Ada 4 jenis golongan dalam kes Zara


PALATAO MAHU RAKYAT IKUT TEORI DIA






Anda masih ingat peguam ibu Zara dikecam apabila dia mengatakan tidak ada anak VIP terlibat. Maka netizen keluarkan gambar peguam tersebut bersama CM Sabah.


Seorang peguam yg ingin membela nasib Zara dikecam…gila! 


Semalam tiba giliran pakar patologis pula mengeluarkan analisisnya berdasarkan puluhan tahun pengalaman. Apabila kenyataan profesionalnya tidak berpihak kpd arwah Zara maka dia juga diserang oleh netizen.


Jadi apa yg dimahukan oleh netizen?


Sebenarnya ada 4 golongan masyarakat di dalam kes Zara ini hingga ia menjadi isu panas ke seluruh negara….


1. Golongan politik yg menjadi batu api. Mereka bukan sahaja menjadi batu tetapi turut terlibat dlm siri demontrasi khabarnya. Mereka ini bahaya kerana mempunyai team perang saraf utk menggerakkan isu Zara menjadi panas atas tujuan politik.


Bagi politician ini adalah peluang utk mereka mendapat political mileage. Fitnah… dlm politik fitnah sama level mcm makan rasuah…biasa aja… mati lambat lagi.


2. Golongan palatao… golongan ini sama bahaya dgn golongan politik tadi. 


Apa maksud “palatao”?


- Seseorang yang cakap banyak seolah olah dia pakar, tapi sebenarnya tak tahu apa2.

- Suka komen, kritik, atau berdebat tanpa ilmu atau fakta yang sahih.

- Bahasa lain yang hampir sama “tahu semua”, “keyboard warrior”, “pakar Google”, atau “pakar segera”.


Mereka boleh kecam Dr. Jessie Hiu tanpa latar belakang dalam forensik atau perubatan, itulah contoh golongan palatao…cakap lebih, ilmu kurang.


Mereka ini boleh jadi pakar segala bidang walaupun ia bukan bidang mereka. Peranan mereka tak ubah seperti org politik bezanya mereka bukan org politik tetapi apa isu merekalah palatao.


Sorang sibuk bicara soal keretakan kaki kononnya tak mungkin bunuh diri. Sdgkan pakar patologis tak kata bunuh diri pun.


Seorang lagi sibuk berkata kepala dia berair la waktu ditemui…. sdgkan kepala itu berair bukan maksud direndam dlm air tetapi lebih kpd cecair dlm otak.


3. Golongan yg simpati kpd kes Zara tetapi masih waras kerana keintelektualan. Mereka juga tidak sabar menunggu siasatan polis demi keadilan arwah Zara tetapi masih menunggu apa kisah di sebaliknya.


4. Golongan ini pula jika dlm politik dipanggil walaun. Golongan ini mudah beremosi dgn naratif2 palatao apatah jika mereka sudah taksub dgn palatao tersebut.


Golongan ini tidak akn percaya pada kenyatan polis, keputusan mahkamah dan skg kata2 peguam ibu Zara dan pakar patologis pun mereka tolak malah diserang pula dgn kata2 cacian.


Golongan ini di mana mana sahaja menjadi buruan org politik, palatao dan scammer skim cepat kaya sb mereka mudah ditipu. Golongan ini mudah teremosi dan keintelektuan kurang ada.


Ada kelompok di dlm golongan ini juga menyerang pihak polis hanya kerana bencikan kerajaan. Jika PAS memerintah barangkali tidak berlaku seperti ini.


Sebagai contoh anda masih ingat kisah anggota bomba yg terbunuh dalam kes kuil? Pembangkang bangkit isu perkauman mengecam kerajaan kenapa gagal mencari siapa perlaku pembunuhan tersebut. Kononnya kerajaan tunduk pada DAP.


Apabila PAS ketika itu menjadi kerajaan, mereka tidak peduli pun nasib Adib yg mereka perjuangkan ketika menjadi pembangkang. Adib ditunggang utk kepentingan politik sahaja.


KENAPA RAMAI YG MENOLAK FAKTA


Kelompok keempat tadi adalah golongan yg kita klasifikasi jenis ‘Emosi Mengatasi Logik’. Mereka inilah yg paling ramai di dlm negara.


Mereka sudah ada pandangan atau naratif tersendiri contohnya mempercayai mangsa dibunuh atau dianiaya.


Jadi, apabila kenyataan pakar tidak selari dengan apa yg mereka “percaya”, mereka rasa kecewa atau marah.


Emosi seperti simpati, kemarahan atau kecurigaan menyebabkan mereka menolak fakta, walaupun fakta itu sah dan objektif.


Jadi apa yg mereka mahukan…?


Saya hanya buat andaian sahaja, barangkali betul atau barangkali tidak. Golongan ini ada karangan cerita imiginasi mereka sendiri…


Tajuk: Marhaen vs elit


Barangkali imiginasi mereka..’Kami mahu jalan ceritanya berbunyi begini….’


Ada 5 remaja terlibat dan salah seorang darinya adalah anak VIP. Disebabkan itu polis tidak berani melakukan siasatan hingga mayat Arwah Zara tidak dilakukan bedat siasat.


