Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene
Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.
Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."
Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?
Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.
Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.
Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.
Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.
Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.
Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.
Ku Li : Bersihkan Negara Sebelum Terlambat
SIAPA PEMILIK KAPAL MEWAH INI?

Milik siapakah ini...??
Bot yang di salut dengan 1 ton emas dan dikatakan yang termahal di dunia dengan kos sebanyak rm 14.5 billion ini lebih mahal dari yang dimiliki oleh jutawan Russia.
Dikatakan bahan platinum digunakan untuk membuat sauh,bilik rehat,kawasan tepinya dan juga dek depan .
Dikatakan bahan meteor, dan juga tulangT Rex dinasour digunakan sebagai perhiasan bagi kawasan tempat tidor,
Dikatakan dibina di Italy dan disiapkan di Malaysia sejak 3 minggu lalu.
Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab
Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat
SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.
" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.
" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.
Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.
Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.
Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.
" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.
Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.
" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.
Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.
Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.
" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.
" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.
SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.
Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit.
Peguam Perancis Bawa Isu Scorpene Di Tahan Di KLIA
Atas Alasan Apa Tahan Ahli PSM Bawah Ordinan Darurat
Bersih : Demokrasi Dunia Perlu Sokong Hak Rakyat Malaysia
SHAH ALAM 22 JULAI : Bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha yang digerakkan rakyat bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dalam sesebuah negara. Dalam tulisan terbaru Malott dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, beliau berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya. “Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan n Sehubungan itu beliau berkata, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.” “Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang,” katanya. Malott yang berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai. “Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara,” tulis beliau lagi. Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera. Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0. Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa. Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa. Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Seri Paduka dengan meminta Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang. Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini. Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang “pemimpin yang moden dan berfikiran liberal.” “Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia,” kata Malott. Tambahnya lagi, dalam waktu terdekat ini akan wujud satu gerakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya sekali gus usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan. “Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia,” katanya lagi. Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil. “Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen,” katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini. Bagaimanapun Najib hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya. Najib berkata demikian ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara sekali gus terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa. “Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini. | |
SHAH ALAM 22 JULAI : Bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia John R. Malott berkata, negara-negara demokrasi perlu menyokong usaha yang digerakkan rakyat bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dalam sesebuah negara. Dalam tulisan terbaru Malott dalam Asia Pacific Bulletin (APB), siri terbitan East-West Center mengenai kesan dan implikasi perhimpunan Bersih 2.0, beliau berkata, Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara demokrasi sepenuhnya. “Kerajaan Malaysia kemungkinan berpandangan sebaliknya, tetapi bukti-bukti amat memihak kepada pihak Bersih. Malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya, malah pilihan rayanya juga bukan sesuatu yang bebas atau adil. Rakyat Malaysia sudah mula bangkit ke arah itu,” kata Malott. Sehubungan itu beliau berkata, negara-negara demokrasi dunia “perlu berdiri di pihak yang betul berhubung masa depan Malaysia.” “Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang,” katanya. Malott yang berkhidmat sebagai duta AS ke Malaysia antara 1995 dan 1998 berkata kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah mengecam respons dingin kerajaan Amerika Syarikat berhubung perhimpunan 9 Julai. “Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat, yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009, memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara,” tulis beliau lagi. Sehari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera. Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0. Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa. Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa. Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Seri Paduka dengan meminta Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang. Malott berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini. Dalam tulisan terbaru Malott berkata, tekanan Najib dan pentadbirannya telah menarik kecaman antarabangsa dan mengebumikan gambaran sejak dua tahun lalu bahawa beliau seorang “pemimpin yang moden dan berfikiran liberal.” “Lebih penting lagi dan menjadi lebih bimbang kepada Najib dan Umno ialah kebangkitan satu generasi baru rakyat Malaysia,” kata Malott. Tambahnya lagi, dalam waktu terdekat ini akan wujud satu gerakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya sekali gus usaha mewujudkan demokrasi tulen di Malaysia akan berkekalan. “Jika begitu, maka 9 Julai akan diperingati sebagai titik tolak kepada sejarah Malaysia,” katanya lagi. Malott juga menulis mengapa sebuah kerajaan terlalu bimbang untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil. “Sebagaimana penyandang jawatan sebelumnya, Najib (juga) mendakwa demonstrasi akan membawa kepada keadaan huru-hara, meskipun hak untuk berhimpun dijamin oleh Perlembagaan negara dan ia perkara biasa dalam mana-mana demokrasi yang tulen,” katanya lagi dengan merujuk kepada pandangan diutarakan oleh Najib di London baru-baru ini. Bagaimanapun Najib hari ini mendakwa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya. Najib berkata demikian ketika berucap selepas kembali kei tanah air daripada lawatan luar negara sekali gus terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa. “Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini. | |
Perbicaraan 23 Aktivis PSM Ditetapkan Pada 10-14 Oktober
Bersih 2.0 Beri Momentum Baru Kepada PR, Kata Anwar
SHAH ALAM 21 JULAI : Kejayaan Bersih 2.0 menggembling suara rakyat dan kemarahan awam terhadap tindakan kuku besi pemerintah untuk membatalkan perhimpunan aman itu menguatkan keyakinan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata sokongan untuk gagasan pembangkang itu makin meningkat susulan tindakan Umno-Barisan Nasional merestui penggunaan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan itu yang menuntut pilihanraya umum yang adil dan telus.
"Rejim pemerintah kini di tahap terakhir untuk mengekalkan kuasa dalam keadaan terdesak. Kami kini mendapat momentum baru. Ada kemungkinan besar kami akan berjaya (dan) kami akan memang," beliau dipetik berkata oleh agensi berita antarabangsa Associated Press.
Puluhan ribu orang awam pelbagai kaum menongkah tembakan gas pemedih mata dan air berkimia oleh polis untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Lebih 1,600 orang ditangkap, termasuk pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Seorang peserta mati manakala Anwar dan pengawal peribadinya adalah antara yang tercedera dalam asakan polis untuk menyuraikan perhimpunan itu.
Enam penyokong perhimpunan itu ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.
Bersih 2.0 menganjurkan perhimpunan aman itu setelah Suruhanjaya Pilihanraya dilihat gagal bertindak di atas lapan tuntutan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan demi memastikan proses pilihanraya berjalan secara adil dan telus.
Antara tuntutan itu termasuk tempoh berkempen 21 hari, rombakan undi pos, pembersihan senarai pengundi dan penghapusan rasuah politik.
Umno-BN bagaimanapun tidak melayan tuntutan itu dan mengishtiarkan Bersih sebagai pertubuhan haram dan sesiapa yang memakai baju dengan logo Bersih ditangkap oleh polis.
Anwar memberitah AP bahawa Perdana Menteri Najib Razak dijangka memanggil pilihanraya umum lebih awal daripada pertengahan 2013, apabila mandat lima tahun kerajaan berakhir.
Pemerhati politik tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum diadakan tahun ini atau awal tahun depan dengan prestasi ekonomi negara menjadi paksi kepada kempen Najib untuk mendapatkan sokongan.
Anwar menegaskan bahawa pentadbiran Najib hanya berjaya mencipta pelbagai slogan.
"Selain dari slogan, tidak ada apa-apa perubahan," kata beliau.
Waran untuk Anwar, Samad Said, Husam
Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.
Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)
Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.
Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.
Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.
Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.
Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan.
Anwar Tidak Terima Notis Polis, Kata Peguam
Kawasan desa penentu "Tsunami politik 2.0"
Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 telah menarik penyertaan kira-kira 40,000 orang, ditafsir sebagai antara faktor tercetusnya tsunami politik pada 8 Mac 2008 - dengan kejayaan pembangkang menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen, dan menguasai lima kerajaan negeri.
Bagaimanapun, BERSIH kini kembali sebagai BERSIH 2.0, menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai 2011 - dengan kehadiran kira-kira 50,000 orang - meskipun diisytiharkan Kementerian Dalam Negeri sebagai pertubuhan haram, ditambah pula dengan penangkapan polis, ugutan, sekatan jalan dan sebagainya.
Jikalau dibandingkan, kehadiran peserta lebih ramai berbanding empat tahun lalu, di samping sekatan polis yang lebih mencengkam. Kini, walaupun sudah 10 hari berlalu, namun "impak" ini terus menular d laman internet, menjadi nostalgia sama ada pembangkang mahupun warga internet.
