PAKATAN YANG SAMA SAMA KHIANATI RAKAN MASING MASING



 Norman Radzuan







PAS ATAU UMNO SIAPA HERO, SIAPA MANGSA?

Semalam bukan lagi mengopi dgn rakan dari UMNO tetapi kali ini saya duduk dgn rakan lama saya dari PAS yang tinggal di Ipoh Perak.

Saya beritahu masih di N9, boleh berjumpa jam 11 malam selepas sidang media manifesto PH. Dia kata orite… asal dapat berjumpa.

Rakan saya ini bukan walaun kerana kadang2 dia ada rasionalnya tetapi tetap bersama PAS. Kita hormati pilihannya sebagaimana dia menghormati pilihan saya.

Dia menzahirkan rasa curiga kerjasama PAS dan UMNO. Dia baca penulisan saya gabungan ini tidak akan kekal lama iaitu sekitar 5 tahun.

Kenapa? Itu sebab dia mahu bertemu saya dan mahu jawapan yamg dia boleh berbalas hujah dengan saya.
Saya beritahunya pernah dia menonton filem ‘The Departed’? Sebuah filem menceritakan pakatan sementara antara dua musuh, penuh dengan pengkhianatan dan ketidakpercayaan antara pelbagai pihak.

Gabungan UMNO dan PAS ini bukan kerana rakyat. Jika mereka sayangkan rakyat PRN Johor dan N9 tidak akan berlaku.
Orang gila pun dapat rasa tindakan BN Johor bubarkan kerajaannya yang stabil untuk menyusahkan rakyat, membazir wang rakyat dan mengganggu proses pemulihan ekonomi.
Ia berbeza dgn N9, apabila BN N9 menarik sokongan, pilihan yang ada MB dari PH terpaksa bubarkan DUN. Sekali lagi BN susahkan rakyat N9 apabila menggugat kestabilan politik N9.

Untuk bergabung kali ini, PAS ‘ceraikan’ BERSATU di dlm Perikatan Nasional utk bersama UMNO. UMNO pula ‘ceraikan’ PH di N9 dan Johor untuk bersama PAS.
Sdgkan BERSATU itu parti Melayu. Nampak apa agenda sebenar PAS sebenarnya?

Pendek kata kedua parti khianat kepada rakan mereka. Ia bukan Muafakat 2.0 tetapi ia sebenarnya Pengkhianatan 2.0.
Fakta buktikan gabungan pengkhianat seperti Langkah Sheraton berakhir tidak sampai 4 tahun.
Gabungan ini berlaku sebabnya hendak cukupkan ‘jomlah’, bukan kerana Melayu pun. Jika kerana Melayu kenapa PAS tinggalkan BERSATU?

Jahatnya politik PAS, pecahkan BERSATU untok wujudkan Wawasan. Kemudian hasut UMNO untuk tinggalkan PH.
Baik seterusnya, kenapa tiba2 UMNO keluarkan kenyataan media, mereka akan bersama kerajaan perpaduan di federal sehingga habis penggal?

Pertama mereka belum dapat green light dari Sarawak dan Sabah. Abg Jo seperti beliau berjanji sebelum ini kepada rakyat Sarawak, akan bersama gabungan ini hingga habis penggal.
Kedua UMNO masih lunak di peringkat pusat dengan PH kerana masih tidak yakin dengan keikhlasan PAS. Johor, N9, Melaka memang bukan kubu PAS tapi UMNO terpaksa sedekahkan kepada PAS.

Isunya adakah PAS sanggup memberikan 12 kerusi DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Begitu juga adakah PAS sanggup berikan 3-4 kerusi Parlimen di negeri2 yang di sebutkan tadi.
Ketiga siapa yang bakal menjadi MB Perak dan Pahang jika berlaku kerjasama nanti.

Sebenarnya perbincangan UMNO dan PAS belum lengkap. Mereka jadikan PRN N9 sebagai pentas ujian kerjasama mereka.
Mereka belum runding Parlimen, adakah kawasan incumbent PAS 73 kerusi, PAS sanggup berikan separuh atau sekurang kurangnya 20 kerusi Parlimen kpd UMNO.
Itu belum lagi jawatan Exco, GLC, ketua kampung, ahli Majlis dan lain2 lagi.

