SILA LA JAWAB.... BARU SAJA MENANG SEMINGGU DUA NI.... MACAM MACAM DAH MENDAPAT. TAK LAQAT LA WOIIIII.... KAMI PROBONO SAJA KOT.. JKOM JAWAB LA...

Bagi aku, tak salah sebab elitis politik berduit. Tak berduit ni orang bawah ni ja. Lagi pula dia bukan makan gaji dengan kerajaan.

Tapi, sama ja la kalau kata anak naak mahathir banyak duit. Atau tak sama.? Saja nak bezakan saja. 



En Wan  Group SAHABAT ANWAR  IBRAHIM


Kan dah mendapat...

Cc - ramanon




PKR BERADA DI PERSIMPANGAN UNTUK JADI MACAM UMNO LAMA


Nazri Hamdan



UMNO jatuh bukan saja sebab parti lawan. Ia jatuh disebabkan oleh pelbagai kem dalam parti sendiri. Kepelbagaian kem akan membawa kepada sabotaj.


Sekarang, PKR ada tanda-tanda jadi macam tu. Saya tak yakin kem RR akan bagi sokongan 100% pada PKR pada next PRU.


Ada kemungkinan mereka akan sabotaj PKR. Mereka barangkali nak buktikan ia adalah satu kesilapan menjatuhkan RR.


Lagi satu, mereka yang sokong PKR ni juga sebahagian besar adalah pengundi atas pagar. Mereka undi PKR pun mungkin sebab RR. Kalau faktor RR dah tak ada, mungkin mereka dah tak minat lagi.


Dari segi membina pengaruh di luar PKR dan pengundi atas pagar, kena akui RR ada lebih kekuatan berbanding NIA.


Paling teruk lagi kem NIA dan RR masih terus bergaduh antara satu sama lain. Dalam keadaan di mana mereka tak sedar pihak musuh sedang ketawakan mereka.


Kalau pun PKR dan PH tumbang, ia bukan sebab parti lawan. Ia adalah sebab konflik sesama sendiri. Konflik dalaman PKR ni sebenarnya senjata yang paling ditunggu oleh pihak musuh. Sebab mereka boleh mencipta kemenangan dengan usaha yang paling minima. 


Paling tak pun, cuma mainkan peranan jadi batu api, biar sesama sendiri bakar diri antara satu sama lain.



RAFIZI KE MAKKAH KETIKA USIA 36 TAHUN


 Doa saya agar sahabat-sahabat yang mendapat rezeki menjadi tetamu Allah di Tanah Suci dirahmati. Allah menerima ibadah, doa dimakbulkan dan mendapat haji mabrur.





Saya tidak pernah berhenti bersyukur kerana mendapat rezeki ke Tanah Suci pada umur yang muda iaitu 36 tahun. Saya menunggu giliran sehingga 10 tahun sebelum mendapat peluang pada tahun 2013.


Dari kecil, saya memasang niat untuk menunaikan haji bersama-sama ayah saya. Ayah saya orang kampung yang hanya ada pendidikan darjah 6, jadi saya bimbang kalau dia pergi haji berseorangan, takut dia kekok di tengah-tengah jutaan orang.


Mungkin atas niat yang saya pasang dari kecil itu, saya mendapat rezeki lebih awal. Sebab niat itu juga, saya mendaftar untuk menunaikan haji pada umur yang muda.


Saya tidak pernah meletakkan “Haji” pada nama saya kerana saya rasa tidak layak, berbanding dengan mereka sebelum saya yang mengambil masa berbulan-bulan naik kapal untuk menunaikan haji sebelum saya. 


Saya juga tahu amal ibadat saya sangat kurang.


Peluang menunaikan haji sangatlah sedikit sekarang berbanding dengan dahulu. Di masa depan, semakinlah sempit, kalau pun ada duit yang banyak.


Itulah kekuasaan Allah. Secara halus, mengajar kita bahawa wang dan harta bukanlah penentu kita dijemput menjadi tetamu Allah. Kalau kita naik haji dengan cara memintas giliran orang lain, pun satu ujian besar kepada kita kerana kita mengambil peluang orang lain.


Kalau saya jadi anak muda sekarang, saya akan daftar naik haji secepat mungkin. Kemudian saya pasang niat dari awal dan terus berdoa untuk dijemput Allah.


Selamat menghayati makna Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.


ps: Saya tidak ada gambar semasa haji (sebab saya tak mahu campur aduk hal dunia dengan ibadah semasa di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi), kecuali yang diambil orang lain dan dihantar kepada saya. Terima kasih kepada Hj Muhammad Fazli (Class of 91, MCKK) dan Ustaz Fathul Hakim dari Kota Bharu (pelajar Universiti Madinah) yang menghantar gambar kenangan.



NEGARA INI AKAN LEBIH AMAN JIKA MEREKA INI TIDAK LAGI DALAM POLITIK NEGARA


Hamdan Taha


 Sementara saya tunggu giliran jumpa Dr sempat saya membaca kenyatan Tun Dr M bersama Muhidden, Tuan Ibrahim, Hamzah dan Geng Parti Putra tentang Payung Besar... Nak ajak orang melayu bersatu dan kembalikan kuasa Melayu dan mengajak semua pihak berpayung bersama...


