PENDEDAHAN SEMALAM TEPAT: NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA


Rafizi Ramli

 




Sejak saya mendedahkan bahawa perjumpaan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bukanlah satu rangka lawatan rasmi (“official visit” atau “official working visit”) atas jemputan Presiden Trump seperti yang mahu digambarkan oleh media propaganda Barisan Nasional, jentera propaganda Barisan Nasional bekerja keras untuk menenggelamkan perkara itu sebelum Dato’ Seri Najib tiba di White House.

 

Alasan yang digunapakai ialah kononnya perjumpaan itu disenaraikan di laman rasmi White House dan dimasukkan di dalam jadual harian Presiden Trump di Twitter beliau.

 

Malangnya, tidak ada seorang pun yang menafikan atau mengemukakan fakta yang menidakkan perkara pokok yang saya timbulkan semalam: berdasarkan senarai protokol untuk lawatan rasmi Ketua Negara (“State Visit”) atau Ketua Kerajaan (“Official Visit” termasuk “Official Working Visit”) untuk menentukan sambutan serta kemudahan meraikan tetamu rasmi Presiden Amerika Syarikat, lawatan Dato’ Seri Najib kali ini dikategorikan sebagai lawatan persendirian (“private visit”) oleh seorang Perdana Menteri ke White House.

 

Oleh sebab itu, satu lagi isu utama yang saya timbulkan ialah kemungkinan besar jemputan dari Presiden Trump kepada Dato’ Seri Najib untuk mengadakan satu pertemuan singkat (yang dikira lawatan persendirian ini) diusahakan oleh khidmat lobi yang dibayar oleh Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri, seperti yang saya pernah dedahkan sebelum ini.

 

Saya yakin perjumpaan yang berlaku semalam (waktu Malaysia) mengesahkan bahawa kedua-dua perkara pokok yang saya timbulkan adalah benar berdasarkan bukti-bukti yang dihuraikan selepas ini.

 

Bukti Perjumpaan Adalah Lawatan Persendirian (“Private Visit”)

Setakat ini, liputan yang dibuat media rasmi Barisan Nasional seperti yang dilaporkan New Straits Times dan RTM mengesahkan bahawa:

 

i. Ketibaan Dato’ Seri Najib di Joint Base Andrews in Maryland dengan pesawat rasmi negara tidak disambut dengan satu acara rasmi yang dipanggil “flight line ceremony” yang hanya diberikan kepada lawatan-lawatan rasmi


ii. Delegasi Dato’ Seri Najib menginap di Trump International Hotel dan bukannya Blair House, iaitu rumah tetamu Presiden Amerika Syarikat yang disediakan bagi lawatan rasmi ketua kerajaan

 

Kedua-dua perkara ini kini sahih dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan oleh sumber rahsia saya seperti yang saya dedahkan semalam adalah tepat.

 

Perjalanan mesyuarat yang berlaku semalam di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump juga mengesahkan bahawa keseluruhan lawatan ke White House itu, dari pertemuan empat mata di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump sehinggalah mesyuarat di antara pegawai tertinggi Malaysia dan Amerika Syarikat (yang sebelum ini dirujuk sebagai “expanded meeting”), memakan masa hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

 

Ini bertepatan dengan maklumat sulit yang diberikan kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai dan boleh disahkan berdasarkan garis masa dari ketibaan Dato’ Seri Najib di White House sehinggalah berakhirnya “expanded meeting” tersebut, seperti berikut:

 

i. Dato’ Seri Najib tiba jam 1149 pagi waktu Washington (dirujuk sebagai EDT dan 12 jam lambat berbanding waktu Malaysia, maka 1149 PM di Malaysia adalah 1149 pagi di Washington) seperti yang dilaporkan oleh MSNBC melalui tweet di bawah:

 

ii. Dato’ Seri Najib kemudiannya ada pertemuan empat mata di Oval Office dengan Presiden Trump. Tiada wartawan atau media dibenarkan, malah sesi bergambar di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump pun dibatalkan di saat-saat akhir. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menentukan lama mana pertemuan itu ialah dengan melihat garis masa selepas pertemuan empat mata ini

