Waytha Moorthy alat kepada siapa?, drama politik murahan hina Perlembagaan


 


Tindakan P. Waytha Moorthy memfailkan saman bagi mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen bukan sahaja membuang masa mahkamah.

Malah, tindakan itu merupakan cubaan tidak bertanggungjawab yang menyerang asas Perlembagaan Persekutuan.


Lebih ironi, Waytha sendiri yang pernah duduk sebagai anggota Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018, iaitu selepas Anwar menerima pengampunan penuh daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.

Hakikatnya, Waytha pada ketika itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sudah pasti mengetahui, malah tidak pernah kedengaran membantah proses dan keputusan pengampunan penuh tersebut.

Beliau juga merupakan anggota dalam Kabinet ketika Anwar bertanding dan menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada Oktober 2018.

Jika benar Waytha meragui keabsahan pengampunan itu, mengapa beliau tidak membantah dalam mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu? Apakah ini bukan hipokrasi politik yang nyata?


Lebih menggelikan hati, Ahli Parlimen Pas, Takiyuddin Hassan, turut dilihat mengangkat dokumen tanda sokongan terhadap cabaran Waytha.

Drama politik ini hanyalah episod terbaharu dalam skrip Pas dan Perikatan Nasional (walaupun mereka kemudian menafikan terlibat!) yang tidak pernah jemu menunggang apa sahaja isu – kali ini termasuk menunggang Hindraf – semata-mata untuk menggugat kedudukan kerajaan.

Fakta perundangan tidak boleh disanggah

Pertama sekali, Perlembagaan Persekutuan sendiri secara jelas menjawab segala dakwaan Waytha.

Artikel 48(1)(e) menetapkan bahawa seseorang yang telah disabitkan kesalahan hanya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika belum “menerima pengampunan penuh”.

Ini bermakna, apabila pengampunan penuh diberikan, kesan perundangan daripada sabitan itu terhapus sepenuhnya, seolah-olah sabitan tersebut tidak pernah berlaku.

Tambahan pula, Artikel 48(3) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk “menghapuskan hilang kelayakan” tersebut.

Kuasa ini bukan bersifat simbolik, tetapi merupakan pemulihan substantif terhadap semua hak yang telah dilucutkan akibat sabitan.

Dengan kata lain, apabila Seri Paduka Baginda menggunakan kuasa ini, kelayakan seseorang untuk bertanding atau memegang jawatan Ahli Parlimen dipulihkan sepenuhnya.

Di Malaysia, kuasa pengampunan adalah unik dan lebih kukuh berbanding di beberapa negara Komanwel lain.

Perkara ini dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai kuasa berperlembagaan, bukan sekadar prerogatif adat.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menerima nasihat Lembaga Pengampunan, keputusan akhir terletak di tangan baginda.

Lebih penting, mahkamah-mahkamah Malaysia secara konsisten memutuskan bahawa kuasa pengampunan ini bersifat non-justiciable – iaitu tidak boleh dicabar atau disemak secara kehakiman.

Ini menegaskan lagi sifatnya yang mutlak, muktamad, dan berkuasa menghapuskan kesan sabitan.

Rukun Negara merupakan ikrar denyut nadi kita rakyat Malaysia mengenai “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara”.

Pengampunan penuh terhadap Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 adalah fakta rasmi dan termaktub dalam rekod negara.

Ia diumumkan secara terbuka, disahkan oleh Istana Negara, dan diterima tanpa bantahan oleh Jemaah Menteri ketika itu termasuk Waytha sendiri.

Duluan mahkamah mematikan hujah Waytha

Beberapa kes mahkamah di Malaysia telah mengukuhkan prinsip ini.

Antara yang relevan ialah kes Karpal Singh v Sultan of Selangor [1988] 1 MLJ dan kes Sim Kie Chon v. Superintendent of Pudu Prison ([1985] 2 MLJ 385).

Dalam kes tersebut, mahkamah menegaskan bahawa pengampunan penuh bukan sahaja menghapuskan hukuman, tetapi juga kesan perundangan daripada sabitan tersebut.

Dalam kata lain, seseorang yang telah diampunkan kembali berdiri di sisi undang-undang seperti mana-mana warganegara lain tanpa sekatan.

Raja atau Sultan di Malaysia mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang dalam kapasiti rasmi.

Prinsip ini termaktub dalam Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan. Isu yang melibatkan kuasa prerogatif diraja, termasuk pengampunan, tidak boleh dicabar di mahkamah (non-justiciable).

Kes-kes ini jelas menunjukkan bahawa sebarang cubaan untuk mempertikai kelayakan Anwar selepas pengampunan penuh adalah bercanggah dengan prinsip undang-undang yang telah mapan dan dihormati mahkamah tertinggi negara.

Serangan terhadap PMX adalah serangan terhadap Institusi Raja

Realitinya, tindakan Waytha mempersoalkan kelayakan Anwar bukan sahaja usaha menyerang peribadi Perdana Menteri, tetapi juga secara tersirat mempersoalkan kuasa dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa pengampunan adalah prerogatif diraja yang dijamin Perlembagaan. Mempertikai keberkesanan pengampunan itu sama sahaja dengan mempertikaikan kuasa mutlak baginda di bawah undang-undang tertinggi negara.

Adakah serangan peluru kapur terhadap keabsahan Perdana Menteri ini hanya untuk membuktikan bahawa beliau masih releven dalam arus politik Malaysia selepas beberapa kali tenggelam timbul dalam arus politik negara.

Selepas di’tinggal’ dalam PRU-15 tanpa kerusi, tanpa kedudukan dan tanpa jawatan beliau kini berdiri dipentas pembangkang ‘wira bangsa dan agama’ untuk memastikan kamera menghala kearahnya!

Waytha bersama sekutunya yang tersirat dan tersurat boleh terus mencuba memanipulasi persepsi rakyat melalui drama politik murahan.

Namun, di sisi Perlembagaan, undang-undang, dan fakta sejarah, kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri Malaysia adalah sah, muktamad, dan tidak boleh dipertikai.



