Boikot APEC: Malaysia teliti, bergantung pendirian negara anggota



Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia ketika ini sedang berhubung dengan negara Asia Pasifik lain termasuk China untuk mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot untuk hadir sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada bulan depan atau sebaliknya.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkam maklumat yang diperoleh nanti Malaysia akan mengambil keputusan senada dengan negara-negara berkenaan.


"Mengenai APEC kita sedang meneliti ia badan ekonomi Asia Pasifik.


"Jadi kita hubungi negara Asia (termasuk) China dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan negara lain dan Asia," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


PM berkata demikian dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Pas - Machang) yang bertanya apakah Malaysia akan memboikot persidangan APEC yang akan datang.


Untuk rekod, APEC ditubuhkan pada 1989, adalah satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat ekonomi di rantau Asia Pasifik berpaksikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara utama.


Tema APEC kali ini mengangkat slogan 'Creating a Resilient and Sustainable Future for All' (Mencipta Masa Depan Yang Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua).


Selain itu, blok ekonomi APEC disertai negara yang menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.


Selain Malaysia, anggota APEC turut terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.

Tingkatkan eksport pasaran baharu, ke Asia Tengah, Amerika Selatan'



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan pada ketika ini sedang meneroka pelaburan baharu ke Asia Tengah dan Amerika Selatan bagi meningkat eksport negara.


Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata langkah itu merangkumi eksport utama negara iaitu minyak sawit, produk elektrik dan elektronik (E&E) serta automotif


"Ia diperluskan ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika, setakat ini jumlah eksport ke Asia Tengah ialah 24.7 peratus dan 2.3 peratus pula di Amerika Selatan.


"Selain itu, melalui kerjasama dengan Arab Saudi, UAE dan Mesir mereka telah bersetuju untuk dijadikan hub eksport negara ke Afrika," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN - Kubang Pasu) mengenai perincian jumlah pelaburan semasa, hasil lawatan Perdana Menteri ke negara luar.


Mengulas lanjut, berkenaan dengan siri lawatannya, Anwar berkata, UAE melalui komitmen rakan sejawatnya Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan ketika ini telah menghantar dua rombongnya ke Malaysia bagi tindakan susulan.


"UAE ketika ini adalah pelabur besar Malaysia iaitu sekitar RM1.4 bilion, manakala Arab Saudi PIF Aramco telah bersetuju menambah pelaburan di Pengerang dan akan mengadakan mesyuarat lembaga di Malaysia melibatkan tiga menteri Arab Saudi.


"Aramco bercadang untuk datang ke sini dua minggu tempoh lawatan ke Arab Saudi untuk bermesyuarat dengan Petronas. Ia bukan MOU seperti yang dibimbangi (hanya di atas kertas) kerana tindakan susulan telah bermula untuk melaksanakannya," katanya.


Justeru, Perdana Menteri menggesa kementerian dan ketua negeri yang berkaitan untuk memastikan semua kelulusan projek itu dapat diselesaikan dengan segera.


"Hal ini kerana, kita mendapat laporan (daripada pelabur) semua (perjanjian telah) dipersetujui tetapi tahap proses kelulusan agak perlahan, ketimbang beberapa negara termasuk Vietnam," ujarnya lagi.

NEGARA SOKONG DAN TIDAK.




 Semalam PBB baru meluluskan resolusi isu Palestin/Israel dgn melebihi 2/3 undi, selepas byk halangan sblm ni drpd Amerika Syarikat. Lihat list ni sape bantah sape sokong dan sape give up undi


Remarks: keputusan terbaru ialah 121 undi sokong sebab Iraq ada masalah teknikal dgn butang undi



KAH..KAH..JENUH LA....

 

Abih menggelepar laa walaontolol & lebai2 #pas yg mempromosi extremism & keganasan ala tall*iban kat kanak2 sekolah lps niii..🤣




MANA BOLEH BERKAWAN AIHHH..


Ibrahim Mat Isa

 

Depa di peghelih duk pulun nafikan konon tak dak apa². Mai orang tua ni dia tuang racun tikuih teruih.. 😂😂.... Matilanakkk... 😜😜




ISLAM MENGANJURKAN KEAMANAN; MEMUPUK SEMANGAT JIHAD YANG TERANCANG DAN TERSUSUN




TAK SANGKA OTAK HANG PUNYA KEMETOT. AJAQ ANAK ANAK ERTINP] PERJUANGAN DAN PEGANG SENJATA. AKAI TAK DAK.


 

31 Oktober 2023

16 Rabiul Akhir 1445H


Selaku Yang Dipertua YADIM, saya juga penasihat/penaung kepada beberapa kumpulan silat Melayu yang memastikan gelanggang pelbagai jenis silat dibuka di berapa lokasi termasuk sekolah.


