Dolar makin hilang ‘kuasa’? Malaysia ada peluang atau ketinggalan – Jomo


 


Perubahan besar dalam sistem kewangan global kini membuka ruang baharu kepada negara seperti Malaysia, ketika dominasi dolar Amerika Syarikat semakin dicabar oleh perkembangan geopolitik dan ekonomi semasa.

Trend yang semakin ketara ialah usaha negara-negara dunia untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS, atau dikenali sebagai “de-dollarisation”, susulan ketidaktentuan dasar ekonomi dan pendekatan unilateral Washington.

Jomo Kwame Sundaram dalam analisisnya menjelaskan bahawa tindakan agresif dan penggunaan dasar ekonomi sebagai alat tekanan telah mengurangkan keyakinan terhadap sistem kewangan global yang diterajui Amerika Syarikat.

“Tindakan agresif Trump telah mengurangkan penglibatan ekonomi dengan Amerika Syarikat, sekali gus secara tidak langsung mempercepatkan proses penyahdolaran (de-dollarisation),”katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan Amerika Syarikat kini semakin bersifat transaksional, iaitu lebih menumpukan kepada keuntungan segera melalui rundingan satu lawan satu, berbanding kerjasama pelbagai hala yang seimbang.

“Ketidaktentuan yang terhasil telah mengurangkan pelaburan dan memburukkan lagi keadaan kemelesetan,”menurut beliau.

Pendekatan yang bersifat transaksional ini dilihat meningkatkan risiko kepada negara-negara lain, khususnya apabila hubungan ekonomi dijadikan alat tawar-menawar yang memihak kepada kuasa besar.

Dalam konteks ini, perubahan landskap global membuka peluang kepada negara seperti Malaysia untuk menilai semula strategi ekonomi dan kewangan, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar serta memperkukuh kerjasama serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menegaskan keperluan mengurangkan kebergantungan kepada dolar dalam perdagangan serantau.

“Tidak ada sebab untuk Malaysia terus bergantung sepenuhnya kepada dolar Amerika dalam urusan perdagangan, khususnya dalam kalangan negara ASEAN,” kata beliau ketika lawatan rasmi ke China pada Mac 2023.

Kenyataan tersebut dilihat selari dengan perkembangan semasa yang menyaksikan semakin banyak negara mula meneroka penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan bagi mengurangkan risiko ketidaktentuan global.

Namun, Jomo turut memberi gambaran bahawa ketidaktentuan global yang berterusan boleh memberi kesan meluas kepada semua negara, termasuk melalui gangguan pelaburan dan tekanan ekonomi yang berpanjangan.

Sehubungan itu, pemerhati ekonomi melihat keperluan dasar yang responsif serta strategi jangka panjang bagi memastikan Malaysia bukan sahaja mampu menyesuaikan diri, tetapi juga memanfaatkan perubahan ini secara strategik.

Peralihan kepada dunia yang lebih multipolar kini bukan lagi sekadar teori, sebaliknya sedang berlaku secara nyata  dan persoalan utama ialah sejauh mana Malaysia bersedia untuk menghadapinya.



NAK PILIH YANG TAK DA SEKOLAH TINGGI ATAU YANG MEMANG DAH ADA KAREKTOR MEMBANTU MELALUI SUMUD


 

BILA ILMU TAK ADA NAMPAK SEKOLAH TAK TINGGI


 

PMX mempengerusikan mesyuarat bersama institusi pelaburan Bumiputera









 


Petang ini saya mempengerusikan mesyuarat bersama institusi pelaburan Bumiputera untuk menelaah langkah yang lebih tuntas dan berkesan bagi menjayakan agenda pemerkasaan Bumiputera, sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI.


Ekonomi MADANI menggariskan ikhtiar untuk menaikkan siling potensi pertumbuhan negara, menaikkan lantai darjat hidup rakyat, serta memacu pembaharuan khususnya dari segi tatakelola yang baik. Justeru, penglibatan sektor swasta dan para usahawan dalam menjayakan agenda ini amat penting agar pertumbuhan yang dicapai lebih bermakna, mampan dan dirasai secara meluas.

Tumpuan kita mesti menjurus kepada pelaksanaan yang nyata, bukan sekadar wacana tanpa usaha menterjemahkannya melalui pelbagai kebijakan yang sesuai dengan tuntutan zaman dan keperluan rakyat. Walhasil, Pejabat Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan akan menyusul dengan setiap institusi berkaitan bagi menetapkan inisiatif utama serta laporan kemajuan setiap suku tahun.

Antara keutamaan yang saya tegaskan termasuk meningkat serta menyegerakan pelaburan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, termasuk memperkukuh sokongan kepada syarikat berpotensi tinggi agar dapat berkembang dengan lebih pantas dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, kita mahu melihat lebih banyak syarikat Bumiputera melangkah ke hadapan, termasuk mencapai sasaran 10 IPO baharu di Bursa Malaysia bagi tempoh 2026 hingga 2027.

Saya turut menekankan peri penting pembangunan modal insan dalam dunia yang semakin pantas bergerak. Justeru, Kerajaan menyarankan agar latihan TVET bergaji tinggi terus diperluas, peluang pekerjaan dipertingkat, serta laluan mobiliti sosial diperhebat khususnya bagi golongan miskin dan anak muda.

Agenda Bumiputera tidak boleh terhenti pada seminar dan pengumuman. Ia mesti dijelmakan melalui hasil, peluang dan pencapaian yang dinikmati rakyat terbanyak.




BERBANDING DIMINTA KELUAR PARTI, LEBIH PENTING PKR MESTI BERANI PECAT MEREKA YANG TAK SEHALUAN ITU

 



19 April 2026
Naib Presiden PKR, Amirudin Shari meminta mana-mana ahli atau pemimpin yang merasakan mereka tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PKR supaya meninggalkan parti itu.
Bagaimanapun, ketua PKR Gombak itu berkata, mesej dalam ucapan perasmiannya bukan ditujukan kepada sesiapa, termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
“Ia bukan hanya Rafizi. Saya percaya isunya adalah berkenaan dengan siapa yang rasa tidak lagi secocok dengan parti boleh meninggalkan (parti), itu cadangannya,” kata Menteri Besar Selangor itu.
Amirudin menjelaskan, nasihat umum yang diberikannya bertujuan memastikan semua pemimpin dan ahli PKR kekal fokus terhadap mandat parti tanpa mengganggu kestabilan dalaman.
“Keutamaan mesti diberikan kepada agenda besar parti berbanding polemik peribadi yang boleh menjejaskan imej organisasi di mata rakyat,” tambahnya lagi.
Berkaitan hal di atas, sebenarnya tidak memadai dengan dengan Amirudin atau PKR hanya menyuruh mereka yang tidak sehaluan supaya meninggalkan parti.
Yang lebih penting, bahkan terpaling penting adalah parti mesti ada keberanian untuk memecat mereka yang tidak lagi sehaluan itu.
Apatah lagi jika mereka yang tak sehaluan itu hari-hari mengkritik dan mengecam parti dan kepimpinannya.
Mereka yang tidak sehaluan itu bukanlah tidak mahu meninggalkan parti, tetapi ada sebab-sebab tertentu yang menghalang mereka berbuat demikian.
Misalnya mereka yang bergelar Ahli Parlimen dan Adun, selain mereka terikat dengan Akta Lompat Parti yang mana jika keluar parti, kedudukan sebagai wakil rakyat akan tergugur secara automatik, kekangan lain ialah ada perjanjian bon RM10 juta yang perlu dibayar.
Siapa pun tidak akan keluar parti dengan hambatan yang sedemikian itu.
Tetapi, jika PKR memecat mereka, bukan saja kedudukan pemimpin itu sebagai Ahli Parlimen atau Adun tidak terjejas, bahkan tiada apa-apa denda perlu dibayar kepada parti.
Dengan itu, lebih mudah untuk PKR memecat saja mereka yang tidak sehaluan itu.
Soalnya, kenapa dalam kes Rafizi misalnya, PKR tiada keberanian itu?
Bagi ahli PKR yang bukan bergelar Ahli Parlimen atau Adun pula, sebahagian mereka yang tidak sehaluan itu sebenarnya sudah pun keluar meninggalkan parti.
Bagi ramai yang lain, mereka sebetulnya masih menunggu ketua mereka, contohnya Rafizi dipecat dahulu atau ada parti baharu ditubuhkan, ketika itu barulah mereka akan meninggalkan PKR.
Jika ingin melihat berapa ramai akan keluar PKR, cuba pecat Rafizi dengan segera?
Yang pasti, semua mereka ini tidak lagi akan mengundi PKR pada PRU akan datang.
Pokoknya di sini, jika PKR pun takut-takut nak memecat ahli yang tidak lagi sehaluan itu, tak usahlah membazir air liur bercakap menyuruh mereka keluar parti.
Parti ada kuasa, guna sajalah kuasa itu. - ShahbudinHusin 19April2026.