Impak "kuning" di luar jangkaan
Pengkaji politik, Ong Kian Ming mengakui bahawa dirinya menjangka fenomena 709 akan dilupai dalam masa yang singkat. Tapi beliau terpaksa mengubah fikirannya selepas tempoh seminggu. Beliau berkata, perhimpunan BERSIH 2.0 telah menggarap imaginasi golongan muda, sehingga mereka teruja dengannya.Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian (gambar kiri) turut terperanjat dengan bagaimana impak BERSIH 2.0 ini dikekalkan, dan tidak hilang selepas tamatnya perhimpunan. Beliau berkata, ramai peserta yang memuat-naikkan gambar, klip video mahupun tulisan mereka untuk disebarkan secara meluas di ruang internet, sehingga impaknya menular, dan mengubah pemikiran rakyat.
Ibrahim Suffian menambah, ia memberi makna bahawa rakyat tidak takut, tetap memuat-naikkan dan menonton klip video ini, meskipun diisytiharkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram. Selain itu, tidak kurang parti politik dan pertubuhan yang menganjurkan aktiviti berkenaan BERSIH 2.0, menjurus kepada merebaknya impak BERSIH 2.0.
"Biarpun seminggu telah berlalu selepas 9 Julai, namun banyak lagi parti politik, pertubuhan, NGO yang menganjurkan kegiatan berkenaan. Dari emosinya, jelas ia amat memberangsangkan, dan dari psikologinya, ia positif," katanya.
Ibrahim Suffian menambah, perhimpunan BERSIH 2.0 menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia turun ke jalan raya untuk menyatakan ketidakpuasan mereka, dan mereka juga di-"empower"kan dalam proses ini. Beliau menekankan, bahkan kaum bukan Melayu yang paling bimbang dengan huru-hara tampil ke depan untuk menyatakan protes, memperlihatkan kekhuatiran mereka terhadap tragedi 13 Mei 1969 semakin terhakis.
Kerajaan gagal mengendalikan perhimpunan
Sementara itu, pengkaji politik Ngeow Chow Bing menganggap kebangkitan rakyat pada 9 Julai sebagai kebangkitan masyarakat sivil. Beliau mempertikaikan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan kali ini, sama ada sebelum, semasa malah selepas perhimpunan berlangsung. "Masih tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya sehingga hari ini," katanya.Ngeow Chow Bing (gambar kanan) mengambil contoh bagaimana sesetengah negara di Timur Tengah akan meneliti dan mengkaji tujuan, tuntutan perhimpunan, walaupun pada masa yang sama akan menekan pemimpin perhimpunan tersebut. Dengan kata lain, mereka cuba mencerminkan keadaan walaupun penindasan berlaku.
"Malah negara yang tidak demokratik ini mampu mengendalikannya. Sebaliknya, Malaysia langsung tidak maju dalam hal ini, teruskan dengan penindasan, penipuan dan penafian. Ini amat mengecewakan," kata Ngeow Chow Bing.
Kerajaan mengambil tindakan terhadap BERSIH 2.0 sejak Jun 2011, termasuk menggeledah pejabat sekretariat BERSIH 2.0, mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram, menangkap dan mendakwa mereka yang berpakaian kuning, membuat sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur, malah berdolak-dalih selepas menjanjikan stadium untuk perhimpunan BERSIH 2.0.
Tindakan ini menghalang kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 sebermulanya, disusuli pula dengan pelepasan gas pemedih mata menghala ke pemimpin pembangkang, malah ke dalam perkarangan hospital. Kritikan terhadap tindakan polis pula dinafikan, malah diberi pujian bahawa polis telah menjalankan tugas secara profesional.
Cabaran: Impak BERSIH ke dalam desa
Selepas 10 hari berlalu, adegan perhimpunan BERSIH 2.0 seolah-olah masih jelas di depan mata. Namun, pengaruh BERSIH 2.0 nyata lebih lemah di kawasan pedalaman, berbanding kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan internet.Ketiga-tiga orang penganalisa berkongsi pandangan yang sama, iaitu impak BERSIH lebih terbatas di kawasan bandar, golongan muda-mudi dan mereka yang memperolehi maklumat dari internet.
