YB SANY HAMZAN BALUN KAW KAW! MB LATO LATO YANG BISING SEPERTI TIN!



Pengarah Pilihan Raya Amanah, Mohd Sany Hamzan membidas Muhammad Sanusi Md Nor yang berikrar hendak memecah belahkan hubungan parti-parti dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Sebaliknya, dia secara sinis berkata Pengarah Pilihan Raya PN itu hanya pandai berkata-kata. "Bercakap ini tak kena bayar. Dia (sama) macam menyanyilah tak kena bayar. Kerajaan perpaduan hari ini masih lagi kukuh termasuk sokongan (parti) daripada Sabah dan Sarawak," katanya kepada Malaysiakini, hari ini. Semalam, Sanusi berkata pihaknya akan berusaha membuat hubungan parti-parti dalam kerajaan yang menurutnya kini retak “menjadi belah”. ================================================================================ Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihatkan Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai menteri besar Kedah berbanding 'menyibuk' tentang negeri lain. Fahmi yang juga jurucakap kerajaan perpaduan berkata ini kerana pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) terlalu banyak bercakap daripada membuat kerja. “Saya rasa daripada dia sibuk tentang negeri lain sibukkan diri dia untuk menyiapkan pelbagai projek yang telah beliau umumkan di negeri Kedah, sama ada projek litar atau apa saja dia ini sembang banyak tapi (projek yang) siap tak banyak. "Berbeza dengan menteri besar Selangor umum (projek pembangunan) dan kita dah lunaskan, tunaikan. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/703380 2. https://www.malaysiakini.com/news/703378 #mblatolatotukangbaca #mbPASkedahgagalhabis #paskedahgagalhabis Join this channel to get access to perks:    / @oraitnopochannel  



RESPON PEMIMPIN PAS ATAU MB PERLIS ANAK DITANGKAP BERKAITAN PENIPUAN TUN...





Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. “Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara SPRM, setakat tu sajalah,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini. Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu. ================================================================== Menteri Besar Perlis Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000. “Esok saya jawab dalam dewan. “Setakat itu sajalah (komen saya),” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar hari ini.






TUUU DIAAA....


 

TAHNIAH PDRM- KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH



Siasatan Terhadap Pemilik Akaun Twitter Saifuddin Shafik Yang Membuat Komen Jelik Berkenaan Insiden Kemalangan Helikopter di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia.





KEMARUK KUASA.. DIA BOLEH BODOHKAN AHLI DIA....NAK KIRA PUN TAK TAU.. MACAMANA NAK PERINTAH NEGERI KA NEGARA.. PATUT MELINGKUP.




 Adoi. Pening kepala layan lebai. Tak sudah lagi cerita 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Dia punya 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 memang tak ada tandingan. Sama kemaruk macam 𝘇𝗶𝘆𝗼𝗻𝗶𝘀 nak rampas tanah Filastin.


Masih guna ayat sama, 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Daripada musim 𝗣𝗥𝗡 6 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 sampai hari ni tak sudah main naratif referendum rakyat. Hakikatnya, puak ni 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝘀 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿.


Mujurlah aku dah pencen jadi walaun. Kalau tak, serius malu wei ada pemimpin 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹 macam ni. Untungnya walaun memang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝘂. Sebab tu orang sengal begini masih boleh kekal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENANTU 600K

 


YB.. JANGAN JADI TOLOL..

 Kenyataan Media



Penipuan Ahli Parlimen Kuala Krau


Saya memandang serius terhadap ucapan YB Ustaz Kamal Ashasri Ahli Parlimen Kuala Krau berkaitan penukaran kerajaan Persekutuan boleh berlaku jika PN memenangi PRK Kuala Kubu Bharu.


2. Kenyataan ini adalah sangat dangkal dan tidak menunjukkan kematangan dan Intelektual YB sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat. Cukuplah dengan kisah lampau ala mestika mayat bertukar menjadi 8a8i.


3. Kenyataan YB juga dilihat sebagai usaha menimbulkan keresahan rakyat, dimana para penyokong PN selepas ini akan mengulang-ulang pertukaran kerajaan walaupun ianya tidak logik. Cukuplah mereka telah ditipu berkali-kali.


4. Kenyataan ini juga menyebabkan fokus penjawat awam terjejas kerana kuartir berlaku pertukaran pra matang seperti mana tindakan songsang yang berlaku pada tahun 2020 akibat rasuah "scheme of things". Cukup-cukup lah tebuk atap.


5. Kenyataan YB juga seolah-olah mencabar titah Tuanku Sultan Ibrahim semasa pembukaan Parlimen, dimana Tuanku bertitah agar :


“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.


“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,”


6. Ucapan YB juga dilihat sebagai satu sabotaj kepada usaha-usaha memajukan enonomi negara, dimana para pelabur berasa gusar dengan pertukaran kerajaan yang mungkin menyebabkan pertukaran polisi. Cukup-cukup lah sengsara zaman 33 bulan.


