SELEPAS BUAT LAWATAN MENGEJUT KE KLIA, ANWAR JAMIN ISU MENTERI DAN IMIGRESEN AKAN DIBINCANG RABU INI

URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah terkawal, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu, hari ini.

Dalam tinjauan itu bagi melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di KLIA baru-baru ini, Anwar berkata terdapat beberapa permasalahan di kedua-dua jabatan itu, yang akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.

“Ada beberapa kerosakan Kastam yang harus kita perbaiki. Umumnya majoriti pekerja dan petugas Imigresen berjalan dengan baik.

“Cuma ada beberapa masalah, kita adakan siasatan untuk perbaiki atau kalau ada kesilapan, akan diambil tindakan wajar,” katanya.

Tanpa diringi menteri Kabinet atau orang kenamaan, Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA itu, sebelum menyertai upacara keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tanah air, selepas menunaikan ibadah haji di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang.

Anwar berkata beliau akan meneliti langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil dan harus dilakukan.

“Setakat ini saya lihat memang Imigresen respons sangat baik dan positif. Yang kita harus kenal pasti ialah beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan, termasuk berdepan dengan beberapa pertuduhan,” katanya.

Anwar berkata perbincangan awal berhubung JKDM dan JIM akan dilakukan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Sebuah portal berita pada 29 Jun lepas melaporkan mengenai kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan, dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu, tanpa memohon pas keselamatan.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu, merangkumi semua aspek berkaitan. – Bernama, 2 Julai, 2023.

JANGAN DOK IKUT LA BUDAK BUDAK YANG TAK DAK ILMU TU. TAK MEMBACA

TINDAKAN TEGAS DAN PENAMBAHBAIKAN JABATAN IMIGRESEN

HADI MASIH ADA ...ADA PULA YANG INGIN BEREBUT JAWATAN

KALAU PENGANALIS. CAKAP- MEMANG BETUL LAH JKOM,PMO DAN PALING MENYANYAT HATI MCMC DAN KEGAGALAN PAK MENTERI....

Gagal tangani isu 3R punca orang Melayu tak sokong Anwar, kata penganalisis

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sentimen itu dimainkan PAS dan Bersatu yang menjadikannya pilihan orang Melayu.

Yasmin Abdul Latif - 03 Jul 2023, 8:00am

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berpendapat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim lebih kepada isu 3R (kaum, agama dan raja) bukan ketiadaan hala tuju ekonomi seperti didakwa Khairy Jamaluddin.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sentimen itu yang dimainkan PAS dan Bersatu menjadikannya sebagai pilihan orang Melayu serta Islam meskipun kemampuannya menguruskan ekonomi belum terbukti.

Menurutnya, orang Melayu telah tawar hati untuk berpaut dengan Umno yang berada pada kedudukan paling lemah termasuk persepsi DAP sebagai parti terkuat dalam kerajaan perpaduan.

“Kenapa sokongan ‘gelombang hijau’ itu masih berlaku? Ini kerana faktor 3R dimana pengundi Melayu masih tertekan melihat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk pertahankan kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi raja itu sendiri,” katanya kepada FMT.

“Kalau lihat kenapa orang Melayu tidak puas hati bukan disebabkan ekonomi…memang betul ia dikatakan agak teruk dengan (menyebabkan) keperitan rakyat, tetapi itu secara purata.”

Pada 20 Jun lalu, Khairy, bekas ketua Pemuda Umno berkata kesukaran Anwar mendapat sokongan orang Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya yang tiada hala tuju ekonomi, bukan “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional (PN).

Bekas menteri kesihatan itu berkata negara sejak tujuh bulan lalu berdepan masalah “kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas”, ditambah ringgit lemah serta peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa beli rakyat.

Penganalisis keselamatan dan politik Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan dan wajar pentadbiran Anwar yang belum berusia setahun diberi peluang.

“Sudah tentu dari segi sentimen dilihat Anwar masih lagi mempunyai tugas perlu diselesaikan, jadi pentingnya kerajaan diberi ruang dan dibantu dengan pandangan bernas semua pihak termasuk pembangkang,” katanya.

ISU INI MAJLIS ULAMAK KATA APA ?