Ibrahim Suffian berkata, impak ini masih "dalam proses" merebak, namun lebih terbatas kepada kawasan bandar dan belum menembusi kawasan pedalaman. Untuk penduduk di kawasan pedalaman, maklumat yang diterima mereka masih berada pada tahap awal, yang disajikan media arus perdana, iaitu perhimpunan ini adalah haram, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga yang difitnah, perhimpunan yang didalangi pembangkang.Ibrahim Suffian dan Ong Kian Ming bersetuju bahawa impak 709 boleh dibawa ke kawasan pedalaman, seandainya peserta perhimpunan dan bahan rakaman perhimpunan dibawa ke kawasan itu, dan bukan hanya bergantung kepada sebaran melalui internet.
"Sekarang, keadaan menjadi dua ekstrem. Penduduk bandar lebih memberi perhatian, berhasrat menyampaikan mesej kepada kerajaan. Pembangkang pula lebih aktif, untuk membawa 709 ke kawasan desa. Namun penduduk desa tidak mempunyai maklumat yang seimbang. Jadi, adalah satu cabaran untuk menjelaskan kepada golongan ini, tentang kepentingan sistem pilihan raya yang adil dan bersih."
Tsunami politik 2.0
Ngeow Chow Bing pula menganggap, impak BERSIH 2.0 hanya boleh mengekalkan prestasi PRU 12, yang tercetus kerana perhimpunan BERSIH tahun 2007. Beliau menjangkakan bahawa nisbah pemerintah-pembangkang tidak akan mengalami perubahan besar, kerana ia lebih kepada fenomena di bandar.Ong Kian Ming (gambar kiri) juga menganggap 709 memberi impak di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur dan Selangor, sedangkan kebanyakan kerusi parlimen dan DUN telah menjadi milikan pembangkang. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya tsunami politik 2.0, bergantung kepada sejauh manakah impak 709 menembusi kawasan desa.
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting daripada teks asal.
PEGUAM PERANCIS BAKAL DEDAH KES PEMBUNUHAN ALTANTUNYA
| Harakahdaily |
|
|
Keganasan Polis : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan
KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.
Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.
“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.
Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.
“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.
Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.
" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.
Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.
Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.
Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.
Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
" Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak
tanpa memberi arahan,"kata beliau.
" Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.
Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0
Pakatan Selesai Pembahagian Kerusi Hujung Bulan
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.
“Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri,” kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada portal itu.
Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.
“Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak,” kata Zairil.
Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu,
“Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding.
“Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding,” tambah Zairil.
Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen “lompat” yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008.
Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen. PAS 23 kerusi Parlimen.
Tembakan Kanister Gas, Cubaan Untuk Bunuh Anwar, Surendran
Selangor lancar slogan baru ‘Selangorku’ Ahad ini
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.
Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.
“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.
Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.
Saring Maklumat Bukti Malaysia Masih Mundur, Terkebelakang-IDEAS
SHAH ALAM 20 JULAI : Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan tapisan ke atas artikel dari majalah antarabangsa The Enonomist berhubung himpunan Bersih, 9 Julai lalu.
Menyifatkan ia sebagai tindakan terkebelakang dalam dunia moden pada hari ini, Wan Saiful berkata adalah tidak masuk akal sama sekali untuk KDN menghitamkan beberapa ayat dalam laporan itu meskipun KDN meminta kebenaran dari majalah itu sekali pun.
"Saya rasa sama ada The Economist setuju atau tidak bagi saya itu tak relevan. Saya rasa amat malang dalam keadaan dunia yang makin maju sekarang ini, kita masih lagi guna cara untuk sunting pandangan atau laporan yang disiarkan, lebih-lebih lagi dalam dunia internet sekarang,"kata beliau kepada Tv Selangor.
The Enonomist hari ini memberitahu pihaknya akan menyiasat tapisan yang dilakukan oleh KDN.
Kementerian itu telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antarabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan Bersih 2.0.
Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners',menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal, namun keratan itu masih boleh didapati di internet.
Antara maklumat yang dipadamkan ialah mengenai kematian seorang peserta himpunan Bersih, Baharuddin Ahmad akibat sakit jantung.
Melihat kepada senario itu, Wan Saiful berkata, akta penapisan sudah tidak munasabah dan terpakai lagi memandangkan artikel berkenaan tidak mengandungi unsur yang memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan menggugat kesejahteraan rakyat.
