POLITIK MATANG PAS.

 









Tarmizi Mohd Jam



Politik matang & sejahtera dalam Pas telah lama berkubur. Langkahnya yang semakin sumbang dan pincang pada lantai politik Malaysia yang semakin kompleks menjadikan Pas hilang kawalan, arah dan pendirian. Sebaliknya mereka menjulang politik flip flop, kluk klik dan Machiavellianism demi sekangkang kuasa yg baharu digilai penuh berahi. Amacam?



BHAYA UMAT ISLAM BILA TUKANG BACA ITU SESAT.


 

Mudah saja kalau nak singkirkan ustaz sesat cam gini. Dalam PRU 16 nanti. Gabungan BNPH  akan singkirkan dia supaya qunut yang dia baca kembali pada  dia.




RUMAH TAK SIAP SEJAK 2017...NI MELAYU NAK MEREMPAT.. ZAMAN DIN CITIT KA ZAMAN SAPA NIH?

 


MALAYSIA BELI BOEING TAK SEPADAN DENGAN DISKAUN 6% TARIF?


Ezreen Muhaize





1. Malaysia komited untuk membeli 30 buah pesawat Boeing dengan nilai USD9.5 bilion (sekitar RM40 bilion).


2. Tapi kena tahu, RM40 bilion ini bukan perlu dibayar kepada Boeing pada tahun 2026 secara sekaligus.


3. Boeing mampu menghantar secara purata 40 ke 45 buah pesawat sebulan setakat pertengahan 2025 (~500 buah dalam tempoh setahun).


4. Namun gangguan seperti mogok pekerja, isu kualiti dan backlog menyebabkan banyak kelewatan untuk tempahan yang lepas.


5. Backlog boleh mengambil antara 13–20 tahun untuk dikosongkan pada kadar semasa, dan Malaysia juga bukan pelanggan utama Boeing yang perlu diberi keutamaan berbanding United Airlines, Emirates, Air India, Saudia dll.


6. Mengikut maklumat daripada pengguna Reddit, jika mahu menyempurnakan pembelian 10 unit pesawat, penghantaran boleh mengambil masa 5-10 tahun, dan pesawat pertama pun akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 tahun untuk siap.


7. Justeru untuk tempahan sebanyak 30 buah pesawat, lebih realistik penghantaran dapat disiapkan dalam tempoh 7 hingga 10 tahun, dengan pesawat pertama tiba selepas kira‑kira 1 tahun dan selebihnya dijadual secara berperingkat.


8. Jika Malaysia (atau MAS) hanya perlu membayar selepas setiap pesawat dihantar dalam tempoh 7 tahun: 


USD 9.5 bilion ÷ 7 = USD 1.36 bilion per tahun.


9. Nilai eksport Malaysia ke Amerika pada tahun 2024 dianggarkan sekitar USD43.43 bilion.


10. Pengecualian tarif Trump ini diberikan kepada barangan semikonduktor dan farmaseutikal.


11. Anggaran nilai eksport yang dikenakan tarif adalah USD39.66 bilion (jika gunapakai angka 2024).


12. Jika Malaysia berjaya kurangkan tarif sebanyak 6% (25 turun ke 19), Malaysia berjaya berjimat sebanyak USD2.38 bilion setahun.


13. Walaupun Malaysia nampak seperti memberi ‘gula-gula’ Boeing untuk kurangkan tarif, Malaysia masih berjimat USD1.02 bilion setahun.


2.38 bilion - 1.36 bilion….USD


14. Itupun jika Boeing mampu deliver kesemua pesawat dalam tempoh 7 tahun dan nilai eksport Malaysia ke Amerika hanya kekal mendatar tidak bertambah.


15. Ini cuma anggaran, dan ini cuma bandingan angka tangible. 


16. Jika nak kira kesan tak langsung, daya saing yang Malaysia berjaya kekalkan untuk semikonduktor sahaja pun suduh cukup besar nilainya khususnya daripada segi peluang kerja dan KDNK negara.


