PEMIKIRAN ‘BAHAYA’ PRESIDEN PAS KEPADA UMAT ISLAM

 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan “berjuang” serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

“Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

“Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW,” katanya hari ini.

Ahli parlimen Marang itu juga memetik pandangan ulama India, Maulana Abu al-Hasan Ali al-Nadawi yang menyatakan umat Islam menghadapi suasana kemurtadan ekoran “serangan pemikiran zaman penjajah yang menjatuhkan kerajaan Islam yang berdaulat melindungi agama Islam, dakwah dan umatnya.”

Justeru, kata Abdul Hadi, perjuangan “mengembalikan semula kuasa Islam” mesti diletakkan sebagai keutamaan.

Menjelaskan pandangannya lebih lanjut, bekas duta khas bertaraf menteri itu memetik pula surat ulama hadis, Abdullah al-Mubarak kepada sahabatnya, Fudhail ‘Iyadh yang ketika itu berada di Mekah.

Abdul Hadi antara lain memetik kandungan surat Abdullah itu dengan kata-kata: “Wahai orang yang sedang beribadat di dua Tanah Haram (Mekah dan Madinah), ketahuilah engkau hanya bermain-main dalam ibadat itu” dan “Orang yang pipinya berlumuran air mata khusyuk beribadat. Ketahuilah bahawa leher kami berlumuran darah berjuang.”

Abdul Hadi juga memetik beberapa nama ulama Nusantara untuk menguatkan hujahnya. Antara nama yang dipetik ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan Syeikh Daud al-Fatani.

Tambah Abdul Hadi, negara umat Islam dimerdekakan oleh penjajah dengan fahaman politik dipisahkan daripada agama dan ideologi sekularisme itu disuburkan dalam pemikiran Muslim yang “jahil agama” walaupun kuat beribadat.

“Pada masa yang sama, mereka merosakkan agama dan menyerah diri kepada musuh Islam,” katanya.

Tambah bekas menteri besar Terengganu itu lagi, Islam mendahulukan pendekatan damai, justeru melalui amalan demokrasi diterima oleh ulama dan pemimpin Islam walaupun ia terpaksa dihadapi dengan “banyak halangan dan tipu daya”.

Menurut Abdul Hadi, pendekatan damai melalui konsep demokrasi wajib diambil peluang oleh setiap oran Islam secara fardu ain kerana pilihan raya dan mengundi merupakan jalan mendapatkan kuasa pemerintahan Islam.

“Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus. (Ini) menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya.

“Keadaan ini (dibimbangi) mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah,” katanya sambil memetik ayat 15 dan 16 surah al-Anfal.

Ayat itu bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat dalam) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.

Kata Abdul Hadi, jika tugas “memenangkan dan mempertahankan Islam” secara jalan damai melalui mengundi pun tidak ditunaikan oleh jemaah umrah dan bakal haji, maka kesan akibat tindakan mereka itu pasti akan lebih parah.

Malaysia mengadakan PRU ke-15 pada 19 Nov lalu. Bagaimanapun tidak seperti selalu, bukan semua negeri membubarkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing.

Selain pemilihan di peringkat kawasan parlimen di seluruh negara, hanya Perlis, Pahang dan Perak membubarkan DUN mereka.

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dijangka membubarkan DUN masing-masing pada suku pertama tahun depan. Ia memungkinkan PRN dijalankan semasa musim haji 2023.

Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sudah mengadakan PRN sebelum ini, masing-masing pada 26 Sept 2020, 20 Nov 2021, 20 Dis 2021 dan 12 Mac 2022.

Umat Islam yang terpilih mengerjakan haji pada musim akan datang dijangka mula berangkat ke Tanah Suci pada hujung Mei tahun depan.




TUGAS SAYA ADALAH SATU AMANAH TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK- KERANA AKHIRNYA RAKYAT YANG AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN-PMX


 

DEY..PEEEGEDAHHH...DAN..DAN KATA FITNAH KALAU KENA KE SET DIA...TAKKAN TAK LEH KRITIK...DAH TAHU BANJIR KAU DUDUK SANA LAGI BUAT APA?


 

KAH..KAH...ADA REKOD ......SETEPEK KENA KE MUKA MUNG


 

PMX DAH SAMPAI KELANTAN DAN TERUS SANTUNI RAKYAT


 

WAN AZIZAH TURUT KE KELANTAN


 

KEMUDAHAN TANDAS DISEKOLAH AMAT TIDAK MEUASKAN-JADI MENJADI KEUTAMAAN MENAMBAHBAIK KEPERLUAN ASAS INI UNTUK ANAK ANAK SEKOLAH


 

MUNG WAKIL RAKYAT KAN


 

ANWAR TIDAK MEMINGGIRKAN MB KELANTAN


 

OLEH KERANA TAK CUKUP MAKA GABUNGAN DIPERLUKAN


 

MB SELANGOR PRIHATIN KEPADA RAKYAT- MB TERENGGANU HILANG MAKAN ANGIN ?

 

Sedangkan MB selangor berprihatin pada rakyat , Dan MB terengganu hilang dari radar.. Inikah yg rakyat terengganu inginkan. Keputusan pangkah yg kamu idamkan amat berbaloi ye..!




 

# TRAGEDI BATANG KALI... UNIT AMAL PAS VS ANJING K9 Anjing pengesan K9 PDRM sudah boleh dibersarakan..kita ada unit pengesan yg lebih canggih

 





PARTI BARU KINI ...KEH ..KEH..KEH


 CATOOON BY HAII


ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB

KERAJAAN PEDULI RAKYAT- TERIMA KASIH YB SIM MEMBAWA PULANG 6 ORANG MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA DARI MALAYSIA


AHMAD SHAHRIL


Tahniah,terima kasih yb sim chon siang..

21 Disember 2022










Saya telah selamat sampai ke Malaysia jam 11 pagi tadi. Saya disambut oleh PDRM, Imigresen, Ahli Parlimen Seri Gading, Setiausaha Sulit Menteri Luar Negeri serta beberapa pegawai dari pelbagai agensi. Kali ini saya berjaya membawa pulang 6 orang mangsa pemerdagangan manusia dan 'job scam'.

Kegembiraan terpancar di wajah ibu bapa Farhan dan Arif dapat bertemu dengan anak mereka setelah sekian lama berpisah. Saya berdoa agar lebih ramai yang berjaya diselamatkan dan tiada lagi rakyat Malaysia yang pergi kesana.

#simchonsiang

#dunteruntum

#kuantan

#kitaboleh

#PakatanHarapan

UNDI PERCAYA PENTING KEMBALIKAN KEYAKINAN PELABUR


MALAYSIA KEKAL SOKONG PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

 

LAPORAN POLIS PERJANJIAN KERAJAAN PERPADUAN: PEMUDA PN BERHELAH


MUHYIDDIN, HADI PUNCA PN TAK MASUK KERAJAAN PERPADUAN


PARTI SENDIRI KOT YANG TENGAH GALAU


 

KEH..KEH....JOM BELAJAR MENGIRA


 

MMMMMM.....PEMBOHONG-600 BILLION....HANG TAU APA NUSI....MATEMATIK LULUS KA DAK....


 

OOOO INI BARU PRIHATIN-SOKONG KERAJAAN HARI INI


 

UNDI A-TAPI KEMUDIANNYA B YANG MENANG DAN MEMBANTU


 

KELUHAN GURU KINI DIBERI PERHATIAN