"Perbuatan penapisan, awal-awal lagi saya rasa memang satu perkara yang tak patut berlaku. Akta penapisan seperti ini perlu dihentikan.
"Dari segi moral dengan dunia sudah maju sekarang ini, walaupun undang-undang membolehkan perkara tersebut tetapi perkara itu (penapisan) tidak patut dipertahankan lagi dalam situasi ini,"tambah beliau lagi.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor sebelum ini mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan mengelirukan.
Namun ayat-ayat yang dihitamkan lebih menjurus ke arah salah laku dan keganasan polis pada hari kejadian.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
* 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
* 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
* 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
Amizudin : Saya Tetap Lawan, Tak Terkejut Arah Bayar Rais RM400,00
“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin kepada The Malaysian Insider.
“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.
Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.
“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Rayuan dijangka difailkan hari ini ataupun esok.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.
Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.
Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”
“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”
“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya.
Ambiga, Wan Ahmad Debat Di Pentas Terbuka
Utusan Malaysia melaporkan, Wan Ahmad telah bersetuju untuk berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadual berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.
Wan Ahmad yang dipetik dari portal The Malaysian Insider memberitahu, walau bagaimanapun, kehadirannya bukan untuk memulihkan imej mahupun reputasi SPR sebaliknya lebih kepada mahu memberi penjelasan kepada rakyat.
“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.
Ini merupakan pertemuan pertama di antara SPR dan Bersih selepas perhimpunan aman 9 Julai lalu.
Agenda Bersih : Rakyat Di Kampung Tak Akan Tertipu Lagi
Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat itu tepat memandangkan golongan itu sering menjadi sasaran media milikan Umno-Barisan Nasional untuk disogokkan dengan berita palsu.
“Memang kita akan teruskan penerangan di kampung sebab orang Melayu di kampung yang mereka lihat hanyalah TV dan surat khabar Umno,"kata beliau kepada Tv Selangor.
Pemimpin Pakatan Rakyat semalam berikrar untuk meneruskan momentum perhimpunan Bersih 2.0 dan bersetuju agenda itu perlu di bawa ke kawasan luar bandar juga.
Penolohg Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching yang dipetik portal Malaysiakini memberitahu, perkara itu menjadi agenda utama yang dibincangkan pada mesyuarat itu semalam.
"Kami sedar impak Bersih hanya terhad di kawasan bandar dan hari ini dicadangkan kita menyebarkan dorongan itu ke luar bandar dan memberitahu rakyat mengenai Bersih,” kata beliau.
Diminta mengulas perkembangan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menayangkan video untuk menyanggah dakwaan polis melakukan keganasan terhadap rakyat ketika himpunan itu kepada media dan melalui RTM minggu ini, Mat Sabu menyifatkan ia satu pembohongan besar kerajaan dan PDRM kepada rakyat.
“Kenapa lambat sangat? Itu mesti direka. Video yang keluar internet semua, keluar 10 minit, 15 minit selepas kejadian. Orang tak percayalah pada polis semua.
“Boleh kita tengok, lakonan macam video Memali lah. Dia guna RTM, dia guna alat kerajaanlah. Semua pembohongan itu, sebelum ditayangkan saya (boleh) katakan ia bohong,"kata beliu lagi.
Himpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihan rayayang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini pada awal bulan lalu mendapat tentangan hebat polis dan
kerajaan.
Malah lensa-lensa kamera menjadi saksi bagaimana Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan gas pemedih mata secara langsung kepada peserta demontarasi dan ramai yang dikasari.
Dunia pada hari itu melihat 1,667 rakyat ditahan kerana berhimpun secara aman, puluhan mengalami kecederaan dan seorang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dari asakan polis.
Hormat Penganut Agama Lain, Jangan Terpengaruh Politik Sempit Umno-BN
KUALA LUMPUR 19 JULAI : Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu-isu yang berkaitan agama lain harus diselesaikan dengan adil selain mengambil kira-kira lunas Islam.
Beliau menegaskan ajaran Islam mengajar agar hak penganut agama lain juga harus dibela dengan seadil-adilnya.