Cerita di sekolah pembuli2 inilah yg mengakibatkan kematian… ditolak, dimasukkan dlm mesin basuh hingga kepalanya berair dan sebagainya.


Kami mahu lihat lima remaja itu berjalan memakai baju oren dan dimaki hamun. Apabila dijatuh hukum mesti bersalah kerana membunuh.


Akhirnya jelas ini bukan kerajaan yg adil kerana melindungi pembunuh yg merupakan anak atau cucu VIP…. Bla bla bla bla…. PMX bersalah dan mesti turun. Atau kerajaan ini menzalimi Zara…Jika tidak mereka tidak akn berpuashati.


Itulah imiginasi mereka utk cerita Zara ini di mahkamah. Jika pakar2 beritahu sebaliknya mereka akn menyerang kerana tidak mengikuti skrip imiginasi kami.

—————————————————————————


Skg ini geng palatao sudah tidak menyebut lagi nama anak VIP… barangkali mereka berkata.. betul la tiada anak VIP.


Tak apa alihkan isu dia tetap dibunuh… bagaimana?

Saya ada mendengar komen seorang influencer Sabah… semua dia mahu argue… sampai yg saya tidak tahan tu…” Mana warden ketika kejadian itu …” 🤭  Apa dia ingat kerja warden duduk tgk situ 24/7 tunggu siapa akn jatuh dari tingkat 3.


Sambungan




Kalini abam setuju dengan Azmin.





Midin lebih berani lawan rasuah berbanding DSAI. 





Perjuangan Midin lawan rasuah ni bukanlah baru. 

Ianya perjuangan yg terlalu panjang.. 


Menitik air mata abam nak tulis satu² kerana menghayati perjuangan midin.. 


Dan sejarah perjuangan Midin ni mungkin ramai anak muda yg taktau. 


Midin aktif bergiat dalam Abim masa dia muda dulu. 

Sejak dari dalam Abim lagi Midin dah perjuangkan isu² islam dan melawan arus² konservatif.


Midin juga sejak dari muda lagi gigih memperjuangkan nasib rakyat yg miskin.. 


DSAI pulak masa tu dah duk bergauk dalam UMNO Johor dah. Masa tu dia sibuk dgn isu² tanah dan kroni² dia. 


Nak dipendekkan cerita , Midin kemudian masuk UMNO pada tahun 1982 untuk bawa suara rakyat dan bersihkan sistem dalam negara. 


Tekad dan usaha Midin terbukti dan Midin diangkat sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia. 


Ini mungkin ramai anak muda yg taktau ni. 


Bila dah lama berkhidmat dlm kerajaan , akhirnya Midin dipecat dan dibuang UMNO kerana ketegasannya untuk menolak dari tunduk pada sistem yg lama. 


Pendekatan kawalan fiskal dan kawalan hutang² korporat juga tidak disenangi oleh sistem lama yg menyebabkan Midin ditendang keluar dari pentadbiran kerajaan dan akhirnya Midin dihumban dan dilanyak ke penjara. 


Hampir 6 tahun dipenjara , sikit pon tidak menjatuhkan semangat Midin untuk lawan korupsi. 


Berpuluh tahun Midin menjadi pemimpin pembangkang dan Midin jugaklah pemimpin pertama yg mendedah skandal kewangan terbesar sejak dari tahun 2009 lagi.


Masa tu DSAI masih berhingus lagi duk menempel celah ketiak kerajaan sambil pegang sepanduk 

"I love PM". 


Kemuncaknya Midin dihumban kepenjara kali kedua pada tahun 2015 bila skandal kewangan itu mula meletup. 


Haa masa nak masuk tahun 2016 tu lah baru DSAI sipi² bukak mulut lawan rasuah lepas dia kena pecat keluar dari UMNO.


Haaa masa tu la DSAI baru mula nak menempel cari kawan baru nak lawan reshuahh. 


DSAI tu baru setahun jagung je pon lawan rasuah..

Itupon sebab menumpang tuah dari parti Midin yg dah lama lawan reshuah. 


Memang jauh beza la Midin dgn DSAI. 

Midin adalah pemimpin dan pejuang yg sejati. 


Takde sape pun yg berani kunci pintu parlimen kecuali Midin sorang.


Sampai anak menantu dia pon tak berani nak balik Malaysia sebab takut dgn dia 🤲



NAK BAGI TAU SANUSI PAS JADI URUQUI (PECACAI) JAH.... BAB KEDUA ADAKAH 4 PERKARA NI DIN NAK UBAH... KALAU DAK BAIK JANGAN BAGI UNDI PADA PN. MERANA NANTI


 

ORANG MALAYSIA LINTAS PI SIAM..... TERUK NO EKONOMI MALAYSIA..


 

DIN... AAAUUUMMMMM.. UPSEREYNAPETERY


 

TUNGGANG NAMA ARWAH, KEMUDIAN KUTIP DUIT... BAGI PADA KELUARGA ARWAH KAH?


 

PUAK KHAWARIJ MEMANG KERJANYA.

