AKIBAT FITNAH

Greater Terengganu


 Aman Muhamad


Inilah puncanya admin selalu pesan supaya jaga tangan ketika menulis komen. Tak pasal-pasal habis duit bayar saman








Kisahnya Syed Abdullah ini komen menuduh bekas MB Dato Seri Ahmad Razif mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa ketika memegang jawatan.


Bila disiasat didapati Syed Abdullah ini adalah Pengerusi JPKK Tuan Mandak, Kuala Nerus. Ada tauliah mengajar agama lagi


Bila tiada permohonan maaf dibuat, tindakan saman pun diteruskan. Sudahnya Dato Seri Razif berjaya dapatkan penghakiman ingkar dan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Syed Abdullah akan ditentukan mahkamah dalam sesi seterusnya


Tak pasal-pasal habis duit kerana laju tangan dari iman. 


Sama la dengan sesetengah pentaksub politik yang datang komen di wall admin. Tuduh kerajaan rasuah dan sebagainya. Tapi kalau guna akal sedikit, ada ke mana-mana pemimpin kerajaan Terengganu baik hari ini atau masa lalu yang pernah didakwa di mahkamah atas salah laku rasuah?


Kalau tak ada, kenapa masih bawa fitnah lagi?


Kamu semua ni dapat apa sebenarnya? Kalau page lantikan politik tu dapat juga gaji gred 41 atau 44. Walaupun tak ada pengalaman kerja formal. Mungkin masing-masing rasa berbaloi dengan gaji itu untuk buat fitnah bagi pertahan tuan politik mereka. 


Hujung tahun boleh minta bonus RM500 daripada kerajaan Pusat 


Tapi kamu semua dapat apa? Setakat elaun rm900 ahli majlis, elaun AJK JPKK malah ada yang tak ada elaun apa pun (level macai paling rendah), masih sanggup buat fitnah?


Jika tidak takut dengan Allah, kurang-kurang malulah sedikit dengan kopiah, jubah dan tudung labuh yang kamu guna sebagai gambar profile. Biarlah elok perangai sepertimana Allah telah perelokkan wajah dan tubuh kamu


#BahanaFitnah

#MajuTerengganuKu




KALAU LAH RR HADIR.DAH TENTU KENA HENTAM.


 

NAK TEBUK ATAP TAK LEPAS....JADINYA BUAT ISU SOH ANWAR TURUN. APA LA ..


 

MOTIF NAK ANWAR TURUN. TAPI SIAPA BAKAL GANTI ?


 

WALAUN MARAH ...KAH KAH KAH...MAU TANAM POKOK MEMPELAM ATAU DURIAN...LAGI BAGUIH


 

NURUL IZZAH PATUT KAH DIGANTUNG?


 

KALAU MACAM NI KALUT LA PERMATANG PAUH

 












𝐏𝐊𝐑 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐔𝐌𝐍𝐎𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢: 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚


Faudsii Majid Al Yamani


Suatu masa dahulu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah simbol kebangkitan rakyat menentang kerakusan kuasa. Ia bukan sekadar parti politik, tetapi a moral and political movement — lahir dari amarah terhadap ketidakadilan, dan dibina di atas cita-cita untuk memulihkan demokrasi Malaysia yang tercemar. Ia dihuni oleh mereka yang percaya bahawa politik boleh dimurnikan dengan prinsip, integriti dan keberanian.


Namun kini, realitinya semakin membimbangkan. PKR bukan sahaja kehilangan idealisme reformasi, malah sedang menjalani proses 𝐔𝐌𝐍𝐎𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 yang semakin terang dan tanpa segan silu. Parti yang dahulu melaungkan perubahan kini kelihatan lebih sibuk menyesuaikan diri dalam sistem yang dahulu mereka tentang habis-habisan.


𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫


Pemimpin seperti Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmaddan tokoh-tokoh muda lain pernah membawa harapan baharu melalui 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚 (𝐝𝐚𝐭𝐚-𝐝𝐫𝐢𝐯𝐞𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐜𝐬). Mereka cuba mendidik masyarakat dengan idea dan fakta, bukan sekadar slogan dan persepsi.


Namun dalam pentadbiran parti dan kerajaan hari ini, suara rasional seperti ini kian terpinggir. Those who speak truth with data are being sidelined by those who whisper comfort to power. Nilai digantikan kesetiaan. Idea digantikan jaringan. Keberanian digantikan kepatuhan.


Budaya ini menjadikan PKR tidak lagi menjadi rumah kepada pemikir dan reformis, sebaliknya berubah menjadi kilang pengesah kuasa — di mana siapa bersama kem Presiden, dialah yang bertahan.


𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐄-𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩


Aplikasi ADIL yang digunakan dalam pemilihan parti dilambangkan sebagai mercu kemajuan teknologi politik. Namun realitinya, sistem ini sarat dengan kelemahan — dari proses eKYC yang lemah hingga ke senarai pemilih yang penuh persoalan. Proses pemilihan yang sepatutnya menjadi medan menyuburkan demokrasi dalaman kini dilihat sebagai instrumen kawalan dan penyisihan.


𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 (𝐉𝐏𝐏) pula seringkali dipertikaikan dari segi ketelusan dan integriti. Banyak akar umbi percaya bahawa JPP lebih berfungsi sebagai pelindung kepada kem tertentu, bukan sebagai badan bebas. A system designed to empower members has instead been weaponised to entrench incumbents.


𝐆𝐋𝐂 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐢


Dalam kerajaan perpaduan, PKR kini menjadi sebahagian daripada struktur kuasa yang suatu ketika dahulu dikritik dengan lantang. Pelantikan ke jawatan strategik dalam GLC, agensi dan institusi negara kini dibuat berdasarkan “siapa kenal siapa”, bukan “siapa paling layak”.


Pendekatan meritokrasi yang dahulunya diperjuangkan kini digantikan dengan budaya habuan. Loyalty is rewarded, competence is tolerated, and integrity is optional.


Inilah wajah baru politik pasca-reformasi — di mana prinsip boleh dikompromi, asalkan kuasa dapat dipertahankan.


𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐫 — 𝐊𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐝𝐚


PRU15 dan PRN 2023 menunjukkan satu trend jelas: 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐏𝐊𝐑. Bukan kerana mereka terpedaya dengan propaganda lawan, tetapi kerana mereka kecewa. Mereka melihat PKR tidak lagi menjadi parti perubahan. Sebaliknya, ia kelihatan seperti satu lagi komponen dalam sistem lapuk yang gagal.


When a party looks, sounds, and acts like the old regime — the people will treat it as such.


Pengundi muda tidak boleh ditipu dengan poster atau janji retorik. Mereka menilai dari dasar, tindak-tanduk dan konsistensi. Dan pada hari ini, PKR sedang kehilangan semua itu.


𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐀𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐢𝐭


Masih belum terlambat untuk PKR berubah arah. Tetapi ia menuntut keberanian politik yang luar biasa. Parti ini perlu mengembalikan kuasa kepada ahlinya, memperkukuh sistem pemilihan yang bebas, dan memberi ruang kepada suara-suara yang membawa rasional dan data — bukan menyingkir mereka secara senyap.


PKR must choose between being a party of conscience or becoming a machinery of convenience.


Reformasi mesti dihidupkan semula bukan sekadar dalam ucapan, tetapi dalam struktur dan tindakan. Jika tidak, parti ini akan terus hilang arah, terperangkap dalam ilusi kuasa, dan akhirnya terhakis kredibilitinya di mata rakyat.


𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗥𝗲𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶


PKR pernah menjadi simbol harapan Malaysia Baharu. Tapi jika ia terus meniru jalan UMNO — menyekat demokrasi dalaman, mengangkat budaya feudal, dan menukar prinsip dengan kuasa — maka parti ini akan menjadi 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐬𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧.


It may win elections. But it will lose history.


Dan rakyat — khususnya generasi muda — tidak akan menangisi kejatuhan sebuah parti yang melupakan janji asalnya.


#PKR #ReformasiMati #UMNOlisasi #PolitikMalaysia #KrisisKeyakinan #DataDrivenPolitics #PolitikNilai #RafiziRamli #NikNazmi #PartiTanpaArah #PemilihanPKR2025 #PolitikReformasi #JPPPKR #GLC #KronismeBaharu #AnakMudaTolakPKR #SuaraAkarUmbi #KeadilanAtauKekuasaan #PartiTanpaRoh #ReformasiAtauReplika

@highlight




KRIK..KRIK...KRIK.



 Tiba-tiba...





Aduan sumbangan dana dari taikun.... Krik. Krik. Krik.

Aduan bantahan di pemilihan PKR.... Krik. Krik. Krik.

Aduan gesaan 19 KC Johor supaya gantung keahlian 9 MP PKR yang cadangkan penubuhan RCI mengenai kehakiman. Dengan pantas, beliau kata, ianya akan dibincangkan dalam meeting MPP yang akan datang? 🙄🙄🙄



PM ANWAR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS MB DAN KM.

 


Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya hari ini.










Mesyuarat ini merupakan platform penting yang memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.


Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja




CIK YANIE TANYA RAFIZI ADA PROJEK SOLAR KAH ?AKU RASA RR TAK AKAN BERDIAM DIRI.