Abdullah membuat komen itu dua hari selepas kerajaan pimpinan PAS di Kedah bersetuju membenarkan pusat-pusat hiburan di Kedah meneruskan operasi pada bulan Ramadhan dengan syarat orang Islam dilarang berkunjung ke premis itu.
Tindakan itu bertujuan memelihara kemuliaan Ramadhan di samping melindungi hak peniaga bukan Islam. Bagaimanapun keputusan itu dikecam oleh akhbar kawalan Umno.
Utusan Malaysia dan juak-juak parti itu serta MCA mendakwa langkah PAS itu menunjukkan ia tunduk kepada tekanan DAP.
Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini bercadang menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN pada tahun 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan.
Peraturan itu melarang sebarang konsert dan pertunjukan hiburan ala Barat pada bulan Ramadhan.
Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pemilik premis berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak bersetuju membenarkan premis berkenaan beroperasi namun penguatkuasaan melarang orang Islam mengunjunginya akan diperketatkan.
Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata Islam menuntut hak penganut agama lain harus dibela dengan seadil-adilnya.
“Selain sifat muhibah yang dipupuk agama Islam, juga menjadi tanggungjawab dalam agama kita ini sifat dan amalan berpegang teguh kepada janji baik yang telah dimeterai termasuk dengan penganut-penganut agama yang lain.
“Sejarah umat Islam menjadi saksi akan kepentingan menunaikan amanah dan berpegang pada janji bukan hanya sesama umat Islam tetapi juga bukan Islam,” kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan.
Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin menggesa rakyat di negara ini supaya tidak mudah diperkotak-katikkan oleh laporan media kawalan Umno-Barisan Nasional.
Malah nasihat beliau kepada pimpinan Pakatan Rakyat juga semoga tidak goyah dan termakan dek hasutan media yang mahu memecahbelahkan gagasan itu.
"Fitnah-fitnah itu sudah pastinya bukan bertujuan baik. Ianya dilaksana bagi menimbulkan rasa kebencian yang menebal, ketakutan supaya mereka boleh menangguk di air yang keruh untuk merialisasikan perpecahan," kata beliau.
"Jelas tujuan mereka adalah untuk melaga-lagakan, mempersenda dan menjadikan gagasan pakatan sebagai sasaran kebencian rakyat dengan tuduhan 'diperkuda' dan
'memperkuda', sedangkan kita sangat jelas siapa sebenarnya yang diperkuda, bagaimana media massa diperkuda?" soal Ghani.
Justeru menurut beliau, hal-hal seumpama itu tidak perlu dilayan dan menyeru rakyat mahupun parti politik yang teraniaya dengan pencaturan jahat kerajaan pemerintah, segera keluar dari perangkap mereka dan menumpukan kepada perjuangan dasar untuk membela nasib rakyat.
"Kejahatan, rasuah, salahguna kuasa dan penindasan terhadap rakyat yang masih belum terbela nasibnya, ini adalah antara perkara yang perlu diberikan perhatian daripada isu yang sengaja ditimbulkan oleh mereka sekarang walaupun ianya tidaklah satu perkara yang kecil untuk dihadapi," kata beliau.
Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka
Catatan tahanan PSM: Dua lokap, dua neraka
Soh Sook Hwa | Jul 19, 2011 05:43:38 pm
Pada jam 6 petang 26 Jun 2011, bersama Jeyakumar Devaraj, Sarasvathy Muthu, A.Letchumanan, Choo Chon Kai dan seorang peserta yang buat pertama kali mengambil bahagian program kami, pemandu bas, kami tujuh orang dibawa ke lokap cawangan khas, sambil diiringi siren kereta polis.Tapak kaki dijadikan kayu ukur. Dengan selipar yang ada, berulang-alik saya mengukur ruang bilik yang mengurung saya. Lebarnya 8 dan setengah "tapak kaki", dan panjangnya 23 dan setengah "tapak kaki" saya, bersamaan kira-kira luas 6 kaki lebar dan panjang 16 kaki.
Satu orang, satu lampu, satu lantai yang dipenuhi tahi tikus, satu katil kayu, satu mangkuk tandas ala-cangkung, satu paip air tanpa penyembur. Katilnya berdebu disebabkan balai polis yang masih dalam pengubahsuaian; baunya pelik disebabkan kebasahan simen. Senyap-sunyi, melainkan bunyi pintu di luar ketika dibuka, dan bunyi langkah yang bergema.
