Segan tak, sebab bukan aja China, tapi nama Malaysia pun kena petik dengan JP Morgan, iaitu syarikat kewangan bertaraf dunia.

 

Mohd Nazri Haris




Segan tak, sebab bukan aja China, tapi nama Malaysia pun kena petik dengan JP Morgan, iaitu syarikat kewangan bertaraf dunia.


Kita semua perasan, sejak kebelakangan ini dunia makin bergelora? 


Isu p3r4ng di Timur Tengah bukan sekadar berita di TV, tapi impaknya sampai ke poket kita.


Tapi, ada satu berita menarik dari J.P. Morgan yang ramai terlepas pandang.


Pakar strategi mereka, Rajiv Batra, baru sahaja keluarkan kenyataan yang agak mengejutkan dalam temubual CNBC.

...

...


#Ceritera1 


=1. Siapa Yang Paling 'Koyak' Kalau Harga Minyak Naik?=


Menurut J.P. Morgan, hampir SEMUA ekonomi di Asia sekarang tengah dalam fasa bahaya (vulnerable) disebabkan kejutan h4rga tenaga.


Kalau harga minyak mentah dunia kekal tinggi (sekitar $100 setong), ekonomi global boleh hilang pertumbuhan sebanyak 60 mata asas! 📉


Tapi... ada dua negara yang diletakkan dalam zon "Selamat".


Siapa? China dan MALAYSIA.

...

...


#Ceritera2 


=2. Kenapa Malaysia 'Lain Macam' Kali Ini?=


Kenapa kita tak "koyak" macam negara jiran lain?


Ada 3 sebab utama yang Rajiv gariskan...


👉Abang Besar Gas Asli:


Malaysia bukan sekadar pengguna, tapi kita adalah "net energy exporter".


Kita antara pengeksport utama gas asli cecair (LNG) dunia.


Bila harga tenaga naik, pendapatan negara juga ada sedikit 'talian hayat'.

...


👉Benteng Fiskal yang Kukuh:


Berbanding negara lain, defisit fiskal kita masih di bawah kawalan. 


Ini hasil polisi kerajaan yang memastikan inflasi kita tidak melambung tinggi secara drastik berbanding negara luar.

...


👉Perisai Mata Wang:


Walaupun kita rasa Ringgit mencabar, tapi dari sudut pelaburan ekuiti, Malaysia masih ada 'buffer' (penyangga) yang kuat untuk elak kejatuhan mendadak.

...

...


#Ceritera3 


=Sejarah Tak Pernah Menipu=


Rajiv ingatkan kita satu fakta p4hit.


Sejak tahun 1970, 4 daripada 5 kali berlakunya kejutan bekalan m1ny4k,


dunia akan ditarik masuk ke fasa k3m3les3tan. 


Kita sekarang dalam perlumbaan dengan masa.


Adakah situasi ini akan berlarutan?


Jika ya, sektor seperti barangan dapur (consumer staples) dan teknologi mungkin akan mula rasa bahangnya.

...

...


#Ceritera4 


Kita tak boleh terlalu selesa, tapi kita patut bersyukur.


Di saat negara lain tercungap-cungap cari bekalan tenaga, Malaysia masih berdiri tegak sebagai "safe haven" kecil di Asia Tenggara. 🛡️


Itu kata-kata Rajiv Batra dari JP Morgan.


Kita sebagai rakyat Malaysia rasa, adakah kita benar-benar bersedia kalau harga m1ny4k dunia terus meroket?


Cuba komen sikit kat bawah, kita bincang secara sihat.




LUPA PAK PAK LEBAI MASA JADI MENTERI DULU


 

Qin Alif


Eh kalau tak patut naik, kenapa lebai 33 bulan belanja subsidi berbillion ringgit ? Patut free jela 


Bodoh piang






Konflik Asia Barat, Krisis Tenaga Global: PRN Johor Wajar Ditangguh

 

Mohd Faezuddin berkata, kebimbangan itu berasas memandangkan PRN Johor pada 12 Mac 2022 ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus. Foto SPR

JOHOR BAHRU, 13 Apr – Tiada keperluan mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta ketidaktentuan global akibat krisis di Asia Barat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohd Faezuddin Puad berkata, keadaan semasa dunia yang masih bergelut dengan ketegangan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan dan tenaga memberi kesan langsung kepada rakyat, sekali gus memerlukan perhatian serius semua pihak.

“Tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, kita seharusnya peka, prihatin dan sensitif terhadap keadaan semasa yang sedang ditanggung rakyat.

“Selain itu, turut dibimbangi rakyat mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi kerana terbeban dengan kos pergerakan yang semakin tinggi lalu mandat yang lahir berisiko tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Faezuddin berkata, kebimbangan itu berasas memandangkan PRN Johor pada 2022 yang berlangsung ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.

Justeru katanya, AMK Johor menyarankan supaya menangguhkan dahulu PRN Johor sehingga keadaan benar-benar stabil dan tenang.

Warganet yang seakan tidak percaya dengan kenyataan Muhyiddin berkaitan ‘bendera biru tak apa’ semasa PKP dikuat kuasa dalam soal penyaluran bantuan bakul makanan saat penularan Covid-19.

“Buat masa sekarang kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik,” katanya yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Pulai.

Sebelum ini, timbul desas-desas mendakwa PRN Johor mungkin diadakan tahun ini walaupun tempoh mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada Mac tahun depan.



Pelajar Maut Dirempuh: Guru Wanita Dibawa Ke Mahkamah Untuk Perintah Reman

 

Guru wanita yang berusia 57 tahun tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi dengan memakai baju lokap diiringi anggota polis pada 13 April 2026. Foto Kamarul Bismi Kamaruzaman

KOTA BHARU, 13 Apr – Guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah yang mengakibatkan seorang pelajar tingkatan satu maut tengah hari semalam dibawa ke mahkamah pagi ini.

Guru wanita yang berusia 57 tahun tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi dengan memakai baju lokap diiringi anggota polis ketika turun dan dibawa ke kamar untuk mendapatkan perintah reman.

Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin pada 12 April 2026.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, kejadian jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin pada 12 April 2026. Foto X Anwar Ibrahim

Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.



170 Stesen Minyak Sempadan, PDRM Perhalusi Aspek Penguatkuasaan – Saifuddin Nasution

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

PUTRAJAYA, 13 Apr – Aspek penguatkuasaan di stesen minyak termasuk memperhalusi kaedah penugasan dan perundangan sedang dalam kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama di kawasan sempadan di seluruh negara.

Sebanyak 170 stesen minyak terlibat dalam aspek berkenaan yang juga dipantau dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perincian itu penting berikutan tugas hakiki pasukan keselamatan sebagai pasukan kawalan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

Katanya, keperluan itu berikutan premis berkenaan juga menjadi pintu kepada aktiviti penyeludupan.

“Buat masa ini, sebanyak 4,000 stesen minyak dikenalpasti beroperasi di sekitar sempadan negara.

“Bagaimanapun, kita bukan nak jaga 4,000 stesen minyak. Kita nak jaga 170 stesen minyak sahaja yang dekat dengan sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

“Pertama, kita kenal pasti dahulu apa maksud penugasan. Akta mana nak digunapakai dan pasukan mana yang kita nak tugaskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan KPDN supaya mendapatkan nilai jualan minyak setiap stesen minyak berdekatan dengan sempadan.

Saifuddin berkata, jika nilai jualan di stesen minyak berkenaan meningkat secara tiba-tiba maka, aspek penguatkuasaan perlu ditumpukan kepada stesen minyak berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

“Kalau nilai jualan itu mencanak tak masuk akal dan tak munasabah maka, fokus penguatkuasaan dibuat disitu terus.

“Kita tingkatkan pengawasan di situ. Itu maknanya kerja secara bijak berdasarkan data sedia ada dan data itu mesti dikongsi oleh kementerian yang berkenaan sebab tugas kita hanya membantu,” katanya.