 

iii. Selepas itu, Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump menyertai pegawai tertinggi dari delegasi kedua-dua negara untuk mesyuarat dua hala yang dirujuk sebagai “expanded meeting” di dalam jadual Presiden Trump sebelum itu

 

iv. Transkrip mesyuarat itu yang meliputi ucapan Presiden Trump dan ucapan balas dari Dato’ Seri Najib disiarkan secara penuh di laman White House https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/09/12/remarks-president-trump-and-prime-minister-najib-abdul-razak-malaysia

 

v. Transkrip mesyuarat itu menunjukkan ucapan Presiden Trump bermula pada jam 12:11 tengahari dan ucapan balas Dato’ Seri Najib berakhir pada jam 12:18 tengahari

 


Mengambil kira ketepatan masa yang diuruskan di White House dan berdasarkan garis masa di atas, saya boleh menyimpulkan bahawa Dato’ Seri Najib mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Trump selama lebih kurang 10 minit sahaja dan 20 minit lagi dihabiskan di dalam “expanded meeting” yang videonya disiarkan.

 

Ini mengesahkan maklumat yang saya dapati dari sumber rahsia yang saya dedahkan semalam bahawa perjumpaan ini hanya memakan masa 30 minit sahaja.

 

Bukti terakhir bahawa maklumat yang diberikan kepada saya semalam adalah sahih ialah tiadanya sidang media bersama di antara Presiden Trump dan Dato’ Seri Najib seperti lazimnya apabila ada satu lawatan rasmi.

 

Perkara Dibincangkan Mengukuhkan Dakwaan Perjumpaan Adalah Hasil Kerja Melobi oleh Firma Bekas Pembantu Trump

Saya yakin seluruh rakyat Malaysia terkejut mendengar sendiri perbincangan yang berlaku dalam masa 17 minit di antara delegasi Malaysia dan Presiden Trump itu, seperti yang disiarkan di dalam video rasmi dan transkrip rasmi mesyuarat.

 

Kesemua perkara-perkara bersabit kepentingan negara dan kebajikan umat Islam Rohingya yang digembar gemburkan akan dibawa oleh Dato’ Seri Najib di dalam pertemuan itu langsung tidak disentuh. Sebelum ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib memaklumkan perkara-perkara yang menjadikan pertemuan dengan Presiden Trump ini penting untuk negara adalah:

 

i. Mendapatkan pelepasan visa bagi rakyat Malaysia (rujuk http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/10/pm-expected-to-raise-us-visa-waiver-programme-in-meeting-with-trump/)


ii. Membincangkan nasib umat Islam Rohingya (rujuk https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/323286/rakyat-perlu-bersatu-bantah-penindasan-etnik-rohingya)

 

Sebaliknya yang berlaku ialah Dato’ Seri Najib seolah-olah membawa ufti untuk dipersembahkan kerana kesemua perkara yang dibincangkan melibatkan wang rakyat Malaysia yang akan dibawa dan dilabur untuk membeli kapal terbang buatan Amerika Syarikat dan membiayai projek-projek infrastruktur di Amerika Syarikat.

 

Saya nyaris termuntah melihat Dato’ Seri Najib menjatuhkan martabat rakyat Malaysia dengan membodek Presiden Trump apabila beliau berkata “Number one, we want to help you in terms of strengthening the U.S. economy.  I come with three specific proposals.”

 

Dalam keadaan rakyat Malaysia menanggung beban percukaian yang tinggi baik dari GST atau cukai pendapatan yang mengejar ramai rakyat Malaysia serta suasana ekonomi yang menekan rakyat akibat kenaikan harga barang, Dato’ Seri Najib ada hati ingin membantu Amerika Syarikat mengukuhkan ekonomi negara itu dengan membawa wang rakyat Malaysia membiayai ekonomi negara tersebut.

