Lelaki itu!!! mengapa dia dimusuhi?



 Lelaki itu!!!

mengapa dia dimusuhi?


Abu Mishkat✍️✍️✍️


Kerana dia pejuang yang berjuang sejak zaman bujang. Bersuara utk rakyat bawahan yg tak cukup makan... walaupun tanpa jubah dan serban.


Kerana dia cuba merubah keadaan. Masuk dalam kerajaan, menjiwai pelbagai medan perjuangan, menggunakan peluang dan kuasa agar rakyat lebih terbela, menikmati keadilan.


Kerana dia pemimpin Melayu yang tidak menipu bangsa Melayu. Beliau berjuang utk semua rakyat miskin semua kaum dan bangsa. Kesederhanaan diri dan keluarganya disaksikan semua, termasuk mantan duta2 asing dari pelbagai benua. 


Kerana dia tidak mesra dan tidak membela kapitalis dan sang penguasa berharta. Kapitalis pembolot harta negara melalui politik, GLC dan korporat sudah tentu tidak percaya lelaki itu menyebelahi mereka.


Kerana dia telah membuktikan keupayaan menguruskan negara lebih baik dengan pengiktirafan antarabangsa. 


Kerana dia mempunyai jalinan dan jaringan antarabangsa serta sangat rapat dengan tokoh2 politik dan ekonomi barat serta pemuka gerakan Islam dan ulama sedunia. 


Maka musuhnya ramai... politikus penipu bangsa, kapitalis pelahap harta, ulama agamawan pencari nama dan entah siapa lagi yang cemburukannya.


Maka peribadinya diserang selama beberapa dasawarsa... kononnya penyalahguna kuasa, peliwat, rakus, liberal, pluralis, agen asing, bahkan difitnah oleh agamawan duta bertaraf menteri sebagai suka budak lelaki muda, suka kacau isteri orang dan disokong gerakan Freemason. 


Teruskan langkahmu Anwar, jalanmu terang bercahaya persis namamu dieja.  


Demi Allah, aku dan semua rakyat Malaysia yang jujur belum menemui seorang politikus pejuang yang menolak kemewahan dan hidup senang di perantauan serta sanggup menempuh ranjau duri keringat kepayahan keaiban pemenjaraan demi pertiwi dan nusa tercinta. 


Semoga Allah s.w.t. memeliharamu untuk rakyat Malaysia. Ameen..!!


The man, why is he hated?

Abu Mishkat ✍️✍️✍️


Because he is a fighter who has been fighting since he was a bachelor. Speak up for the subordinate people who don't have enough to eat... even without a robe and turban.


Because he tried to change the situation. Enter the government, enliven various fields of struggle, use opportunities and power so that the people are better protected, enjoy justice.


Because he is a Malay leader who does not deceive the Malay nation. He fought for all poor people of all races and nationalities. The simplicity of himself and his family was witnessed by all, including former foreign ambassadors from various continents.


Because he is not friendly and does not defend the capitalists and the wealthy rulers. Capitalists hoarding national wealth through politics, GLCs and corporations certainly do not believe the man is on their side.


Because he has proven the ability to manage the country better with international recognition.


Because he has international ties and networks and is very close to western political and economic figures as well as leaders of the Islamic movement and scholars worldwide.


So his enemies are many... politicians who deceive the nation, capitalists who are greedy for wealth, religious scholars seeking name and I don't know who else is jealous of him.


So his personality was attacked for several decades... allegedly abuser of power, promiscuous, greedy, liberal, pluralist, foreign agent, even slandered by minister-level religious ambassadors as a lover of young boys, likes to mess with people's wives and supported the Freemason movement.


Keep going Anwar, your path is bright and shining exactly as your name is spelled.


For God's sake, I and all honest Malaysians have yet to meet a fighting politician who rejects luxury and easy living abroad and is willing to go through the minefield of sweat, hardship, shame and imprisonment for the sake of the beloved nation and Nusa.


May Allah s.w.t. protect you for the people of Malaysia. Amen..


Credit:Abu Mishkat



PENDEDAHAN PALING MENGEJUTKAN! ADAKAH AHLI UMNO MASIH SOKONG PN SELEPAS ...

“MOHON MAAF DEMI PERUNTUKAN” YB SANY TEMPELAK KAW KAW SANUSI!

Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh di Ceramah Kelompok PRK Kuala Kubu Bha...

PENDEDAHAN BEKAS ADUN BERSATU BAGAIMANA PAS YANG RAKUSKAN KUASA!

MACAI NAJIB LAGI



Mohd Shahrim


 Kerja keras LSS..

Nak jugak nafikan kejayaan Kjaan Perpaduan dan PMX..

😆😆😆




TAK ADA SAPA NAK BERDWNGKI.. BARU SATU KEDAI... BOLEH ORANG NAK BELI.. LANGSUNG LARI.

 




Kisahnya. Baru 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 je. Tapi dia punya perasan macam hebat sangat sampai 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶. Kalau dah tahu baru nak menapak, baru satu kedai, jagalah kelaku tu. Jangan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗱𝘂 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝘂𝗮𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




KETAYAP TAK LEH PAKAI



 Ingat kabel type-C ada pakai tudung penutup tadi...emm..rupanya pakai ketayap...dan mask..




JANGAN BERTANGGUH LAGI, SEBAIKNYA MCA KELUAR BN DENGAN SEGERA

 

Kesimpulan paling mudah yang dapat dilihat daripada apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Wee Ka Siong dalam temu bual podcast KS semalam ialah parti itu seperti sudah jadi orang asing dalam BN.

Ia bukan saja disebabkan MCA sendiri semacam menjauhkan diri daripada pendirian BN seperti enggan membantu calon DAP di Kuala Kubu Bharu, malah pendirian yang dikatakan atas nama BN pun, misalnya keputusan gabungan itu untuk terus bekerjasama dengan PH selepas PRU16, tidak dibawa dibincangkan dengan parti itu.

 Dengan itu, Wee membayangkan jika BN tetap dengan keputusan untuk bekerjasama dengan PH yang bermakna bersama dengan DAP pada PRU16 akan datang, maka MCA tidak teragak-agak untuk bertanding secara sendirian.

“Saya tergamam bila Presiden UMNO kata BN akan teruskan kerjasama (dengan PH) selepas PRU16, kerana kita tidak pernah bincangkannya di dalam mesyuarat BN.

“Sejak bila ketetapan ini? Belum ada, tak pernah dibincangkan pun dan bagi saya ia hanya cadangan Presiden UMNO,” katanya lagi.

Wee berkata, kiranya UMNO berdegil untuk tetap ‘cium mulut’ bersama DAP pada PRU16, partinya tidak akan teragak-agak bergerak solo.

 “Kalau sebarang keputusan dibuat secara unilateral (sebelah pihak), MCA akan berkecuali.

“Kalau sesama kita ada parti komponen dah lari nak memeluk orang lain ke apa bermaksud MCA akan kekal sebagai parti walaupun ditakdirkan berpisah dah tak boleh buat apa sebab kawan kita dah tak setia dengan BN,” tambahnya.

Wee menegaskan, beliau tidak akan membiarkan MCA menjadi ‘bidak catur’ pihak lain.

“MCA tidak boleh diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur mana-mana pihak… yang saya inginkan ialah kesetiaan kepada parti keramat kita BN.

 “Saya lihat sekarang… orang dah peluk pihak satu lagi. Bagi saya, ia seolah-olah kita utamakan orang lain.

“Kita duduk dalam satu keluarga, kemudian jiran kita yang dulunya maki hamun kita sekarang mengintai… dan kita dalam satu keluarga sebenarnya patut bincang, apa pendirian kita, keluarga kita macam mana,” ujar bekas Menteri Pengangkutan itu.

Berdasarkan situasi semasa dan keselesaan Zahid Hamidi sendiri, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa beliau pasti akan terus membawa BN bekerjasama dengan PH.

Seperti mana matlamat PH untuk melihat Anwar Ibrahim terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua, Zahid Hamidi juga mahu dirinya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kedua dengan bantuan serta kerjasama PH.

 Hanya dengan menyokong Anwar kekal sebagai Perdana Menteri saja membolehkan Zahid Hamidi turut sama kekal lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam hal ini, MCA harus sedar bila BN ingin terus bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, ia dengan sendirinya akan menjadikan MCA sebagai parti yang kecil dan bertanding sedikit saja kerusi pada PRU16 akan datang.

Oleh itu, pilihan yang terbaik untuk MCA terus relevan ialah dengan bergerak solo atau berganding dengan gabungan lain.

Hanya dengan cara tidak bersama BN saja dapat membolehkan MCA bertanding lebih banyak kerusi dan kemudian berusaha sehabis baik untuk menang di sebahagian besar kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Dalam hal ini, MCA tidak perlu tunggu lama-lama lagi untuk memuktamadkan pendiriannya.

Hakikatnya, beliau tidak mungkin mampu mengubah pendirian Zahid Hamidi sebagaimana telah dinyatakannya ingin terus bersama PH pada PRU16 dan mengekalkan lagi Anwar bagi penggal kedua.

Segera umum keluar BN dan mulakan kerja menghadapi PRU16 akan datang daripada sekarang.