Che Ibrahim.


 Mafhumnya mengikut qias, jika doa keburukan/ musibat ke atas sesama Islam, maka musibat itu akan terbalik kepada tuannya jika ianya didoakan secara tidak wajar.




BIJAK ..

 

Syam Ghaz


Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang bijak berpolitik di pentas dunia dengan China, Rusia dan US.




China bagi sokongan penuh untuk Malaysia jadi ahli tetap BRICS. PMX jumpa Xi Jinping kat Beijing, dan Xi terus cakap sokongan tu akan dipercepatkan. 


Bisnes Malaysia - China tahun 2024 berjumlah lebih RM484 billion.


Trump pula dah letak tarif Malaysia 25%, nego Malaysia - Us, kira hebat jugalah Negara kita tak kena telan dengan perdagangan bebas macam Indonesia.


Mahkamah Rayuan AS putuskan sebahagian besar tarif yang dikenakan oleh Trump melampaui kuasa eksekutif dan bercanggah dengan undang-undang IEEPA.


Panel hakim tegaskan hanya Kongres berhak mengenakan cukai dan tarif, manakala tindakan Trump terhadap rakan dagang seperti China dan Mexico dianggap tidak sah.


Trump kecam keputusan dan berikrar untuk merayu ke Mahkamah Agung; keputusan ini boleh ubah dasar perdagangan AS dan cetus tuntutan ganti rugi oleh syarikat terjejas.



PM ANWAR DI BALING SEMALAM



 Hadir di Baling hari ini bagi merasmikan penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) Kedah, sambil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan dalam suasana penuh harmoni dan muafakat.





















Dalam ucapan, saya tegaskan bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan yang tidak boleh dipandang ringan, lantas ia mesti diperjuangkan secara menyeluruh dari peringkat Kerajaan Persekutuan hingga ke Kerajaan Negeri agar tiada pihak yang terpinggir atau tercicir daripada arus pembangunan negara.


Isu kos sara hidup, kekal sebagai antara keutamaan Kerajaan MADANI, dimana melalui pendekatan Subsidi Bersasar, pelaksanaan program seperti SARA (Sumbangan Asas Rahmah), dan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat, kerajaan akan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.


Ini semua akan terus diperkukuh dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), sebagai rangka kerja yang menjunjung prinsip keadilan sosial, keseimbangan pembangunan, dan kelestarian hidup rakyat.


Saya juga berkesempatan bertemu sahabat-sahabat yang terlibat dalam peristiwa bersejarah Baling 1974, dan menzahirkan penghargaan di atas semangat juang serta doa yang mereka titipkan demi kebaikan dan kemajuan kita bersama.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



KAMI NAK MEZAH...

 


SAMA MACAM AZMIN DULU, TALI AKHIR AZMIN BELOT.



 MULAI SEKARANG, PENYOKONG MUHYIDDIN DAN HAMZAH TAK USAHLAH GADUH-GADUH LAGI


8 September 2025


Apa yang dianggap masih ada yang tidak beres antara Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin berikutan tercetusnya insiden kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam, ia akhirnya boleh disimpulkan berakhir dengan keceriaan.


Ini berikutan Hamzah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau adalah penyokong utama kepada Muhyiddin dalam memimpin parti.


Hamzah menegaskan, beliau akan terus bersama Muhyiddin dan Bersatu akan menjadi parti terakhirnya sampai ke akhir hayat.


“Saya nak sampaikan Tan Sri, percaya pada kami…kami di sini sayangkan Tan Sri, kami di sini sayangkan parti. 


“Kalau nak pecatpun, parti mana lagi saya nak pergi, cukup ini parti terakhir saya.


“Percayalah, saya telah berkorban untuk parti ini, macam-macam saya telah lakukan…saya lakukannya dengan ikhlas. 


“Saya lakukan untuk presiden kita. Saya nak maklumkan saya bukan pengkhianat, tapi saya seorang sahabat yang duduk di tepi presiden, ada kepada presiden, orang suruhan kepada presiden, tiada lebih daripada itu,” katanya ketika berucap di sesi penggulungan.


Dengan pengakuan Hamzah itu, bererti sudah bereslah masalah  yang dikatakan wujud antara beliau dengan Muhyiddin.


Kemudian daripada itu, PAT Bersatu semalam juga meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11 bagi PRU16 akan datang.


Perhimpunan turut menyokong sepenuhnya kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Presiden Bersatu.


Ertinya, selain terpadam sudah desus-desus ada cubaan mahu mengenepikan kedudukan Presiden Bersatu, lulusnya usul tersebut juga bermakna, tiada pemimpin lain selain Muhyiddin yang dipersetujui sebagai calon PM11.


Maka, tiada apa-apa masalah lagi dalam Bersatu selepas ini.


Untuk itu, penyokong-penyokong Muhyiddin dan Hamzah selepas ini janganlah gaduh-gaduh lagi mengenai perkara itu.


Buang yang keruh, ambil yang jernih; biduk lalu, kiambang bertaut.