Tetapi Umno, PKR, Amanah tidak di bawa bersama untuk bernaung di bawah Payung Besar... Apa yang nak di perjuangkan ialah melayu melayu melayu...


Menariknya semua mereka ni dah semua Allah swt berikan kesempatan menjadi Pemimpin melayu dan kerajaan, bukan tak pernah jadi Kerajaan tetapi lama jadi Kerajaan... Tun Dr M dua kali jadi Perdana Menteri di keadaan yang berbeza, Muhidden juga di berikan Allah swt peluang menjadi Kerajaan di dua platform yang berbeza, Hamzah Zainudin juga dua kali jadi Menteri di dua Platform.... Apa yang mereka buat semasa itu.... Kemana pergi slogan Melayu Melayu Melayu...


Bagi saya Negara ni akan aman setelah Mereka ni, Tun Dr M, Muhidden, Anwar Ibrahim, Hamzah Zainudin, Haji Hadi Awang, Zahid Hamidi, Najib Razak dah tak ada lagi di dunia politik dan di dunia ini, mereka ni lah yang menyebabkan rakyat bergaduh sesama rakyat, melayu berpecah belah, parti jadi banyak semua kerana nama nama tersebut, dan agenda masing masing ialah berebut nak Jadi Perdana Menteri dan berdendam sesama mereka dari muda, dan pergaduhan mereka ni bukan setahun dua tapi puluhan tahun... Selagi mereka ni hidup tak mati siapa pun jadi Perdana Menteri akan di serang...


Sekarang Anwar jadi Pm mereka serang dan ujudkan Payung Besar nak jatuhkan Kerajaan sekarang, jika Tun Dr M pulak jadi PM kali ke 3,Anwar pula buat Rumah Besar, jika Zahid jadi PM pula, dah kita tengok Tun Dr M, Anwar, Muhidden duduk bersama ajak duduk di bawah Payung besar yang baru...


Saya suka ayat Sarimah dalam Madu 3


Abg jamil tak boleh cerai dulu, kami benarkan hari ni rumah kak Latifah, besok rumah kak Hasnah dan hari ke 3 rumah Ani sampai lah abang Jamil Mampusss.....



INI YANG TAK MAU DENGAR. KAN DAH JADI ISU. JADI JAWAB LAH BILA ADA ISU MACAM INI.



Mukhlis Eddie


 Duit sendiri ka? Duit sponsor ka? Duit papa kasik ka?




MEMALUKAN PMX


Ustaz Al Asri


 Kenyataan ni dibuat Ketua Jkom...11k yang react 10k gelak ...betul² Ketua Jkom ni memalukan pmx.




ADA ORANG BERPENGARUH DAN MAHAKAYA NAK TIMBUS KESALAHAN YANG DIBUATNYA


 

UNTUNG LA ZAMAN PH BOLEH KUTUK TIBAI BAGAI. ZAMAN KAMU KENA HALAU NGAN UNIT AMAL.


Arman Kebenaran


 Bagus le sedar diri..Bukan melayu kritik sebab depa sayangkan PH dan nak tegur PH agar menjadi lebih baik..semua bebas bersuara dan kritik..cuba kalu depa masuk PAS..ingat senang ke nak kritik silap2 kena halau dengan geng Jaga Amal.. 😆





"..Kita fokus (pengaruhi pengundi bukan Melayu), saya lihat masalahnya ialah kempen-kempen kita kepada orang bukan Melayu tidak sampai kepada sasaran, cuma sebahagian.


"Misalnya kita nak 100 peratus, cuma dapat 30 peratus," katanya pada wawancara bersama Malaysiakini di Kota Bharu.


Keh keh keh #MalaysiaMADANI #TolakPN



Ilmu.. Semoga Bermanfaat..

 Ilmu.. Semoga Bermanfaat..


Sumber : sufyah'Aisyah Mu'min







TAK DENGAR TEAM NIA NAK CAKAP BAB INI..





 🚦🚦Corporate move vs Permainan Persepsi Politik🛑🛑


1. Belum 24jam habis President Town Hall buat warga kerja PETRONAS, serata media masa dah cerita tentang 5,000 orang pekerja diberhentikan.

.

2. Entah apa yang seronok sangat cerita hal dalam kain dekat orang luar pun tak tahulah. Kesannya bukan menambah baik, malahan buat orang bersangka sangka.

.

3. Nombor 5,000 dilambung lambung, sebab keputusan itu dibuat tidak satu media pun nak cerita.

.

4. Ada pulak tu cuba banding tahun 2015 dulu. Pempengaruh tersohor nama Cina tapi fakta tak tentu hala tuju. Acik berada disini semasa 2015 dan Acik juga berada dalam organisasi yang sama sekarang. Jadi acik nasihatkan secara mudah, fakta anda salah sama sekali. Sila remove posting anda itu.

.

5. Bermain dengan persepsi, berhati hatilah. Sungguh mudah kita ditipu disilap mata. Neraka itu benar kawan kawan.

.

6. Bukan mudah nak meyakinkan lalat, bahawa madu itu sedap lagi daripada sampah dan tahi.

.