7. Saya menyeru untuk YB menghentikan tindakan pembodohan ini serta merta. Menang atau kalah adalah pilihan rakyat, namun membodohkan rakyat, sabotaj ekonomi dan melanggar titah YDPA seperti ini adalah tidak boleh diterima.


Terima kasih,


Malaysia Madani


Muhammad Fairul al-Qasas

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau



PECAT INDIVIDU BAWA MASUK BRUCE GILLEY KE UM





Bekas menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik memandang serius kebiadapan seorang ahli akademik US Bruce Gilley yang menuduh Malaysia sebagai pendukung Holocoust sehingga mencadangkan agar orang hertanggung jawab membawa Bruce Gilley masuk ke UM dipecat. 


Gesaan itu agak keras, tetapi wajar memandangkan implikasi gara gara apa dilakukan Bruce Gilley boleh mendatangan imej teruk kepada negara khas kepimpinan Anwar yang bermati-matian memerangi keganasan zionis Israel untuk membebaskan Palestin.

 

Kata Mazlee yang juga bekas MP Simpang Renggam Naib Cencelor Universiti Malaya (UM) perlu bertanggungjawa sehingga "seseorang" letak jawatan.


Tidak perlu simpan oknum berkenaan kerana ia mendatangkan masalah dan boleh mengelirukan mahasiswa dan juga orang awam dengan kenyataanya itu. Bioleh jadi juga oknum itu agen pembangkang?


Bruce Gilley dalam satu hantar X menyebut Malaysia sebagai pendukung Holocaust, yang mana pernyataan itu  disifatkan melamau.


Syabas kepada Dr Mazlee kerana berani menyuarakan sesuatu dan sudah tentu pengalamannya sebagai menteri pendidikan sedikit sebanyak mengenalkan beliau dengan apa yang berlaku di pusat pengajian tinggi khasnya di Universiti Malaya. 


Opolagetik dari pihak UM tidak bererti isu itu tuntas, begitu juga walaupun ahli akademik itu sudah meninggalkan negara ini namun najis ditinggalnya "bertepek" di bumi ini. Trims.

Foto: Kenangan bersama Dr Mazlee sewaktu iftar.



LEBAI SUKA BUAT NUJUM

 


Rafizi Ramli


Dah mula dah.



Setiap kali ada PRK, PN akan guna ayat:


“.. kalau kami menang kerajaan akan tumbang..”


Tak kisahlah bila campur tolak jumlah wakil rakyat tu jauh sangat lagi kerajaan nak hilang majoriti, dengan selambanya dia jawab:


“… doh cukop jumloh…”


Drama cukop jumloh bermula lagi 🤣



PMX MENGIRINGI YDP AGONG KE JAMUAN HARI RAYA.

 










Hari ini, saya mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan berangkat memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Putrajaya.


Usai tiba, kami terus menyantuni tetamu, bertegur sapa dan bergambar bersama tetamu, selain mencuba juadah tradisional dan moden yang disediakan.


Alhamdulillah, semangat perpaduan dapat diraikan dalam penuh suasana harmoni bagi meraikan Aidilfitri.


Terima kasih atas jemputan.


#MalaysiaMADANI




TUNTUTAN PALESU MELIBATKAN RAJA PERLIS.

 

Najib Bakar




Kes anak MB Perlis dan 5 konco-konconya. Salah satu adalah tuntutan palsu berkaitan Raja Perlis.


Tudia.


Depa kata depa bekalkan minuman kepada Raja Perlis di Hospital Kangar. Tapi benda tu tak wujud pun.


Tengok berapa jumlahnya. RM19,505.10.


RM19 ribu bang. Harey!


Tengok kuantiti air berapa. 666. Kalau omputih 666 tu maksudnya shayton. 


PN Best kan?


*Aku sertakan design mineral water yang mahai tu untuk tindakan walaun, bernama UN-BODOW. 🤣



SELALUNYA MATA RABUN SELEPAS PENCEN


Nasib Anwar Ibrahim apabila dia jadi PM, beliau diserang dan dikecam oleh segenap

penjuru dari berbagai golongan, dari makcik penjual sayur, driver lori, apa lagi oleh para haiwan peliharaan pembangkang. 


Itu masih boleh dianggap tak apa lagi, tetapi bila bekas seorang Hakim juga turut mengusik Anwar dengan gesa agar kerajaan memohon maaf kepada mangsa operası lalang yang berlaku tahun 1980 an dahulu dikira sudah melampau.


Hari ini juber Kabinet Fahmi Fadzil jelaskan kabinet tidak bincang gesaan bekas hakim berkenaan. Tepat sekali kalau kabinet memekakan telinga dari mendengar gesaan bertujuan hendak menganggu kerajaan Madani itu kerana penangkapan itu berlaku dizaman bukan Anwar jadi PM, jadi dimana munasabahnya kalau kerajaan dibawah pimpinnya hendak minta maaf kepada mangsa operası lalang itu. Kenapa minta Anwar bertanggungjawab. Orang lain berak kenapa suruh Anwar basuh.