 

Tiga perkara yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Najib ialah (i) pembelian pesawat-pesawat baru Boeing oleh MAS dan memujuk AirAsia membeli enjin GE untuk pesawat AirAsia, (ii) mengarahkan KWSP membawa masuk wang sehingga RM16 bilion untuk membiayai pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat dan (iii) menambah lagi pelaburan Khazanah di Amerika Syarikat dari jumlah RM1.6 bilion yang sedia ada.

 

Saya akan menumpukan usaha saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk memastikan ketiga-tiga tindakan bacul Dato’ Seri Najib yang menggunakan wang rakyat ini tidak akan berjaya.

 

Sebab itu saya mengulangi bahawa keseluruhan perbincangan semalam adalah berkisar kepada “bayaran ufti” yang perlu dibuat oleh Dato’ Seri Najib demi untuk mendapatkan masa 30 minit untuk bergambar dengan Presiden Trump.

 

Ini bukanlah satu jemputan hasil dari pengiktirafan Presiden Trump kepada kecekapan dan kehebatan Dato’ Seri Najib, saya melihatnya sebagai satu jemputan yang diaturkan melalui lobi kerana ia hanyalah menguntungkan pihak Amerika Syarikat semata-mata.

 

Saya akan meneruskan siri pendedahan mengenai lawatan “membayar ufti” yang menggadaikan kepentingan negara ini selepas ini setiap hari.


 

RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN



SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025

Zukro Akshah






Malam tadi berlangsung Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam, Kuantan. Sendat jalan nak ke situ, dahlah saya sedikit terlewat sebab kes "butang baju Melayu abang mana Pah?" 😂😂😂 Tapi berjayalah juga sampai, saya hadir sebagai sebahagian dari Ahli MPN (Majlis Pimpinan Negeri, Keadilan Pahang).


Tiga orang Yang Amat Berhormat datang, seorang YAB Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim, seorang YAB Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi dan seorang lagi YAB Menteri Besar Pahang, DS Wan Rosdy bin Wan Ismail.


Apa pun, cuma inilah gambar yang ada dalam koleksi. Sekarang saya sudah berada di Kuala Terengganu, menemani isteri yang ada tugasan esok pagi. Pagi tadi saya di MRSM Kuantan Rasmi, ada sambutan Aidilfitri juga di situ, bersama anak-anak, ibubapa dan guru-guru.


p/s: ramai juga artis malam tadi, yang lain saya tak berapa pandai layan, M.Nasir bolehlah (dia pakai baju Melayu hijau dalam salah satu gambar).

p/s: mana Saifulzaman Mahmood dan Sp Transports Sp Transports? Cari tak jumpa! 


Zukri Aksah

Calon Timbalan Ketua Cabang Keadilan Indera Mahkota

(jangan marah saya bergambar dengan Dato' Ketua Cabang, Farhan Fauzi (Setpol PM) yang baru menang tak bertanding 🤣)


#keadilan26 #keadilan26tahun #pemilihankeadilan2025 #keadilaninderamahkota #neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #kamikeadilan #AkuKeadilan #reformasi98 #DemiPertiwi #harapan

Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia



3 PENJURU. PH INSYALLAH MENANG

 


MASA DA KUASA LUPA..

 

Jamzuri Ardani


Ini sikap dia bila ada kuasa. Sekarang buat drama konon tiada kebebasan bersuara. Isu pokoknya ialah hipokrasi tahap dewa.




NAK TENGOK WAYANG TAPI KELAKU MACAM BEROK.....

 


TCO PUN TAK PAHAM, SAMA NAIK PULAK PENYOKONG. BENGGONG BETOI..


 

SALAH TETAP SALAH. TANAM SAWIT KA GETAH KAH.. BUKAN KIRA BANGSA PUNYA.

 


ULANG KISAH NI SUPAYA WALAUN DAN CAI INGAT SIKIT KEGAGALAN 33 BULAN.

