Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju meluluskan pemberian Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta (BIPPW) kepada pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan kepakaran dan sedang menjalani tugas di bawah penyeliaan pakar dalam tempoh SWE mereka.
📌 Beberapa perkara penting:
1️⃣ BIPPW diperkenalkan – elaun khas untuk pegawai dalam tempoh SWE.
2️⃣ Elaun akan dibayar serta-merta sebaik sahaja pegawai memulakan SWE.
3️⃣ Kadar BIPPW = kadar penuh Bayaran Insentif Pakar (BIP) ikut gred hakiki.
4️⃣ Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 – serentak dengan kuat kuasa Akta A1729.
Pemberian BIPPW ini adalah satu bentuk pengiktirafan yang adil terhadap beban tugas dan tanggungjawab besar yang dipikul oleh pegawai dalam tempoh SWE. Ia juga dapat membantu meringankan kos sara hidup dan menyokong kelangsungan mereka dalam sistem kesihatan awam negara.
Insya-Allah, langkah ini akan membakar semangat pegawai perubatan muda kita untuk terus berkhidmat dengan dedikasi dan integriti.
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja


No comments:
Post a Comment