HarapandailyJuly 14, 2025
Oleh NORMAN RADZUAN
Hari ini Majlis Peguam Malaysia bersama 500 peguam hadir untuk
penyerahan memo kepada Perdana Menteri.
Pada awalnya, Majlis Peguam Malaysia mensasarkan 3,000 peguam ke situ,
kehadiran hari di luar sasaran.
Penyerahan memo mengenai isu pelantikan Ketua Hakim negara menimbulkan
pelbagai andaian.
Walaupun menteri telah memaklumkan tiada isu perlanggaran Perlembagaan
tetapi ia telah dipolemikkan.
Hakikatnya, kerajaan bersetuju untuk mempertahankan kebebasan kehakiman.
Sebab itulah juga Nurul Izzah hadir sebagai sokongan kepada Majlis Peguam.

Sepertimana hak berhimpun atau demontrasi, ia adalah perjuangan Pakatan
Harapan (PH) dan Alhamdulillah, sekarang ia telah diizinkan.
Malah, PMX sendiri meraikan kehadiran Majlis Peguam pada hari ini dengan
meminta kakitangan PMO memberikan minuman dan aiskrim kepada para peguam yang
hadir.
Inilah reformasi zaman Anwar. Di Sabah karikaturnya dibakar, Anwar minta
jangan diambil tindakan.
Himpunan pembangkang sudah beberapa kali diadakan, kerajaan tidak ambil
tindakan. Begitulah juga kehadiran Majlis Peguam ini juga diraikan.
PMO mengagihkan aiskrim kepada
peserta himpunan.
Zaman rejim Mahathir berdemontrasi dikejar, dipijak, dipukul, ditangkap,
dimasukkan ISA, dibuang kerja dan pelbagai tindakan lain lagi.
Zaman Anwar kerap berhimpun, itu hak rakyat. Berbeza zaman Anwar dan
rejim Mahathir.
Seorang peguam beritahu, “Terima kasih kepada Anwar” kerana pemberian
aiskrim.
Berbeza dengan zaman Perdana Menteri sebelum ini, perjalanan peguam
menghantar memo disekat tetapi zaman Anwar diraikan dengan pemberian minuman
dan aiskrim.
No comments:
Post a Comment