keh..Keh..keh..Bila Mahathir memberikan pakuan terakhir kepada Bersatu, maka berpecahlah…


 


ANALISIS


Nampaknya tekanan kepada Pengerusi PN dan Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin semakin teruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamed campur tangan.

Kalau sebelum ini, ahli parti beliau yang memberikan tekanan, kini Mahathir juga menekan beliau.



Ia bermula dengan perhimpunan agung parti itu September lalu apabila Mahiaddin sendiri mendedahkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau melalui kutipan tanda tangan untuk mendesak beliau meletakkan jawatan.

Ekoran pendedahan yang mengecohkan itu, Mahiaddin berjaya mendapatkan mandat dari perhimpunan itu untuk menamakan beliau sebagai calon PM dari Bersatu.

Namun ia tidak berhenti di situ. Ia merebak terus apabila bekas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dipecat manakala Wan Ahamd Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Macang di gantung keahlian parti.

Sejak itu, satu demi satu sidang media dibuat menuntut Mahiaddin melepaskan jawatannya sebagai Presiden Bersatu

Ekoran kekalahan teruk PN dalam PRN Sabah, sekali lagi Mahiaddin ditekan agar melepaskan jawatannya oleh pemimpin Bersatu di Sabah.

Turut kecoh apabila Mahiaddin mengumunkan calon PN dari Pas yang menang di Karambunai, Sabah tidak menyertai blok kerajaan, tetapi Timbalan Presiden Pas pula mengumumkan beliau menyertai blok kerajaan Sabah.

Serentak dengan itu juga, pimpinan akar umbi Bersatu memberikan tekanan ke atas Mahiaddin. Di Perak, 18 Ketua Bahagian Bersatu membuat sidang media mendesak Mahiaddin melepaskan jawatannya.



Antaranya mereka mendakwa amat sukar untuk mereka mempertahankan Mahiaddin apabila menantu beliau lari keluar negara selepas dicari oleh SPRM.


Sehari selepas itu, ketua-ketua bahagian yang menyokong Mahiaddin pula membuat penyataan khas mereka menyokong Mahiaddin. Ia diketuai oleh timbalan presiden yang diturunkan pangkat, Datuk Faizal Azumu.


Dalam masa yang sama, Ketua Bersatu Port Dickson, Chegu Bard atau nama sebenarya Badrul Hisham Shahrin membuat kempen jalan kaki ke Johor. Beliau mendedahkan banyak perkara tentang kekecohan dalam Bersatu dalam kempen ini.


Selepas itulah, Mahathir turut campur tangan dan tidak duduk diam lagi. Beliau tampil ke depan seolah-olah dialah yang menjadi dalang sebenarnya dalam kekecohan dalam Bersatu ini.


Tun Mahathir dedah kalau Muhyiddin tidak menjadi PM dia akan masuk ‘dalam’.


Perkara itu didedahkan mantan PM dua kali itu dalam satu pertemuan bersama Armada Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10 Disember lalu.


“Dia bukan apa..dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.


“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” katanya.


Mahathir mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu mencuri duit sumbangan kepada parti PN dan didakwa disimpan di kediamannya.

“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.

“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.

Kenyataan Mahathir ini amat mengejutkan kerana ia berlaku ketika beliau berusaha kononnya untuk menyatukan Melayu di negara ini.

Kalau begitu, beliau sebenarnya bukan menyatukan Melayu bahkan memecahkan Bersatu yang sememangnya sudah mahu pecah.

Jadi sekarang Mahathir menyertai Pas dan penentang Mahiaddin dalam Bersatu untuk memberikan pakuan terakhir kepada PN dan Bersatu agar Berpecah.




UMNO PANDAI JAGA KEBAJIKAN AHLI.PKR...MMMM..




 Hari ni Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan luah rasa kecewa pasal pembahagian jawatan politik di Negeri Sembilan yang katanya tak kena dengan semangat kerjasama macam di kerajaan pusat.



Tok Mat dulu pernah puji DAP dan PH sebagai parti yang jujur, tak bermuka-muka.


Tapi sekarang lain pula nada dia.


Takpe Tok Mat teruskan berjuang untuk jawatan ahli-ahli UMNO, mereka macam tak boleh hidup tu tanpa jawatan dan elaun.



KEEJA APMM TAPI KUTUK JABATAN

Aman Muhammad


 Di saat kami umat Islam bersungguh-sungguh membela APMM daripada fitnah PAS yang memburuk-burukkan APMM dengan fitnah bohong yang jahat..









Rupa-rupanya masih ada  walaun dalam kalangan APMM yang begitu taksub mempertahankan PAS yang memfitnah APMM.


"Penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan, sila letak jawatan"

- Presiden PAS, 2021.


;)



3 TAHUN LEPAS MENANG, DAP MULA BERSUARA. APA SEBABNYA. JOM DENGAR


 

CEPLOS Koyak Salim Rabak

Zuwairi Md Yusif


Baik CEPLOS mahu pun SALIM asal koyak rabak ja mulalah dia merapu tuduh kawan tu GAY lah,kawan ni hisap itulah.Gang dia sendiri mudah sentap tak mampu berhujah dan kena bahan make terlondehlah wajah sebenar masing2 yang cuba di tutup mereka di depan anda semua dalam posting2 dan video2 tiktok mereka gebang.ISWARDY dalam live yg hari itu bukan malam tadi ade cakap tugas CEPLOS RM 8000 sebulan ialah turun ke bawah buat soal selidik tanya rakyat ape pendapat mereka tentang kerajaan dan polisi2 yang telah di buat setakat ini untuk dapat maklum balas dan bagi pada atasan bukannya ko pergi serang Rafizi,HIRUK,SIMPSONS dan syok sendiri makan gaji buta.










Kalau anda nampak SALIM dan CEPLOS tak buat keja penerangan dan sibuk menyerang RR,HIRUK,SIMPSON anda ludahkan ramai2 live tiktok,posting2 dan ciapan2 mereka ramai2 dan lihat betapa tisunya mereka mudah sentap bila di sekolahkan anda.Fb mereka jangan lupa hentam sekali.Mereka2 ini bukan Pejuang pun tapi Katak2 yang melompat ke mana saja ade habuan buat mereka yang menang pilihanraya dan menjadi kerajaan sama macam Katak Sabah yang jadi wakil tunggal PKR di DUN Sabah itu.RAFIZI dah pesan jangan meratib nama die je takut bila ajal tiba nak mengucap pon salah nama.KC Paya Besar terciduk,CEPLOS berkecamuk,kahkahkah




MENJELANG PRU16.

 Che Ibrahim


MENJELANG PRU 16


Jika BN berkerjasama dgn PH dlm PRU 16 nanti, maka PN akan bertanding samada menentang BN atau PH di semua kerusi Parlimen di Semenanjung. Pertandingan 2 penjuru insyaAllah akan memihak kepada PH/BN.




Adapun di Sabah dan Sarawak, mungkin PH dan BN kena bincang strateji yang tuntas dengan GRS dan GPS. Jika ini berlaku, maknanya Kerajaan Madani ada deposit yang kukuh  untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan bagi penggal kedua.




OWHHH...


 

ISU SEKOLAH CINA DAN UEC


 

SIJIL UEC TIDAK LAYAK DIIKTIRAF - TOK MAT



Sebagai sebuah negara yang berdaulat, sistem pendidikan mestilah di bina selaras aspirasi nasional. Ia mesti di sandarkan pada misi, nilai, kepentingan dan cita-cita nasional. 


Dan ia mesti dilaksanakan dalam bahasa ibunda bagi memperkukuh identiti kebangsaan. 


Namun bagi meraikan kepelbagaian dan meraikan kepentingan kaum berlainan,  Kerajaan tidak pernah menghalang UEC di laksanakan. 


Ia telah di laksanakan oleh Dong Zong semenjak 1975 lagi. Dan ia tidak menghadapi apa jua masalah pelaksanaan. 


Yang menjadi isu ialah pengiktirafan kelayakan tersebut. 


Kerajaan tidak ada masalah mengiktiraf jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan di gubal menepati aspirasi nasional. 


Selagi ia tidak menepati ciri tersebut, maka, ia tidak boleh di setarakan dengan kelayakan nasional. 


Sebagai sebuah negara yang pelbagai kaum, bukanlah mudah untuk mengukuhkan perpaduan nasional. 


Kerana itu kita percaya, satu-satunya jalan bagi membentuk identiti nasional ialah melalui pendidikan dalam bahasa kebangsaan dan kurikulum yang direka bersumber kearifan tempatan dan diimbangi dengan standard antarabangsa. 


Kita lakukannya dengan mengambil kira agar standard kita tidak tersasar dari amalan terbaik antarabangsa. 


Pendidikan jangan lah kita politikkan. 

Ia adalah satu-satunya arena untuk anak-anak kita, dari pelbagai bangsa, belajar bekerjasama antara satu sama lain dalam semangat yang muhibbah. 


Tetapi jika ada rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional itu, maka mereka mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem UEC. Itu tiada siapa akan menghalang. 


Tetapi janganlah kerajaan di paksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional. 


Bagi tujuan kemasukan ke universiti, ia tidak menjadi masalah. Ia di terima di kebanyakan universiti di Malaysia dan diluar negara. 


Selagi tiada usaha mereformasi sistem UEC agar diharmonikan dengan aspirasi nasional, maka ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan dan akan tidak perlu untuk diiktiraf dengan selayaknya.


Mohamad bin Hj Hasan


Sumber - https://www.facebook.com/share/p/1GUK41W1hR/?mibextid=wwXIfr




ENJIN MATI DIKETINGGIAN 37000 KAKI

 




Keempat-empat enjin terhenti pada ketinggian 37,000 kaki. Dan kapten pesawat itu menyampaikan salah satu pengumuman paling tenang dalam sejarah penerbangan.


24 Jun 1982.


British Airways Flight 9 sedang terbang tenang di atas Lautan Hindi apabila kru melihat sesuatu yang pelik. Cahaya biru menari di sepanjang tingkap kokpit.


Percikan berkilau pada sayap. 

Langit kelihatan seperti sedang terbakar.


Kemudian sesuatu yang mustahil berlaku.

Satu enjin terhenti.


Kemudian satu lagi.

Dan satu lagi.

Dan akhirnya yang terakhir.


Dalam masa kurang dua minit, semua enjin pada pesawat Boeing 747 itu mati. Pesawat gergasi seberat 300 tan itu bertukar menjadi glider senyap yang jatuh menuju laut dengan 263 penumpang di dalamnya.


Penumpang melihat kabin dipenuhi asap dan topeng oksigen jatuh. Ada yang mula menulis nota terakhir. Mereka benar-benar menyangka sedang melalui detik-detik terakhir kehidupan.


Pada saat itulah Kapten Eric Moody mengambil mikrofon dan bercakap dengan ketenangan yang sehingga hari ini masih mengagumkan para juruterbang:


“Tuan-tuan dan puan-puan, kita menghadapi sedikit masalah.


Keempat-empat enjin telah berhenti.

Kami sedang melakukan sedaya upaya untuk menghidupkannya semula.

Saya berharap anda tidak terlalu bimbang.”


Sedikit masalah.

Semua enjin hilang.

Tujuh batu di atas lautan.


Namun suara itu menenangkan ratusan manusia daripada panik.

Di kokpit, kru bekerja tanpa henti melalui prosedur restart berkali-kali.


Cubaan ke-10.

Ke-12.

Ke-15.


Setiap kegagalan membawa mereka semakin hampir kepada pergunungan di Jawa. Masa dan ketinggian semakin habis.

Kemudian sesuatu yang luar biasa berlaku.


Pada ketinggian 13,500 kaki, satu enjin hidup semula.

Kemudian satu lagi.

Dan satu lagi.


Sehinggalah keempat-empat enjin kembali berfungsi selepas 13 minit dalam senyap total.


Tetapi mereka masih berdepan satu masalah baharu. Awan abu gunung berapi telah menghakis dan "menggilap" cermin kokpit sehingga menjadi legap. Hampir mustahil untuk melihat keluar. 


Mereka terpaksa mendarat menggunakan instrumen dan sedikit pandangan dari tingkap sisi.


Setiap seorang penumpang terselamat.

Hanya selepas itu penyiasat mengetahui puncanya.


Pesawat tanpa sedar telah terbang melalui awan abu Gunung Galunggung. Abu gunung berapi tidak dapat dilihat pada waktu malam dan tidak muncul pada radar. 


Di dalam enjin jet, abu cair melapisi komponen penting, lalu mematikan enjin sepenuhnya.


Enjin hanya boleh hidup semula selepas pesawat turun kembali ke udara yang bersih.


Flight 9 mengubah dunia penerbangan.


Hari ini, amaran abu gunung berapi, sistem pemantauan global dan prosedur elak laluan segera wujud kerana apa yang berlaku malam itu.


Di atas kertas, ia kelihatan seperti nasib baik yang menyelamatkan pesawat.


Tetapi hakikatnya, nasib itu hanya berfungsi kerana kru tidak pernah berhenti mencuba walaupun ketika harapan hampir tiada.


Pengumuman tenang Kapten Moody masih digunakan sehingga kini dalam latihan penerbangan sebagai contoh kepimpinan ketika krisis.


Jadi persoalan sebenarnya…


Apabila “enjin-enjin” dalam hidup kita terhenti adakah kita panik, 

atau kita terus mencuba sehingga sesuatu kembali menyala?


#DrAzuraHashim




KEH KEH KEH... APA L A WOIIII..

 


WOIII... SEKOLAH KE TIDAK? MIOK. APA LA MP QAZAF GINI

 


PAPAGOMO AKAN MUFLIS SEKIRANYA DIDAPATI BERSALAH KERANA MEMFITNAH SALOMA!


Pengurusan Saloma Kuala Lumpur hari ini menafikan dakwaan berunsur fitnah yang mengaitkan premis itu dengan beberapa aktiviti meragukan dan memberikan gambaran negatif terhadap syarikat berkenaan dan operasinya. Saloma Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan dakwaan yang dibuat individu dikenali sebagai Papagomo menerusi siaran langsung di media sosial yang kemudiannya tular, telah menimbulkan salah faham serta menjejaskan imej restoran itu. “Situasi ini telah menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan orang awam, khususnya pelanggan setia kami yang selama ini menyokong perkembangan perniagaan bumiputera ini. "Bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi, kami menegaskan bahawa semua kenyataan yang dibuat dalam siaran langsung tersebut adalah palsu, tidak berasas dan bermotif jahat. “Saloma Kuala Lumpur beroperasi secara sah, mematuhi sepenuhnya undang-undang negara dan tidak pernah terlibat dalam apa jua aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/763154 2. https://www.malaysiakini.com/news/762923 #papagomokakifitnah #gengsapubersih #politikussampah Join this channel to get access to perks:    / @oraitnopochannel   N







INI KAH STANDARD SENATOR PAS? TERBAIK JAWAPAN DARI TIM MENTERI!

KERAJAAN GAGAL URUS PERSEPSI DAN TAK PANDAI URUSKAN BERITA.


 

KENA HENTAM DENGAN ANWAR. TAKIYUDDIN DIAM. SEMBANG KENCANG TAPI ISTIHAR HARTA TAK BERANI.MASA PERINTAH HARTA MELAYU SAKAW.

BARUA PEMFITNAH...DUA DUA SAMA.


RMS


 Kesian pada mamat ni.. ntah berapa kali Jumaat lagi.. asyik sikit lagi gaisss.. dah diulang berkali kali.. gambar pun AI.. aku rasa tanjung rambutan boleh dah angkut mamat ni..





AWAS SCAMMER TIRU SUARA MELALUI AI.

 

Nazri Hamdan


PDRM dedahkan satu bentuk penipuan baru yang memang licik, bila scammer guna teknologi AI untuk tiru suara mangsa hanya dengan beberapa saat rakaman. 





Modus operandi dia ringkas tapi berbahaya di mana mangsa terima panggilan senyap, bila jawab “hello… hello…”, suara itu dirakam. 


Lepas tu AI digunakan untuk klon suara mangsa dan penipu akan hubungi ahli keluarga kononnya mangsa berada dalam kecemasan dan perlukan wang segera.


Yang buat scam ni jadi sangat berkesan ialah faktor emosi. Bila ibu bapa dengar suara anak sendiri yang kedengaran panik atau tertekan, logik selalunya kalah dengan perasaan. 


Penipu sengaja cipta situasi tergesa-gesa supaya mangsa tak sempat berfikir atau buat pengesahan, terus transfer duit ke akaun pihak ketiga. 


Ini bukan scam rawak lagi, tapi gabungan AI dan manipulasi psikologi yang memang susah nak kesan kalau tak berhati-hati.


Sebab itu PDRM nasihatkan orang ramai supaya jangan bercakap dulu bila jawab panggilan tak dikenali, biar pemanggil perkenalkan diri dahulu. Kalau senyap atau mencurigakan, terus tamatkan panggilan. 


Dan kalau melibatkan duit, wajib sahkan melalui saluran lain seperti call balik nombor sebenar, video call atau tanya soalan peribadi yang AI susah tiru. 


Zaman sekarang, keselamatan bukan tentang percaya atau tidak, tapi tentang sahkan dulu sebelum bertindak.




TU DIAAA TIBA DI LANGKAWI...MP DIA TAK NAK BUAT JAMBATAN KAH? KIOK

 











Tiba di Langkawi, Kedah bagi menghadiri beberapa program yang dirangka untuk memperkukuh hubungan Kerajaan dengan rakyat serta memastikan setiap dasar dan inisiatif terus berpaksikan keperluan mereka.



Dalam kesempatan ini, saya turut melakukan tinjauan di Jeti Kuah untuk melihat sendiri mutu perkhidmatan yang disediakan, selain mendengar pandangan serta keperluan para pengguna.


Jeti Kuah memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama ke Langkawi, bukan sahaja menghubungkan pergerakan rakyat dan pelancong, tetapi juga menyokong kegiatan ekonomi setempat. 


Kerajaan MADANI akan terus memastikan kemudahan awam seperti ini diperkasa demi keselesaan, keselamatan dan kepentingan rakyat keseluruhannya.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗥𝗠𝟰𝟬𝗕𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡, 𝗧𝗨𝗡 𝗠 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗥𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱





✍️ Ahmad Mursi


1.  Selepas Yahoo Finance dedah kekayaan Mahathir RM40 bilion, TunM heret pakcik² pencen yang dok berehat untuk jadi 'bala tentera politik' TunM.


2.  Dia jual cerita kononnya Perjanjian ART 2025 sebabkan “Malaysia hilang kemerdekaan dan ditakluk oleh Amerika”.


3.  Adakah ART tiada langsung ‘exit clause’? ADA. Artikel 7.5 jelas Malaysia boleh tarik diri secara UNILATERAL dengan notis bertulis enam bulan. 


4.  Lepas keluar, semua komitmen ART batal. Tak perlu lagi beri layanan khas kepada syarikat US. Perdagangan kembali kepada peraturan tarif asal yang Trump paksakan kepada seluruh dunia. 


5.  Itu bukan bebas merdeka ke? tak suka, hantar notis, keluar, tutup cerita. Ini bukan 'janji setia hingga mati' seperti yang Mahathir gambarkan.


6.  Sesiapa pun tak suka sign perjanjian seperti ni tapi apa pilihan yang ada untuk 'stop bleeding' dari tarif 24% Trump ke atas RM200bil export kita? Ini ancam ekonomi kita dan jutaan pekerjaan rakyat.


7.  Mahathir buat² lupa komitmen WTO tahun 1994/95 — perjanjian perdagangan multilateral paling komprehensif di dunia yang ikat komitmen Malaysia banyak perkara. 


8.  Banyak dalam ART 2025 ulangi komitmen dalam WTO. ART ni 400 muka surat; WTO pula beribu-ribu muka surat perjanjian multilateral. Kalau ART 'gadai negara', habis tu WTO apa pula?


9.  Era Mahathir mulai kerja awal untuk Trade & Investment Framework Agreement (TIFA) yang buka pintu rasmi rundingan FTA dengan Amerika. 


10.  Ironinya, isu yang Mahathir bising hari ini tentang GLC, Bumiputera, tarif dan layanan adalah isu sama yang dibahaskan masa rundingan FTA dulu.


11.  Untuk tambah elemen drama dalam propanya, Mahathir dakwa kononnya selepas sign ART, kerajaan Madani sign pula perjanjian pertahanan dengan AS. 


12.  Hakikatnya, kerjasama pertahanan Malaysia–US dah lama wujud sejak zaman Mahathir lagi: latihan CARAT, program IMET, pertukaran pegawai dan bantuan teknikal ketenteraan. 


13.  MoU pertahanan 2025 itu cuma formalise apa yang dulu dibuat secara ad-hoc. Tiada sebarang syarat buka pangkalan atau jadi sekutu perang atau beli senjata Amerika seperti diwar-warkan. MoU pula disemak balik selepas 5 tahun.


14.  Jadi, kita tak perlu “merdeka dari Amerika”. Kita perlu merdeka dari diperdaya pemimpin yang kumpul berbilion masa berkuasa.



BEBAS

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara untuk tidak memfailkan rayuan dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor dibuat secara bebas berdasarkan lunas undang-undang, dan bukan atas dasar pengaruh politik atau penyokong.






Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut perlu dilihat dari perspektif proses perundangan yang telus sejak pendakwaan dimulakan pada 2018.


Anwar menambah, keputusan untuk tidak merayu dibuat selepas penelitian semula oleh pihak Peguam Negara, berdasarkan penghakiman yang menyatakan kes berkenaan terlalu lemah.


