BILA TOK MOPTI BERSUARA- HABIS DALAM ISLAM SAKSI UNTUK DIADILI SIAPA AGAKNYA

 

ZAMZURI ARDANI


Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini. Peguam yang menjadi peguambela kepada mana-mana tertuduh bukan membela perlakuan salah, tetapi mahu memastikan anak guamnya mendapat hak dan keadilan yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada mereka.

Seseorang peguam itu membela tertuduh sebelum tertuduh dijatuhkan hukum. Selagi proses perbicaraan belum berakhir, maka tertuduh adalah dianggap tidak bersalah. Jadi di mana berdosanya?
May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text

ADA MASA DIA JUARA- TAPI SEJAK DUA MENJAK DIA DIAM MEMBISU

 

NOR AFDAL


bulan poso tak buleh marah2 nanti kurus poso...kan kak lah Siti Zailah Mohd Yusoff

😂
May be an image of 1 person and text

TAK GITU BOH...LEBAI BUAT SEMUA BETUL....


Kalau belanja makan sebuah keluarga terdiri dari empat orang (suami, isteri dan dua anak) RM49 sehari, RM490,000 tu cukup untuk belanja bagi 100 keluarga untuk tempoh 100 hari.

Tak mahu komen apa isu kubah tu. Cuma kalau kita nak berinfaq, kita renungkan sejenak ke mana infaq kita akan dibelanjakan. Mana yang lebih utama, beri orang makan atau kubah yang mewah?

Nabi saw menyukai sedekah. Dan Nabil saw benci terhadap pembaziran, biarpun atas nama agama. Jadi fikirkanlah sendiri dengan gunakan akal yang dipandu oleh iman. Guane boh?

Raja Gelap

 

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA , ORANG MEMBERI KITA MERASA....




 NAJIB NI  APA FUNGSI DIA TAK TAU ?



NFCorp, pengerusi kalah rayuan berhubung saman fitnah terhadap Rafizi

 


NFCorp dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail (kiri), menyaman
 bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana membuat kenyataan
 berunsur fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail, terhadap penolakan saman fitnah mereka terhadap bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed berkata, Rafizi, yang juga naib presiden PKR, berjaya membangkitkan pembelaan komen berpatutan untuk mengalahkan saman itu.

“Beliau berhak untuk membuat kenyataan secara bebas dalam perkara berkait kepentingan awam,” kata Azahar, yang menyampaikan penghakiman sebulat suara hari ini.

Panel hakim yang bersidang turut dianggotai Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd YusAzahar berkata, Rafizi juga menyatakan pendapat jujur tentang NFC dan Salleh berdasarkan dokumen bank yang tidak dipertikai.

“Juga tiada niat jahat di pihak responden (Rafizi) dan beliau berhak membuat komen berpatutan,” katanya selain menambah bahawa Rafizi tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Rafizi, yang diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh, turut dianugerahkan kos RM70,000.

NFCorp dan Salleh diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Naib presiden PAS dicabar ‘sumpah laknat’ tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno


 

Dah la menumpang  tui kemenangan orang , untung dapat jadi menteri.Walau pun jadi menteri, tak nampak apa pun yang dibuat...cuba peratikan apa menteri dari parti pak lebai ini buat ? Sembang ja kencang. Apa yang depa tau, hentam PH dulu...dapat ke parti Melayu isle...rega teloq ayam dan rega ayam pun melaut...tu pun jangan......kerajaan terbaik...terbaik apanya...pelabur blah tinggai pengangguran...kah..kah....tu pun nak jatuhkan parti orang....ha,ha,haaa..






Isham Jalil mahu Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan perbincangan antara pemimpin PAS dan Bersatu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Barisan Nasional mencabar Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar bersumpah partinya tidak merancang untuk menjatuhkan pemimpin Umno.

“Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat,” kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil kepada FMT.

“Setakat nafi-nafi sahaja rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik talam dua muka yang depan kata lain belakang buat lain.”

