehinggalah pada hari ini, JAIS tampil membuat kenyataan bahawa tidak ada serbuan dilakukan pada hari terbabit melainkan pegawai jabatan itu dan polis membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".
"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," kata pengarah JAIS, Marzuki Hussin.

Sementara itu, portal Malaysiakini hari ini melaporkan, hasil kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC selama tiga tahun bermula tahun 2006 hingga 2009 mendapati, Malaysia merupakan antara 10 negara teratas yang mengekang kebebasan agama yang berbeza.

Menurut hasil kajian itu lagi, Malaysia kini berada dalam kelompok sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.

Malah Malaysia juga dikatakan negara kelima yang mencatatkan peningkatan ketara dalam isu sekatan kebebasan beragama ini.

Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada kedudukan tersebut ialah kes rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar The Herald.

Malah ia juga meliputi tindakan ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Namun menurut Harussani, beliau percaya Malaysia masih berpegang kepada paksi asalnya bersabit isu agama sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Yang di Malaysia bukan menyekat, dalam perlembagaan mengatakan mereka boleh mengamalkan agama mereka sendiri bahkan menghormati tetapi tidak mempropagandakan agama mereka kepada penganut agama Islam.

"Itu sudah ada dalam perlembagaan. Dipersetujui sewaktu merdeka, jadi benda ini tidak betul,"katanya lagi.

Jelasnya lagi, terlalu banyak kekeliruan di kalangan pengkaji agama terutamanya dari negara luar yang dilihat suka mengambil kesempatan ke atas keadaan negara yang sedang keruh dengan isu agama.

"Apa yang dibuat di barat, semua diakui. (Dalam hal ini) kita yang hendak ditekan, itulah (yang dinamakan) globalisasi. Globalisasi itu maknanya (pihak) yang berkuasa dan menekan orang lain, itulah maknanya,"tambah beliau lagi.

Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Sementara perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukkan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan agamanya”.

Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka.

Selain itu, Fasal (4) pula menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.

Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain.

Bagaimanapun itu tidak bermakna kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4) iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut ketika ditanya oleh TV Selangor mengenai Malaysia yang turut dikaitkan dengan kurangnya sikap bertoleransi dalam isu agama, Harussani ada pendirian beliau yang sendiri.

"Dalam perlembagaan,(cuma yang) disekat dari segi mengembangkan agama kepada orang Islam. Sama kalau hendak diikutkan, di negera lain lagi teruk. Di China ada yang sampai bunuh orang Islam, di German dan di Amerika sendiri, usah cakaplah.

"Kalau itu yang dicakapkan, mereka kena datang Malaysia dan mereka akan nampak,"katanya lagi.

BSKL Menjunam : Persatuan Pengguna Saran Najib Ambil Ikhtibar



SHAH ALAM 11 OGOS : Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disarankan agar mengkaji semula kelemahan diri hingga menyebabkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu.

Malah menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George, kerugian yang dialami pelabur itu juga didakwa berpunca daripada keengganan dari terus melabur di Malaysia berikutan bimbang dengan agenda politik yang dimainkan Umno-BN.

Sehubungan itu, Dr Jacob berkata, antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang luar ke dalam negara adalah dari segi 'Foreign Direct Investment' (FDI) sekaligus mengakibatkan kerugian besar kepada semua sektor dalam indusrtri pada waktu ini.

Walaupun (negara) stabil politiknya, kewangannya, pemerintah dan sebagainya tetapi apa yang dibaca di dalam surat khabar tentang politik-politik fitnah, caci, mengugut menjadi satu masalah yang begitu besar," katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Dr Jacob lagi, melalui kajian yang dilakukan oleh pihaknya beliau mendapati pelabur mengikuti perkembangan semasa negara, terutamanya terhadap media aris perdana yang lantang mengutarakan berita yang langsung tidak memberi manfaat kepada Malaysia.

"Ini daripada sisatan kita sendiri, bila kita jumpa pelabur-pelabur mereka selalunya membaca surat khabar berhubung analisis ekonomi kedalaman dan daripada itulah mereka nak cuba untuk melabur tetapi kita mendapati sejak tahun 2008 politik negara kita menjadi seperti 'kanak-kanak di tadika'," jelasnya.

"Ini adalah gambaran yang telah diberi kepada pelabur-pelabur."katanya.

Justeru itu, beliau memberi contoh negara serantau yang berdekatan dengan Malaysia iaitu Singapura yang telah mengambil pendekatan mengubah dasar mereka dengan begitu drastik atas kehendak rakyat yang inginkan dasar yang lebih mesra rakyat dan lebih terbuka.

Jelasnya, begitu juga di Indonesia yang kini mengamalkan konsep yang lebih matang dan tidak dikuasai oleh pemerintah sahaja.

"Contohnya Indonesia, hari ini kedudukan kewangan Indonesia akan naik dengan begitu tinggi sebab negara mereka nampak sebagai satu negara yang kuat,walaupun dulu mempunyai masalah bom dan sebagainya. Mereka telah pulihkan ekonomi dan politik mereka serta menunjukkan politik yang matang di mana instituisi kerajaan dan sebagainya tidak dikongkong," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak peranan media prokerajaan dalam memainkan peranan dalam memfitnah negara sendiri.

Katanya, ini kerana disebabkan retorik politik untuk orang-orang kampung yang tidak boleh menerima kenyataan itulah politik di negara kita kini semakin tercemar.

Ujar Dr Jacob lagi, tindakan pentadbiran Najib memberikan taraf kewarganegaraan penuh kepada rakyat asing untuk dijadikan pengundi hantu jelas menunjukkan bahawa Malaysia kini lebih senang mengamalkan 'politik sarkas' dan mengakibatkan pelabur asing keluar melabur ke negara-negara serantau seperti Filipina, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

Tegas Dr Jacob lagi, antara isu-isu yang menjadi ikutan pelabur asing adalah dasar kerajaan yang sering kali berubah, apatah lagi dasar itu dibuat demi kepentingan politik semata.
"Ini akan membawa begitu banyak masalah di masa akan datang sebab polisi-polisi dan dasar-dasar yang kita nak buat adalah 'short-term' dan mempunyai kaitan dengan agenda politik. Pemimpin kita perlu tahu semua itu kerana mereka bukan budak kecil kerana dasar-dasar yang hendak dicapainya juga bukan untuk politik dan untuk satu-satu parti tetapi untuk negara."tegasnya.