Kebakaran Sandakan: PM Anwar Arah Bantuan Segera, Penempatan Sementara Disediakan

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden kebakaran yang melanda 200 buah rumah di Sandakan pada 19 April 2026. Foto JBPM Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, beliau terkesan ketika menerima laporan kebakaran di kampung itu yang telah memusnahkan ratusan buah rumah.

Kira-kira 200 rumah di Kampung Bahagia di sandakan musnah dalam kebakaran awal pagi 19 April 2026. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah

“Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” ujar Anwar menurut hantaran itu.

Terdahulu media melaporkan, kira-kira 200 rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi di perkampungan atas air terbabit.

Kira-kira 200 rumah di Kampung Bahagia di sandakan musnah dalam kebakaran awal pagi 19 April 2026. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan seramai 35 anggota bomba termasuk dari BBP Sandakan serta Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan pada jam 7 pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas.



Zuraidi Ketuai Ratusan Penduduk Langkawi Demo Bantah Catuan Feri

 

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai demonstrasi aman membantah catuan feri di Langkawi pada 19 April 2026. Foto Facebook Datuk Zuraidi Rahim

LANGKAWI, 19 Apr – Ratusan penduduk Pulau Langkawi mengadakan demonstrasi aman mendesak pihak berkaitan menghentikan catuan feri ekoran kenaikan harga diesel susulan konflik tenaga global ketika ini.

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai himpunan berkenaan di perkarangan Jeti Kuah demi menyuarakan suara rakyat Langkawi yang terkesan dengan isu catuan feri.

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai demonstrasi aman membantah catuan feri di Langkawi pada 19 April 2026. Foto Facebook Datuk Zuraidi Rahim

“Kehadiran para pemimpin NGO, pemimpin komuniti dan wakil pelbagai persatuan membuktikan kesatuan hati dalam memperjuangkan hak dan kebajikan masyarakat setempat.

“Isu ini bukan sekadar soal pengangkutan, tetapi melibatkan kelangsungan ekonomi, sumber rezeki, serta kesejahteraan penduduk dan pemain industri pelancongan di Langkawi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai demonstrasi aman membantah catuan feri di Langkawi pada 19 April 2026. Foto Facebook Datuk Zuraidi Rahim

Industri pelancongan yang sudah pun terkesan ekoran penurunan ketibaan pelancong, kini diburukkan lagi dengan tindakan pengusaha feri yang sengaja menghadkan kekerapan feri walaupun bilangannya mencukupi.

Tambahnya, catuan feri yang dilaksanakan juga menyukarkan urusan keluar masuk ke Langkawi, sekali gus memberi tekanan kepada penduduk, peniaga dan pelancong.

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai demonstrasi aman membantah catuan feri di Langkawi pada 19 April 2026. Foto Facebook Datuk Zuraidi Rahim

“Suara rakyat perlu didengar, dan tindakan segera amat diharapkan.

“Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada penyelesaian yang tuntas, demi memastikan Langkawi terus maju dan tidak terjejas akibat kekangan yang berpanjangan. Bersatu kita teguh, demi masa depan Langkawi yang lebih baik,” ujarnya.

Pengerusi NGO Anak Muda MADANI Kedah, Dato’ Zuraidi Rahim mengepalai demonstrasi aman membantah catuan feri di Langkawi pada 19 April 2026. Foto Facebook Datuk Zuraidi Rahim



Ini ‘Kaedah Dan Taktik’ Warga Pakistan Lolos Sebelum Dicekup Sembilan Hari Kemudian

 


Muhammad Hassan, 24, ditahan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM, pada jam 5 petang di Kilometer (KM) Batu 14, Jalan Gombak Lama pada 19 April 2026.

GOMBAK, 19 Apr – Pelbagai kaedah serta taktik digunakan seorang tahanan lelaki warga Pakistan bagi mengelakkan diri daripada dicekup selama sembilan hari ‘kejayaan’ meloloskan diri daripada tahanan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik banduan berkenaan yang dilakukan bermula pada 9 April lalu dengan bersembunyi di hutan dan menyelinap masuk ke tapak pembinaan akhirnya terbongkar apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Suspek Muhammad Hassan, 24, ditahan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM, pada jam 5 petang di Kilometer (KM) Batu 14, Jalan Gombak Lama di sini.

Muhammad Hassan, 24, ditahan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat JIM, pada jam 5 petang di Kilometer (KM) Batu 14, Jalan Gombak Lama pada 19 April 2026.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tangkapan dibuat hasil risikan selama enam hari serta perkongsian maklumat perisikan daripada Kedutaan Pakistan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semasa kejadian, suspek cuba melarikan diri namun digagalkan oleh pasukan operasi.

“Siasatan awal seterusnya mendapati suspek mengaku melarikan diri ketika turun daripada trak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, suspek mengaku bersembunyi di hutan berhampiran tapak pembinaan pada waktu siang sepanjang tujuh hari melarikan diri, sebelum menyelinap masuk ke kawasan itu pada waktu malam untuk berlindung daripada ancaman binatang buas.

Selain itu, katanya, bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa, suspek memakai pakaian yang dicuri daripada kawasan pembinaan.

“Hasil semakan, suspek tiba di negara ini pada 11 Januari 2025 melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diberi kemudahan Pas Lawatan Sosial (PLS) selama 30 hari.

“Proses temubual dan pengecaman oleh wakil Kedutaan Pakistan pada hari yang sama juga telah mengesahkan suspek adalah warganegara Pakistan yang meloloskan diri daripada tahanan polis pada 9 April lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen bagi tujuan tindakan lanjut.



85 peratus rakyat Malaysia dapat subsidi diesel, tapi yang 15 peratus pula diperbesarkan


 


Sebanyak 85 peratus rakyat di negara ini menikmati subsidi diesel, sekali gus tidak terkesan dengan harga pasaran diesel.

Manakala hanya 15 peratus rakyat terkesan dengan kenaikan harga bahan api itu berikutan krisis tenaga global pada masa ini.

“Minyak diesel yang tinggi itu memang ada kesan. Pada siapa? 15 peratus rakyat. 85 peratus rakyat itu tidak menggunakan diesel pada harga pasaran tetapi harga subsidi.

“Yang dihebahkan ialah 15 peratus (terkesan), yang 85 peratus itu tidak disebut sama sekali,” katanya memetik Malaysia Gazette.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa bagi sektor pengangkutan, kerajaan memberikan pengecualian kepada bas sekolah dan lori pengangkutan strategik tertentu.

Beliau turut membangkitkan isu yang dibincangkan di peringkat satu Dewan Undangan Negeri mengenai dakwaan kononnya golongan nelayan terkesan dengan kenaikan harga pasaran diesel.