Cumanya, walaupun Muhyiddin telah dinamakan sebagai calon PM11, ia sebenarnya hanya terpakai dalam konteks Bersatu saja.


Dalam konteks PN, untuk Muhyiddin dipersetujui sebagai calon PM11, ia perlu dibawa ke dalam mesyuarat gabungan itu terlebih dahulu.


Tanpa diputuskan dalam mesyuarat PN, ia masih dikira tidak sah, walaupun diluluskan dalam PAT Bersatu.


Sebab itu, Pas berani menegur Bersatu supaya tidak terlalu ‘ghairah bersendirian’ membuat keputusan politik penting  berkaitan calon Perdana Menteri.


Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor berkata sebarang keputusan penting tidak boleh dibuat secara solo oleh Bersatu tanpa konsensus bersama rakan komponen PN.


Makna kata, sekarang ini, meskipun Bersatu menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, dalam konteks PN, masih belum ada calon PM11 yang dipersetujui lagi.


Untuk seseorang itu dipersetujui sebagai calon PM11 mewakili PN, tidak dapat tidak, ia mesti dipersetujui oleh PAS.


Ini kerana PAS parti terbesar dalam PN dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai serta telah menguasai empat negeri.


PAS mungkin setuju Muhyiddin dan tak mustahil juga lebih  mahukan Hamzah sebagai calon PM11.


Selain itu, ada kemungkinan PAS kali ini mahu pemimpinnya sendiri sebagai calon PM11.


Yalah, sudah berjaya mentadbir empat negeri dan mempunyai 43 Ahli Parlimen, takkan tak boleh jadi Perdana Menteri?


Ehhh…tak beres lagi nampaknya? – ShahbudinHusin 08Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/mulai-sekarang-penyokong-muhyiddin-dan-hamzah-tak-usahlah-gaduh-gaduh-lagi/




KEH KEH KEH...JANGAN KATA


 

DIBODOHKAN HADI AWANG


 

SIMPAN LA PERMOHONAN MAAF KAMU. LAIN KALI PAKAI OTAK. TAK SWKOLAH KA ?

Zuwairi Md Yusof 



Tiada Maaf Buat Pelampau 







Kertas siasatan telah di buka.Simpan maaf kamu di Mahkamah dan Penjara nanti,kehkehkeh.Bukit Aman siasat kenyataan berunsur Hasutan,Ugutan Jenayah dan Dakwaan Tidak Benar oleh Pemilik Akaun TikTok Mohd Soie dan Akaun Facebook Md Johan Ngadin.


Sabit kesalahan anda di hukum Penjara,Denda atau kedua duanya sekali.Nasi sudah jadi bubur di saat anda lajak tangan dari otak dan akal.Anda silap orang nak main cakar2.Lepas ni simpan dalam hati sudahlah,huhuhu.


Anda mahu bergurau dan melawakkan?Anda sendiri koyak lock akaun lagi nak kata orang lain koyak.Sabun jatuh jangan segan silu kutip.Anda boleh sambung gurauan dan lawak anda selama anda di penjara nanti,yeahhhh.


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1964721792423178245




ISU RASUAH: AZMIN ALI TIDAK BERASAS TUDUH ANWAR SAMA DENGAN MUHYIDIDN DAN MAHATHIR.



Fakta bersandarkan rekod mahkamah & SPRM:






1. Anwar Ibrahim - tiada pendakwaan rasuah ketika menjadi PM; beliau tegaskan SPRM bebas dan tiada campur tangan.  



2. Dr Mahathir - tiada pendakwaan SPRM; namun RCI Batu Puteh (Dis 2024) syor siasatan jenayah; anak-anak beliau telah isytihar aset >RM1 bilion kepada SPRM (Mokhzani ~RM1b; Mirzan ~RM246j).   


3. Muhyiddin Yassin - didakwa:

 

• RM232.5 juta (Seksyen 23(1) Akta SPRM) – melibatkan Bukhary Equity, Nepturis, Mamfor & Datuk Azman Yusoff; berlaku 1/3/2020–20/8/2021 di PMO Putrajaya.  


 • RM195–200 juta (AMLA) – aliran ke akaun Bersatu di CIMB & AmBank; prosiding masih berjalan.   


Tindakan Azmin Ali label ‘hipokrit rasuah’ pada Anwar tidak berasas. 


Rekod menunjukkan tiada kes rasuah terhadap Anwar, sedangkan Muhyiddin sedang dibicarakan dengan butiran syarikat/individu dan jumlah jelas. 


Mahathir pula tiada pendakwaan, namun ada syor RCI dan siasatan perisytiharan aset membabitkan anak-anaknya.


Syam Ghaz


Sumber: 


 • Reuters – butiran pertuduhan RM232.5j (Muhyiddin).  

 • Bernama – Anwar: tiada campur tangan; angka AMLA RM195j; status prosiding.  

 • The Star/Malay Mail/The Edge – syarikat & angka (Bukhary, Nepturis, Mamfor; Azman Yusoff; RM200j/195j).    

 • Astro Awani/Straits Times/The Star/Malay Mail – isytihar aset Mokhzani & Mirzan (>RM1b; pecahan nilai).     