 


Hamzah Zainudin & Tuan Ibharim Tuan Man turun ke kg Sg Baru kunun nak dengar rungutan penduduk ? Dah habis isu kaum & agama nak tunggang ? 🤣






Hampa tau dak sapa yg beri nilai pampasan RM400/kaki utk tanah Kg Sg Baru ? Jawapannya kerajaan Muhyiddin Yassin lah... PM8 ketika itu selepas langkah Sheraton tebuk atap!


Apa cara kerajaan perikanan nasional & pas ketika itu utk ambil tanah penduduk Kg Sg Baru...ha, cuba jawab......


Nah...ini faktanya! 👇


Arahan untuk mengambil tanah tersebut di lakukan di bawah Akta pengambilan tanah diwartakan pada 21 Jun 2021 mengunakan kuasa penuh darurat.


Masa itu tiada (sidang) parlimen dan seluruh Malaysia bawah perintah darurat. Bulan Jun itu pun bawah Total Lockdown PM8. 🤣


Utk makluman, sebelum Najib jatuh dlm PRU14 tahun 2018, Najib sendiri dh tawarkan RM400/kaki. Kemudian di takdirkan PH menang pd PRU14 tersebut...Mahathir naik jadi PM7, PH dh tawarkan RM850/kaki tetapi Najib ketika itu kata PH tawarkan murah, alasannya tanah sekitar KLCC harganya RM3000/kaki. 


Bila di desak, PH cuba runding dan tambahkan lagi RM150...menjadikannya RM1000/kps.


Kemudian tebuk atap berlaku, berlaku perubahan politik drastik...Muhyiddin (PN+Pas) batalkan harga RM1000/kps yg PH dh tetapkan, turun jauh hanya tinggal RM400/kps saja. 🤣🤣😂


Sapa menteri wilayah persekutuan ketika PM8 ketika itu ? Jawapannya, Syahidan Kassim yg kini berada dalam lubuk parti pas bersama Tuan Ibharim Tuan Man. 🤣


Lepaihtu...puak tebuk atap dan penyakau nih tunjuk alim kunun turun padang nak bela penduduk Kg Sg Baru. 


Weh, Penyakau Nasional...pi jalan dah! 


Hampa bukan nak bantu rakyat pun, hanya lebih nak cari point apa nak guna utk pilihanraya kecil Ayer Kuning pd 26 April 2025 nih. Nak kocak selumatnya, nanti dh kritikal...mulalah tunggang isu kaum & agama. 😂


Deris sagon kata...bagi kita 5 hari, kita akan ubah semua. Dah dapat tebuk atap, 5 hari pun masuk longkang. Hat yg ada parti lebai sendiri yg naikkan judi dan keluarkan air arak baru jenama Timah. 


Projek Janawibawa, habih bagi pd apek cina jual perabot. Itu belum lagi kes RM6 juta masuk akaun peribadi hasil songlap projek Janawibawa. 😅


Ketika Lockdown pun anaknya sorok minyak masak paket lebih 50 tan dalam gudang. La baru nak cakap tolong rakyat...🤣




MELAYU TANAM SAWIT DAN GETAH ATAIH TANAK KERAJAAN OK KAH?

 

Mohd  Irfan 


Ya, memanglah kita marah dengan geng2 tanam durian secara haram dengan ceroboh tanah kerajaan di Raub.




Cuma ada juga orang Melayu kita yang ceroboh tanah kerajaan di kampung dengan tanaman getah, sawit, dan hasil kebun lain.


Ini pun 2x5 sahaja. 


Lagi teruk, hasil itu pun HARAM dari segi Islam sebab tanam tanpa kebenaran pemilik tanah. Ke sebab ada yang cakap kerajaan zalim dan boleh ceroboh tanah mereka? 


Ke gone? 😁



YB DAP JAWAB


Sebagai wakil rakyat, saya terbuka terhadap kritikan. Tetapi kritikan mesti adil.





Bila saya nampak post ini dalam page komuniti, saya fikir ia amat tidak adil pada saya. Saya perlu respons, sebab jika tidak nama baik saya tercemar.


Maka, ini respons saya.


Pertama - ini jalan bawah seliaan JKR Hulu Langat. Ahli Parlimen tiada bidangkuasa untuk repair jalan tersebut. 


Kedua - dari segi tanggungjawab, setiap aduan tentang perkara ini saya catit dan saya bawa ke pihak berwajib.


 Malahan JKR Hulu Langat sendiri tahu tentang perkara ini. Dan dalam mesyuarat dengan JKR saya sendiri sudah bangkitkan perkara ini. Saya tahu sangat tentang isu ni - bukan setakat dapat banyak aduan, saya sendiri lalu jalan tu. Pusat Khidmat Masyarakat saya di situ!


Ketiga - hari ini sahaja saya dah post maklumbalas terkini yang saya terima tentang isu ini. Kalau ye pun nak tuduh saya, jenguklah dulu page saya. Tabayyun sebelum tibai.


Keempat - dan yang paling saya tak boleh terima - percubaan sebar persepsi bahawa saya buat kerja hanya dekat PRU. Ini kalau orang Bangi yang betul-betul cakna tentang perkembangan komuniti di Bangi, memang secara objektif suatu tuduhan yang mengarut. Dari hari pertama saya sudah bekerja. Malahan saya juga pastikan kehadiran saya jika Parlimen bersidang sebab itulah tanggungjawab hakiki saya.


Saya hanya ingin lakukan yang terbaik dalam ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah SWT. Saya tidak sempurna, banyak lagi boleh diperbaiki, tetapi pada masa yang sama saya harap berlaku adil pada saya dan lebih penting lagi, pasukan saya.


Terima kasih.



GAMBAR GAMBAR ANWAR DI CHEROK TO KUN.

 






NI YANG HEBATNYA PN.

 


TAR SENIK DAN MUSAFIRNYA.


Norshidah Mat Daud

 

Tadi ada sorang komen pasal fikah atau leena

Ilang dah komen tu


Pastu cam bese la dia limitkan komen 😌



DATO LOKMAN JAWAB KATA IDRIS “RAKYAT SERING TANYA BILA KERAJAAN INI AKAN...

Pilihlah pemimpin berintegriti, amanah dan bawa suara rakyat terbanyak – Anwar Ibrahim

 




Oleh

 Ain Koin




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjalan dalam suasana kekeluargaan dan beretika, tanpa dipengaruhi budaya yang boleh memecahbelahkan perpaduan dalaman parti.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di laman Instagramnya, beliau berkata pemilihan kepimpinan perlu memberi keutamaan kepada calon yang berintegriti, amanah dan mampu wakili suara rakyat.

Anwar Ibrahim

“Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota keadilan dalam pemilihan parti kali ini.

“Proses ini harus berlangsung dalam semangat kekeluargaan dan penuh etika, menjauhi budaya yang memecahbelahkan. Demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.

“Seperti yang sering saya tegaskan keadilan bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.

“Insya-Allah, usaha dan ikhtiar kita akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua,” ujarnya.

Sebelum ini, PKR memperkenalkan teknologi blockchain dalam sistem pemilihan parti berkenaan bertujuan memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.

Menerusi mekanisme sekuriti itu, pengundi atas talian perlu mengesahkan identiti mereka dengan mendapatkan OTP melalui nombor telefon yang berdaftar dan melalui pengesahan pengecaman wajah.

Artikel lain: PKR catat sejarah, laksana pemilihan parti guna teknologi blockchain

Anwar Ibrahim


Manakala pengundi fizikal perlu membawa kad pengenalan mereka ke pusat mengundi dan perlu melalui pengesahan biometrik cap jari untuk pengesahan identiti.

Pemilihan Cabang PKR 2025 yang bermula hari ini hingga 20 April 2025 secara berperingkat mengikut negeri dengan menyaksikan seramai 16,878 calon bertanding bagi pelbagai peringkat jawatan di 222 cabang, dengan 31 cabang pula tiada pertandingan di peringkat Jawatankuasa Cabang.

Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim








PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 



PRK AYER KUNING - MASIH UNGKIT UMNO BERSAMA ANWAR DAN DAP?

PRK Ayer Kuning - BN dijangka menang besar, tapi sebabnya bukan yang and...

Dengar sampai habis memang buat PN terdiam di PRK Ayer Kuning

Gabungan Maut SU-57 dan SU-30MKM: TUDM Siap Jadi Kekuatan Udara Terbesar...


Dalam dunia pertahanan udara moden, keunggulan teknologi merupakan faktor utama dalam mengekalkan kedaulatan negara. Di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, persoalan timbul—bagaimana jika Tentera Udara Diraja Malaysia, atau TUDM, menggabungkan pesawat SU-57 generasi kelimanya dengan armada SU-30MKM sedia ada? #malaysia #su30mkm #su30mkm Massive THANK YOU to everyone for watching this and for all of your support!






Tragedi Putra Heights: Ini 4 perkara penting disebut MB, nombor 3 buat pelajar tersenyum

 



Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah berlangsung hari ini iaitu hari ke-11 kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Berikut 4 perkara penting melibatkan perkembangan bantuan kepada mangsa terlibat:

1) Pendaftaran Rumah Sewa dan Airbnb

Sehingga pagi tadi, seramai 87 keluarga telah mendaftar dengan pilihan rumah yang telah ditawarkan kepada Kerajaan Negeri untuk diberikan kepada mangsa, seperti rumah sewa dan ‘homestay’ Airbnb.

Baki 16 keluarga masih belum mendaftar kerana sedikit masa untuk mencari lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja serta sekolah bagi anak-anak mereka.

Saya menggalakkan keluarga yang belum untuk mendaftar dalam masa yang terdekat kerana lebih selesa untuk menduduki rumah sewa dan opsyen seperti ‘homestay’ Airbnb yang ditawarkan percuma
selama sebulan sementara perumahan yang lebih kekal dapat dikenal pasti oleh para penduduk.

2) Pengaktifan Jawatankuasa Pemulihan Putra Heights

Pagi ini merupakan mesyuarat terakhir bagi pengurusan bencana akibat letupan saluran paip gas di Putra Heights.

Usaha seterusnya adalah peranan Jawatankuasa Pemulihan Putra Heights yang akan memberikan fokus kepada pemulihan infrastruktur rumah, infrastruktur awam, dan pengurusan serta bantuan kepada penduduk seperti tanggungan wang sewa oleh Kerajaan Negeri sehingga tempoh 6 bulan.

Pada hari Isnin depan, 14hb April, para penduduk yang rumahnya terkesan di dalam dua kategori, iaitu rumah yang musnah sepenuhnya, dan rumah yang separa musnah, akan diberikan taklimat awal
berkenaan proses seterusnya bermula dengan prosedur bantuan wang sewa oleh Kerajaan Negeri.

Taklimat ini juga akan merangkumi aspek garis panduan pakar bagi pembinaan semula serta pembaikan rumah-rumah yang terkesan.

Sehubungan dengan itu, sidang media harian akan diberhentikan dan akan berlangsung secara berkala untuk memberikan masa dan ruang yang secukupnya kepada pasukan siasatan yang diketuai oleh Ketua Polis Selangor dan dibantu oleh agensi seperti DOSH dan JKR.

3) Bantuan kepada Pelajar Sekolah dan Mahasiswa

Petang ini, saya telah menyerahkan RM500 kepada 265 pelajar yang merupakan mangsa tragedi di Putra Heights.

Peruntukan sebanyak RM132,500 diagihkan kepada semula pelajar secara terus ataupun
melalui ibu bapa oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI.

Tambahan kepada itu, Kementerian Digital turut menyumbangkan sebanyak 100 tablet dan powerbank, serta 75 laptop yang diserahkan hari ini kepada 38 pelajar sekolah dan 37 mahasiswa.



TANAH BUKAN MILIK INDIVIDU. TAPI GUNA NAMA ATOK.

 

Alif Jamil


Ramai yang masih tak faham kenapa UMNO harini mintak Tun Mahathir pulangkan semula tanah milik parti yang atas nama beliau dan beberapa individu lain.