7. Kebiasaannya, bila kita masuk kerja dan ditawarkan kontrak, ia datang dengan tempoh masa. Ada kontrak 1 tahun, 2 tahun. Jarang sangat kontrak 10tahun.

.

8. Dalam klausa kontrak ada disebutkan kalau majikan atau pekerja nak berhenti atau memberhentikan kontrak, ianya dibolehkan dan notis 1bulan perlu dikeluarkan. Dalam 5k tu, ada yang dah sampai hujung kontrak, dan tak disambung. Ada yang dah sampai masa bersara. Ada yang dapat manfaat MSS, ada yang dapat notis 1bulan.

.

9. Perkara sebegini adalah normal dalam dunia O&G. Sebab tu gaji dalam O&G tak pernah murah. Persekitarannya sentiasa dinamik dan berisiko.

.

10. Persekitaran bisnes O&G yang semakin tak menentu, OPEC gaduh nak buli pemain shale oil, polikrisis, supply chain struggle, bloated org, isu isu domestik menjadi antara penyumbang. Bila kita terlalu gemuk, kita kena trim, ikat perut sikit supaya slim balik. Kalau tak penyakit datang susah nak sembuh.

.


11. Selalunya, bila sesuatu keputusan besar dibuat, ianya sudah pasti untuk mengelak mudarat lebih besar dan untuk manfaat jangka panjang yang lebih baik.

.

12. Ramai sembang 5,000 dibuang, tapi tak ramai majikan sedar peluang nak dapat pekerja hebat hebat tiba tiba muncul. Pemain O&G timur tengah dah mula datang buat open interview. Ramai yang akan diambil. 

.

13. Acik tahu sebab mereka juga head hunting acik. Cuma sebab mereka sidai acik dan tak tepati masa, acik tak teruskan. Kalau tak, dapat juga pengalaman bersembang dengan pak arab. Tapi Acik jumpa ramai teman dan handai masa menunggu tu. Jadi Acik tahu, peluang sentiasa ada. Tutup 1 pintu, ada banyak lagi pintu terbuka untuk anda dan kadangkala lebih baik.berganda ganda.

.

14. Kita takkan pernah tahu sampailah kita mencuba, kita melangkah, kita buat.

.

15. Memang menjadi nasihat acik kepada semua pekerja kontrak dibawah seliaan acik, jangan buat komitmen hutang besar (kereta mahal, rumah agam), saving 12bulan gaji, belajar invest. Kita tak tahu bila ribut datang. Kalau tahu ribut datang tapi kita takde pertahanan kukuh pun tak guna juga. 2015 dulu begitu, sekarang pun sama. Akan datang pun sama.

.

16. Acik beri ilmu kewangan kepada staf department acik. Ilmu disampaikan perancang kewangan bertauliah lagi (CFP). Ilmu boleh la acik beri, tapi yang kena buat mereka sendiri lah. Siapa buat dia dapat. Itu je. Nak contoh hidup, dah ada depan mata.

.

17. Buat akhirnya, permainan persepsi kali ni sangat menyimpang teruk, maka acik berikan serba sedikit buat membetulkan. Ada banyak lagi yang acik tak boleh cerita.

.

18. Benar, mata lalat tetap akan mengatakan tahi itu sedap.


We can be a butcher yet we choose to become a scalper.



MINYAK MASAK PAKET LEPAS SWMPADAN

Syam Ghaz



 Elok KPDN Laman Rasmi BATALKAN semua lesen lesen Sykt yang ada plastik/kotak minyak peket ni + syarikat yang jual minyak subsidi sebagai minyak terpakai pun skali.


Subsidi lepas sempadan, dari Lembah Klang ke Kelantan minyak masak selalu habis.






KITA DENGAR DULU APEK NI KATA APA... SEBAB DIA NI CAKAP SUSAH GAK NAK BETUL.


 

AWAT SEMUANYA TERPAKU?

 MEDIA STATEMENT


MCMC CLARIFIES ON COLLECTION OF MOBILE PHONE DATA FOR OFFICIAL STATISTICAL PURPOSES


#MCMC






SEPTEMBER 2025, BERPECAH LAGIKAH PAS?





Sepanjang keberadaan dalam landskap politik tanah air, PAS telah melalui beberapa siri perpecahan yang melahirkan parti baru.


Antaranya pada tahun 1977, krisis politik di Kelantan menyebabkan PAS berpecah dan lahirnya parti BERJASA.


Tragedi Marakbar Asri dalam muktamar tahun 1982 menyebabkan PAS berpecah sekali lagi melahirkan HAMIM pada tahun 1983.


Kemudiannya krisis politik di Kelantan juga pada 1995 melahirkan AKIM, namun parti ini tidak memberi sebarang impak terhadap senario politik Malaysia.


Terbaru pada tahun 2015, krisis besar dalam PAS berskala nasional melahirkan parti AMANAH, salah satu komponen kerajaan sekarang.


Setelah 10 tahun agak tenang, politik dalaman PAS kembali berkocak menjelang pemilihan kepimpinan dalam muktamar September ini.