Soalan mudah kenapa bekas hakim itu  teralpa dan lupa hendak membuat desakan ketika orang mengarahkan tangkapan itu jadi perdana menteri kali kedua lalu. Apa ketika itu mata bekas hakim itu rabun? Trims.



TAKDIRRRR....



     Zunar Cartoonist Fan Club

PASPORT


Adrian Lim Chee An




Satu-satunya syarat memohon pasport Malaysia adalah membuktikan diri seorang warganegara Malaysia.


Sebab itu antara dokumen yg diperlukan semasa memohon pasport adalah membawa kad pengenalan. Kad pengenalan itu adalah bukti kamu seorang warganegara.


Sama ada kamu fasih berbahasa Melayu atau tidak, sama ada kamu walaun atau walanon, sama ada kamu kaya atau miskin, sama ada kamu tinggi atau pendek, sama ada kamu gemuk atau kurus, itu semuanya “immaterial”. Semua itu bukan syarat kelayakan permohonan pasport.


Semua warganegara Malaysia adalah layak memohon dan menerima pasport, kecuali jika kamu gagal membuktikan diri seorang warganegara Malaysia (contoh: tidak ada atau tidak bawa MyKad).


Malah jika kamu ada kes jenayah di mahkamah sekalipun, kamu masih layak mempunyai pasport, melainkan mahkamah tarik pasport kamu seperti yang berlaku kepada Muhyiddin dan Najib.


Dalam kes pasport ditarik, pasport itu tidak terbatal. Ia cuma “disimpan” oleh mahkamah, untuk tujuan mengelak OKT melarikan diri. Ianya akan dikembalikan pada suatu masa yang ditetapkan oleh mahkamah.


Masalah warganegara tidak fasih berbahasa Melayu masih layak menerima pasport, ini bukanlah perkara baru.


Ia berlaku sejak zaman Merdeka lagi.

Berlaku di zaman Mahathir.

Berlaku di zaman Najib.

Berlaku di zaman Mahathir 2.0.


Malah semasa Muhyiddin Yassin jadi PM dan Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri, orang yang tidak fasih berbahasa Melayu pun boleh memohon pasport.


Bukan sikit, tapi ramai warganegara tidak fasih bahasa Melayu menerima pasport.


Sekiranya kefasihan berbahasa Melayu mahu dijadikan syarat permohonan pasport, perkara ini perlu dibuat melalui pembentukan Akta-akta baharu atau pindaan kepada Akta-akta sedia ada.


Namun, pindaan sebegitu tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan terdahulu.


Nota: Saya sokong semua warganegara Malaysia wajib fasih berbahasa Melayu. Pada masa yang sama sokong juga kenyataan KP Imigresen kerana kedudukan undang-undang sedia ada sememangnya TIDAK BOLEH menafikan seseorang memohon pasport atas dasar “tidak fasih berbahasa Melayu”.



APA STATUS SUASATAN TERHADAP SUFI KAMARI ?

 


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kalau boleh kami nak tahu apa status siasatan terhadap Suffi Kamari ni atas 𝘵𝘸𝘦𝘦𝘵nya yang biadab terhadap (mantan) YDP Agong ke-16 dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




Najib Bakar


Part 3, kisah Suffi Kamari report polis terhadap aku.


Part 1 - https://www.facebook.com/share/p/z8uBG1iRFRvhNH4Q/?mibextid=oFDknk


Part 2 - https://www.facebook.com/share/p/Pz61ESDM1rMezv8q/?mibextid=oFDknk


*Status ini juga mahu diviralkan semula supaya pihak polis dapat memberi maklumbalas tentang status kes.


Ok, chapter 3, masa dok kecoh-kecoh si Suffi ni bagi aku 24 jam supaya mintak maaf, ada la kawan-kawan share screenshot twit Suffi tentang YDPA.


Terkejut jugaklah aku. 


Selamba dia merendahkan YDPA, memperlekehkan Istana Negara semata-mata tak puas hati DSAI dilantik jadi PM.


Jadinya, sehari selepas aku dipanggil beri keterangan, aku print twit si Suffi ni, bawa semula ke IPD Gombak untuk buat laporan.


Boleh tengok video yang aku sertakan di komen posting.


Aku buat laporan polis pada 4 atau 5 Mac 2023 kalau tak salah, dan pada 23 Mac 2023, Suffi dipanggil ke Bukit Aman.


Bila laporan berkaitan YDPA, yang menyiasatnya adalah unit D5 di Bukit Aman.


Cuma aku nak habaq, setakat hari ini, tiada sebarang makluman tentang perkembangan kes.


Aku harap posting ni viral semula, supaya pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )  boleh maklumkan, apa status kes ini sekarang ya?


Adakah no further action (NFA)? Atau sedang tunggu giliran masuk mahkamah?


Kalau NFA, eloklah maklumkan supaya kami semua dapat tutup chapter ini. 


Bukanlah aku nak mengarah pihak polis, aku bukan Suffi. Aku cuma nak tahu status siasatan sahaja.


Sebab masa aku buat report tu, pihak polis ada bagitau depa akan update status kes kepada aku.