Wallahualam.




KELIRU SUNGGUH LA PUAK MUNAFIK NI. KALAU ORANG BACAKAN DOA LAMBAT KUTIP SAMPAH LAGU MANA PULAK. KIOK.

 Jamzuri Ardani


Keliru sungguh. Abis tu kalau LPT3 tu nanti disambung, Qunut Nazilah tu boleh tarik balik ka? Isu pengurusan pentadbiran dan pembangunan negara tidak boleh dijadikan asas untuk mengharuskan doa laknat ke atas pemerintah. 




Jika tidak, nanti akan ada pulak rakyat yang mendoakan laknat buat MB Tganu kerana kontraktor Majlis Perbandaran lambat kutip sampah sampai bau busuk. 


Abu Lu' Lu' membunuh Amirul Mukminin Umar Al Khattab kerana mendakwa Umar tidak berlaku adil kepadanya. Apa isunya? Abu Lu' Lu' pernah mengadu kepada Umar bahawa majikannya (tuannya) telah menzaliminya tetapi Umar tidak bertindak membelanya. 


Dia kata, "Umar seorang yang adil kepada semua orang kecuali terhadap diriku". 


Tak boleh sewenang-wenangnya tuduh pemerintah zalim lalu terus mengharuskan Qunut Nazilah. Saya bukan ustaz ... tapi bab ni saya lebih faham dari 'ustaz'. Jangan berfikir seperti Abu Lu' Lu'. Tak kanlah sebab isu LPT3 dan royalti pun nak mendoakan laknat sesama orang Islam? Ini ghuluw. Ini pemikiran takfiri. 


Oh yaa ... mungkin perlu juga saya ingatkan, orang yang tarik royalti minyak Tganu ialah orang yang sama berdiri sebelah MP Jasin mengaminkan Qunut Nazilah yang dibacakan oleh MP tersebut. 


Oh yaa .. jangan lupa PM yang meminda Akta Wilayah Laut pada tahun 2012 yang menghapuskan terus hak Tganu ke atas royalti minyak ialah orang yang sama yang PAS berhimpun bersolidariti minta dibebaskan dari penjara.


Nak berpolitik tak ada masalah. Tapi janganlah mengelirukan ajaran agama sampai begitu.



MUDAH JA NAK SINGKIRKAN LEBAI QUNUT NI.

 

Che Ibrahim



Ada orang atar ke ambo.... InsyaAllah PHBN amat berpeluang cerah untuk merampas semula P139 Jasin dari PN jika berlaku pertandingan 2 penjuru.




KENAPA MALAYSIA BELI BOIENG DARI US.


Norman Daud





 Ada seorang kenalan dalam FB yang saya perasan adalah penyokong kuat PN tanya saya, kenapa Malaysia beli Boeing dari US? Patut takyah la beli…


Dia macam nilah… kita semua tahu tariff US ni adalah satu bentuk buli ke atas negara-negara lain oleh US. Bukan Malaysia je kena… negara Eropah, negara Amerika Selatan pun kena… senang cerita satu dunia la kena termasuk la negara kita.


Kita semua kena terima hakikat yang US adalah negara ke-3 besarnya import kita. Banyak produk kita yang dieksport ke sana terutamanya dari sektor semikonduktor dan barangan getah.


Kita tak boleh nak elak dari tariff ni. Kita lawan, makin teruk kita kena. Nak tak nak kita kena nego.


Sebab tu bila orang tanya, “Kenapa Malaysia beli Boeing dari US?” jawapan dia tak semudah “patut takyah beli.” Hubungan perdagangan ni bukan macam kita beli barang kat kedai runcit, marah tokey terus boikot.


Negara berurusan macam satu ekosistem — kita eksport, kita import, kita runding, kita buat kerjasama strategik. Kadang-kadang pembelian besar macam kapal terbang Boeing tu jadi sebahagian dari trade-off dalam perbincangan perdagangan. Kita beli dari mereka, mereka pun ada insentif untuk kekalkan hubungan baik, kurang tekan dari segi tariff, dan buka ruang untuk rundingan lain.