Samsuri menafikan wujudnya pakatan untuk menjatuhkan pemimpin Umno susulan laporan mengenai penularan dokumen dikatakan ‘minit mesyuarat’.

Dokumen itu didakwa ada menyebut tentang rancangan untuk menjatuhkan dan mengganggu Umno dan BN.

Samsuri menyifatkan dokumen tular itu sebagai “sampah”, tidak benar, dan tidak tahu dari mana datangnya.

Beliau bagaimanapun akui ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Bersatu, namun ia tidak membincangkan apa yang didakwa itu.

“Samsuri kata dia tidak bincang seperti minit mesyuarat yang bocor itu. Habis kamu bincang apa? Bulan puasa jangan tipu,” jawab Isham.

Isham berkata pemimpin PAS pernah sebut tentang rancangan “taktikal” untuk memastikan Umno menerima Bersatu dalam Muafakat Nasional.

“Adakah ini rancangan taktikal mereka iaitu menjatuhkan pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan mereka dan menyumbat pemimpin Umno ini ke dalam penjara sebelum pilihan raya?

“Jika inilah rancangan mereka, sememangnya mereka orang yang tidak kisah menganiaya orang lain untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang sebegini tidak boleh dipercayai.”

SUDAH RAMAI DIHUKUM BERSALAH, MASIHKAH KITA MAHU PERCAYA SKANDAL 1MDB KONSPIRASI POLITIK?

 

1. Daripada maklumat asal serta laporan media massa tempatan dan antarabangsa, tidak kurang daripada 10 orang telah didapati bersalah bersabit skandal 1MDB.

2. Ada antara mereka sudah selesai menjalani hukuman penjara dan membayar denda.

3. Adalah juga yang sudah didapati bersalah, dijatuhkan hukuman dan dalam peringkat akhir rayuan seperti Mohd Najib Abdul Razak.

4. Mereka dibicarakan dan dihukum di Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Malaysia.

5. Jelas daripada tindakan tiga negara asing itu mereka tidak mahu melengah-lengahkan penyudahan (closure) episod kotor 1MBD tersebut. Singapura membicarakan dan menghukum penjenayah-penjenayah kolar putih ini seawal 2016. Kalau kita masih ingat, skandal ini mula terdedah pada 2013 apabila Jho Low berbelanja sakan di Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum tahun itu.

6. Di Malaysia yang berupa negara tuan rumah kepada 1MDB, perbicaraan masih berjalan. Berhati-hati mengulas jangan sampai dituduh “contempt of court”.

7. Carian atas talian yang saya lakukan mendapati watak-watak berikut telah atau sedang dibicarakan, didapati bersalah dan dihukum. Majoriti telah atau sedang menjalani hukuman penjara. Kalau ada yang tercicir saya mohon maaf.

Mereka adalah:-

1. Mohd Najib Abdul Razak (Dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dihukum penjara 72 tahun – akan jalani 12 tahun – dan denda RM210 juta). Dia menghadapi beberapa kes lagi berkaitan 1MDB, termasuk saman sivil.

2. Yeo Jiawei (bekas eksekutif bank BSI di Singapura dihukum penjara 54 bulan oleh mahkamah republik itu. Lesen BSI dibatalkan).

3. Yak Yew Chee (bekas eksekutif bank BSI dihukum penjara 18 minggu oleh Mahkamah Singapura).

4. Yvonne Seah Yew Foong (bekas eksekutif bank BSI dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Singapura).

5. Jens Sturzenegger (bekas pengurus Falcon Private Bank AG dipenjarakan 28 minggu oleh Mahkamah Singapura. Lesen bank itu di Singapura dibatalkan).

6. Khadem Al Qubaisi (bekas Ketua Eksekutif International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi dipenjarakan 15 tahun oleh Mahkamah Jenayah Abu Dhabi pada 2019).