UMNO tidak selesa dengan PH hanya tiga faktor.

- Pertama kerana kerusi nombor satu bukan milik mereka.

- Kedua gagal tangani persepsi UMDAP.

- Ketiga dgn PH sukar kerana PH sangat anti dengan rasuah dan salah guna kuasa.


PAS juga ada sedikit kebimbangan jika mereka beri ruang UMNO bertanding Parlimen dan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ia akan membuka jalan utk UMNO kembali bertapak di kubu kuat PAS.
UMNO juga takut pengaruh mereka sebagai parti dominan Melayu 60 tahun lamanya tidak dapat dipulihkan kerana gabungan ini.

Ini kerana UMNO dan PAS pengaruh politiknya di kolam yg sama. PAS juga terpaksa berkongsi kerusi dgn Wawasan kerana Hamzah individu yang berjaya memujuk UMNO untuk bersama PAS.

Isunya sekarang kedua parti mengambil kesempatan untuk kuasa atas kerjasama ini, siapakah yang akan menang?
Bila gabungan kedua parti pengkhianatan, sebenarnya masing2 bukan sahaja saling mencurigai tetapi setiap masa bagaimana hendak membunuh antara satu sama lain.


Sepertimana sekarang, tanpa PH sedari UMNO berunding bersama PH. Sdgkan PH walaupun ada pimpinan PAS bertemu PMX, insan bernama Anwar Ibrahim ini tidak sanggup mengkhianati UMNO.


Fokusnya untuk selamatkan negara ini sebab di pemikiran Anwar Ibrahim dia bukan insan yang ambil kesempatan kuasa yang ada untuk menjadi kaya raya.
Tanya saya dalam pakatan pengkhianatan ini, PAS akan menang. Apabila berpisah PAS dengan mudah mengumpulkan penyokongnya yang diserahkan kepada UMNO.

Tapi UMNO akan semakin melemah kerana kemampuan mereka menjadi kerajaan bukan kekuatan secara organik. Ingat PAS cukup berikan ‘rasuah syurga’ untuk menarik kembali penyokongnya.

Andaikata Hadi Awang sudah tiada, mahukah Dr Sam tunduk di bawah UMNO sedangkan dirinya disebut sebut sebagai calon Perdana Menteri?

Mahukah UMNO serahkan kerusi PM kepada PAS? Apakah 73 MP mahu tunduk kepada 30 MP?



NOTA

PENULISAN YANG BAIK TIDAK MEMPUNYAI TERLALU BANYAK PERKATAAN RINGKAS,











Menunggang agama vs Agama sebagai Panduan...

 


Betulkah Mohd Norhafiz Nordin ni Financial Advisor BNM?

 

Amin Ahmad





Nak Turunkan Lagi Harga Minyak Tapi Siapa Yang Nak Bayar? – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS) pada 20 Julai 2026.

KAJANG, 20 Jul – Kerajaan tidak boleh menurunkan harga minyak sewenang-wenangnya dan dalam keadaan sama, perlu menampung kira-kira RM40 bilion setahun bagi subsidi petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini, harga petrol di Arab Saudi mencecah sekitar RM2.40 hingga RM2.5O selitar dan negara tersebut merupakan antara pengeluar petroleum terbesar dunia serta mempunyai kapasiti pengeluaran yang besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS) pada 20 Julai 2026.

“Tentang harga minyak, saya tengok dalam media sosial orang kata, ‘Anwar tak turun harga minyak’. Saya pun tidak faham. Ada yang kata harga sepatutnya turun sehingga 50 sen.

“Saya kata, ketika cadangan itu dibuat dahulu, harga petrol di Arab Saudi sekitar 50 sen seliter. Malaysia pula masih mengimport hampir 50 peratus keperluan petroleum kita, tetapi kita masih dapat menjual petrol pada harga RM1.90 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS) pada 20 Julai 2026.

“Alhamdulillah. Tahukah saudara berapa subsidi yang kerajaan tanggung setiap tahun bagi petrol dan diesel? RM40 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dengan warga perkhidmatan awam zon tengah di Universiti Islam Selangor di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS) pada 20 Julai 2026.

Anwar berkata, sekiranya harga minyak diturunkan lagi, kerajaan terpaksa menanggung lebih banyak hutang negara.

“Setiap kali saudara mengisi minyak, terdapat suntikan subsidi daripada kerajaan. Keseluruhannya mencecah RM40 bilion setahun untuk petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama warga perkhidmatan awam Zon Tengah di Dewan Sultan Idris Shah (DSIS), Universiti Islam Selangor (UIS) pada 20 Julai 2026.

“Orang boleh kata suruh turunkan lagi harga minyak. Tetapi siapa yang hendak membayarnya? Saya tidak mahu terus menambah hutang negara,” katanya.



PRU Negeri Sembilan: PM Anwar Dijangka Turun Berkempen Rabu Ini

 


Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PH) merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun bersama pimpinan PH pusat hadir pada Majlis Peluncuran Manifesto Pakatan Harapan di sebuah hotel di Seremban pada 20 Julai 2026. Foto Aminuddin Harun

SEREMBAN, 20 Jul – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka turun berkempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan, Rabu ini.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Anwar dijadualkan menyertai siri program kempen PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan Paroi.

Beliau berkata, ketidakhadiran Anwar pada pelancaran manifesto PH Negeri Sembilan malam ini bukan satu isu kerana pimpinan negeri mampu meneruskan agenda dirancang.

“Takkan hari-hari saya nak bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini. Kita sudah dimaklumkan beliau akan hadir pada Rabu. Insya-Allah kita bertemu di Sikamat dan Paroi dalam majlis yang besar.

“Kita sudah buktikan, kita sudah siapkan manifesto. Tak tunggu lama. Kita nak sampaikan kepada rakyat, ini bukti kita, ini janji kita dan Insya-Allah kita mampu laksanakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto PH Negeri Sembilan, malam ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke; Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh serta Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Terdahulu, Aminuddin yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi melancarkan manifesto bertemakan ‘Kekal Harapan’ yang menggariskan 10 komitmen utama gabungan bagi mempertahankan kerajaan negeri yang dibentuk sejak 2018.




Negeri Sembilan Di Persimpangan: Mengapa HARAPAN Perlu Dipertahan?

 


Datuk Seri Aminuddin Harun pentadbir yang fokus memastikan ekonomi negeri berkembang dan kebajikan rakyat terjaga. Di bawah pimpinannya, Negeri Sembilan menikmati ketenangan politik.

PENDAPAT, 21 Jul – Gendang dipalu, kempen Pilihan Raya Negeri telah bermula di Negeri Sembilan. PRN kali ini amat kompleks; Adat Perpatih kini bertemu ‘crossroad’ antara mengekalkan tradisi atau tergelincir ke dalam kancah politik ekstrem.

Lebih membimbangkan, suasana kempen turut diwarnai retorik keterlaluan sehingga institusi Diraja seakan dicemari demi kepentingan politik jangka pendek.

Di persimpangan ini, kita dihidangkan dengan pilihan yang kontras. Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya dan Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban mewakili kestabilan. Anwar dan HARAPAN boleh memilih jalan mudah sebagai kerajaan populis yang mengejar sorakan, namun mereka memilih jalan sukar: meletakkan reformasi sebagai teras. Ini keberanian seorang negarawan yang mengutamakan masa depan negara.

Datuk Seri Aminuddin bukanlah Menteri Besar yang gemar berdrama. Beliau pentadbir yang fokus memastikan ekonomi negeri berkembang dan kebajikan rakyat terjaga. Di bawah pimpinannya, Negeri Sembilan menikmati ketenangan politik.