Katanya, aspek penguatkuasaan itu akan diteruskan selagi konflik dan krisis tenaga ini berlarutan dengan dengan penilaian dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan di lapangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

Jelasnya lagi, pelaksanaan operasi juga akan mengambil kira keupayaan semasa pasukan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan anggota ketika menjalankan tugas di lapangan.



AMK Johor sokong cadangan tangguh PRN Johor, Melaka sehingga keadaan tenang


 


AMK Johor hari ini menyatakan pendirian selari dengan cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka ditangguhkan.

Ketuanya, Faezuddin Puad berkata, tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, semua pihak perlu peka terhadap keadaan semasa yang ditanggung rakyat. 

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan rakyat tidak akan keluar mengundi kerana terbeban kos perjalanan.

“Selain itu, turut dibimbangi rakyat mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi kerana terbeban dengan kos pergerakan yang semakin tinggi lalu mandat yang lahir berisiko tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya dalam satu respon di Facebook.

Faezuddin berkata, kebimbangan ini berasas, mengambil kira PRN Johor 2022 yang diadakan ketika negara berdepan dengan gelombang Covid19.

Pada waktu itu hanya 54.92% sahaja rakyat yang keluar mengundi. 

“Justeru, AMK Johor menyarankan supaya menangguhkan dahulu PRN Johor sehingga keadaan benar-benar stabil dan tenang. 

“Buat masa sekarang kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik,” ujarnya.




Mat Sabu: Umat Islam lemah kerana berpecah, bukan Israel terlalu kuat




 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berpendapat kelemahan umat Islam ketika ini bukan berpunca daripada kekuatan Israel, sebaliknya akibat perpecahan dalaman.

Beliau berkata, dalam keadaan konflik berterusan di Asia Barat, umat Islam masih terperangkap dalam perbalahan mazhab dan perbezaan aliran, sedangkan pihak lawan tidak membezakan latar belakang dalam menghadapi musuh.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pelbagai tokoh dari latar berbeza termasuk ulama, pemimpin gerakan Islam, serta tokoh nasionalis dan kiri menjadi sasaran kerana menentang Zionisme, tanpa mengira ideologi atau pegangan.

“Musuh memahami bahawa sesiapa sahaja yang menentang Zionisme adalah ancaman, tanpa mengira mazhab atau aliran,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih mesra disapa dengan nama Mat Sabu, beliau turut mengkritik keadaan semasa yang menyaksikan umat Islam terus berpecah, walaupun berdepan isu besar seperti konflik di Palestin.

Beliau berkata, perpecahan itu bukan sahaja melemahkan kekuatan kolektif umat, malah mengalihkan fokus daripada isu utama kepada pertelingkahan dalaman.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh peranan sebahagian negara Islam yang menurutnya masih bergantung kepada kuasa besar, sekali gus menjejaskan usaha penyatuan dalam menghadapi cabaran global.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan gerakan solidariti antarabangsa yang melibatkan masyarakat bukan Islam, yang dilihat lebih bersatu dalam menyuarakan sokongan kepada Palestin.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam kembali memberi tumpuan kepada keutamaan sebenar, termasuk memperkukuh perpaduan dan mempertahankan golongan tertindas.

Beliau menegaskan, selagi perpecahan terus berlaku, umat Islam akan kekal lemah walaupun memiliki jumlah dan sumber yang besar.

“Israel tidak kuat. Tetapi umat Islam menjadi lemah kerana memilih untuk terus berpecah,” katanya.

"IBRAHIM ALI & HADI AWANG, JAJA CERITA PALSU" - LOKMAN ADAM


 

RENTASAN 1803 | PANAS!! KRISIS TENAGA GLOBAL: NETIZEN KECAM FITNAH, PENGHINAAN PAS TERHADAP PMX?


 

RAKYAT TEMPELAK PEMIMPIN PAS MAIN PERSEPSI


 

Drama Pecat & PRK Pandan: Adakah Riwayat Politik Rafizi Ramli Bakal Berakhir?


