HERO ATAU ZERO?, MP DIMINTA CERDIK ULAS ISU KEBAKARAN PUTRA HEIGHT


Jogho Kelate.




Tak salah nak jadi HERO, tambah-tambah disaat berlakunya sesuatu tanpa diduga.


Saya melihat semua pihak telah mainkan peranan. Kelibat pemimpin bersilih ganti, PMX dah mainkan peranan seawal kejadian, GPM dan Pengerusi MARA pun sudah kedepan, Menteri2 yang berkaitan juga sudah tunjukkan komitmen, MB Selangor hari-hari mainkan peranannya. 


Apa yang saya lihat juga, pemimpin pembangkang hadir dengan kritikan, komen sana sini. Kadang suara komen dan kritikan hadir dari meja makan di kediamannya, bukan di Selangor tapi di Kelantan.


Rujuk kenyataan Wan Ahmad Faisal. Kerajaan umum bantuan awal dengan jumlah-jumlah tertentu disampung sediakan penempatan sementara. Pihak swasta umum bagi pinjam kereta, bagi rumah sementara dan sebagainya. 


Bantuan awal ni bukan bantuan buat rumah atau bantuan awal persekolahan bantuan awal banjir dan sebagainya.Urusan penempatan sementara, makan minum pula dikelola oleh pelbagai jabatan,swasta dan NGOs.


Bab buat rumah, bantuan baiki rumah itu bab lain, kebiasaan banyak procedure perlu diteliti. Perlu ada report polis dan pendaftaran dan penelitian.


MP Machang boleh lihat contoh keadaan dikawasan Machang. 


Harap mana-mana ahli Parlimen, pakai blazer tidak menggambarkan kecerdikan dan kematangan. Perlu tahu cara dan belajar prosesnya baru kita dilihat cerdik. Jangan hentam keromo supaya dilihat hero memperjuangkan nasib rakyat kononnya.



TERKINI- KAH..KAH...KAH- TENGOK DIA TAK CERDIK- FITNAH DULU MINTA MAAF KEMUDIAN- Cytro Madani Pula Yang Disalahkan?

“MANA OTAK KO AFNAN” CAKAP BIAR WARAS!ADA YANG PAS NI BANTAH SEBELUM BER...



KENAPA PN MELATAH BILA DICADANG HAD TEMPOH JADI PM 10 TAHUN! “MANA OTAK KO AFNAN” CAKAP BIAR WARAS!ADA YANG PAS NI BANTAH SEBELUM BERFIKIR!



SAH BANGAP BEBAL BINGAI - MATEMATIK MESTI FAIL! | PAS AFNAN HAMIMI TOLAK...



Kata Ketua Pemuda PAS - MP QAZAF- ‘Inilah keadaan negara kita sekarang. Nasib kita yang majoriti ditentukan oleh mereka yang asalnya minoriti’. Bila masa PN jadi majoriti? Dan kalau benda cadangan ini bagus untuk negara, sokong sajalah. Tapi hati hitam, bila bercakap keluarlah muntah hitam! Alahai inilah anak Tok Imam!






SIAPA KATA RAKYAT BENCI PMX DAN KERAJAAN MADANI

REAL DOGFIGHT - ! Spanish Eurofighter Typhoon shot down SU-35 and MiG-29 wi...

‘Terima kasih MB sempoi’, dah lebih 10 tahun rupanya…


 

Digelar ‘MB Sempoi’ oleh penyokongnya, ​Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat gagal menangani masalah gangguan bekalan air di Taman Selat, Kuala Kedah sejak lebih 10 tahun lalu.

Seramai 29 keluarga melibatkan kira-kira 150 penduduk di taman perumahan itu mendakwa mereka terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan bekalan air terputus sejak dua hari terakhir Ramadan.

Masalah kini menjadi lebih meruncing apabila penduduk terpaksa berjaga malam menadah air yang hanya mengalir perlahan selama lapan hari berturut-turut.


Akibatnya, penduduk sukar menjalani rutin harian seperti memasak, membersih rumah dan mencuci pakaian selain menjejaskan persiapan menyambut Syawal.

Seorang penduduk dilapor berkata, pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil masa empat hingga lima hari untuk menghantar air.