 • Reuters/Malay Mail – RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah (Dis 2024).   




MENELEFON SAHABAT LAMA.


Anwar Ibrahim


Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.






Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang.


Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN.


PM Anutin memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu, dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu.


🇲🇾🇹🇭


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




BERPADA PADA LAH..

 

Che Ibrahim


Tentu admin ada bersama semasa kubor digali dan sepanjang proses post mortem dijalankan.....????


Berpada padalah membuat persepsi untuk menegakkan sesuatu yang kita tidak tahu. Kebenaran tidak akan lahir melalui kepalsuan dan pembohongan atau cerita yang direka reka.




ABANG ALIAS YANG KU KENALI



YB STEVEN SIM


 Ketika saya baru selesai menempuh pelbagai cabaran dan akhirnya RUU Pekerja Gig telah lulus di Parlimen, saya terima satu panggilan yang amat menyedihkan. Kak Midah bagitau, Abang Alias telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Hati terasa amat sebak sekali, terutamanya memikirkan mak angkat saya, yang merupakan ibu kandung Abang Alias. Mesti Mak sedih sangat sangat. 








Sebab selama ini, Abang Alias lah tempat Mak bergantung hidup, mereka tinggal bersama di rumah kat Desa Tok Subuh yang kami sama-sama perjuangkan dulu. 


Saya kenal Abang Alias bukan sehari dua.


Sejak tahun 2013, ketika saya baru jadi Ahli Parlimen, saya sudah berkampung di rumahnya. Masa itu, rumah-rumah di kampung Tok Subuh diancam perobohan kerana tuntutan tanah oleh pemilik swasta yang asal. Pampasan yang ditawarkan langsung tidak masuk akal. Tapi kami tidak berdiam diri.


Kami bangkit. Bersama-sama penduduk kampung, kami pertahankan hak mereka. Bukan untuk melawan undang-undang, tapi untuk menuntut keadilan. Dan di rumah Abang Alias lah saya makan, tidur, berjuang. Rumah itu menjadi benteng harapan. Di situlah saya mula kenal Mak Milah, ibu yang penuh kasih, dan Abang Alias, anak yang tidak pernah berenggang dari ibunya.


Mereka terima saya seperti keluarga sendiri. Saya panggil dia abang, dan Mak Milah sebagai mak. Walaupun kami berbeza agama dan bangsa, kasih sayang tidak pernah kenal sempadan.


Syukur, akhirnya semua 37 buah rumah termasuk rumah Mak Milah dan Abang Alias mendapat pampasan yang adil, sebidang tanah dan sebuah rumah yang menjadi milik mereka buat selama-lamanya.


Namun petang kelmarin, saya berdiri di hadapan Mak yang berusia 83 tahun hampir tak dan nak cakap apa-apa. Wajahnya sugul, matanya berkaca. Abang Alias telah pergi… anak yang sejak kecil menjaga Mak, tidak pernah berkahwin kerana mahu berbakti sepenuhnya kepada ibu tercinta.


Mak cerita, beberapa hari sebelum arwah pergi, dia merungut sebab saya dah lama tak datang menjenguk. Dia bawa gambar lama kami bersama, letak di sisi katilnya. Hati saya luluh. Kali terakhir saya datang menziarah ialah sejurus sebelum Raya tahun ini. Siapa sangka itu akan menjadi pertemuan kali terakhir dengan Abang Alias. 


Mak habaq, hadiah baju Melayu yang saya bagi, Abang Alias sempat pakai sekali saja masa Raya hari itu. 😭


Mak, jangan bersedih. Steven masih ada. Walaupun kita tiada pertalian darah, kasih kita bukan palsu. Saya tahu saya tak akan sentiasa ada di sisi Mak seperti Abang Alias, tapi saya janji… Mak tak akan terabai. Seperti mana Abang Alias jaga Mak dengan penuh cinta, saya akan cuba teruskan kasih itu.


Kerana kasih itu bukan sekadar darah yang mengalir, tapi kesetiaan yang tak pernah luntur.


Kerana keluarga itu bukan hanya siapa yang lahir bersama kita, tapi siapa yang memilih untuk tetap ada, walau dalam susah dan senang.


Sebagaimana janji saya kepada penduduk Kampung Tok Suboh 12 tahun lalu  bahawa kampung mereka tidak akan hilang, Saya juga berjanji pada mak akan pastikan warisan kasih ini tidak terputus.



33 BULAN MALAPETAKA.

Alif Jamil



 Ini orang panggil bercakap jenis bakar tak rentung rebus tak empuk. 



Malapetaka paling besar yg menimpa negara kita adalah sewaktu 33bulan dibawah pentadbiran PN. 


Rakyat dah merasa macam mana 22 bulan gelap masa PN berkuasa.


Ekonomi jatuh teruk dan ekonomi waktu tu terpaling buruk yg pernah berlaku sepanjang sejarah. 


DOSM merekodkan KDNK 2020 merosot hingga -5.6%.

Ini lebih teruk daripada zaman krisis matawang dulu. 


Pengangguran naik mencanak sampai 5.3%.