Apabila gandingan Aminuddin di peringkat negeri diselaraskan dengan agenda nasional Anwar, kita melihat enjin pemerintahan yang mantap. Siapa lagi mampu mengemudi negara di tengah gelora ekonomi global ini?

Telah terbukti HARAPAN tidak berpaksi pada konsep ketuanan sempit, sebaliknya konsisten menjunjung kedaulatan Raja dan Perlembagaan. Namun, lihatlah dilema ganjil pihak lawan. Bagaimana MCA dan MIC mahu berdepan ahli mereka apabila Umno membuat keputusan mutlak bekerjasama dengan Pas?

Apabila rakan dominan memilih haluan retorik ekstrem, apakah ruang tinggal bagi parti-parti ini selain menjadi pelengkap kata? Ini krisis identiti nyata bagi mereka yang mendambakan keterangkuman.

Rakyat menuntut kerajaan konsisten bekerja, namun rakyat juga harus konsisten dengan tanggungjawab mereka. Jangan hanya tahu mengadu dan melontar kritikan jika tanggungjawab mengundi dipandang sepi. Baliklah mengundi; hanya selepas itu, barulah kita mempunyai hak dan moral untuk menuntut akauntabiliti.

Anwar Ibrahim mungkin bukan pemimpin sempurna, dan Aminuddin Harun mungkin tidak banyak berjanji manis. Namun, mereka adalah gandingan nakhoda yang memilih untuk tidak menggadai prinsip demi kuasa.

Di tengah dunia yang gila dan politik penuh drama, mereka adalah pilihan paling rasional untuk menghalang negara daripada karam oleh budaya rasuah dan kejahilan.

Kestabilan adalah aset mahal. Jangan biarkan retorik kosong dan desakan pihak yang hanya mahu merosak terus mendominasi ruang udara. Fokus kepada agenda pembangunan; masa depan tidak harus dikorbankan demi permainan politik yang tidak berkesudahan.



Oleh Lai Chen Heng




@jasonyew_ Join "Pengalaman 1MDB menunjukkan institusi


 

PRN NOGORI! KASI LA CHANCE, 3 JUMAAT JER LAGI! SIKAP DERHAKA AHLI UMNO DITAHAN POLIS!


 

PERINGATAN! DEDAH! REKOD HITAM GABUNGAN BN-PN: SEBAB PMX KENA BERTINDAK SEKARANG!!


 

DEMI KUASA UMNO DAN PAS! DR ABU HAFIZ SEKOLAHKAN HADI AWANG!


 

Kekal Harapan di Negeri Sembilan, ini 10 komitmen utama untuk rakyat

 


Selepas tiga hari penamaan calon, Pakatan Harapan (PH) membentangkan 10 komitmen utama menerusi manifesto bertema ‘Kekal Harapan’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Pelancaran manifesto disempurnakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Komitmen PH itu meliputi Mengekalkan Kerajaan Stabil, Bersih dan Mesra Rakyat; Memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR), Ekonomi Berdaya Saing dan Mewujudkan 30,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi; Pendidikan Berkualti Untuk Semua serta Membina 20,000 Rumah Mampu Milik dan Penyelesaian Isu Tanah.

Selain itu, Belia, Wanita dan Keluarga Diberi Keutamaan; Pembangunan Pelancongan dan Warisan Adat, Kemajuan Seimbang Bandar dan Luar Bandar serta FELDA; Pertanian Moden dan Keterjaminan Makanan; Infrastruktur Strategik dan Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti serta Perpaduan Agama, Keharmonian dan Kemajuan untuk Semua.

Turut ditawarkan matlamat untuk menjayakan lima projek berimpak tinggi, iaitu Seremban Sentral dan kekerapan komuter Seremban–Kuala Lumpur (KL), hospital baharu di Bandar Enstek, Nilai; pelaburan antarabangsa baharu di Port Dickson, pembinaan Rumah Kedua di lot kediaman FELDA dan merealisasikan Pintasan Senawang-Port Klang.