Tingkap besi tiga lapis, dengan lebar dua kaki dan panjang satu kaki menjadi hiasan tembok yang menghala ke luar. Terdapat satu lubang yang berbentuk panjang, seperti peti surat - pada pintu besi, kebetulan tingginya pada paras mata ketika saya berdiri. Saya akan berdiri di depan pintu, melegakan diri dari kehangatan kebasahan dalam bilik - melalui lubang tersebut.
Ia semacam waktu pejabat, 6 hingga 7 jam saya disoal-siasat pada waktu siang - antaranya pegawai cawangan khas tempatan dari Pulau Pinang, pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman. Mereka mengambil berat apakah aktiviti yang saya terlibat ketika berada di kampus, pernahkah saya melawat Kampung Perdamaian Selatan Thailand? Tempat pelancongan yang pernah saya kunjungi? Siapa yang rapat dengan saya dalam parti? Mengapa memilih PSM dan bukannya PKR atau DAP?Orang seperti saya ni tak pasti pun nombor motorsikal saya - tak terdaya saya nak ingat bila, mana saya berjumpa dengan Jeyakumar, Sarasvathy, Choo Chon Kai buat kali pertama. Tiga kumpulan penyiasat tak jemu-jemu mengulangi soalan yang agak sama kepada saya. Ada kalanya mereka cuba memujuk saya, malah berkuliah tentang sejarah pembentukan negara versi Barisan Nasional.
"Tahukah kau, kemerdekaan Malaysia sangat bernilai. Ia diperolehi tanpa setitis darah daripada Tunku Abdul Rahman, tanpa diragut satu nyawa manusia." Pegawai dari Bukit Aman berteriak kepada saya dengan bahasa kantonis, "Tahukah kau, korang pergi demonstrasi, orang Kuala Lumpur akan kehilangan RM700 juta!"
Saya masih muda. Meruap-ruap kemarahan saya. Saya ingin balas, namun ditakdirkan tidak diberi peluang. "Dengar dulu kata saya, kau dengar dulu..." Sememangnya dia nak menekan, bukan untuk nak berbicara dengan rasional. "Betul tak kata saya? Betul tidak kata saya?" Saya hanya senyum bisu, dengan sikap "tak ambil pot".
Dua penjara; dua neraka
Kadang-kala saya berpeluang juga. Mereka ingin mengetahui perjuang Parti Sosialis Malaysia (PSM), maka saya bermula dengan isu gaji minima, disusuli pula masalah penswastaan perubatan, dan pendidikan percuma. "Berapa gaji ketua kamu yang paling tinggi rankingnya?" "17 ribu." "Berapa pula gaji anggota polis kelas paling rendah?" "800 lebih." "Bukankah jauh bezanya? 10% pun tak sampai!"Dia pun bersetuju, memesan agar jangan lupa memperjuangkan kebajikan polis jika saya berkuasa satu hari nanti. "Perjuangan kamu ni tak salah, tapi demonstrasi jalanan tu salah-lah!"
Meskipun tempoh soal jawab agak panjang pada siang hari, malah diulangi soalan yang sama berkali-kali, sehingga membosankan. Namun ia lebih baik daripada kesepian pada waktu malam. Walapun penat juga dengan kerja mendidik polis (dalam isu dasar, hak asasi manusia), dan lapang juga selepas makan malam - namun tidak lena tidur saya pada waktu malam. Saya terjaga tiga jam sebelum waktu pagi, kerana kepanasan - dengan peluh yang membasahi seluruh tubuh saya.
Dulu saya ingat bilik lokap semestinya dingin. Selepas tahanan reman yang dipanjangkan tujuh hari, saya dimasukkan ke dalam lokap besi biasa. Saya gagal tidur kerana terlalu sejuk, berbanding lokap sebelumnya yang tertutup. Dua neraka sebenarnya. Tulang belakang saya amat sakit lantaran katil kayu. Selepas mandi dengan sabun (yang diperjuangkan kami), penantian yang tak terhingga menunggu di depan. Berulang kali, saya duduk, baring, atau bermundar-mandir dalam bilik - merenung, bercakap dengan diri sendiri.