Hutang negara naik dari RM792 bilion hingga ke RM979 bilion.


Parlimen digantung.

Waktu PN umum darurat 2021, Malaysia menjadi satu²nya negara demokrasi yg sanggup kunci mulut wakil rakyat dgn alasan nak lawan covid.


Tapi apa jadi? 

Kes bukannya turun tapi makin meletup dari 135 ribu melonjak lebih 1.2 juta.


Rakyat mati, ekonomi lumpuh tapi Parlimen senyap sunyi. Segala dasar² penting tak dibahas.  


SOP pulak huru hara. 

Pagi cakap lain petang buat lain. 


Sekejap boleh rentas negeri, sekejap tak boleh. 

Kedai makan boleh buka tapi kerusi kena silang. 


Ada yg boleh kenduri, ada yg kena saman. 

Rakyat makin pening dan ekonomi mati.


Bantuan pon bercelaru. 

Laporan Audit Negara 2021 dedahkan banyak bantuan tak sampai ke sasaran dan berlaku ketirisan dan perolehan meragukan tanpa tender.


Kalu nak dibanding dgn negara lain, memang jelas PN jauh gagal lah.. 


Di New Zealand , Jacinda Ardern ambil langkah berani dgn umum lockdown penuh seawal Mac 2020. 


Bantuan disalurkan terus kpd rakyat dgn pakej sokongan gaji (wage subsidy) yg jelas dan telus. 


Komunikasi kerajaan pulak konsisten, setiap hari PM sendiri turun beri taklimat tanpa flip-flop. 


Hasilnya, kadar kematian kekal antara terendah didunia dan ekonomi mereka pulih lebih cepat berbanding Malaysia.


Di Vietnam pulak , kerajaan vietnam laksanakan strategi contact tracing besar-besaran, kuarantin diperketatkan dan penerangan SOP mereka lebih efisen dan jelas


Walaupun negara itu tidak maju berbanding Malaysia tapi mereka berjaya kekang gelombang awal sehingga kes aktif hampir sifar berbulan² tanpa perlu umum darurat politik.


Di Korea Selatan , kerajaan korea tumpu pada teknologi. 


Mereka guna ujian massa (mass testing), aplikasi digital untuk kesan kontak rapat dan hospital lapangan yg teratur. 


Ekonomi pulak kekal berjalan kerana kerajaan tidak kenakan total lockdown. 


Buktinya, KDNK Korea Selatan tahun 2020 hanya jatuh pada -0.9% saja. 


Ianya jauh lebih baik dari Malaysia yg merudum sampai -5.6%. 


Dan negara² asia lain seperti Taiwan , Thailand , Hong kong dan Singapore semuanya berjaya mengurus negara masing² berdepan dgn bencana covid dan mereka semua berjaya bangunkan ekonomi negara masing² jauh lebih baik dan lebih awal dari Malaysia semasa Covid. 


Data dari Bloomberg Covid Resilience Ranking sendiri  meletakkan Malaysia berada pada ranking paling bawah sekali dalam dunia. 


Malu besar kita. 


Ini semua bala hasil dari kejahatan dan kebodohan PN. 


Saya sarankan kepada Hamzah dan kesemua pemimpin PN supaya beli cermin besar sikit. 


Baik kamu fokus SG4 tu dulu sebab SG4 tu pon masih gelap gambar lagi sampai sekarang. 


Satu habuk pon tadak.




PM ANWAR DI BALING


 

P. ANWAR DI BALING

 



KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH

 


KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH


7 September 2025


Kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian PAT Bersatu malam ini menunjukkan masih ada yang tidak beres dalam kepimpinan parti itu.


Kekecohan dilaporkan tercetus ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian dengan membangkitkan ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya.


“Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden.


“Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” kata Muhyiddin.


Sebaik beliau membangkitkan perkara berkenaan, tiba-tiba difahamkan terdapat hadirin yang melaungkan: “Turun Tan Sri”.


Laungan itu membangkitkan kemarahan perwakilan lain yang bangun mempertahankan Muhyiddin dengan membalas:  “Hidup Tan Sri”.


Suasana kecoh i tu  berlanjutan dan hadirin kelihatan terus bertegang leher sehingga mendorong petugas keselamatan terpaksa campur tangan dan cuba meleraikan keadaan.


Hadirin juga diperhatikan seakan tidak mempedulikan lagi ucapan Muhyiddin dan lebih terarah kepada kekecohan tersebut.


Bahkan usaha Pengerusi Tetap, Mohd Suhaimi Abdullah cuba meredakan ketegangan juga tidak dihiraukan perwakilan.


Berdasarkan apa yang berlaku, adalah jelas kekecohan disebabkan kerana ada yang menolak Muhyiddin dan ada yang ingin mempertahankannya.


Kejadian ini berlaku tidak sampai setahun selepas Bersatu mengadakan pemilihan pada November 2024 yang menyaksikan Muhyiddin kekal sebagai Presiden dan Hamzah Zainuddin dipilih sebagai Timbalan Presiden.


Ini memperlihatkan pemilihan kedua-dua pemimpin dengan kemenangan tanpa bertanding masih tidak menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu.