PH berkata, manifesto berkenaan bukan sekadar menawarkan janji tetapi kesinambungan kepada dasar yang terbukti berjaya dilaksanakan dan hala tuju baharu membawa Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing, mampan dan inklusif menjelang 2045.

Kerajaan stabil

Sejak 2018 mentadbir Negeri Sembilan , PH membuktikan kerajaan yang stabil mampu membawa kemajuan yang nyata.

“Negeri Sembilan berjaya mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri, mewujudkan ribuan peluang pekerjaan baharu, memperkukuh jaringan kebajikan rakyat, memperkasa institusi pendidikan, memperluas pembangunan infrastruktur dan mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh.

“PH komited untuk meneruskan agenda pembangunan Negeri Sembilan yang stabil, progresif dan inklusif.

“Manifesto ini berpaksikan keperluan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang mampan, peluang pekerjaan berkualiti, kebajikan yang menyeluruh dan pembangunan yang seimbang untuk seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam masa sama, PH menyatakan komitmen untuk menyemarakkan syiar Islam sebagai agama Persekutuan dan memperkukuh institusi Islam negeri.

Gabungan itu juga bertekad untuk memperkasa pembangunan ummah dan mempertahan keharmonian masyarakat majmuk, kebebasan beragama dan perpaduan rakyat seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan sejumlah 889,490 pemilih terdiri daripada 867,151 orang pengundi biasa, 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis.

Semasa PRN ke-15 pada 2023, PH membentuk kerajaan negeri bersama BN selepas memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat hanya lima kerusi.





RM1.5 juta melonjak lebih RM30 juta, anak muda diseru pilih fakta tolak politik sentimen

 




Anak muda Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak membiarkan masa depan negeri ditentukan oleh emosi, sentimen perkauman atau permainan agama, sebaliknya menilai setiap parti berdasarkan fakta, rekod dan kemampuan mentadbir.

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pengundi muda perlu membuat pertimbangan matang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan

Beliau memetik pesanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Kamil Abdul Munim, yang menyeru anak muda di negeri itu agar menggunakan ilmu dan fakta sebelum membuat pilihan.

“Anak muda Negeri Sembilan, undilah dengan ilmu, fakta dan pertimbangan yang matang,” kata Kamil seperti dipetik Fadhli.

Menurut Fadhli, antara rekod yang wajar menjadi pertimbangan ialah pengukuhan kedudukan kewangan Yayasan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min.

Katanya, kedudukan kewangan yayasan berkenaan dilaporkan melonjak daripada sekitar RM1.5 juta kepada lebih RM30 juta.

Peningkatan itu bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya memberi ruang lebih besar untuk manfaat dikembalikan kepada anak-anak Negeri Sembilan menerusi bantuan pendidikan, biasiswa dan kebajikan mahasiswa.

“Pengukuhan ini amat penting kerana manfaatnya dikembalikan kepada anak-anak Negeri Sembilan, khususnya melalui bantuan pendidikan, biasiswa dan kebajikan mahasiswa,” katanya.

Kebajikan penjawat awam

Dalam masa sama, Fadhli berkata, pentadbiran kerajaan negeri turut membuktikan keprihatinan terhadap kebajikan penjawat awam.

Bagi tahun 2026, Bantuan Khas Kewangan minimum dua bulan gaji dan maksimum tiga bulan gaji diumumkan kepada lebih 6,000 penjawat awam negeri sebagai penghargaan terhadap prestasi serta sumbangan mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata, pencapaian itu memperlihatkan sebuah pentadbiran yang bukan sahaja mempunyai kedudukan kewangan kukuh, malah berkongsi hasil kemajuan dengan golongan yang menyumbang kepada kelancaran pentadbiran negeri.

Pada masa sama, ekonomi Negeri Sembilan terus dipacu menerusi kemasukan pelaburan, pembangunan infrastruktur serta penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan.

Justeru, Fadhli menegaskan kestabilan yang dinikmati ketika ini perlu dipertahankan supaya momentum pembangunan tidak terhenti akibat percaturan politik sempit.