Ini sebahagian daripada rekaan. Penangkapan dengan alasan yang tidak masuk akal, kemudian dikurung dalam bilik yang dahsyat keadaan kebersihannya - disoal-siasat dalam jangka panjang - oleh pegawai yang memainkan peranan berbeza, satunya cuba menekan, satu pula cuba berbaik-baik dengan kamu. Kemudian anda dikurungkan berseorangan dalam bilik - kesunyian dalam tidak tenteram - dan anda merasakan diri kamu tidak terdaya melakukan apa-apa.
Mendakwa rakan seperjuangan menikam dari belakang
Mereka provok dengan kata-kata yang sengaja mencungkil kemarahan anda, mencabar keyakinan dan kepercayaan anda, melunturkan semangat anda, mengadu domba antara kamu dengan rakan seperjuangan.
"Dari wajah Choo Chon Kai (gambar kiri), saya rasa dia orang yang licik, bukan seorang yang harus kau percayai. Dia mungkin tikam kau dari belakang, menuduh kesemua T-shirt tu milik kau!"
Sama ada T-shirt itu milik saya atau tidak, wajah orang pun kamu gunakan untuk berteori... "Sungguh hebat kau," ujar saya. Mereka asyik memesan, "Baik kau berfikir balik nanti!"
Ya, sudah saya menginsafi sebaik-baiknya. Walaupun penat dengan aktiviti dan organisasi parti sebelumnya, pernah juga timbul rasa malas dalam diri saya, dan tidak mahu berbuat apa-apa lagi. Lapangnya hidup saya dalam lokap, tapi saya gagal melakukan apa-apa, tak terdaya nak lakukan apa-apa. Saya akan mengingati perbezaan sedemikian, untuk menyuntik semangat supaya saya lebih berusaha dan lebih tekun. Saya tidak takut, saya menyertai PSM bukan kerana orang lain. Kami menyaksikan ketidakadilan dan ketidaksaksamaan dalam masyarakat, lantas kami melibatkan diri dalam perubahan.Saya masih muda. Saya masih marah - tanpa sebab saya dilabelkan, kemudian polis menahan kami untuk 10 hari atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong. Mereka cuba melemahkan kami, cuba menghukum kami untuk BN. Saya lebih marah kerana enam orang sahabat saya masih ditahan tanpa perbicaraan di bawah Ordinan Darurat. Mereka kehilangan kebebasan. Saya sangat marah.
Namun, saya sedar juga bahawa tiada lagi tempat untuk pembohongan di atas tanahair ini. Cahaya mentari bakal mencerahkan segala-galanya selepas subuh.
Baca: Orang baik ancam ketenteraman awam? Choo Chon Kai yang aku kenal...
*Soh Sook Hwa (gambar kanan) adalah graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah mencabar Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) kerana menyanggah perlembagaan, namun gagal. Beliau adalah AJK PSM dan Setiausaha cawangan Bayan Baru. Beliau ditangkap bersama 30 aktivis PSM yang lain pada 26 Jun 2011, dan dibebaskan selepas 10 hari. Kini enam orang aktivis PSM masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dikekalkan
Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011)
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob mendakwa dirinya mampu mengerah 3 juta orang warga internet untuk mempertahankan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, ketika menyanggah tuntutan di laman sosial Facebook agar Najib Razak berundur. Dua page diwujudkan, dengan lebih 200 ribu yang menyokong "1100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation"; dan lebih 16,500 orang yang suka "1,000,000 rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan (Rasmi)".Page sedemikian ditubuhkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, sebagai reaksi terhadap pendekatan kerajaan persekutuan dan polis menyuraikan perhimpunan tersebut. Bukan sahaja Najib Razak, malah Timbalannya Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Ketua Polis Negara Ismail Omar turut berdepan dengan desakan untuk berundur.
Tidak kurang komen yang ditinggalkan di "3,000,000 People Want Najib To Stay" sekadar untuk menyindir Najib, malah ramai yang menyifatkan bilangan yang terlalu sedikit ini sebagai amat "malu" buat seorang PM.
Baca: Gelombang kuning terus mengombak: Warga internet tuntut pimpinan letak jawatan