Ok, sebelum aku tutup trilogi kisah Suffi ni, silalah tatap gambar muka Suffi berselfie depan Bukit Aman sebagai peneman hampa nak tidoq malam nanti. 😆




.

KERAJAAN UMUM STRUKTUR GAJI BARU PENJAWAT AWAM 1 MEI

 

Terbaik, struktur baru gaji penjawat awam akan diumumkan PMX pada 1 Mei nanti.



Maksudnya, revise gaji. Nak mudah faham lagi, naik gaji.


Macam mana untuk pekerja swasta? Kementerian Ekonomi sedang usahakan dasar gaji progresif.


Lagi?


Kerajaan fokus tentang sektor yang high growth high value.


Contoh?


Sektor semikonduktor selama ni kita jaguh dalam pemasangan, testing, dan pembungkusan.


Sekarang kerajaan fokus untuk naik ke higher value chain dalam sektor semikonduktor, seperti design dan architecture.


Design architecture semikonduktor selama ni dikuasai oleh US dan UK.


Bila semakin banyak high growth high value sector di Malaysia, skill pekerja boleh naik ke paras lebih tinggi, dan hasilnya, gaji yang diterima lebih tinggi.


Ni yang sedang diusahakan kerajaan.


Impaknya bukan dapat dirasa esok. Akan ambil sedikit masa.


Memang akan ada keributan sedikit pada awalnya.


Terutama bila subsidi pukal dihapuskan dan dijadikan subsidi bersasar. Hence, di situ datangnya fungsi PADU.


Kesemua ni berkaitan antara satu sama lain. Kalau hampa nampak lah.


Yang penting, at the end of the storm, there's a golden sky. And the sweet silver song of a lark.


Walk on. Through the wind.


Walk on. Through the rain.


Though your dreams be tossed and blown.


Walk on, walk on. With hope in your heart.



BUKA MULUT JA MOHONH- SANUSI KANTOI


 

MENANTU HADI KENA CEKUP - KATA BERSIH- BUANG LA BERSIH TU.PADAN MUKA.


 

Peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang Kelantan raih jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan!


Najib Bakar



 Peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang Kelantan raih jualan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan! 


Alhamdulillah, rezeki peniaga ni. Memang laku keras di sana.


Model perniagaan mesin vending IPR ni sangat berkesan kepada peniaga kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.


Sebelumnya peniaga ni meniaga kuih dapat untung bersih RM500 saja sebulan.


Memang mesin vending IPR yang diletakkan di universiti laku keras. Dengan harga makanan yang murah serendah RM2, ia dapat menyelesaikan;


Satu, dapat beri pendapatan lumayan kepada peniaga kecil.


Dua, dapat beri pilihan kepada pelajar yang sentiasa lapar, terutama di tengah malam waktu kedai dah tutup.


Tiga, peniaga tak perlu upah pekerja untuk tunggu di gerai.






Empat, sewa lokasi mesin vending ditanggung kerajaan.


Lima, peniaga tidak perlu bayar sewa mesin vending, juga turut ditanggung kerajaan.


Power dak?


Tahun 2024, akan lebih banyak mesin vending IPR dibuka di seluruh negara. Kepada yang dah mohon, saya doakan ada rezeki hampa.


Kalau dapat peluang, jangan sia-siakan. Insya Allah, dengan kerja kuat, Allah akan bantu permudahkan.


Terbaik Kementerian Ekonomi dan Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli !


*Aku share juga mulut huduh Sanusi mengenai mesin vending IPR.



PEGAWAI NGA KOR MING CALON PH DI KKB, KEPUTUSAN DAP TINDAKAN TERPUJI



Semalam DAP telah mengumumkan secara rasmi cakonnya yang akan bertanding dalam PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei depan.


Calon yang dinamakan itu ialah Pang Sock Tao, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming.


Agaknya sebab itulah Nga Kor Ming menjadi satu-satunya menteri kerajaan madani, bahkan yang paling awal turun membawa jajan kepada pengundi KKB dengan mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.2 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 18 April lalu:


Bagaimanapun, dengan keputusan mencalonkan Pang ini, pujian harus diberi kepada DAP kerana ia adalah suatu tindakan yang berani.


Pertama, walaupun ada cadangan daripada seorang pemimpin PH/PKR Selangor, Borhan Abu Samah agar DAP meletakkan calon Melayu di KKB berdasarkan situasi politik semasa dan peratusan pengundi Melayu yang tinggi di kawasan itu, tetapi DAP nampaknya menolak idea perkara tersebut.


Dengan meletakkan Pang sebagai calon, DAP terlihat tidak berganjak daripada pendirian untuk terus melindungi dan mengutamakan kepentingan penyokong terasnya iaitu kaum Cina.


Tambahan, wakil rakyat KKB sejak dulu lagi sama ada semasa DAP atau MCA, ia adalah kerusi yang sentiasa dipegang oleh kaum Cina.


Ertinya, DAP tidak terpesong daripada pendirian mengutamakan status quo untuk kaum Cina, sambil menampakkan pendirian tidak terbuai dengan sentimen politik semasa mungkin memberi ancaman kepadanya.


Walaupun mungkin berdepan cabaran yang hebat berikutan pencalonan Pang itu, terutama jika PN meletakkan calon Melayu, ketegasan pendirian DAP dalam hal ini wajar diberikan sanjungan.


Parti itu ada pendirian yang tegas dan tidak mudah goyang dengan sentimen semasa.


Yang kedua, sebagaimana kita tahu sejak kebelakangan ini, Nga Kor Miing adalah sosok dalam DAP yang sering menjadi sebutan di kalangan orang Melayu berikutan beberapa isu yang terkait dengannya seperti cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Unesco dan isu stoking bertulis kalimah Allah.


Cadangan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan Unesco oleh Nga Kor Ming mendapat tentangan yang menyeluruh daripada orang Melayu, terutamanya UMNO sehingga akhirnya cadangan tersebut “termati” begitu saja.


Dalam isu kalimah Allah pula, Nga Kor Ming adalah pemimpin DAP yang paling awal menyerang Dr Akmal Saleh dalam isu tersebut dengan mengatakan UMNO akan lebih kehilangan sokongan dalam PRU akan datang sehingga Ketua Pemuda UMNO itu kemudiannya melabel Ahli Parlimen Teluk Intan itu sebagai “menteri bodoh.”


Dengan itu, keputusan DAP meletakkan pegawai Nga Kor Ming sendiri sebagai calon adalah tindakan yang amat berani, terpuji dan jarang ada parti lain punya keberanian sebegitu.


DAP nampaknya tidak tertekan dan langsung tidak ambil pusing dengan pertelingkahan Nga Kor Ming dengan Dr Akmal dan UMNO, lalu dengan berani meletakkan pegawai menteri yang tidak disukai UMNO itu sebagai calonnya di KKB.


Malah, dengan meletakkan Pang juga, DAP terlihat sama sekali tidak takut jika Pemuda UMNO atau Dr Akmal tidak datang membantu sepanjang tempoh kempen di KKB nanti.


Pendirian ini membuktikan DAP sangat yakin dengan kekuatan yang dimilikinya di kalangam pengundi Cina, sambil hanya mengharapkan sedikit sokongan daripada pengundi Melayu dan India bagi memastikan kemenangan diperolehi.


Apa pun, sementara PN dijangka meletakkan calon Melayu daripada Bersatu dan PRK KKB pasti akan menjanjikan persaingan yang sengit dan mendebarkan berbanding enam PRK yang diadakan pasca PRU15 sebelum ini, keputusan DAP meletakkan pegawai Nga Kor Ming sebagai calon adalah tindakan yang jauh lebih mengundang tarikan ramai.


Yang pasti, KKB akan menjadi subjek perbualan yang menarik sehingga 11 Mei depan, tetapi jika kalah dalam keputusannya nanti, masa depan DAP serta PH akan menjadi isu gantian yang lebih menarik untuk diperkatakan, mungkin berpanjangan sehingga PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 25/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/25/pegawai-nga-kor-ming-calon-di-kkb-keputusan-dap-tindakan-terpuji.html



TAK BOLEH BAHASA BUKAN SYARAT.


 

JANGAN ADA DALIL RASUAH DEMI MASLAHAT....DULU DOK ULANG 47 KES ...LA APA MACIAM.....ISLE TERANCAM DENGAN RASUAH


 

PN BEST

                  Zunar Cartoonist Fan Club





 

AKAN DIUPDATES DISEBELAH PETANG...TALIAN MASIH LAGI TERPUTUS.

 


AKAN DI UPDATE DISEBELAH PETANG. HARAP MAAF.

CALON PH

 


SALAHGUNA ISA

 




𝗢𝗽𝘀 𝗟𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 berlaku tahun 1987. Masa tu kerajaan dipimpin oleh Mahathir, sang diktator yang kita tahu aktif gunakan 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗜𝗦𝗔) sebagai senjata.


Tapi suruh kerajaan sekarang minta maaf? Susah nak hadam. Bukan tak setuju tapi pelik. Kenapa sebelum ni tak pernah pula timbul soal ini. 2018 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶. Tak tuntut pun?


Dari satu sudut, ini satu indikasi bahawa mereka ini yakin 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 berbanding kerajaan-kerajaan sebelum ini. Sebab itu hari ni baru berani nak bersuara.


Tapi, kalau kerajaan hari ini minta maaf pun, 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻. Jadi macam tiada fungsi pun permohonan maaf tu. Orang yang jadi punca kekal 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮.


Boleh nak suruh kerajaan semasa minta maaf. Tapi Mahathir mesti mulakan dulu. Kalau tak, seribu kali sekali pun kerajaan minta maaf, 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANAK MENANTU PULAK RASUAH

 




Anak 𝗠𝗕 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀 pulak dicekup dek 𝗦𝗣𝗥𝗠 kes tuntutan palsu berjumlah 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁. Sebelum ni anak Hamzah kes 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Selain tu 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗷 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 pun dikehendaki oleh SPRM.


Memang dorang sepakat ke apa?


Itu belum 2 tahun jadi MB tu. Kalau habis sepenggal entah macamana pulak. Kalau kena cekup kes dadah misalnya, lain cerita. Tapi bila kes 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, ada tak kemungkinan berkait dengan kedudukan ayahnya sebagai 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 1 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀.


Apa pun, ini baru 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻. Belum disahkan bersalah lagi. Kalau dia tak bersalah, tentu boleh buktikan di mahkamah nanti. Apa pun, MB Perlu perlu 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 atau 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶. Ini bagi memastikan siasatan boleh berjalan dengan telus.


Takut nanti tak ada yang berani jadi saksi. Bayangkan nak jadi saksi untuk sabitkan 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝙗𝙞𝙜 𝙗𝙤𝙨𝙨. Mungkin ada yang takut terjejas masa depan mereka. Langkah terbaik, MB cuti dulu dari jawatan MB tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DAP MESTI TUNJUK JATI DIRI SENDIRI, BERHENTI MINTA BANTUAN SESIAPA UNTUK MENANG DI KKB



Tanpa dapat disangkal oleh sesiapa, DAP adalah parti yang cukup kuat dan terbilang standardnya ketika ini.


Di kalangan masyarakat Cina, DAP adalah parti yang terkuat sekali sehingga mampu memenangi paling banyak kerusi Parlimen ketika ini.


Ia telah lama mengenepikan MCA dan Gerakan daripada hati sanubari kaum Cina.


Di kalangan semua parti pula, DAP adalah nombor dua di belakang Pas dari segi kemenangan kerusi Parlimen.


DAP ada 40 kerusi Parlimen, manakala Pas 43.


Tetapi, berdasarkan statistik penduduk tahun 2022 di di mana Bumiputera mencatatkan jumlah 69.4 peratus, diikuti Cina 23.2 peratus, India 6 peratus dan lain-lain kaum 0.7 peratus, prestasi DAP bermakna jauh lebih unggul berbanding Pas.


Kemampuan DAP memenangi 40 kerusi Parlimen itu bererti lebih 90 peratus orang Cina adalah menyokong mereka.


Dalam PRN baru-baru ini, DAP mencapai prestasi hampir 100 peratus di mana mereka menang 46 daripada 47 kerusi DUN yang ditandingi.


Atas prestasi dan nama besar itu, adalah disarankan agar DAP tidak menunduk untuk merayu bantuan, sokongan atau pertolongan daripada BN, UMNO dan MCA dalam PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.


Jika ada parti dalam BN yang sudah memutuskan mahu memboikot dan enggan membantu, biarkan saja.


Takkan jatuh walau sehelai bulu roma orang yang gagah perkasa dengan perbuatan pihak kecil yang hanya ada satu dua kerusi itu.


DAP bukan saja boleh berdiri sendiri mengaut undi di kalangan kaum Cina, malah dengan bantuan PH – khususnya PKR dan Amanah – sudah cukup memadai untuk menambah sokongan daripada pengundi Melayu bagi mencapai kemenangan di KKB.


Tidak perlu lagi merayu, meminta tolong atau mengharapkan BN dan UMNO membalas budi kepada jasa yang pernah dicurahkan di Pelangai sebelum ini.


Tidak perlu semua itu, lagi pun kalau terlalu mengharap bantuan UMNO di KKB, ia bukan saja memperlihatkan DAP tidak cukup kuat untuk meraih kemenangan atas keupayaan sendiri, bahkan juga menampakkan PKR dan Amanah tiada kemampuan dalam menarik sokongan pengundi Melayu.


Takkan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan lain-lain tokoh Melayu dalam PH tidak cukup kuat untuk menarik pengundi Melayu?


Dalam pada itu, DAP haruslah sedar bahawa UMNO semakin ditolak oleh pengundi Melayu sendiri, berharap pertolongan mereka adalah kerja sia-sia.


Lagi pun, kalau menang pula nanti – percayalah – UMNO yang akan lebih dulu berkepak serta mendabik dada kononnya bantuan merekalah kemenangan itu diperolehi, walhal hakikatnya bukanlah sangat atas bantuan parti tersebut.


Selain itu, paling penting untuk disedari oleh DAP, UMNO hanyalah kawan sementara saja, tetapi kawan yang kekal bersama mereka adalah PKR dan Amanah.


Untuk itu, bagi memastikan kemenangan di KKB dan untuk mendapat sokongan pengundi Melayu, DAP mesti memandaatkan PKR dan Amanah sepenuhnya, di samping harus sekerap mungkin membawa pemimpin-pemimpin Melayunya sendiri yang telah berjaya untuk turun berkempen.


Tidak perlu berharap, meminta tolong atau minta budi mereka dibalas oleh sesiapa.


DAP mesti ada jati diri sendiri untuk mengekalkan kemenangan di KKB. – ShahbudinHusin 24/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/24/dap-mesti-tunjuk-jati-diri-sendiri-berhenti-minta-bantuan-sesiapa-untuk-menang-di-kkb.html



SEMOGA PASKAL MAI BOH PENAMPAQ SEDAS

 

Miqdad Zakaria. 