Ini dapat menjamin kemenangan lebih banyak kerusi mampu diperolehi, sebaliknya kekal dalam BN, tetapi semua keputusan hanya ikut kehendak Zahid Hamidi, MCA akan “mati berdiri”, manakala yang akan tegak berdiri ialah DAP. –

 ShahbudinHusin 08Mei2024.

5 

Mufti Besar Australia puji keberanian PM bela Palestin

 


Kesungguhan dan keberanian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahan hak rakyat Palestin mendapat pujian seorang ulama antarabangsa.



Syaikh Abdul Quddoos Al-Azhari yang juga Mufti Besar Australia berkata keberanian Anwar mempersoal sikap berat sebelah Barat tidak dilakukan oleh mana-mana pemimpin lain sejak bumi Palestin diserang Israel lapan bulan lalu.



"Saya menghormati semua mereka yang cintakan keamanan dan keberanian rakyat Palestin.



"Saya juga menghormati Perdana Menteri yang menjawab kepada Jerman apabila media bertanya beliau mengenai serangan 7 Oktober dan beliau bertanya, bagaimana dengan peristiwa Nakbah 1948?

"Itu keberanian. Tiada pemimpin atau pemerintah bertanya mengenainya dalam tempoh lapan bulan lalu," katanya dipetik.



Beliau berkata begitu pada ucapan di Majlis Ulama Asia 2024 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Perdana Menteri pada sidang akhbar bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz di Berlin pada Mac lalu mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza sebaliknya mengecam Hamas.



Dipetik laporan Agensi Anadolu (AA), Anwar menggesa negara Barat menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap sesuatu.



Perdana Menteri berkata, beliau menolak keras naratif yang seolah-olah menggambarkan semua masalah itu bermula dan berakhir pada 7 Oktober, sedangkan ia bermula empat dekad sebelum itu dan berterusan setiap hari.



TAK DAPAT DIPERTAHAN LAGI, DUA WAKIL RAKYAT BERSATU MEMANG TERLUCUT KEAHLIAN SECARA AUTOMATIK

 

Sementara Bersatu sudah memutuskan akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang telah mengkhianati parti berkaitan status keahlian masing-masing pada minggu depan, dua daripada mereka dianggap sudah pun sah terlucut keahliannya.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata, dua wakil yang telah dianggap gugur keahlian secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Menurut beliau, keahlian mereka dianggap gugur berikutan kedua-duanya terlibat menyertai kempen untuk menyokong calon DAP yang mewakili PH dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

“Dua wakil rakyat Bersatu itu berceramah di pentas PH dalam kempen PRK KKB, kalau ikut perlembagaan kita (Bersatu) secara automatik (keahlian) mereka ini terhenti,” katanya selepas menghadiri ceramah Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali.

Jelasnya, disebabkan keahlian mereka telah terhenti, selaras dengan akta lompat parti, kedua-duanya perlu mengosongkan kerusi Parlimen dan DUN bagi membolehkan PRK diadakan.

Kata Hamzah lagi, sebaik PRK KKB, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu yang telah mengkhianati parti dan beralih menyokong Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari.

Selain Dr Zulkafperi dan Abdul Rashin yang berkempen untuk PH di KKB, lima yang lain ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Dalam kes dua wakil rakyat Bersatu yang secara terbuka menyertai kempen menyokong calon PH di KKB, adalah jelas perbuatan mereka itu tidak dapat untuk dipertahankan lagi.

Di bawah akta lompat parti dan pindaan perlembagaan Bersatu yang diluluskan RoS baru-baru ini, ia adalah kesalahan yang sangat jelas.

Cuba kita bayangkan jika ada wakil rakyat PH yang turun berkempen untuk calon PN, apakah boleh kita mempertahankan mereka agar tidak diambil tindakan?

Begitu juga, jika ada wakil rakyat UMNO yang secara terbuka berucap di pentas PN dan bersungguh-sungguh berlempen agar calon PH dikalahkan, apa logiknya untuk mempertahankan mereka daripada tidak diambil tindakan?

Akta lompat parti yang diluluskan di Parlimen secara mudahnya ialah untuk menghalang perbuatan khianat dan menjual sokongan kepada pihak yang bertentangan dengan pendirian parti yang wakil rakyat itu wakili.

Ia bukan saja salah jika dilakukan oleh wakil rakyat Bersatu, tetapi juga oleh sesiapa dan daripada parti mana sekali pun.

Dengan itu, khususnya kepada Dr Zulkafperi dan Abdul Rashid, jika benar mereka masih ada maruah serta harga diri, eloklah secara sukarela mengumumkan keluar parti dan mengosongkan kerusi yang diwakili.

Tak perlu tunggu parti mengambil tindakan dan tak usahlah juga berdalih macam-macam lagi untuk terus mempertahankan kerusi dan elaun wakil rakyat yang sedang diterima, sebaliknya insaflah bahawa kedudukan yang diperlolehi sekarang ini adalah atas nama dan tiket parti.

Begitu juga dengan lima lagi wakil rakyat Bersatu yang bakal menerima surat pada minggu depan, daripada segi maruah dan harga diri, mereka juga harus mengosongkan kerusi masing-masing.

Tiada mana-mana parti menghalalkan perbuatan khianat, maka wajarlah kerusi yang dipegang sekarang dikembalikan dan biarlah pengundi membuat pilihan senula. – ShahbudinHusin 09Mei2024.

 

KALAU NDAK NEGARA AMAN, JANGAN UNDI PAS


 

UNTUK APA NAFI, KERAJAAN NAK JAGA HATI SIAPA?

 

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil menafikan siasatan pihak polis terhadap Bloomberg adalah atas arahan kerajaan.

Katanya, tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Bloomberg.

“Pihak polis memulakan siasatan selepas ada aduan dikemukakan oleh firma guaman yang mewakili salah satu pihak yang disebut dalam laporan Bloomberg itu.

“Laporan polis dibuat oleh pihak Berjaya Corp Bhd. yang didakwa dalam laporan Bloomberg kononnya terlibat dalam cubaan membuka kasino di Forest City.

“Berdasarkan laporan media yang saya teliti, laporan polis yang dibuat mengenai isu ini ialah daripada pihak Berjaya, bukan laporan dari pihak kerajaan, bukan dari kementerian, dan bukan dari MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” ujarnya lagi.

Fahmi menambah, disebabkan sudah ada laporan polis, maka pihak berkuasa mengambil langkah seperti sepatutnya iaitu menjalankan siasatan.

“Jadi saya tegaskan, siasatan dibuat bukan atas arahan kerajaan, tapi hasil laporan polis yang dibuat oleh firma guaman yang mewakili syarikat yang dikaitkan dalam laporan oleh Bloomberg itu,” tambah beliau.

Dua tiga kali saya membaca laporan berita mengenai Fahmi ini dan saya tertanya-tanya, untuk apa Fahmi mengeluarkan kenyataan demikian?

Rasanya semua orang tahu dan faham bahawa yang membuat laporan polis mengenai Bloomberg itu ialah Berjaya Corp. Bhd.

Tetapi, untuk apa Fahmi bertegas mengatakan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk pihak polis menyiasat Bloomberg?

Sepatutnya dalam isu fitnah oleh Bloomberg itu, meskipun Berjaya lebih dulu membuat laporan polis, kerajaan harus juga membuat laporan polis susulan untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menolak fitnah yang agensi berita itu lakukan.

Setidak-tidaknya, jika itu dilakukan, kerajaan boleh dengan bangga mengatakan mereka juga telah membuat laporan polis dan mahu fitnah tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Ini tidak, sudahlah pihak kerajaan tidak membuat laporan polis bila difitnah oleh Bloomberg, kemudian bersungguh-sungguh pula menafikan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan bila agensi berita itu sudah disiasat atas laporan polis yang dibuat oleh Berjaya Corp. Bhd.?

Kerajaan seujurnya patut malu kerana dengan penegasan tidak terlibat dalam siasatan polis terhadap Bloomberg sebagaimana ditegaskan Fahmi itu, ia dengan sendirinya menunjukkan kerajaan tidak berbuat apa-apa terhadap fitnah dilakukan agensi berita itu.

Saya masih mencari jawapan, apakah tujuan penafian Fahmi itu dan ia untuk jaga hati siapa? – ShahbudinHusin 08Mei2024.

 

DIA MAI NEGERI ORANG DIA MAKI SAJA...APA PUN DIA TAK BAGI...ADAKAH KERAJAAN PMX NI ISLAM TERANCAM ?


 

DOK BEREBUT BUAT APA..HANGPA TAK BAGI APA PUN PADA RAKYAT


 

MUHYIDDIN BOHONG ORANG

 


ISU DALAM KARTUN.


Sebelum ini Muhyiddin bagitahu Mahkamah bahawa dia diperdaya dalam kes JANA WIBAWA, tapi dua hari lepas, Mahkamah sahkan ada bukti kukuh.






KEMBALI BERSIARAN. TALIAN TERPUTUS SEJAK SEMALAM



MAAF KEPADA PENGUNJUNG. 

TALIAN BARU BERSAMBUNG



LIHAT BETAPA PAS MEMPERMAINKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK


 

PN BUAT FITNAH APA HARI INI


 

MEMANG WUJUD SEBAHAGIAN KECIL KAKITANGAN AWAM YANG MENGHADAPI MASAALAH DISIPLIN.


 

Sekitar 5-10%  kakitangan awam yang menghadapi masaalah disiplin ..sama ada menghadapi masaalah kesihatan, sakit atau sakit mantel.

Pada keseluruhannya , kenaikan 15% adalah untuk semua kakitangan lain yang tidak punya masaalah dalam pekerjaan.





LIHAT...MEREKA INI TAK PEDULI PUN GAJI KAKITANGAN AWAM


 

FUHHHH.... HEBAT

 

Harakatdaily


Pemilik Darsa anggap ayam goreng dua ketul RM17 tidak mahal.


“Target market kami, mereka yang suka harga barang naik,” ujarnya lagi.




MENGUNDI ADALAH SATU TANGGUNGJAWAB

 

ISLAH




Mengundi bukan sekadar suatu amalan, tetapi satu tanggungjawab penting bagi umat Islam dalam membentuk pemerintahan yang berintegriti. Jika kepimpinan yang dipilih tidak cermat, implikasinya boleh merugikan masyarakat dan negara secara keseluruhan.


 Menurut Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor yang bertajuk "Tanggungjawab Mengundi dalam Proses Pilihan Raya", adalah penting bagi umat Islam untuk melaksanakan sistem perundangan yang adil dan permuafakatan yang menjamin kemakmuran bersama bagi rakyat dan negara. Mengambil bahagian dalam pilihan raya adalah langkah awal yang penting dalam memenuhi tanggungjawab ini.



MELANCARKAN STRATEGI MEMBANTERAS RASUAH.

 


Memulakan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024 dengan memetik tokoh ekonomi Sweden Gunnar Myrdal yang pada tahun sekitar tahun 60an menulis sebuah buku yang mengkaji tahap pembangunan dan kemiskinan negara-negara di rantau Asia. Karyanya itu ternyata menggemparkan dan menimbulkan sedikit pertentangan terutama di kalangan elit penguasa di rantau Asia. 







Gunnar menulis betapa masalah kebejatan dan kecurangan di kalangan pimpinan akhirnya akan memberikan kesan yang besar kepada aspek pembangunan negara tatkala ia menghambat kemajuan selain memiskinkan rakyat dan negara. 


Menghimbau sejarah negara, mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak merumuskan tiga masalah besar negara saat itu yakni, ‘communism’, ‘communalism’ (sikap dan perlawanan kerana kaum) dan ‘corruption’. Lantaran ia mesti mengingatkan kepada penguasa terutama kepada kelompok yang baru menjabat kuasa agar tidak lupa kepada perjuangan terdahulu dan jangan mula bergelumang dengan masalah rasuah. 


Justeru, menyentuh soal NACS, seberapa banyak rencana mahupun strategi yang diusulkan hanya sia-sia rasuah terus membengkak, dan sekiranya kita tidak ada strategi legislatif yang kuat selain tekad politik (‘political conviction’) yang jelas yang tidak berkompromi kepada rasuah. Jadi kita memerlukan kekuatan semua dengan keluarga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebagai tonggak. Harus saya nyatakan juga di sini bahawa saya punya keyakinan kepada pasukan Tan Sri Azam Baki untuk kekal di landasan ini untuk terus secara agresif membanteras rasuah. 


Negara tidak boleh diselamatkan dan nasib rakyat tidak mampu kita bela sekiranya hak untuk memunggah kekayaan dibiarkan merebak dan menular. Keikhlasan dan sikap teguh memegang amanah mesti memandu tekad kita dalam meletakkan negara di landasan dan jalur perubahan. 


#MalaysiaMADANI



BARU BUKA TAPI DAH. BERSIKAP RASIS...


Rina Ariana


 Dah la baru bukak mniaga lpas tu nak rasis..ko ingat ni negeri walaun ka..datang negeri orang buat rasis..

Karang makan sndri ayam tu..dasar walaun gannu😂😂



MENYAMBUT KETIBAAN MENTERI ARAB SAUDI .



 Semalam saya telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Majid Al-Kassabi, Menteri Perdagangan & Pengerusi Pusat Daya Saing Negara, Kerajaan Arab Saudi serta delegasi seraya diapit oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.











Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat. Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan. 


Dalam pertemuan ini, kami bersetuju bahawa adalah penting bagi kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan. Ini termasuk meningkatkan kerjasama dalam sektor-sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi. 


#MalaysiaMADANI



[panas] ABAHCOW SAKIT KEPALA KEPUTUSAN TERKINI DARI MAHKAMAH! JANA WIBAWA!

[gempak] BERITA BURUK BUAT ABAHCOW! HOTEL SUNGAI BULOH SEMAKIN HAMPIR!

[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan



Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.



PMX RESPOND DENGAN MP MACHANG SEAKAN MAHU MEMBANTAH KENAIKAN GAJI!

SEBAB MUSABAB KENAPA TAK MASUK KEDAI




 Orang cina tak ramai masuk makan kedai melayu bukan kerana sentimen kaum, tetapi kerana selera makan. Makanan yang disediakan di kedai kedai melayu tidak banyak yang memenuhi citarasa masyarakat bukan melayu.


Adapun orang melayu tidak masuk makan kedai cina lebih kepada faktor meragui kesucian (halal) makanan yang disediakan.    Adapun masakan mereka boleh memenuhi citarasa berbagai kaum.


Namun begitu, adalah tidak dinafikan sentimen kaum sedikit sebanyak ada  mempengaruhi isu masuk atau tidak masuk makan di kedai penjualnya berbangsa lain.



LAIN KALI CARI LAH ADMIN YANG BIJAK SIKIT BILA NAK MENULIS.

 


Zainuddin Omar

Kalau mahu menjalankan perniagaan besar carilah admin yang pandai berbahasa melayu ‘type M’. Ahaks.


Kalau mahu jadi jutawan perlu ambil SPM dan perlu ada ilmu.

Kalau mahu menjalankan perniagaan besar carilah admin yang pandai berbahasa melayu ‘type M’. Ahaks.



LAAA RESTORAN LEBAI RUPANYA..

 


Hahaha... Restoran 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 rupanya. Patutlah mahal dan lepas tu 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗹𝗮𝗶𝗻. Dasar lebai. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.


𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗜 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗘𝗟𝗢𝗞-𝗘𝗟𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔, 𝗣𝗠𝗫 "𝗖𝗨𝗜𝗧" 𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 : 2500 𝙆𝙀𝙇𝙐𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙈𝙄𝙎𝙆𝙄𝙉 𝙏𝙀𝙂𝘼𝙍 𝘿𝙄 𝙆𝙀𝘿𝘼𝙃 𝘼𝙆𝘼𝙉 𝘿𝙄𝘽𝘼𝙉𝙏𝙐 𝙆𝙀𝙇𝙐𝘼𝙍 𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙆𝙀𝙈𝙄𝙎𝙄𝙆𝙄𝙉𝘼𝙉




1) PMX ni mudah, org bersopan dengan beliau, dibalas dgn budi bahasa dan PMX dikenali sebagai seorg yg ramah-tamah dengan Rakyat, rakan mahu pun lawan politik. Siapa yg pernah bersalam dan disapa PMX akan faham. Beliau seorg yg 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗼𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗴𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻. 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 antara VIP dgn rakyat. 


2) 𝗧𝘂𝗻 𝗠𝘂𝘀𝗮 𝗛𝗶𝘁𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 sebagai seorg Perdana Menteri dan pemimpin negara kerana begitu mudah mendekati Rakyat Marhaen. PMX sebati bergaul dgn Rakyat bawahan. Beliau adalah seorang "𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗺𝗯𝗶", kata Tun Musa.


3) Cuma jangan dok hina, herdik, maki hamun dan fitnah. PMX tidak ada masalah jika kritikan tertumpu kpd polisi dan menegur, beri idea utk perbaiki. Itu sikap PMX sejak mula-mula menjadi menteri di tahun 80an lagi. Politik, politik lah, usaha membantu Rakyat mesti dilaksanakan tanpa sentimen politik.


4) Di Kedah, sekurang-kurangnya 𝗣𝗠𝗫 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗝𝗜 𝗡𝘂𝗖 𝗕𝘂𝘁𝘁 𝗛𝘂𝗿𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂. 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝗱𝗴𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 "𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗡𝗚...!!" Jauh sekali PMX nak buat begitu. Pujian PMX adalah kerana menghargai NuC Butt dan pasukan Exco yg menyambut baik PMX, Menteri-menteri dan rombongan ke Kedah. 


5) 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗡𝘂𝗖 𝗱𝗶𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗠𝗫. 𝗠𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗻𝘂𝗯𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗠𝗫. Demikian karomah insaniah seorg Perdana Menteri yg MALANGNYA tetap tidak boleh diterima oleh 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔.


6) JIKA anda perhatikan betul-betul, lawatan demi lawatan, tumpuan PMX membantu negeri-negeri MISKIN dikuasai PA$ menyebabkan 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗠𝗕-𝗠𝗕 𝗣𝗔$ 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 "𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵". Akhirnya turut diikuti oleh NuC Butt. Mereka kelihatan semakin "bijak" menjaga protokol, adab dan semangat Federalisma. Ini sebenarnya bukan setakat 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗠𝗕-𝗠𝗕 𝗣𝗔$ 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 kerana memudahkan proses kerjasama dgn agensi-agensi Persekutuan apabila melihat mereka mesra dengan PMX. Kini sudah tidak kedengaran lagi Atok SAKA jadi penasihat SG4.


7) Hal adab dan protokol menyantuni PMX ini pernah saya sebut dulu sewaktu PRN 6 Negeri, agensi pusat tidak akan selesa bekerjasama 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗠𝗕 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗮𝘀𝘆𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝘂𝗸 "𝗯𝗼𝘀𝘀" 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Ramai antara kita termasuk saya skeptikal dgn NuC tapi kita bagi lah dia "𝗕𝗲𝗻𝗲𝗳𝗶𝘁 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗲 𝗗𝗼𝘂𝗯𝘁" 𝘂𝘁𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Sekali sekali kita "TROLL". Kalau dia maki semula PMX, takkan kita tak boleh balun dia balik dak?


8.) PMX telah beri komitmen bukan setakat meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Kedah 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝟭𝟱𝟬𝟬 𝗹𝗼𝘁 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 seperti longkang, parit, jambatan, jalan, platform tapak lot dan sebagainya. Pastilah ini memberikan 𝗙𝗔𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg ramai.


9) 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 dengan itu, PMX juga committed meminta senarai dan perincian maklumat 𝟮𝟱𝟬𝟬 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗥 utk dibantu keluar dari garis kemiskinan 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗢𝗛 𝟮 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻. Tekad PMX ialah TIDAK mahu Rakyat Kedah ketinggalan berbanding bantuan yg Kerajaan Persekutuan berikan kepada Kelantan, Perlis dan Terengganu.


10) Meskipun tahu dan sedar beliau sentiasa dimaki hamun, dicerca, dihina dan difitnah secara melampau di SocMed, PMX kata beliau masih bersabar dan mahu laksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia serta membantu semua Rakyat tanpa mengira sokongan politik masing-masing.


11) 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗠𝗫, hanya Allah yg mampu membalas budi baik PMX 𝘀𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂, 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮'𝗳𝗶𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛. Tunggu setahun dua lagi, saya yakin sebelum PRU16 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗴-𝗯𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗔𝗚𝗔𝗥 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗠𝗫 dan Kerajaan MADANI. Kelihatannya PMX tidak memikirkannya sangat, sebaliknya "𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦" kerana beliau tahu, buat dulu kerja baik dengan ikhlas, "𝗰𝗼𝗺𝗺𝗲𝗿𝗰𝗲 𝗰𝗼𝗺𝗲𝘀 𝗹𝗮𝘁𝗲𝗿". Itu semua dalam ilmu Allah. 


Siapa yg faham, fahamlah.


- Zus Din 

06052024



MICROSOFT BUAT DOKEMENTARI KHAS PUJI PMX.


 

KATA MUNAFIK ...KANG MARAH


 

WOII LEBAI...5 HARI DULU MANA YANG NAK BUAT PERUBAHAN ? SEMBANG...


 

SAMPAI SANGGUP JADI FASIQ. TAK KAN TAK ADA ORANG TOLONG KEH.. KEH KEH






 Aik? Susah payah buat fitnah sampai 𝗿𝗲𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 sebab berbuat 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳, bila sudah macam ni tak ada ke pemimpin pujaan nak tolong?


Tapi sebelum tu, memang ada yang kata Salim ni 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 tapi sebab dia mengaku muslim dan 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵, salah untuk kita kata dia kafir. Berhati-hati dengan tuduhan kafir sebab kalau dia tak kafir, tuduhan tu 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗱𝘂𝗵.


Aku nak ulas bab 𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝘆𝗽𝗲 𝗖 tu je. Baru hari ni aku tahu puak tak bermaruah ni gelar kaum Cina sebagai 𝗧𝘆𝗽𝗲 𝗖. Ye la. 𝘊 𝘧𝘰𝘳 𝘊𝘪𝘯𝘢 kot.


Tapi apa yang menarik, dia kata walaupun tuan rumah ni 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗖𝗶𝗻𝗮 tapi ada 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻. 𝘗𝘢𝘳𝘵 yang ni aku rasa nak tergelak sangat.


Bukan apa. Selama ni puak rasis ni yang selalu kata orang Cina 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, nak hapuskan Melayu dan nak rampas tanah Melayu. Kan?


Bak kata Sanusi, 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙖𝙠 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙝!


Tiba-tiba ni dia kata tuan rumah berbangsa Cina ni ada 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸? Hey Salim! Kan Cina nak hapuskan Melayu. Kenapa tuan rumah tu nak berihsan dekat ko pulak? Inilah pelaung dia nak kenakan orang Melayu. 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗸𝗼 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Harap orang yang berakal boleh celik mata dan celik hati. Nampak tak jahatnya mereka memainkan fitnah dan menghasut 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺.


Sebenarnya bukan semua Cina jahat. Dan tak semua Melayu baik. Jahat baik individu itu adalah atas dirinya sendiri. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻.


Yang curi duit rakyat 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝘁𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Jadi tak payahlah termakan hasutan kebencian kaum yang sebenarnya 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 oleh mereka tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KEPADA SESIAPA YANG TIDAK MAHU KENAIKAN GAJI.



BORANG PENOLAKAN KENAIKAN GAJI sedang diedarkan. Kepada sesiapa yang tak mahu gajinya naik, sila isi borang ini dan kembalikan. Terima kasih.
.       Zunar Cartoonist Fan Club



KALAU MAK BADAK TENGOK NI..


Raja Mohd Shah Rim


 Bayangkan jika Ratu Naga tengok gambar ni.. gerenti dia mainkan isu bukan melayu pakai songkok dan tudung...

😇😇




WALAUN DAN MACAI PN BODO TAK MAU MENYUMBANG KA??


Man Toba. 




PENGGIAT MEDIA SOSIAL PRO KERAJAAN PERPADUAN TURUN BERTEMPUR DI PRK KUALA KUBU BARU MINGGU INI






Pertubuhan Sekretariat Komunikasi Media Madani (SKOMM) mempunyai ramai pendukung dan aktivis media sosial samada di Tik Tok, Youtube, FB, Space X, blog dan lain-lain yang bukan sahaja secara sukarela bertempur di media sosial, bahkan sanggup turun ke medan pertempuran.


PRK Kuala Kubu Baru yang kini masuk minggu terakhir kempen adalah merupakan medan pertama bagi SKOMM sebaik ianya ditubuhkan untuk berada di lapangan membantu calon PH/kerajaan perpaduan iaitu Sdri Pang Sock Tao dari Dap.  


Di antara yang kami atur selain dari kempen2 dan merayu undi melalui live Tik Tok, kami juga akan beraksi di "flash mob' di beberapa lokasi yang akan ditetapkan, mengedar risalah kempen/flyers, ceramah kelompok/bergerak serta beberapa aktiviti lain yang boleh membantu memenangkan calon dari PH/kerajaan perpaduan.  Beberapa nama aktivis media sosial/influencer, youtubers/tik tokers pro kerajaan perpaduan akan turun mulai minggu ini hingga hari mengundi.


Mana2 aktivis media sosial yang ingin turut serta membantu tim SKOMM secara SUKARELA, anda boleh berhubung dengan saya atau tinggalkan no whatsapp anda di ruangan komen di bawah.  


Semoga kemenangan milik kita.  Undilah calon No. 2 dari Pakatan Harapan !!


WFAUZDIN NS



TYPE C




Menyedihkan dan memalukan. Tengok komen, yang disentuh soal harga. Tapi jawapan tiba-tiba salahkan kaum lain. Ini 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗹𝗲𝗸 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻. Dah macam pelanggan tu tak reti baca.


Jawapan dia dah elok. Tapi kenapa nak sentuh kaum lain? Tanpa bukti pulak tu. Kalau betul pun berlaku, tak perlu pun nyatakan sebab jawapan begini 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹.


Sebelum ni orang kita bila berniaga melingkup, letak kesalahan kepada sihir. 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Tapi tak reti lihat cermin tengok kesilapan sendiri. Sekarang ni 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗿𝗲𝗻𝗱 salahkan kaum lain pula.


Aku pun tak pernah dengar 𝗗𝗮𝗿𝘀𝗮 𝗙𝗿𝗶𝗲𝗱 𝗖𝗵𝗶𝗰𝗸𝗲𝗻 ni. Tah macamana 𝘰𝘸𝘯𝘦𝘳 boleh perasan orang nak dengki bisnes dia sedangkan bisnes dia baru tunas. Dah tu 𝘀𝘂𝗮𝗺 𝘀𝘂𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗸𝘂. Kalau sendiri tak pandai menari, tak payah salahkan papan jongkang jongket.


So restoran ni memang aku 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗷𝗮𝗸. Sebab sikap buruk 𝘰𝘸𝘯𝘦𝘳 yang menghasut kebencian dan langsung tak profesional. Bagus dia jual nasi lemak tepi jalan je. Tak payah cita-cita besar kalau 𝘢𝘵𝘵𝘪𝘵𝘶𝘥𝘦 𝗵𝘂𝗱𝘂𝗵. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.