#AWANInews


Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ag-tarik-balik-rayuan-kes-rosmah-bukan-kerana-dia-penyokong-kita-pm-551514




Pak Sheikh Dah Hilang Sabar….






1. Kenyataan PMX hari ini terhadap DAP agak keras berhubung isu UEC. 


2. Mungkin beliau pun agak hilang sabar dengan tekanan demi tekanan yang dihadapinya daripada DAP sejak PRN Sabah. 


3. Ketika isu pakaian wanita dan laporan polis masih lagi panas, datang pula isu UEC, dan hari ini Guan Eng pula memberi tekanan lagi. 


4. Bertalu-talu mereka beri desakan…..


5. Itulah DAP…itu juga antara punca PAS putuskan kerjasama politik dengan DAP dulu. 


6. Dulu PAS bersabar…cuba baiki….cuba rapatkan hubungan dan fahamkan sedikit demi sedikit, tapi mereka tetap dengan sikap mereka. 


7. Akhirnya PAS terpaksa putuskan hubungan dengan mereka. 


8. Insyallah saya akan kongsikan dalam posting akan datang.




TUUU DIAAAA....HANGPA PAKAT LAGU MANA NIH



 Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencadangkan agar bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas peguam negara Tommy Thomas dipertanggungjawabkan atas pembebasan Rosmah Mansor dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berjumlah RM7 juta.





Ini susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menarik balik rayuan terhadap pembebasan isteri bekas perdana menteri Najib Razak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Menolak dakwaan wujud campur tangan politik, Anwar berkata Rosmah didakwa pada 2018 tetapi mahkamah kemudian membebaskannya kerana kes tersebut “lemah”.


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/763298




Mampukah Jambatan Melaka–Indonesia Direalisasikan atau Sekadar Projek Gajah Putih Baharu?”








Oleh: Azizul Farhan


Kalau ikut cita-cita orang politik, Melaka ni bukan setakat bandar pelancongan naik beca dan makan asam pedas. Mereka nak Melaka jadi pintu gerbang dunia, siap boleh drive kereta terus masuk Indonesia. Bunyi macam mengarut, tapi ini memang serius dibincangkan, dikaji, siap ada angka bilion-bilion atas kertas.


Persoalan dia sekarang, jambatan Melaka–Indonesia ni impian mega yang memang patut kita kejar atau sebenarnya satu lagi projek gajah putih yang sedap atas kertas, tapi sakit dekat rakyat dan negara?


Kita rewind sikit.


Idea nak sambung Semenanjung dan Sumatera ni bukan idea baru. Seawal pertengahan 1990-an, masa Tun Mahathir dan Presiden Suharto masih berkuasa, mereka dah bincang betul-betul pasal jambatan merentasi Selat Melaka.


Renong Berhad masa tu dilaporkan tengah buat kajian untuk jambatan kira-kira 24–25 kilometer merentasi Selat Melaka. Kalau jadi, itu mungkin jambatan pertama yang menghubungkan Malaysia–Indonesia melalui jalan darat. Menteri Kerja Raya masa tu, Mendiang S. Samy Vellu sendiri pernah sebut perkara ni waktu lawatan rasmi ke Lubnan.


Tapi datang tahun 1997, krisis kewangan Asia meletup. Banyak projek mega direhatkan atau terus dikuburkan. Jambatan Melaka–Indonesia pun jadi salah satu mangsa. Cinta lama yang tak sempat jadi.


Masuk 2000-an, idea tu muncul balik. Ada sebut jambatan 35km, ada sebut 48km, ada versi 127.92km. Nama Teluk Gong, Dumai, Pulau Rupat mula naik dalam berita. Ada bank China sedia taja sampai 85 peratus kos, ada syarikat swasta yang datang bawa proposal. Atas kertas, semua nampak macam futuristik dan hebat.


Lompat ke zaman sekarang. Di Melaka, semangat nak sambung balik projek ni tak pernah betul-betul mati.


Ketua Menteri sekarang, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh beberapa kali ulang dalam media yang kerajaan negeri tengah tunggu kerangka kajian jambatan Melaka–Indonesia untuk dibentang kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN). 


Kajian impak pula sudah diperuntukkan RM500,000 dalam Bajet 2025 negeri Melaka. Bukan sikit-sikit anak bajetnya.


Mengikut kenyataan beliau, titik paling hampir untuk jambatan ialah di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Jarak lebih kurang 47.7km. Kalau campur sambungan ke Dumai dan laluan darat lain, ada juga versi yang kata total perjalanan boleh cecah sekitar 55km. Ada juga kenyataan sebelum ni yang sebut angka lebih 100km, siap ada idea terowong bawah laut.


Dalam imaginasi kerajaan negeri, jambatan ini akan jadi “world gateway” yang bukan saja mudahkan orang Sumatera datang Melaka, tapi juga mempercepat pergerakan ke KLIA, hidupkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) dan buka kawasan perindustrian baharu 5,000 ekar. Pendek kata, Melaka nak jadi hub ekonomi baharu Nusantara.


Di atas kertas, memang nampak manis. Tapi, masalah bermula bila kita tanya soalan paling basic, siapa nak bayar semua ni dan berbaloi ke tidak?


Anggaran kos yang pernah disebut pelbagai pihak pernah cecah lebih RM44 bilion, kemudian RM52 bilion dan terkini ada yang sebut lebih RM54 bilion. Itu semua angka sebelum kita kira inflasi bahan binaan, perubahan kadar faedah, risiko teknikal dan kos tambahan jika terpaksa ubah design untuk patuh undang-undang laut antarabangsa.


Kita boleh banding mudah dengan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang yang panjang sekitar 24km. Tol pun ramai kata mahal. Sekarang bayangkan jambatan lebih empat hingga lima kali ganda panjang. Kalau tol naik berkali ganda, sanggup ke orang bayar semata-mata nak jimat sejam dua perjalanan? Atau mereka akan kekal pilih feri yang lebih fleksibel dan murah?


Pak menteri memang boleh kata “impak ekonomi besar”, “katalis pertumbuhan”, “hub serantau”, tapi pelabur dan rakyat sendiri akan tanya, berapa banyak kenderaan sehari yang betul-betul akan guna jambatan ni dan berapa tahun baru pulang modal?


Realitinya, trafik dari Dumai bukan macam trafik dari Butterworth ke Penang. Dumai bukan Jakarta, bukan Medan, bukan bandar mega. Infrastruktur darat di Sumatera untuk sambung jaringan highway pun masih jauh ketinggalan. Jadi walaupun jambatan ni nampak gah, belum tentu ada trafik yang cukup untuk justify kos.


Masalah seterusnya bukan soal duit semata-mata. Lokasi jambatan ni ialah Selat Melaka, antara laluan kapal paling sibuk di dunia.


Setiap hari kapal kontena, kapal minyak, kapal LNG lalu sini membawa perdagangan antara Timur dan Barat. Kalau kita letak struktur mega sepanjang berpuluh-puluh kilometer di tengah-tengah laluan utama, kita sebenarnya tengah kacau satu nadi ekonomi global.


Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, pakar undang-undang maritim dari USIM pernah tulis panjang lebar pasal risiko ini. Bila ada jambatan panjang menyeberangi selat, kapal-kapal terpaksa perlahan, laluan jadi sempit dan risiko pelanggaran dengan tiang jambatan meningkat. Kalau berlaku tumpahan minyak atau kemalangan kapal besar, kesan dia bukan saja pada Malaysia–Indonesia, tapi pada rantau dan ekonomi dunia.


Bawah Konvensyen Undang-undang Laut PBB (UNCLOS), negara pesisir selat ada tanggungjawab untuk pastikan laluan transit kapal tak diganggu. Kalau projek jambatan Melaka–Indonesia menjejaskan kebebasan pelayaran, jangan terkejut kalau nanti negara lain keluarkan nota bantahan diplomatik. Senang cerita, ini akan jadi isu geopolitik dan undang-undang antarabangsa.


Lagi satu bab yang selalu dipandang remeh berkenaan alam sekitar.


Teluk Gong dan kawasan berhampiran ialah lokasi penting untuk penetasan penyu karah. Kerja-kerja pembinaan jambatan macam penambakan, penggerudian dasar laut, pembinaan tiang dan sebagainya boleh ubah aliran arus, rosakkan habitat laut dan ganggu kawasan nelayan.


Bila ekosistem laut berubah, bukan setakat penyu yang hilang. Industri perikanan, pelancongan dan komuniti pesisir pantai seluruhnya boleh terjejas. Duit pampasan mungkin boleh diberi, tapi kerosakan jangka panjang susah sangat nak dibaiki.


Kajian impak alam sekitar untuk projek macam ni bukan kerja sebulan dua. Boleh makan tahun dan belum tentu keputusannya positif.


Indonesia pun bukan terdesak sangat nak jambatan ni.


Ramai fikir kalau Melaka yakin, Indonesia pun mesti sama-sama teruja. Sebenarnya tidak semudah itu.


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dulu pernah sebut secara terbuka, beliau tolak projek jambatan Selat Melaka kerana bimbang Sumatera hanya akan jadi “koridor” yang dikorek habis sumbernya oleh kuasa luar. Jokowi pula fokus kepada projek tol laut, pelabuhan dan pindah ibu negara ke Kalimantan. Jambatan mega 100km ke Melaka bukan dalam senarai teratas kepentingan mereka.


Indonesia sendiri pernah gugurkan projek Jambatan Selat Sunda yang nak sambung Jawa dan Sumatera, dua wilayah yang jauh lebih kritikal berbanding Dumai–Melaka. Kalau jambatan antara Jawa–Sumatera pun mereka hold, apatah lagi jambatan ke negara lain.


Dengan bahasa mudah, tanpa political will yang sama kuat dari Jakarta, projek jambatan Melaka–Indonesia ni macam cinta bertepuk sebelah tangan.


Politik Melaka dan sindrom projek “gajah putih”.


Dari sudut politik tempatan, ramai juga yang dah bagi amaran. Ahli Parlimen Kota Melaka sendiri pernah tegur kerajaan negeri sebab pengumuman mengenai projek ni kerap sangat berubah. Sekejap jambatan, sekejap terowong, sekejap 47km, sekejap 120km.


Orang ramai jadi keliru dan sinis. Tambah pula rekod Melaka yang tak berapa cantik. Mana taknya, monorel tergantung, pulau tebus guna yang terbengkalai, projek komersial yang tak habis-habis. Bila dengar “projek mega baharu”, rakyat automatik terfikir “ini satu lagi gajah putih ke?”


Bila kerajaan negeri umum kajian demi kajian, tapi tak pernah tunjuk hasil penuh kepada umum, lagi lah timbul tanda tanya. Kalau projek ni benar-benar kukuh dari segi kos-faedah, kenapa tak dedahkan laporan dan buka sesi town hall dengan rakyat dan pakar?


Jadi, sebenarnya jambatan Melaka–Indonesia ni boleh buat ke tak?


Jawapan jujur dari sudut teknikal, ya, manusia memang mampu bina. Negara lain dah buat jambatan dan terowong yang panjang gila. Teknologi ada, jurutera ada, syarikat mega pun ada.


Tapi dari sudut realiti seperti ekonomi, undang-undang, alam sekitar, politik dua negara dan keperluan sebenar rakyat, projek ni sekarang lebih dekat kepada impian mega atas kertas berbanding keperluan mendesak.


Kerajaan negeri mungkin nampak jambatan ni sebagai simbol kebanggaan dan “legacy project”. Tapi kalau kos melambung, trafik tak cukup, laluan kapal terganggu, alam sekitar rosak dan Indonesia tak betul-betul komited, kita kena berani kata lebih baik upgrade sistem feri, pelabuhan dan penerbangan dulu sebelum mimpi jambatan 100km atas laut.


Impian besar tak salah. Cita-cita tinggi pun bagus. Tapi dalam dunia sebenar, bukan semua impian mega patut ditukar jadi konkrit. Ada yang lebih baik kekal sebagai imaginasi atau ditangguhkan sampai dunia, teknologi, kos dan keutamaan politik betul-betul bersedia.


___


Melaka ni tolong lah jangan bazir buat benda-benda gini. Banyak lagi tarikan sejarah yang boleh diketengahkan, bukan projek terbengkalai.


Jadi kita semua kena lah belajar macam mana nak spend duit kita dengan betul, kan?


Dapatkan ART OF SPENDING MONEY karya penulis THE PSYCHOLOGY OF MONEY, Morgen Housel versi BM di sini:

https://s.shopee.com.my/7KpqnfZnRO



BERBINCANG BERSAMA TRUMP

 


Saya telah menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, di mana kami berbincang berkenaan konflik Kemboja-Thailand, hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.






Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja–Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN. 


Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN.


Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah penyaheskalasian.


Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif Amerika Syarikat dengan ASEAN serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.


______________________


I received a telephone call from the President of the United States, Donald J. Trump, during which we discussed the Cambodia–Thailand conflict, bilateral relations, and global issues of mutual concern.


On the tensions along the Cambodia–Thailand border, I outlined Malaysia’s role in urging both countries to exercise restraint and return to dialogue through bilateral channels and ASEAN mechanisms.


Malaysia remains ready to support efforts to de-escalate the situation, protect civilians, and help restore regional stability, in line with ASEAN’s spirit of good neighbourliness.


As ASEAN Chair, Malaysia will convene a Special ASEAN Foreign Ministers’ Meeting soon, in a way to assess the situation and support de-escalation measures.


I also conveyed my appreciation for the United States’ active engagement with ASEAN and the confidence placed in Malaysia as Chair of ASEAN 2025.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




KETUA PEMUDA PARTI ISLAM APA FITNAH KENA BAYAR SAMAN. KIOK.


 

KEH.KEH KEH.....KELAUT LA KO


 

LAIN PARTI LAIN PULAK PENDAPAT ? KIOK LAGI


 

NOHHHH...JANJI DICAPATI.KIOK

 


AKU BUKAN CEPLOS BEEBAYAR

 

Fahmi Rezza.



"Semua kerajaan pun kau kritik dan lawan, semua PM tak kena kat mata kau, apa yang kau nak sebenarnya?"






Apa yang aku nak sebenarnya? 


Aku nak mereka kembalikan kuasa kepada rakyat. REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


Pada tahun 2013 aku ikut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013. Beratus ribu orang membanjiri Stadium Merdeka.


Aku hadir bawak sepanduk protes yang berbunyi, "WE WANT REAL CHANGE & REAL DEMOCRACY, NOT JUST A CHOICE BETWEEN COKE & PEPSI" seperti dalam gambar di bawah.


Aku tak masuk dalam stadium, hanya berdiri di luar dengan sepanduk aku. Aku hadir bukan untuk dengar ucapan2 yang membosankan dari tikus2 kantor dan elit2 politikus Pakatan Rakyat macam Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Nik Aziz, Saifuddin Nasution dan tikus2 lain yang hanya menunggang kemarahan rakyat, dan mempergunakan rakyat untuk dapatkan kuasa. Himpunan ni adalah propaganda mereka sebelum PRU-13 tahun tu.


Aku hadir dengan sepanduk aku sebagai tanda solidariti dengan rakyat biasa yang sudah bosan dengan sistem demokrasi di Malaysia yang hanya memberi kita pilihan antara BN atau PR, Najib atau Anwar, Coke atau Pepsi.


Sepanduk protes aku turut dipetik dalam laporan di blog Siasah Daily:

"Tetapi perlu diakui juga bukan semua peserta di bawah kawalan pihak PR, kerana elemen anarkis dan yang lebih radikal yang semakin banyak menyertai perhimpunan seperti ini. Salah satu sepanduk yang menarik perhatian dalam perhimpunan ini bertulis, "We want real change and real democracy, not just a choice between Coke and Pepsi," dengan gambar wajah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di posisi bertentangan."


Kalau korang tengok gambar close-up sepanduk tu, korang boleh nampak muka dua orang tikus2 bangsat yang aku umpamakan sebagai Coke & Pepsi.


Banyak orang ada banyak interpertasi masing2 tentang slogan yang aku tulis dalam sepanduk ni. 