 

Adakah Rakyat Malaysia Ditipu Oleh Anwar Ibrahim?


 

LOKMAN DEDAH GAJI DR SAM ! "LEBIH TINGGI DRPD PMX" !


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu


 

Dapat soalan ni di komen.

 




Kenapa masa masa kerajaan yang ada sekarang ni jadi pembangkang dulu pun sama perangai dengan pembangkang sekarang?


Betul juga kan? Kenapa eh?


𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂! Bukan semua pembangkang dahulu ada dalam kerajaan sekarang.


Sebelum tu, kita beranalogi dulu. Ambil contoh begini. Letakkan seketul tahi dalam sebuah bekas. Kemudian letak sabun di sebelahnya. Tapi jangan bersentuh. Letak sebelah menyebelah je. Kemudian dalam satu bekas lagi, letakkan sebiji batu.


Lepas tu hidu setiap bekas. Mana yang busuk? Bekas yang ada sabun tu lebih busuk dari yang ada batu.


Lepas seketika, sabun dan batu tu tukarkan tempat. Letak batu sebelah tahi pula. Kemudian hidu semula. Mana bekas yang lebih busuk?


Bekas ada sabun tu mungkin ada lagi bau tahi sedikit tapi sedikit saja sebab lama duduk sebelah tahi. Tapi bekas yang ada batu pula yang busuk. Kenapa?


Bukan sebab sabun tu busuk. Tapi sebab tahi. Kerana di mana ada tahi, di situlah bau busuk!


Jadi, kenapa pembangkang dahulu perangai sama dengan pembangkang sekarang? Sebab orang yang buat onar masa PH pembangkang dulu masih lagi jadi pembangkang sekarang. Faham?


Selepas 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 tahun 2020 dulu, PH sekali lagi jadi pembangkang. Masa tu ada ke caci maki seteruk sekarang. Tak ada kan?


Pembangkang zaman 33 bulan banyak 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Puak 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗿𝗶 masa tu tak dapat nak lawan sebab tu sampai kata 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝘂 𝘂𝗺𝗽𝗮𝗺𝗮 𝘁𝘂𝗽𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮.


Siap suruh penjawat awal yang tak mahu menyokong kerajaan supaya letak jawatan lagi. Sebab mereka tak mampu nak lawan fakta. Lebai (alamak tersebut pula) dah jadi kerajaan. Tak dapat nak maki sangat  konon nak 𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧 𝙡𝙞𝙣𝙚 la.

 

Tapi sekarang, puak tu dah jadi pembangkang balik. Dan tengoklah apa terjadi. Pembangkang jadikan caci maki tu sebagai zikir. Sama macam dulu. Bukannya sebab PH. Tapi sebab ada pembangkang dulu yang masih pembangkang sekarang.


Jadi kalau ada lagi yang kata kerajaan sekarang masa jadi pembangkang pun sama macam pembangkang sekarang, jawablah...


Sebab pembangkang dulu yang masa kerajaan yang ada ni pembangkang, masih lagi pembangkang hari ini. Orang yang sama, dah tentu sifatnya masih sama.


Jadi kita tahulah siapa yang suka maki hamun tu kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEMUA MURID DAPAT 10 A AUTOMATIK KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI


 

RENDAHNYA ILMU


 

MISKIN ILMU MEREKA INI.... PROVOKASI


 

Sempadan Perlis, Kedah ‘Lubuk’ Ketirisan Subsidi Minyak








PADANG BESAR: Kawasan sempadan di Perlis dan Kedah, termasuk Pulau Langkawi, dikenal pasti sebagai antara zon paling kritikal yang terlibat dalam penyalahgunaan subsidi bahan api negara. 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dapatan itu berdasarkan rekod Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan sempadan negara. 


“Aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi di zon berkenaan dikesan berlaku melalui pelbagai modus operandi termasuk laluan darat dan perairan sempadan,” katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, petang tadi. 


Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi semasa ketirisan subsidi bahan api yang turut dipengaruhi jurang harga antara pasaran terbuka dan bahan api bersubsidi. 


Dalam masa sama, beliau mendedahkan perbelanjaan subsidi bahan api negara meningkat ketara daripada kira-kira RM700 juta sebulan kepada hampir RM6 bilion sebulan susulan tekanan krisis global. 


“Di zon timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, terdapat aktiviti mengambil bahan api bersubsidi di jeti LKIM, namun ia digunakan untuk aktiviti ‘ship to ship’ di perairan Zon Ekonomi Eksklusif. 


“Di zon selatan pula, di Selat Melaka dan Johor, melibatkan aktiviti ‘bunkering’ tanpa kebenaran. Di Sabah pula, ia melibatkan beberapa kawasan termasuk Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dengan modus operandi berbeza,” katanya. 


Tambah beliau, dalam tempoh 1 Januari tahun lalu hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 753 kes penyeludupan berjaya digagalkan dengan 1,460 individu ditahan. 


Nilai rampasan keseluruhan pula mencecah RM2.81 bilion. 


Sehubungan itu, kerajaan menegaskan komitmen untuk memperketat penguatkuasaan bagi membendung ketirisan subsidi serta memastikan ia hanya dinikmati oleh rakyat yang layak. 


Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Buletin TV3

.

Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis




PULAK.



 CnP



Menurut sumber dari rakan sekampung imam tersebut adalah seorang penyokong tegar Pas yang sentiasa bercakap tentang perjuangan Islam setiap kali berjumpa kawan2nya.




Imam yang juga penyokong tegar Pas tersebut di dapati merakam video adik ipar perempuannya tetapi telah di sedari lalu melaporkan kepada polis.


 Kejadian ini berlaku pada hari raya ke-4, di rumah nenek mereka di Kok Lanas, semasa  keluarga besar mereka berkumpul.


Namun begitu penyokong tegar Pas ini telah mengaku bersalah dan dihukum denda sebanyak RM8,000.





TIADA JIWA UMNO LAGI

 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵 ni memang Ketua Pemuda UMNO yang 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗣𝗔𝗦. Sebab tu la dia senada dengan lebai. Yang paling 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗱𝗮, sama-sama buat kenyataan tak check dulu fakta. Main sebut je.








Akmal nak kerajaan 𝘁𝗶𝗿𝘂 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱. Tapi apa cara yang Thailand gunakan?


Kerajaan Thailand gunakan 𝗲𝗺𝗲𝗿𝗴𝗲𝗻𝗰𝘆 𝗱𝗲𝗰𝗿𝗲𝗲. Apa tu? Bahasa mudah, mereka paksa pengeluar diesel untuk turunkan harga diesel sebanyak 2 baht. Macam gunakan Ordinan darurat la gitu.


Bila sebut je darurat terus teringat zaman 17 bulan Mahiaddin dulu. Demi nak kekalkan kuasa, sanggup dia isytiharkan darurat walaupun kesannya menyiksa rakyat. Pentingkan diri betul.


Owh... Patutlah si 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 suka cara Thailand. Rindu zaman 𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗮 la tu. Tapi Fadhli tu kita faham la. Cuma bila si budak Akmal pun sama, jadi macam pelik. Ni apa ni luar merah dalam hijau?


Tapi bila aku check berita Bahasa Melayu, rupanya tak ada satu pun yang laporkan yang Thailand gunakan 𝙀𝙢𝙚𝙧𝙜𝙚𝙣𝙘𝙮 𝘿𝙚𝙘𝙧𝙚𝙚 ni. Semua petik berita separuh je. Tak ada etika atau 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?


Malang bagi mereka, MADANI tak selemah kerajaan PN dulu. MADANI cerdik. Gunakan kaedah macam yang Thailand buat tu boleh 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿.


Ini bukan soal sayang pelabur lebih. Soalnya kalau pelabur lari, atau pelabur baru tak nak masuk, yang terkesannya adalah rakyat. Akan 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 dan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁. Macam zaman PN dulu la. Sampai ramai yang bunuh diri.