“Nelayan itu guna harga minyak diesel subsidi, bukan harga diesel pasaran. Jadi jangan beri contoh itu,” kata beliau.



BAGI BUAT APA...BAGI LA KE NEGERI LAIN PULA.


 

Rezeki besar buat Kelantan, tambahan RM8 bilion bukan sikit-sikit, RM20 juta untuk rakyat miskin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penambahan peruntukan pembangunan untuk rakyat Kelantan yang kini mencecah RM8 bilion.

Beliau berkata, tambahan peruntukan tersebut merupakan satu suntikan besar yang diyakini mampu mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Menurutnya, selain peruntukan utama tersebut, kerajaan turut menyalurkan tambahan RM20 juta khusus bagi membantu pembangunan golongan miskin di Kelantan.

“Terima Kasih PMX tambah peruntukan pembangunan untuk rakyat Kelantan kepada RM8 bilion.

“Juga tambahan RM20 juta untuk pembangunan rakyat miskin. Syukur Alhamdulillah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti kecaknaan kerajaan terhadap pembangunan negeri itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua peruntukan yang diluluskan akan disampaikan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana masalah yang ingin diselesaikan itu dianggap masalah negara bukan di peringkat negeri semata-mata.

Kerajaan turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi rakyat termiskin di Kelantan yang mana akan dibantu tanpa mengira kefahaman politik.



‘Dapat subsidi tapi nak protes?’, pemandu teksi tempelak, isu minyak bukan salah kerajaan


 

‘Dapat subsidi tapi nak protes?’, pemandu teksi tempelak, isu minyak bukan salah kerajaan

Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Hussain menempelak pihak yang menyertai protes kenaikan harga bahan api, walaupun masih menerima subsidi daripada kerajaan.

Menurut beliau, kenaikan harga bahan api merupakan isu global dan bukan berpunca daripada kelemahan dasar kerajaan semata-mata.

“Siapa sebenarnya yang terkesan? Kerajaan sudah beri subsidi.

“Yang tidak dapat itu mungkin tidak ikut undang-undang, tiada lesen atau tidak berdaftar.

“Itu bukan salah kerajaan, itu salah sendiri,” katanya dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa golongan pemandu teksi tidak wajar menyertai protes kerana mereka masih menikmati subsidi bahan api yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan telah beri subsidi kepada kami. Kenapa kami nak membodohkan diri untuk menyertai protes kenaikan minyak?” tempelaknya.

Kamarudin turut mempersoalkan keikhlasan pihak yang menyertai protes anjuran pihak penentang kerajaan itu, sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar memandangkan mereka masih menerima bantuan subsidi.

“Yang menyertai protes, kamu terkesan ke?

“Kamu dapat subsidi. Sepatutnya, kamu berterima kasih sebab dapat subsidi,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa krisis minyak yang berlaku ketika ini adalah fenomena global yang memberi kesan kepada banyak negara.

Sehubungan itu, kata Kamarudin, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi situasi tersebut.

“Apa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk bantu negara?” soal beliau lagi.




KEH..KEH....KIOK


 

HA,,,NI LA DIA


 

MB KEDAH BOLEH 7 JAWATAN


 

KEH..KEH..KEH....YB PAS KENA MALU DALAM DEWAN ! KOYAK TERUS !


 

DALAM UMNO DULU DULU CAM GINI LA JUGA







 

RAMAI TUNJUK PALATAO...BUAT BERITA PALESU


 

MUKA TAK MALU



Mohd Zaid Ali



 Terbaik PMX...Ketika ada yang sibuk mendesak “Turun Anwar”, beliau memilih untuk benar-benar turun... turun padang ke Kelantan, menyantuni tok guru pondok, rakyat, pimpinan negeri serta penjawat awam.



Bukan sekadar retorik, tetapi hadir membawa perhatian dan bantuan kepada rakyat tanpa mengira perbezaan politik.


Di saat dicaci dan diserang, beliau tetap memilih jalan khidmat. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha dan kepimpinan beliau, serta mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.