*DR. SHAHNOR BASRI merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam, Jordan.



APA HINT AWAL

 





RR KUTUK AKMAL... KAH KAH KAH.. GINI KETUA PEMUDA


 

RR DAH BAGI HINT AWAL


 

SILAP LA UMNO ADA ORANG CAM GINI


 

MEMANJANG KUTIP DUIT SEDEKAH. KO PAKAI KETA MEWAH BINI 2....

 


Norshidah Md Daud


Jumaat tiba lagi

So sedekah Jumaat


Esok sedekah Sabtu lak





Nanti sedekah time hari Kelahiran Nabi, Deepavali & Krismas lak


Opsss...


"BIL TNB JIKA PERLU"


Setakat waktu post ni dibuat, sedekah yang dia terima untuk bayar bil letrik kononnya haritu, hanya digunakan untuk bayar bil letrik umah bini tua

Bil letrik yang lain x bergerak

Kalau bergerak pun RM 10 je


Saya ada bukti ostad Ahmad Syakir Norazli 

Tolong bgtau bastard ni, nak kawen ramai

Beranak ramai, nak berjimak hari2 sekalipun...

P keja cari nafkah, bukan mintak sedekah pastu gunakan pondok sebagai alat meminta sedekah


Camsial



UMNO TAMPIL POLITIK BENGKENG. MENJAUHKAN RAKYAT DARI PARTI ITU.

 Jogho Malaya


ISU BENDERA TERBALIK: UMNO Tampil Politik Bengkeng Tak Bertempat, rugi dimata masyarakat.







Saya tersangat pelik dan jelik, setiap kali ada isu bendera tersalah pasang terbalik, pemuda UMNO mengamuk seolah-olah negara diserang kuasa asing yang memerlukan mereka turun berperang.


Dalam isu Bendera terbalik (walaupun si pemasang sudah meminta maaf kerana tidak sengaja dan tersalah), UMNO terus buat himpunan. Suara bengkeng dilaungkan, kutukan ditujukan. Kamera dipasang dan dihalakan, tujuan untuk hebohkan kepada semua orang UMNO parti cakna bendera (bukan cakna rakyat). Hakikatnya UMNO secara tidak sedar telah membuka pekung bahawa mereka adalah parti yang sedang menyediakan pelapis yang mengamalkan politik 'bengkeng' juga menggambarkan UMNO Parti yang tidak ada nilai bilhikmah dalam menyelesaikan sesuatu isu. 


Pada saya, jika beginilah keutamaan Pemuda UMNO, tak hairanlah rakyat semakin bingung, anak muda makin keliru, adakah UMNO parti yang membela rakyat atau parti yang mencari popular bersandarkan bengkengnya?


Bagi saya, Akmal (umur peringkat adik pada saya) walau badan sasa tinggi tapi otak masih kecil. Amarah dia didepan berbanding hikmah dia. Dia tak sedar, isu takkan reda jika pendekatan yang dibawa tak kena cara.


Dalam isu bendera. Jika ada kes dipasang terbalik sekalipun, Akmal dan pemuda UMNO tidak boleh melulu, mereka kena semak dulu kemungkinan kerana tersalah dan tersilap pasang. 


Jika Pemuda UMNO benar-benar mahu membela 'bendera', lakukanlah dengan adab, bilhikmah dengan tindakan yang berkesan. UMNO tidak boleh lagi terperangkap dalam gaya politik emosi yang mengundang gelak tawa lawan serta hilang hormat dari rakyat.


Jika Akmal nak tegur sekalipun, beliau kena matang dengan betulkan dengan tangan yang sabar, bukan dengan suara yang bengkeng yang melampau. 


Kepada Akmal, politik bengkeng mungkin menghiburkan sesetengah orang terutamanya budak-budak UMNO, tetapi ia tidak pernah memenangkan hati rakyat. Percayalah Akmal. 


UMNO tidak runtuh kerana bendera terbalik. UMNO runtuh bila pemimpinnya TERBALIK cara selesaikan isu.


Akhir sekali, saya amat menghargai kesedaran terhadap maruah bendera sebagai simbol negara. Namun, saya kekal tidak dapat bersetuju dengan pendekatan Pemuda UMNO yang memilih untuk mempamerkan amarah di jalanan semata-mata kerana kesilapan teknikal bendera dipasang terbalik.


Kena ingat UMNO sebahagian dari kerajaan Perpaduan. Dan perpaduan ini dibina dengan kebijaksanaan pemimpin, bukan dengan jeritan di hadapan kamera yang di pasang. Jangan biarkan politik bengkeng menjadi batu nisan kepada perjuangan UMNO.


-Jogho Malaya

Mantan SU Penerangan UMNO Kelantan 

Mantan JK Penerangan UMNO Pusat




ANWAR DAN CHAOS THEORY


Nome Nome


Sejak menjadi Perdana Menteri pada November 2022, Anwar Ibrahim berdepan dengan serangan bertali arus dari luar Kerajaan Perpaduan, dan dari dalaman Kerajaan Perpaduan. Dalam bahasa omputeh ini dipanggil 'baptism of fire'.






Umpama kau jadi pemain pengganti ketika pasukan bola sepak kau telah ditaji 3-0 dan misi kau ialah untuk menjaringkan gol untuk comeback. Boleh buat, tapi memang susah. Hanya pasukan hebat macam Liverpool sahaja yang boleh buat macam tu menentang pasukan hebat seperti AC Milan dan Barcelona. 


Masuk-masuk pejabat je, krisis ekonomi pasca-COVID belum settle, nak menyakinkan pelabur luar untuk datang melabur pasca-Langkah Sheraton, belum cerita pergolakan geopolitik Amerika Syarikat dan China.


Dalam gabungan kerajaan pulak, semua bergolak. Dalam UMNO bergolak, dalam PKR bergolak, dalam DAP yang dikatakan unite tu pun bergolak. Yang tak berapa nampak bergolak ni cuma GPS tapi dengar cerita pun ada pergolakan.