Nak “tunjuk garang” memang sedap bunyinya, tapi realitinya negara kita bukan kuasa besar. Kita perlu main bijak — pilih medan yang kita mampu menang, elak konfrontasi yang akhirnya rugikan industri dan pekerja kita sendiri. Kalau kita degil dan putus terus, yang paling terkesan nanti bukan ahli politik, tapi pekerja kilang, peladang, pekebun, pelabur kecil — ringkasnya, rakyat biasa.


Benda ni bukan kita sorang yang buat. Banyak negara lain pun terpaksa ambil pendekatan sama:


📌 Singapura – Walaupun rapat dengan China, mereka tetap beli jet pejuang F-35 dari US. Bukan semata-mata kerana keperluan ketenteraan, tapi strategi diplomatik untuk kekalkan hubungan baik dan akses pasaran.


📌 Korea Selatan – Ada industri pembuatan pesawat dan kapal perang sendiri, tapi tetap beli teknologi dan senjata dari US supaya eksport kereta Hyundai dan Kia tidak tergugat.


📌 Brazil – Pernah kena tariff tinggi untuk eksport keluli ke US. Penyelesaiannya? Mereka buat perjanjian beli pesawat dan kelengkapan pertahanan dari syarikat US sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan.


📌 Kes EU – Tahun 2018, US kenakan tariff ke atas keluli dan aluminium Eropah. EU balas dengan beli lebih banyak kacang soya dan gas asli cecair (LNG) dari US untuk redakan perang perdagangan.


Kesemua contoh ini tunjuk bahawa dalam dunia sebenar, pembelian besar dari US kadang-kadang jadi “pelincir” hubungan diplomatik dan ekonomi. Bukan sebab kita lemah, tapi sebab kita faham permainan kuasa besar — kadang-kadang kita kena bayar “harga masuk” untuk kekal dalam liga perdagangan global.


Kalau kita pilih untuk melawan habis-habisan, kita kena bersedia tanggung akibatnya — tariff lebih tinggi, eksport kita merudum, pelaburan asing lari, dan akhirnya rakyat biasa yang paling sengsara. Dalam diplomasi antarabangsa, kadang-kadang langkah bijak itu bukan tentang siapa menang hari ini, tapi siapa yang kekal relevan dan mampu bertahan untuk 10 atau 20 tahun akan datang.


Salam subuh



MASA ADA KUASA KAMU TAK TUNTUT PUN HAL INI. INILAH BODOHNYA KAMU.

 

Che Ibrahim.


1. Allah menjanjikan tidak ada hijab antaraNya dengan doa orang yang dizalimi, sebab itu umat Islam diingatkan supaya gerun dan takut kepada doa golongan yang dizalimi. 






2. Qunut Nazilah disyariatkan dibaca dalam solat 5 waktu, bukan dibaca di luar solat. 


3. Qunut Nazilah sunnat dilakukan dalam 2 situasi;


  i) ketika berhadapan dengan ancaman/serangan dari musuh Islam.

  ii) ketika umat Islam ditimpa musibah seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau yang dahsyat dan seumpamanya.


4. Lafar qunut nazilah hendaklah disesuaikan dengan situasi yang dihadapi.


5. Haram membaca qunut nazilah untuk perbalahan sesama Islam, Haram melaknat dan mendoakan kehancuran sesama Islam.


6. Pembinaan lebuhraya atau pemberian royalti adalah urusan kerajaan, bukan urusan atau ketetapan syarak,  terserah kepada kerajaan untuk menentukan mengikut maslahah dan peraturan yang ada.




BERITA CNN TERKINI


 


PERUBAHAN BIL LAMA DAN BIL BARU. ELEKTRIK. PENERANGAN JELAS.


 

KEH..KEH..KEH...INI HANYA LAYAK BUAT KAMU...KEMETOT.