Malah katanya, jika keadaan seperti itu akan berterusan ia boleh mengakibatkan rakyat hidup dalam keadaan sengsara serta hilang pekerjaan berikutan terlalu banyak syarikat akan ditutup.

"Bila FDI dan pelabur kita keluar ke Vietnam, Thailand akan menyebabkan banyak syarikat-syarikat akan ditutup dan keluar dari negara kita dan akan mewujudkan masalah pengganguran."katanya.

Ujarnya lagi, kegawatan ekonomi akan berlaku jika tiada pemulihan yang dibuat oleh kerajaan, seperti yang berlaku pada tahun 1998.

Malah, kerajaan juga tidak wajar menyembunyikan kenyataan sebenar terhadap apa yang berlaku terhadap kedudukan ekonomi negara.

Tambahnya, beliau turut memuji pendekatan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor dalam mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan strategi serta dasar yang lebih prihatin serta mendatangkan keuntungan kepada rakyat ekali gus menarik minat dan keyakinan para pelabur.

Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosmah-Karpal


KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.

“Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat,” kata Karpal.

Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.

Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,

Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.

Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.


Bersih 3.0 Kami Tunggu Respons Putrajaya, Kata Ambiga


KUALA LUMPUR 11 OGOS : Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga memaklumkan bahawa pihaknya belum bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 dalam masa terdekat ini.

Sebaliknya, beliau berkata pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah diketengahkan.

Ambiga berkata, walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan namun pihaknya mengambil pendirian untuk “tunggu dan lihat” terhadap perkembangan terbaru yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam tempoh tiga bulan ini.

Pada 9 Julai lalu, Bersih 2.0 telah mengajurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai puluhan ribu rakyat Malaysia yang turut disambut dibeberapa buah negara luar.

Jelas Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam , pihaknya kini hanya mahu SPR dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang disifatkan boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Kita ambil pendirian tunggu dan lihat yang mana kita mahu SPR dan kerajaan mengambil tindakan yang serius dan melaksanakan lapan tuntutan kita.

“Kita tahu ada desakan yang mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan tapi kita tidak pernah membincangkan perkara itu setakat ini... tiada perbincangan dan keputusan,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

Ujarnya lagi, walaupun beliau diasak soalan sama berulang kali namun Ambiga tetap mempertahankan pendirian gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Seperti yang saya katakan kita mahu lihat reaksi SPR dan kerajaan terhadap lapan tuntutan kita.

“Sepatutnya semua tuntutan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terutamanya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, rasuah dan akses media,” katanya.

Bersih 2.0 membuat lapan tuntutan agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Malah, isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya yang hangat diperkatakan kini berhubung pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat mendapat bantahan pelbagai pihak terutamanya kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ia didakwa menjadi semakin meruncing apabila pemastautin tetap itu juga turut didaftarkan sebagai pengundi.

Namun dengan pantas perkara itu dinafikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendesak Najib memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar serius sekiranya tidak mahu berdepan dengan gelombang Bersih 3.0.

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Malaysia Tersenarai Negara Sekat Kebebasan Beragama





KUALA LUMPUR 11 OGOS : Malaysia buat kali pertamanya tersenarai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan agama yang berbeza.

Satu kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.

Malah hasil kajian itu menunjukkan Malaysia antara negara kelima yang mempamerkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2006.

Kajian yang dilakukan ke atas 198 negara itu mendapati, sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 hingga 2009 di 23 negara, termasuk Malaysia dan Mesir.

Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.

Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan.

Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu.

Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald.

Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu.

Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia.

Anwar : Hanya Menteri Kewangan Boleh Arah GLC


KUALA LUMPUR 11 OGOS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

Menurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

“Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

“Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu,” kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan yang dipetik dari Keadilan Daily.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

Laporan portal berkenaan memetik sumber berkata, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.

Antara GLC yang menyaman Tajudin adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami syarikat penerbangan itu. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pada 1998, Danaharta menuntut pinjaman tidak berbayar daripada Tajuddin, namun beliau juga gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Anwar Khuatir Penggabungan MAS-Air Asia Rugikan Kumpulan Majoriti


KUALA LUMPUR 11 OGOS : Pertukaran saham di antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bukan sahaja membangkitkan kerisauan serius tentang penguasaan AirAsia yang berkemungkinan berlakunya episod monopoli ke atas industri penerbangan tanahair, malah ia juga menyalahi peraturan urus tadbir korporat.

Menurut Ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mustahil keghairahan gabungan itu membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan broker kuasa politik.

“Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif,” kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd semalam menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

Menurut Anwar, senario yang merisaukan ini juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia melibatkan penggunaan wang rakyat.

“Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu ‘pertunjukan’ semata-mata?"

“Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang hal ini,” kata Anwar.

Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.

“Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun,” kata Anwar.

Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.

“Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini,” kata Anwar.

PAS: Isu Gereja telah menenggela​m isu pendaftara​n pemilih warga asing

PAS: Isu Gereja telah menenggela​m isu pendaftara​n pemilih warga asing

Idris Ahmad | Aug 10, 2011 11:25:59 am

Isu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu My Kad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.

Parti Islam Se-Malaysia PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemimpin UMNO dan NGO UMNO macam dilanda histeria mengenai isu ini. Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah dan konsisten menentang isu murtad di negara ini. Di mana suara UMNO dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi. Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi lalang 1987 kerana isu kristianisasi.

Tahniahlah kepada pemimpin UMNO dan media UMNO kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, UMNO menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga UMNO, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.

Kenapa UMNO diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. Sepatutnya kalau UMNO pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun UMNO tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar kanan) selaku ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Tujuh negeri umum bonus, Pulau Pinang beri minimum RM600


August 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor serta Pulau Pinang merupakan tujuh kerajaan negeri setakat ini mengumumkan keputusan – mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam bulan ini.

“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Kuala Terengganu, lapor Bernama Online.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) juga mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Kadar minimum itu tambahan RM100 berbanding minimum RM500 diumumkan kerajaan pusat.

Lim berkata guru-guru Kafa pula akan menerima RM300.

“Bonus ini akan membantu kakitangan awam membuat persiapan menyambut Hari Raya,” katanya kepada pemberita.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

Ekonomi BSKL Menjunam, Petanda Najib Gagal


SHAH ALAM 10 OGOS : Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyifatkan kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur (BSKL) sejak Jumaat lalu membayangkan ekonomi negara akan terus malap.