 

Cik Yanie


YB Rafizi, saya ingin bertanya adakah projek pemasangan panel solar yang pernah dikaitkan dengan YB oleh pembangkang satu masa dulu.  Mungkin dalam podcast YB yang akan datang, perjelaskan butiran ini supaya rakyat yakin tiada sebarang konflik kepentingan, lebih-lebih lagi YB dulu memegang jawatan Menteri Ekonomi.


YB boleh jelaskan secara terbuka supaya isu ini tak lagi jadi persoalan rakyat.




LAGU MANA NIH..


 Megat



Tiba-tiba....


Bila 19 Ketua Cabang PKR Johor desak supaya 9 MP PKR digantung keahlian sementara kerana mencadangkan penubuhan RCI untuk menyiasat kemelut Institusi Kehakiman? Wajar-kah? 

🙈🙈🙈🙊🙊🙊🙉🙉🙉




AKHIR SEKALI PAS JOIN KERAJAAN PM ANWAR


 

PRESIDEN ORANG SIBUK SOH TURUN....NI HADI AWANG...TAK NAK SOH TURUN KAH


 

KEH.KEH.KEH...RAKYAT MANA TAHU.


 

PENGUMUMAN KHAS- ELAUN KHAS DOKTOR PAKAR WALAU DALAM LATIHAN






Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju meluluskan pemberian Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta (BIPPW) kepada pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran dan sedang menjalani tugas di bawah penyeliaan pakar dalam tempoh SWE mereka.


📌 Beberapa perkara penting:

1️⃣ BIPPW diperkenalkan – elaun khas untuk pegawai dalam tempoh SWE.

2️⃣ Elaun akan dibayar serta-merta sebaik sahaja pegawai memulakan SWE.

3️⃣ Kadar BIPPW = kadar penuh Bayaran Insentif Pakar (BIP) ikut gred hakiki.

4️⃣ Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 – serentak dengan kuat kuasa Akta A1729.


Pemberian BIPPW ini adalah satu bentuk pengiktirafan yang adil terhadap beban tugas dan tanggungjawab besar yang dipikul oleh pegawai dalam tempoh SWE. Ia juga dapat membantu meringankan kos sara hidup dan menyokong kelangsungan mereka dalam sistem kesihatan awam negara.


Insya-Allah, langkah ini akan membakar semangat pegawai perubatan muda kita untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dan integriti.


YB DS Dr Dzulkefly Ahmad 

Menteri Kesihatan 


#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja



Minit JAC Bocor atau akal PN yang bocor?







Perikatan Nasional ni dah macam budak gagal SPM tapi sibuk nak komen soal Perlembagaan.


JAC tu bukan bawah PM lah. 

Ia suruhanjaya bebas yg buat penilaian & cadangan nama hakim.


PM cuma salur nama kepada YDPA. Titik.


Takde kuasa vetting, takde kuasa pilih suka hati.

PMX tak duduk pon dalam mesyuarat JAC.


Jadi macam mana tuduhan kamu konon PMX campur tangan minit yg dia sendiri tak hadir, tak tulis dan tak bincang?


Satu lagi nak tanya, yang sebenar “bocor” tu apadia ?


Dokumen pun tak sahih lagi tapi PN dah melalak satu Malaysia.


Kalau betul lah bocor, siasatlah siapa yg bocorkan.

Jangan tuduh orang yang tak pegang baldi.

 

Dia senanya bukan soal minit yg bocor tu sangat. 

Tapi sebenarnya PN ni takut.


PMX sekarang sedang reform institusi kehakiman dan tak tunduk pada kartel, tak jual negara pada taikun.


Itu pasal yang korang jadi kemaruk tak tentu hala kan ? 


Dia mudah je nak paham helah PN nih. 


Mereka sedang cipta persepsi kononnya kerajaan Madani campur tangan badan kehakiman untuk alihkan perhatian rakyat dari skandal dan kegagalan mereka sendiri antaranya:


1. Siasatan SPRM terhadap tokoh korporat dan kroni politik tertentu era PN.


2. Kesan dari pendedahan penyalahgunaan dana rakyat dan projek runding terus zaman mereka.


3. Ketakutan terhadap pendakwaan pemimpin mereka sendiri di mahkamah.


Ini bukan isu tentang integriti sistem tapi ini adalah serangan bermotif politik untuk merosakkan reputasi Anwar Ibrahim yg kini semakin kukuh dgn sokongan antarabangsa dan domestik.


Gi balik tengok negeri sendiri dulu lah. 

Pentadbiran ekonomi SG4 pon tunggang langgang lagi mau sibuk nak gulingkan perdana menteri.



SJA NAK SERANG PMX JA...TAPI TEAM RR NAK SEDARKAN SUPAYA BERHATI HATI ..RR DAH TAHU PERKARA INI DAN MENGINGATKAN.

 .

Che Ibrahim


Owwww gitu..... 


Mahathir lantik Tengku Maimun sebagai  Ketua Hakim Negara, masa tu Tengku Maimun baru 6 bulan jadi Hakim Mahkamah Persekutuan?? 


Maknanya jika ditakdirkan Tan Sri Terrirudin dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, makanya ianya bukan satu isu baru kecuali oleh mereka yang membenci PMX... Kerja mereka memang untuk serang PMX jah.







BANYAK MAKAN RASUAH PUN MELAYU

 

Alif Jamil





Yang jual dadah orang melayu. 

Yang hisap dadah orang melayu.

Yang malas bekerja orang melayu. 

Yang malas belajar orang melayu. 

Yang sihir sesama sendiri pon orang melayu.

Yang jual tanah melayu orang melayu. 

Yang makan rasuah orang melayu. 

Yang melanggan pelacur pon orang melayu.

Yang menjadi kuda tunggangan org politik pon orang melayu. 


Pokok pangkalnya , korang tak perlu pon berhimpun untuk selamatkan melayu nih. 


Dan korang tak perlu la percaya kalau ada politikus yg melaung siang malam nak selamatkan melayu nih.  


Semua sembang kari. 


Kalau betul bangsa melayu nak berubah , segalanya bermula dari diri sendiri. 


Ubah diri kita , keluarga kita dan taulan kita. 


Dan semoga tokan² dadah yg berjaya ditangkap ini dihukum dgn setimpal.




ANWAR IBRAHIM PERLU TURUN. ..AIIIKKK..PASAI PA PULAK ?

 

Alif Jamil


ANWAR IBRAHIM PERLU TURUN. 






Soal saya seikhlas hati , saya sejujurnya nak tahu apa sebab Anwar Ibrahim perlu turun sekarang. 


Adakah dia curi duit berbiliun ?

Adakah dia terlibat dalam rasuah ? 

Adakah dia bagi projek pada taikun cina atas nama projek bumiputera ?

Adakah dia kayakan anak bini dia ?

Adakah dia kayakan kawan² sekeliling dia ?

Adakah dia bina dinasti kekayaan menggunakan kuasa yang dia ada ? 


Ini persoalan jujur yg saya tanyakan kepada org yg mahu dia turun. 


Saya sikit pun tak kisah orang nak lawan dia. 


Cuma harini saya tertanya , apa yang Anwar Ibrahim ni buat sampai dia perlu letak jawatan sekarang ?


Dekat mana bahaya nya dan ancaman dari Anwar Ibrahim ni?


Saya cuba kaji dan cari apadia dosa dan kesalahan fatal yang Anwar Ibrahim buat sekarang. 


Nak kata dia ni boneka izrael pon nampak tersasar jugak sebab terang² pemimpin dunia islam bersama dia. 


Jadi setakat harini nampak hanya pencapaian yang baik saja yang dia lakukan. 


- Kenaikan gaji penjawat awam 7–15%

- Gaji minimum naik ke RM1,700

- STR & SARA RM13 bilion bantu rakyat

- Pelaburan tertinggi RM329.5 bilion

- Perjanjian MA63 dimuktamadkan

- Negara paling aman ke-10 dunia

- Bantuan pendidikan tanpa syarat pendapatan ibu bapa

- Siasatan terhadap projek mega diseleweng zaman dulu

- Dan negeri pembangkang pon antara yang dapat peruntukan yang paling tinggi. 


Jadi dekat mana nya sebab Anwar Ibrahim ni perlu letak jawatan ?


Dia jual negara ke ?

Dia haramkan islam ke ? 


Saya cuba letakkan diri saya sebagai penyokong pembangkang dan mencari sebab yang kukuh untuk saya lawan dia tapi saya tak nampak lagi. 


Yang saya nampak harini , pembangkang yang ada memang useless. Ada pon macam takde.




BANYAK KALI DAH AKU CAKAP DIA NI. TAPI KORANG PAKAI GAK IDEA BODO DIA NI...KIOK


 ADUHAI…ADUHAI… FADHLI 




Sebab dia ini dah selalu sgt buat kenyataan bodoh… jadi kalau saya nak ulas anda akn kata tak perlu nak layan org seperti ini. 


Cara Fadhli Shaari ini mengulas isu2 negara… penyokong terkagum sb kepetahannya. Tapi sebenarnya dia ini tak ubah seperti tukang karut yg mengarut. 


Org nak ulas pasal tarif dia pun nak ulas… tak rasa malu ke fakta ke laut dalam. Zaman dulu demo naik pentas ceramah mungkin ore Pasir Mas je tau… zaman la ni satu Melesia tau be.


Sepatutnya dia ini suruh jadi Pengetua PASTI je la…buat malu parti Isle.


Norman Radzuan





PULAK DAH



 𝗲𝗛𝗮𝘁𝗶 ni apa benda aku pun baru dengar. Tapi terkejut juga la bila dengar cerita ada 𝗿𝗶𝘁𝘂𝗮𝗹 𝗸𝗵𝘂𝗿𝗮𝗳𝗮𝘁 siap ada minum 𝗮𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗯𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻. Masalahnya, kenapa tak jemput aku? Dapat jadi 𝘤𝘢𝘮𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘯 pun jadi la.






Ada yang kata dah lama laporan berserta bukti dibuat kepada 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 tapi tak ada tindakan. Kenapa agaknya? JAIS memang restu ada kegiatan songsang macam ni ke apa?


Ni keluar pula 𝘳𝘶𝘮𝘰𝘳 mengatakan pengasas eHati ni 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔𝗦. Tapi tak pasti setakat mana kebenarannya. Adakah JAIS tak ambil tindakan kerana ia 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻?


Sebab tu lebai PAS yang tidak bertauliah, yang sering gunakan surau dan masjid sebagai 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, masih bebas berceramah. Takkan walaun nak halang lebai? Tak cium bau syurga.


Dan melihatkan kelembapan JAIS bertindak, buatkan aku makin yakin yang JAIS memang dipenuhi walaun. Sebab kita pun tahu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀. Dari 𝙘𝙝𝙞𝙚𝙛 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 hingga ke 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗮𝗯𝗱𝗶 semuanya suka 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮.


Amirudin Shari bila nak buat 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗮𝗻 dalam JAIS tu? Takkan nak tunggu sampai keadaan menjadi semakin kronik? Cuba siasat satu persatu staff JAIS tu. Kalau walaun, kasi halau je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MACAM NI PUNYA KETUA OENERANGAN PAS... MELINGKUP LA.


 

Info Pokok Marijuana (Hemp Plant) ID name : Cannabis sativa (Cannabaceae), Pokok ganja




○● Kenapa Yahudi mempengaruhi dunia supaya mengharamkan Ganja.....

Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan oleh “mereka” bahawa kononnya Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya.


Adakah motif sebenar “mereka” berkata begitu?

Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?


Perbezaannya ialah: 


○● Daun Marijuana (ganja) merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak.


○● Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.


○● Sepatutunya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.


○● Tetapi kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?


Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?


○● Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.


○● Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkansebarang kajian dibuat mengenai Marijuana dan memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan itu tidak meneruskan kajian tersebut.


○● Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi .......


○● Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran.Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.


○● Seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.


○● Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.


○● Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak?Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian?


○● Pada September 18, 2014, Seorang doktordi Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.


Dalam Ilmu Perubatan

(Fakta daun ganja)


1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.


2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja


3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.


4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.


5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.


kredit :  

~ http://bumiyangtercinta.blogspot.com/ & 

~ Pn. Nina Yusof

~ AaronJaejun Greenfingers (info collector and translator)



KITA SOKONG YANG BAIK


 

GAGAL


 

SEMAK FAKTA JANGAN AUTA


 

BEKALAN TELUR STABIL MESKI SUBSIDI DITARIK

 


Bekalan telur ayam di pasaran kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat, walaupun kadar subsidi telah dikurangkan sebanyak 5 sen sejak 1 Mei 2025.


 Ini membuktikan bahawa langkah pengurangan subsidi yang dilaksanakan kerajaan tidak menjejaskan rantaian bekalan telur ayam, malah menunjukkan keupayaan sistem pengeluaran tempatan yang semakin mampan dan berdaya tahan.






#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#KPKMMalaysia

#CukupDanTerjamin



Lagi projek RM88 juta untuk Terengganu!








Alhamdulillah, lawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Dato Seri Ahmad Maslan baru-baru ini membawa khabar gembira. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek Menaik Taraf dan Meninggikan Aras Jalan di Kampung Air Sejuk, Setiu.


Anggaran kos projek adalah sebanyak RM88 juta dan dijangka bermula tahun hadapan. 


Laluan ini adalah laluan persekutuan utama yang menghubungkan daerah Setiu - Besut. Keadaan jalan yang mendap dan beralun hingga menyebabkan kemalangan dijangka dapat diselesaikan apabila projek ini siap kelak.


Ini membuktikan bahawa Terengganu tidak pernah dianaktirikan. Malah peruntukan pembangunan Persekutuan kepada negeri Terengganu pada 2024 sebanyak RM1.5 bilion berjaya menjadikan sektor pembinaan Terengganu sebagai sektor paling cemerlang dalam KDNK negeri 


Sektor pembinaan telah tumbuh sebanyak 17.5% pada tahun lepas berbanding 1.7% pada 2023


Satu-satunya sektor utama Terengganu yang mengalami pertumbuhan lebih rendah adalah pertanian (2024: 3.9%, 2023: 6.5%)


Projek ini adalah antara senarai projek mega Persekutuan yang diluluskan untuk Setiu selain Pusat Rehabilitasi Perkeso (RM600 juta++)


#MajuTerengganuKu



PEMBANGKANG GAGALIS.