Kalau muka macam Akmal ni jadi menteri, memang hancur ekonomi negara. Rakyat pun boleh jadi papa diibuatnya. Akalnya singkat. Cari fakta tak nak. Yang dia usaha cuma nak burukkan kerajaan je.




Aku rasa jiwa Akmal dah tak lagi bersama UMNO. Dia lebih layak jadi Ketua Pemuda PAS. Kalau dak Akmal ni masuk PAS, aku yakin masa depannya akan lebih cemerlang. Walaun punya ramai yang akan walak kepadanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KESIAN WALAUN NI. ILMU ITU PENTING

 


Aman Muhammad



Begitulah perangai walaun.

Dalam media sosial berlagak samseng.

Bila berdepan semua jadi siput babi.


:)





KHIANAT PADA NEGARA


 

USTAZ SELEBRITI AMBIL KESEMPATAN


 

Subsidi diesel ada kelebihan dia, masuk duit terus ke akaun

 

Syam Ghaz


Subsidi diesel ada kelebihan dia, masuk duit terus ke akaun






Tapi sistem Budi Madani 95 mmg brilliant. Lihat saja resit dah tahu dah.


Jika rakyat tak guna, duit subsidi Kerajaan jimat, malah setiap liter Rakyat guna atau tak guna Kerajaan tahu. 


Warga Negara asing takleh langsung guna. Penyeludup  pula jika dia guna IC orang, mmg kena TKO terus, boleh detect.


Idea Budi Madani 95 guna IC ni datang dari Datuk Saifuddin Nasution, sblm di KDN dia jadi Menteri KPDN waktu PH1.0.


KPDN Incharge bab semua barangan subsidi, termasuk Stesyen minyak.


Bila dia di KDN, terus guna IC utk minyak subsidi, malah bantuan SARA direct ke IC juga dilaksanakan skali gus. Dah mcm credit card dah ic kita ni.


IC under Jabatan Pendaftaran Negara, JPN dibawah KDN.


Ibarat sebutir batu boleh 5-6 target kena.


Sebab tu bila Kerajaan nak laksanakan Budi Madani 95, Menteri yang paling laju bagi penerangan, jawab hujah pembangkang, turun ke stesyen stesyen minyak adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution.


Tak lama lagi, ambo jangka diesel pun akan guna mcm sistem Budi Madani 95 juga. 


Malah IC baru yang akan dilancarkan bulan Jun nanti lagi hebat, cangih, lagi banyak fungsi dan keselamatannya. 


Doakan semua berjaya ya 🤲🏻



BETUL KAH M𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

 

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀









Masih viral Filipina yang melaporkan mereka menerima bekalan Diesel dari Malaysia berjumlah 328 ribu tong.


Seronok Isham Jalil, Dr Azman Ibrahim dan seangkatannya sebab ada modal baru nak cerita kepada pengikut diorang.


PETRONAS dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dah nafikan bahawa Malaysia terlibat dengan urusniaga tersebut.


Sebenarnya media Filipina telah melaporkan lebih awal Selasa (7 April) lepas bahawa Setiausaha Tenaga Filipina memaklumkan bahawa ada 300 ribu tong Diesel akan tiba pada 10 April (Jumaat) dari Malaysia melalui Singapore yang dibeli daripada Vitol syarikat perdagangan komoditi antara terbesar di dunia.


Jadi memang benar ia tiada kaitan dengan PETRONAS mahupun Kerajaan sebab Kerajaan Filipina sendiri memaklumkan ia dibeli melalui Singapore daripada syarikat Vitol dan bukan secara langsung melalui Kerajaan (G2G) atau PETRONAS.


Persoalan yang timbul apakah minyak tersebut dari Malaysia?


Tidak ada bukti jelas minyak tersebut dari Malaysia.


Perdagangan eksport dan import komoditi seperti minyak sangat kompleks melibatkan banyak negara termasuk Malaysia.