 

SKRIP LUAR NAK TUMBANGKAN PEMIMPIN ISLAM


 

BERITA PALESU YANG BERLEGAR



 Betul ke Malaysia gadaikan standard halal untuk dapatkan kadar tarif yang lebih rendah? 






Tak betul! Kita cuma memudahcara proses tersebut agar ia lebih pantas dan efisien. Import produk halal dari Amerika Syarikat masih perlu memenuhi standard Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.


Betul ke Malaysia akan bekalkan bahan nadir bumi/REE secara eksklusif kepada Amerika Syarikat? 


Haa, yang ni pun tak betul! Perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan semasa rundingan tarif dengan pihak Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuma meminta agar Malaysia tidak menyekat eksport nadir bumi atau REE ke Amerika Syarikat. Pada masa ini memang kerajaan tidak mengenakan sekatan ke atas eksport nadir bumi yg telah diproses.


Habis tu, apa yang Malaysia perlu beri untuk dapat tarif lebih rendah? 


Amerika Syarikat meminta agar produk-produk tertentu dikenakan tarif yang lebih rendah, jadi kita bersetuju dengan permintaan tersebut khususnya bagi produk yang tidak menjejaskan industri tempatan.


Inilah antara soalan cepumas yang diterima semasa sidang media tentang tarif timbal balas Amerika Syarikat.


Dalam rundingan yang diadakan, kedua-dua pihak berbincang secara jujur dan terbuka. Alhamdulillah, keterbukaan inilah yang membawa kepada keputusan menang-menang bagi kedua-dua pihak.


Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini, khususnya team burung hantu MITI. Rundingan dengan US ni kita buat ikut masa mereka, jadi dari malam sampai ke pagi pun #TeamMITI masih lagi berunding dengan rakan mereka di Amerika Syarikat, dah macam burung hantu!


Takpa, sekarang ni dah boleh tidur malam balik!


#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA



BILA ORANG SETIA ATOK KOMEN


Jamzuti Ardani



Malaysia import dari AS cuma USD18 bilion sedangkan Malaysia eksport ke AS sebanyak USD55 bilion. 


Bandingkan dengan Singapura yang import dari AS sebanyak USD30 bilion manakala eksport je AS pula USD34 bilion. 


Malaysia trade surplus dengan AS sebanyak USD37 bilion. Singapura trade surplus cuma USD4 bilion. 


Itu yang membezakan kenapa produk Singapura dikenakan tarif lebih rendah.


 Tarif 19% bukti strategi &  keupayaan Anwar, kata pemimpin PH. Tapi Singapura kena 10% saja.




KASIHAN....


PKR KUALA TERENGGANU



 TAK NAK DEMO KE WALAUN?


Kesian Rakyat Terengganu, Dua kali kenaikan Tarif Air.








Tahun lepas dah naik. Tahun ni naik lagi. Bermula Semalam iaitu 1 Ogos 2025, 

Kerajaan PAS Terengganu telah menaikkan caj bulanan minimum tarif air.


Sudah diwartakan, penduduk Terengganu akan menikmati kadar baharu caj bulanan minimum RM6.60 selepas naik 80 sen.


Tahniah kepada walaun kerana menjadikan negeri ni sebagai negeri yang membebankan Rakyat.


Dan bukan setakat Terengganu, negeri SG4 yang diperintah PAS turut naik. Air paling mahal setakat ni dipegang oleh Perlis yang mencatatkan kenaikan tertinggi di Malaysia apabila naik RM1.60 menjadi RM8.80.


Satu lagi negeri yang dipimpin PAS, Kedah pula mencatatkan kenaikan ke-2 tertinggi negara apabila Tarif Air minimum mencecah RM8.10 apabila naik 60 sen.


Kelantan naik ke-3 tertinggi di Malaysia dengan menaikkan caj bulanan minimum kepada RM8.00 selepas naik RM1.2O.