“Inilah kestabilan yang perlu kita pertahankan dan teruskan demi masa depan generasi muda,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpengaruh dengan sentimen perkauman dan agama yang sengaja dimainkan bagi menimbulkan ketakutan serta memecah-belahkan masyarakat.

Sebaliknya, pengundi diminta membandingkan rekod, pencapaian dan kemampuan setiap kerajaan dalam mengurus kewangan, menjaga kebajikan rakyat serta menyediakan masa depan lebih baik kepada generasi muda.

“Anak-anak muda Nogori, jangan mudah dipengaruhi sentimen perkauman dan agama yang sengaja dimainkan untuk memecah-belahkan kita.

“Nilailah berdasarkan rekod, pencapaian dan kemampuan sesebuah kerajaan menjaga rakyat,” katanya.

Peluang anak muda

Fadhli berkata, PRN kali ini merupakan peluang kepada anak muda Negeri Sembilan untuk menentukan sama ada pembangunan dan kestabilan yang dibina di bawah kepimpinan Tok Min dapat diteruskan.

“Kito jangan undi dek emosi semato-mato. Undilah dengan ilmu dan fakta.

“Berilah sokongan kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Tok Min untuk terus memacu Negeri Sembilan yang kito cintai ini.

“Kekal HARAPAN, Undi HARAPAN!” seru Fadhli lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 28 Julai ini dan hari mengundi pada 1 Ogos 2026.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan sejumlah 889,490 pemilih terdiri daripada 867,151 orang pengundi biasa, 16,884 orang tentera serta pasangan dan 5,455 orang polis.

Semasa PRN ke-15 pada 2023, PH membentuk kerajaan negeri bersama BN selepas memperoleh kemenangan di 31 daripada 36 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat hanya lima kerusi.





Perang habis-habisan terhadap ‘scam’: 5.5 bilion SMS, panggilan meragukan berjaya disekat

 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama pemberi perkhidmatan telekomunikasi berjaya menyekat sebanyak 3.04 bilion SMS dan 2.5 bilion panggilan meragukan serta berunsur penipuan bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun lalu.

Dalam masa sama, sebanyak 190,429 talian mudah alih dan tetap yang dikenal pasti menghantar SMS meragukan turut ditamatkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bagi membendung penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi untuk tujuan penipuan, sekali gus melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket scam.

“MCMC sentiasa bekerjasama rapat dengan PDRM melalui tindakan seperti permohonan penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang serta pemberian sokongan teknikal termasuk pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi membantu siasatan.

“Di samping itu, MCMC melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya, khususnya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866),” jelasnya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam jawapan lisan disiarkan di laman web Parlimen bagi menjawab soalan Datuk Seri S Vell Paari Samy Vellu (MIC).

Beliau menegaskan MCMC juga melaksanakan pemantauan secara proaktif dan boleh mengambil tindakan terhadap kandungan dalam talian yang memudaratkan selaras dengan Seksyen 233 Akta 588.

Penipuan kewangan

Di bawah Akta 866, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, MCMC boleh mengambil tindakan terhadap kandungan membabitkan penipuan kewangan sebagai usaha memperkukuh keselamatan dalam talian.

“Bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 7 Julai 2026, sebanyak 158 aduan berkaitan aktiviti penipuan panggilan, termasuk penyamaran sebagai pegawai Kerajaan, telah diterima dan diproses melalui saluran utama penyelesaian aduan pengguna iaitu Consumer Redress Portal (CRP),” katanya.

Menurutnya, arahan sekatan terhadap kandungan terlarang di dalam SMS yang meliputi kandungan pautan (hyperlink), permohonan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi telah dikuatkuasakan sejak 1 September 2024.

“Sekiranya pengguna mengesyaki sesuatu akaun atau kandungan mempunyai unsur palsu atau penipuan, pengguna disarankan untuk segera membuat laporan kepada pemberi perkhidmatan berkenaan bagi tindakan sewajarnya selain melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Bagi kes melibatkan pemindahan wang atau menjadi mangsa penipuan kewangan, orang ramai perlu menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 dengan segera bagi membolehkan tindakan pantas diambil untuk membantu menyekat aliran dana dan menyokong siasatan pihak berkuasa,” kata Fahmi lagi.