Memetik Sinar Harian, hanya sekali SADA menghantar air setakat 4 April lalu sejak terputus bekalan selama lapan hari.

Penduduk juga terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk memasang tangki, paip dan pam sendiri.




TANIAH KPM YB MENTERI FADLINA SIDEK. MACAM NI LA BERTINDAK. TAK PAYAH BAIK SANGAT DENGAN KAKI FITNAH

 Nur Azilawati


Tahniah YB menteri..macamni la kami mahu tengok ada tindakan dari pihak yang kena fitnah bukan setakat nafi 


cheq pun dah rasa nak buat report polis ni Norazmira Ibrahim dok jaja fitnah yang sama




BILA PULAK?

Wang Xian


 BILA pulak rancangan pertukaran Presiden Pas sebab Haji Hadi pun nampak uzur?




MACAMANA PERANGAI PEMIMPIN ..BEGITU LAH BAHASA PENGIKUT BAWAHAN. SEDIH. KINI AKU FAHAM KENAPA MAKLUK JARGON WUJUD DALAM CERITA KARTUN BAJA HITAM.

 Hamzah Rie Na


Ayat dari seorang pemimpin yang berada didalam parti so call me martabatkan islam macam ni ker saudara wan fahysal?



BELAJAR JADI ENGINEER FAST TRACK CARA WALAUN MACAI KIOK.

Alif Jamil


 Harini abam nak kongsi tips untuk fast-track menjadi seorang engineer dalam oil & gas kpd adik² yg baru lepas SPM atau sedang belajar diploma dan sijil. 





Pertama sekali jangan sambung degree. 

Sambung degree dlm kejuruteraan mekanikal hanya buang masa dan buang duit. 


Kedua , wajid menyertai atau menjadi macai Perikatan Nasional atau Gerakan Tanah Air ataupun Pejuang supaya hati adik² menjadi bersih sesuci air sungai dibelakang Tesco Kota Bharu Kelantan. 


Ketiga , wajib follow influencer media seperti Papagomo , Parpukari , Ratu Naga , ikan keli dan juga Shafiq Halim untuk menambah motivasi dlm menimba ilmu sebagai seorang engineer. 


Akhir sekali , adalah diwajibkan untuk mentelaah kitab² rujukan seperti HarakahDaily, BersatuTV , Ismaweb , Tok Abah Channel dan media pro-PN supaya minda sentiasa celik dan menguatkan daya fikir yg tinggi sebagai seorang engineer khususnya dlm sektor paip bertekanan tinggi ( pipeline ). 


Jadi tahun 2025 ni jgn lagi buang masa dan duit utk sambung degree kejuruteraan kerana zaman kini ia sudah tak valid lagi. 


Apa yg penting , jadilah macai setia Perikatan Nasional kerana itulah fast track utk menjadi seorang engineer oil & gas ( major in pipeline ). 


In shaa Allah. 

You guys will success with flying green colours 💚


In Perikatan Nasional we trust 🐒


Ikhlas dari abam alip :-

Engineer yg menyesal tak undi PN pru lepas 🤲



ORANG LAIN BERHAK MENAFIKAN CERITA BODOH KAU. BUKAN TULARKAN. YANG TULARKAN TU KAU. BANYAK BETUL BODOH KAU NI.


Che Ibrahim


 Tahniah PDRM.... Ketenteraman dan kehormonian masyarakat akan terus tergugat selagi kaki fitnah dan adu domba tidak dikenakan tindakan.






HEBAT ORANGNYA...PATAH TULANG DUDUK GITU JA.

 W.Faudzin


Aku respek mat belon ni.  Dia punyai kekuatan luar biasa.  Patah tulang belakang, tapi selamba je duduk camtu.  Tidur pun atas toto nipis je.  Bukan calang2 mamat 13 kes ni...





Siapa kenal Ijam, bekas penyanyi kumpulan Medicine?





Saya pernah sepentas ceramah selepas dia berhijrah. 


Seronok dengar kisahnya.


"14 hari sebelum meninggal ayah saya berpesan.

Ijam, walau macam mana keadaan kau. Sibuk macam mana pun, jangan lupa ke masjid."