 Pelbagai usaha dan cara dah pembangkang buat, semua GAGAL. Dari percubaan Tebok Atap, Langkah Dubai hingga ke perhimpunan bertukar jadi Family Day. Akhirnya dah mati kutu, hanya gesa suruh PMX letak jawatan. What a loser punya pembangkang.




TEGURAN TERBUKA SATIRA POLITIK



 Teguran Terbuka; 

Pengerusi PH & Amanah Negeri Terengganu.


Tulisan ini adalah tulisan satira politik.


1. Tuan Pengerusi yang mulia. Sampai bila-bila pun parti PH dan BN sukar untuk ambil alih Negeri jika kita sebagai pimpinan parti lawan di sini, gagal menilai kecenderungan fakta yang ingin dibaca rakyat negeri.


2. Saya faham, YB Senator ( YBs ) adalah berlatar belakang kelulusan ijazah ekonomi UM. Maka garis bawah hujah dan penerangan YBs adalah seringkali membuat perbandingan unjuran impak ekonomi dalam kasus indikator prestasi seperti peratus inflasi, indeks harga pengguna ( IHP ), kadar KDNk, kadar FDI Negeri, jumlah hutang dan unjuran bajet perbelanjaan serta “forecast” pendapatan.


3. Ia pastinya tidak salah. YBs cukup cekap dengan angka dan fakta ini bahkan menjadi malapetaka jika ada mana-mana pimpinan Pemuda PAS-PPBM ingin mengukur panjang kail dalam debat bersama YBs berkait arena ekonomi ini. Akan wujud medan tari tidak seimbang dek lantai tidak sama tinggi rendah.


4. Tetapi rakyat Terengganu Darul Iman tidak mengukur kejayaan prestasi pentadbiran berdasarkan indeks dari pekali Gini atau pekali Jin Ifrit apa pun. Bahkan indeks integriti dan indeks sosial seperti “Happiness Index” juga tidak menjadi petunjuk rujukan untuk rakyat negeri.


INDEKS AZURA.

( Ku jejak, jalan yang berliku.. )


5. Negeri Maju, Berkat dan Sejahtera ini mengguna pakai INDEKS AZURA dalan menyukat kejayaan pentadbiran. Indeks Azura ini dapat mengukur sekaligus persepsi kejayaan ekonomi dan sosial. Bahkan indeks kadar jenayah seperti kadar penagihan dadah pun diukur di sini oleh rakyat negeri.


6. Indeks Azura adalah pekali yang menyukat Indeks Keseronokan Angin Pantai. Ia menggunakan parameter kekerapan naik motor oleh pembesar negeri dan berapa banyak “event motor” diadakan. Kepelbagaian jenis motor yang ditunggangi MB dan merata lilah-lilah bertukar ganti Superbike, RXZ, Skuter dan Kapcai Ysuku adalah tanda aras pemajuan ekonomi dan kebahagiaan rakyat.


7. Di sinilah silapnya para pemimpin PHBN mengatur strategi penerangan dan membuat semak imbang di negeri yang tiada pembangkang. Kita terlalu banyak bercakap, menulis dan menerang dalam bentuk formula Rafizi Ramli. Ia pasti berkesan di Selangor dan Pulau Pinang. Tetapi tidak di negeri kepimpinan ulama pewaris nabi. Rakyat yang memilih Islam tidak melihat faktor ekonomi yang terlalu duniawi.


8. Indeks Azura diambil sempena Filem Azura. YBs perlu mula studi pembolehubah ini. Sedikit sebanyak jika penulisan dan kritikan ke depan bertitik tolak dari mengukur prestasi keseronokan angin pantai, saya kira dapat mengorak langkah lebih bergaya menjadi semak imbang berkesan negeri. Pengundi muda akan lebih tertawan hati.


9. Untuk itu YBs, saya mencadangkan satu libat urus perlu dibuat segera dengan Jabatan Statistik Negara ( DOSM ) agar cadangan kajian lapangan Indeks Azura dapat dimuktamadkan secara formal. DOSM perlu mengeluarkan laporan membandingkan indeks ini mengikut setiap negeri. Negeri manakah paling berprestasi tinggi yang kerap menjemput “rider” datang dan Embi manakah paling kerap “ride” sekali sebagai tanda aras kecaknaan.


10. Libat urus ini boleh bermula dengan satu diskusi RTD ( round table discussion ) bersama pakar-pakar “ride” negara bersama DOSM. Percayalah, Indeks Azura sangat “tangible” sifatnya.


