PRK Ayer Kuning: Medan memilih wakil rakyat, bukan ‘mufti politikus



Sheikh Umar Bagharib Ali



Saya menyeru rakyat di DUN Ayer Kuning supaya mengundi calon BN iaitu Dr Yusri Bakir.

Dengan memilih calon BN, kita dapat meneruskan legasi kerja kuat mantan ADUN yang lalu – Allahyarham Ishsam Shahruddin – untuk berkhidmat kepada rakyat Ayer Kuning.


Selain itu, jika Dr Yusri Bakir menang, ia memudahkan perhubungan antara rakyat di kawasan DUN dengan Kerajaan Negeri bahkan Kerajaan Persekutuan.

Hal ini kerana kesemuanya berada dalam gagasan pentadbiran yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan.

Berbanding calon PAS dan PSM, ia hanya akan menjadi suara ketiga sahaja. Tak lebih dari itu.


Jika calon PAS pula menang di Ayer Kuning, tak mustahil beliau akan bertindak sebagai ‘penghukum’, bukannya seorang wakil rakyat.

Wakil rakyat sepatutnya bekerja untuk membantu rakyat dan mengangkat isu-isu kawasan serta negeri ke sidang DUN.


Mereka berbincang perkara-perkara kebajikan rakyat, polisi dan dasar negeri.

Mengapa saya kata PAS cenderung menjadi ‘penghukum’?


Lihatlah bagaimana kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bagi saya sangat merbahaya.

Beliau telah menyeru pengundi menangguhkan ibadah haji demi pilihan raya DUN Ayer Kuning.

Perkara ini tidak lain tidak bukan adalah demi kepentingan politik peribadi sehingga beliau sanggup menggunakan hujah agama diluar konteks.

Kata pepatah; bapak borek anak rintik.

Saya bimbang sekiranya calon PAS menang di DUN Ayer Kuning, lebih banyak ‘fatwa-fatwa’ kontroversi akan digunakan sewenang-wenangnya untuk membenarkan tindakan yang diambil demi kepentingan sendiri.

Dari satu sudut lain, saya juga melihat kenyataan Hadi dan pendekatan PAS ini sebagai taktik kotor yang cuba memberi gambaran kononnya ‘Islam terancam’.

Sehingga mereka sanggup seolah-olah mengisytihar pilihan raya kecil DUN Ayer Kuning sebagai medan jihad dan menyeru umat Islam menangguhkan haji.

Ini sangat merbahaya kerana melibatkan implikasi hukum serta boleh mengheret pemikiran umat Islam ke kancah ekstrimisme dan budaya kafir-mengkafir.

Walhal Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya mengikut lunas demokrasi dan menjunjung perlembagaan.

Dalam perlembagaan, Islam telahpun dimaktubkan sebagai agama rasmi.

Jadi kepada para pengundi DUN Ayer Kuning, buatlah pilihan yang bijak dengan mengundi calon BN Dr Yusri Bakir.

Kita ingin memilih seorang wakil rakyat yang boleh menawarkan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Bukannya memilih seorang ‘mufti politikus’ yang menunggang hukum hakam agama demi kepentingan politik sendiri.





Sheikh Umar Bagharib Ali ialah naib pengerusi DAP Johor.



 

KEH KEH KEH... KATANYA RUMAH FLAT DAN TELAH DIBYAR. DIA MELALAK MACAM UMAH DIA BANGLO.


 

DAH LA KENA BAYAR.. BAKAL KENA SAMAN PULA DENGAN KHALID SAMAD.. KESIAN KO YA... HAAAA... MELAYU LA SANGAT


 

RAKYAT NAK PENYELESAIAN. PAS MAIN ISU.. MASA ADA KUASA TAK TAHU NAK SELESAIKAN PUN

 


MEMANG JAGA MANUSIA. TAPI BAGI 33 BULAN DULU PUN BANGGANG MACAMANA NAK JAGA MANUSIA. BABI PUN TAK BOLEH URUS.