Krisis kali ini dilihat sekadar mengulangi skrip muktamar 2015 lalu, iaitu pertembungan antara dua proksi utama dalam PAS untuk memilih barisan kepimpinan.


Ada yang menamakan sebagai pertembungan antara kelompok konservatif dan progresif dalam PAS.


Ada yang melabelkan sebagai pertembungan kumpulan ulama dan profesional.


Ada juga yang menggelar sebagai pertembungan Geng Ustaz dan Geng Publika.


Seperti episod2 sebelum ini, pertembungan 2025 ini juga tentang kumpulan profesional diserang kerana didakwa ingin merampas tampuk kepimpinan tertinggi parti.


Jalan cerita yang sama, cuma berbeza pada wataknya.


Kali ini Dr Samsuri, Takiyuddin, Sanusi dan klip mereka pula diserang dengan dakwaan ingin melanggar kepimpinan ulama.


Label2 baru seperti HooSAM 2.0, Jebon 2.0, Taksubiyyun Dr Sam dan sebagainya mula keluar, bahkan ada label2 lain lebih teruk yang kurang sesuai ditulis di sini.


Label2 tersebut adalah kitaran skrip Jebon, Anwarinas, Geng Erdogan, Munafiq Haraki dan sebagainya yang pernah masyhur dalam edisi lepas.


Jika sebelum ini Sanusi sebagai contoh, dianggap sebagai wira melanggar PH, namun dalam plot ini beliau dilihat sebagai pembawa angkara, termasuk dakwaan menggerakkan agenda Langkah Kedah.


Jika sebelum ini hobi menyanyi beliau dipuji dan dipertahan, sekarang beliau mula dilabel sebagai orang besaq yang suka berkaraoke, dengan konotasi mengejek dan menganjing.


Begitu juga Dr Samsuri, sebelum ini beliau dilihat sebagai tokoh hebat dalam PAS, termasuk dimomok sebagai bakal PM dalam PRK Kemaman sebelum ini.


Namun sekarang berbeza, beliau antara yang dijadikan sasaran fokus kemarahan oleh kelompok jalur agama dalam PAS sekarang.


Takiyuddin juga tidak terkecuali, beliau didakwa sebagai individu yang memainkan peranan untuk mengangkat figura profesional sebagai kepimpinan tertinggi parti.


Bahkan sekarang beliau mula disalahkan kerana didakwa mengemukakan usul (pada waktu Maghrib?) dalam muktamar di Pahang sebelum ini yang meluluskan DHPP boleh turut mengundi dalam muktamar.


Tidak pasti kenapa isu ini baru dibangkitkan dengan hangat mutakhir ini, barangkali wujud kebimbangan perwakilan DHPP akan berpihak kepada kelompok profesional dalam undian nanti.


Inilah kronologi yang sedang berlaku dalam PAS menjelang muktamar September nanti, kronologi ini semakin panas apabila ada ura2 TGHH bercadang untuk berundur sebagai presiden.


Saya jangkakan suhu panas ini tidak mudah untuk sejuk, kecuali dengan satu cara sahaja, iaitu kumpulan profesional mengendur, beralah dan memberi laluan kepada jalur agama.


Jika tidak, kehangatannya akan memuncak dan terus memuncak, kerana sudah tentu geng ustaz sekali-kali tidak akan berundur dan beralah.


Kenapa isu pemilihan PAS ini penting dan signifikan?


PAS adalah parti politik tunggal yang memiliki ahli parlimen paling ramai di Dewan Rakyat sekarang.


PAS adalah parti yang mendapat sokongan terbesar orang Melayu dalam pilihan raya mutakhir.


PAS memerintah empat negeri majoriti orang Melayu, bukan sekadar memerintah, tetapi memerintah dengan majoriti besar.


Sebarang perubahan dalam PAS secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi senario dan iklim politik Malaysia.


Sebab itu penyelidik dan penganalisis terus memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.


Termasuk adakah PAS akan berpecah lagi pasca muktamar September 2025 ini?



Patut la PMX sambung je kontrak Azam Baki.


Baru kami faham…






SPRM tengah siasat skandal besar, yang geng-geng Mahathir dok cuba sorok bertahun-tahun.

Projek highway tak siap, tapi dana dah disapu licin.


Highway tu nama dia MEX II — sambung dari Putrajaya ke KLIA.

Start tahun 2016, janji siap 2019.

Sekarang dah 2025, jalan tak siap… tapi claim palsu dah masuk RM300 juta lebih!


Dan bila SPRM korek lagi…

Jumpa gudang arak dalam rumah Tan Sri kroni Mahathir tu. Nilai RM3 juta.

Aset judi pulak RM20 juta.

Ni bukan level langgar syariat sikit-sikit — ni memang main tabur dosa dalam rumah sendiri.


Rupa-rupanya…

Tan Sri ni geng kuat Mahathir.

PM4 yang dulu konon pejuang integriti, tapi sebenarnya keliling dia penuh dengan jerung curi duit rakyat.


Patut la hempas pulas halang Anwar jadi PM.

Patut la cari jalan jatuhkan PMX dari awal.

Sebab bila SPRM mula siasat — semua pekung terbuka.