ZAKI YAMANI TAK MEMFITNAH . DIA HANYA MENYATAKAN

Zaki Yamani ni bukan memfitnah. Cuma doa Hadi Awang meninggal je. Sempat dia sambung sikit agar ambil Mahathir sekali.

Tapi soal mati bukan gurauan. Dan tak elok doakan kematian orang. Jadi DS Anwar pantas keluarkan arahan agar mohon maaf segera.

Walaupun bukan sedikit tohmahan pernah dilempar terhadap DS Anwar, tapi tanpa rasa dendam beliau tak mahu doa yang tidak elok buat Hadi.

Tapi... Cuba ingatkan. Berapa banyak ungkapan dan doa yang tak baik pernah dituju kepada DS Anwar? Bukan setakat posting, dalam live pun ada. Dan tak hanya doa, fitnah pun berderet mereka buat.

Bukan setakat walaun, lebai pun sama. Tapi sekali pun tak pernah Hadi arahkan anak buahnya untuk meminta maaf. Kan?

Begitulah akhlak DS Anwar. Bukan pendendam dan sentiasa menjunjung nilai murni. Inilah pemimpin terbaik untuk kita. Guane boh?

Raja Gelap

PM kecewa hanya 1 mesin pengimbas kastam di KLIA berfungsi

Anwar Ibrahim berkata pegawai terbabit harus turun padang melihat masalah itu.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa apabila lawatan mengejutnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas kastam beroperasi.

Anwar berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku dan mendesak pegawai agensi terbabit turun padang untuk melihat permasalahan di bawah.

“Kebetulan (saya) menteri kewangan, kastam bawah tanggungjawab saya. Takkan nak tunggu menteri turun baru nak tahu rosak,” katanya berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri.

“Ini ada kelemahan dari segi maklumat, kalau belanja sekitar beberapa juta kita boleh luluskan segera dan saya percaya SPRM takkan siasat semata-mata luluskan segera kerana keadaan mendesak.”

Semalam, Anwar mengadakan lawatan mengejut di KLIA untuk meninjau operasi imigresen di pintu masuk negara itu.

Lawatan itu dipercayai susulan kekecohan di KLIA baru-baru ini membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing yang mengakui individu ditularkan bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.

KERAJAAN PERPADUAN VS KERAJAAN LOKLAQ

TEEEDIA...DEPA PUNYA KIRA SAMPAI DAP MASUK SEKALI NIH...KAH..KAH...KAH

199 MP sedia nak tukar kerajaan Ogos ni? Tu kira semua la tu. Cuma tinggal 22 je yang tak sokong?

Agak-agak la. Pertama sekali, bubuh angka 199 tu memang tak logik langsung. Yang kedua, mana laku lagi SD masa ni. Tak ikut perkembangan ke?

Ini nama gila bayang. Jenis ada awek senyum je dia kata awek tu syok kat dia. Rupanya awek tu dah bersuami. Gila yang tahap ekstrem. Guane boh?

Raja Gelap

MAT GORGON TERCYDOK DEK KOMEN RAJA GELAP

Aku berbesar hati ada MP yang sudi respon kepada komen aku. Sebenarnya bila aku nampak video dia, aku komen je. Tak perasan dia sendiri yang post. Bila dia sudi reply, aku agak terharu la.

Dalam video tu dia kata biar digelar walaun sebab wala kepada kebenaran. Tu yang aku tanya di ruang komen tu kebenaran apa yang ada?

Tapi yang kelakarnya, sebagai pemimpin yang ada jawatan peringkat nasional dalam parti, dia masih mainkan isu liwat. Ada lagi ek orang yang main isu ni. Masih tak cukup lagi ke penjelasan yang ada?

Baru ni pun ada yang DM aku minta cerita tentang isu ni. Mulanya aku fikir tak perlu nak hangatkan isu ni semula. Isu basi. Iswardy pun pernah buat video jelaskan dengan panjang lebar apa yang tak kena.

Tapi tak apalah. Aku tulis sepintas lalu. Sebab kalau yang bertaraf pemimpin pun tak faham, apa lagi walaun. Kalau dorang je tak faham takpe. Ni nanti dia sebarkan cerita tak betul kepada rakyat.

Tapi mungkin ada perkataan yang tak sedap dibaca dalam tulisan ni. Aku minta maaf la awal-awal kalau ada yang tak selesa dengan perkataan tersebut.

Kes Liwat I tak pernah sabit pun. Kes berhenti di tengah jalan begitu je. Sebab terlalu banyak cerita yang tak masuk akal. Salah satunya, berulang kali pinda tarikh kejadian dikatakan berlaku..

Puncanya sebab tempat tu didapati belum siap lagi pada tarikh yang diberi. Kemudian bawa tilam pula ke mahkamah. Siap kata ada bulu DS Anwar lagi pada tilam tu. Rupanya pada tarikh tersebut, tilam jenis tu belum dijual lagi di pasaran.

Tapi DS Anwar dipenjarakan juga atas dakwaan salah guna kuasa. Puncanya DS Anwar beritahu SB supaya jangan keras sangat dengan saksi. 'Cuma gempak sikit je'. Dan berdasarkan pengakuan SB je, DS Anwar pun didapati bersalah.

Untuk Kes Liwat II pula, lebih banyak perkara yang meragukan. Aku pernah kongsi video penjelasan YB Saifuddin Nasution. Antaranya penjelasannya, video Saiful ada pergi ke tempat kejadian cumalah video dia masuk keluar lift je. Masuk rumah tak ada.

Kemudian dikatakan DS Anwar juga ada alibi. Ada tiga individu bersama DS Anwar sepanjang malam di mana kejadian dikatakan berlaku. Tapi individu ini tidak dipanggil oleh mahkamah.

Lagipun, secara logik, takkanlah seorang lelaki yang berusia 24 tahun tak mampu nak tolak/melawan seorang lelaki tua berusia hampir 70 tahun yang mahu meliwatnya? Masuk akal ke?

Paling hebat, Saiful mengaku simpan sperma DS Anwar dalam duburnya selama 3 hari. Peguam DS Anwar, tak salah aku mendiang Karpal, siap tanya Saiful ni selama tiga hari tu dia tak kentut dan berak ke? Paling bisa, dia tanya tak mandi junub? Habis tu tak solat? Termasuk solat Jumaat pun tak pergi?

Aku dah tak ingat exact words yang digunakan oleh mendiang tapi lebih kurang macam tu la soalannya. Jadi dari situ pun kita dah nampak jelas tuduhan tu memang tak logik tak masuk akal.

Sebab tu DYMM Sultan Muhammad yang menjadi YDP Agong ketika PH menang pertama kali, yakin ada penyelewengan dalam perbicaraan sebelum ini dan perkenan untuk beri pengampunan penuh.

Bila pengampunan penuh, maknanya DS Anwar tak pernah disabitkan kesalahan. Rekod dipadamkan. Ia tak pernah berlaku. Jadi sesiapa yang ungkit kes ni bererti tak hormati keputusan YDP Agong.

Begitulah sedikit sebanyak kes ni. Kalau nak cerita secara terperinci memang panjang sangat. Tapi ini pun dah cukup nak tunjukkan tuduhan yang dibuat terhadap DS Anwar memang bermotifkan politik.

Jadi sekarang, tak payahlah nak main isu basi ni. Bagus pembangkang guna isu tadbir urus. Serang kerajaan berdasarkan polisi, tentang ekonomi dan kebajikan rakyat. Bukan isu seperti ini.

Itupun kalau ada kemampuan la. Sebab pemimpin pembangkang ni setahu aku memang lemah soal pentadbiran. Tengok mamat ni je la. Aku sentuh isu lain, dia masukkan isu liwat. Lemahhh. Guane boh?

Raja Gelap

.

ADA YANG TERCYDOK

TAHAP PEMBOHONGAN MACAM INI , KALAU ADA YANG PERCAYA LAGI ENTAH LAH.

Walawei 199 Mp tu....klu ikutkan kiraan mesti termasuk mp dap tu,PAS nk ke bersama dap...acaner tu.

Putrajaya lulus 42 projek jalan di Kelantan - Nik Nazmi

Kerajaan Perpaduan komited dalam mengurangkan jurang infrastruktur perhubungan jalan luar bandar dan wilayah dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan termasuk di negeri pembangkang.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan 42 projek di Kelantan di bawah Program Jalan dan Jambatan Luar Bandar (JALB) termasuk projek menaiktaraf jambatan sempit.

Projek-projek tersebut akan dilaksanakan menerusi Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1.44 bilion

"Bagi tahun pelaksanaan 2023, sejumlah RM122.95 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan projek seperti membina jalan dan jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing dan Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat serta pembinaan jalan dari Kampung Joh ke Kampung Mata Ayer, Machang.

"Ketiga-tiga projek JALB ini akan melengkapkan satu jaringan jalan alternatif luar bandar melibatkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah dan Machang," jelasnya.

Perkembangan tersebut dikongsikan Nik Nazmi pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh, di Machang pada Ahad.

Sementara itu Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberitahu, bagi pembangunan di Jajahan Machang, Kementerian Ekonomi telah meluluskan sebanyak 19 projek bagi pelaksanaan di bawah RP3 RMK12 merangkumi peruntukan RM165.1 juta .

"Tekad dan komitmen kerajaan kepada rakyat dan negeri Kelantan dizahirkan melalui pelbagai projek dan program yang sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan.

"Saya mengulangi komitmen bahawa kerajaan akan sentiasa cakna dan tidak akan meminggirkan pembangunan di Kelantan," katanya dipetik.

'Geng penyakau' gelisah ketegasan Anwar lawan rasuah

Ketegasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membenteras rasuah menyebabkan kumpulan 'geng penyakau' besar merasa terdesak sehingga terpaksa mengugut Perdana Menteri (PM).

Pengerusi Pertubuhan Jaringan Insan Madani, Aidi Amin Yazid berkata pihak terbabit terpaksa 'mengugut' untuk menghalang kemaraan PM kerana takut dikenakan tindakan.

"Dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, rakyat dapat menilai langkah-langkah yang diambil PM bagi mengatasi ketirisan wang dan menghapuskan amalan korup dalam pentadbiran.

"Tidak perlu hendak ugut kerana rakyat dah tahu bagaimana kerajaan yang wujud hari ini mampu melakar masa depan negara dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai visi dan matlamat berpandukan egalitarianisme iaitu semua manusia pada dasarnya sama dari segi taraf nilai atau moral secara asasnya.

"Sungguhpun masih ada jurang ketidaksefahaman politik, namun kewujudan sebuah negara berdaulat memberikan jaminan kesejahteraan kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan bangsa," katanya dipetik.

Setiausaha Cabang KEADILAN Ampang itu berkata demikian mengulas pendedahan PM sebelum ini mendakwa menerima ugutan daripada 'geng penyakau' selepas pentadbirannya secara terbuka menyatakan tekad menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.

Sementara itu tambah Aidi Amin, prinsip Malaysia Madani yang diketengahkan Perdana Menteri adalah hasil pengalaman selama lebih empat dekad dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.

Tambahnya lagi, usaha mengembalikan negara ke landasan yang benar dari segi ketelusan tadbir urus dan pemantapan ekonomi memerlukan iltizam daripada seorang pemimpin.

"Bukan mudah untuk melakukan satu perubahan tanpa sokongan, tapi mudah untuk menghancurkan kerana sakit hati kerana ruang korupsi sudah ditutup.

"Reformasi tidak boleh berlaku sekelip mata tetapi keazaman dalam setiap insan untuk bersifat ihsan sebagai sebuah masyarakat Malaysia Madani mampu melakar semula kisah negara kita," jelasnya.

LAWATAN MENGEJUT PMX

 Dalam lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam di KLIA sebentar tadi, saya dapati ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini.

Saya sempat bertegur sapa dan bertanyakan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan mahupun pelepasan.

Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan. 

Berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini, saya memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa hatta perbincangan awal akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Sementelahan, tindakan juga akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi.

InsyaAllah tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak.

#MalaysiaMADANI

RAMALAN YANG MENGGYSARKAN WALAUN. TERENGGANU 50+50. KEDAH TUMBANG ,KELANTAN TAMBAH KERUSI KERAJAAN PERPADUAN

KISAH WALAUN DENGAR TENTANG PENANG- JOM TONTON CERITA

SUDAH LAH MATHUSSIN. HANG JANGAN LAYAN ORANG TAK CERDIK

GOMO YANG DULUNYA MAKI HAMUN MAHATHIR, KINI SEMBAH KAKI ATOK

DSAI KONSISTEN MENENTANG RASUAH