Untuk mengimbangkan segala permintaan dan menguruskan hubungan intra-parti Kerajaan Perpaduan ni, aku nampak Anwar terpaksa buat tarian piring—macam tarian orang Minang yang mengimbangi piring tu. Silap sikit, pecah dan terkena kaki, berdarah.


Dan bagi seorang yang berusia 78 tahun, untuk berdepan dengan semua ini, memang susah.


Malangnya, partinya PKR, semua menteri-menterinya, maaf cakaplah, hauk. Baik dari segi stratcomm, baik dari segi menguruskan naratif, baik dari membaiki imej. Kelam kabut. 


Aku ingat lagi masa isu kuil Hindu di kawasan tanah Jakel di Kuala Lumpur dalam awal tahun ni, macam mana Zaliha Mustafa, Menteri Wilayah Persekutuan kena tibai sampai lunyai.


Akhirnya Anwar juga kena selamatkan menterinya.


Kemudiannya pemilihan parti yang diadakan pada tahun ini, pertarungan antara geng HIRUK menentang geng DAMAI.


Dan sekarang ada drama cucuk jarum suntikan pulak, yang berlaku pada anak Rafizi Ramli.


Kalau kita perasan, dalam semua pemilihan parti politik di negara kita, yang paling kecoh semestinya antara UMNO atau PKR. UMNO sebab banyak tabur duit, PKR sebab bergaduh sampai baling kerusi. Pernah juga aku hantar petisyen kepada Triple H untuk memasukkan pemilihan PKR dalam jadual WWE, kalau boleh lepas Wrestlemania, sebab dramanya memang macam puting beliung.


Pemilihan parti yang paling takde drama, aku rasa PSM. Kalau ada pun, tidak dilaporkan oleh pihak media.


Tapi mungkin Anwar suka chaos. Sebab dalam chaos ni dia boleh mencapai matlamat. Kalau terlalu tenang politik ni, dia tak boleh susun gerak langkahnya. Mungkin macam tu lah agaknya.


Sebab kalau kita perhatikan, dari zaman Anwar dari ABIM sampai masuk UMNO tahun 1982, dia punya naik ranking tu betul-betul cepat. Dari tahun 1982 ke tahun 1993 apabila dia menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, itu cepat naik tu. Meteoric rise.


Sebab dari 1982 sampai 1988 tu UMNO betul-betul dalam chaos. Persaingan antara Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, kemudian berlaku Kem A dan Kem B, sampai UMNO diharamkan. Masa tu Anwar cepat betul meningkat naik, sebab dalam keadaan chaos.


Kemudian pemilihan UMNO 1993 menyaksikan Anwar memimpin Kem Wawasan melakukan 'cultural revolution gaya Mao' dengan golongan veteran UMNO macam Tun Ghafar Baba tewas dalam pemilihan. 


Pada tahun 1994 selepas PRN Sabah—antara pilihan raya pertama yang aku tengok kat berita masa aku umur 10 tahun, bagaimana pink form berterbangan di bangunan SUK Sabah masa tu. Selepas kemenangan tipis Pairin Kitingan dan Parti Bersatu Sabah, tiba-tiba ramai yang lompat parti dan sertai BN, dan Sakaran Dandai menjadi Ketua Menteri Sabah.


Tu semua hasil tangan Anwar, yang mencaturkan kemenangan pintu belakang itu. Tetapi disebabkan kelincahan itu, Anwar dilihat melawan tauke, terutamanya apabila Mahathir bercuti tiga bulan dan melepak di Argentina, ketika Anwar menjadi Pemangku Perdana Menteri pada tahun 1997. Akhirnya pada tahun 1998, dia dijatuhkan. Meteoric fall. 


Now, semua cerita ni kau boleh cari kat Google. Cuma apabila kita menilai prestasi menteri-menteri kabinet dari PKR, semuanya mengharapkan Anwar Ibrahim untuk tolong. Ini macam Anwar terpaksa menjadi Lionel Messi dalam pasukan yang level lemah macam pasukan nombor 15 liga. Semua benda dia kena cover. 


UMNO dan GPS, menteri-menterinya masing-masing buat kerja. Kita nampak Tok Mat sibuk menjadi Menteri Luar ketika Malaysia jadi Pengerusi ASEAN sekarang, kemudiannya Johari Ghani pun ramai yang suka dia. Zahid tu sungguh golongan urban kutuk dia pun, pelajar TVET banyak dapat benefit daripada dia.


DAP dari apa yang aku dengar, ramai Cina tak suka Anthony Loke sebab dilihat terlalu berlembut dengan Melayu. Bendera Jalur Gemilang terbalik tu ditujukan untuk menyusahkan Anthony Loke dalam menguruskan hubungan dengan UMNO, sebuah lagi parti gabungan.


Akmal Saleh tugasnya 'agent of chaos' supaya akar umbi nampak UMNO masih berpegang pada ideologi. GPS pula menuntut autonomi Sarawak, kerana apabila kerajaan pusat dalam keadaan yang lemah, inilah masanya untuk mengambil kesempatan.


PRN Sabah ni aku nak tengok pertarungan antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Walaupun dah jadi TYT, Musa Aman masih menyusun atur orang-orangnya dalam politik Sabah. Naratif parti lokal vs parti Malaya juga bakal menjadi isu nanti.


Apapun kita tunggu pengumuman Oktober ni. Aku rasa Sabah dapat banyak ni nanti. Anwar ni kalau nak umum Oktober, tunggu je lah Oktober. Nak orang tunggu dari Ogos ni dah kenapa?


Aku ingatkan tahun 1998 tu dah cukup chaos dah. Sekali sekarang macam-macam hal.



BILA AKMAL TAK BERFUNGSI

 

Norixan Abdul Hamid


Mana Akmal?

Sibuk jadi pengawas sekolah ke .. kalut dengan kes bendera terbalik ja?

Isu besar macam ni jadi kelu?

Malu la sikit Akmal weh!

..



INSENTIF UNTUK KAKITANGAN AWAM LAGI

 


Di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 (MAPPA XX) sebentar tadi, saya umumkan beberapa insentif dan inisiatif sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.






Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada seluruh penjawat awam yang terus berusaha, berdisiplin dan komited merealisasikan agenda reformasi yang kita hasratkan bersama.


Insya-Allah, pengumuman lain untuk penjawat awam akan saya sampaikan dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




DAP PILIH KECERDASAN KEUOAYAAN BERFIKIR

 


DAP memilih MP Jerantut kerana beliau mempunyai kecerdasan dan keupayaan analisis yang tinggi. (jenis ni ada 3 ke 4 org je dlm PAS) 


MP Pasir Mas pula, malangnya, sering menampilkan hujah dangkal dan pandangan yang cetek, seolah-olah kedudukannya di Parlimen hanya sekadar memenuhi kerusi, bukan menyumbang kepada perbincangan yang bermakna. ( jenis ni majoriti dlm PAS)


      JERANTUT   .Tak pernah nampak MUKA turun ke KAWASAN parlimen dia di KAWASAN pedalaman.         




              PASIR MAS




Terkenal dengan SIKAP cakap dulu OTAK di belakang.







FILEM BELUM TAYANG JUALAN TIKET LAKU BERJUTA

 


Memang gila betul penangan filem terbaru Rajinikanth, Coolie. Bayangkan, tiket wayang untuk filem arahan Lokesh Kanagaraj ini dah terjual sebanyak Rs 50 crore (kira-kira RM28 juta) untuk tempahan awal di seluruh dunia, padahal ada lebih empat hari lagi sebelum filem ini ditayangkan.



Paling dahsyat sekali datangnya dari pasaran antarabangsa. Jualan tiket di luar negara sahaja dah cecah Rs 36.25 crore, membuktikan aura Thalaivar ini memang sampai ke serata dunia dan memecah rekod baru.


Di India sendiri pun tak kurang hebatnya, orang ramai berebut-rebut beli tiket. Di Tamil Nadu saja dah kutip Rs 7.00 crore dalam masa sehari, diikuti Kerala dengan Rs 4.50 crore dan Karnataka sebanyak Rs 2.00 crore.


Ini belum lagi masuk jualan tiket dari pasaran Telugu dan Hindi yang bakal dibuka tak lama lagi, dijangka kutipan awal boleh cecah sehingga Rs 95 crore. Gabungan mantap antara Rajinikanth dan Lokesh Kanagaraj ini memang menjadi, bak kata orang, Rajinikanth umpama anak panah yang padu, dan Lokesh pula pemanah yang hebat untuk memastikan ia tepat mengenai sasaran.




AIHHHH....LA DAH JADI PENASIHAT DAH...APA LAK DOK KUTUK ATOK


 

PERBICARAAN PENUH

 

ISWARDY Morni


Buat masa ini, titah tambahan itu wujud dan statusnya, sama ada sah atau benar, perlu dipastikan dalam perbicaraan penuh.



 Kami tidak menganggap wajar atau adil untuk memberi sebarang pandangan mengenai perkara ini pada peringkat sekarang,”




LA HADI...TAKUT KE DAP KAH BERBANDING YANG LAIN.DEPA BUKAN KAPIAQ LA.


 TARMIZI MOHD JAM


Tak sangka pula Pas begitu takut dengan DAP berbanding ICERD, Hindraf, MCA, Gerakan, MIC, P Ramasamy, Waytha Moorty dll yang sewaktu dengannya.


 Takut pura2 sahaja. Haram bila tak dapat. Bila dapat ke dia halal. Sebab Pas nih jenis parti kluk klik, flip flop. Hipokrit. Amacam?




PENGGUMUMAN BARU PM ANWAR


 

MALAYSIA BUKAN TEMPAT MAIN-MAIN


 🇲🇾 MALAYSIA BUKAN TEMPAT MAIN-MAIN! 




Dekat KLIA, imigresen sekarang ketat gila demi keselamatan sempadan.

Tapi ada wanita warga China yang hilang akal, maki hamun, tarik tudung pegawai wanita, tolak kepala sampai kena tiang kaunter!


Pegawai cuba tenangkan, tapi dia tetap berdegil. Akhirnya, Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) terpaksa campur tangan.


Akibat perbuatan tu:

🔴 Mata kiri pegawai bengkak

🔴 Sakit kepala di bahagian kanan

🔴 Lenguh seluruh badan


Ini bukan kes remeh, ia melibatkan keselamatan petugas negara.


📌 Ingat! Kalau ada masalah dokumen di lapangan terbang antarabangsa, ikut proses.

📌 Malaysia tak kompromi soal keselamatan sempadan.

📌 Masuk negara orang, hormat peraturan, ini bukan rumah sendiri!




TERKINI DARI RAFIZI

 


Ada yang cadang saya berehat sebentar, tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan. 




Jumpa saya dalam Podcast YBM malam ini, Jumaat 15 Ogos 2025 bersama dua tetamu, iaitu YB Kak Ogy, Ahli Parlimen Ampang dan Sdr Victor, seorang aktivis pendidikan.


Antara isu yang akan diulas termasuklah kejadian serangan terhadap keluarga saya, ancaman budaya buli dan sebagainya.


Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.


Kalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu.


Jadi esok pun saya akan meneruskan Kaunter Bergerak di Pasar Pagi Taman Muda dan berjumpa penduduk Pandan macam biasa.




OOOOOOWAIHHH... SANGGUPDEPA SEKONGKOL DENGAN KAPIAQ LAK DAH


 

JOM TONTON LAWAK LAMA NI.


 

TU DIA.. JOM PI HONGGAQ KAIH....

 


TU DIA AIHHH... HANG SAPA.. KENCIN PUN BERCABANG LAGI..... UPSEREYNAPETEY

 


MANA NAK ADA.. DEPA PI NEGERI CINA KAPIAQ DAP NUUUU..... SANA NEGERI DAP TU SEMUA DA...


 

TU DIA AHHH.. LEMAN TIBAI SAPA TAK TAU.... JOM PI HONGGAQ TUANG UMAH.... BAGI LUQUH CAM NAGKA BUSUK.. NOHHH HAAIIHHHH


 

APAKAH SKANDAL BESAR YANG SEDANG DALAM SIASATAN RR


 

SEMBANG KEMAIH


 

KISAH PENCERAMAH PAW DUIT RM 11K


 

KWSP UMUM KEUNTUNGAN 22%

 Nazri Hamdan


KWSP baru umum pendapatan pelaburan suku kedua 2025 melonjak 22% ke RM20.61 bilion berbanding RM16.91 bilion tahun lepas. 


Kenaikan ni banyak disumbang oleh saham yang naik 35% kepada RM13.77 bilion, manakala instrumen pendapatan tetap macam sekuriti kerajaan dan bon bagi RM6.73 bilion. 


Tapi ada juga segmen rugi iaitu instrumen pasaran wang yang didenominasikan dalam mata wang asing rugi RM180 juta sebab ringgit mengukuh lawan USD. Secara keseluruhan, separuh pertama 2025 KWSP kumpul RM38.92 bilion pendapatan pelaburan, naik 3% dari tahun lepas.


Jumlah aset pelaburan KWSP setakat Jun 2025 dah cecah RM1.31 trilion, naik 8% tahun ke tahun. Pelaburan luar negara buat 39% daripada jumlah aset, banyak dibantu penilaian semula positif pasaran saham global. 


Untuk agihan, RM17.39 bilion masuk ke simpanan konvensional dan RM3.22 bilion ke simpanan patuh syariah. CEO Ahmad Zulqarnain kata strategi fokus kepada aset berkualiti tinggi, sektor domestik penting, disiplin pengagihan aset dan pendekatan ESG membantu KWSP ambil peluang walaupun keadaan global tak menentu.


Menariknya, KWSP juga bakal luaskan liputan kepada pekerja asing bukan warganegara bermula gaji Oktober 2025, serta perkenalkan pelan penstrukturan akaun simpanan persaraan secara opt-in. 


Dalam 1H2025, KWSP daftar 286,194 ahli baru, bawa jumlah keseluruhan ke 16.4 juta ahli, dengan 8.98 juta daripadanya ahli aktif.




KO BENGGONG JA.

 

Zainuddin Omar


Difahamkan daripada rakan-rakan FB, beliau ialah staf JKR.





Sebagai seorang mantan jurutera JKR yang sudah 10 tahun meninggalkan perkhidmatan, saya juga ada pandangan sendiri terhadap pemimpin negara semasa saya masih bertugas dahulu.


Terus terang, ada pemimpin yang memang saya tidak berkenan di hati. 


Namun, sebagai penjawat awam, saya terikat dengan Perintah Am. Itu undang-undang kerja kita.


Sebab itu, hanya selepas bersara daripada kerajaan barulah saya mula menulis pendapat atau kritikan di media massa.


Prinsip saya mudah: 


BEKERJA DENGAN GOVERNMENT OF THE DAY


Semua polisi kerajaan yang diarahkan akan saya laksanakan asalkan tidak melanggar prinsip keadilan sejagat.


Di sinilah ramai penjawat awam keliru. 


Anda boleh jadi walaun, walanon, walajib atau walatok, tetapi dalam kerja rasmi, tetap kena berkhidmat kepada government of the day.


Kalau tidak setuju dengan pemimpin, bukan sabotaj projek, bukan pilih kasih layanan. Bukan kritik terbuka di socmed.  


Kalau tidak setuju dengan mana-mana pemimpin, ada caranya - nyatakan di peti undi.


Setel.



CILAKA PUNYA FIRAUN.


 

PEMIMPIN CAKAP TAK SERUPA BIKIN..NAK TAU TU LA DIA

 


KAKI BELIT PEMBOHONG KUAT DIA NI.

 


NAIK DAH 8% KENYANG DAH ANAK PINAK.TERIMA KASIH LA PM ANWAR...NI 4 BULAN LAGI NAIK LAGI 7%. FUHHH....TAK SUSAH LA..SENANG..YANG SUSAH ORANG MACAM HANG...GAJI HARAP BINI JA...KIOK.


 

SAYA LAMA DALAM POLITIK DAN SAYA LAMA DALAM PENJARA.JANGAN UGUT UGUT SAYA.

 


ISU YANG RUMIT DIA TAK PANDAI BAWA



 Mukhlis eddie



Perjuangan Dr Akmal nampaknya sangat ‘strategik’ hanya fokus pada bendera, selipar, stokin dan topi.





Isu kecil jadi tumpuan beliau, isu besar macam kapal LCS ghaib, 1MDB disakau Najib, Jana Wibawa disapu Muhyiddin… mungkin terlalu remeh untuk beliau. 


Katanya, biar perompak bawa peti besi, asalkan rak cenderamata tersusun kemas 😜


p/s gambar penunggang agama sekadar hiasan laman 😋



KONON CINA MALAYSIA TAK DA SEMANGAT PETRIOTISME.


 Mukhlis Eddie


Bendera terbalik jadi bicara,

Riuh sekampung heboh tak tentu;

Yang di atas tersenyum sahaja,

Asap perkauman dijadikan batu.


Kononlah tanah pusaka pertiwi,

Hanya layak segolongan bangsa;

Bila yang lain menabur bakti,

Disiram racun, dihalang kuasa.


Patriotisme umpama kain sutera,

Indah dipakai di hadapan rakyat;

Di belakang dijual pada saudara,

Tukar dengan kuasa, habis harta keramat.





Zain Mahmud



Bendera terbalik ini bukanlah suatu isu. Kalau nampak bendera terbalik, betulkan jelah.