Dan sekarang bila kena panggil siasat…

Dia masuk wad. Klise betul. Bila rakyat susah, tak ada pulak warded.


Tapi jangan risau…

Rakyat makin celik.

Yang dulu berlagak suci, sekarang dah terbongkar bau busuk kroni-kroni sendiri.


Teruskan SPRM. Teruskan siasat.

Bongkar habis.

Dulu mereka rampas negara, sekarang giliran rakyat ambil balik maruah.



Ke mana Wang Persaraan Dihabiskan


Ir Zainuddin Hj Omar 




Beberapa kajian mendapati wang persaraan dihabiskan untuk: 


1. Ubah suai rumah. 


Mungkin ia 'life long dream' untuk memiliki rumah besar tetapi percayalah ramai menyesal mempunyai rumah besar di usia tua. 


Di Shah Alam saya perhatikan ramai menjual rumah banglo mereka dan berpindah ke rumah lebih kecil kerana tinggal berdua sahaja di usia tua. 


Rumah kecil lebih mudah untuk diselenggara dan jika anak-anak tiada tempat tidur semasa beberapa hari di Hari Raya, sewa sahaja homestay atau hotel. 


Kenapa perlu banyak bilik dan ruang besar yang tidak digunakan kecuali pada tiga hari dalam setahun? 


2. Belanja kenduri kahwin anak


Seorang rakan saya membelanjakan lebih RM100k untuk perkahwinan anak beliau. Malangnya selepas setahun berkahwin anaknya bercerai. 


Buatlah majlis walimah yang sederhana dan tidak membebankan keluarga. 


3. Bayar hutang


Hutang perlu dilangsaikan sebelum bersara. 


Jangan bersara jika anda mempunyai hutang lagi. Titik. 


4. Biayai kos perubatan


Kos perubatan di Hospital Kerajaan sangatlah murah tetapi Hospital Swasta memberi lebih keselesaan dengan tidak perlu menunggu lama. 


Insuran perubatan takaful banyak membantu mengurangkan kos perubatan selepas bersara jika anda memilih keselesaan. 


Jangan lupa ambil insuran perubatan takaful semasa zaman bekerja. 


Saya dan famili mengambil imsuran perubatan BSN Prudential semenjak 20 tahun lalu. 


5. Terlibat pelaburan tidak sah. 


Ramai terkena scam dan lesap duit simpanan selepas bersara. 


Hakikatnya, 'don't think big' selepas bersara dan cuba untuk 'buat' duit tambahan dari simpanan sedia ada, kecuali simpanan yang dijamin Kerajaan. 


Jangan cuba menggunakan wang simpanan persaraan sebagai modal membuka perniagaan baru atas desakan kawan kerana selalunya akan hangus.  


Pastikan juga tiada wang persaraan diberikan sebagai pinjaman pada orang lain.  


Usahakan 'passive income' semasa zaman bekerja agar duit pencen dan simpanan tidak berkurangan. 


Amma ba'du. 


Kepada mereka yang tarikh persaraan hampir menjelang tiba, ingat semua perkara tersebut dan ambil iktibar di mana ramai kehabisan wang simpanan persaraan mereka dalam masa lima tahun selepas bersara.  


Wallahua'llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar.




KETUA PEMUDA WALAUN...


Kazuha impact


 Ni nak bagi ceramah agama ke nk jadi ketua mafia geng kapak dlm cite kungfu hustle .. adoi afnan oh afnan … iman ayah dan anak tak sama perangai pun tak sama





TAK CERDIK





 

NOHHH... KALUT..

 



PAS HARI INI PARTI FEUDAL - MANA ADA CABARAN. YANG PROFESIONAL


 

KALAU KENA KRONI DIA... MULA LA DIVERT ISU....


 RMS



Ulang kembali skrip lama.. jual balik penyatuan Melayu

Tiap kali ada isu melibatkan kroni, dia mulalah divert isu..







BAKAL KENA KUTIP. HARAP KENA DAH...

RMS


 Setan ni bakal kena kutip.. nama dah hantar MCMC..






Industri O&G Tenat, PETRONAS vs PETROS Masih Tak Selesai


Jazli Izuddin

.


Dah masuk lebih setahun, isu antara Petronas dan Petros masih belum nampak jalan penyelesaian yang betul-betul konkrit. 


Pertengahan Mei lepas, kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak umum kononnya dah capai “persefahaman”, tapi ramai dalam industri masih rasa kosong. Macam buat pengumuman tapi tak jawab pun isu sebenar.


Di belakang tabir, ramai kontraktor, pekerja OGSE (Oil & Gas Services and Equipment) dan syarikat-syarikat sokongan dah mula rasa bahang. Projek-projek upstream di Sarawak tergantung. Ada kontrak yang sepatutnya dah jalan, tapi tergendala. Syarikat-syarikat yang selama ni bergantung pada projek O&G mula rasa semput. Kapal tak bergerak, crew duduk tunggu, revenue jatuh teruk.