Rafizi berkata keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5 peratus bagi tahun 2011 mencerminkan dasar dan inisiatif ekonomi yang disuntik Perdana Menteri, Najib Razak, gagal sejak dari awal lagi.

"Dato Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri walaupun ia dicanang sebagai penjana ekonomi Negara. "

Tambah Rafizi, sekirannya program ekonomi seperti Transformasi Ekonomi (ETP) gagal menarik perhatian pelabur dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, ianya petanda yang tidak sihat untuk tahun-tahun mendatang.

"Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah."

Mengulas lanjut senario yang membelenggu ekonomi negara hari ini, Rafizi mejelaskan sekirannya krisis hutang di Eropah terus berlaku, bukan sahaja tiga kumpulan ekonomi terbesar terkesan malah prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkena tempias.
Analisis 10 projek terbesar seperti berikut membuktikan pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

PROJEK TERBESAR ETP

PELABURAN DIUMUMKAN

(RM BILLION)

GLC/BUKAN GLC

Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor

60.0

GLC (PETRONAS)

MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)

36.6

GLC

(sebuah syarikat khas ditubuhkan)

Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)

10.0

GLC

(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan Karambunai Integrated Resort City

9.6

Bukan GLC

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit

5.43

Tidak diketahui

Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1

GLC

(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor

5.1

Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)

3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi

4.0

GLC

(TNB)

Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang

3.0

GLC

(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)

Pembangunan MINES Wellness City

3.0

Bukan GLC



Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion.

Hakikatnya, 77 peratus daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Pertama sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Mafrel Mahu SPR Bersih Daftar Pemilih Elak Implikasi Ketika PRU-13



KUALA LUMPUR 10 OGOS : Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pemilih yang didakwa turut melibatkan kehadiran “pemastautin tetap” yang diragui bagi mengelakkan implikasi besar ketika pilihan raya umum ke-13.

Mengikut perkembangan semasa pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu melihat secara serius pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat berhubung isu status kewarganegaraan yang diberikan kepada pemastautin tetap, sekali membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya.

Tegas beliau, SPR perlu menjalankan siasatan itu dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membersihkan daftar pemilih.

“Saya rasa kalau pendedahan itu benar, SPR perlu melakukan siasatan segera mengenai apa yang berlaku, apa yang boleh SPR lakukan ialah siasat latar belakang pengundi itu, adakah mereka betul-betul (warganegara), sebab kini terdapat banyak keraguan yang mana pemastautin tetap bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat.

“Kini lebih banyak keraguan, kita rasa ragu-ragu (tentang daftar pemilih), untuk menghilangkan keraguan ini SPR perlu mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara ini dengan kerjasama JPN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Syed Ibrahim percaya SPR akan memberi alasan tidak mempunyai kuasa, namun beliau menegaskan pembersihan daftar pemilih adalah di bawah bidang kuasa badan pengurusan pilihan raya itu.

“Memang daftar pemilih terletak di bawah bidang kuasa SPR, tidak boleh (kata) tiada kuasa kerana sebagai badan pengurusan pilihan raya SPR mempunyai kuasa itu.

“Sudah menjadi faktor utama yang mana daftar pemilih dan pembersihannya adalah kuasa SPR, kes ini sangat jelas... ini kes faktor yang mana ia jelas bagaimana pemilik kad pengenalan merah memperoleh kad pengenalan biru dalam tempoh singkat, untuk itu, SPR perlu siasat dengan serius,” katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi di kalangan warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan.

Tambah Syed Ibrahim, kegagalan SPR membersihkan daftar pemilih akan memberi implikasi yang besar dalam sistem pilihan raya negara.

“Implikasinya sangat besar, sekiranya warga asing dibenarkan mengundi keputusan itu boleh dicabar, kalau ada parti yang tidak berpuas hati... sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.

“Sebab itu saya minta SPR mengambil tindakan segera dengan kerjasama JPN, siasat dengan serius kerana SPR adalah badan bebas,” katanya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Anwar Dibenar Hadir Temubual Saksi


KUALA LUMPUR 10 OGOS : Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam setiap temuramah peguambela ke atas 15 saksi pendakwaan.

Sesi temubual semalam tergendala apabila, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah, jika Anwar hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bagaimanapun berkata, Anwar hanya hadir dalam temubual itu namun tidak dibenarkan menyoal saksi.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata, Anwar sebagai yang dituduh dalam kes ini berhak untuk hadir sama dalam setiap sesi temubual saksi.

"Sebagai tertuduh, beliau ada hak untuk berada di situ," kata beliau kepada wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Pihak pembelaan yang diketuai oleh Karpal kini dijadualkan mewawancara 10 saksi hari ini.

Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Karpal bagaimanapun menegaskan bahawa semua 15 saksi yang dibekalkan itu perlu ditemubual segera.

"Kami akan terus mewawancara mereka. Kami mahu selesaikannya dalam minggu ini. "Biar saya terangkan dengan jelas, kami mahu temuramah mereka secepat mungkin. Semalam kami sudah mahu mula. Saya tidak faham kenapa Pendakwaraya membantah kehadiran Anwar," terang Karpal.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan tarikh 15 hingga 26 Ogos untuk pihak pembelaan mengemukakan hujah pembelaan.

SPR Tiada Hak Untuk Daftar PR Sebagai Pemilih, Kata Suhaizan



SHAH ALAM 10 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai hak dalam menentukan pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.

Malah tegas beliau, SPR hanya mengambil maklumat dari data JPN dan mereka tidak boleh memasukkan nama sesiapapun ke dalam daftar pemilih tanpa pengesahan JPN.

"Sebenarnya kita tak nak bertanya kepada SPR sebab SPR akan ikut maklumat daripada JPN, jadi kita bertanya kepada JPN bagaimana boleh berlaku sebegitu (kes Mismah) dan jawapan standard SPR adalah SPR memang akan teruskannya sebagai pemilih kerana dia telah menjadi warganegara (diiktiraf JPN)."

"SPR akan menerima semua permohonan untuk menjadi pemilih dan akan masukkan semua ke dalam rang (draf) jadi daripada draf itu kalau tidak ada bantahan (maklumat) akan masuk kepada pemilih atau pendaftar yang sah," katanya memberitahu Tv Selangor.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa badan itu menyangkal tuduhan sesetengah pihak kononnya terdapat 1,597 pemegang status pemastautin tetap (PR) dalam senarai daftar pemilih.