Tahniah dan syabas PAS. Mana dia penasihat SG4, Mahathir Mohamad. Sebab Air ni dibawah bidang kuasa negeri. Sebab itulah mereka sewenang-wenangnya naikan harga air. Tambahan pula walaun yang jadi Pokki Angguk. Sebab tu mudah kerja MB mereka naikkan tarif air.


Berbeza negeri Kerajaan PH/BN, dimana pengguna air dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikekalkan caj bulanan minimum pada harga RM6.50.


Kadar tarif air dinikmati penduduk di Lembah Klang itu sekaligus jauh lebih rendah berbanding Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Pulau Pinang lagi bagus, mereka menangguhkan kenaikan tarif air dan ianya memberi kelegaan besar kepada Rakyat Pulau Pinang.


Manakala Perak pula hanya menaikkan tarif air kepada pengguna komersil sahaja. Pengguna isi rumah tidak kena dan ini tidak membebankan mereka langsung.


Jadi buat Rakyat Terengganu, apa pilihan yang ada pada anda. Kalau berterusan sokong PAS, tak mustahil bil air akan terus naik hingga mencecah RM 10 tak lama lagi. 


Jadi sebelum bil air kita terus naik, baik kita naikkan kerajaan Baru. Yang cakna Rakyat.


Kalau tak, tentu darah kita akan naik setiap kali menerima bil air bulanan yang dihantar ke rumah kita. Itu je pilihan yang kita ada sebenarnya.




HARE... AFNAN KA SAFWAN


 

BERITA PALESU.

 Norman Daud

 

Ada orang hantar petikan berita dari Business Times cakap malaysia setuju jual REE kepada US sebagai syarat penurunan tariff.  Saya semak dengan Ai, tapi menurut Ai.. petikkan berita tu PALSU.









ADA MP AKAN LETAK JAWATAN


 

TARIF US TURUN


 

JOM TOLAK SANUSI


 

BARANG MAHAL KAH?


 

LEBAI TESLA.


 





KEH KEH KEH...

 

Oh sure, go ahead and mess with me. But the moment you stop, I’ll suddenly become the victim. 😅




Cerdik betol strategi PMX nih.






Semalam waktu Himpunan Turun Anwar berlangsung , PMX turun ke Kedah berjumpa dgn kepala Ngo dan Pertubuhan Beladiri Melayu. 


Langkah PMX di Kedah ini bukan langkah biasa. 

Ia adalah ‘silent offensive’ keatas naratif dominan PN di utara tanah air. 


Ngo yg hadir ini bukan biasa² tetapi mereka org yg ada pengaruh dalam kalangan masyarakat khususnya org kampung. 


Kalau mereka hari ini sudi duduk semeja dan senyum ketawa dengan DSAI, itu petanda perubahan arus sedang berlaku di peringkat akar umbi.


Kedah kini jadi medan uji kekuatan PN vs Kerajaan Perpaduan


Selepas Johor dan Selangor kekal di bawah PH-BN dan Pulau Pinang terus kukuh, fokus PN adalah mengekalkan dominasi di negeri seperti Kedah dan Kelantan. 


Lawatan PMX ke Kedah dgn berjumpa dgn kepala melayu ni adalah untuk mematahkan benteng awal mereka.


PMX membina kekuatan bukan dengan perpecahan, tapi penyatuan melalui politik rentas parti , Ngo dan juga masyarakat kampung. 


Sedangkan PN pula menjadikan NGO sebagai alat protes dan propaganda mereka, PMX sebaliknya menjadikan NGO sebagai rakan dialog dan pembangunan. 


Ini selari dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang mengiktiraf peranan masyarakat sivil dalam menyampaikan dasar kepada rakyat.


Disitu bijaknya strategi PMX nih dgn memanfaatkan ‘touch point’ dikalangan rakyat Kedah supaya dasar dan aspirasi Madani itu sendiri sampai ke akar umbi. 


Anwar Ibrahim tahu , jika hati orang kampung dan NGO tempatan dapat ditawan, maka automatik jentera politik lawan dinegeri itu akan goyah. 