Ayahnya sebut lagi,


"Pergi masjid. Masjid ada berkat, hidayah dan tenang. Kau tahu? Ada 3 tempat Allah bagi hidayah :


1. Masjid

2. Hospital 

3. Penjara


Ijam, kau pilih mana satu kau nak?


Ijam sebut, dia pilih pergi masjid asbab nak dapat tenang dan hidayah untuk kekal istiqamah.


Kata Ijam lagi,


"Saya ni tak tahu, Allah ampunkan tak dosa saya yang lama-lama.


Bayangkan 45 ribu orang datang show tiket RM40.

Jumlah kutipan tiket RM900 ribu!


Bahagi dengan penganjur 50% - 50%.

Disebabkan duit tunai, kecil-kecil tak larat nak kira.

Saya biarkan je, tidur atas duit!


Dulu, mata duitan.

No money no talk.

Dulu, 1 lagu RM15k


Itu dulu.


Hari ni, saya nak istiqamahkan hijrah.

Allah tukar cara berfikir. 


Bayangkan, 45 ribu orang datang, pakwe makwe datang berpelukan sebab nak dengar lagu saya.


Dosa orang-orang tu disebabkan nak dengar lagu saya.


Banyaknya dosa yang saya perlu tanggung.

Ini yang 24 jam berputar dalam fikiran saya setiap hari.


Allah ampunkan ke dosa saya.


Asbab hidayah, almarhun Ustaz Ishak Baharom bekas mufti Selangor nasihat pada saya.


Dosa, sebesar zarah Allah akan hisab.


Sebab tu saya dekatkan diri dengan masjid dan pilih untuk amalkan sunnah Nabi."


Ini antara petikan ceramah Ijam. Saya dengar penuh perhatian.


Begitulah apabila orang yang nak jaga hati dan dirinya untuk istiqamah dengan hidayah.


Ijam ingatkan dirinya untuk duduk dalam majlis dan suasana agama. Katanya dekatlah diri dengan masjid.


Dia ikut apa yang Allah dan Rasul suruh.


Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (sunnah/petunjukku), nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Surah Ali Imran : 31


Hijrah Ijam ni bukan terhenti setakat pergi masjid, dia pergi mengaji sambung belajar agama. Sampaikan Timbalan Mufti sebuah negeri panggil untuk dia datang temuduga tauliah ngajar di surau masjid. 


MasyaAllah.


Sekarang dia istiqamah berdakwah ajak umat kembali kepada hidup beragama.


Ada lima H bila kita nak berhijrah:


1. HATI. 


Nak hijrah mesti bermula daripada kehendak nak berubah atau tak nak. Hati kena kuat, jangan serapuh tisu tandas.

 

2. HAMPIRI 


Dekati orang-orang soleh. Masuk dan ikut orang-orang yang soleh. Ikut jemaah yang baik. Tanda kumpulan yang baik, tidak tinggal solat.


3. HINDARI


Jauh dan hindari kawan-kawan yang negatif. Jangan sampai kerosakan mereka menjadi penyebab anda rosak juga.


4. HAJAT


Hajat ni sebabkan kita ada sasaran dalam hidup. Contoh tahun ni aku nak belajar Quran. Aku nak solat cukup 5 waktu sehari. Selawat 100 kali sehari. Sedekah RM1 setiap hari. Bila ada matlamat, kita akan fokus dan tak sibuk dengan benda lain.


5.  HIJRAH


Ada sahabat nabi sebut, dalam hidupnya Nabi selalu cerita mengenai kisah orang yang bunuh 99 orang. Rupanya kisah tu nak tunjukkan sifat Allah Maha Pengampun. Bila berdosa, bertaubat dan hijrah.


Tuan puan, sekarang dah akhir zaman.

Kurangkan atau berhenti aktiviti-aktiviti lagha.

Mulakan langkah kaki ke surau masjid

Jumpa orang yang suka kepada ilmu.


Boleh mulakan hari ni ke surau masjid kawasan rumah ya.


Jom kita berubah dan istiqamah sebelum Allah 'rotan' kita di akhirat sana. 


#UstazHanafiMalek



TUN KATA KERAJAAN LEBIHKAN CINA. TAPI 10 TOP 10 ORANG KAYA ZAMAN DIA SEMUA CINA.


 

SAPA NAK DISALAHKAN?