Ia bukan isu patriotisme tetapi ia dijadikan isu perkauman. Ia hanya bertujuan untuk mengukuhkan satu pandangan di kalangan orang Melayu bahawa orang Cina di Malaysia ini tidak patriotik dan tidak setia pada negara.  Ia menggambarkan seolah-olah orang Cina menterbalikkan bendera dengan sengaja untuk menghina negara. Atau mereka cuai kerana dalam hati mereka sememangnya tidak sayangkan negara ini. 


Banyak orang Melayu yang ada sentimen kebencian ini. Tetapi kebanyakannya pula mempunyai sentimen ini kerana diapi-apikan. Sementara ahli politik akan menggunakan sentimen ini untuk meraih sokongan dan undi.


Di satu pihak mereka mendakwa bahawa Malaysis ini adalah negara milik Melayu, di satu pihak mereka marah kalau orang Cina dan India tidak berasa memiliki negara ini. Tetapi mereka lebih marah lagi jika orang Cina dan India berusaha untuk memilikinya.


Perasaan patriotisme itu datang sekali dengan rasa pemilikan bersama Malaysia. Negara ini adalah milik bersama semua warga negaranya tanpa mengira kaum, anutan agama, pemilikan kekayaan, tahap kecerdikan dan fahaman politik.


Inilah konsep negara demokrasi moden. Pada zaman feudal, negara adalah milik raja dan keluarganya. Yang lain adalah rakyat atau subjects, tidak ada warga negara atau citizens.




HASIL TUAIAN PERTAMA BAWANG 18.4 ATAN



 Kejayaan menuai hasil pertama sebanyak 18.4 tan bawang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Bachok membuktikan usaha bersepadu Jabatan Pertanian bersama para pengusaha bawang dalam memperluas penanaman komoditi ini di negara ini semakin membuahkan hasil. 

.

Penuaian yang dilaksanakan di kawasan seluas 4.6 hektar ini merupakan sebahagian daripada projek rintis yang dimulakan pada Jun lalu, melibatkan 10 penanam.

.

Baca artikel penuh diruang komen 👇🏽


#myDOA #BawangDOA 





Gambar : Penolong Pegawai Pertanian, Azmi ismail (kiri) bersama seorang peserta menunjukkan bawang yang dituai selepas majlis penuaian bawang projek tanaman peringkat Kelantan di TKPM Telong, Bachok



AKMAL. PENGGALI KUBUR UMNO

 


Man Toba





🔥 Akmal – Hero 

Kampung No Cap, Tapi Kerja Gali Kuboq UMNO 🔥




Akmal weh… mula-mula aku tengok kau macam hero kampung, sekali bila tengok detail… bro, ni bukan hero… ni kontraktor gali kuboq part time, full time cari content gaduh. 💀 Asal ada isu rasis je kau jadi hero!


Benda kecik → kau merentan macam breaking news CNN.


Benda besar → Skandal 1mdb terus jadi mode silent. 


Cina tak gantung bendera → “tak patriotik bro!”.


Cina gantung terbalik, dah minta maaf → “pengkhianat negara!”.


Menteri  keluar bajet 4 juta nak ajar anak sekolah kenal bendera → “kerja bodoh lah wehh!”.


Melayu gantung salah → senyap macam kipas siling rosak. 🥶


Yang lagi wild… kes “bos ku” curi duit rakyat,1MDB, tu duit boleh buat 100 sekolah kot. Tapi semua terus jadi admin group WhatsApp — blue tick, no reply. 


Padahal PMX tu yang srugle selamatkan  UMNO dari kena haram. Dia boleh bagi jawatan kat PKR/Amanah, tapi dia bagi kat korang: Zahid pegang Kemajuan Desa & Wilayah, Asyraf pegang MARA, Shabery pegang FELDA. Semua role boss level, tapi kau balas dengan… mainkan isu stokin, selipar, bendera isu ntah apa apa ntah!


Sekarang kau tengah kasi bola tanggung kat PAS & Bersatu. Dorang dulu tinggal UMNO macam tinggal motor rosak, sekarang kau pulak yang isi minyak full tank + cuci seat. Bro… that’s not a power move, that’s a clown move. 🤡


Mark my words — kalau UMNO makin nazak nanti, orang takkan salahkan lawan. Orang akan cakap… “Pemuda sendiri yang cabut oksigen, siap pass mic kat lawan suruh nyanyi lagu Innalillah Remix kat tik tok!


😂



WOII LEBAI QAZAF... BAIK LA HANG BELA GAJI GURU OASTI. TUNJUK LAH BERJUANG EKONOMI PENYOKONG SENXIEI.

 





PAS jangan hanya pandai berpidato soal ekonomi rakyat, sedangkan di depan mata sendiri guru-guru PASTI terus dibayar elaun rendah yang tidak sepadan dengan jasa mereka.


Ekonomi bukan sekadar angka di pentas ceramah. Jika benar mahu perjuangkan rakyat, mulakan dengan membela nasib pendidik di bawah sayap sendiri dahulu.



HIDUP TIDAK BERTONGKAT LANGIT


 

HANGPA PILIH LA YANG OTAK KEMETOT JADI KETUA...


 

SIKAP PAS SEMASA BERKAWAN DENGAN MUSUH - MUSUH KEMUDIAN KAWAN TUKAR ISTILAH.MUNAFIK


 

PANTUN UNTUK HADI..BUKAN DIA SAJA BOLEH PANTUN


 

RINDU ZAMAN GULING


 

𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗣 𝗣𝗔𝗦 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗣𝗨𝗞𝗨𝗟 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡, 𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜



✍️  Ahmad Mursi 


1.  Dah beberapa tahun, ucapan Haji Hadi di Parlimen ulangi point sama. Setiap kali diulang, disorak seolah² ada idea baru dan sangat bernas oleh MP PAS di Parlimen. 


2.  Dah boleh teka apa yang nak diucap, begitulah juga ceramahnya.


3.  Jika ahli PAS benar² sayang padanya, mereka wajar rehatkannya apabila nampak pemikiran politiknya tidak lagi tajam mencerna hal² semasa.


4.  Agar dia kekal diingati dengan nostalgia pidatonya yang berapi² di zaman muda.


5.  Itu lumrah hidup, ketajaman fikiran kita semakin susut seiring dengan usia yang semakin meningkat ditambah lagi jika kesihatan semakin merosot.


6.  Samalah seperti komen Hj Hadi terhadap Qaradawi yang mengkritiknya, dia (Qaradawi) “sudah uzur, penglihatan tak berapa nampak, telinga tak berapa dengar”.


7.  Atau dengan makna lain, Hj Hadi nak bagitau, Qaradawi tidak lagi setajam dulu, kenyataannya boleh dipertikaikan.


8.  Malangnya, sikap ahli parlimen PAS dalam parlimen semakin radikal apabila ucapan presidennya dikritik hingga ada yang cuba serang secara fizikal, mujurlah dihalang oleh bentara.


9.  Tiada lain yang saya fikirkan, kultus personaliti semakin membarah dalam PAS.


10.  Asasnya, jika tidak mahu dikritik, tidak perlulah jadi ahli parlimen, dibayar gaji oleh rakyat dan buat ucapan mengkritik orang lain.


11.  Saya tak nampak lagi ada yang diugut nak dipukul kerana mengkritik PMX sehingga tahap melampau dan sehingga mengqazaf beliau.


12.  Jadi, saya nak balas pantun Hj Hadi:


Dari Rusila menuju ke kota;

Candat sotong di tengah lautan;

Daripada ponteng makan gaji buta;

Lebih baik berundur serah jawatan.




MULA MULA DOK SEBELAH ..LEPAS TU BUAT KENYATAAN TAK TERLIBAT. DULU TUTUP DEWAN,BENTANG NAK NAIK BIL LETRIK...ENTAH APA AP ALAGI LAH DIA NI...KIOK

Che Ibrahim


 Whaytamoorthy nak cabar sapa/apa sebenarnya? 






1. Kuasa YDPA dalam pengampunan terhad Dan tidak mutlak? 

2. Pengampunan yang tidak sah? 

3. Proses pengampunan yang tidak betul mengikut selera pembangkang??


Apa pun kita tunggu apa kata mahkamah....



DIA MAI DEWAN PERLI ORANG ITU INI..LEPAS TU DIA BLAH...MASA PMQT..MUKA TAK NAMPAK...TAK BERANI BERDEPAN. KALAU MELUAT DUDUK TANYA BERDEPAN



 Ramai kawan aku berpantun hari ni. Aku pun nak cuba jugak la.





Dari Kuantan pergi ke Kunak,

   Tumpang kawan, tidur di loteng;

Gaji, jawatan semua dia nak,

   Sidang dewan dia 𝗸𝗲𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴.


Ikan duri masak tempoyak,

   Timun Jepun dibelah-belah;

Nak jadi menteri memang tak layak,

   Jadi duta pun kira bolehlah.


Sambal kerang warnanya merah,

   Sotong kurita dimasak kari;

Dialah orang yang cipta sejarah,,

   Jadi duta di kampung sendiri.


Berlari ke Pekan sampai termengah,

   Nak beli pensil di 𝘩𝘪𝘸𝘢𝘺 Karak;

𝘊𝘭𝘢𝘪𝘮 yakinkan negara Timur Tengah,

   Sekali hasil habuk pun 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸.


Di tingkat atas kemenyan diperasap,

   Kayu balak dibuat memerun;

Yang pemalas sibuk nak tebuk atap,

   Yang rajin pulak disuruhnya turun.


Import gergaji dari China,

   Malam gelita bakar setanggi;

Tak ambil gaji dicaci dihina,

   Makan gaji buta, dipandang tinggi.


Cukuplah dulu. Karang ada yang terbakar pulak kalau banyak sangat. Guane boh?


 

#Raja_Gelap_II


.



Gambaran logiknya begini:


 Azoe Dien


Gambaran logiknya begini:


Sasaran utama – Menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM.

Perhimpunan “Turun Anwar” tak berjaya, jadi pihak lawan guna strategi lain.

Mangsa serangan – Anak Rafizi Ramli.

Diserang/dicucuk sebagai satu bentuk tekanan atau ugutan tidak langsung.

Rafizi sebagai titik lemah

Suara lantang Rafizi yang mengkritik bukan saja pembangkang, tapi juga kerajaan sendiri (termasuk pimpinan Anwar), buat dia jadi sasaran mudah untuk “dipecahkan” hubungan dengan parti.

Serangan ini berpotensi mencetuskan ketegangan dalaman PKR atau kerajaan perpaduan.

Pembangkang sebagai “penyelamat palsu”

PAS & Bersatu (di bawah bayangan “mastermind” Tun Mahathir) kononnya beria-ia suruh siasat kes Rafizi.

Nampak macam nak jadi hero atau bela, tapi sebenarnya mahu mencipta persepsi negatif terhadap kerajaan dan melemahkan keyakinan penyokong.

Strategi “pecah dan perintah”

Bila menteri atau pemimpin lantang kerajaan kelihatan lemah, bercanggah, atau jadi mangsa, keyakinan rakyat pada kerajaan akan terhakis.

Akhirnya, ia memudahkan agenda jatuhkan PM.

Kalau ini benar, ia serupa dengan teknik politik lama: cipta krisis dalaman, pura-pura membantu, kemudian ambil kesempatan bila keadaan kucar-kacir.....



𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢 𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱



 𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱


𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗜𝗦𝗨 𝗙𝗔𝗥𝗛𝗔𝗦𝗛, 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡


Dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan semalam (24 Julai 2025), YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa pelik kenapa usaha-usaha yang dipelopori beliau untuk membanteras rasuah, seolah-olah tidak disambut oleh beberapa pihak (terutamanya pembangkang). Beliau memberi contoh kertas siasatan yang dibuka terhadap tokoh-tokoh tertentu.


Saya tidak meragui keikhlasan beliau untuk membanteras rasuah. Sebahagian besar kempen PKR yang melibatkan saya sendiri, sejak 2010, berkisar kepada skandal-skandal besar negara. Beliau memberi sokongan penuh kepada usaha kami membongkar skandal-skandal negara.


Salah satu penyumbang kepada kemenangan PKR dan PH dalam PRU2018 dan PRU2022 (sehingga beliau berjaya membentuk kerajaan campuran dan dilantik sebagai Perdana Menteri) adalah manifestasi tuntutan rakyat agar rasuah dibanteras sekeras-kerasnya.


Pada masa yang sama, rasa pelik yang beliau luahkan itu ada asasnya. 


Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa kepercayaan rakyat mengenai usaha membanteras rasuah boleh ditingkatkan lagi. Sementara kita memahami sikap pembangkang yang akan menolak setiap usaha kerajaan, kita juga perlu bermuhasabah kenapa sebahagian rakyat biasa masih belum yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.


Kesan dari rasa kurang yakin ini boleh dilihat melalui beberapa sudut. 


Pertama, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) masih di takuk yang sama. Malaysia mendapat 50 mata bagi tahun 2023 dan 2024, yang meletakkan negara di kedudukan 57 dari 180 negara. Sementara ini lebih baik dari tahun 2021 dan 2022, mata 50 dan kedudukan 57 sebenarnya tidak banyak berbeza dari pencapaian 2015 (di kemuncak skandal 1MDB), bila mana Malaysia mendapat 50 mata dan kedudukan 54.


Begitu juga dengan data-data kaji selidik terkini yang saya pernah kongsikan beberapa bulan lepas, yang menunjukkan kebimbangan rakyat mengenai rasuah semakin meningkat.


Ini berlaku dalam keadaan pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba melakukan pelbagai penambahbaikan proses, selain dari pendirian beliau yang berulang kali menolak rasuah.


Oleh itu, saya ada pandangan yang akan dikecam pelbagai pihak, tetapi ia perlu disuarakan.


Jika Perdana Menteri rasa pelik kenapa sambutan rakyat tidak segah usaha-usaha yang sedang dilakukan, ia bermakna ada perkara lain yang mungkin mencacatkan usaha-usaha itu di mata rakyat.


Kedudukan CPI ditentukan oleh persepsi rakyat. Persepsi dipengaruhi oleh beberapa perkara penting, terutamanya:


1) Keberkesanan reformasi yang dijalankan hingga ia berjaya membanteras amalan rasuah ke peringkat akar umbi dan dirasai oleh rakyat dalam urusan seharian mereka; 𝘥𝘢𝘯


2) Pandangan umum mengenai konsistensi pemerintah memlawan rasuah, supaya amalan rasuah dibanteras dengan seadilnya dan pemerintah dilihat benar-benar bersih dari rasuah.


Kita boleh menerima pandangan bahawa reformasi pentadbiran yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk mengubah budaya agar amalan rasuah dibanteras sehingga ke akar umbi.


Namun, adalah sangat berbahaya jika pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak konsisten dan memilih bulu dalam membanteras rasuah, sekiranya ada kes-kes besar yang melibatkan pimpinan Kerajaan Perpaduan atau tokoh-tokoh yang rapat dengan beliau.


Sebab itu saya memilih untuk bersuara kali ini, selepas satu tuduhan skandal lesen penerokaan mineral seluas 70,000 hektar di Sabah yang membabitkan Datuk Farhash Wafa Salvador mula berlegar. 


Ini bukan kali pertama Farhash disabitkan dengan pelbagai urusniaga yang mengundang kontroversi. 


Sejak YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Farhash tiba-tiba melonjak menjadi seorang niagawan yang ligat dan mula mempunyai kepentingan dari satu syarikat ke satu syarikat. Ada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan beliau, kemudiannya mendapat kontrak perolehan yang besar dari kerajaan.


Jumlah sebenar kontrak-kontrak perolehan kerajaan yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Farhash tidak diketahui umum. 


Namun, pengaruh Farhash menjadi bualan rakyat di luar – baik rakyat biasa yang melihat kemewahan dan gaya hidupnya, sehinggalah golongan perniagaan yang berurusan dengan kerajaan dan dalam sektor korporat.


Apabila perkara ini dibangkitkan sebelum ini, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya memberi penafian. Penjelasan beliau ialah kegiatan perniagaan Farhash tidak ada kena mengena dengan beliau kerana Farhash bukan lagi setiausaha politik beliau.


Saya memilih untuk bersangka baik ketika itu, walaupun saya tahu pengaruh Farhash dalam PKR dan sebahagian pentadbiran kerajaan itu benar-benar wujud.


Tuduhan terbaru mengenai lesen penerokaan mineral yang membabitkan Farhash tidak akan mati begitu sahaja. Pendedahan setakat ini disertakan dengan dokumen dan rakaman audio. Saya percaya lebih banyak maklumat akan menjadi pengetahuan umum selepas ini.


Saya juga percaya ia bukan tuduhan terakhir yang membabitkan Farhash. Dari semasa ke semasa, ada saja kontroversi baru mengenai beliau yang akan menjadi bualan umum.


Oleh itu, saya berharap YAB Perdana Menteri memandang perkara ini dengan serius.


Kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkan dan dikaitkan dengan Farhash perlu ditangani segera dan penafian mentah tidak lagi akan diterima oleh rakyat.


Maklumat-maklumat yang didedahkan setakat ini sudah cukup untuk membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Farhash, seperti mana kertas siasatan dibuka terhadap tokoh-tokoh lain yang dituduh menjadi kaya secara tiba-tiba.


Bila ada konsistensi sebegini, barulah lebih ramai rakyat yang lebih yakin dengan usaha kerajaan membanteras rasuah.


Jika tidak, bukan sahaja usaha-usaha ini tidak membuahkan hasil yang dikehendaki dan diterjemahkan kepada kedudukan CPI negara yang lebih baik, saya khuatir beban Farhash ini akan mengheret PKR dan PH dalam pilihanraya yang akan datang.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

Ahli Parlimen Pandan