Silat akan menjadikan anak-anak kita berdisplin, cergas, tangkas, fokus dan semakin kuat hubungan mereka dengan Pencipta, selain menanamkan sifat kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu apabila mereka sentiasa bersiap siaga mempertahankan diri, keluarga serta negara.


Membawa senjata walaupun hanya mainan untuk menaikkan semangat murid-murid sekolah terhadap perjuangan Palestin adalah sangat tidak sesuai.


Memberi kefahaman terhadap kezaliman zionis yahudi memerlukan kemahiran dan latihan khusus.


Adalah wajar Kementerian Pendidikan membantu penceramah-penceramah mengenai isu Palestin di sekolah-sekolah untuk mempunyai latihan daripada NGO-NGO terlatih, berpengalaman dan profesional.


Jangan biarkan parti-parti politik yang tiada manhaj (kaedah) yang betul untuk berceramah di sekolah-sekolah. Tindakan tidak bijak ini akan mencemarkan imej Islam yang sebenarnya menganjurkan keamanan serta menolak kebencian sesama manusia.


Solidariti Palestin di sekolah-sekolah wajar diteruskan dengan pendekatan yang betul.


#MenJunjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMadani 


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Naib Presiden AMANAH

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat



KITA BOLEH REPORT #PDRM



 BIADAB sungguh makhluk yang kerja FINAS ni komen! Ini contoh deep state yang berlambak-lambak dalam perkhidmatan awam!

Belambak aihh...baik cikgu baik guru besar. Tak pa lam kerajaan banyak yang cerdik dan madani.

Masa nak jadi calon, tengah bawa keta pun berhenti untuk dapat cover lam akhbar. Bila dah jadi YB, call tak angkat dah....hangpa ingat kekal ka jadi kerajaan. 








PMX MEMPENGERUSIKAN MTPIN

 

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil. 1 Tahun 2023 sebagai platform perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menetapkan dasar, hala tuju dan perkara terkait perubahan iklim.

 







Mesyuarat memfokuskan mengenai beberapa perkara antaranya cadangan pengukuhan MTPIN sebagai platform tertinggi negara dalam menyelaras isu perubahan iklim. 


Malah, mesyuarat juga telah bersetuju dengan cadangan penetapan dasar berkaitan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon negara. 


Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memastikan mekanisme pasaran karbon negara adalah memenuhi prinsip-prinsip di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan mengambikira kepentingan Kerajaan Negeri.


Sementelahan, saya juga akan mengetuai delegasi negara ke “World Climate Action Summit” pada 1 hingga 2 Disember 2023 yang diadakan bersekali dengan Persidangan Negara Ahli ke-28 UNFCCC (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 


Mesyuarat hari ini juga turut membincangkan cadangan pendirian negara bagi isu-isu utama yang akan dirundingkan oleh delegasi negara di persidangan tersebut.


Malaysia kekal teguh dengan pendirian bahawa negara maju perlu segera memenuhi komitmen bagi menggerakkan usaha negara-negara membangun dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.


Selaras dengan dasar kemampanan di bawah Malaysia Madani, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi  menangani isu perubahan iklim  secara holistik dan bersepadu. 


Ini merupakan antara inisiatif Kerajaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi mendatang.


#MalaysiaMADANI



KALAU NI KAT PENANG. WALAUN BUAT REPORT DULU..MMMM




 

NABI PUN HANGPA BOLEH JUAI


 

WOIIII- GADUH PASAI APA? DEDAK TAK CUKUP KA HABIH DAH....HUUUWAAAAA


 

ORANG KERJA SENDIRI NAK TAHU APA MEREKA DAPAT SECARA TAK LANGSUNG


 

SIMPAN PUN TAK GUNA, LEBIH BAIK BERSATU PECAT SEGERA DUA AHLI PARLIMENNYA YANG KINI SOKONG ANWAR


Sehingga ini sudah dua Ahli Parlimen blok pembangkang mengumumkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Kedua-duanya adalah daripada Bersatu – Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Meski berada di blok yang berbeza, sokongan yang mereka berikan kepada Anwar selaku Perdana Menteri tidak bercanggah dengan akta lompat parti kerana mereka tidak keluar parti dan tidak juga melompat menyertai parti lain.


Kedua-duanya masih ingin kekal sebagai ahli Bersatu, malah mengatakan akan tetap taat dan setia kepada parti itu.


Yang menyebabkan mereka memberi sokongan kepada Perdana Menteri hanya kerana berharap dengan sokongan yang diberikan itu, peruntukan kewangan daripada kerajaan diberikan kepada mereka sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang.


Kononnya, tanpa peruntukan daripada kerajaan, tugas menjaga kawasan dan memberi bantuan kepada pengundi menjadi kerja yang amat payah.


Lalu, sebab itulah mereka memilih untuk menyokong kerajaan, waima berada di blok pembangkang.


Walaupun tindakan kedua-dua Ahli Parlimen itu tidak bertentangan dengan akta lompat parti, namun ia sudah tentu salah daripada segi moral, etika, kejujuran, harga diri dan janji kepada parti serta pengundi ketika mereka bertanding dahulu.


Sebab itu, Iskandar Dizulkarnain sudah pun diberikan surat tunjuk sebab oleh Bersatu dan banyak pihak dalam parti itu membayangkan dua kemungkinan hukuman bakal diterimanya iaitu sama ada dipecat atau digantung keahlian.


Sementara Iskandar Dzulkarnan sudah diberikan surat tunjuk sebab, Suhaili juga padti akan menerima surat yang sama tidak lama lagi.


Dalam hal ini, hukuman apakah yang patut dan paling sesuai dikenakan kepada kedua-dua Ahli Parlimen yang berpaling arah itu?


Apa yang nyata, dengan apa yang dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili ini, terbukti akta lompat parti masih ada kelemahan yang membolehkan seseorang Ahli Parlimen memberi sokongan yang berbeza dengan pendirian parti.


Kelemahan tersebut menyerlahkan hakikat bahawa bukan saja Ahli Parlimen blok pembangkang boleh menyokong kerajaan, tetapi Ahli Parlimen kerajaan juga boleh menyokong pembangkang kiranya ada gerakan menebuk atap atau usaha untuk menjatuhkan kerajaan.


Berbalik kepada kes Kuala Kangsar dan Labuan, kedua-dua mereka sebenarnya sudah tiada hati lagi kepada Bersatu dan PN.


Iskandar Dzulkarnain misalnya, sebaik saja mengumumkan sokongannya kepada Anwar, beliau terus menghilangkan diri dan tidak lagi dapat dihubungi.


Selain telefon bimbitnya sudah dimatikan dan sebarang teks pesanan tidak dijawab, beliau juga tidak hadir ke Parlimen sejak pengumumannya itu.


Begitu juga dengan Suhaili, beliau difahamkan turut mematikan telefon bimbitnya sejak semalam.


Semua tindakan itu menunjukkan mereka sebenarnya sudah tiada hati dan tidak berminat lagi untuk kekal dalam Bersatu dan PN.


Ungkapan ingin terus kekal dan tetap setia dengan Bersatu yang dilafazkan bersama pengumuman mengalih sokongan kepada Anwar itu tidak lebih sekadar kata-kata pemanis mulut semata-mata.


Dengan itu, bukan saja memujuk mereka sudah tiada gunanya, menggantung keahlian mereka dan mengekalkannya dalam blok pembangkang juga tidak lagi memberi apa-apa makna.


Hati, jiwa dan kesetiaan mereka sudah beralih kepada kerajaan yang mampu memberikan peruntukan berbanding parti yang sebelum ini memberi mereka peluang bertanding.


Baik dipecat saja dengan segera kedua-duanya dan dengan itu, mereka selepas ini bebas sama ada untuk kekal tidak berparti atau menyertai mana-mana parti yang ada dalam blok kerajaan.


Disimpan pun sudah tidak berguna, lagi pula mereka sudah tidak diperlukan oleh mana-mana parti dalam PRU16 akan datang nanti. – ShahbudinHusin 31/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/31/simpan-pun-tak-guna-lebih-baik-bersatu-pecat-segera-dua-ahli-parlimennya-yang-kini-sokong-anwar.html



TERUSKAN SOKONGAN DEMI PRINSIP DAN KEMANUSIAAN


 

SUBSIDI AYAM NI SEJAK 2022 LAGI DAN BERSIFAT SEMENTARA. JADI PI LA KE MAIDIN BELI..TAK PAYAH KALUT...PELAN PELAN...


 

OOWWHHHH- KERJA OUN KECAM JA...

 



Che Ibrahim


Pemimpin PAS mempersendakan PMX sementara pengikut PAS pulak mengecam PMX kaki bohong. Tapi realitinya kita lihat nanti apa kata orang PAS pulak.


Mungkin PAS tidak akan simpati dan kecam lagi PMX sambil berkomentar kenapa tidak cakap Hamas itu pengganas! Mungkin akan padankan muka PMX lagi!


Yang jelas, agen اليهود ada di mana² dikalangan yang pakai mafla Filisthin pun ramai. Menyampah betul..



SAMPAI MACAM TU SEKALI WALAUN GELAR PADA ORANG YANG TAK SOKONG PARTI DIA


 

ISSHHH ISSHHH ISSHHHH-WALAUN BANYAK KENA SCAM NI..HATI HATI OUN...JANGAN KENA SCAM.


 

TEDIAA AIH KEDAH TENGGELAM NO..PANGGE NUSI PANGGE NUSI.....DIA DOK KALUT NUH...APA PROJEK MEGA DASYAT PUNYA