Kalau tengok laporan kewangan suku pertama tahun ini, memang jelas banyak syarikat O&G tengah hadap tempoh sukar. Contohnya, Dayang Enterprise, yang biasa jadi antara pemain utama perkhidmatan offshore, catat penurunan ketara dari segi pendapatan dan untung. Anak syarikat dia, Perdana Petroleum, pula beralih daripada untung kepada rugi.


Syarikat lain macam Keyfield International dan Petra Energy pun sama — masing-masing alami tekanan kewangan akibat kelewatan projek dan ketidaktentuan industri. Bila projek tergendala, vessel tak keluar, crew tak kerja, duit tak jalan. Semua ni beri kesan langsung pada bottom line syarikat.


Yang jadi mangsa, bukan Petronas, bukan Petros. Tapi golongan kerja bawah — engineer, technician, crew offshore, supplier barang ganti, semua ni yang kena dulu. Ramai terpaksa kurangkan operasi, potong kos, malah ada yang dah mula fikir untuk tukar bidang.


Punca besar: perebutan kuasa siapa yang patut jadi ‘gas aggregator’ di Sarawak. 


Petronas nak pertahan hak di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974. Tapi Sarawak pun tak nak mengalah — negeri tu ada 60% daripada simpanan gas negara, dan hampir semua eksport LNG Malaysia datang dari sana. Jadi, Petros pun nak jadi pemain utama dan kenakan lesen pada semua yang terlibat dalam pengedaran gas.


Kesannya? 


Industri tergantung. Ada kes syarikat tak tahu nak bayar siapa — Petronas ke, Petros ke? Dua-dua hantar invoice. Mahkamah pun dah masuk campur.


Selagi isu ni tak selesai, industri O&G tempatan akan terus tersepit. Peluang kerja makin kurang, pelaburan luar makin berhati-hati, dan syarikat-syarikat tempatan makin lemah dari segi kewangan.


Kalau dua gergasi ni terus bergaduh, rakyat dan industri yang jadi mangsa.

.



DIRI SENDIRI YANG PUNCANYA


Ahmad Affendi


 Dalam pengurusan bisnes, punca kegagalan bisnes paling besar adalah berpunca dari pemiliknya membelanjakan duit masa hadapan demi kepuasan hati pada masa sekarang.





Setelah bisnes berjaya take off, pemilik bisnes dengan alasan "self reward" membeli simbol kekayaan seperti kereta mewah, rumah mewah, pelancongan mewah menggunakan wang masa hadapan bisnes.


Apakah wang masa hadapan bisnes?


Ianya wang yang dipinjam dari bank selepas bank percaya dengan aliran wang keluar masuk yang telah tercatit atas kertas.


Begitulah orang munafik, demi kepuasan hati di dunia, mereka mengorbankan kehidupan masa hadapan yang kekal.


Mereka merompak saudara sendiri, menindas saudara sendiri dan menganiayai saudara sendiri demi habuan sementara yang bakal mereka perolehi atas dunia yang sementara.


Poster dibawah ini adalah salah satu contoh.


Selamat menyambut Aidiladha kepada semua.



OWHHH... BILA SEBUT NAMA....



Ustaz Al Asri


 Geng Jkom ni nak burukkan Rafizi lagi kat X.

Sekali ustaz sebut nama betul mereka laju mereka padam.




𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂?



Terdesak sangat dah 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 ni. Dengan percaturan ini, maka Mahathir mengakui yang 𝗣𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 tak mampu menarik sokongan Melayu. Sebab tu dia nak tubuhkan sekretariat yang konon 𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.


Konon sekretariat ini menumpukan kepada 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂? Tapi apa dia masalah orang Melayu?


Masalah orang Melayu ni 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂. Bukan ditipu dek Cina. Tapi ditipu 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 sendiri. Sakau, rasuah, seleweng, kemudian guna sentimen 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺, terus sokong penjenayah tu.


Satu lagi masalah orang Melayu ni, 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 dari sudut sebenar. Orang Melayu faham Islam cara ekstrem. Sampai 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 sesama muslim semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.


Macamana Mahathir nak selesaikan masalah orang Melayu ni kalau Mahathir 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 pencetus masalah orang Melayu tersebut? Malah Mahathir pun 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 yang jadi punca masalah Melayu.


Banyak dah usaha puak penipu dan pengkhianat ni nak rebut kuasa atas nama 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 tapi nampaknya tak ada satu pun yang berjaya. Kenapa agaknya orang Melayu sambut dingin usaha begini?


Tahun 1946, bila orang Melayu diseru supaya bersatu di dalam 𝗨𝗠𝗡𝗢, maka hampir semua Melayu sambut seruan itu. Kenapa? Sebab orang Melayu ketika itu sedar mereka 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵.


Orang Melayu sedar penjajah juga 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Maka sebab itu orang Melayu boleh berganding tangan menentang kebiadaban penjajah.


Tapi hari ini, situasi berbeza. Puak pengkhianat ni cuba mainkan 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Tapi kini orang Melayu dah sedar itu semua 𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗸 puak yang gila kuasa dan mereka yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮.


Masalah orang Melayu hari ini untuk teruskan hidup sehari-hari. Orang Melayu hari ini mahukan pendapat yang elok. Mahu Prasana yang cukup. Mahu wang negara tidak diselewengkan sesuka hati lagi.


Ceritalah Melayu terancam, Islam terancam bagai, orang dah tak heran. Sebab orang Melayu tahu hidup mereka sekarang 𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗺𝗮𝗶. Tak rasa terancam pun. Boleh je cari rezeki secara selamat.


Mahathir berhentilah dari perbodohkan dir macam ni lagi. Usah pura-pura kisahkan nasib Melayu. Masa dia berkuasa dulu dialah orang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮  𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀, 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗹𝘂𝗽𝗮. Hari ni berlagak suci jadi pembela Melayu? Munafik? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NOH HAIH...


Jommloh Jomloh


 






PUNCA PEMILIHAN PKR JADI KALUT


 

KALUT LA PN...BANYAK KERUSI NAK KIOK


 

BILA PAS MISKIN IDEA. NERATIF TUMPUL UNTUK MENGHALALKAN ISU SWMPIT. IDEA NAK BANTU MELAYU TAK ADA.... KALAU ADA CETAK DUUT... KIOK


 

SEDANG BERCELARU MACAM ATOK JUGA

 

Zainuddin Omar

Amerika sedang bercelaru. Jadi bahan jenaka dunia.






MASIH RAMAI KENA QAZAF

 

Hashim Rimau


Selepas lebih 20 tahun akhirnya Tun Mahathir Mohamad mengaku Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dipenjara dan diaibkan tidak bersalah dalam pertuduhan kes liwat terhadapnya. Moga rakyat sedar.




APA USAHA? KALAU TAK ADA USAHA... BAIK TAK PAYAH JADI MENTERI ATAU DIAM TUNGGU MASA TUMBANG.


 


Usaha Kerajaan untuk membendung komen menghina dan memfitnah pemimpin di media sosial perlu dilakukan dengan seimbang antara melindungi maruah individu dan memastikan kebebasan bersuara tidak disekat secara keterlaluan. Berikut ialah beberapa usaha yang patut dipertimbangkan:


1. Penguatkuasaan Undang-Undang Secara Adil dan Telus

• Gunakan undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM) atau Kanun Keseksaan untuk menangani komen yang berunsur fitnah, hasutan atau penghinaan.

• Pastikan penguatkuasaan tidak bersifat selektif atau bermotifkan politik. Ini penting untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.


2. Kempen Kesedaran dan Literasi Digital

• Jalankan kempen mendidik netizen tentang kesan negatif penyebaran fitnah dan budaya “cyberbullying”.

• Ajar rakyat membezakan antara kritikan yang konstruktif dan komen berunsur kebencian atau fitnah.


3. Kolaborasi dengan Platform Media Sosial

• Bekerjasama dengan syarikat seperti Meta, X (dulu Twitter), TikTok dan sebagainya untuk membolehkan laporan pantas terhadap kandungan berunsur fitnah dan penghinaan.

• Galakkan sistem pemantauan kandungan automatik dan manual yang lebih efisien.


4. Saluran Aduan dan Tindakan Proaktif

• Wujudkan saluran rasmi dan mudah untuk orang ramai atau pemimpin membuat aduan jika difitnah atau dihina secara melampau.

• Tubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes sebegini dengan cepat dan profesional.


5. Galakkan Dialog Terbuka dan Ketelusan

• Pemimpin sendiri boleh menunjukkan keterbukaan terhadap kritikan dan bersedia berdialog dengan rakyat, bagi mengurangkan ketegangan politik dan emosi.

• Sikap defensif yang keterlaluan boleh menambah kebencian atau memperbesar reaksi negatif netizen.


6. Penglibatan Influencer dan Komuniti Online

• Libatkan pempengaruh (influencer), pendidik digital dan tokoh masyarakat untuk menyebarkan mesej positif dan mendidik netizen.


Kesimpulan:

Membendung komen menghina dan memfitnah memerlukan gabungan pendekatan perundangan, pendidikan, kerjasama teknologi dan kepimpinan yang matang. Usaha ini bukan untuk menutup mulut rakyat, tetapi untuk memupuk persekitaran perbincangan awam yang sihat dan bertanggungjawab.



POLITIK ITU TIPU MUSLIHAT- MASA LAWAN SEMUA SOKONG. MASA KENA AKU SOQANG. TAPI TAK APA.... LAWAN TETAP LAWAN.


 

KES GINI BAGI LA PANGLIMA CEPAT JAWAB. SIAPA?


 

NI KACAU.. LAWAN BUAT APA? TIPU? BELUM ADA PENDEDAHAN. TAPI DAH REPORT. KALUTBLA PKR NI..

 


NAK GANTI KERAJAAN SEBAB TONG GAS? WALAUN NI SEMUA DALAM KERAJAAN PNYAKAW DULU. TAKUT NANTI DAPAT REGA BARANG NAIK MACAM ZAMAN ABAH... NAYA TU.






 Disebabkan gas LPG 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗴𝘂, PRU akan datang tukar kerajaan.


Ok, itu hak masing-masing. Tapi nak tanyalah. Kalau tukar kerajaan, nak ambil 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶?


Tukar kerajaan yang laksanakan arahan gas komersil ni kepada 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝗿 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁? Gila?