Bila mereka tengok sendiri gaya Anwar yang duduk makan dan berbual mesra, ia mengalahkan propaganda TikTok PN yg keras , penuh fitnah dan caci maki.


PMX bawa gaya ‘pemimpin turun ke bawah’ yang tulen, bukan lakonan musim PRU saja. 


Apa yang rakyat Kedah sedang lihat harini ialah pemimpin nombor satu kerajaan turun tanpa protokol yg melampau, tanpa kempen politik murahan tapi dgn senyuman dan keikhlasan. 


Ini lawan kepada gaya elit politik zaman lama yang penuh dgn karpet merah dan VIP block. 


Ia membuka jalan kepada pemulihan persepsi bahawa Anwar Ibrahim bukan sekadar perdana menteri tetapi juga wakil rakyat sejati.



Hanya Sijil Kematian yang Tinggal”




Tq sahabat yang menhantar.

Salam Jumaat. 


Seorang bekas Pesuruhjaya Polis yang telah bersara baru sahaja berpindah keluar dari rumah rasmi kerajaan ke rumah miliknya sendiri yang terletak di sebuah kawasan kejiranan yang tenang. Dia sangat berbangga dengan pencapaiannya dan kedudukannya yang terdahulu.


Setiap petang, dia akan berjalan-jalan di taman kejiranan. Namun, dia tidak pernah menegur atau menyapa sesiapa. Dia merasakan bahawa orang lain di kawasan itu tidak setaraf dengannya — tidak layak menerima perhatian atau masanya.


Suatu hari, ketika dia duduk di bangku taman, seorang lelaki tua datang dan duduk di sebelahnya. Lelaki tua itu memulakan perbualan secara mesra, tetapi Pesuruhjaya itu tidak berminat untuk mendengar. Sebaliknya, dia hanya bercakap tentang dirinya — pangkatnya, kuasanya, pencapaiannya. Dia sering mengingatkan orang lain bahawa dia tinggal di kawasan itu bukan kerana terpaksa, tetapi kerana dia pemilik harta itu.


Perkara ini berulang selama beberapa hari. Lelaki tua itu hanya mendengar dengan tenang setiap kali, tidak pernah menyampuk.


Kemudian, pada suatu petang, lelaki tua itu akhirnya bersuara.


“Pesuruhjaya,” katanya lembut, “mentol elektrik hanya bernilai selagi ia menyala. Setelah ia terbakar, tidak kira sama ada ia 10-watt atau 100-watt — semua mentol yang sudah terbakar adalah sama — senyap, tidak bernyawa, dan dilupakan. Saya sudah tinggal di kawasan ini selama lima tahun, dan tidak pernah sekali pun saya memberitahu sesiapa bahawa saya pernah menjadi Ahli Parlimen — dua penggal.”


Wajah Pesuruhjaya itu berubah.


Lelaki tua itu menyambung dengan tenang: “Lihat lelaki di hujung sebelah kanan itu? Itu Encik Verma. Dia bersara sebagai Pengurus Besar di Keretapi India. Lelaki yang sedang berbual dengannya — Rao — ialah bekas Leftenan Jeneral Tentera. Dan lelaki yang berjalan perlahan memakai putih itu, Encik Shiva. Dia dulu ialah Pengerusi ISRO. Tiada seorang pun antara mereka bercakap tentang gelaran atau jawatan mereka dahulu. Mereka tidak rasa perlu pun untuk berbuat demikian.”


“Saya cuma memberitahu apa yang saya tahu,” katanya, sebelum menyambung,

“Sebab, akhirnya, kita semua adalah mentol yang sudah terbakar. Sama ada kita dulu 0-watt, 40, 60, atau 100-watt — sama ada kita LED, CFL, halogen, atau hiasan — apabila kuasa terpadam, kita semua sama sahaja.”


“Selepas bersara, sama ada anda Pesuruhjaya Polis atau Konstabel Polis, ia tidak lagi membawa makna.”