MCA KAWAN KITA..ADIK BERADIK PKM.


 

SERUAN KEPADA PENGUNDI BN: BUKTI RAKYAT MALAYSIA TIDAK PERLUKAN PAS



Aman Muhammad








Kepada pengundi BN di 11 DUN yang BN tidak bertanding.


Kenapa korang nak undi PN?

Kenapa nak kuatkan PN?

Hakikatnya, PN adalah musuh kamu semua, kenapa nak kuatkan mereka?

Kenapa nak beri mereka kerusi dan kuasa?


Dalam PRU15, PN curi kerusi kamu.

Sekarang, PN curi lagi kerusi kamu.

Jadi, sila tanya diri sendiri, kenapa kamu nak kuatkan PN?


Di Johor, PN kena tapau 0 kerusi.

Rakyat Johor 100% tolak PN.

Jadi, kenapa kamu semua rakyat Negeri Sembilan nak beri PN kerusi pula?


Walaun memang sanggup undi BN, biarkan mereka dengan kebodohan mereka.

Kita yang cerdik ni, janganlah pula kita jadi bodoh macam walaun pergi kuatkan PN pula.


Jika PN menang.

PN akan jadi kerajaan bersama BN.

Ini bahaya, BN terdedah kepada pengkhianatan.

Tapi jika kamu undi BERSATU.

Mereka akan berada di blok pembangkang.

BN akan selamat dari sebarang pengkhianatan.


Jadi, wahai pengundi BN.

Jangan undi PN.

Jika kamu tak suka PH, maka undilah BERSATU.

Tak kisahlah kamu undi apa, jangan sesekali undi PN.

BN mesti kuat, tapi PN wajib lemah.

BN mesti jadi kerajaan tanpa PN.

Jangan beri mereka sebarang kerusi untuk mereka sailang BN.


Negara kita aman tanpa PN.

Atau lebih tepat, negara kita aman aman tanpa PAS.

Dan negara kita tidak perlukan mereka.


;)





LUPA DAH KAH.






 Peringatan untuk UMNO.. siapakah yang ingin mengharamkan parti kamu dan sekarang kamu ingin bersekongkol dengan mereka. 


PRN Nismilan 


#TeguhBersamaPMX 

#MalaysiaMadani





CULAS KOT...


Tamil Selvam



 10 kaunter pemeriksaan imigresen, tetapi hanya 3 kaunter dibuka. Adakah ini tahap penyampaian perkhidmatan yang rakyat patut terima?






Hari ini saya berada di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, pintu masuk utama Malaysia dari Thailand. Sekitar jam 3.20 petang, ketika waktu operasi biasa 8.00 pagi hingga 5.00 petang, saya mendapati hanya 3 daripada 10 kaunter pemeriksaan imigresen dibuka.


Keadaan ini menyebabkan kesesakan, kelewatan dan menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat. Jika benar terdapat kekurangan anggota atau masalah pengurusan, pihak bertanggungjawab perlu tampil memberikan penjelasan dan menyelesaikannya segera.


Rakyat membayar cukai dan mengharapkan perkhidmatan awam yang cekap, terutama di pintu masuk utama negara yang menjadi imej Malaysia di mata pelancong dan pelabur.


Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan segera supaya semua kaunter yang diperlukan dapat beroperasi mengikut keperluan, sekali gus mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.


Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik.


S. Tamiil Selvan

Pengerusi Biro Antarabangsa, Integrasi & Perpaduan

Parti Keadilan Rakyat Perak





APA CRITA LAK.


 

MELEPASKAN SETELAH MENYOKONG.


 

KEMPEN KALAU PENERANGAN PKR ELOK TAK PAYAH TERUK TERUK SEBENARNYA.


 

PK YUS MAKI PAS


 

KISAH SYARIKAT YANG MENIPU KERAJAAN. INI OPERASI MEREKA