Orang kata Pas parti ajaran sesat sudah taubat belum?

 


Cacian dan makian yang dihamburkan oleh pemimpin Pas ke atas pemimpin Kerajaan Perpaduan tidak melambangkan akhlak Islam.


Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seharusnya Pas yang memperjuangkan Islam mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang tidak menyerang lawannya dengan caci maki.


Kerajaan Pe
rpaduan tidak membalas cacian Pas. Namun, katanya pemimpin sekutu yang kini bersama Pas pernah menghina parti itu, tetapi tidak meminta maaf dan telah dijadikan sahabat sehidup semati pula.


"Muhyiddin (pernah) panggil Pas parti ajaran sesat. Kita kena maki hari hari (dengan Pas) kita tak panggil Pas parti kafir atau parti ajaran sesat.


"Kita biar pertarungan politik ada batas dan hadnya. Saya masih ada kawan kawan dalam Pas.


"Orang yang kata kamu parti ajaran sesat, dia dah bertaubatkah belum? Dia dah minta maaf secara terbuka atau belum?


"Tetapi Pas oleh kerana kepentingan politik dia halalkan itu semua," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, malam tadi.


Anwar juga membangkitkan tindakan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri yang tidak memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang kebanyakannya dipelopori ustaz Pas.


Hari ini, ironinya Presiden Pas bersama Mahathir dalam Proklamasi Melayu.


Selain itu, Anwar berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan yang pada peringkat awal beliau telah mengarahkan pihak polis dan SPRM memantau para Jemaah Menteri.


Selepas 8 bulan katanya, tiada satu pun kes menteri kabinet yang mengambil komisen atau sakau wang projek dan itu menurut beliau satu rekod hebat dalam sejarah pentadbiran Malaysia.


"Ada mesyuarat Jemaah Menteri kita buat hari cuti umum, kenapa? Kita mahu buat keputusan penting untuk rakyat. Kita tidak boleh gagal sebagai kerajaan kerana negara Malaysia mesti diselamatkan dan promosikan pertumbuhan ekonomi untuk menjadi salah satu tiang seri kepada rantau Asia Tenggara serta jadi gergasi di rantau ini.


"Ini cita cita kita. Bukan nak kaut. Lapan bulan dipantau polis, SPRM, saya tanya SPRM, tak ada satu kes pun yang menunjukkan menteri (Kerajaan Perpaduan) sakau duit rakyat melalui kontrak.


"Ini satu rekod dalam sejarah politik tanah air," katanya lagi.


APA? MAHIADDIN MAHU JADI PM SEKALI LAGI?...JENG..JENG..JENG......


 Dengan andaian jika kemenangan bergaya berjaya dicatat PN pada PRN enam negeri ini bakal memungkinkan kedudukan Anwar Ibrahim akan tergugat, Mahiaddin Md Yasin difahamkan sejak kebelakangan ini mula menunjukkan kecenderungan ingin kembali semula sebagai Perdana Menteri.

Diandaikan dengan keputusan buruk diterima PH pada PRN nanti, Anwar bukan saja dipercayai akan menerima tekanan yang menadikan kedudukannya lebih bergoncang, dirasakan pemberontakan dalam UMNO agar parti keluar daripada kerajaan perpaduan juga turut dijangka berlaku.

Elemen-elemen itu akhirnya dipercayai paling memungkinkan berkesufahan dengan berlakunya pertukaran kerajaan.

Walaupun Mahiaddin tidak pernah menyatakan hasrat serta keinginanya itu secara terbuka, tetapi beberapa pemimpin gabungan itu menyebut, sebagai orang politik, mereka dapat merasakan keinginan Mahiaddin itu.

Antaranya dikatakan melalui tindakan Mahiaddin yang lebih mahukan Azmin Ali bertanding dan seterusnya dijadikan Menteri Besar Selangor jika PN berjaya merampas negeri tersebut.

Meski tiada sesiapa dinamakan sebagai poster boy, kalangan dalam Bersatu memberitahu, bukanlah rahsia lagi bahawa keinginan Mahiaddin ialah kepada Azmin sebagai calon Menteri Besar.