Seharusnya, dengan hanya sekitar masa dua tahun saja lagi sebelum PRU16 bakal diadakan, isu kepimpinan dalam Bersatu tidak lagi berbangkit dan menjadi isu.


Ketika ini, Bersatu sebagai komponen utama PN yang turut dianggotai PAS, Gerakan, MIPP dan sedang berusaha merangkul kekuatan bersama 12 parti-parti lain yang sedia bersama mereka, sepatutnya parti itu sentiasa dalam keadaan “solid” dan diyakini rakyat.


Dalam hal ini, adalah wajar Bersatu segera mencari penyelesaikan terkait kekecohan yang timbul jika tidak mahu keyakinan rakyat lebur begitu saja.


Sebagaimana pelaburan asing berbilion ringgit yang sering digambarkan sebagai berpotensi menjana pendapatan negara, PN juga sebenarnya ada potensi mengetuai kerajaan selepas PRU16 akan datang.


Berikutan pelbagai isu yang timbul, sokongan pengundi Melayu masih kekal kepada PN sebagaimana mereka raih pada PRU15 lalu, manakala kedudukan PKR hanya bergantung kepada kerja rajin Anwar Ibrahim seorang diri saja.


Pemimpin lain dalam PKR boleh dikata tidak kelibatan membantu dan sesetengahnya sudah mula menjadi beban kepada parti.


Rafizi Ramli pula, sejak tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, secara konsisten mendedahkan kelemahan kerajaan dan menghakis keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri.


Penyokong Rafizi sama ada dalam PKR atau tidak berparti, barangkali kali ini tidak lagi mengundi PH.


Dengan UMNO juga banyak masalah dalaman dan Amanah sekadar penumpang, hanya DAP yang dikira konsiten disenangi pengundi Cina.


Maka itu, potensi PN mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang memang tidak dinafikan memiliki kelebihan.


Buktinya lihat saja berapa ramai yang hadir dalam Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai lalu.


PN hanya memerlukan tambahan sedikit sokongan saja lagi dan kedatangan 12 parti lain bergabung bersamanya sudah tentu sedikit sebanyak membantu kekuatannya.


Cumanya, jika kekecohan seperti malam tadi tidak segera diselesaikan dan berterusan sehingga ke hari pemgundian PRU16, payahlah pengundi mahu menjadikan PN sebagai pilihan. – ShahbudinHusin 07Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kekecohan-bersatu-tunjuk-ada-yang-tak-beres-antara-muhyiddin-hamzah/



DULU KENA KUTUK. SEKARANG DALAM KERAJAAN.

 

Alif Jamil


Parti yg dulunya diperlekeh dgn pelbagai hinaan dan gelaran sewaktu awal penubuhan. 





Digelarnya dgn parti nyamuk , parti jebon , parti erdogan , butir taik DAP dan macam² lagi. 


Sekarang , sudah genap 10 tahun parti ini menapak dalam arena politik Malaysia dgn berjaya.


Hari ini , parti ini menjadi komponen parti pemerintah dibawah panji kerajaan perpaduan membawa pendekatan rahmah untuk semua. 


Dan parti yg duk perlekehkan Amanah ini sekarang semakin gila talak , gila bayang , gila kuasa dan gila jumlah kerusi yg tak pernah cukup sampai kesudah. 


Bahkan , Parti Amanah kini menerima penyertaan yg cukup baik dari kalangan anak² muda dari golongan professional. 


Selamat berkonvensyen Amanah. 


Moga Amanah terus maju dan kuat menongkah arus perdana membawa perjuangan rahmah untuk rakyat. 


Sedikit cadangan saya untuk Amanah. 

Pada pandangan peribadi saya sebagai anak muda yg favor dgn Amanah, sudah tiba masanya untuk Amanah 'rebranding' semula imej parti. 


Amanah lebih sesuai jika menukar tema warna partinya dari oren kepada warna merah kerana warna merah adalah warna rasmi Pakatan Harapan. 


Dan dgn rebranding itu juga , secara tidak langsung Amanah dilihat menjadi parti tonggak utama Pakatan Harapan yg membawa suara melayu islam yg progresif. 


Saya yakin , jika Amanah berani mengorak langkah untuk rebranding semula warna tema partinya , Amanah akan lebih gah dan menyerlah dalam Pakatan Harapan.




TURUN TAN SRI

 


PERHIMPUNAN SEDIH


Pakcu dulu Pas.


 Mulut kita boleh tutup,tapi reaksi atau bahasa badan tak boleh ditutup. Orang akan tahu apa dalam fikiran kita.









Biarlah gambar berbicara.


Gambar 1: peja nampak kecewa. Mungkin juga menyesal masuk Bersatu.🤭


Gambar 2 : Hamzah seperti sedikit 'hampa' bila Muhyiddin kekal. 

(Agaknya lah)


Gambar 3 : "Kau jangan main² dgn aku Mejah" Aku Masih Boss.