Mereka cepat melatah dan tuduh UMNO ni rakus, balas dendam dan tak kenang budi. 


Tapi mereka lupa , ini bukan soal sentimen tapi ini soal aset amanah parti yang dipegang oleh individu tertentu secara peribadi sejak berdekad.


Tanah tu bukan milik Tun Mahathir secara peribadi. 


Ia didaftarkan atas nama beliau waktu beliau jadi Presiden UMNO atas nama “amanah”. 


Tapi bila dah tinggalkan UMNO, tanah itu tak diserahkan semula pun.


Ini bukan kes terpencil. 


Sejak UMNO diharamkan pada 1988, banyak aset parti seperti tanah, bangunan, syarikat tidak lagi diletakkan atas nama UMNO secara rasmi. 


Sebaliknya guna nama pemimpin, proksi atau nominee. Sebab apa?


Sebab kalu jadi apa² pada parti diharamkan, disiasat, atau kalah PRU sekalipun, aset tu tak dibekukan. 


Tapi strategi ni makan diri bila individu yg pegang aset tu mula guna ikut kehendak sendiri.


Isu ini pernah dibangkitkan oleh ramai tokoh UMNO lama. Malah dalam buku Malaysian Maverick, Barry Wain ada dedahkan bagaimana Tun M dan Daim kendali urusniaga dan aset UMNO tanpa rujuk Majlis Tertinggi parti.


Gomez dan Jomo dalam kajian mereka pun membongkar struktur korporat UMNO yg disusun penuh kerahsiaan mengguna yayasan, GLC, nominee dan kroni untuk kawal kekayaan politik.


Dan inilah salah satu sebab kenapa Anwar Ibrahim akhirnya melawan Tun pada tahun 1998.


Bukan kerana Anwar tu gila kuasa tapi kerana beliau mahu reformasi menyeluruh. 


Anwar melawan kronisme, bail-out syarikat² kroni, sistem aset parti yg tak telus dan jugak budaya menyimpan kuasa ekonomi dalam tangan “inner circle”


Apa jadi pada Anwar Ibrahim ?

Difitnah, dipenjara dan ditendang keluar.


Episod ini menunjukkan bagaimana aset politik Malaysia disusun bukan secara institusi tapi atas nama individu. 


Ini juga memperlihatkan bagaimana pendekatan Reformasi Anwar Ibrahim ditentang oleh sistem gelap sehingga beliau dihukum tanpa keadilan. 


Harini, sejarah mula dibersihkan. 

UMNO kini mintak haknya dikembalikan. 


Tun Mahathir, yang dulunya gunakan aset itu sebagai “presiden trustee”, harini kena serah balik pada parti yang dia dah tinggalkan. 


Dan inilah satu pengajaran untuk semua parti politik: Jangan lagi simpan aset atas nama individu. 


Institusikan. Reform. Bersihkan.



TRUMP KENAKAN CUKAI TERUK BUAT CHINA DAN CHINA JUGA MEMBALASNYA


 

TAK DA ISU DAH KAH... MASA JADI KERAJAAN, PESAWAT HISRAHIL LALU KORANG TAK SENTUH LAK? KOMAN LA HANGPA..


W. Fauzidin


 Hari penamaan calon pun korang nak tunggang Pal3stine.  Korang ingat rakyat di Ayer Kuning lupa waktu korang kerajaan 33 bulan dulu, puak korang la yg beri izin pesawat pejuang Israhel melalui ruang udara msia. 





 Kapal pun boleh berlabuh.  Nasib baik PMX sekarang dah haramkan semuanya.  Hari ini bila dah hilang kuasa, nak jadi hero konon.  Penunggang sungguh...


Kenapa tak heret mat belon tu dtg sekali?



Menteri, KPN dah perjelas isu Samsuri tapi Pemuda Pas masih adu domba

 


                                    AMMAAAA- ANA MULLAI YELLEK



Walaupun Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara (KPN) sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan Menteri Besar Terengganu dikenakan pemantauan Pegawai Kawalan Perjalanan (TCO), Pemuda Pas dilihat masih memilih untuk mengadu domba.

Menerusi kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, tindakan melabel pemimpin pembangkang dengan status TCO menimbulkan persoalan besar tentang arah tuju pentadbiran negara.

“Apakah perbezaan pandangan politik kini dianggap satu bentuk ancaman keselamatan?

“Tindakan sebegini bukan sahaja tidak berasas, malah mencerminkan penyalahgunaan kuasa terhadap lawan politik,” katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar berkenaan berkata, lebih membimbangkan apabila agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya bebas dan profesional kini dilihat digunakan sebagai alat politik untuk menekan pihak yang tidak sealiran dengan kerajaan.

“Perkara ini amat berbahaya kerana ia menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti institusi negara,” tambah Afnan lagi.

Sehubungan itu, ujarnya, Pemuda Pas menyeru agar Kerajaan Madani menghentikan serta-merta segala bentuk tekanan, pemantauan dan intimidasi terhadap rakyat, khususnya terhadap mereka yang bersuara secara sah dalam ruang demokrasi.

“Jangan sesekali jadikan agensi kerajaan sebagai alat mempertahankan naratif politik kalian.

“Jika kalian berani, hadaplah mereka yang berbeza pandangan dengan cara yang matang, bukan dengan cara politik binatang yang menakutkan dan mengancam lawan dengan kekerasan!” tegasnya.

 Ahmad Samsuri Mokhtar

Tuduhan Afnan yang mengaitkan dengan tindakan intimidasi itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan penjelasan kerajaan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah pun menyatakan tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Samsuri yang sentiasa didampingi anggota polis.


Saifuddin berkata, semua VVIP di negara ini berada di bawah pengawasan atas alasan keselamatan, tetapi hanya Samsuri yang memilih untuk mempertikaikannya.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata dakwaan kononnya Samsuri diletakkan di bawah status individu dianggap berisiko oleh pihak tertentu walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah, adalah tidak benar sama sekali.


Menurutnya, istilah TCO yang digunakan Samsuri bagi menggambarkan kononnya beliau dikenakan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa juga tidak tepat.


Jelasnya, TCO sebenarnya adalah jawatan pegawai polis cawangan khas (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk negara sama ada di lapangan terbang atau di Bukit Kayu Hitam.

Semalam, Samsuri mendakwa tindakan kawalan pergerakan yang dikenakan ke atasnya menggambarkan seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster atau persona non grata walaupun di tanah air sendiri.





Dah penggal kedua jadi MB Terengganu pun buat kalut lagi?


 

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar terus dihujani kecaman dan sindiran gara-gara mendakwa dia dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh kerajaan, termasuk pintasan talian telefon.


Antaranya, TikToker Wan Hadi yang menempelak pemimpin Pas yang seolah-olah berstatus seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Kau ingat kau siapa? Hari ini Menteri Dalam Negeri menafikan. Tiada keperluan pun kerajaan nak intip.


“Apa benda yang kerajaan nak ambil dari kau sampai tahap nak kena intip kau?” bidasnya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu kerana Naib Presiden Pas itu sentiasa didampingi anggota polis.


Malah, Saifuddin berkata, beliau sendiri pernah tersenarai untuk pengawasan pihak berkuasa dari tahun 2000 hingga 2004.


Mengulas lanjut, Wan Hadi berkata, TCO memang berperanan memantau semua VVIP lintas sempadan negara.


Dalam masa sama, beliau mempersoalkan dakwaan Samsuri memandangkan ahli politik itu sudah mula memegang jawatan Menteri Besar pada 10 Mei 2018.


“Demi keselamatan kau juga. Tiada kaitan politik pun. Menteri Besar lain tak kalut pun.

“Kalau kata kerajaan nak intip, memang kau sendiri tak tahu langsung.

“Kau ingat kerajaan lekeh sangat ke nak intip orang guna cara macam tu?



“Dah penggal kedua jadi Menteri Besar, takkanlah perkara macam ni pun nak buat kalut lagi?” bidasnya lagi.