Mereka kini mula bimbang melihat perkembangan itu kerana kalau perkara itu lebih disedari rakyat, ditakuti ia akan menimbulkan kesan penolakan secara senyap yang lebih besar kepada PN pada PRN akan datang ini.

Ini kerana Mahiaddin ketika memegang jawatan Perdana Menteri telah dikira gagal mentadbir negara dengan pelbagai masalah muncul, tidak proaktif sebab hanya berani membaca perutusan khas dan menghantar kenyataan media, tidak pernah mengadakan sidang media terbuka atau bersemuka dengan wartawan dan pelbagai kekurangan lain lagi yang pasti masih dalam

Ingatan rakyat negara ini.

Secara logiknya, dengan pebagai siri kegagalan itu, adalah tidak mungkin rakyat Malaysia mahu beliau kembali memimpin negara buat kali kedua.

Lebih ditakuti, jika setelah berkuasa nanti, beliau kembali dengan perangai tertutupnya seperti sebelum ini dan hanya mendengar kata nasihat dua tiga orang yang rapat dengannya saja.

Dalam hal ini, ada pemimpin Bersatu turut melontarkan persoalan tentang keinginan Mahiaddin yang semakin dapat dirasakan itu kepada beberapa pemimpin parti lain dalam PN dan ternyata, mereka juga menyedarinya.

Mereka juga dikatakan mengeluh kalau kiranya keinginan Mahiaddin itu benar-benar dinyatakannya atau melalui suara orang-orang kuatnya dalam Bersatu kerana ia pasti mencetuskan masalah dalam PN sendiri.

Hakikatnya dalam PN sekarang ini, berikutan Mahiaddin sudah tergolong dalam kluster mahkamah, selain kerana dikira sebagai bekas Perdana Menteri yang gagal, kecenderungan lebih mahukan Hamzah Zainuddin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri akan datang.

Tambahan lagi, dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya, keinginan Mahiaddin itu hanya menampakkan beliau tiada bezanya dengan Zahid Hamidi yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Mula kedengaran suara-suara bahawa kalau PN ingin mendapat lebih sokongan rakyat, gabungan itu mestilah kelihatan berbeza dengan kerajaan perpaduan sekarang dan tidak memberi ruang sama sekali kepada kluster mahkamah beroleh sebarang kedudukan dalam kerajaan sehinggalah kes mereka selesai.

Dengan pemimpin baru dinamakan sebagai calon Perdana Menteri, mereka percaya, kalau pun perubahan kerajaan tidak berlaku selepas PRN ini, perkara itu lebih mudah digerakkan agar berlaku pada PRU16 akan datang.

Ada pemimpin Bersatu yang merasakan, jika Mahiaddin lebih berjiwa besar dan sedia membuat kenyataan tidak mahu kembali sebagai Perdana Menteri, tetapi sekadar untuk sama-sama dapat memainkan peranan memastikan kemenangan PN, itu adalah yang terbaik sekali dan amat dialu-alukan.

Tetapi kata mereka, jika Mahiaddin tidak mahu mengalah, PN agak berbelah bahagi dalam beroleh sokongan rakyat, baik pada PRN atau PRU16 mendatang. – ShahbudinHusin 17/07/2023.





ISLAM TERANCAM KAH DI NEGARA INI ?








 Ramai gila weh..  KL jem teruk malam tadi sampai tengah malam.. 


Yang penting Majlis Munajat ni tiada diselit kempen politik murahan macam ularmak PAS buat di dalam majlis Kedah Bersalawat  tempohari. 


So aku nak tanya, agama Islam dan bangsa Melayu terancam tak ni? 


-Tun Carlos


______________________________

Join telegram aku: https://t.me/tuncarlos


Memahami Ekosistem








"Org yg cakap ikan (BEM) itu perlu dilupus memang b&d@h.." - Komen yg agak menarik perhatian admin hari ini.


Baiklah.. Team River Monster Hunter tidak menyalahkan sesiapa / mana² pihak yg tidak memahami apa itu Ekosistem. Tapi, admin akan cuba sebaiknya utk menjelaskan, menerangkan supaya ianya memberikan maklumat & pemahaman yg lebih baik kpd yg berkenaan.