Mari kita rujuk data perdagangan Diesel Malaysia melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


Tahun lepas Malaysia mengeksport Diesel ke luar negara bernilai RM58 bilion. 


Bunyi macam banyak kan? 


Tapi itu hanya angka besar "headline" seperti yang orang putih kata "devils are in the details" atau kita kena tengok data secara lebih mendalam untuk mengetahui perkara sebenar.


Daripada sebahagian besar eksport Diesel Malaysia ke luar negara, RM37.5 bilion sebenarnya adalah re-exports atau eksport semula yang bermaksud Diesel yang dieksport semula adalah Diesel yang Malaysia import dari luar negara kemudiannya dieksport semula ke luar negara.


Dalam masa yang sama Malaysia mengimport RM47.6 bilion diesel tahun lepas bermakna, sebahagian besar minyak Diesel yang Malaysia eksport sebenarnya adalah bersumber daripada negara luar.


Dalam bahasa mudahnya kita import dari luar negara untuk kita eksport semula.


Apa yang Malaysia buat sama seperti Singapore iaitu negara kita menjadi hub perdagangan minyak di rantau Asia.


Kita import RM47.6 bilion Diesel dari luar negara, RM37.5 bilion kita eksport semula ke luar negara dan RM10.1 bilion untuk kegunaan domestik.


Jadi tidak benar mengatakan Kerajaan dan PETRONAS seolah-olah menganaktirikan rakyat Malaysia dengan mengutamakan negara luar.


Dan perlu diingat kebanyakan eksport diesel ke luar negara adalah pembelian yang telah dikontrakkan (contracted purchase) yang dibuat lebih awal dan menjadi tanggungjawab Malaysia untuk menjual untuk tidak melanggar kontrak yang telah ditandatangani.


Ramai yang akan baca headlines, tapi tak ramai nak baca data dan fakta sebenar.


Fakta sebenar Malaysia adalah pengimport bersih minyak mentah kerana pengeluaran minyak mentah negara tidak mencukupi untuk menampung permintaan dan keperluan domestik di fasiliti penapisan dalam negara di Kerteh Terengganu, Port Dickson Negeri Sembilan, Sungai Udang Melaka dan Pengerang Johor. 


Malaysia juga menjadi pusat perdagangan minyak Asia dengan import dan eksport yang berlaku setiap masa bersama-sama Singapore yang juga hub besar perdagangan minyak Asia.


Isham Jalil atau Dr Azman Ibrahim mahupun Abdul Hadi Awang takkan faham benda macam ni. Lebih seronok sebarkan berita sensasi daripada fakta dan angka/data yang sebenar.


p.s: Tak sempat letak rujukan yang lengkap tapi rujuk screenshot data import dan re-exports Diesel Malaysia daripada DOSM dalam lampiran gambar.




PAKAI JA LAH..DAH BAGI MERUNGUT ..BAGI HARGA SEBENAR TAK KELUAR RUMAH ..ATAU NAIK BASIKAL


Hamdan Zainal



 KERAJAAN GILA!🤯






Hari ni isi minyak, tengok resit terus terdiam…


Total sebenar: RM166.53

Subsidi: -RM88.92

Aku bayar: RM77.61


Maknanya apa?

Kerajaan bayar lebih banyak daripada aku isi minyak sendiri.


Serius… kalau fikir balik:

Setiap kali kita isi minyak RON95, sebenarnya kita tengah guna duit subsidi negara.


Bukan sikit-sikit…

lebih separuh ditanggung.


Kadang kita marah, kita komplen…

Tapi benda macam ni ramai tak sedar.


Bukan nak backup sesiapa,

tapi fakta tetap fakta.

subsidi ni memang wujud dan kita semua rasa.


Soalan dia sekarang:

👉 Sampai bila kerajaan mampu tanggung macam ni?

👉 Dan kita sendiri, cukup hargai ke benda ni?


Fikir-fikirkan.


#Minyak #Subsidi #Realiti