Malah, beliau menegaskan pihaknya tidak akan meluluskan permohonan sesiapa saja berstatus PR menjadi pengundi dalam pilihan raya.

Menurutnya lagi, sesiapa yang memohon untuk menjadi pemilih mesti menunjukkan kad pengenalan biru dan kad pemastautin tetap warna merah tidak akan dipertimbangkan dalam apa cara pun.

Jelas Suhaizan, persoalan yang kini menjadi tanda tanya orang ramai adalah bagaimana JPN boleh meluluskan dan mendaftar pengundi berstatus PR itu dengan begitu mudah sekali gus mendesak agar perkara ini diperjelaskan oleh JPN dan bukan SPR.

Ujarnya lagi, senarai daftar JPN seperti mana yang dilihat sekarang, JPN telah mengesahkan pemegang status PR didaftarkan sebagai warganegara jadi SPR tiada pilihan dan akan menerimanya sebagai pemilih.

"SPR itu hanya membuat semakan kepada JPN untuk menentukan dia (individu) itu warganegara. Kalau warganegara SPR akan 'proceed' jadi pemilih."tambahnya.

Beliau yang kecewa dengan tindakan JPN itu mempersoalkan ketidakcekapan agensi kerajaan itu sehingga tidak mampu menyelesaikan masalah Mismah yang direkodkan sebagai berstatus pemastautin tetap.

Sebaliknya Suhaizan menambah, SPR telah mendaftarkan mereka sebagai pengundi baru.

Bagaimanapun, apabila disoal tentang perkara tersebut JPN memberi alasan bahawa pengarahnya sedang bercuti.


Daftar Kg Baru Sebagai Pengundi, Tindakan Jijik




KUALA LUMPUR 10 OGOS: Tindakan mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi sah di negara ini dianggap menjijikkan dan perilakuan yang tidak boleh diterima oleh rakyat sekali gus menyifatkan kecuaian tersebut sebagai tindakan terdesak merencana undi hantu.

Mengulas lanjut perkara tersebut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencipta sejarah apabila mendaftarkan Kg Baru sebagai pengundi dengan kad pengenalan bernombor 830527115422 serta dilahirkan pada 27 Mei 1983 semakin hilang kredibiliti untuk mengendalikan pilihan raya di negara ini.

Malah katanya, tindakan itu juga jelas memperlihatkan kepincangan SPR menzahirkan konspirasi terancang memusnahkan amalan demokrasi di negara ini.

"Sekarang ini dia(SPR) sedang merencanakan untuk menzahirkan undi hantu. Undi yang tidak masuk dalam kelayakan. Itu bukan kesilapan, itu perancangan.

"Jadi perancangan itu amat menjijikkan dan perlakuan ini adalah perlakuan yang tidak dapat diidentifikasikan dan sekarang baru dapat kita semak," katanya memberitahu Tv Selangor.

Justeru itu, alasan SPR dengan memberikan jawapan ia satu 'kesilapan' mahupun 'kecuaian' teknikal badan itu sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi.

Minggu lalu, portal berita Malaysiakini melaporkan SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Sehubungan itu, Abdullah Sani mempersoalkan adakah pendaftaraan Kg Baru sebagai pengundi itu juga disifatkan sebagai 'kesilapan' teknikal badan itu dalam menjamin kemenangan pihak tertentu semata-mata.

"Alasan-alasan itu, jawapan 'biasa' yang telah kita lalui sebelum ini dengan begitu lama iaitu kesilapan-kesilapan yang dibuat dan dikatakan perkara ini akan dibaiki, dibaiki tetapi sebenarnya bukan, itu adalah perancangan yang menjijikkan untuk menjahanamkan demokrasi yang sebenar,"tegasnya.

"Ini namanya jabatan yang dikategorikan sebagai perencana untuk memusnahkan demokrasi,"ujarnya.

Tegasnya, kerana ketidaktelusan SPR itulah rakyat menggesa badan itu agar mengambilkira dan memandang serius lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang dibuat pada 9 Julai lalu di ibu negara.

Ujarnya lagi, lapan tuntutan yang dibuat Bersih 2.0 sebelum ini jelas sangat relevan dan berasas.

Katanya, adalah wajar untuk SPR mengambil serius pendekatan Bersih 2.0 itu lebih-lebih lagi ketika badan itu kini terpalit dengan pelbagai salah laku yang menjijikkan.

"Bersih 2.0 bukan sahaja dikatakan relevan, tetapi kalau hukum yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita, hukum manusiawi ini adalah wajib dan jika tidak buat, berdosa.

"Dan ini juga menjurus kepada persoalan, apakah perkara ini akan kita biarkan dan lepaskan Bersih 2.0? saya mencadangkan agar Bersih 2.0 ini diteruskan sehingga kita membersihkan sikap-sikap SPR secara total,"tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh-Timur, Lim Kit Siang menegaskan satu kajian yang terperinci perlu dilakukan segera bagi mengelakkan implikasi besar kepada negara ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini menunjukkan bahawa rekod SPR adalah banyak kesilapan dan penyelewengan yang perlu dibetulkan dengan satu kempen yang dibuat secara keseluruhan.

"Dan itulah sebab kenapa kempen Bersih yang mahukan satu pilihan raya yang adil dan bebas."

Mengulas lanjut alasan-alasan yang sering kali diberikan SPR berhubung kecuaian badan itu, ini jawapan Kit Siang.

"Sampai sekarang SPR tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 malah SPR menafikan bahawa dalam sistem ini ia perlu disesuaikan kerana sebelum ini terlalu banyak timbulnya keraguan pada pandangan dan pendirian SPR itu."

Beliau dalam pada itu berkata, jika SPR masih melakukan terlalu banyak kesilapan dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini, satu Suruhanjaya DiRaja harus ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Apa yang timbul mengenai tempat yang didaftarkan sebagai pemilih-pemilih ini mendapat desakan. Perlu ada satu Suruhanjaya DiRaja untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita sebenarnya adil, bebas dan bersih," tegasnya.

Jelasnya, satu kajian menyeluruh perlu diadakan bagi menjamin demokrasi di negara ini sekaligus tidak digadaikan dengan begitu mudah.

Sementara itu, wakil dari Pas pula, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendesak nama daftar pengundi dibersihkan dengan segera ekoran terlalu banyak bukti ketidakcekapan SPR ditampilkan oleh bukti-bukti yang wujud melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun.