Arahan atau peraturan ni dibuat dalam tahun 2021. Masa tu, yang sekarang ni 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 macam nak rak, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁.


Lebai-lebai PAS, menyakau PN malah Wee Ka Siong sendiri yang 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶. Nak gantikan kerajaan sekarang dengan mereka? Bodoh ke apa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERJA KONTRAK MEMANG AKANDITAMATKAN BILA TAK LAGI DIPERLUKAN


Mohd Fairul


 📉 "PETRONAS buang 5,000 pekerja?"


Ramai yang terkejut, tapi ini bukan keputusan mengejut. Ia sebahagian daripada penstrukturan semula oleh syarikat minyak & gas negara kita.


Industri minyak & gas kini dalam fasa penyusunan semula di peringkat global.


💼 ExxonMobil buang 250 pekerja (UK)

💼 BP dah kurangkan >5% tenaga kerja

💼 Chevron & ConocoPhillips umum langkah sama


➡️ PETRONAS tak terkecuali. Dunia sedang berubah. Nak taknak, kena do something.


Siapa yang terkesan?


Tiada sudden termination bagi kakitangan tetap. Sebahagian besar adalah:

🔹 Kakitangan kontrak — dengan tempoh perkhidmatan yang telah ditetapkan sejak awal

🔹 Kakitangan hampir bersara — ditawarkan option bersara awal secara sukarela


📌 Ramai tidak sedar: pengambilan secara kontrak ialah amalan biasa dalam sektor O&G — selari dengan keperluan projek dan fleksibiliti operasi.


Apa jaminan untuk kakitangan terjejas?


PETRONAS lancarkan program khas: Next Chapter sebagai ekosistem sokongan menyeluruh. 


🔸 Pampasan adil & melebihi piawaian undang-undang

🔸 Bimbingan kerjaya & peningkatan kemahiran

🔸 Bantuan kewangan & kesihatan mental

🔸 Akses kepada peluang kerja baharu

🔸 Program keusahawanan melalui PETRONAS Innovation Garage (PING)


Kenapa langkah ini penting?


Untuk terus menyumbang kepada negara, PETRONAS perlu kekal mampan, cekap & kompetitif.


Kalau Petronas tidak berubah mengikut zaman dan keperluan semasa, keuntungan diorang akan terjejas, dan akhirnya, pendapatan negara pun akan terkesan teruk.


“No more Petronas in a decade if we dont right size now.” 


CEO Taufik is doing the right thing. Kredit infodemik X



PAYUNG BESAR MELAYU BAHALOL- TENGOK NEGERI SG 4 DAH SENANG KAH MELAYU SITU?


 

KEKAL HARGA MURAH

Zamri Zainal Abidin


 Alhamdulillah harga barang asasi kekal stabil walaupun menjelang hari raya. Tangkapan gambar semalam di pasaraya Hero Putrajaya.

Salam Aidiladha




TENTU ADA YANG RINDU... ABAH...

 



Ada sesuatu yang aku 𝙧𝙞𝙣𝙙𝙪 zaman 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 dan PM-PM sebelum ni. Apa dia?


Dulu, bila nak raya je, terdengar rintihan orang ramai 𝗴𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮! 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹! 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗶𝗸! Dan macam-macam lagi.


Tapi semua tu dah tak kedengaran. Dah berapa kali raya dah. Ni hari ni, 𝗲𝘀𝗼𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗷𝗶 dah ni, tapi tak dengar lagi suara rintihan begitu.


Harga ayam dan telur, walau 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶, masih lagi stabil. 𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 ada pentadbiran sebelum ni yang 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 harga barang seperti MADANI.


Tapi walaun bukan kira itu semua. Sebab walaun dan lebai 𝗸𝘂𝗳𝘂𝗿 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁. Tak reti mensyukuri nikmat yang Allah beri.


Jadi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 yang selalu sebut 𝙧𝙞𝙣𝙙𝙪 𝙯𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙉𝙖𝙟𝙞𝙗, mungkin rindu nak tengok harga barangan naik 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘵𝘪𝘮𝘦 raya agaknya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KES PETRONAS DAN PETROS

 


5000 pekerja Petronas di berhentikan. Ia berkadar langsung dengan segala kemahuan Sarawak diberikan hak distribusi Gas atas nama Malayian agreement 63 oleh Anwar Ibrahim padahal ia mendatangkan lebih banyak mudarat dari kebaikan. Tapi demi survival, kita terpaksa terima kita dicekik oleh "kalau tak bagi kami lompat"




Petronas berpotensi akan ditutup dalam tempoh 10 tahun sekiranya tidak ada pengstukturan dilakukan menurut president dan CEO Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz walaupun beliau memberi jawapan "politik" mengatakan ia tidak ada kaitan dengan Sarawak meminta hak pengagihan Gas, namun tidak perlu genius untuk mengetahui ia ada kaitan.


Kalau saya jadi Ketua Menteri Sarawak, saya akan gunakan MA63 dengan kaedah yang lain dan bukan dengan cara ini.


Selamat membunuh Angsa Emas sendiri GPS. 


Iswardy



KEMENANGAN DIBATALKAN


 

SIASAT ROS