MUHYIDDIN & PN GASAK ANWAR! ANWAR LETAK JAWATAN GESAAN MUHYIDDIN!



Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengulangi gesaannya agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletak jawatan, susulan dakwaan campur tangan dalam pelantikan kehakiman melibatkan seorang hakim kanan yang didakwa mempunyai isu integriti. Muhyiddin berkata dakwaan tersebut — yang kononnya dibangkitkan semasa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) — menunjukkan berlakunya hakisan serius terhadap kebebasan badan kehakiman dan keyakinan awam. Tegasnya, dakwaan itu mesti disiasat sambil langkah-langkah pembetulan dilaksanakan dalam proses pelantikan hakim demi memastikan kepercayaan awam terhadap badan kehakiman sebagai pelindung keadilan terus terpelihara. "Lebih membimbangkan dakwaan ini juga berkait rapat dengan masalah yang lebih besar iaitu dakwaan campurtangan badan eksekutif dalam pelantikan hakim-hakim membabitkan Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan dalam satu kes mahkamah yang serius. "Ini membangkitkan suatu kebimbangan yang munasabah bahawa perdana menteri juga tidak akan meletakkan integriti sebagai pertimbangan utama dalam pelantikan hakim. Pertimbangan kepentingan peribadi berkemungkinan besar akan mengatasi faktor integriti. "Apatah lagi jika hakim yang didakwa terbabit dengan masalah integriti dilantik ke jawatan yang lebih tinggi dalam badan kehakiman. "Saya bimbang sekiranya integriti tidak lagi menjadi asas pertimbangan yang penting dalam pelantikan hakim-hakim, keadilan boleh dijual beli," katanya pada hantaran di media sosial. Presiden Bersatu itu berkata Anwar mempunyai “tanggungjawab moral” untuk meletak jawatan, dengan menyatakan hanya selepas itu barulah satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang benar-benar bebas boleh ditubuhkan untuk menyiasat sebarang salah laku dalam pelantikan hakim.






No comments: