Faudsii Majid Al Yamani
Suatu masa dahulu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah simbol kebangkitan rakyat menentang kerakusan kuasa. Ia bukan sekadar parti politik, tetapi a moral and political movement — lahir dari amarah terhadap ketidakadilan, dan dibina di atas cita-cita untuk memulihkan demokrasi Malaysia yang tercemar. Ia dihuni oleh mereka yang percaya bahawa politik boleh dimurnikan dengan prinsip, integriti dan keberanian.
Namun kini, realitinya semakin membimbangkan. PKR bukan sahaja kehilangan idealisme reformasi, malah sedang menjalani proses 𝐔𝐌𝐍𝐎𝐥𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 yang semakin terang dan tanpa segan silu. Parti yang dahulu melaungkan perubahan kini kelihatan lebih sibuk menyesuaikan diri dalam sistem yang dahulu mereka tentang habis-habisan.
𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐫
Pemimpin seperti Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmaddan tokoh-tokoh muda lain pernah membawa harapan baharu melalui 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚 (𝐝𝐚𝐭𝐚-𝐝𝐫𝐢𝐯𝐞𝐧 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐜𝐬). Mereka cuba mendidik masyarakat dengan idea dan fakta, bukan sekadar slogan dan persepsi.
Namun dalam pentadbiran parti dan kerajaan hari ini, suara rasional seperti ini kian terpinggir. Those who speak truth with data are being sidelined by those who whisper comfort to power. Nilai digantikan kesetiaan. Idea digantikan jaringan. Keberanian digantikan kepatuhan.
Budaya ini menjadikan PKR tidak lagi menjadi rumah kepada pemikir dan reformis, sebaliknya berubah menjadi kilang pengesah kuasa — di mana siapa bersama kem Presiden, dialah yang bertahan.
𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐄-𝐃𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩
Aplikasi ADIL yang digunakan dalam pemilihan parti dilambangkan sebagai mercu kemajuan teknologi politik. Namun realitinya, sistem ini sarat dengan kelemahan — dari proses eKYC yang lemah hingga ke senarai pemilih yang penuh persoalan. Proses pemilihan yang sepatutnya menjadi medan menyuburkan demokrasi dalaman kini dilihat sebagai instrumen kawalan dan penyisihan.
𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 (𝐉𝐏𝐏) pula seringkali dipertikaikan dari segi ketelusan dan integriti. Banyak akar umbi percaya bahawa JPP lebih berfungsi sebagai pelindung kepada kem tertentu, bukan sebagai badan bebas. A system designed to empower members has instead been weaponised to entrench incumbents.
𝐆𝐋𝐂 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐢
Dalam kerajaan perpaduan, PKR kini menjadi sebahagian daripada struktur kuasa yang suatu ketika dahulu dikritik dengan lantang. Pelantikan ke jawatan strategik dalam GLC, agensi dan institusi negara kini dibuat berdasarkan “siapa kenal siapa”, bukan “siapa paling layak”.
Pendekatan meritokrasi yang dahulunya diperjuangkan kini digantikan dengan budaya habuan. Loyalty is rewarded, competence is tolerated, and integrity is optional.
Inilah wajah baru politik pasca-reformasi — di mana prinsip boleh dikompromi, asalkan kuasa dapat dipertahankan.
𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐫 — 𝐊𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐝𝐚
PRU15 dan PRN 2023 menunjukkan satu trend jelas: 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐮𝐡𝐢 𝐏𝐊𝐑. Bukan kerana mereka terpedaya dengan propaganda lawan, tetapi kerana mereka kecewa. Mereka melihat PKR tidak lagi menjadi parti perubahan. Sebaliknya, ia kelihatan seperti satu lagi komponen dalam sistem lapuk yang gagal.
When a party looks, sounds, and acts like the old regime — the people will treat it as such.
Pengundi muda tidak boleh ditipu dengan poster atau janji retorik. Mereka menilai dari dasar, tindak-tanduk dan konsistensi. Dan pada hari ini, PKR sedang kehilangan semua itu.
𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐀𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐓𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐢𝐭
Masih belum terlambat untuk PKR berubah arah. Tetapi ia menuntut keberanian politik yang luar biasa. Parti ini perlu mengembalikan kuasa kepada ahlinya, memperkukuh sistem pemilihan yang bebas, dan memberi ruang kepada suara-suara yang membawa rasional dan data — bukan menyingkir mereka secara senyap.
PKR must choose between being a party of conscience or becoming a machinery of convenience.
Reformasi mesti dihidupkan semula bukan sekadar dalam ucapan, tetapi dalam struktur dan tindakan. Jika tidak, parti ini akan terus hilang arah, terperangkap dalam ilusi kuasa, dan akhirnya terhakis kredibilitinya di mata rakyat.
𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗥𝗲𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶
PKR pernah menjadi simbol harapan Malaysia Baharu. Tapi jika ia terus meniru jalan UMNO — menyekat demokrasi dalaman, mengangkat budaya feudal, dan menukar prinsip dengan kuasa — maka parti ini akan menjadi 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐬𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧.
It may win elections. But it will lose history.
Dan rakyat — khususnya generasi muda — tidak akan menangisi kejatuhan sebuah parti yang melupakan janji asalnya.
#PKR #ReformasiMati #UMNOlisasi #PolitikMalaysia #KrisisKeyakinan #DataDrivenPolitics #PolitikNilai #RafiziRamli #NikNazmi #PartiTanpaArah #PemilihanPKR2025 #PolitikReformasi #JPPPKR #GLC #KronismeBaharu #AnakMudaTolakPKR #SuaraAkarUmbi #KeadilanAtauKekuasaan #PartiTanpaRoh #ReformasiAtauReplika
@highlight
No comments:
Post a Comment