 

DARI KENANG KENANGAN AKHIRNYA JADI FITNAH


 

ADUN QAZAF PERTIKAI KETUA POLIS KELANTAN

 

Syam Ghaz


Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YB Melor sedar ke tidak jenayah seksual di Kelantan ni meningkat saban tahun.








Era PAS dalam Kerajaan Tebuk Atap 33 bulan pun Ketua Polis Kelantan kata benda yang sama.


Tahun 2022, 2023, 2024, 2025. Semua meningkat, Lepas tu nak salahkan Ketua Polis Kelantan tahun ni sahaja? Punah PAS bubuh tok wakil tak waras.


Nak salahkan polis atas kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan mendaulatkan Islam yang mereka laungkan adalah satu tindakan pak pandir!



KATANYA DRAF DAH DI KARANG.

 Fendi Apple




Draft permohonan maaf telah dihantar 2 hari lepas,tidak logik jika saya disaman juga...ini etika permohonan maaf yang sah,sebab saya mohon maaf sebelum kes difilekan..kata seorang seorang jurucakap wallaoun SeMalaysia 😂🤣😅😆😁😄🤭kih kih lih




Turkiye Berminat Jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz sebelum bertemu Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Istanbul pada 22 April 2025.

ISTANBUL, 23 Apr – Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan September ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perkara itu disuarakan Naib Presiden Turki Cevdet Yilmaz ketika kunjungan hormat beliau ke atas Yilmaz pada Selasa di Ankara, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja ke Turkiye selama dua hari.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Turkiye berharap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dapat menyokong hasrat itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz sebelum bertemu Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Istanbul pada 22 April 2025.

“Untuk menjadi Rakan Dialog, Turkiye perlu dapat persetujuan secara konsensus dari semua negara anggota ASEAN. Jadi, saya sendiri akan sampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibincangkan dengan kepimpinan di peringkat ASEAN, kalau dipersetujui sudah pasti mereka akan dijemput.

“Bagaimanapun, untuk segmen perniagaan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN pada September nanti, kita boleh jemput mereka (Turkiye), mungkin mereka mahu membentangkan apa-apa saja, itu lebih kepada perniagaan, bukan asas Rakan Dialog. Asas entiti perniagaan yang terlibat dalam forum dan sebagainya, itu mungkin boleh kita laksanakan,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Fadillah berkata Turkiye juga berminat untuk mengetahui persediaan Malaysia menghadapi kesan tarif Amerika Syarikat (AS) selain menangani cabaran mendatang.

Beliau juga berkata dalam pertemuan kira-kira sejam itu, beliau menyuarakan minat Malaysia untuk mempelajari kepakaran serta pengalaman dimiliki Turkiye dalam bidang tenaga, teknologi serta pengurusan air.

“Saya juga melihat pada konteks tenaga, bidang yang boleh kita bekerjasama secara lebih erat dengan pengalaman yang mereka ada terutamanya kita mahu mempelajari cara Turkiye untuk meningkatkan pertukaran eksport tenaga, perdagangan tenaga dalam konteks Eropah,” katanya.

Turkiye ialah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih 50 peratus kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.



Kerajaan Teliti Inisiatif Baharu Perkhidmatan Awam – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya pada 22 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 22 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam termasuk pelaksanaan mobiliti dan portabiliti dalam kalangan penjawat awam, bagi memastikan mereka kekal berdaya saing pada masa hadapan.

Menurut Perdana Menteri, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya pada 22 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya bangkitkan perkara tersebut sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 pagi ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, cadangan itu dibuat susulan kejayaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 dan hasil proses libat urus yang berterusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima laporan Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya pada 22 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam serta kemampuan fiskal negara,” katanya.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.



‘Kredibiliti Ahmad Faizal jadi persoalan ekoran krisis Bersatu Perak’



 

Krisis dalaman Bersatu Perak menyebabkan para penganalisa politik mempersoal keupayaan pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ini kerana timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah diarahkan meredakan ketegangan Bersatu Perak.