Gambar 4 : Jemin merenung kedepan memikirkan nasibnya yang semakin "KABUR" jika Muhyiddin bukan lagi Presiden Bersatu.🤪


*Ini pendapat saja, sebagai seorang ahli patologi......eh.! Sebagai ahli psikologi politik.🤐🤐




KITA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA YANG KITA KATA

 



Sebab itu saya selalu kata






Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita kata. Tapi kita tak bertanggungjawab dengan apa anda faham. Sebab itu hakim dalam kes ini adalah hakim terlatih dan bukan orang awam yang tak de professional background dlm legal.


Apa yang kita tahu setakat ini.


Punca kematian - jatuh dari tempat tinggi dan jatuh itu menyebabkan kematian. (bukan sebab lain)


Ketinggian Zara dibandingkan dengan penghadang tidak memungkinkan dia ditolak atau terjatuh TANPA memanjat.


Kesimpulan pakar -


1. Tidak mati secara TIDAK sengaja atau

2. Ditolak dari posisi berdiri dari sebelah penghadang konkrit.

3. Ada kemungkinan DIA MEMANJAT PENGHADANG KONKRIT MELINTAS PALANG LOGAM TERSEBUT DAN BERDIRI DI ATAS PENGHADANG KONKRIT.


ITU KESIMPULAN PAKAR PATALOGI.


Netizen : jadi pakar ni kata Zara bunuh diri ke?


Sebab tu dia pakar dan kamu bukan. ITU BUKAN KESIMPULAN DIA.


Tugas pakar memberikan the physical evidence kemungkinan berlaku kepada mahkamah kerana dia berada ditempat kejadian menyiasat tempat dan juga mayat. Kesimpulan bunuh diri atau tidak itu mahkamah akan tentukan di Penghujungnya proceeding.


Apa kemungkinan lain kalau bukan bunuh diri?


Cuba bayangkan scenario ini :


1. Dia di paksa memanjang di atas bim penghadang 


2. Dia di angkat dan di letak di atas bim penghadang


3. Dia cuba lari kerana mungkin dikejar lalu panik kemudian memanjat bim penghadang.


4. Banyak lagi kemungkinan.


Sekarang mahkamah dah narrow kan apa yang mungkin berlaku jadi saksi saksi selepas ini akan menjuruskan lagi Cerita ini akhirnya menjadi cerita lengkap.


Sebab kalau tengok movie, tengok sampai habis. Jangan 10 minit pertama dah buat konklusi sendiri. Faham?


Berhati hati nanti kena penjara sebab menghina mahkamah.


Iswardy



KENA KUTIP PM ZALIM.. BILA MENULIS TAK PAKAI OTAK


W. FAUZIDIN


 Cuba tengok komen mamat ni.  Bila kena kutip nanti dia kata kjaan zalim.  Dia nak bakar rumah PMX tu tak zalim, mungkin jihad kot.  Semoga pihak berkuasa boleh teliti komen mcm ni. 

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )  Saifuddin Nasution Ismail








PARTI SAKAW GUNA PAS... OAS JADI KUDA TUNGGANGAN... DAPAT JAWATAN 5-6 KERUSI.. TAPI TAK BERFUNGSI...

 




Pelabuhan Klang tersenarai dalam 10 pelabuhan utama dunia.



Alif Jamil






Ranking ini diterbitkan oleh badan antarabangsa macam UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) dan disokong oleh laporan industri pelabuhan global. 


Kalau tentuan cari dalam media proPN mmg takkan jumpa sebab data pencapaian sebegini tidak selari dgn kehendak jiwa mereka. 


Penilaian ini dibuat mengikut tiga indikator utama iaitu Container Throughput (TEUs), Connectivity Index dan logistics Efficiency. 


Disebabkan krisis politik serta kos operasi yg terlalu tinggi di Hong Kong, banyak syarikat perkapalan beralih operasi ke Shenzhen, Guangzhou dan Singapura.


Disinilah bijaknya strategi Kerajaan Madani di bawah PMX bertindak. 


Kerajaan Madani tidak membazir duit rakyat dgn projek gajah putih tapi mengoptimumkan pelabuhan sedia ada melalui tiga langkah utama:

 

1. Naik taraf automation & dermaga dalam supaya kapal² mega boleh berlabuh dengan lebih pantas.


2. Sambungan darat (ECRL & West Coast Expressway) barang bergerak lancar terus ke kilang atau gudang tanpa bottleneck.

 

3. Perlaksanaan sistem digital (MMSW) untuk kurangkan birokrasi, percepatkan custom clearance dan turunkan kos logistik.


Hasilnya, Pelabuhan Klang beroperasi dgn lebih cekap, kos operasi lebih rendah dan semakin diyakini syarikat antarabangsa sebagai hub logistik utama rantau ini.


Apabila Klang dijadikan hub Asia Tenggara, Malaysia secara automatik menjadi transshipment choice antara Timur Tengah, India, China dan ASEAN. 


Yang untung adalah forwarder, logistics, trucking, SMEs eksport dan pelabur asing yg nampak Malaysia sebagai sebuah hub yg stabil.


Kalu ikut logik tokey bekam dan tentera walaun berkuda kepang, mungkin kontena² ni penuh dgn FDI ghaib turun yg dari langit 😂