Dia memandang Pesuruhjaya itu dengan penuh makna dan berkata,

“Matahari terbit dan matahari terbenam — kedua-duanya indah. Tapi dunia hanya tunduk kepada matahari yang sedang terbit. Begitulah sifat manusia. Kita harus terima hakikat itu.”


“Jawatan kita, kedudukan kita — semuanya sementara. Jika kita biarkan semua itu menentukan siapa diri kita, kita pasti hilang arah bila semuanya pergi.”


“Dalam permainan catur, setiap buah — raja, permaisuri, gajah, bidak — hanya ada nilai semasa permainan berlangsung. Apabila permainan tamat, semuanya dimasukkan semula ke dalam kotak yang sama, dan penutup ditutup rapat.”


Dia tersenyum perlahan sambil memandang sekeliling taman.

“Jadi, berbahagialah pada saat ini. Harapkan kebahagiaan di masa depan. Tapi jangan sesekali berpaut pada sesuatu yang bukan lagi milik kita. Sebanyak mana pun pingat atau sijil yang kita kumpul sepanjang hidup, akhirnya, kita semua hanya akan menerima satu — Sijil Kematian.”




PAS NAK SERTAI KERAJAAN PERPADUAN? HENTIKAN LAH.


 

ISU HANGAT


 

WALAUN JOM DEMO...REGA AIR DAH NAIK..ZALIM..AIR ANUGERAH TUHAN KERAJAAN KAMU BAGI NAIK...WOIIIII....


 Zainuddin Omar



Walaun SG4 minta Anwar TURUN, tetiber kadar harga air negeri-negeri SG4 NAIK mendadak. Nasiblah korang. Ahaks.


Ini yang korang patut berhimpun dan bantah.




NOHHHH HAIHHHH ...NYANYUK


 

MOTOR KAMU BERAPA KALI DAH SAMPAI MASJID


 

Dari 25% ke 19%!






Syukur, rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuahkan hasil positif. Setelah mengadakan rundingan yang kompleks sejak 6 Mei 2025, AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif timbal balas ke atas eksport kita dari 25% kepada 19% mulai 1 Ogos 2025! Keputusan ini adalah bukti hubungan ekonomi yang kukuh dan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai. 


Apa yang sama pentingnya ialah penurunan tarif ini telah dicapai tanpa menjejaskan kedaulatan negara kita, membolehkan kita terus melaksanakan dasar-dasar penting untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi. Kami di MITI akan terus bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan tarif ini dan pada masa yang sama, meneroka peluang baharu untuk syarikat Malaysia, terutamanya PKS. 


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini.  Bersama-sama, kita akan terus memacu potensi global Malaysia!


#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA




SEJARAH DAH PERHIMOUNAN NI... JADI KERAJAAN DULU TAK SEMPAT LAKSANAKAN


 

LEBAI DOLLAH BUAT HAL LAGI


 

SELAMAT DARI GOLD DINGGER


 

Comfirm Pembangkang akan serang Kerajaan Perpaduan kes tarif air ni.







Sham Ghaz


Padahal SEMUA NEGERI minta kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) utk naikan tarif air.


SPAN hanya meluluskan permohonan mereka.


Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu semua nak naik.


Selangor dan Perak tak naik.




ISU BAJU PUN PMX KENA JAWAB. YANG SAKAN BERTANDING MENANG DIAM JA SAMOAI SEKARANG.

 




Terima kasih Bujins Batik. Hari ini saya gayakan batik tempatan tatkala menghampar Rancangan Malaysia Ke-13. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI

#RMK13




TAHNIAH.. RAKYAT KEDAH SEDANG SENGSARA.

 

Em Jay


Selamat menjalankan tugas DS Saifuddin Nasution Ismail demi kecermelangan negeri Kedah.




KES HUSAM VS KPK: BILA BANGKIT ISU AMANAH, MEREKA BALAS DENGAN SAMAN, JUMPA DI MAHKAMAH RAYUAN.