Menurut Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya, ini bukan kali pertama Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja menimbulkan masalah dalaman parti di peringkat negeri.

Krisis di Perak ialah ulangan kepada krisis kepimpinan di Negeri Sembilan ketika Peja memimpinnya sebelum ini. Ia meruncing sehingga Pas kecewa dan timbul desakan agar Peja berundur.


“Kini di Perak pula menyaksikan pemberontakan tercetus dalam kalangan Adun Bersatu, kredibilitinya dipersoal sehingga Hamzah ditugaskan untuk menanganinya.


“Mungkin wajar beliau direhatkan sebagai ketua Bersatu Perak,” katanya, lapor FMT.


“Kedudukan semasa PN Perak dalam keadaan sukar selagi mana Peja mengetuainya. Langkah drastik perlu diambil segera…jika tidak, Bersatu Perak akan berdepan kemelut politik lebih serius.”



Krisis di Perak timbul apabila Peja mengutuskan surat kepada DUN untuk meminta Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin ditukarkan kerusi dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.

Peja berbuat demikian di atas alas an Nadziruddin telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha Bersatu Perak, menggantikan Zainol.

Beberapa bahagian Bersatu melihat perkembangan ini sebagai cubaan membenarkan Nadziruddin mengambil alih peranan Zainol sebagai pemangku ketua pembangkang memandangkan Ketua Pembangkang Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) telah digantung daripada menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid hanya bersetuju memindahkan kerusi Nadziruddin ke barisan depan.


Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan pula berpendapat aura dan imej politik Faizal boleh tercalar disebabkan kontroversi terbabit.

“Hakikatnya apabila presiden (Muhyiddin) minta timbalannya (Hamzah) selesaikan masalah itu menunjukkan ada masalah dengan kepimpinan Peja.

“Aura Peja sedikit demi sedikit tenggelam, dahulu terpaksa beri laluan bagi jawatan timbalan presiden…kini berlaku pula masalah di Bersatu Perak,” katanya.


Sementara itu penganalisa politik Abdul Muqit Muhammad dari UM menyifatkan Faizal tidak lebih dari seorang penghibur politik tanpa karisma pemimpin negeri.



“Keadaan itu turut menjadikan PAS sebagai entiti pembangkang yang lebih berkesan di Perak berbanding Bersatu,” katanya.



‘Dia kritik boleh, pasal apa kita tak boleh pertikai ijtihad politik Hadi Awang?’


 

Penyokong tegar Pas memang umum dikenali sangat melenting apabila kenyataan politik Tan Sri Abdul Hadi Awang dikritik.


Bahkan, mereka lazimnya mendesak pengkritik untuk segera mengucap dan bertaubat kerana kononnya telah menghina ulama dan agama Islam.


Mengulas sikap taksub terhadap Presiden Pas itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi menegaskan Abdul Hadi adalah orang politik sekaligus patut boleh dikritik.

“Tan Sri Hadi Awang itu Presiden Pas. Pas ini parti politik. Kita pertikaikan ijtihad politik. Kita tidak pertikai ijtihad agama.


“Kalau Hadi Awang boleh kritik orang lain, kenapa kita tak boleh kritik dia balik?

“Ingat istimewa sangat ke?” bidas Wan Hadi menerusi TikTok beliau/


Menurutnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sepatutnya sudah tidak berada dalam kancah politik tanah air sekiranya merasakan diri begitu maksum.


“Lepaskan jawatan dalam politik. Lepaskan jawatan sebagai Presiden. Barulah orang tak kritik dia.

“Orang kritik, tegur dia sikit terus pengikut-pengikut dia suruh kita bertaubat, mengucap, balik kepada agama,” tambahnya.








Lobai Nik Amar kata rakyat tertipu pilih PMX.. cai tul

KES RASUAH ISMAIL DIPANGGIL KHAMIS! ISU ROMBANKAN KABINET RESPOND DS ANWAR!