 

MUDAH SAJA JADI PEMBANGKANG YANG KURANG FUNNGSI DAN CADANGAN LEBIH BAIK


 

NOHHHHH.... KEPAM.

Zuwairi Mohd Noh


 Dah sebar fitnah dan berjaya menaikkan kemarahan pentaksub pada Kerajaan perpaduan,dia minta maaf.Menteri Aaron Ago Dagang dan fahmi_fadzil teruskan tindakan undang undang ke atas si kepam Ema itu.




INI KALI KETIGA, ANWAR DIJANGKA SAMBUNG LAGI KONTRAK AZAM BAKI ENAM BULAN

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam Baki, walaupun ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu terus berdepan tuduhan melakukan pendakwaan terpilih dengan menyasarkan ahli politik pembangkang sejak perubahan kerajaan pada 2022.

Memetik sumber yang arif mengenai perkara itu, agensi berita kewangan Bloomberg melaporkan bahawa Azam akan menerima lanjutan enam bulan lagi apabila tamat tempoh perkhidmatannya pada Mei.

Sejak mengambil alih kuasa, Anwar telah dua kali melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam sebagai ketua SPRM, walaupun sebelum ini menyerangnya atas dakwaan memiliki berjuta-juta saham tersenarai.

Di bawah kepimpinan Azam, yang sepatutnya bersara pada 2023 pada usia 60 tahun, SPRM memulakan beberapa siasatan terhadap ahli politik pembangkang, termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, bekas pemimpin Dr Mahathir Mohamad dan mendiang Daim Zainuddin.

Azam berdepan kritikan gagal mengambil tindakan terhadap beberapa dakwaan berprofil tinggi yang dikaitkan dengan ahli politik kerajaan, termasuk kontroversi pembelian saham oleh bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador, dan pelantikan sebuah syarikat milik suami pemimpin DAP Hannah Yeoh untuk mengendalikan khidmat pengangkutan oleh kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan.

Tuduhan pendakwaan terpilih terhadap Azam kembali rancak susulan laporan Bloomberg pada September tahun lalu yang memetik sumber, yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam Heitech Padu.

Laporan itu turut mendakwa Azam telah memberitahu pegawai SPRM bahawa siasatan terhadap Mahathir, tiga anak lelakinya dan Daim dilancarkan atas arahan Anwar.

Bloomberg juga memetik sumber sebagai berkata Anwar dan Azam telah mencapai persefahaman bahawa tempoh Azam sebagai ketua SPRM akan dilanjutkan sebagai balasan mengambil tindakan terhadap musuh perdana menteri.

SPRM dan Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan itu.




Tarif Trump jejaskan dunia, Malaysia turut terkesan! 💥🇲🇾

KEMBALI HANGAT. PAS KELANTAN PECAH DUA TEAM DAN TAK SENDIK, BERANTAKKAN DAN SALING SALAH MENYALAHI ANTARA SATU SAMA LAIN

Che Ibrahim





MB Dt. Nassaruddin Daud di'cop': 

- MB Paling gagal dalam sejarah PAS tadbir Negeri Kelantan.

- MB tangkap muat, tidak layak, tiada pengalaman dan cetek idea.

- Prestasi yang buruk telah dibandingkan dengan pengalaman luas Dt Nik Amar.

- Pendekatan Gagal. MB Dt Nassuruddin mengguna urus tadbir cara lama disamping gagal urus ekonomi yang dilihat tersangat lemah dan terhad.

- MB gagal dalam pembangunan Infrastruktur, langsung tiada kemajuan, banyak alami kegagalan dan dilihat banyak bergantung sepenuhnya kepada bantuan persekutuan.

- Pembangunan yang minimum, fokus hanya ceramah dan perusahaan kecil.

- Membiarkan kemiskinan membelenggu rakyat, masalah air yang tidak selesai dll.

- Terkini skandal kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan hampir 62,000 ekar tanah dalam bentuk pajakan selama 99 tahun kepada taikun Cina masih belum terjawab. Hampir semua jentera dan sitro PAS langsung tidak dapat berhujah atau menjelaskan kepada rakyat.

- Pendekatan MB Dt Nassuruddin Daud mesra PMX tidak disenangi ahli PAS.


......................


