Alif Jamil
ANWAR IBRAHIM PERLU TURUN.
Soal saya seikhlas hati , saya sejujurnya nak tahu apa sebab Anwar Ibrahim perlu turun sekarang.
Adakah dia curi duit berbiliun ?
Adakah dia terlibat dalam rasuah ?
Adakah dia bagi projek pada taikun cina atas nama projek bumiputera ?
Adakah dia kayakan anak bini dia ?
Adakah dia kayakan kawan² sekeliling dia ?
Adakah dia bina dinasti kekayaan menggunakan kuasa yang dia ada ?
Ini persoalan jujur yg saya tanyakan kepada org yg mahu dia turun.
Saya sikit pun tak kisah orang nak lawan dia.
Cuma harini saya tertanya , apa yang Anwar Ibrahim ni buat sampai dia perlu letak jawatan sekarang ?
Dekat mana bahaya nya dan ancaman dari Anwar Ibrahim ni?
Saya cuba kaji dan cari apadia dosa dan kesalahan fatal yang Anwar Ibrahim buat sekarang.
Nak kata dia ni boneka izrael pon nampak tersasar jugak sebab terang² pemimpin dunia islam bersama dia.
Jadi setakat harini nampak hanya pencapaian yang baik saja yang dia lakukan.
- Kenaikan gaji penjawat awam 7–15%
- Gaji minimum naik ke RM1,700
- STR & SARA RM13 bilion bantu rakyat
- Pelaburan tertinggi RM329.5 bilion
- Perjanjian MA63 dimuktamadkan
- Negara paling aman ke-10 dunia
- Bantuan pendidikan tanpa syarat pendapatan ibu bapa
- Siasatan terhadap projek mega diseleweng zaman dulu
- Dan negeri pembangkang pon antara yang dapat peruntukan yang paling tinggi.
Jadi dekat mana nya sebab Anwar Ibrahim ni perlu letak jawatan ?
Dia jual negara ke ?
Dia haramkan islam ke ?
Saya cuba letakkan diri saya sebagai penyokong pembangkang dan mencari sebab yang kukuh untuk saya lawan dia tapi saya tak nampak lagi.
Yang saya nampak harini , pembangkang yang ada memang useless. Ada pon macam takde.

No comments:
Post a Comment