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan rakaman percakapan, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, Khamis ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sesi rakaman percakapan kali ini, mengenai pengisytiharan harta yang dibuat bekas Perdana Menteri itu kepada SPRM mengikut Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009. “Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 di Kuala Lumpur, hari ini. Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia, semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022. Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.



TERKINI! Haji utk 'cover' babi, Kelantan banyak jenayah jelik, Saya dima...

1. PM Anwar sekali lagi ulang, Kerajaan sudah lulus peruntukan RM1 bilion rancakkan produktiviti padi kedah.
2. Rafizi Ramli tuntut exco kedah mohon maaf kepadanya berhubung kelulusan projek KHTP.
3. Afnan Hamimi dakwa pihak main isu haji untuk tutup isu ladang babi.
4. Veteran UMNO Pertikai Tukar Nama KTMB.
5. ADUN Melor Bidas Dakwaan Polis dalam isu jenayah di Kelantan.
6. SKMM Siasat Hantaran AI Media Sosial. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾









TERBUKTI TIDAK BENAR - RAFIZI TUNTUT PERMOHAN MAAF | Saman saja Haim Hi...



Rafizi Ramli mendesak Exco Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah susulan kononnya Menteri Ekonomi melengah-lengahkan pembangunan Kulim Hitech. Sehinggakan Rafizi Ramli telah menjadi bahan makian ramai terutamanya walaoun . Sebelum ini Haim Hilman mendakwa, negeri itu telah begitu lama menunggu kelulusan Notis Perubahan (NoC) dari kementerian ekonomi untuk pembesaran Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park), tetapi belum diluluskan lagi. Kini terbukti dfakwaan tidak benar apabila kerajaan negeri sendiri telah membatalkan permohonan NoC itu disebabkan kerajaan negeri gagal dalam urusan pembelian tanah untuk projek tersebut.



DI MANA MEREKA YG MENGAKU PEJUANG MELAYU?

 


Saya menantikan penulisan acah acah pejuang   

DI MANA MEREKA YG MENGAKU PEJUANG MELAYU?





Akhir2 ini ramai acah2 pejuang Melayu yg hanya suka membaca tajuk komen tentang isu2 politik negara. Mereka sgt marah kenyataan PMX yg di manipulasi tajuknya ‘ Jangan lebih2 hanya nak ikut tuntutan….”


Sdgkan kenyataan sebenar PMX sgt keras tetapi tidak dimuatkan di dlm media. Kata PMX, "Untuk mana2 negara pun, soal bendera itu simbol yang sangat penting. Ini bukan soal ringan, biarlah proses undang2 (dijalankan).”


Jelas PMX keras tetapi dlm masa sama meminta tunggu siasatan. Tapi mereka yg acah2 pejuang Melayu katakan PMX takut dgn Cina.


Begitu juga dgn kes kuil… jahatnya pejuang acah2 ini dgn sengaja menutup fakta  memfitnah kerajaan tunduk dgn kaum India.


Bila kita beritahu kenapa Annuar Musa boleh luluskan 8 tapak baru kuil.. mereka diam. Sanusi luluskan 8 tapak kuil mereka diam. 


Kenapa mereka tidak komen… sb mereka bukan ikhlas, mereka tidak faham game politik, mereka tidak perasaan mereka terperangkap hingga menebal perkauman yg dilarang agama.


Sama yg berlaku di Kedah… Exco, Wong Chia Zhen memberitahu kerajaan Kedah mempunyai cara tersendiri bagi menanangi isu pembinaan rumah ibadah bukan Islam (Ribi) yg dibangunkan tanpa kebenaran di seluruh negeri berkenaan seperti menarik benang di dlm tepung.


Katanya, pendekatan kerajaan negeri boleh dilbaratkan seperti menarik rambut dlm tepung. “Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Kita tidak ambil tindakan keras secara langsung, sebaliknya beri ruang kpd rundingan dan penyelesaian secara baik dan teratur.”


Kalau PMX la kata begini, pagi petang siang malam mcm org kena sawan mereka amuk… Melayu takut dgn bukan Islam. Sebab itu perangai bebalisme bahaya utk umat Melayu.


Mereka lebih percaya kata Cina Kedah dari seorang PM berbangsa Melayu…. Pelik apa yg mereka mahu? (Jika kita mahu ikut game mereka)


Sampai ke hari ini saya menantikan mana2 komen mengenai isu di Kedah bila mereka mengambil pendekatan yg sama dgn PMX. Adakah kerajaan Kedah akn dikecam sepertimana PMX dikecam?


Biar saya jawab, taubat mereka tak akan komen sebab mereka hanya acah2 pejuang Melayu Islam. Mereka bercakap sb mereka rasis. Mereka tidak faham Islam yg diajar Nabi.


Kefahaman Islam tidak boleh hanya berdasarkan emosi, tetapi hendaklah berasas hujah dan dalil dibuktikan oleh Quran dan sunnah. 


Inilah yg menjadikan ajaran Islam itu contoh dan memimpin kehidupan manusia dgn adil dan saksama. Keadilan Islam merentasi sempadan agama, bangsa dan geografi.


Saya ambil sedikit dari Surah Al Maida yg wajib dibaca dan yg penting fahami…Ini boleh dianggap peringatan Allah yg wajib dipatuhi!


“ Wahai org2  yg beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi org2 yg menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jgn sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kpd tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kpd taqwa….



SIDANG KHAS TARIF USA.

 

PUTRAJAYA, 23 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 Mei bagi membincangkan isu tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia.



Menurut beliau, sidang khas ini bertujuan memberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen untuk membahaskan tindakan tarif tersebut dan implikasinya kepada negara.


Sumber: BFM


#BeritaKS



PAS YAKIN KALAHKAN PSM.


 RMS


PAS yakin akan menang kalahkan calon PSM di PRK Ayer Kuning.




DULU KATA MACAM MACAM PADA UMNO... AKHIR TERHEGEH HEGEH CARI UMNO.


 Islah


Dulu UMNO dikata lebih dajal dari dajal. Lumpuh, nyanyuk, penuh penyakit. Tapi bila tak cukup kawan, terus pusing balik nak berpakat. Ada pemimpin politik ni, lidah bukan setakat bercabang — dah macam simpang tiga. Hari ni cakap lain, esok buat perangai lain.





Pepatah kata, "Kalau tak mampu jadi garam yang mengawet ikan, jangan jadi lalat yang membusukkan." Tapi yang ini? Garam pun dia kutuk, lalat pun diajak kongsi bangkai. 


Bila prinsip digadai demi kuasa, agama pun dijaja macam jual ubat kaki lima.


Sekejap lawan, sekejap kawan. 

Sekejap sesat, sekejap berkat. 


Rakyat tak bodoh, cuma sabar memerhati. 


Jangan sampai meludah ke langit, akhirnya jatuh berbekas di jubah sendiri.


#jihadintelekrakyat #ISLAH



TINGKAT KAN STAMINA KITA.. KEH KEH KEH....

 






KEH..KEH..KEH....

 


PEMIMPIN MUHONG KUAT...WALAUN JADI BEBALISME


 

SEMBANG PONG PANG PONG PANG...NAK JAGA KEDAH MACAMANA ? BOLA PUN TAK BOLEH JAGA...BUKA MULUT SAJA MUHONG..BUKA MULUT JA MUHONG...UPSEREYNAPETEY.

 


JANGAN LAGI BERDIAM DIRI: RAKYAT WAJIB TENTANG FATWA KELIRU HADI AWANG

 






KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH NASIONAL


JANGAN LAGI BERDIAM DIRI: RAKYAT WAJIB TENTANG FATWA KELIRU HADI AWANG 


Pemuda AMANAH menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, agar bangkit menolak dan membantah kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan saranan menangguhkan ibadah haji demi mengundi.


Ingat kembali—ketika negara dilanda darurat pandemik COVID-19 dahulu, umat Islam di seluruh negara bangkit meluahkan kemarahan apabila kerajaan Perikatan Nasional menghadkan jumlah jemaah untuk solat Jumaat dan menghadkan aktiviti keagamaan atas faktor kesihatan awam. 


Tetapi hari ini, Hadi Awang secara terbuka mengatakan ibadah haji boleh ditangguhkan demi memberi keutamaan kepada pilihan raya—sedangkan tiada darurat, tiada wabak, dan tiada halangan syarak—Seharusnya kita semua bersama-sama bangkit dan menolak 'fatwa' seleweng Haji Hadi. Kita mesti konsisten. Kita mesti adil. Dan kita mesti berani menegur sesiapa sahaja yang mempermainkan agama,dan menggunakan agama demi kepentingan politk semata-mata.


Kenyataan Hadi Awang ini satu penghinaan kepada ibadah suci umat Islam. Ia memperlekehkan tuntutan agama dan menunjukkan betapa politik kepartian telah mengaburkan pertimbangan beliau. Lebih membimbangkan, ada penyokong yang akan menelan bulat-bulat hujah ini tanpa soal, kerana taksub dan tidak diberi kefahaman agama yang betul.


Oleh itu, Pemuda AMANAH menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang politik, untuk menyatakan pendirian jelas. Kita mesti hentikan budaya pembohongan atas nama agama. Kita mesti hentikan orang politik daripada sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum mengikut selera parti. Dinasihatkan juga Haji Hadi berehat bersara sahaja dari politik dari terus mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan.


Hari ini, bukan sekadar ulama yang perlu bersuara. Semua kita yang cintakan agama mesti berdiri menentang fatwa yang mengelirukan ini. Diam bererti bersubahat. Islam bukan alat politik. Dan ibadah bukan urusan parti. Tegakkan yang benar. Tentang yang batil. Lawan penunggang agama. Haji Hadi patut berehat dan bersara. 


HAFIZ ROSLAN

Pengarah Biro Hal Ehwal Syariah

Pemuda Amanah Nasional


21 April 2025


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#PemudaPemacuNegaraRahmah



JAGA LAH ANAK ANAK KITA.

 Labu Labi


Memang pasangan rasanya, mungkin ada cerita lain kot? 

Ke geng2 batu ice2 baby? 🤡👻


Jengok² anak kita dimana dia berada. Rajin² la tanya perkhabaran mereka. Semoga kita semua dalam lindungan NYA.




Sedikit Ulasan Pirake Ayer Kuning.


MSO


 Sedikit Ulasan Pirake Ayer Kuning.

PEMBANGKANG KEKERINGAN ISU TERPKSA BUAT KENDURI KAHWIN


Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan calon daripada Pas dalam pilihan raya kecil Ayer Kuning semakin hari semakin terdesak dan hilang akal. Mereka kekeringan isu untuk dijaja kepada pengundi kawasan itu. 


Isu isu nasional yang menjadi dendangan selama ini seperti kenaikan harga barangan, pemungkiran janji tidak lagi berkumandang dan menjadi isu pilihan.  Seakan mereka seperti ignore isu isu berkenaan dan takut pula hendak menyebutnya.


Isu beras putih, ketiadaan santan, telor dan ayam yang dimainkan selama ini juga noktah diam terus. Ini menunjukkan isu itu semua berjaya diselesaikan kerajaan dan rakyat berpuas hati.


Misalnya isu ayam, setiap kali datang Ramdahan harga ayam akan naik mendadak dan akan riuh randa seperti ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Tetapi kali ini harga ayam bukan naik tetapi turun. Ayam tidak berkokok langsung sepanjang bulan puasa lalu hingga ke hari ini.


Begitu juga isu beras putih yang dijaja tiada, disorot dan mahal juga tidak kedengaran. Para petani yang dihasut tunjuk perasaan juga senyap apabila kerajaan menaikkan harga lantai padi. Mat bun Sabu berjaya dalam hal ini menutup mukut para pemulung politik.


Selain itu ia ditambah dek penambah baikan sistem penyampaian kerajaan,  reform parlimen, kenaikan gaji kaki tangan awam dan pelbagai insentif diberikan kerajaan kepada rakyat terus memati dan mematahkan langkah pembangkang. Untuk menghadapi pirane Ayer Kuning itu pekbangkang benar benar ketandusan modal dan isu.


Malam kelmarin panglima peperangan mereka Nassaruddin Daud yang kakinya kini selangkah dalam kerajaan Madani ada memberi ceramah disitu, ternyata herdikan dan makiannyan tidak seperti dahulu lagi. Sepatah kata kesat kepada PM tidak keluar dari mulutnya. 


Walaupun Nassaruddin tidak menceritakan tengang kebaikan kerajaan Madani untuk Kelantan, tetapi apabila mukutnya terkunci dan tidak oagi rabit untuk bercerita soal pengat dan kaki terpijak tahi, ertinya MB Kelantan sudah luyur.


Setakat ini hanya dua isu dimainkan pembangkang di Ayer kuning. Pertama isu babi dan kedua isu perkahwinan bekas orang Umno dengan orang Pas. Perkahwinan dikatakan sudah lama berlangsung tetapi kenduri walimasnya baru diadakan semalam. Itu semua menunjukkan pembangkang benar benar ketuadaan isu.


Sementelahan pula Ayer Kuning merupakan kubu BN, dijangka pilihan raya itu akan dimenangi dengan mudah oleh BN. Keputusan di Ayer Kuning akan ikut standart di Pelangai, Nenggiri dan Mahkota di Johor. Trims.



LANGKAH JAKIM DIALU ALUKAN



Langkah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk meneliti kenyataan presiden Pas Abdul Hadi Awang yang memberi pandangan politik lebih penting daripada mengerjakan Haji atau umrah seperti mana diucapkan di Ayer Kuning itu dialu-alukan. 


Sudah sampai masanya Jakim tidak melepaskan setiap kenyataan politik oleh Hadi yang berbaur Islam dibiarkan begitu sahaja seperti air hujan turun ke dalam longkang, mengalir ke wadi atau sungai seteruskan ke laut. 


Tanggapan bahawa Hadi berpolitik, maka dia bebas untuk menyatakan apa sahaja atas maslahat untuk menagih sokongan tidak patut dibiarkan. Kandatipun politik Jakim tetap ada peranan dan tanggungjawabnya kepada ummah meluruskan yang belok membenarkan yang salah.


Ini kerana ada kenyataan Hadi berupa fatwa atau dianggap fatwa oleh kalangan pengikutnya dan juga orang ramai sangat merbahaya. Seperti kenyataannya di Ayer Kuning itu, jelas ia mengelirukan.


Semalam Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata pihaknya akan meneliti kenyataan Hadi itu bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan serta pihak-pihak berautoriti yang berkaitan.


"Jakim mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Banyak pihak memberi respon terhadap pandangan Hadi itu termasuk Menteri Agama, Mohd Na'im Mokhtar, bekas setiausaha Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali, pensyarah universiti dan lain-lain.


Khairuddin mengatakan pilihan raya jihad dakwah bukan jihad perang. Manakala Naim lebih lembut agar tidak gelojoh dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta perlu rujuk kepada pihak berautoriti agama. 


Hanya ketua Dewan Ulama Pas seorang sahaja setakat ini mempertahankan kenyataan Hadi itu dengan mengatakan Hadi berkata demikian kerana mengambil ibrah daripada ulama terdahulu, yang disebut Yusuf al Qaradawi. 


Sepatutnya ulama yang membela Hadi dan memetik Al Qaradawi itu menghuraikan apakah konteks dimaksudkan ulama kentemporari dunia itu sehingga beliau mengatakan bahawa Haji boleh ditangguhkan kerana kepentingan Islam.


Apakah pilihan raya di Ayer Kuning itu termasuk konteks disebut Qaradawi itu, ia ada kepentingan Islam dan agama. Dan kalau begitu apakah calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir itu adalah musuh Islam dipatut  diperangi?


Dr Sirajuddin dan Jakim tidak perlu berlengah untuk bertindak terhadap Hadi, kerana bukan baru presiden Pas mengeluarkan pandangan berupa nasihat bersifat fatwa demikian yang boleh mengelirukan, tetapi sudah banyak.


Sebelum ini Hadi telah mengumumkan halal memerangi Barisan Nsional kerana ia telah menggunakan perlembagaan kafir. Lama sebelum ini beliau juga mengeluarkan sebuah nasihat berupa amanat. Turutan daripada amanat bersifat fatwa itu juga menyebabkan seramai 14 orang hilang nyawa dalam persitiwa Memali.


Pihak Jakim tidak perlu merasa gerun atau takut bagi menghadapi kerenah berani Hadi itu kerana melihat dia seorang ulama bertaraf dunia. Status atau pangkat seseorang tidak menghalalkan apa juga perbuatan, kata-kata lisan yang keluar dari mulutnya, kerana yang batil itu tetap batil yang haq itu tetap haq. Ketebalan semutar dan kepanjangan jangut tidak mengesahkan kewarukan seseorang agamawan. 


Dengan tertangguh-tangguhnya Jakim atau mana-mana institusi berautoriti dalam agama mengambil tindakan terhadap Hadi, menyebabkan dia jadi besar kepala. 


Sepatutnya sudah lama Jakim memanggil Hadi untuk memberi penjelasan dan mengesahkan apa-apa yang dilapazkan berupa fatwa selama ini. Jika apa diucapkan Hadi itu kebenaran kenapa perlu takut untuk mewartakannya sebagai benar?


Tindakan segera daripada Jakim juga boleh menepis tanggapan bahawa institusi itu ditebali dengan orang-orang yang simpati dengan perjuangan Pas. Jangan ada deep state dalam Jakim. Trims. Foto: Bersama Dr Sirajuddin.



𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗷𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘂𝗺𝗿𝗮𝗵.



Tepuk dahi aku bila dapat tahu Hadi sebut benda ni. Kalau yang sbut tu walaun, ok lagi. Sebab walaun memang 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹. Tapi yang sebut ni bukan calang calang orang. 𝘾𝙝𝙞𝙚𝙛 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 ni. Apa kes?


Mungkin Hadi qiyaskan kepada jihad 𝗳𝗶𝗶 𝘀𝗮𝗯𝗶𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵. Itu memang tak dinafikan. Sekiranya kita sedang perang dengan 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 yang mahu hapuskan Islam di negara ini, benar haji dan umrah jatuh nombor dua.


Tapi ini sekadar pilihanraya. Dan bukannya PRU biasa pun. Ia sekadar 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹. Yang secara umum 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 kalau pun PN yang menang. Jadi apa yang utama sangat tu?


Pertama, sama ada PN menang atau kalah, PN takkan dapat bentuk kerajaan. Kalau menang, adalah sedikit 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹. Tapi PN 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 di Perak. Cuma mungkin bertambah bangang.


Kedua, siapakah lawan PN dalam PRK tu? Adakah dia 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 𝗵𝗮𝗿𝗯𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Tidak! Yang dilawan adalah calon dari UMNO. Berbangsa 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Malahan tak salah aku seorang 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇!


Lagipun 90% peluang untuk PN kalah. Kalau ikut hati aku nak kata 100% tapi 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗮 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁. Walaun cuba fikir. Bertahun-tahun tunggu giliran, bila dapat, terpaksa tolak sebab nak mengundi. Lepas tu macam yang dijangka, PN kalah teruk. Apa jadi lepas tu?


Ingat Hadi nak 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 walaun tengah belakang bawa pergi haji atau umrah pulak tahun depan? Nak angkat badan sendiri pun da tak larat. Yang rugi walaun. Hadi tetap hidup bahagia,  kenyang makan elaun MP walau 𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴.


Aku nampak banyak pihak dah ulas 𝗳𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶 ni termasuklah 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠. Alhamdulillah Tapi tak cukup. Aku harap Hadi boleh didakwa kerana mengelirukan umat. Tak boleh dibiarkan lagi dia ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.