MB Nassuruddin vs Dt Nik Amar.

- Cubaan singkirkan Dt Nassruddin Md Daud  dan usaha naikkan Dt Nik Amar sebagai MB yang baharu.

- PAS Kelantan berpecah 2 team.

- Kedua team di depan manis2 muka, dibelakang pula satu team buat gerakan menjatuhkan MB dan satu team gerakan menghalang Dt Nik Amar.

- PAS kembali lemah di kawasan Kelantan Selatan.

- Dt Fadhli Hassan hanya mampu tunggu dan lihat.




Syarikat AS Saman Trump Bantah Kenakan Tarif Ke Atas China

 


Saman itu difailkan terhadap Trump oleh Perikatan Kebebasan Sivil Baharu (NCLA) bagi pihak syarikat tersebut. Foto AFP

WASHINGTON, 5 Apr – Sebuah syarikat alat tulis di Florida yang mendapatkan produk dari China menyaman pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Ia mencabar kesahihan tarif yang dikenakannya ke atas negara China.

Saman itu difailkan oleh Perikatan Kebebasan Sivil Baharu (NCLA) bagi pihak syarikat tersebut, dengan berhujah bahawa penggunaan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa oleh Trump untuk mengenakan tarif ke atas China adalah tidak berperlembagaan.

Menurutnya, tarif itu perlu dibatalkan.

“Trump telah menyalahgunakan kuasa itu, merampas hak Kongres AS untuk mengawal tarif dan mengganggu pemisahan kuasa Perlembagaan,” kata peguam kanan NCLA, Andrew Morris dalam satu kenyataan.

Trump mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China pada 1 Februari lalu dan digandakan kepada 20 peratus pada 3 Mac lepas. – AGENSI


Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Mungkin Terjejas Sedikit – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

AYER KEROH, 5 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terjejas sedikit susulan tarif baharu yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu.

Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan dengan Jemaah Menteri, semalam, untuk membincangkan tindakan sewajarnya bagi menangani perkara itu.

Beliau berkata, pengumuman itu turut memberi kesan kepada negara lain, sekali gus menuntut kekuatan semua pihak khususnya anggota ASEAN meliputi Malaysia untuk mempertahankan hak ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam kalangan negara ASEAN, kita cuba menjaga kepentingan ekonomi negara kita. Kita mesti mencari jalan dan kaedah bagi mempertahankan kepentingan ekonomi negara kerana ini bermakna pekerjaan rakyat untuk pendidikan, kemudahan kesihatan, kekayaan serta keupayaan hasil bagi negara kita.

“Namun, Malaysia atau Thailand dan Indonesia sahaja tidak akan cukup kuat sekiranya kita tidak rangkul seluruh kekuatan ASEAN memperkukuhkan ekonomi.

“Mengapa saya pilih untuk menyebut hal ini… kerana kita tidak boleh menafikan mungkin akan ada sedikit sebanyak terjejas pertumbuhan ekonomi yang kita sudahpun rancang dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Rabu lalu, Trump mengumumkan AS akan memperkenalkan tarif asas 10 peratus terhadap semua negara dan duti lebih tinggi membabitkan beberapa negara, termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tarif timbal balik AS yang menyasarkan lebih 180 negara itu bagaimanapun tidak tertakluk ke atas Kanada dan Mexico yang sebelum ini sudahpun dikenakan penalti oleh Trump bagi menekan mereka agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap migrasi serta penyeludupan fentanyl haram merentasi sempadan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia dikenakan tarif timbal balik 24 peratus termasuk kadar asas, manakala negara serantau seperti Kemboja pada 49 peratus, Vietnam (46 peratus), Thailand (36 peratus), Indonesia (32 peratus) dan Singapura (10 peratus).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan di MITC, Ayer Keroh pada 5 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara dagang, bergantung pada sektor eksport termasuk semikonduktor yang mencecah AS$200 juta ke AS.

Justeru, beliau berkata, usaha menangani isu itu perlu dilakukan dengan baik, termasuk melalui rundingan dan ketegasan dalam mempertahankan hak ekonomi negara.


Kagum peranan Malaysia, PM diundang beri ucapan khas di Shangri-La Dialogue 2025


 

Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia), John Miguel Warwick Chipman menyatakan kekaguman terhadap peranan Malaysia menyuarakan kepentingan sejagat serta ketegasan dalam hal-hal berkait situasi di Timur Tengah.



