Lagi projek RM88 juta untuk Terengganu!








Alhamdulillah, lawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Dato Seri Ahmad Maslan baru-baru ini membawa khabar gembira. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek Menaik Taraf dan Meninggikan Aras Jalan di Kampung Air Sejuk, Setiu.


Anggaran kos projek adalah sebanyak RM88 juta dan dijangka bermula tahun hadapan. 


Laluan ini adalah laluan persekutuan utama yang menghubungkan daerah Setiu - Besut. Keadaan jalan yang mendap dan beralun hingga menyebabkan kemalangan dijangka dapat diselesaikan apabila projek ini siap kelak.


Ini membuktikan bahawa Terengganu tidak pernah dianaktirikan. Malah peruntukan pembangunan Persekutuan kepada negeri Terengganu pada 2024 sebanyak RM1.5 bilion berjaya menjadikan sektor pembinaan Terengganu sebagai sektor paling cemerlang dalam KDNK negeri 


Sektor pembinaan telah tumbuh sebanyak 17.5% pada tahun lepas berbanding 1.7% pada 2023


Satu-satunya sektor utama Terengganu yang mengalami pertumbuhan lebih rendah adalah pertanian (2024: 3.9%, 2023: 6.5%)


Projek ini adalah antara senarai projek mega Persekutuan yang diluluskan untuk Setiu selain Pusat Rehabilitasi Perkeso (RM600 juta++)


#MajuTerengganuKu



No comments: