KEKAL TIGA PENGGAL, ERTINYA LENGKAP PUSINGAN MOHAMAD SABU PIMPIN AMANAH

 

Di sebalik khabar terdapat gerakan kuat mahu menyingkirkannya, malah di saat-saat akhir ramai pula yang mengatakan beliau akan kecundang, tetapi Mohamad Sabu akhirnya berjaya juga mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Amanah.

Meskipun di berada di kedudukan nombor lapan daripada 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih, mereka yang terpilih itu sepakat memilih Mohamad Sabu untuk terus memimpin parti tersebut.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Turut dipersetujui ialah Mujahid Yusof Rawa sebagai Timbalan Presiden, manakala Naib Presiden adalah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Ini adalah penggal ketiga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu diberi mandat mengetuai Amanah, sekaligus merupakan penggal terakhir baginya.

Memandangkan perlembagaan Amanah menetapkan seseorang itu hanya boleh menjadi Presiden selama tiga penggal, secara automatik pada pemilihan tahun 2026 nanti, seorang ketua baru akan muncul mengetuai parti tersebut.

Dalam hal ini bermakna, 27 Ahli Jawatankuasa Amanah lebih memikirkan kestabilan dan perpaduan, selain punya budi bahasa dan tahu mengenang budi serta sumbangan seorang ketua.

Mereka tidak membuang ketua di tengah jalan, tetapi terus meyakininya sehingga ke penghujung perhentian agar kemudiannya boleh memilih destinasi lain dengan aman.

Dengan sendirinya, peralihan kepimpinan pada tahun 2026 akan datang adalah terbuka, bebas dan bukan lagi sebahagian agenda untuk menyingkirkan sesiapa.

Sekali lagi ketika itu nanti, 27 Ahli Jawatankuasa akan memutuskan siapa yang terbaik di kalangan mereka yang terpilih itu untuk mengetuai Amanah.

Siapa yang dirasakan terbaik dan paling diyakini, orang itulah yang akan diberi mandat sebagai ketua.

Tiga tahun lagi juga, Mohamad Sabu boleh memilih sama ada untuk bersara atau menjadi penasihat saja kepada Amanah.

Ini adalah proses yang benar-benar harmoni yang bukan saja dapat memastikan Amanah terus kuat dan kukuh, bahkan menyumbang kepada kestabilan kerajaan perpaduan.

Sepertimana dimaklumi semua, Mohamad Sabu, baik melalui Amanah yang dipimpinnya atau ketika menjadi Timbalan Presiden Pas sebelum ini, beliau sebenarnya mempunyai sumbangan serta peranan yang besar kepada kejayaan PH dan juga Anwar Ibrahim yang kini akhirnya telah tertabal sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, mengekalkan lagi beliau untuk terus memimpin Amanah di ketika PH dan Anwar sedang berada di gerbang kejayaan adalah sesuatu yang signifikan dalam erti masih ramai ada hati yang suci dalam berparti.

Jika suatu masa nanti Mohamad Sabu berundur pergi, pengundurannya adalah pengunduran yang diingati dan dihormati.

Apa pun, tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya melengkapkan pusingan yang sempurna dalam mengetuai Amanah, selain memimpin sebuah parti yang bermula daripada kosong sehingga menjadi sebahagian kerajaan. – ShahbudinHusin 25/12/2023.


[bongkar] MP PAS BERBINCANG UNTUK BERPALING TADAH DAN SOKONG PMX?

[memalukan] APA CER USTAZAH MINTA DERMA !LEBAI LUPAKAN TEBUK ATAP!



Setahun setelah Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, perikatan parti parti politik dalam gabungan tersebut semakin mantap dan hampir mustahil boleh digoyahkan. Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian dalam ucapan pidato Presiden di Konvensyen Nasional parti Amanah Negara yang diadakan di dewan Wyndham Acmar, Klang, hari ini. Katanya, peluang terakhir Perikatan Nasional boleh menggugat Kerajaan Perpaduan adalah melalui Pilihan Raya Negeri pada Ogos lalu. Selepas kedudukan kekal dengan 3 negeri dikuasai blok Perpaduan dan 3 lagi PN maka tiada pilihanraya besar yang boleh dijadikan modal untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Perpaduan. "Dijangkakan, tidak ada lagi pilihan raya negeri yang boleh digunakan pihak Pembangkang untuk menggugat ketenteraman negara atau kononnya untuk melakukan 'Referendum' kepada Kerajaan PMX. "Terawal adalah Disember 2025 untuk negeri Sabah, dan sehingga Februari, 2027 di Melaka dan April, 2027 di Sarawak. "Mungkin sahaja boleh berlaku pilihan raya kecil, akibat kematian penyandang, di peringkat parlimen mahupun negeri atau dibatalkan kemenangan oleh SPR seumpama di Kuala Terengganu dan Kemaman, yang di menangi Pembangkang. Sumber Berita 1. FB Bro ISwardy 2. https://www.suarakeadilan.my/post/ker...





LAPORAN POLIS TDRHADAP TUN DAIM PADA TAHUN 1999. PMX TAK CAKAP KOSONG.

 



Kemungkaran yang sangat besar baru dapat disiasat untuk dicegah. 


Itulah Anwar Ibrahim yang kamu benci dan tuduhnya sebagai musuh Islam wahai pewalak2 perjuangan Islam palsu! 


**************


LAPORAN POLIS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99


LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455/99


Pada 14 April 1999 , tatkala memberikan kenyataan di mahkamah , saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar oleh pemimpin-pemimpin negara. Saya juga telah merujuk kepada surat-surat dari tiga tokoh korporat ditujukan kepada Tun Daim Zainuddin , ketika itu Menteri Kewangan, yang membuktikan dengan jelas bahawa beliau menerima wang tunai dan saham berjumlah ratusan juta ringgit. Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad bukan sekadar menghalang tindakan, bahkan terus melindungi rasuah besar yang dilakukan oleh Tun Daim sejak beliau menjadi Menteri Kewangan buat pertama kalinya dahulu.Malahan, sehingga kini, saya di fahamkan tidak ada siasatan oleh pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah dilakukan.


Dengan ini, saya sertakan dokumen sah bagi membuktikan rasuah, iaitu tiga pucuk surat yang masing-masing di tulis oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.


Tan Sri Halim, dalam surat bertarikh 30 April 1990, menyatakan beliau memegang sebagai pemegang amanah sebanyak 52,208,500 saham Faber Merlin Bhd (saham 1.00) dan 130,000,000 saham Renong Berhad (50 sen) bagi pihak Tun Daim. Beliau mengesahkan bahawa nilai saham itu di pegang menurut arahan Tun Daim atau penama beliau.


Tan Sri Tajuddin pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 24 Mei 1990 mengesahkan bahawa beliau memegang secara amanah bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 70 juta.


Tan Sri Wan Azmi pula, dalam surat kepada Tun Daim bertarikh 30 April 1990 mengaku memegang bagi pihak Tun Daim wang sejumlah RM 150 juta.


Ini tentunya sebahagian kecil dari perolehan Tun Daim yang juga bertindak bagi pihak Dato Seri Dr. Mahathir. Saya menerima maklumat bahawa sebahagian besar wang tersebut adalah hasil pengagihan saham Resorts World, syarikat perjudian yang disenaraikan atas kelulusan Tun Daim sejurus sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada tahun 1991 dahulu.


Dengan kaedah sedemikian beliau telah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan bagi mengambil manfaat bagi dirinya. Bagaimana pula dengan puluhan syarikat lainnya? Saya yakin bahawa dengan cara sedemikian, Tun Daim dengan restu Dato Seri Dr. Mahathir telah berjaya mengumpulkan berbillion ringgit.


Saya juga telah mendapat maklumat bahawa syarikat Hati Budi yang dahulunya dikatakan dikuasai oleh UMNO telah diluputkan kepentingan oleh dua orang penama, iaitu Tan Sri Halim Saad dan Dato' Anuar Othman. Adalah difahamkan 400 juta saham yang dipegang oleh Dato' Anuar Othman yang disebut sebagai amanah untuk UMNO telah diarah oleh Tun Daim supaya dipindah kepada syarikat United Engineers dan Tan Sri Halim. Apabila saya laporkan masalah tersebut kepada Dato Seri Dr. Mahathir dalam tahun 1996, beliau menyatakan bahawa Tun Daim yang akan menguruskannya, dan mengarahkan saya supaya jangan mencampuri hal tersebut.


Hanya setelah saya mendedahkan maklumat tersebut, maka Tun Daim segera berdalih menyatakan dalam Perhimpunan Agong UMNO 1999 baru-baru ini bahawa wang dan saham dari tiga ahli korporat itu adalah untuk UMNO. Nyatalah, bila nampak tersepit, barulah di sebut harta yang dikumpulkan itu hak Parti UMNO. Setahu saya, berdasarkan bukti surat, dan dari akaun dan maklumat Majlis Tertinggi atau Perhimpunan Agong UMNO, tidak pernah timbul sama sekali kepentingan Parti.


Keduanya, selaku Menteri Kewangan menerima sumbangan peribadi beratus-ratus juta ringgit adalah rasuah besar dan pecah amanah jenayah. Sekiranya beliau sekarang mendakwa bahawa wang tersebut adalah hak Parti, beliau tetap bersalah kerana tidak pernah memberi laporan kepada Parti tentang wang tersebut. Hanya apabila saya mendedahkan mengenainya, baru beliau menyebutnya dalam Perhimpunan Agong yang lalu.


Pertanyaan dan teguran tentang masalah tersebut semasa saya berada dalam Parti dan Kerajaaan, telah menimbulkan kemarahan Perdana Menteri dan ketakutan dikalangan kuncu-kuncunya teutama Tun Daim. Hanya orang-orang rasuah, punyai kepentingan bersama yang akan terus melindungi perlakuan rasuah berjumlah berbillion ringgit. Dari maklumat yang diberikan ini sahaja terbukti rasuah berbillion ringgit dan pecah amanah jenayah.


Saya juga sedar tanggungjawab besar Polis dan BPR untuk menyiasat dan bertindak. Rasuah telah menjadi barah dan berpunca di kepala dan merebak ke bawah.Ia memerlukan ketegasan dan keberanian untuk bertindak sebelum negara dimusnahkan oleh mereka.


Disertakan bersama ini Eksibit A (surat Tan Sri Halim Saad); Eksibit B (surat Tan Sri Tajuddin Ramli); Eksibit C (surat Tan Sri Azmi Wan Hamzah).


Anwar Ibrahim


12.28 t/hari (30 Julai 1999)



 🇲🇾 Malaysia takes the top spot in the SGIE 2022 ranking!



SGIE stands for the State of the Global Islamic Economy. This is an annual report on the global halal economy compiled and published by Dinar Standard.


The report covers 81 countries, evaluating five key indicators: halal food, Islamic finance, Muslim-friendly travel, modest fashion, halal pharmaceuticals, halal cosmetics, Islamic media, and recreation.


#Seasia #SeasiaStats #SoutheastAsia #MalaysiaSGIE2022 #GlobalIslamicEconomy #HalalEconomy #DinarStandard #TopRankingMalaysia #HalalFood #IslamicFinance #MuslimFriendlyTravel #ModestFashion #HalalPharmaceuticals #HalalCosmetics #IslamicMedia #Recreation #SGIEIndicators #EconomicAchievement #IslamicEconomicReport



STATUS HUJAN BERET BERET : SIAPA AHLI KITAB?


CHE IBRAHIM

Ramai juga pakar pakar agama persendirian yang tidak menerima pandangan jumhur ulama yang mengatakan ahli kitab ialah merujuk kpd penganut agama Kristian Dan Yahudi, bahkan menolak undang undang Islam yang mengiktiraf perkahwinan dengan wanita ahli kitab, memakan sembelihan mereka atas alasan penganut agama Kristian/yahudi hari ini tidak sama dengan Kristian/yahudi zaman dulu dulu.

Bukankah banyak ayat ayat Al Quran yang mendedahkan agama Kristian ini telah diselewengkan oleh paderi paderi dan rahib mereka, mengubah kitab Taurat dan Injil, mengaku Isa anak Tuhan dsbnya....

Maknanya penyelewangan/inhirop ini telah berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah saw, iaitu beratus ratus tahun sebelum rasulullah saw dilahirkan, tetapi ternyata Islam masih mengiktiraf beberapa hukum berkaitan Kristian dan yahudi ini seperti halal sembelihan mereka dan halal berkahwin dgn perempuan mereka.

Hukum ini telah wujud dan diamalkan di zaman Rasulullah saw, sedangkan penyelewengan kepada ajaran asal Nabi Isa dan Nabi Musa telah berlaku sebelum Islam. Maknanya ketika Rasulullah diutuskan, agama Kristian dan Yahudi telah diselewengkan, mereka disebut sbg golongan bukan Islam/kafir, tetapi hukum halal sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan mereka tetap dibolehkan atas dasar mereka adalah ahli kitab.

Ada hujah yang mengatakan ahli kitab hanya khas untuk Bani Israel kerana Nabi Musa dan dan Nabi Isa diutuskan kepada Bani Israel. Persoalannya mengapa Rasulullah saw mengiktiraf penganut Kristian dan Yahudi di Rom sebagai ahli kitab sedangkan mereka bukan Bani Israel??

Kesimpulannya ahli kitab adalah merujuk kpd penganut agama Kristian dan Yahudi, itulah yang diterimapakai oleh jumhur ulama. Kalau kamu tidak boleh menerima hukum tersebut, itu hak kamu sebagaimana ada yang tidak boleh menerima hukum boleh poligami, boleh makan dhab, tapi jangan menafikan hak orang lain yang mahu beramal dengan hukum tersebut.


Berhati-hati Dengan Minda Khawarij

 


Saya sengaja membiarkan perbahasan berkaitan isu Ashabul Kahfi seperti yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak di media sosial beberapa ketika. Ternyata benar telahan PMX, iaitu dia akan dilabelkan liberal malah lebih dari itu iaitu pemimpin yang sesat dan menyesatkan.

Pada saya tiada apa yang perlu dikomen jika kita menonton video ucapan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara tersebut, dengan minda yang terbuka dan ikhlas.

Mesej beliau adalah ketegasan mempertahankan prinsip tanpa mengira usia. Hadapilah segala kesusahan sehingga terpaksa memencilkan diri dengan bersembunyi di gua yang sempit dan merimaskan.

Inilah mesej yang diangkat oleh al-Quran. Keikhlasan mempertahankan aqidah adalah suatu yang dituntut dan dimuliakan dalam Islam.

Sifat dan sikap Ashabul Kahfi, yang menginsafi bahawa mereka perlu membawa diri dan bersembunyi bagi menyelamatkan aqidah mereka atas asas ilmu dan keperluan semasa.

Ia juga adalah ihsan Allah s.w.t. yang memilih mereka, dari kelompok pemuda atas dasar keikhlasan mereka beriman.

Kegopohan menggelar PMX sebagai pemimpin yang sesat dan menyesatkan oleh Ustaz Azhar Idrus bukanlah satu teladan yang baik utk masyarakat. Tambahan pula beliau sendiri pernah mengeluarkan pandangan yang hampir serupa dengan PMX pada tahun 2018.

Gelagat pendakwah sebegini pernah terjadi di waktu Imam al-Ghazali lagi. Satu kekecohan akibat kritikan yang melampau oleh seorang penceramah sehingga menimbulkan pergaduhan dan mengakibatkan kematian di dalam masjid.

Antara insiden yang berlaku adalah pada tahun 469H, apabila Sheikh Abu Ishak Syairazi dan Abu Sa'ad Shufi, mencela ajaran Imam Hanbal lalu Abu Ja'afar bin Musa dan pengikut Mazhab Hanbali, menyerang kembali lalu berlaku pergaduhan dan mengakibatkan kematian.

Insiden seperti ini berlaku akibat ketaksuban pengikut dan akhlaq pendakwah yang buruk, yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyalakan api kebencian dan kemarahan.

Imam al-Ghazali menyimpulkan ia sebagai penyelewengan misi ulama. Penyelewengan ini bermula dari sejenis penyakit hati yang dinamakan 'ghurur' (غرور) atau dalam bahasa kita sebagai penipu-dayaan.

Mereka yang terkena penyakit ini menyangka bahawa segala kelebihan samada berbentuk ilmu, kekuatan beribadah, ramainya pengikut mahu pun kemampuan bersedekah adalah petunjuk mereka berada atas landasan kebenaran, lantas memandang hina kelompok yang tidak bersama mereka. Mereka sanggup melabel dan mengeluarkan segala kata-kata yang menjelekkan dengan andaian ia adalah sesuatu yang diharuskan kerana mereka berada di pihak yang benar.

Sikap seperti ini menjurus kepada 'ghuluw' (غلوا), melampaui batas, sehingga sanggup mengeluarkan ugutan bunuh, menanam mayat di jirat Cina dan sebagainya.

Sabda Baginda s.a.w :

يا أيها الناس إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Wahai sekalian manusia jauhilah anda daripada sifat melampau. Sesungguhnya orang-orang yang sebelum daripada kamu binasa kerana melampau dalam agama.

(Sunan Ibnu Majah: 3029: Sahih)

Inilah bunga-bunga fahaman 'Khawarij' (خوارج). Kelompok Khawarij ini dalam sejarah sanggup berbunuhan sesama Islam, malah bekerjasama dengan kelompok musuh Islam untuk membunuh umat Islam.

Kita boleh sahaja tidak bersetuju dengan mana-mana pemimpin hatta Perdana Menteri sekali pun, namun menggelar atau melabel dengan label yang seolah-olah meragui kesahihan aqidahnya seperti sesat, liberal dan seumpamanya hendaklah dielakkan. Jika ada dalam kalangan pengikut atau penggemar kita berkelakuan sedemikian hendaklah ditegur agar kerosakan akhlak dapat dibendung dan dihentikan.

Inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w :

هلك المتنطعون قالها ثلاثا

Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya tiga kali.

(Sahih Muslim : 2670, Sahih)

Kegigihan al-Ghazali dalam melakukan islah dari sudut aqidah, keilmuan, falsafah, dakwah dan akhlaq akhirnya melahirkan generasi Salahuddin Al-Ayyubi yang mampu membebaskan Baitul Maqdis dari belenggu penjajahan dan kezaliman.

Hj. Amidi bin Abdul Manan,

Pengarah,

Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

23 Disember 2023.

 

KENA KENCING LA PULAK

 


MAT MAT


Kalah saman.?? "Tentuan kan adaaa.."

Selain dari memanjangkan #Fitnah , depa ajak sekali subahat pelahab saham fitnah sorang sikittt buat bekal kat sanaaa..begitulah zalimnya UlarMakkk & Ustazah2 #pas pada pengikut merekaaa..hadeiii355Description: 😁..

.

 

BEZA CYBERTROOPER PN DAN PH. PH PUNYA PUN DAPAT HABUAN JUGA. CUMA BEZANYA PN LEBIH MENONJOL.







MOHD FAIRUL AL-QASAS


Beza betul cybertrooper rujukan PN banding dengan zaman PH jadi pembangkang.

Kalau kita tengok Iswardy Morni Utama dulu dan sekarang akan ulas isu semasa dan beri pandangan professional.

Kalau Rafizi Ramli dulu, sentiasa beri idea dan formula majukan negara.

Cybertrooper PN, hari-hari fitnah, maki hamun, buat jenayah qazaf..hina orang..bukan sahaja dibenarkan oleh ulama PN, tapi diikuti dan jadi sumber maklumat pulak oleh pengikut mereka.

Kerosakan sebuah negara apabila kita membenarkan kebodohan dan fitnah.


PM seru sebar kebaikan tanpa kira perbezaan agama, budaya


 Sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum kebaikan sesama insan terus disebarkan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusannya berkata, kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia supaya sikap selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan itu akan terus subur.


"Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.


"Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia," katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023 kepada penganut Kristian yang menyambut perayaan itu hari ini.

KERTAS PANDORA YANG DIGERUNI


Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru.





CUKAI LVG HANYA 10 PERATUS, LINDUNGI PENGELUAR TEMPATAN


Pelaksanaan cukai barang bernilai rendah (LVG) di bawah nilai RM500 harus dilihat menyeluruh dan bukan secara terpisah kononnya kerajaan bertindak keterlaluan mengenakan cukai baharu bagi mendapatkan hasil.

Menurut Ketua Komunikasi dan Penerangan Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, cukai LVG yang dijangka bermula awal Januari depan telah ditangguhkan kerana kerajaan khuatir sesetengah rakyat dan penjual barangan belum bersedia

Namun hal itu katanya, perlu bagi menjaga perusahaan tempatan yang membuat barangan sama tetapi telah dicukai di dalam negara.

“Ada yang berpendapat cukai ini akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan juga golongan rentan

“Kerisauan ini biasa berlaku setiap kali regulasi cukai baru diperkenalkan oleh kerajaan.

“Namun begitu, perlaksanaan cukai LVG ini harus dilihat secara holistik dan bukan secara terpisah dan berjuzuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ahmad Nadhir, perlaksanaan cukai LVG hanya kepada transaksi atas talian, selain kadar yang dikenakan sebanyak 10% itu melibatkan barang-barang import sahaja.

“Apabila kita melihat pengenaan cukai ini hanya kepada barangan import, ia adalah satu insentif menggalakkan masyarakat supaya membeli dan mengutamakan barangan tempatan.

“Pemain industri kecil sederhana tempatan seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan lagi kualiti produk mereka dan juga menggunakan strategi pemasaran yang lebih berkesan untuk produk mereka bagi bersaing dengan produk import,” jelasnya lagi.

Ujarnya, pelaksanaan cukai berkenaan juga akan meningkatkan kuasa ringgit Malaysia melalui permintaan domestik dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pertukaran matawang asing.

Selain itu, kata Nadhir, pengenaan cukai itu juga boleh dilihat sebagai galakan masyarakat membeli barangan tempatan secara atas talian.

“Oleh itu, masyarakat haruslah memahami bahawa pengenaan cukai ini bukanlah satu bentuk beban kepada kepada rakyat tetapi lebih kepada galakan kepada pertumbuhan ekonomi dan juga menambah hasil negara,” ujarnya lagi.

Kerajaan menjelaskan pelaksanaan cukai LVG adalah bertujuan untuk mengelakkan perusahaan kecil dan sederhana tempatan mengalami kerugian akibat barangan murah dari luar negara bernilai rendah dibeli secara atas talian, terutama dari negara China.

Sedangkan produk tersebut juga dibuat oleh perusahaan dalam negara dengan kualiti yang setara tetapi telah dikenakan Cukai Jualan 10%. Oleh itu produk luar juga dicukai LVG sebanyak 10% bagi keseimbangan harga.


Respon PMX kepada UAI berkaitan isu ASHABUL KAHFI

WARGA CHINA DAPAT STATUS PR: JANGAN SEBAR BERITA PALSU. WALAUN WALAUNTIT SEBAR BERITA UNTUK KUATKAN DAP

 


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegur Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati bahawa beliau tidak sepatutnya menyebarkan berita tidak benar berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Beliau berkata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing sendiri telah menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) itu mengenai kelulusan status Pemastautin Tetap (PR) sudah diberikan kepada pemohon MM2H warga China.

“Menteri Pelancongan dah nafikan pun. Pengerusi PAC tak patut sebar berita tak benar. Menteri Pelancongan sendiri sedia nak jelaskan, kalau YB Masjid Tanah masih tak faham,” katanya dalam hantaran di laman Facebook dan X semalam.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika menolak dakwaan Mas Ermieyati itu berkata, “Kalau nak ‘dengar cerita’ PN, bulan Ogos dah tukar kerajaan dah…”

Terdahulu Mas Ermieyati dalam laman X dipetik sebagai berkata; “Dengar cerita YB Menteri Pelancongan buat announcement (pengumumuman) bagi warga China yang sertai dan dapat pas MM2H terus layak dapat PR,”

Sabtu lalu, King Sing dalam kenyataannya membidas dakwaan Mas Ermieyati berhubung program MM2H yang disifatkan sebagai mengelirukan fakta hingga mencetuskan isu perkauman sedangkan ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Jelas beliau banyak negara mempunyai program seperti MM2H seperti Malaysia dengan keseluruhan proses permohonan disahkan dengan teliti dan ketat.

Katanya lagi, setiap pemohon tanpa mengira kewarganegaraan mesti mematuhi syarat permohonan kategori platinum sebelum dibenarkan membuat permohonana status PR.

Tegas beliau penambahbaikan kriteria dan syarat MM2H bertujuan untuk menarik lebih banyak permohonan terutamanya yang mempunyai potensi kewangan yang baik.

“Sudah tentu setiap permohonan dari mana-mana negara yang layak memohon akan diteliti secara telus. Dakwaan Mas Ermieyati berhubung isu ini dilihat hanyalah untuk menagih populariti politik peribadinya,” katanya.


APA KATA PENDAKWAH INI. BUKAN MACAM USTAZ YANG DOK KATA KE ORANG BODO BAGAI... BAHALOL


 

MALAYSIA MAMPU LALUI KEJUTAN EKONOMI LUAR JANGKA – RAFIZI


 Kedudukan fiskal negara berada dalam keadaan kukuh dan mampu melalui sebarang kejutan ekonomi luar kawalan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, beliau bertanggungjawab membina ‘lantai’ lebih kukuh bagi memastikan rakyat Malaysia menjalani hidup bermaruah.

Justeru jelasnya, kementerian diketuainya bakal melipat ganda usaha itu melalui beberapa kerangka utama reformasi ekonomi yang akan dilaksanakan.

“Penghasilan maklumat sosio ekonomi yang tepat melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), usaha membasmi kemiskinan melalui penjanaan pendapatan, penyasaran semula subsidi dan sebagainya kesemuanya bertujuan untuk membina lantai yang kukuh.

“Tugas kedua saya ialah membina tangga supaya anak Malaysia yang berdaya saing berpeluang menaiki tangga itu (tanpa halangan) untuk mencipta nilai ekonomi yang lebih tinggi bagi dirinya dan negara,” katanya dipetik.

Rafizi berkata, usaha tersebut antaranya melalui Dasar-dasar seperti sektor ekonomi bernilai tinggi dari peralihan tenaga, digital dan teknologi, pertanian moden, dasar gaji progresif, GovTech dan reformasi pasaran kerja.

Kesemuanya bertujuan untuk membina satu persekitaran ekonomi yang menawarkan peluang baharu kepada anak dan syarikat Malaysia yang ingin maju.

“Itulah fungsi sebuah kementerian yang diberi amanah merencanakan ekonomi,” kata Ahli Parlimen Pandan itu menerusi hantaran di aplikasi X.

Tambah Rafizi, banyak perkara mahu dilaksanakan serentak dan direalisasikan segera, namun usaha bersifat jangka sederhana serta panjang wajar dirancang dengan teliti.

“Perkara-perkara yang perlu dirancang dan dilaksanakan adalah perkara struktur yang hanya dirasai kesannya apabila setiap satu reformasi ekonomi itu berjalan dan saling berhubung antara satu sama lain.

“Maka merancang ekonomi makro pula adalah untuk memastikan dua perkara utama: bahawa mereka yang tidak berkeupayaan (atas sebab-sebab yang dia tidak dapat dielakkan) diberikan perlindungan dan bantuan; sementara mereka yang berdaya perlu diupayakan agar mereka dapat bersaing mencipta nilai (dengan aset ilmu, sikap dan kepatuhan kepada penciptaan nilai),” ujarnya.



APA KATA PIMPINAN PAS. KITA TEGUR DIA HINA ORANG LAIN. DIA TETAP HINA


 

PN PERLU BUAT ROMBAKAN, GANTI KETUA PEMBANGKANG BAHARU’


 Kehadiran barisan kepimpinan baharu dalam kabinet Kerajaan Perpaduan sejak Selasa lalu memberi nafas segar kepada blok Madani untuk memantapkan pentadbirannya.

Oleh itu, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran menyarankan blok pembangkang yang tidak putus putus cuba menumbangkan kerajaan agar merombak barisan kepimpinan mereka dengan menukar jawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

Menyifatkan prestasi Setiausaha Agung Bersatu itu ‘lemah’ di Dewan Rakyat, Yuneswaran berpendapat, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menang Pilihan Raya Kecil Kemaman baru baru ini sepatutnya mengambilalih kedudukan Ketua Pembangkang.

“Rombakan kabinet telah selesai, jadi saya saran Ketua Pembangkang (di Dewan rakyat) juga perlu ditukar kerana beliau gagal menjadi Ketua Pembangkang yang berkualiti jika dibandingkan dengan sebelum ini (Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang).

“Bukan itu sahaja, beliau juga kerap tidak hadir ke Parlimen. Jadi saya fikir, sudah tiba masanya Ahli Parlimen Kemaman (Samsuri) jadi Ketua Pembangkang kerana beliau dilihat lebih baik (berwibawa) daripada pemimpin parti Bersatu,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Untuk rekod, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besat Terengganu diangkat menjadi Ahli Parlimen Kemaman pada 2 Disember lalu, apabila menang dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang hanya mendapat 27,778 undi.

Mengulas lanjut berkenaan rombakan kabinet, Yuneswaran optimis kehadiran muka-muka baharu, terutama tokoh teknokrat seperti Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II mampu memberi impak baik kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya yakin barisan kehadiran tokoh baharu ini bukan sahaja boleh menstabilkan politik negara tetapi ia juga boleh memberikan idea-idea baharu yang baik untuk negara.

“Ia bukan sahaja memenuhi ruang kekosongan dan jawatan kabinet tetapi dengan kepakaran dalam bidang masing-masing itu mampu membantu Perdana Menteri untuk terus memacu negara,” ujarnya lagi.

Selasa lalu, selain tokoh teknokrat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pelantikan menteri baharu antaranya Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi; Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital); serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Manakala, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan kini memegang jawatan Menteri Sumber Manusia.




SILAP LA KORANG.. SEBAB TAK FAHAM DAN TAK TAHJ


 

HATI HATI DENGAN SOP KHAWARIJ

 

UST FAIZ FATEH


Hati-Hati Dengan SOP Khawarij 


Alhamdulillah setelah SS. Mufti Wilayah SS.Mufti Penang juga bersuara


Hakikatnya isu ini dipolitikkan oleh puak Khawarij


Sepertimana zaman dahulu pemimpin Islam Sahabat Nabi disesatkan puak Khawarij untuk dijatuhkan kerana gilakan kuasa 


Modus Operandi Khawarij Moden juga sama. Mereka begitu gigih menyesatkan umat Islam bermula pemimpin Muslim sampai orang yang tidak bersama puak mereka. Sedangkan ia isu khilafiyah.


Jika kalian perasaan tahun 2018 apabila org Parti mereka menggunakan Kristian merujuk kepada Nasoro tidak timbul sebarang isu. Namun tahun 2023. Kerana seorang pemimpin bukan dipihak mereka. Maka disesatkan dan dikafirkan. 


SOP Mereka: 

1- Cari Pendakwah atau Tuan Tuan Guru Tua yang berpengaruh


2- Mereka ini akan diberi input yang salah. Supaya mereka melenting dan memberi hukum dengan salah.


3- Apabila rakaman dibuat. Maka ahli akan digerakkan untuk menyebarkan dengan naratif yang sama. 

" Haaa tengok pemimpin dah sesat!!" 

"Apa nak jadi dengan negara kita" 

" Pemimpin dah liberal! Sekular! Maknanya dia dah kafir dan sesat!! " 

"Tengok ulama sendiri cakap" 


4- Mereka gunakan ucapan ucapan tok guru untuk menaikkan emosi masyarakat awam


5- Lebih menakutkan golongan golongan yang mengatur ini graduan pengajian Islam.Berserban berjubah. Bahaya


6- Maki hamun dengan kalimat sesat, liberal, sekular sedia mereka talqinkan di meja meja kuliah dan medsos


7- Fake Fake akaun untuk masuk, gaya komen jelas orangnya graduan pengajian Islam. Namun terus menerus memaki dan melabel dengan matlamat supaya masyarakat takut dengan Ust yang berani menerangkan yg hak


Ustaz Ustaz Pelabel Penyesat orang Islam ini perlu dijauhkan masyarakat untuk menyelamatkan agama mereka. 


Matlamat mereka hanya kekuasaan dan menjatuhkan orang dan mengelirukan masyarakat bukan hidayah kepada Allah. 


Cukuplah (Tidak konsisten) mereka dalam mengulas hukum dan menyesatkan orang Islam bahawa mereka sedang menggunakan agama untuk kepentingan mereka.



𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗣𝗠𝗫 𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗬𝗚 𝗗𝗘𝗦𝗣𝗘𝗥𝗔𝗗𝗢

 

Lebai tak pernah tak kelakor. Kali ni Derih Sargon pula tuduh PMX terdesak KUNUNnya sbb UMNO gagal dapat sokongan Melayu maka terdesak mahu tarik sokongan MP dari PNyakau Nasional. 𝗣𝗼𝗱𝗮𝗵. 𝗣𝗶𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗯𝘂𝗸..!! Walaun & untit dok post tulisan Derih, saya tidak akan bg publisiti pada tulisan lebai. Cukup utk kita jawap dan smash balik.


2) Lebai kaki putar alam, walhal 𝗣𝗔$ 𝗣𝗣𝗕𝗠 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝘀𝗴𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘆𝘂 𝗸𝗽𝗱 𝗔𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗼𝗲 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 utk menyokong mereka dan meninggalkan PMX. Abang Joe bertegas untuk memastikan Kerajaan Perpaduan MADANI harus kekal sehingga habis penggal. Malah RTakPK mendedahkan kununnya RM600 juta bertukar tangan. PMX sangat anti dgn rasuah, 𝗸𝗮𝗸𝗶 "𝗦𝗰𝗵𝗲𝗺𝗲 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗴𝘀" 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗟𝗼𝗰𝗸𝗱𝗼𝘄𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Perangai 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗙𝗔𝗦𝗖𝗜𝗦𝗧 ni depa buat, depa fitnah PH-BN buat. Sindiri mau ingat la.


3) Tonton video ucapan DSAI yg mendedahkan hal ini dan menjelaskan 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗽𝗮 𝗗𝗘𝗦𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗘𝗦𝗔𝗞𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔$ mahu menebuk atap. Malah sebelum ini pun Dato' Lokman Noor Adam pernah mendedahkan bahawa PA$ pernah melutut merayu kpd DSZH selaku Pengerusi BN supaya meninggalkan PMX. 𝗗𝗦𝗭𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 dan kata jangan perasan dan kekencingan lagi.


4) DLNA juga mendedahkan PA$ kemudiannya menemui PMX dan menawarkan sokongan dari PA$ 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗗𝗦𝗭𝗛 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸a𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁. 𝗗𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗘𝗦𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶-𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗣𝗔$ 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸. Lebih kelakar apabila 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 tetap sanggup dikencing lebai. (Tonton video DLNA).


5) Tonton juga video disertakan apabila 𝗗𝗦 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗔𝗺𝗶𝗿 𝗞𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗛𝗶𝗷𝗮𝘇 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝟮𝟬𝟬 𝗸𝗲𝘀 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗣𝗥𝗠. Sebab itu PA$ PPBM PNyakau Nasional sedang gelabah puyuh dan TERDESAK mahu menjatuhkan PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI. Takkanlah sebahagian dari puak PNyakau tak akan sangkut dak? Kah kah.


6) Tapi yg kelakornya 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗕𝗢𝗗𝗢 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸. Hgpa percaya ka pada lebai kaki merepek? Berapa kali cakap mau tebuk atap daaa....GAGAL jugak. Walargon dan Walatok pun kaki tipu, serupa lebai juga dok canang KUNUN PMX dah nak tumbang KUNUN Samsuri akan "angkat sampah" jadi PM, last-last walaun & untit dengan membengkak KEMALUAN pakat lari masuk gua.


So, hgpa nak percaya si Derih Sargon kata KUNUNnya PMX semakin terdsak? Kah kah...🤣🤣


- Zus Din 

24122023




NATAM MUNG.

 

Mat Mat


Nasib tak keluar hukum 'haram' guna tol free sempena Krismas..klu tak ramai2 walaontolol anak beranak balik #kelantan #perlis #kedah #terengganu naik belonnn..😁