Konsepnya mudah, tidak semua perkara itu kita ketahui & begitu juga sebaliknya. Boleh jadi, kita tahu tapi org lain tidak tahu & org lain tahu akan tetapi kita pula yg tidak tahu. Jadi, berkongsi maklumat itu lebih baik dari menjadikan ketidaktahuan itu sebagai lawak jenaka / paling teruk memperlekehkan org lain.


Berbalik kepada 'Ekosistem'. Apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn Ekosistem?





Definisi Ekosistem - Beberapa komuniti yg tinggal bersama² dalam satu habitat & saling berinteraksi antara satu sama lain termasuklah komponen bukan hidup.

Contoh - Dalam sebuah perkampungan, terdapat 10 keluarga yg tinggal & 10 keluarga ini saling berinteraksi, bercucuk tanam, memelihara haiwan seperti ayam, menggunakan sumber hutan & sungai utk meneruskan kelangsungan hidup. Itu secara ringkas utk memahami 'Ekosistem'.





Definisi Habitat - Habitat ialah kawasan yg didiami oleh organisma yg mana habitat ini menyediakan sumber makanan & perlindungan.

Contoh - Perkampungan yg terdapat aktiviti kelangsungan hidup & perlindungan. 


Definisi Komuniti - Komuniti ialah beberapa populasi organisma yg berbeza & tinggal bersama di dalam satu habitat.

Contoh - Manusia, haiwan ternakan, haiwan² liar & haiwan² pemangsa & sebagainya yg biasanya terdapat di satu² penempatan / perkampungan.


Definisi Populasi - Sekumpulan organisma yg sama spesis & tinggal di dalam habitat yg sama.

Contoh - 10 keluarga yg tinggal di kampung yg sama.


Definisi Spesis - Sekumpulan organisma yg mempunyai ciri² yg sama & mampu membiak baka utk melahirkan anak.

Contoh - Manusia, haiwan² ternakan, haiwan² liar dsb.


Itu secara ringkas utk memahami kompleks 'Ekosistem'. Kemudian kita beralih kepada bagaimana & apa punca Ekosistem ini boleh rosak / musnah.


Kita abaikan Ekosistem yg lebih menyeluruh. Ayuh, kita pergi ke sebatang sungai yg terpelihara dari sebarang spesis ikan asing. Sudah tentu kita akan jumpa ikan² asli dalam jumlah yg banyak seperti Ikan Kelah, Tengas, Kelabau, Lais, Sebarau, Begahak, Temperas, Jelawat, Temoleh, Tilan dll (Sekadar menyebut beberapa spesis).


Kemudian kita pergi pula ke sungai yg dihuni oleh spesis ikan pemangsa asing seperti BEM, Chaopharaya, ARTC dll. Lakukan inventori & apa kemungkinan yg kita akan dapati? Ya, memang benar masih terdapat ikan² asli tapi bukan dalam kuantiti yg sepatutnya. Yg pasti, kuantiti ikan asli yg terdapat di sungai tersebut lebih sedikit & berkemungkinan juga ada spesis yg langsung tidak dijumpai.


Admin tidak nafikan, memang terdapat pro & kontra kehadiran ikan² asing ini. Ada kebaikan & keburukan. Yg pasti, keburukan itu lebih banyak kerana ikan² asing ini bersifat cepat membiak, cepat membesar, agresif & pelahap. Ianya jauh berbeza dgn ikan² pemangsa asli seperti Toman, Haruan, Tapah, Sebarau dll. Pemangsa asli ini tidak bersifat pelahap serta mempunyai tumbesaran yg sesuai dgn keadaan semulajadi habitat di perairan kita.


Isu ini seperti kita meletakkan sesuatu di tempat yg salah. Contohnya, ambil beberapa ekor Harimau di hutan & lepaskan di ladang ternakan Kambing. Rasa², apa yg akan jadi. Seperti itulah juga ttg kehadiran ikan² pamangsa asing ini.


Masalah utamanya ialah, ia tidak berada di tempat yg betul & sepatutnya. Jadi, ianya tidak sama sekali boleh disamakan dgn isu populasi Buaya seperti apa yg saudara ini kemukakan.


Ingat, Buaya tidak akan datang ke perumahan manusia utk mencari mangsa melainkan manusia yg masuk ke kawasan habitatnya & mengakibatkan pertembungan yg akan mengakibatkan krisis. Satu lagi, manusialah sebenarnya yg menjadi punca kpd segala permasalahan yg wujud kini. Masalah sampah, pencemaran, tebang hutan, perubahan iklim, masalah pemanasan global & banyak lagi.


Cukup²lah..


#rivermonsterhunter

#CintaiAlamSekitar

#lindungibumi

#lindungisungai



KRITIK TAK APA. JANGAN FITNAH. KANG TUTUP KILANG CETAK AKHBr.


 

KASAR MAINAN NI..KEH..KEH...

 


MENGAPA BEREBUT TESLA ?

 

ZAINUDDIN OMAR



Kita pelan-pelan tarik pelaburan dari Tesla kerana banyak negara sedang berebut untuk membina kilang Tesla.

BEV Tesla dan Starlink semua ini teknologi baru yang Malaysia perlu rebut peluang yang terbuka.

Tentunya team project viability dari Elon Musk sedang buat kajian dan jika Malaysia terpilih akan membuka pelaburan dari berbagai syarikat lain.

Walaun apa tahu asyik nak kritik ikut sentimen politik. Ahaks.

 




Abe Nazz Zain is Description: https://static.xx.fbcdn.net/rsrc.php/v3/yj/r/FPARNjjM0Kc.pngfeeling positive.

esdSootprn32i048aa405ah35406i7h1il19tu848lc666ct582u90a6tl54  · 

BULETIN BEV

••••••••••••••

BYD berjaya menjual lebih dari 250,000 new energy vehicles pada bulan Jun tahun ini sahaja! Ganas betul! Awas, Panjang.

BYD menjangkakan keuntungan first half 2023 meningkat 200%!

BYD bersetuju untuk membina kilang bateri di India.

India kini cuba menarik banyak players BEV untuk membuka kilang kereta dan bateri di sana.

India ingin menjadi pusat pembinaan kereta BEV untuk pasaran Right Hand Drive.

Abe kurang pasti kalau kereta dari India akan dikenakan cukai tinggi kalau masuk ke ASEAN.

Kalau ya, then pembuat kereta BEV perlu membina kilang untuk pasaran ASEAN di negara ASEAN.

Malaysia patut berusaha keras untuk menjadi hub RHD BEV.

Volkswagen sedang struggle dengan jualan BEV mereka. Orang lagi gemar Tesla berbanding VW. Silap hari bankrap VW!

Tesla akan memuktamadkan pembinaan gigafactory luar negara keempat sebelum 2023 berakhir.

Tesla kini sudah mempunyai gigafactory di Shanghai, Berlin, dan terbaru di Mexico.

Tesla perlukan satu gigafactory to properly cater RHD market such as untuk pasaran ke UK, India, ASEAN, dan Australia New Zealand.

Tesla dah nak keluarkan model terbaru Tesla

Cybertruck di Gigafactory Austin Texas.

Next Tesla nak keluarkan Model 2 untuk pasaran mass market yang sedikit mampu milik.

Sepanyol, Itali, dan Perancis sedang berusaha keras melobi Tesla untuk membuka kilang Gigafactory di negara masing-masing untuk membina Model 2 (lihat gambar).

Tesla telah membatalkan hasrat untuk membina kilang bateri di Indonesia kerana masalah ketiadaan sumber tenaga yang bersih untuk kilangnya.

Juga kerana lombong logam di Indonesia tidak mematuhi ESG, menggunakan child labor, dan kerana teknologi terkini bateri Lithium Iron Phosphate tak perlukan logam nikel dan cobalt.

Indonesia akan berasa sangat marah sekiranya Tesla menumpukan pelaburannya di Malaysia. Rilekslah.

Banyak ahli politik serata dunia kini menggunakan rumours Tesla akan melabur di negara masing-masing sebagai modal kempen politik di Indonesia, South Korea, Perancis, Sepanyol, Italy, India, Malaysia, dan sebagainya.

Jadi jangan jump the gun lagi kalau anda dengar Tesla nak labur kat mana-mana negara. Tesla tengah shopping lokasi now.

Sebenarnya tempat paling sesuai untuk bina kilang Gigafactory di Malaysia ialah dekat Empangan Kenyir atau Empangan Bakun. Gigafactory perlukan renewable energy untuk lebih afdal.

Tapi Gigafactory juga perlukan tanah yang sangat luas dan berdekatan dengan pelabuhan kerana mereka nak ekspot kereta tu ke luar negara.

Tapi Selangor mungkin dipilih maybe sebab Selangor ada jaringan infrastruktur dan pelabuhan yang bagus dan maybe sebab ini negeri yang sama dengan kerajaan pusat.

Apa-apa pun, Malaysia bakal berubah kerana gelombang revolusi BEV telah pun sampai ke tanah air kita.

Maka simpanlah duit sekarang untuk beli kereta BEV dan solar panel (untuk rumah landed) by 2025.

Revolusi BEV ini akan membantu rumah landed menjadi lebih berharga daripada rumah hi rise.

Harga model Tesla di Malaysia agak murah bagi mereka yang biasa membeli kereta Continental. Read it from T20 point of view.

By 2025, teknologi bateri dah power, dah jadi proven dan super reliable, bateri punya energy density lagi tinggi, dan infrastruktur pengecasan awam patut dah lagi mapan dah di Malaysia.

So itu je dari Abe. Until Then, Happy Motoring

 



SAMPAI BILA NAK PEGUNA ATOK. HANGPA TAK KESIAN KE DIA KAH ?




 

WALAUN SIKIT SIKIT IDEA NUSI. IDEA APA ..DIA NAK TAMBAK, NAK BELAT...ADALAH CITA DIA. SAMPAI LA LANGKAWI TAK JADI TAMBAK-IDEA TANAM PADI NI LAMA DAH DI SELANGOR SANA.

 





GINO MARVEL


Bila kita sebut isu padi 5 musim dalam 2 tahun, heboh gegak gempita kununnya sanusi punya idea.

Hoiii mangkak, kami yg hat proposed idea di negeri Kedah jauh lebih lama sebelum sanusi jadi MB lg. Selangor Sekincan yg mula dulu. Tang mana idea MB sanusi hampa?

Lani ideanya ialah perluaskan di seluruh jajahan termasuk jelapang padi baru di Sabah Sarawak. Selangor di perluaskan lg kepada ramai pesawah bagi kaedah 5 musim, Kedah tu nak di perbesarkan lg tanah padi tak buleh lg dah. Jadi cadangkan kpd pesawah hat mana yg belum mulakan 5 musim, dah buleh ikut idea nih.

Lani kita nak kurangkan import, lebihkan penghasilan tanaman dlm negara. Sudah tentu kita akan ada baja & racun subsidi. Kalau dulu subsidi hal sawah ini statik, InsyaAllah bawah pentadbiran Anwar subsidi keperluan bg petani, peladang & pesawah buleh di pertingkatkan secara berkala.

Tang mana idea nusi tu ?

Dia hanya sebut ja dlm media sedangkan hal 5 musim tu jauh lebih lama dari pentadbiran dia. Cuma ramai pesawah masih lg tidak beralih kpd jenis padi 5 musim di sebabkan kekangan mesen...harga racun & baja termasuklah pembaikan saliran.

Dan-dan ja ceduk kata dia punya idea. Siam tu sebelah Kedah ja, apa yg dia buat nak bawa masuk teknologi jiran ? Habuk tadak apa, gebang cakap besaq ja lebih !!!

Tu hat kapoq pun ada jenis serbuk, granul & cayaq siap terus guna. Mulalah esok lusa depa kata tu hat sanusi punya idea.

Tu belum lg masalah subsidi baja utk pesawah, tabur sikit ja & hat lebih dok pi juai. Kadangkala ada pembekal baja dok pi campoq dgn pasir & jadi berketul2 mcm batu. Ada dia kisah masalah ni ? Kisah kejadah apa, dia cakap ja lebih...habuk pun tak buat apa.