7. Mohammed Badawy Al Husseiny (warganegara Amerika Syarikat, bekas Ketua Eksekutif Aabar Investments dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Jenayah Abu Dhabi pada 2019);

8. Roger Ng Chong Hwa (bekas eksekutif kanan Goldman Sachs di Malaysia didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Amerika dan berdepan kemungkinan penjara hingga 30 tahun);

9. Tim Leissner (bekas Pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara mengaku bersalah di Amerika tapi belum dijatuhkan hukuman);

10. Tan Kim Loong (dikenali sebagai “Fat Eric), orang kanan Jho Low. Tahun lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkannya membayar hampir RM68 juta tunggakan cukai dari 2010 hingga 2013).

11. Anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah Mansor dengan suami pertama), dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Mei 2020 atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (kira-kira RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB. Dia dilaporkan membayar balik sebahagian duit curi itu.

Persoalannya, apa lagi yang kita nak kata kalau ada lagi manusia yang masih diperbodohkan dan percaya bahawa ini adalah konspirasi politik. Mendedahkan kejahatan dan jenayah bukan konspirasi ia adalah kewajipan apatah lagi kes macam 1MDB yang satu dunia tahu!

Jadi mereka yang percaya dengan teori konspirasi ini sama ada terencat pemikiran atau tertutup mata hati akibat percaya kepada mantera, mandram, sihir, diayah laskar siber dan termakan dedak.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara.

Sumber – https://www.facebook.com/1114194475/posts/10226311077219352/?d=n



Tegakkan keadilan buat Bella, Menteri perlu bertindak terhadap rumah kebajikan haram - Farhash

 




Kes penganiayaan terhadap adik Bella yang masih dibicarakan di mahkamah menuntut kerajaan mengambil ikhtibar terhadap pengajaan kanak kanak kurang bernasib baik yang dioperasikan oleh individu persendirian atau dikendalikan NGO tetapi tidak berdaftar dengan Kementeriann Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPW).



Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador, Menteri KPW juga harus bertindak tegas terhadap rumah jagaan yang beroperasi secara haram dan menyekatnya daripada terus bercambah di seluruh negara.



"Insiden menyayat hati yang menimpa Bella perlu dijadikan iktibar buat semua penjaga di luar sana. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab untuk menuntut keadilan terhadapnya.



"Menteru KPW, Datuk Seri Rina Harun perlu bersikap tegas dalam kes ini supaya tiada sebarang gangguan terhadap urusan mahkamah berlaku dan kepatuhan undang undang mesti ditegakkan," katanya dalam satu kenyataan.



Selain itu, Farhash juga prihatin terhadap isu lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ahli pemegang Amanah YKN sedangkan dalam masa sama beliau juga merupakan penasihat dan pengasas bersama Rumah Bonda yang terkait dalam kes adik Bella.



Beliau berpendapat posisi Syed Azmi berkaitan perundangan seharusnya ditamatkan agar tidak mencetuskan konflik kepentingan.



"Tindakan kerajaan dalam melantik Syed Azmi boleh menjejaskan imej kerajaan untuk memastikan tiada konflik kepentingan dalam mana mana kes di bawah Akta 611 walaupun peranannya sebagai penasihat dianggap tidak berintegriti di dalam kes ini



"Saya juga berharap tiada sebarang campurtangan politik di dalam kes pengabaian dan penganiayaan berkenaan dan keadilan terhadap Bella perlu ditegakkan dalam apa jua cara sekalipun," katanya lagi.


Pampasan tanah Kampung Sg Baru wajar 1k sekaki..tapi kalau dengan cerita lepas tanah kampung Baru ada yang tawar sampai 3k sekaki.....kah..kah..kah dah tau penipu ikut jugak lagi.

 



Pampasan tanah Kampung Sg Baru wajar lebih RM1,000 sekaki - Zahir Hassan



Pampasan kepada pemilih unit kediaman yang diambil menggunakan Akta Pengambilan Tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur tidak seharusnya dibayar serendah RM200,000.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, kerajaan Pakatan Rakyat (PH) yang lalu menjanjikan pampasan sekitar RM1,000 sekaki persegi untuk tanah di Kampung Baru yang syarat tanahnya dalam kategori Malay Agricultural Settlement (MAS).