Perkara itu diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungan hormat John Chipman ke pejabat Perdana Menteri semalam.



Anwar berkata, John Chipman melihat peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 amat penting kerana hala tuju yang digerakkan pada tahun ini memberikan impak bukan sahaja kepada rantau Asia Pasifik, malahan ia mendapat perhatian dunia.


Justeru dalam pertemuan itu, Anwar telah diundang untuk memberikan ucapan khas sewaktu Shangri-La Dialogue 2025 pada 31 Mei nanti di Singapura.


“Undangan-undangan ini merupakan satu penghargaan kepada negara yang menterjemah pengiktirafan dunia terhadap peranan penting Malaysia.

“Penghargaan ini merupakan satu bentuk kejayaan Malaysia yang dihormati dunia,” katanya di Facebook.

Malaysia turut diundang untuk berperanan dalam IISS Manama Dialogue 2025 pada Oktober kelak.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu, Anwar berkongsi aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 di mana keutamaan beliau adalah agar rantau ini aman, stabil dan makmur.



Ini supaya rakyat di negara-negara ASEAN dapat bergerak seiring ke hadapan, selain kepentingan hubungan akrab dengan pelbagai negara sebagai kunci utama untuk mewujudkan hubungan diplomatik yang utuh dalam berhadapan pelbagai cabaran global yang dinamik.







ROMBAKAN KABINET TERGEMPAR? MARI TONTON APA KATA BRO ISWARDI

Mat Sabu perjelas dakwaan para pesawah masih belum terima ‘duit raya’ RM30 juta





Sumbangan wang ihsan berjumlah RM30 juta yang dijanjikan oleh syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada para pesawah telah mula diagihkan kepada lebih 200,000 pesawah yang layak.


Mengenai kelewatan agihan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, setiap proses pengeluaran dana memerlukan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP), piawaian pengurusan kewangan dalaman, serta kelulusan pihak pengurusan tertinggi syarikat.


Menurutnya, proses penyaluran dana akan mengambil sedikit masa kerana perlu mematuhi peraturan kewangan serta tatacara dalaman syarikat.

“Dana berjumlah RM30 juta ini bukanlah dana awam, sebaliknya adalah peruntukan dalaman syarikat yang tertakluk kepada tadbir urus kewangan korporat BERNAS sendiri.



“Maka itu, penyaluran sumbangan hanya boleh dilaksanakan setelah semua keperluan pematuhan ini diselesaikan sepenuhnya seiring dengan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan yang diamalkan oleh pihak syarikat, terutama melibatkan dana berskala besar.

“Namun begitu, KPKM ingin memaklumkan bahawa dana RM30 juta telah diterima sepenuhnya daripada BERNAS pada Jumaat, 28 Mac 2025,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Mohamad menjawab desakan banyak pihak yang mempersoal mengapa para pesawah masih belum mendapat “duit raya” seperti yang dijanjikan Perdana Menteri sebelum ini.


Mereka menuntut penjelasan kerajaan dan menggesa agar peruntukan disalurkan segera dengan telus.


Dalam pada itu Mohamad berkata, KPKM telah pun memulakan proses pengagihan di mana ia dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan April 2025.


“KPKM amat memahami kegusaran serta harapan tinggi daripada para pesawah.

“Kami ingin menegaskan bahawa kementerian komited sepenuhnya dalam memastikan bantuan ini sampai kepada semua yang berhak.

“Kementerian juga amat menghargai kesabaran dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pesawah sepanjang proses ini berlangsung,” katanya lagi.




PAKAR WALAUN ...PDRM BOLEH KUTIP DAH NI.

 

Osamah Zaiyed


Salah seorang walaun yang pakar

#pdrmmalaysia




KP UMNO TO LONG SEDIAKAN PEGUAM ELOK ELOK.

 Che Ibrahim



Harap KP UMNO sediakan juga peguam untuk abg belon jika dia dituduh di bawah Sek 186 Kanun Kesiksaan kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas. 


Terima kasih UMNO kerana membela abang belon. Keadilan mesti dituntut walaupun siapa dia....