Sebenarnya yang aku cuba sampaikan ialah kita rakyat bukan mahu lebih banyak pre-determined & ready-made choices, bukan mahu lebih banyak pilihan yang dah ditetapkan oleh penguasa, bukan mahu lebih banyak pilihan parti-parti politik atau lebih banyak pilihan calon2 yang berebut2 nak jadi YB macam kat Sabah hari tu.


Tapi kita mahu agar rakyat biasa ada hak dan kuasa untuk terlibat sama dalam proses menentukan apa yang kita nak, to be the part of the decision-making process, bukan hanya hak untuk memilih wakil elit2 politikus atau parti yang akan buat semua keputusan untuk kita. Rakyat terlibat sama. Ini baru "REAL DEMOCRACY".


Bukan setakat pilihan antara Parti A dengan Parti B. Bukan setakat pilihan antara Najib dengan Anwar. 


REAL DEMOCRACY seharusnya tidak bersifat elitis dimana hanya segelintir elit2 politikus memiliki kuasa untuk membuat semua keputusan tanpa partisipasi terus dan langsung daripada rakyat biasa.


REAL DEMOCRACY wujud bila rakyat biasa diberi suara dan kuasa untuk turut serta berpartisipasi dalam proses membuat keputusan2 politik seperti proses pembuatan dasar2 dan penggubalan undang2, bukan setakat berpartisipasi untuk memilih parti pemerintah lima tahun sekali sahaja.


Sebagai contoh di Brazil, rakyat di peringkat tempatan terlibat secara langsung dalam menentukan pengagihan bajet di bandar mereka. Di Malaysia hanya tikus2 kantor yang tetapkan dan bentangkan bajet, rakyat hanya perlu akur dan terima keputusan mereka.


Di Kanada, rakyat di peringkat akar umbi terlibat secara langsung dalam menggubal dan mengusulkan sistem pilihan raya yang baharu di peringkat tempatan. Di Malaysia kita masih pakai sistem pilihan raya yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Iceland, rakyat terlibat secara langsung dalam proses penggubalan perlembagaan baharu mereka. Di Malaysia kita masih pakai perlembagaan yang lapuk peninggalan penjajah British.


Di Switzerland, sebelum sesuatu rang undang2 yang telah diluluskan oleh wakil2 rakyat di parlimen menjadi akta, ia perlu diluluskan dulu oleh rakyat melalui proses referendum di mana rakyat mengundi secara langsung untuk meluluskan atau menolak akta tersebut. Di Malaysia semua rang undang2 perlu dapat perkenan daripada Agong, tapi Agong tak ada kuasa untuk menolak mana2 akta yang dah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Agong tak function.


Ini hanya beberapa contoh. Sila Google sendiri "participatory democracy" atau "direct democracy" untuk contoh-contoh lain dimana rakyat diberi suara dan kuasa untuk berpartisipasi secara langsung dalam proses membuat keputusan.


Ingat, dalam negara demokrasi, RAKYAT ADALAH BOSS. Sudah tiba masa untuk kita rakyat tidak lagi berharap pada tikus2 kantor dan elit2 politikus bangsat dengan parti2 politik bangsat mereka. Sudah tiba masa untuk kita rakyat biasa memahami sistem demokrasi yang digunapakai di Malaysia sekarang supaya kita boleh sama2 ubah sistem ini untuk kembalikan kuasa kepada rakyat, ke arah REAL DEMOCRACY dan PEOPLE POWER.


P.S. Setiap kali aku tulis panjang2 macam ni, aku tak pasti sama ada orang baca sampai habis atau tidak, sama ada orang cuba fahamkan atau tidak. Mungkin sebab tu aku lebih banyak melukis dari menulis sebelum ni sebab lagi ramai orang mudah faham lukisan aku 😁



DIA PUNYA KARUT, FITNAH PENGUSAHA SALOMA BISTRO. KES NI TAK GUNA OUN AKU NAK MASUK DALAM BLOG NI.CUMA NAK BAGI INTRO BAHAWA DIA AKHIRNYA KENA SAMAN.


 

PUNYA TAK GUNA MANUSIA NI


 

MENGAPA?


Roslan Mihalis


 Mengapa dulu kita lawan Azam baki?  Sbb waktu itu Azam baki tak mampu lawan rasuah, byk aduan tidak disiasat.  Kenapa?  Sbb bos Azam waktu itu juga penyakau, menantu bos pun penyakau.  Azam tak boleh buat apa kerana bos iaitu PM ketika itu pun penyakau.  





Mengapa skrg Azam baki boleh tunjukkan prestasinya dgn baik dan berani siasat jerung2 besar?  Sebab bos dia skrg iaitu PM adalah penentang rasuah dan PMX sendiri sokong Azam buru jerung2 besar.  


Jika lepas ini Azam berhenti pun, kita puas hati kerana bjaya bantu PMX lawan rasuah.  Itu beza Azam baki di era Din cirit dan Mail jongkong dengan Azam baki di era kjaan madani.  Alhamdulillah.



SULTAN TEGUR MONYET



 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegur Ahli-Ahli Parlimen yang gagal menunjukkan contoh baik dan meminta mereka mewakili rakyat dengan penuh hormat, maruah dan integriti.





Baginda menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir wakil rakyat yang terjerumus dalam pertengkaran, jerit-menjerit serta tingkah laku tidak tertib di Dewan Rakyat.


Sultan Sharafuddin bertitah bahawa Ahli Parlimen yang berperangai sedemikian sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda, namun sebaliknya "mereka berkelakuan seperti pembuli".


Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berkelakuan-seperti-pembuli-sultan-selangor-tegur-kelakuan-tidak-beradab-ahli-parlimen-551333

#AWANInews