"Satu tindakan segera untuk memastikan perbersihan senarai daftar pemilih perlu diadakan serta dipercepatkan, sebab itu saya selalu mengatakan bahawa parlimen tidak boleh dibubarkan. Pilihan raya tidak boleh dipanggil selagi lapan tuntutan Bersih 2.0 yang antaranya senarai pendaftar pemilih ini tidak disempurnakan oleh SPR,"tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menambah apa yang lebih membimbangkan kini adalah apabila SPR dijadikan alat oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk bersekongkol dalam meraih undi terdesak hingga sanggup menghalalkan apa jua cara yang dikira boleh menyelamatkan politik kerajaan pemerintrah semata.

"Ini satu kes yang baru tetapi kes yang besar lagi ialah tentang pengundi berganda, maknanya ada dua kali nama itu wujud dan yang kedua

Pasca Bersih 2.0 : SPR Dituntut Tubuh J/kuasa Khas Pantau Pilihan Raya



KUALA LUMPUR 9 OGOS : Sebulan berlalu sejak Himpunan Aman Bersih 2.0 yang mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia di kota Kuala Lumpur, namun perjuangan menuntut pilihan raya bersih dan adil masih diteruskan.

Terbaru, Jawatankuasa Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga jawatankuasa khas yang dianggotai parti politik untuk mengkaji masalah berkaitan pilihan raya.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, tiga jawatankuasa itu adalah untuk menyelesaikan daftar pemilih, menjelaskan kaedah biometrik dan pengundian awal.

"Bersih akan menulis surat kepada suruhanjaya itu bagi menggesa jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan dalam masa tiga bulan.

“Bersih akan menghantar surat cadangan tersebut kepada SPR dalam minggu ini,” kata Maria dalam satu kenyataan hari ini.

Pengumuman pelaksanaan sistem biometrik oleh SPR selepas himpunan 9 Julai lalu itu mendapat tentangan dan kritikan pelbagai pihak.

Pakatan Rakyat berpendapat pelaksanaan sistem biometrik hanya akan menambah lebih banyak masalah dan bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan pilihan raya yang berlaku selama ini, termasuk pengundi hantu.

Menurut Maria, kerana itulah jawatankuasa khas itu perlu ditubuhkan bagi menjawab pelbagai dakwaan mengenai kepincangan dalam sistem pilihan raya yang dilaksanakan dan dirancang SPR, termasuk kaedah biometrik yang mahu diperkenalkan.

“Bersih memerlukan laporan lengkap tentang kaedah biometrik yang akan dibuat oleh SPR dan keselamatannya.

“Mereka juga perlu memberi senarai terperinci tentang kawasan pengundian awal yang bakal mereka jalankan terhadap pengundi dari anggota tentera dan polis. Kita juga perlu tahu samada mereka akan membenarkan pemantau ketika pengundian awal dijalankan,” katanya.

Lebih teruk lagi, SPR kini dibelenggu pelbagai masalah dengan sistem daftar pemilihnya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usaha mendaftarkan 200,000 warga Indonesia sebagai pengundi di negara ini.

Kontroversi pengundi bernama Kg Baru yang berdaftar di laman SPR serta seorang bertaraf permastautin tetap bernama Mismah yang mendapat taraf warganegara dalam tempoh 4 jam, seolah-olah tidak diakui SPR.

Menurut Maria, SPR perlu bertanggungjawab dengan kelemahannya dan bersedia menerima kritikan pihak lain.

“Cukup dengan menuding jari terhadap banyak pihak dan SPR perlu bertanggungjawab di atas kesalahan ini. Jika mereka tak boleh buat, biar pihak lain melakukannya,” katanya.

PKR : Ilmu Politik Penting Demi Masa Depan Negara





SHAH ALAM 9 OGOS : Kefahaman mengenai politik boleh diterapkan oleh pensyarah kepada pelajarnya, asalkan tidak membawa elemen kepartian yang menjurus kepada kepentingan sesebuah parti politik, demikian menurut Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Katanya lagi pendedahan mengenai kefahaman ini penting bagi mendidik mahasiswa menentukan hala tuju politik negara pada masa hadapan.

"Yang tidak boleh dibawa oleh pensyarah-pensyarah ini ialah elemen kepartian tetapi dari segi profesionalisme, maklumat-maklumat pensyarah kena beritahu. Supaya mahasiswa yang ada di universiti itu dapat ilmu dan dapat mengenal,"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Abbas, sesebuah institusi itu akan disifatkan gagal untuk mendidik mahasiswa jika memberikan fakta dan maklumat yang salah kepada pelajar-pelajar yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

"Kalau mahasiswa keluar universiti tidak dapat gambaran antara kebenaran dengan kebatilan atau maklumat-maklumat tidak sampai yang menuju kepada kebenaran, (maka) universiti itu gagal dari segi mendidik pelajar untuk menjadi orang yang baik.

"Contoh (subjek) Sejarah, berbincang mengenai ketamadunan sesuatu bangsa, itu politik (tetapi) yang salahnya parti. Misalnya seorang pensyarah itu bercakap tentang Islam, maka (dia) kata (ini) parti PAS, (jadi) tak boleh lah, ini adalah (mengenai) agama Islam,"jelas Abbas lagi.

Oleh itu katanya, apa yang paling penting dalam hal ini ialah mesej yang dibawakan oleh golongan pendidik itu sendiri haruslah berteraskan kepada fakta yang benar.

"Pensyarah pula jangan bawa kepartian masa bersyarah, sampaikan maklumat yang sebenarnya,"tambah beliau lagi.

Justeru ujarnya, adalah penting kepada pensyarah institusi terbabit memahami perbezaan antara elemen kepartian dan ilmu politik, kerana kedua-dua konsep yang disampaikan adalah berlainan sama sekali.


Pemuda PAS : SPR Lakukan Kesalahan Memalukan, Daftar 'Kg Baru' Sebagai Pengundi




SHAH ALAM 9 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak proaktif dengan bertindak segera terhadap pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung senarai daftar pemilih yang meragukan.

Oleh itu menurut Pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections ( MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh, satu laporan rasmi harus dibuat oleh pihak terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru apabila SPR mendaftarkan seorang yang bernama 'Kg Baru' sebagai pemilih.

Kg Baru didaftarkan sebagai pengundi bagi Dewan Undangan Negeri Hulu Besut dan Parlimen Besut, Terengganu.

Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), nombor kad pengenalan sama adalah milik Noraini Binti Abdullah.

“Pada saya mudah sahaja, saya rasa pendedahan-pendedahan begini perlu dibuat laporan secara rasmi dan kemudian pihak SPR perlu ambil tindakan,"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Syed Ibrahim lagi, sesebuah suruhanjaya perlu memandang berat isu ini memandangkan ia melibatkan kredibiliti badan itu.

“Sebenarnya SPR sendiripun boleh membuat kajian mereka kalau dah ada satu dua aduan.Maknya berdasarkan kepada satu dua aduan, mereka kena membuat siasatan serius,"ulas beliau lagi.

Masalah seperti ini juga katanya, jika tidak ditangani dengan baik oleh SPR membolehkan ahli-ahli parlimen membawa perkara ini ke Dewan Rakyat bagi menolak daftar pemilih itu.

“ Dari segi undang-undangpun, ada ruang di mana pihak ahli-ahli parlimen boleh timbulkan untuk menyebut bahawa dengan keraguan-keraguan yang timbul berhubung dengan daftar pengundi, malah pilihan raya sendiripun tidak boleh diadakan," kata beliau.

“Kalau SPR tidak ambil secara serius, saya rasa itu satu keangkuhan dan sepatutnya mereka lebh bersikap 'gentleman' dan berbesar hati menerima aduan-aduan ini dan terus membuat semakan,"katanya lagi.

Semalam, Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu 'penaiktarafan' status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari seorang individu bernama Mismah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berjanji akan memanjangkan perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri pada majlis berbuka puasa semalam.

Selangor Bakal Peneraju Pilihan Raya Tempatan.


SHAH ALAM 9 OGOS : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyambut baik cadangan kerajaan Selangor melaksanakan pilihan raya bagi melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di tiga perkampungan Cina akhir bulan ini.

Menurut koordinatornya, Sarah Devaraj pemilihan ketua kampung menerusi kaedah tersebut membantu menyuburkan amalan demokrasi tulen di peringkat akar umbi.

Beliau yakin kaedah pilihan raya mampu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih sendiri pemimpin di kawasan mereka berbanding Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) yang dilantik terus oleh kerajaan Umno- Barisan Nasional (BN).

"Kami menggalakkan Kerajaan Negeri Selangor mengekalkan momentum untuk perubahan demokratik dan terus meneroka cara-cara untuk mengadakan pilihan raya bagi kerajaan tempatan," ujar beliau dalam kenyataan media.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 ribu bagi mengendalikan pilihan raya JKKK di tiga kampung merangkumi Kampung Baru Sungai Jarum di Kuala Langat, Kampung Bagan Pulau Ketam dan Kampung Pandamaran di Klang.

Ketiga- tiga kampung ini dipilih sebagai perintis bergantung kepada saiz kepadatan penduduk.

Kampung Bagan di Pulau Ketam mempunyai kepadatan penduduk yang kecil, manakala Kampung Baru Sungai Jarom pula mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana dan Kampung Baru Pandamaran mempunyai jumlah penduduk yang besar.

Pilihan raya Kampung Baru Sungai Jarum ditetapkan pada 24 Julai, sementara Kampung Bagan Pulau Ketam dan Kampung Pandamaran di Klang, masing-masing pada 31 Julai dan 7 Ogos depan.

Selangor mempunyai 368 kawasan perkampungan Melayu dan 78 kawasan perkampungan Cina.

Pemilihan Pengerusi JKKK itu sama seperti pilihan raya biasa yang diadakan di DUN dan Parlimen seperti wujudnya pengeluaran writ, hari penamaan calon, RM500 deposit semasa kempen, waktu pengundian, keputusan, serta petisyen bantahan.
Sarah menjelaskan cara tersebut mampu menggalakkan penduruk kampung untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam isu-isu masyarakat setempat.

Beliau kemudian menggesa kerajaan Umno-BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghentikan retorik ketakutan dalam usaha mereformasikan sistem pilihan raya umum termasuk penggunaan dakwat kekal.

Justeru beliau dengan lantang menyeru agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi kerajaan Selangor dengan mempertimbangkan tuntutan rakyat bersabit perlantikan pengerusi JKKK seraya menolak kaedah JKKP yang menjulang perlantikan berkepentingan politik.

DARI SABAHDAILY-MAFIA DAPAT KERAKYATAN


PENDUDUK Sandakan mengetahui bahawa Ula atau Abdullah, bukan sahaja mendapat suaka daripada pihak berkuasa atas sindiket kongsi gelapnya, ‘Maling Kundang’; malah Ula juga mendapat perlindungan daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah.

Dengan kerjasama pegawai JPN yang khianat kepada Negara, Ula berjaya menukar identitinya daripada Ula @ Abdullah ketika datang ke Sabah dari Indonesia kepada Halim Bin Ahmad.

Ada kemungkinan, Kementerian Kesihatan juga turut terlibat sama untuk menukar DNA Ula yang berketurunan BUGIS kepada SUNGAI, kerana Ula ini adalah pengundi hantu berasal PATI menjadi Bumiputra dan seorang Warganegara Malaysia.

Sedikit masa lalu, cerita tentang Ula telah disiarkan dalam Sabahkini.Net untuk tatapan umum tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa; malah semua agensi kerajaan berdiam diri atau lebih tepat lagi menghalalkan kegiatan MAFIA ini berleluasa.

Mungkinkah agensi kerajaan yang dinamakan dalam artikel ini mendapat bayaran, kalau ia mendapat bayaran, kenapa SPRM tutup mata dan telinga? Mustahil semua jabatan kerajaan mendapat bayaran daripada Ula?


Labels:

Abim sedia jadi orang tengah, NGO lain mahu Uthman-Juanda temu

Abim sedia jadi orang tengah, NGO lain mahu Uthman-Juanda temu

August 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Badan bukan kerajaan Islam mahu pertemuan antara pendakwah bebas Dr Muhammad Uthman El Muhammady dan Mufti Perlis diadakan bagi menjernihkan isu “kesesatan” dan “keganasan” ekoran dakwaan fahaman Wahabi — dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersedia menjadi “orang tengah.”

Bagaimanapun Presiden Abim Amidi Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu daripada kedua-dua tokoh agama itu sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

Jelas beliau, sekiranya masih tiada jalan penyelesaian Abim bersedia menjadi “orang tengah” dan pemudahcara.

“Buat masa ini kita berharap perkara ini boleh diselesaikan secara perbincangan atau dialog tapi bila Uthman menolak, pihaknya bercadang untuk berjumpa dengan kedua-dua tokoh terbabit secara berasingan untuk mendapatkan penjelasan.

“Mungkin Dr Uthman ada alasan mengapa beliau tolak, mungkin beliau tidak bersetuju dengan tempat dan mungkin juga beliau ada jalan penyelesaian yang lain... apa-apa pun, kita akan dapatkan maklumat dulu dan kalau tiada jalan penyelesaian, kita bersedia menjadi orang tengah dan pemudahcara,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Uthman telah menolak pelawaan Mufti Perlis agar diadakan satu dialog berhubung isu itu.

Surat penolakan mengenai idea berdialog, yang dicadangkan diadakan ketika Ramadan ini, diterima Juanda Jumaat lalu.

Ekoran keputusan itu, Juanda berkata, beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu.

Sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

Kata Amidi, sebarang persoalan mengenai isu Wahabi sepatutnya diselesaikan secara dialog dan kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam dalam negara.

“Sepatutnya diselesaikan secara baik, sebab, apa yang kita tahu mereka berdua ini tidak bersependapat... kita menghormati pandangan Dr Uthman tapi adalah lebih baik ia diselesaikan dengan baik dan harmoni.

“Jadi, kita akan mendapatkan penjelasan mereka dulu, kita mahu perkara ini ditangani secara matang,” katanya.

Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pula berkata, jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut itu adalah dengan mengadakan muzakarah yang melibatkan cendekiawan dan tokoh-tokoh agama.

“Perlu diadakan muzakarah dan perbincangan secara tertutup bukan secara terbuka, ia perlu melibatkan individu yang berwibawa yang melibatkan cendekiawan dan tokoh-tokoh agama.

“Kalau tidak selesaikan perkara ini ia akan menimbulkan keraguan antara kita, kalau boleh perlu ada pihak ketiga yang menganjurkan perbincangan ini, tapi tidak melibatkan mereka yang berkepentingan,” katanya.

Tambah beliau, kemelut yang berlaku boleh diselesaikan dengan baik.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, beliau secara peribadi kesal dengan pihak yang memperbesarkan isu Wahabi yang disifatkannya “tidak sesat.”

“Wahabi ini apa? Wahabi bukan mazhab... Wahabi ini adalah amalan, buat apa kita perlu bising akan perkara ini? Wahabi, perbezaan kita adalah soal cara amalan.

“Yang berbeza cara pegangan dari sudut akidah dan tauhid, orang yang tidak faham Wahabi akan kata bukan... saya faham Wahabi tapi saya tidak ikut Wahabi,” katanya.

Justeru kata beliau, Uthman sepatutnya bersemuka dengan Juanda untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku.

“Selesaikan secara baik, perkara ini bukan isu besar... pertemuan perlu diadakan antara kedua-dua pihak untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Tolak Dialog : Tindakan Kurang Bijak Uthman El-Muhammady, Kata Dr Asri


NI KUAT AMANO NIII..........



SHAH ALAM 8 OGOS : Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan keengganan pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady untuk menerima pelawaan dialog berhubung isu Wahabi sebagai reaksi tidak profesional dan "kurang intelek" pemimpin itu.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Asri berkata, seorang pemimpin Islam seharusnya mencerminkan sikap cendekiawan dan bukannya membiarkan sesuatu perkara yang dibangkitkannya menjadi pertikaian awam dan dibiarkan begitu sahaja.

"Dukacita sekiranya kita menuduh orang lain, di mana orang yang dituduh itu menjemput untuk mendengar alasan dan hujah tuduhan tetapi kita enggan.

" Ini bukan reaksi interlek dan sikap cendiakawan yang sepatutnya ditonjolkan dalam dunia Islam. Sekiranya kita telah menuduh sesorang dengan tuduhan yang berat dan diminta untuk berbincang eloklah kita berbincang," kata Dr Asri.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan yang diambil penceramah popular, Dr Uthman yang sebelum ini mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Uthman sebelum ini menolak jemputan rasmi dialog oleh jawatankuasa fatwa Perlis setelah penceramah itu mengaitkan beberapa tokoh agama di negara ini dengan fahaman Wahabi.

Antaranya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan jawatan itu, Dr Asri sendiri.

Dr Juanda sebelum ini menyatakan kekecewaannya di atas penolakan Uthman untuk mengadakan satu dialog harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang dibangkitkan Uthman.

“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta,” kata Dr Juanda dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Mengulas senario itu, Dr Asri menambah, Dr Juanda mahupun jawatankuasa fatwa Perlis mempunyai sebab kukuh menjemput Uthman menghadiri dialog berkenaan.

" (Oleh) kerana ini membabitkan satu tuduhan ke atas sebuah kerajaan sebagai pengganas dan sesat ke atas Arab Saudi, ini adalah satu tuduhan yang besar sedangkan Malaysia ada hubungan rapat dengan mereka (Arab Saudi) dan hubungan ini adalah satu hubungan yang baik (antara negara Islam),"kata beliua.

Ujarnya lagi, insiden ini merupakan sesuatu yang serius dan mendesak ia diselesaikan segera memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dengan pihak Arab Saudi khususnya dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial.

"Pihak saya difahamkan, kerajaan Arab Saudi memandang serius perkara ini, kerana tuduhan berat ke atas negaranya sebagai pengganas dan ini saya lihat ia adalah satu kelemahan yang hadir dari kerajaan pemerintah yang ada.

"Saya tidak katakan perkara ini terbit dari pimpinan kerajaan pusat, namun ia adalah sebagai tanda bahawa kerajaan pemerintah yang sedia ada ini lemah sehingga gagal mengawal organisasi-organisasi yang ada sehingga mereka mampu bertindak sendiri tanpa sebarang halangan,"katanya lagi.

Sebelum ini, Uthman yang dipanggil Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi taklimat mengenai Wahabi.

Selain itu, Uthman juga dilaporkan turut mengaitkan Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Bagaimanapun setelah itu, Uthman berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog dengan Dr Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar bagi menjelaskan hal itu.

Bagaimanapun, Uthman yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah kemudiannya mengambil pendirian menolak jemputan rasmi itu, Jumaat lalu.


VIDEO MEMPERBODOHKAN RAKYAT


Sidang Parlimen Tergempar, Tunggu Kata Putus Najib - Nazri Aziz



KUALA LUMPUR 8 OGOS : Keputusan usul Pakatan Rakyat agar diadakan sidang parlimen tergempar akan diketahui selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengemukakan usul tersebut kepada perdana menteri petang ini.
Nazri yang menerima usul daripada wakil ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata, beliau tidak boleh memberi sebarang kata putus sebelum berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bersabit usul tersebut.
“Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.
“Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini,” katanya.
Usul itu mendesak agar diadakan sidang parlimen tergempar bagi membahasakan isu pendatang asing yang baru sahaja mendapat status Penduduk Tetap (PR), dalam masa singkat memperolehi status warganegara, yang membolehkan mereka menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Usul tersebut diserahkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.
“Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.
“Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini,” katanya.
Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari.
Keperluan mengadakan sidang parlimen itu begitu mendesak ekoran Pakatan Rakyat mendapati sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih
Tambahan (RDPT) bagi suku ke- 2 tahun 2011 adalah berstatus Peduduk Tetap (PR), bukannya warganegara.
Namun carian semula beberpa jam kemudian di dalam talian Jabatan Pendaftaran negera (JPN) menunjukkan mereka telah menjadi warganegara secara tiba- tiba.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
“Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.
“Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Kenyataan Salahuddin disokong Mahfuz Omar yang turut menyatakan kebimbangannya bersabit perkara itu, yang padanya akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja
dan Perlembagaan Persekutuan.
“Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.
“Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja... mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Peguambela Anwar Sedia Temubual Najib, Rosmah



KUALA LUMPUR 8 OGOS: Pasukan peguambela kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menyatakan kesedian untuk menemubual 20 orang saksi yang sudah disenaraipendekkan pada bila-bila masa.

Perkara tersebut dinyatakan peguam Karpal Singh setelah hakim Datuk Zabidin Mohd Diah membenarkan kesemua saksi ditemubual oleh pihak pembelaan pagi tadi.

Karpal yang ditemui media selepas hakim menangguhkan sesi pembelaan hari pertama menyifatkan, arahan yang dikeluarkan mahkamah adalah jelas dan berlandaskan undang-undang.

Menurutnya, mana-mana pihak yang enggan bekerjasama akan disabitkan dengan dakwaan menghina mahkamah tanpa mengira kedudukan dalam kerajaan dan institusi sosial.

"Perdana Menteri dan isteri tidak boleh ingkar arahan mahkamah.. oleh yang demikian mereka harus datang ke sini. Apabila mahkamah mengeluarkan arahan dan ianya hak kami untuk temubual mereka.

"Kita tidak berniat untuk menangguhkan perbicaan ini. Biar kami jelaskan di sini, tidak ada alasan untuk menangguhkan perbicaraan. Malah saya cadangkan kepada hakim kita akan teruskan dengan dua saksi pertama pakar dari Australia. Kita teruskan dengan bukti dari mereka dahulu," jelas beliau ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor antara 20 individu yang disenaraikan untuk tampil ke mahkamah ditemubual sebagai saksi dalam kes liwat melibatkan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Antara lain termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusuf, dan pemilik unit kondominium Desa Damansara Hassanuddin Abdul Hamid.

Namun kesemua mereka sebelum ini enggan memberi kerjasama sekiranya mahkamah tidak mengemukakan sepina.

Sehingga kini, pihak peguambela hanya berjaya menemuramah lima individu iaitu bekas atlet negara Datuk Mumtaz Jaafar, doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman, bekas pegawai khas Perdana Menteri Khairil Annas Jusoh, doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Anantha Raj Daniel dan kakak Saiful, Saidati.

Karpal seterusnya menyatakan keputusan hakim tersebut adalah bertepatan dengan undang-undang malah ianya bagi mengelakkan daripada dimanipulasi pihak pendakwaraya.

"Mereka perlu datang ke sini (mahkamah). Mereka perlu mengikuti arahan. Kalau Perdana Menteri dan isteri enggan hadir, jadi mereka akan menghina mahkamah termasuk juga yang lain. Ia semudah itu.

"Saksi tidak boleh kata mereka tidak mahu kata apa-apa. Ianya menghalang keadilan. Perlu dijelaskan tidak semudah itu. Anda perlu beritahu apakah peranan kamu (saksi) sebab kalau tidak kamu dianggap menghina mahkamah dan menghalang keadilan," kata beliau lagi.

Ditanya sekiranya hakim akan diberi kepercayaan penuh untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak, Karpal berkata, ianya bergantung kepada Zabidin untuk memperlihatkan dasar undang-undang yang dipegang beliau.

Namun berdasarkan kejadian lalu, Zabidin telahpun menghukum Anwar lebih awal dengan menyatakan Saiful adalah saksi yang relevan sebelum mendengar hujah pihak pembelaan.

Sehubungan dengan itu, Karpal memberi amaran mana-mana organisasi yang berhasrat untuk menggangu perbicaraan perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan didakwa termasuk Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

"Saya serius tentang perkara ini. Jangan beri tekanan kepada hakim. Tiada alasan untuk menangguhkan perbicaraan ini dan ianya berdasarkan undang-undang," tambahnya lagi.

Peguambela sebentar tadi telah bersedia untuk memulakan sesi pembelaan dengan memanggil dua orang pakar dari Australia iaitu Dr David Wells dan Dr Brian McDonald.

Namun Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden memohon tempoh seminggu untuk menyediakan saksi-saksi yang ditawarkan.

Sehubungan dengan itu hakim Zabidin menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh mahkamah memanggil semula untuk sesi pembelaan.

Dalam pada itu, Anwar yang ditemui media menegaskan tiada alasan oleh mana-mana saksi untuk tidak bekerjasana dengan peguamnya.

"Kita akan lihat sebab mereka nampaknya begitu yakin dan mereka tahu fakta. Mengapa mereka perlu menolak? Walaubagaimana pun mereka perlu berada di mahkamah dan keputusan menyatakan mereka perlu berada di sini untuk bertemu dengan peguambela.

"Ada yang mengendaikan sepertimana yang disebut Karpal sebentar tadi, kita (peguambela) cuba melengah-lengahkan. Yang memohon penangguhan ini adalah pendakwa.

"Kedua kami telah bersetuju memulakan kes pembelaan esok pagi dengan keterangan dua pakar dari Australia. Tapi mereka minta untuk menangguhkan, jadi kita akan lihat apa yang berlaku pada 15 haribulan," ujar beliau.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.