Saya tanggung kos Reformasi Institusi ini.


Zamir Ghazali,

Naib Pengerusi Amanah Negeri

Terengganu Darul Iman




Forum Awam: Integriti Kehakiman



Tonton secara langsung Forum Awam: Integriti Kehakiman berlangsung dari Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM). Saya akan menyertai forum ini bersama-sama ahli panelis berikut: 1) 𝗦𝗱𝗿 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗡𝗼𝗵 (Moderator) - Ahli Parlimen Ledang 2) 𝗦𝗱𝗿. 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗲𝗻 - Ahli Parlimen Subang 3) 𝗦𝗱𝗿. 𝗟𝗶𝗺 𝗪𝗲𝗶 𝗝𝗶𝗲𝘁 - Peguam, Tetuan Lim Wei Jiet 4) 𝗦𝗱𝗿. 𝗚𝗿𝗲𝗴𝗼𝗿𝘆 𝗗𝗮𝘀 - Co-Chairperson of the Bar Council Constitutional Law Committee 5) 𝗦𝗱𝗿. 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗮𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 - Pengerusi BERSIH 6) 𝗦𝗱𝗿. 𝗦𝘁𝗲𝘃𝗲𝗻 𝗧𝗵𝗶𝗿𝘂 - Presiden 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘰𝘯𝘸𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘓𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳𝘴 𝘈𝘴𝘴𝘰𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 & bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.





ISWARDY DAN RR. RAKAMAN SEMALAM


 

ACG KELUARKAN PERANAN JAC

 


Di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemungkinan terhakisnya kebebasan kehakiman, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan kehakiman serta peranan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).





Namun, kenyataan AGC kelihatan bercanggah dengan pendirian umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaannya.


Pada 30 Jun lalu, Anwar menepis gesaan agar khidmat Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara dilanjutkan selama enam bulan, berkata yang dia tidak masuk campur dalam kehakiman dan pelantikan perlu melalui proses yang betul.


Berita penuh: https://mk.my/YT5i1tY



AKIBAT SIBUK NAK TURUN ANWAR GAJI PEMAIN KELANTAN TAK MAMPU DIBAYAR.KIOK.

 

Sham Ghaz


Kesian pemain Kelantan Darul Naim FC, bakpo jadi gini Anas Karimi Ahmad Thani tahu ke?


Nak uruskan gaji pemain pun Kelantan tak boleh ke? Macam Sanusi di Kedah juga nampaknya.


Ahli Parlimen mereka sibuk program Turun Anwar, rupanya “elaun” Pemain Bola yang diturunkan.


Minta jawab tu Kerajaan Klate







TAK KENANG BUDI KAH

 

Megat


Dulu RR kutip dana untuk korang masuk PRU.

Korang jadi YB kerana INVOKE. 

Korang jadi YB kerana Ayuh Malaysia. 

Bila dah menang, korang lupa diri.

Tiba-tiba korang kutuk dia siang malam.

Korang ni memang jenis tak kenang budi ke?




SEMANGAT REFORMASI DAN DEMOKRASI

 

Razeef Rakimin


Saya mengambil maklum kenyataan beberapa pimpinan Keadilan di peringkat cabang yang meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan lapan Ahli Parlimen Keadilan dipecat dari parti. Tindakan mendesak untuk senyapkan perbezaan pendapat dilihat sebagai tindakan ke belakang dari semangat reformasi yang  di perjuangkan sejak penubuhan parti.


Ketua-Ketua cabang ini sepatutnya menghayati kenyataan Datuk Seri Saifuddin Nasution yang berpaksikan semangat reformasi tulen untuk menerima pandangan Rafizi secara terbuka serta meraikan perbezaan pendapat.


Rafizi sebelum ini membuat kenyataan berkait isu kehakiman memandangkan ia melibatkan kepentingan awam dan ini telah menjadi bahan spekulasi yang gagal dijawab oleh kerajaan dan sedikit sebanyak mengganggu sokongan pengundi atas pagar yang terpelajar.


Jika benar Ketua-Ketua Cabang ini mendengar 'podcast' Rafizi sudah tentu mereka juga ada mendengar pendangan Rafizi berkait keperluan SST, belanjawan serta bagaimana beliau memuji bahawa belum ada kerajaan yang mempunyai tadbir urus yang lebih baik dari kerajaan Madani termasuk menerangkan beberapa inisiatif kerajaan.


Sebagai pemimpin yang ada jiwa reformasi (jika ada) mereka seharusnya melihat Rafizi sebagai Ahli Parlimen biasa yang mengutarakan isu rakyat dengan jujur dan ikhlas atas kepentingan awam. Penerangan yang beliau berikan mudah difahami sebagai contoh mengapa SST perlu dilaksana dan keperluan negara menjana pendapatan lebih dari cukai yang diterangkan dengan hati tanpa perlu bercerita tentang 'avokado'.


Adakah kita perlu membiarkan reformasi menjadi sekadar laungan namun prinsipnya dibakul sampahkan? Tindakan Ketua-Ketua cabang yang meminta sembilan Ahli Parlimen Keadilan yang bersama Rafizi dipecat sebenarnya cuba menjadikan parti ini parti 'bangsat' dengan mengekang kebebasan bersuara serta menolak perbezaan pendapat.


Kebanyakan pemimpin dilihat mula hilang dari prinsip serta janji-janji reformasi bagi memastikan kerajaan yang dibina perlu menjadi kerajaan yang terbuka mendengar pandangan mahupun kritikan walaupun dari dalaman. Saya juga melihat antara Ketua Cabang yang sering mengeluarkan kenyataan 'menjilat' dan meminta Rafizi dipecat adalah yang menang 'kepala tanpa badan' pada pemilihan parti. Maka nasihat saya tidak perlu terlalu mendabik dada sebaliknya malu dengan cara kamu menang.


Adalah lebih baik Ketua-Ketua Cabang ini mengutarakan persoalan mengapa dua Kementerian yang diterajui Keadilan sebelum ini diberikan kepada UMNO. Adakah ini isyarat seolah 19 Ahli Parlimen Keadilan selain Rafizi dan Nik Nazmi tidak berkualiti.




KEH KEH KEH...BETOI BETOI HOWLIEOW.....


 

HARAP HARAP DAH DAPAT LA DUIT DIA


 

AWAT LARI MASUK GUA


 

AAAAIKKKK. PEMBANGKANG BOLEH LAK

 



MCMC AGAK AGAK KALAU MACAM GINI OK KAH ? ATAU FIGNAH ?

 



LEBAI DOLLAH KOMEN PM ANWAR KE GANU. WALAK WALAUN PADA PEMIMPIN YANG LEKEH.


 

RR JAWAB ISU


JKOM DAN TEAM BARU HARUS CEPAT MENJELASKAN. KESIAN OM ANWAR.BACA SEDIKIT KOMEN.

 

Hamdan Taha



Rupa-rupanya rancangan PMO untuk lantik Terri sebagai Hakim Besar Malaya sudah wujud sejak tahun lepas.


Pada 29 Februari 2024, jawatan Hakim Besar Malaya telah kosong selepas penyandangnya bersara wajib. JAC pun telah memilih dan mencadangkan seorang calon kepada PMO pada bulan Mac.


Namun, PMO tak setuju dan minta JAC kemukakan nama-nama lain. JAC kemudian cadang dua lagi nama tambahan dari kalangan hakim sedia ada, tapi ketiga-tiga nama itu juga ditolak oleh PMO.


Dilaporkan pada masa itu bahawa pada bulan Julai 2024 pula, nama Terri telah dicadangkan oleh PMO kepada Majlis Raja-Raja untuk dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.


Rancangan PMO ialah untuk lantik Terri - yang baru 9 bulan jadi Peguam Negara ketika itu - sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dahulu sebelum dia dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.


Cadangan ini dibantah hebat oleh bekas-bekas Presiden Bar Council yang tulis surat terbuka ketika itu, dan juga oleh bekas Timbalan Menteri Undang-undang, Ramkarpal Singh.


Akhirnya, Terri memang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2024 – hanya setahun selepas dia dilantik sebagai AG.


Dan jika benar dokumen terbongkar semalam yang didakwa sebagai minit mesyuarat JAC itu sahih, memang Terri telah dicadang pada Mei 2025 untuk dilantik sebagai Hakim Besar Malaya maka ianya adalah selari dengan rancangan dan kehendak PMO.


Namun candangan Terri adalah bertentangan dengan cadangan Ketua Hakim Negara ketika itu yang menyatakan Terri tidak sesuai kerana mempunyai banyak masalah integriti, termasuk cubaan mempengaruhi keputusan satu kes dan minta tukar hakim bagi kes lain yang tidak memihak kepadanya.


Laporan-laporan tahun lepas itu menguatkan lagi kesahihan pendedahan dokumen yang bocor semalam.


Setakat ini, kerajaan masih belum menafikan kesahihan dokumen tersebut.

-------------------------------------

Ini bukan tulisan saya tetapi semalam dan hari ni ramai sangat hantar ke saya cerita ni. Jika betul cerita ni sangat menyedihkan, tetapi jika tak betul Kerajaan terutama PMX wajib nafikan begitu juga anak Karpal Singh kerana di sebut nama beliau.. Saya kesian juga dekat PMX kerana banyak sangat cerita berlegar tentang kisah dia. Kumpulan Damai perlu tolong dia...