Astaghfirullah..





Mengucap panjang ana baca komen dari manusia yang kononnya ada pendidikan yang baik, tapi kenapa akhlak terlalu bebal berbanding seekor babi di hutan yang tidak pernah ikut mana² pengajian tinggi..?


Macam biasa, bila sudah viral komen buruknya, maka mulalah buat permohonan maaf secara ikhlas ibarat otak baru berfungsi dengan baik.


Entahlah,


Ingatlah wahai sahabat², akhlak buruk mustahil ke syurga..!! Tidak kira siapa, ulamak atau orang biasa, semua akan dihisab oleh Allah dengan seadil-adilnya.


🥴🥴



BERSIH LA SANGAT


Zuwari Md Yusof


Tahukah anda satu team yg kena cekup ni,






🔴Anak orang politik

🔴Pegawai kanan Pejabat MB

🔴Penjawat awam pejabat SUK

🔴Kontraktor

🔴Pemilik syarikat


Sekilas ikan di air tak sukar nak agak jalan cerita dia.Besar kemungkinan anak MB jadi broker, siapa nak projek kena lalu dia. Proses, sop, semua "bisa diatur" melalui hubungan dgn SUK & Pejabat MB.Anak kepada MB PERLIS PN PAS juga merupakan MENANTU LELAKI kepada HADI AWANG,kehkehkeh


Kenape beriya sangat PN nak amek Johor, Melaka,N9 SELANGOR, PENANG yang banyak rezab dan kaya.Ini kisah dia dan sebab2 PAS,BERSATU yg sembang kencang tapi pemalas dan kering idea mahu merampas negeri2 kaya raya hasil mahsul.Anda masih yakin dan percaya sama PERIKATAN NASIONAL PAS dan BERSATU?https://twitter.com/FaktaBukanAuta/status/1783028202660933896



KUTBAH YANG HARUS DIJADIKAN PENGAJARAN


 

KEH.. KEH.. KEH.

 


Najib Bakar


Bergurau cerita pasal baju dalam dengan bini sendiri, di khalayak ramai. 


Kalau orang bising nanti kemungkinan besar dia akan jawab, "doh ni bini aku. Ikut suke aku la."


Aku tak pasti lah orang lain, tapi aku tak selesalah baca gurauan camni.


Tapi ini lah maksud liberal. Bebas berkomen dan menggunakan media sosial tanpa sekatan, selagi tidak melanggar undang-undang.


Kiranya UAI ni liberal lah bab media sosial ni. ☺️



DOK PEMBOHONG APA LAGI NUSI...


 

BAIK KELUAR BN

 


𝗠𝗖𝗔 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 dalam 𝗣𝗥𝗞 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗞𝘂𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 sebagai protes terhadap DAP. Sebelum tu aku ada terbaca MCA jadi bertanding dalam PRK tu. Memang MCA ni 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲?


Pertama sekali, rakyat pun ramai terlupa yang MCA ni masih wujud. Ingatkan 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗵. Sebab 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 pun dalam 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻. Apatah lagi terhadap masyarakat.


Satu-satunya peranan yang dimainkan oleh 𝗪𝗲𝗲 𝗞𝗮 𝗦𝗶𝗼𝗻𝗴 adalah 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dengan memainkan naratif palsu dan fakta yang melencong. Senang cerita, 𝘀𝗮𝗯𝗼𝘁𝗮𝗷.


Kita pun tahu MCA memang cenderung kepada parti sakau. Jadi keputusan MCA untuk 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝗣𝗥𝗞 𝗞𝗞𝗕 ni tak mengejutkan pun. Bahkan lebih mengejutkan kalau 𝗠𝗖𝗔 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻.


Aku cadangkan MCA bukan setakat boikot. Lebih baik 𝗠𝗖𝗔 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗕𝗡 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀, masuk PN. Ada berani? MCA tahu, keberadaan MP MCA dalam Dewan adalah 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢. Kalau mereka tinggalkan UMNO, maka terkubur teruslah parti 𝘚𝘮𝘶𝘳𝘧 ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAPORAN POLIS TERHADAP HAWA YAAKUB


Najib Bakar


INI PALESU


 24 jam diberi kepada Hawa Yaakub https://www.facebook.com/hjhhawayaakub1 untuk mohon maaf kerana sebarkan fitnah. 






Cerita dia camni. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Melaka, Hawa Yaakub bawak cerita kononnya Khazanah dah potong biasiswa kepada pelajar sebanyak 50%. Dia up di Twitter dan juga FB.


Status fitnah di link ini 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=920045085813502&id=100034240575603&mibextid=Nif5oz


Khazanah telah nafikan fitnah itu di posting ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=544140601177885&id=100067458495355&mibextid=Nif5oz


Jadi macam ni ja lah. 24 jam diberi kepada anda untuk buat status mohon maaf kerana sebarkan fitnah. Kalau tidak, laporan polis akan menyusul.