Ramai yang mungkin tak tahu – kes saman oleh syarikat kerajaan negeri Kelantan, Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) terhadap Datuk Husam Musa bukan kes baharu. Ia bermula sejak 2017, bukan kerana Husam mencuri atau menyeleweng, tapi kerana beliau bangkitkan isu tadbir urus dan pengurusan harta negeri.


Yang peliknya, bila pemimpin tanya pasal duit negeri, mereka jawab dengan saman. Bila rakyat tanya pasal integriti, mereka jawab dengan diam dan mahkamah.


Kronologi Kes: Fakta Sebenar dan Bukti


 1. September 2017

KPK memfailkan saman sivil terhadap Husam Musa. Ia berkait kenyataan terbuka beliau di Facebook dan ceramah awam yang menyentuh dakwaan salah urus syarikat dan projek tanah kerajaan negeri.


 2. 1 Oktober 2019

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Husam bersalah dan perlu membayar gantirugi, tanpa sebarang perbicaraan penuh atau panggilan saksi.


 3. 26 Ogos 2021

Mahkamah Tinggi mengeluarkan arahan supaya Husam membayar RM100,000 ganti rugi, dan kos sebanyak RM110,933.92 – semuanya masih tanpa pembicaraan merit.

(Sumber: Malaysiakini, 26 Ogos 2021)


 4. 14 September 2021

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi kerana mendapati wujud kekhilafan serius — defendan (Husam) tidak diberi peluang membela diri secara adil. Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi.


 • Rujukan kes: Mahkamah Rayuan [Putrajaya], No Rayuan: W-02(NCVC)(A)-1340-09/2020

 • Petikan: “Keputusan dibuat tanpa memanggil saksi dan tanpa perbicaraan penuh, adalah tidak adil.”

(Sumber: Malaysiakini, 14 Sept 2021)


 5. 31 Julai 2025

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan semula keputusan memihak kepada KPK, arah bayar RM260,000 kerana KPK tetapi keputusan ini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan kembali.


 • (Sumber: Kenyataan peguam Husam, melalui Malaysiakini).


APA ISU SEBENARNYA? 


Yang dibangkitkan oleh Husam bukan fitnah. 


Ia bersumberkan laporan audit terhadap pejabat SUK sendiri.


Jadi soalan yang patut ditanya kepada PAS:


Kalau benar PAS bersih dan tiada apa yang disembunyikan, kenapa takut untuk siarkan laporan audit itu kepada rakyat?


Kenapa perlu gunakan mahkamah untuk tutup suara yang bertanya? 


Bila rakyat minta jawapan tentang aset negeri dan syarikat GLC, adakah ini caranya untuk menakutkan semua yang berani bersuara?


Kes ini belum selesai. Ia masih dalam proses rayuan. 


Sebelum ini, Mahkamah Rayuan sebelum ini pun sudah buktikan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi 2019 bias kerana tidak beri ruang kepada Husam bela diri.


Jadi, jangan terburu-buru buat kesimpulan kononnya Husam bersalah. 


Yang bangkitkan isu ini bukan pencetus fitnah – tapi pejuang integriti.


Kalau PAS betul-betul yakin mereka di pihak yang benar, buka laporan audit itu. Biar rakyat tengok sendiri.


Kerana kebenaran tak pernah takut pada cahaya. Yang takut cuma mereka yang ada sesuatu mahu disembunyikan.


Mengenali Husam, dia jenis tak akan berhenti; tak mustahil akan lawan habis habisan.


Lawan tetap lawan! Jalan Terus Datuk Husam Musa.


Jumpa di Mahkamah Rayuan nanti. Jalan Terus!


Syam Ghaz



Aaauuuummm.... Kiok.. Kepenatan memfitnah


 

JANGAN MASUK LAH....


 

BAGI SALAH, TAK BAGI SALAH... TAK MO JANGAN AMBIK LA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

WOIII LEBAI DOLLAH BUAT QAMAI


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA


 

SATIRA