Oleh itu, katanya, harga untuk tanah di Kampung Sungai Baru yang bukan di bawah syarat MAS seharusnya jauh lebih tinggi.

"Pada pandangan saya pampasan itu mesti lebih tinggi lagi daripada tawaran kerajaan PH buat sebelum ini, atau paling kurang RM1000 (sekaki) atau lebih," katanya.

Jelas Zahir, ternyata kerajaan PH yang lalu amat prihatin mengenai nasib kaum Melayu kerana dengan pampasan yang tinggi penduduk boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dan memperbaiki kehidupan.

Katanya, kerajaan PH tidak pun 'berkira' dengan status tanah Kampung Baru demi memastikan orang Melayu tidak mengalami kerugian.

"Tanah MAS ini, dia tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain kecuali Melayu. Mahu disewakan ke bangsa lain pun tak boleh. Nak buat rumah buat sewa pun tak boleh, itu syarat MAS.

"Jadi, yang ini (di Sungai Baru) bukan tanah MAS dan syarat-syaratnya itu tidak tertakluk. Jadi sepatutnya pampasan mestilah melebihi tanah di Kampung Baru," ulasnya.

Penduduk di Kampung Sungai Baru sejak sebulan lalu tidak berpuas hati dengan pengambilan paksa dan tawaran oleh kerajaan dengan harga RM200,000 - RM300,000 satu unit kediaman milik mereka.

Hal itu kerana tiada rumah yang boleh dibeli dengan harga di bawah RM500,000 di Kuala Lumpur. Malah pemilik unit kediaman pula tidak ditawarkan lot kediaman yang sesuai bersama sama arahan berpindah yang akan tamat pada Julai ini.


BOLEH PERCAYAKAH ISMAIL CALON PM DARI UMNO?


ANWAR YAKIN PH DAPAT PERTAHAN SELANGOR


ANWAR SANGGAH RAFIZI DALAM ISU KHEMAH BESAR DAN ISU KERAJAAN SELANGOR

Mungkin catat 20,000 kes Covid-19 selepas Aidilfitri, pakar kesihatan beri amaran

 



Kerajaan membenarkan rakyat balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

PETALING JAYA: Seorang pakar kesihatan awam memberi amaran jangkitan harian Covid-19 mungkin meningkat kepada 20,000 kes selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ini kerana kebanyakan rakyat akan pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri, selain kadar suntikan dos penggalak yang rendah dalam kalangan penduduk umum dan pengambilan vaksin perlahan oleh kanak-kanak.

Semalam, Malaysia mencatatkan 6,069 kes baharu berbanding 7,140 kes yang direkodkan Isnin lalu.

“Kadar penularan varian Omicron yang tinggi dan vaksin Covid-19 tidak berkesan 100%. Menjelang musim cuti, kemungkinan kes akan meningkat,” katanya kepada China Press.

“Masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada pandemik itu telah reda atau keadaan akan lebih baik, (tetapi) kita perlu melihat pandemik itu dari perspektif lain, termasuk peningkatan pergerakan selepas cuti dan liputan dos penggalak, khasnya apabila keadaan tidak kelihatan baik bagi warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.”

Katanya, ia akan mengambil tiga bulan lagi untuk kes berkurangan, jika berlaku lonjakan jangkitan selepas cuti Hari Raya.

Kerajaan membenarkan rakyat beraya di kampung halaman tahun ini, selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian akibat perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19.

Sharifa berkata, susulan pembukaan semula sempadan negara, kerajaan perlu berwaspada terhadap penularan varian Omicron XE di negara lain dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang sama turut berlaku di Malaysia.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan amaran mengenai Omicron XE – hibrid mutan Omicron BA.1 dan BA.2.

Bercakap kepada media pada 7 April lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia belum mencatatkan sebarang kes varian Omicron XE dan sedang memantau perkembangan terkini.



PENEMUAN BARU - ZUNAR CARTUNIST FAN CLUB



WWW.ZUNAR.MY



 

NAJIB BUKA POSA DI ISTANA