Kawan-kawan tolong panjangkan kepada dia.



TERUK SANGAT PERANGAI HANG... JADI ADUN MACAMANA.....

 





Ok next walaun. ADUN PAS Permatang Pasir. Fuh dia punya bahasa. Silakan bagi sepatah dua kata


Tak melambangkan seorang pimpinan dari parti Islam langsung. Kalau hang cytro tu paham la jugak.


Ni dahi hitam gutu, ingat confirm sorga?


Tak lama nanti tutup komen la tu. 😆


Profile : https://www.facebook.com/amirhamzah.abdulhashim?mibextid=LQQJ4d


Page : https://www.facebook.com/amirpermatangpasir?mibextid=ZbWKwL



KEH.. KEH.. KEH... HAMBIK KO.


 

TUNTUTAN PALESU ANAK MB PERLIS


 

BARAI



Abu Miskat. 



 Kalau kita guna kaedah haram sokong perniagaan pihak yang menyokong dosa, maka kita juga haram membeli dan memakai keteta jenama Honda. 


Namun kita dapati lebai-lebai pelaung agama akan mencipta dalil lain jika mereka memakai Honda, seperti mereka sudah mencipta dalil halal memandu kereta Merc walaupun Merc mengisytiharkan sokongan kepada i5r4el4el.  


Dalam masa yang sama lebai-lebai itu mengecam umat Islam yang memakan makanan keluaran McD dan KFC, atas dalil dua syarikat itu berpangkalan di US dan US sokong negara haram itu. 


Dengan ajaran lebai, agama kita jadi barai.



ANAK MB PERLIS DI TAHAN



 Anak MB PAS Perlis dan Pegawai Kanan Pejabat Menteri Besar Perlis ditahan SPRM babit tuntutan palsu lebih RM600 ribu membabitkan projek pembekalan seluruh Perlis.


MAKLUMAT BUAT PENGUNJUNG LAMAN REFORMASI

 


TALIAN MASIH LAGI MENGALAMI GANGGUAN SEJAK SEMALAM. INI DISEBABKAN HUJAN LEBAT DAN RIBUT PETIR..



HARAP MAAF




ERA YANG TELAH LUPUS ...KINI AI...


         Zunar cartoonist fan club 



PATUT LAH...




Mohd Farul Al Qasas


 Patutlah Presiden PAS tak ucap terima kasih kepada PMX dan Kerajaan Malaysia kerana menyelamatkan keluarga kepada Ahli PAS.


Rupanya dia ada idea lain.


Dia anggap yang keluar dari Gaza itu sebagai tidak berprinsip.


Sedangkan setiap keadaan ada rukhsahnya. Bukan hukum qatie untuk tidak keluar dari Gaza.


Kemudian Hadi juga tolak Solusi 2 negara. Walhal zaman PN pun itu lah dasar negara Malaysia. 


Hadi masa tu siap jawat jawatan Duta Khas Timur Tengah. Ada Hadi bersuara? Oh senyap ambil gaji....


Hadi Awang..kamu dah tua...Dan kelihatan tua...janganlah berperangai budak-budak tak habis-habis dengki kepada PMX.


Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa ada seorang lelaki yang datang bertemu Rasulullah SAW. Dia berkata:


 “Wahai Rasulullah, manusia apa yang paling dicintai oleh Allah? Dan amalan apa yang paling dicintai oleh Allah ‘azza wa jalla?” Rasulullah SAW menjawab:


Jawab NabiMuhammads.a.w: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling BERMANFAAT bagi manusia yang lain, 


manakala amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah 


1.KEBAHAGIAAN yang engkau berikan kepada diri seorang Muslim atau


2. engkau MENGHILANGKAN KESULITANNYA atau 


3. engkau MELUNASKAN HUTANGNYA atau


4. MEMBEBASKANNYA DARI KELAPARAN


5. Dan sesungguhnya (jika) aku berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan suatu hajat/keperluan lebih aku sukai daripada aku beri’tikaf di masjid ini, iaitu masjid Madinah selama sebulan. 


6. Dan sesiapa yang meninggalkan sikap marahnya, nescaya Allah akan tutup aurat (kesalahan)-nya. 


7. Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melakukannya, nescaya Allah ‘azza wa jalla akan memenuhi hatinya dengan rasa aman pada hari kiamat. 


8. Sesiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk MENUNAIKAN SATU KEPERLUAN HINGGA KEPERLUAN ITU DAPAT DITUNAIKAN baginya, nescaya Allah ‘azza wa jalla akan mengukuhkan kakinya di atas sirat pada hari di mana banyak kaki yang tergelincir padanya.”


Berdasarkan hadis ini, bukankah PMX Anwar Ibrahim telah melakukan amalan yang dicintai Allah. Iaitu memberikan kebahagiaan kepada Nadir dan keluarganya, menghilangkan kesulitan dan memenuhi hasrat Nadir yang datang meminta tolong?


ATADAFA 

Ambil tahu dan faham 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Menyampaikan yang benar 


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX